30 September 2010

PRK DUN Galas - bukan pertandingan diantara BN dan PR.

PRK Galas akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak lama lagi berikutan kematian ADUN kawasan tersebut dari PAS, Chek Hashim Sulaiman 46 tahun akibat kansur usus. Pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang tidak seperti PRK yang terdahulu, kerana J/K Pengurusan UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah (TR) menjadi Pengarah Pilihanraya kecil tersebut.

TS Muhyiddin yang sepatut dan lazimnya menjadi pengarah PRK-PRK, mengumumkannya sendiri perlantikkan TR sebagai Pengarah Pilihanraya tersebut dan Mustapha Muhammad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menjadi Timbalan Pengarahnya.

Kepada banyak pihak perlantikanya (TR) sebagai pengarah dan Pengerusi Perhubungan sebagai Timbalan Pengarah menimbulkan seribu satu persoalan tetapi tidak payahlah kita kaji perkara ini sampai terperinci.

Kita hanya perlu mengetahui yang PRK kali ini merupakan PRK yang sangat penting kepada kedua-dua belah pihak, PAS dan UMNO. Bagi saya ini bukan pertandingan diantara PR dengan BN tetapi pemilihan diantara sesama kita orang Melayu seAgama dan sebangsa. Disinilah ‘acid test’ samada apa yang dilaungkan oleh ramai pemimpin yang beretorik tentang perpaduan dan perjuangan orang Melayu mampu diikuti dengan praktikalnya.

Kita mahu lihat bagaimana pemimpin kita yang melaungkan perpaduan bangsa dan sebagainya bertindak dalam pilihanraya kecil ini. Bagi siapa yang memahami keadaan setempat akan mengambil perhatian yang teliti dan sempurna jika kita inginkan UMNO mengambil kembali kawasan DUN ini dengan cara yang 'civil'.

Elok pemimpin-pemimpin pusat tidak membuat-kenyataan-kenyataan yang semborono sahaja untuk mendapat pubisiti murahan. Kali ini biarkan orang Gua Musang sahaja yang sibuk kerana ditakuti kedatangan orang dan pemerhati-pemerhati dan penyibuk-penyibuk dari luar yang keterlaluan mungkin akan menjejaskan kelancaran PRK itu.

Biarlah pemimpin-pemimpi tertentu sahaja yang datang memberikan sokongan yang diperlukan dan tidak payahlah pihak-pihak yang tidak diperlukan menyibukkan keadaan disana. Tak perlulah Puteri UMNO datang dengan baju dan gelang emas yang sampai kesiku dengan wangian yang semerbak untuk berkempen. Pergi kesana mesti membantu menambah undi, bukannya untuk mengurangkan undi.

Ramai berpendapat, biarlah TR sahaja yang berunding diantara sesama mereka disana dan saya mempunyai keyakinan besar kejayaan akan memihak kepada UMNO.Kalau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO memahami keadaan ini maka bergembiralah kita dalam UMNO selepas pilihanraya itu.

Elakkanlah dari pergi keGua Musang untuk menunjuk-nunjukkan kereta-kereta mewah dengan ceru-cerut besar dan panjang dan menayangkan harta kekayaan disana. Lakukanlah kerja-kerja itu ditempat lain, jangan diGua Musang.

Semua pihak mesti mengambil berat segala adat dan adab supaya proses mengambil kembali kerusi Galas boleh dilakukan dengan baik. Hormati jugalah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti lawan. Kita bukan hendak bergaduh; kita hanya hendak melalui proses demokrasi dengan elok dan tidak memecah belahkan rakyat disana.

Bagi diri saya, sikit-sikit tu fahamlah sentimen masyarakat disana. Janganlah pergi keGua Musang kali ini untuk berpesta dan bersukaria. Kalau hendak menghisap cerut yang besar-besar hisaplah ditempat penginapan masing-masing. Kita inginkan rakyat Galas memilih kita; itu yang penting.

