25 October 2010

Nik Aziz, Lim Kit Siang, Guan Eng, Zaid Ibrahim, Raja Petra semuanya bersalah. Yang maksum hanya UMNO

“Putrajaya mesti dipertahankan dengan cara apa sekalipun,” kata Najib dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agong UMNO Sabtu lalu. Kata-kata ini membayangkan betapa jelasnya kepercayaan pimpinan kita sendiri bahawa pihak alternatif berkemampuan untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan jika pilihanraya umum diadakan.

Buat kali pertama seorang PM membayangkan garis-garis pertahanan bagi UMNO untuk mengelak daripada PR mengambil alih Putrajaya dengan mengingati orang ramai bahawa jika mana-mana pihak bercita-cita untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan mestilah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Peringatan PM Najib telah membayangkan bahawa beliau mempercayai Raja-raja Melayu itu hanya bertanggungjawab untuk mempertahankan UMNO sahaja untuk memerintah meskipun pemimpin-pemimpinnya melakukan perkara yang tidak baik dan tidak bermoral misalnya. Lain-lain perkataan memberikan taarifan bahawa Raja-Raja Melayu mesti mempertahankan UMNO ‘at all cost’. Intepretasi ini amat mengelirukan.

Sudah menjadi persepsi ramai bahawa ucapan Najib menterjemahkan perasaan desperate UMNO kerana kekalahan UMNO lebih banyak kerusi dalam PRU yang akan datang merupakan suatu yang ‘imminent’ maka beliau secara terus dan terang mengajak ahli-ahli UMNO di setiap peringkat untuk melakukan usaha ‘circumvention’ terhadap cita-cita PR untuk menjadi pentadbir kepada Kerajaan Persekutuan selepas sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Tetapi apa yang disebut oleh PM Najib ‘at all cost’ itu membuahkan pula persepsi baru, iaitu berbuat apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya walaupun dengan permainan kotor. Ramai yang berpendapat tujuan Najib untuk mengeluarkan isu kuasa Raja-Raja sebagai benteng terakhir itu merupakan satu momokan dan menakut-nakutkan pengundi.

Sekarang Najib dan UMNO sedang cuba untuk menggunakan benteng terakhir dan jika benteng ini juga tidak termampu untuk menolak PR ‘marching’ ke Putrajaya maka sampailah hayat UMNO ke penghujungnya. Raja-Raja Melayu yang dihina dan dinista pada 1993 dahulu ini kembali djunjung oleh UMNO kerana keterdesakan parti itu menghadapi rakyat yang ramai ini. Alhamdulillah parti kita sudah sedar bahawa Raja-Raja Melayu itu merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Semasa kuat dahulu, UMNO dan pemimpin-pemimpinnya cuba untuk menghilangkan kuasa Raja-Raja Melayu seperti yang dilakukan oleh British untuk menubuhkan Malayan Union dahulu. Sekarang apabila sudah terdesak barulah hendak mencelah di bawah ketiak Raja-Raja Melayu.

Keputusan Muhyiddin untuk menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib, patut kita sokong kerana melalui sejarah itulah kita boleh memberikan pengetahuan kepada generasi muda bagaimana UMNO menghina Raja-rajanya sendiri semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Tuliskan dalam buku sejarah itu bagaimana BN dan UMNO meminda Perlembagaan Negara, Bab 159 (5) dan 181 (2) dan waktu itulah bermulanya Melayu sedikit sebanyak kehilangan identitinya.

Satu lagi isu yang ditimbulkan oleh Najib ialah bagi UMNO untuk bersedia melakukan perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat negeri-negeri. Blog ini dan banyak lagi pihak telah memberikan ingatan beberapa tahun dahulu betapa pentingnya transformasi kepimpinan negeri-negeri itu dilakukan dengan mengorbankan pemimpin-pemimpin yang tidak lagi berguna kepada parti.

Kejatuhan beberapa negeri ke tangan pembangkang pada pilihanraya yang lepas yang disebabkan oleh penolakan kepimpinan negeri adalah penyumbang terbesar sehingga UMNO/BN tidak mampu mempertahankan gelombang perubahan semasa itu.

NS merupakan sebuah lagi negeri yang amat merbahaya jika isu kepimpinan negeri tidak diberikan perhatian serius oleh parti. Zaman pucuk pimpinan untuk berseronok dengan ampuan pemimpin-pemimpin negeri yang tidak laku untuk terus menyambung kepimpinan mereka sudah berakhir. NS perlu perubahan besar jika mahu berselera untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap BN khususnya UMNO.

Persoalannya sekarang, jika pemimpin-pemimpin ini diketepikan, siapa pula yang menggantikan mereka? Masalah mencari pengganti kepada yang hendak diketepikan ini merupakan isu yang sangat besar, kerana pemimpin yang sebenarnya pemimpin secara relatifnya berada di luar kepimpinan Bahagian dan Negeri.

Usaha untuk mencari benih kepimpinan di setiap Bahagian dan Cawangan sudah terabai sejak 3 dekad yang lalu sehinggakan sudah menjadi persepsi ramai bahawa pemimpin-pemimpin yang berkuasa di peringkat bahagian di seluruh negara merupakan mereka yang tidak mempunyai ‘legitimacy’ sebagai pemimpin.

UMNO di setiap peringkat sudah hilang segala ‘connectivity’nya dengan rakyat pengundi. Sifat angkuh yang tidak mahu menerima pandangan berbeza selama ini telah terbukti menghasilkan UMNO yang kita lihat pada hari ini. Siapa yang hendak melakukan transformasi yang diidamkan oleh pucuk pimpinan pada hari ini? Siapa?

Bagaimana mereka yang perlu ditransformasikan itu melakukan transformasi? Setiap pemimpin di setiap peringkat wajar ditransformasikan dan saya tidak nampak bagaimana ianya hendak dilakukan sebab yang hendak melakukan transformasi itu pun perlu untuk direformasikan.

Persepsi rakyat sudah tidak dapat diperbaiki lagi dan secara logiknya jika transformasi hendak dilakukan pemimpin yang diperlukan untuk melakukan transformasi itu mesti datangnya dari luar barisan kepimpinan di setiap peringkat. Rakyat perlu ditunjukkan bahawa parti serius untuk berubah.

Jika pucuk pimpinan hanya meminta orang dan kepimpinan di peringkat bawahan melakukan transformasi itu ia tidak akan menjadi. Ianya akan terhempas sebelum terbang. Manusia yang patut diberikan tugas transformasi itu mestilah seorang yang dihormati masyarakat berbilang kaum dan budaya di negara ini.

Isi kandungan ucapan Presiden parti baru-baru ini banyak yang tidak perlu disebut kerana semuanya sudah lengkap di dalam Perlembagaan negara. Yang salahnya oleh kerana kepimpinan parti tidak lagi mendapat penghormatan yang sepatutnya maka masing-masing pemimpin dalam BN telah dibiarkan membuat kenyataan-kenyataan yang membayangkan BN itu tidak bersatu dengan baik.

Soi Lek dengan jelas membayangkan ketidakpuasan hati beliau terhadap kandungan ucapan Presiden UMNO itu apabila beliau meminta tidak diungkit lagi tentang bab 151, 152, 153 perlembagaan yang telah sama-sama dipersetujui oleh semua kaum semasa bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan kita dahulu.

Soi Lek jelas mahukan peruntukan yang melibatkan keistimewaan orang Melayu itu dipinda dan diubah. Soi Lek jelas mahu perlembagaan kita patut dan perlu diubah dan dianjak. Nampaknya sikap dan pemikiran pemimpin parti kaum Cina itu tidak lagi menyokong perlembagaan kita secara terang-terangan. Mempersoalkan Perlembagaan serupalah tidak menghormati negara dengan terang kerana setiap negara akan melengkapkan Perlembagaannya setelah mendapat persetujuan ramai.

Kalau dahulu bab-bab dalam perlembagaan ini tidak dipersoalkan kenapa sekarang pula dipersoalkan? Kita bukan tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Jawapanya ialah parti itu dan pemimpinnya sudah tidak relevan kepada bangsanya sendiri. Kenapa orang Cina tidak memberikan sokongan kepada parti itu lagi?

Jawapannya ialah kerana orang Cina memerhatikan bahawa MCA adalah parti yang bersekongkol dengan UMNO yang menjadi tunjang kepada BN tidak mempunyai kekuatan lagi, dan tidak dihormati sebagai parti yang parti yang didukung oleh orang Melayu sendiri.

Orang Melayu pula tidak lagi mahu memberikan sokongan padu kepada UMNO kerana terlalu ramai orang Melayu yang mereka tidak mempunyai faedah kepada mereka kerana faedahnya hanya diperolehi oleh hanya segelintiran orang Melayu yang mempunyai hubungan dengan mereka yang berkuasa. Walaupun mereka mempunyai keistimewaan dalam dasar-dasar yang tertentu mereka dapati yang mereka hanya mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa sahaja yang dapat memanfaatkan keistimewaan itu.