Bak kata orang tuo-tuo dikampong saya, jangan ‘togah dek lonjak posuk ketayap kek kopalo’.

14 comments:

Halim Tuah said...

salaam tuan moderator..

kalau kita tak datang....., nanti dikata tak memberi sokongan kepada TR pulak!

Aspan Alias said...

Sdr halim tuah,

Saya menghargai sokong sdr kepada TR. Yang saya maksudkan kalau kita kesana biarlah boleh membantu dan tidak memberikan masalah.

Saya fahamlah sikit-sikit keadaan disana pasal saya memang hampir dengan ramai orang disana.

Saya rasa TR boleh melakukan perundingan dengan baik dan PRK itu akan sempurna.

Kalau kita boleh mendapat kerui itu dengan cara yang lemah lembut serta beradat bukankah itu lebih baik.

Itu sahaja maksud sya. Tetapi jika nak pergi juga saya tidak lah hendak menghalang.

Saya hanya orang luar yang faham sedikit sebanyak pattern sokongan rakyat kepada pihak-pihak yang akan mengambil peluang untuk menawarkan diri dalam PRK tersebut.

Jangan pulak kata saya tidak suka sdr pergi kesana.

Anonymous said...

Aspan, PAS akan main kotor untuk mempertahankan kerusi itu!

Buat apa nak lembut-lembut!

Aspan Alias said...

PAS tidak main kotor. Kita yang selalu main kotor dengan menggunakan kuasa yg tidak ada batas kadang-kadang.

Itu sebabnya tidak payah datang ramai-rami kesana kerana takut rakyat nampak permainan sumbang dari kumpulan kita yang ramai itu.

Kalau kurang yang datang 'menebeng' disana maka risiko untuk pengundi disana nampak salah laku kita akan berkurangan.

Biarkan orang Gua Musang yang melakukan kerja mengempen ini.

Anonymous said...

hahaha lawak la anon #1 ni. berguru dgn utusan dan bharian agaknya.

Anonymous said...

kesian ku li....tersepit...kalah umno dia dapat blame , menamg umno dia tak dapat apa, dia diperguna olih mahyuddin kerana sepatutnya mahyuddin jadi pengarah pilihan raya umno, tapi mahyuddin tak konfident dan taichi kat ku li....selama ni mana umno ada layan ku li tiba2 jadi jadi darling pula, tektik lama , rakyat bukan tak cerdik lagi...saya percaya ku li akan buat yang terbaik

Anonymous said...

UMNO tahu tiada siapa dikalangan pemimpin UMNO mampu memberikan kemenangan kepada UMNO diGalas.

Maka terpaksa puji Ku Li tinggi-tinggi. Hari ini semua pemimpin UMNO kata Ku Li amat dihormati dan amat layak dan bermacam-macam lagi.

Bila dah lepas sesak mereka nanti Ku Li akan dibiarkan balik.

Diharapkan Ku Li akan dirahmati Allah. Buat sahaja apa yang baik dan harapkan rahmat tuhan dan shufaat nabi semoga keikhlasan Ku Li itu akan medapat pembalasan yang baik dari tuhan.

ahmad fuad kamal, Segamat johor.

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Kesian Ku Li. Telan mati mak, luah mati bapak. Dia kini dipergunakan oleh UMNO untuk menang PRK setelah sekian lama dipinggirkan. Ku Li memegang kunci DUN Galas untuk membawa kemenangan. Semoga Allah akan membuka hati Ku Li untuk memberikan laluan kemenangan kepada pihak yang lebih layak.
Pak Tua.

bat8 said...

Tuan,

1. Sebenarnya muhyiddin bukan tak nak jadi pengarah PRK ni. tetapi dengar kata, pengundi-pengundi DUN Manik Urai tempohari akan datang beramai-ramai bersemuka dengan muhyiddin menuntut janji-janji PRK tempohari.

2. Percayalah Kuli bukannya bodoh dan tidak faham sepak terajang pimpinan UMNO ni. Sebenarnya perlantikan Kuli ni mempunyai beberapa muslihat tersendiri, serampang bermata banyak. Sekali dibaling serampang, pemimpin UMNO(Baru) berharap dapat membunuh lebih dari satu mangsa.