Pendeknya, mereka berpendapat bahawa pembahagian rezeki dan peluang bukan didasarkan kepada dasar yang ada itu, tetapi dasar itu dimanipulasi oleh mereka yang ada hubungan istimewa dengan yang berkuasa. Keadaan sudah terlalu parah sehinggakan orang Melayu sudah tidak lagi mempercayai kata-kata dan janji-janji pemimpin walaupun dasar yang digubal untuk mereka itu ada dan nyata kewujudannya. Mereka tidak salah jika membuat tekaan yang apa-apa dasar yang disebut oleh Najib dalam perhimpunan agong UMNO itu tidak akan terlaksana seperti apa yang dijanjikan.

Sebenarnya rungutan ini sudah lama kita dengari, tetapi pemimpin kita mengambil segala-galanya ‘for granted’. Oleh kerana sejak berdekad orang Melayu memberikan sokongan tanpa berbelah bagi tetapi mereka dikecewakan satu demi satu. Justeru ucapan yang berbunyi seperti halalintar sekalipun amat payah untuk meyakinkan rakyat yang sudah mempunyai persepsi yang buruk terhadap kerajaan pada hari ini.

Jadi cara yang paling cocok untuk dilakukan ialah pengorbanan pimpinan yang ada pada hari ini. Jika terpaksa memberikan kepada seorang pemimpin yang mampu setidak-tidaknya untuk membawa pimpinan dari parti-parti yang berbagai di negara ini untuk berunding dan menggubal segala dasar-dasar yang baik untuk semua pihak maka ianya mesti dilakukan segera.

Kata-kata Najib yang memberikan ingatan yang kita mesti lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu merupakan satu ugutan kerana Najib tidak menyebut apa maksud beliau apabila mengatakan ‘akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya’ memberikan gambaran yang kita berkuasa akan melakukan perkara yang tidak diingini ramai asalkan sahaja kuasa berada di tangan kita.

Kata-kata itu bagi saya merupakan kata-kata yang amat merbahaya. Ianya membayangkan bahawa beliau tidak sanggup menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya.

Kalau tidak sanggup menerima keputusan yang tidak memihak kepada kita maka cari sahaja jalan supaya kita tidak mengadakan pilihanraya lagi. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin kita patut dari dulu lagi mendekati perasaan rakyat dan bukannya menggunakan kuasa eksekutif semata-mata untuk kekal berkuasa.

Jika rakyat menolak kita, kita wajar menerimanya kerana kesalahan letaknya kepada kita. Kita tidak mahu menerima teguran dan terus menerus melakukan perkara yang tidak disukai orang ramai.

Apabila rakyat menolak kita kita menyalahkan semua pihak dan tidak mahu menyalahkan diri kita sendiri. PAS salah, PKR salah, Pak Lah salah, Raja Petra salah, Nik Aziz salah, Kit Siang salah, Guan Eng salah dan semua pihak salah. Yang tak pernah salah hanyalah UMNO dan BN.

18 comments:

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Tepat sekali saudara memberi gambaran yang begitu menakutkan.

Kepimpinnan UMNO/BN sekiranya ditolak rakyat pada PRU jangan berfikiran maseh berhak terus berkuasa dengan mengunakan apa jua tindakan dan helah atas dasar atau demi "mempertahankan hak-hak Melayu" Pemikiran ini tidak lain dan tidak bukan macam yang telah berlaku di Burma. Hak rakyat di negeri Burma telah dan terus dirompak oleh pemimpin yang rakus hendak berkuasa selama-lamanya.

Kebanyakan kami yang sudah tidak redha dan bernikad menolak kepimpinan yang korup rakus tidak akan menerima kerajaan yang telah dikalahkan dalam PRU. Apa kita dapat menerima perampasan kuasa sebegitu rupa atas nama Melayu?

If anything like Perak cannot be acceptable can grabbing power in our name would ever?

It should be made clear to them now that "It will never be!"

Anonymous said...

Aspan kini sudah berlainan nada suaranya.

Tidak perlu tunggu lama lagi, Aspan. Berjuanglah Aspan di medan juang sebelah sana.

Suara Aspan bukan lagi suara kritikan di medan sebelah sini, tetapi lebih mirip kepada suara terkilan yang menampilkan hati yang tidak puas oleh sesuatu.

Semoga sebelah sana dapat memuaskan hati Aspan.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Pandangan saudara sungguh baik dalam memberi erti kepada ucapan pm najib...At all cost itu yg pm najib laongkan dalm perhimpunan umno,,, Pm najib saharus dan semasti menerima hakikat ribuan dan dah sekian lama rakyat yg masih sayang kepada umno memberi pandangan dan pendapat,,, namun di mana ada umno dan bn dgn kuncu2 yg sangat kaya dan bergaya,, rakayat dan org melayu dah banyak kali buat teguran namun masih cerita lama, hingga saat ini, cakap nak tukar dan berubah, tapi tak juga berubah...Sekarang rakyat dah mual dgn sikap segala sikap pemimpin umno bn yg mementingkan diri....Hanya dgn kuasa yg ada kini najib bisa tekan kan pihak lawan... Namun kuasa rakyat akan di gunakan lebih dahsyat lagi,,, rakyat dah bagi peluang yg cukup lama kepada negara untuk membela rakyat jelata,,,,?Cukup lah pm dengan cakap yg lansung tidak ada isi, hanya dgn menakutkan rakyat??? Harus di ingat betapa kuat nya president suharto, dan marcos, mereka telah menjadi bahan sejarah, kekuatan president kecundang bila rakyat telah mengunakan kuasa .... Nak ingat kepada pm dan umno, bn, cukuplah mengertakkan rakyat , rakyat telah bosan dgn semua ini,,,Ketentuan kekuasaan yg ada di tangan,, biar rakyat menentu segalanya... Terima lah hakikat ada kala kita turun dan adaklan kita naik... Jagan lah menyalah kan rakyat atas apa yang terjadi, rakyat sebenar telah menghakimkan kamu kelian pemimipin, bn umo dan pr,,, Pastikan bila telah di angkat menjadi pemimpin biar lah amanah... tq

Anonymous said...

Masaalah kemaksuman hanya ada pada nama2 yang anda sebut. Cuba tibai dan dedahkan kesalahan mereka, melenting.

Blogger2 dan cybertrooper mereka tidak blh mereka ini disentuh walaupun benar, keluarlah maki hamun.

Orang UMNO berani kritik pemimpin dan parti sendiri. Blogger dan commentor pro UMNO tidak malu dedahkan kesalahan pemimpin dan parti.

Kalau Aspan tidak boleh nampak ini semua, nyatakan hasrat kamu. Ikutlah Zaid Ibrahim tu.

Anonymous said...

Saudara Aspan,
Suatu komen yang baik untuk renungan dan tatapan sekelian pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang saya lihat sampai ke hari ini masih leka dibuai mimpi. Ayuh! Bangun! saudara-saudaraku...sambut cabaran saudara Aspan..lakukan perubahan-perubahan positif supaya anda semua dihormati semula sebagai pembela bangsa, agama dan tanahair.
Walau bagaimnapun saudara Alias perlulah juga berlaku adil dengan memberi komen yang membina kepada pakatan pembangkang....sekurang-kurangnya jadilah pembangkang yang mampu memberi nilaitambah kepada negara bukannya menghuru-harakan negara

kang said...

Salam,

Satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memberikan gambaran seperti kerajaan dictator oleh PM.

Walaupun ada pendapat yang berbeza di dalam politik, tetapi asas kukuh seperti pelajaran tidak boleh di perjudikan. Benih yang kita tanam hari ini, mestikan di jaga dengan betul agar kita dapat meraihkan hasilnya di kemudian hari.

Anonymous said...

I have just read the following from Nathaniel Tan's blog when I went into Malaysiakini:

Tweet from lawyer Latheefa Koya: 1 of the 3 witnesses Gunasegaran’s inquest, Selva has just bn arrested & beaten by the police wife called for help!


Those human-looking animals now want to kill Guna's witness for telling the truth. THis is blatant torture on innocent souls.

Can someone out there please help if you have connection to UMNOPutras or PDRM or UMNO MPs? Otherwise, there will be another death in custody.

I feel very sad and worried but am helpless......

Please help..someone out there.....En. Alias, can you please help....

orangkampung

Ahmad said...