3.Yang paling utama untuk melaga-laga Kuli dengan PAS. Kita tahu dalam isu royalti minyak kelantan, Kuli menyokong tuntutan kerajaan negeri dan rakyat kelantan dalam isu ini.

Isu royalti ini tentu akan dibangkitkan dalam kempen PRK Galas ini. Isu ini akan membuat kedua pihak, PAS dan Kuli dalam keadaan serba salah dan agak tidak selesa sangat-sangat menggunakan isu ini tanpa menyukarkan/mencemarkan pihak yang satu lagi untuk menyerang UMNO atau PAS dalam isu ini.

4. bagi pihak Kuli pula, dia telah menyatakan pendiriannya mengenai isu royalti minyak ini yang nyata berbeza dengan pendirian UMNO(Baru). Sdra boleh bayangkan bagaimana kedudukan Kuli dalam isu ini semasa PRK galas nanti dalam isu ini.

Pemimpin UMNO(Baru) terutamanya Muhyidin memang bijak mengatur lngkah nak perdajalkan Kuli.


bat8

Anonymous said...

bijak buat perkara burok namanya tak bijak.......

del ahmad said...

UMNO sudah desperate. Bila menghadapi kesusahan mereka gunakan Ku Li, bila dah dapat kehendak hati nanti dibuangnya Ku Li.

Jahannam punya UMNO.

del ahmad.

Anonymous said...

del ahmad,

betul lah u cakap tu. Guna orang yang mereka ketepikan selama ini tetapi bila terdesak puji pulak sampai kelangit.

Kepala bana punya UMNO yang tidak pernah jujur kepada orang yang jujur.

Asyik nak mainkan orang saja. Kalau menang nanti bermacam-macam cakap. Kata UMNO dah pulihlah, UMNO dah kembali diterimalah dan bermacam-macam lagi.

Tetapi sebenarnya kalau menang pun adalah kerana pengaruh anak raja itu.

pengundi Galas, Petaling Jaya.

Anonymous said...

Abe, ambo akan undi UMNO kerano Ku Li. Kalau itutke hati ambo UMNO doh ponoh ghanoh.

Tak po lah kali ni. Undi UMNO yang bangsat ni.

nik, Gua Musang

Anonymous said...

Saudara Aspan dan yang lain-lain,

Benarkanlah saya memberikan pandangan secara rational dalam isu perlantikkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Galas ini.
Sebagai anak Kelantan dan pengundi Galas saya percaya perlantuikkan ini merupakan bayangan yang UMNO sudah dalam keadaan desperado.
Bagi saya yang sudah berumur ini percayalah, yang perlantikkan ini merupakan pengakuan UMNO yang Ku Li masih dihormati.
Jika Ku Li berjaya membawa kemenangan nescaya itu merupakan kemenangan terakhir bagi UMNO.
Jika UMNO masih mahu kan kemenangan maka Ku Li patut diberikan tanggungjawab untuk menjadi Pengarah, bukan sahaja diGalas malah menjadi Pengarah diperingkat Nasional.
Jika pemimpin lain maka amat sukar bagi UMNO untuk mempertahankan kekuasaan dalam kerajaan dalam PRU13 nanti.
Sekarang hanya Ku Li sahaja yang masih terhindar dari imej rasuah dan salahguna kuasa dan beliau sahaja yang patut menjadi pengarah pilihanraya umum nanti. Jika lain dari Ku Li maka pasti UMNO akan tertewas dan akan berakhirlah UMNO menjadi pemerintah dinegara ini.

Janganlah UMNO masih duduk dalam 'denial'. Orang UMNO boleh cakap apa yang mereka nak cakap. Yang pastinya kemenangan diGalas (jika menang) merupakan rekod kemenangan yang terakhir; itu pun kerana pengaruh peribadi Ku Li.

Wassalam!

dato klj.