Maafkan saya, apa yang saya faham lain dari apa yang saudara fikirkan. Bahasa Najib mudah difahami. Najib mengatakan pindaan perlembagaan hak istemewa orang melayu memerlukan persetujuan majlis raja-raja. Jelas sejelas jelasnya. Bahawa Putrajaya perlu dipertahankan walau apacara sekalipun adalah seruan daripada seorang ketua kepada anak buahnya. Nak menang perlulah kerja kuat. Macam seruan Anwar kepada PR supaya bekerja untuk menawan Putrajaya walau apacara sekalipun. Takkan itu pun salah dan melalut sampai rampasan kuasa. Teringat kata kata bekas kapten bolasepak kedah Lee Kin Hong "main sampai mati untuk jadi juara". Takkan nak kena mati kot semata mata nak jadi juara.

Ben Jacob said...

bijak jugak cik asapan ni...org melayu sayang umno. tp umno terlalu korup. Semua org ingat jasa2 umno dulu kpd rakyat..tp umno skarang keparat. kena kalah kan UMNO/BN next pilihanraya..pasti perasuah2 umno akan terbang lari dan ada yg kena jail.. lepas tu baru la UMNO bersih..dan org melayu kembali kepada UMNO. klau org yg ikhlas syg UMNO mesti dia kena undi pakatan/pas. yg sokong tu mesti ada kepentingan..mentekedarah le korang puas2 ye..tak lama dah..

Anonymous said...

Terus terang saya katakan, saya adalah penyokong kust UMNO sebelum pilihanraya yang lalu.Tapi tidak lagi hari ini. Saya naik meluat tengok perhimpunan UMNO di TV. Saya naik meluat baca Utusan Malaysia.Saya naik meluat menonton berita atau program 'Talk' di TV1, TV2 apatah lagi TV3. TV7 masih ok lagi. Kalau pun nak salahkan pembangkang, jangan lah sampai membodohkan penonton, seolah olah kami tidak tahu membezakan yang betul ataupun yang salah. Semua nak bodek kerajaan. Saya yakin semua yang bodek UMNO mahupun BN adalah mereka yang berkepentingan,termasuk blogger blogger yang pro-UMNO. Kalau di lihat pada tulisan tulisan pro-UMNO, langsung tak adalah kelas jika di bandingkan dengan blogger pro-pembangkang. Tapi saudara Aspan, sejak membaca tulisan dan pandangan kamu, saya lihat hanya kamu dan Sokmonggol yang berani menegur UMNO/BN agar kembali ke jalan yang asal. Yang lain, semua nya hampeh. Kalau nak bodek sekalipun tulislah dengan bernas dan tidak mudah di prasangka.

Hai nasib melayu.........

jais said...

Aspan, UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. Kenyataannya itulah dia. Slogan itu mengelirukan Melayu.

Orang UMNO menjadi hamba kepada pemimpin, bukannya pemimpin menjadi hamba kepada Melayu.

Yang untung berterusan bukan orang yang bersusah payah dalam UMNO. Yang untung orang korporat yangrapat dengan Rosmah sahaja.

Zaman Mahtir yang untung orang Daim dan Mahathir saja.

Jadi UMNO tidak menjadi pemimpin kepada Melayu. Ia hanya menjadi pemimpin kepada segelintir yang rapat kepada pimpinan terkini atau waktu itu.

Saya sedih jika UMNO kalah tetapi saya tidak menyesal jika kerana kekalahan itu disebabkan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Rakyat pilih lah sesiapa tanpa was was.

jais

Anonymous said...

Aspan, let us talk on some other issues. UMNO's faith is predictably clear and Najib is not admitting that that he is nor able to maintain UMNO as a quantifiable ruling party.

Ada faham?

Red Alfa said...

anon@09:22

If ever other issues that needs discussing in this blogg or any UMNO supporting blogger should be discussing about the corrupt UMNO leadership. This is the mother of all issues in UMNO. To all corrupt UMNO leaders you cannot talk about faithfulness of your struggle to ugama, bangsa and negara if uppermost to you is only to serve and enrich yourself.

I hope this blogg and as many more others like Sakmongkol's shall also follow in exposing the devilish ways and manner you want to maintain your grip to power on how your corruption will escape public scrutiny and on how you unduly influence and corrupt the Law so that Justice cannot or will not touch you.

Bloggers true to UMNO's cause must expose you and insyaAllah by so doing will make UMNO stronger again and shall become the best hope and inspiration of every Malay in the country.

Otherwise all the Malays in the country will share the suffering and ignominy caused by the corrupt UMNO.

IbnAbdHalim said...

Saudara Aspan,

Jika majoriti yang berada dalam UMNO berpendirian dan berpendapat seperti saudara, UMNO akan terus memerintah. Tapi sayang sekali majoriti ahli UMNO 'dibodohkan'pemimpin mereka sendiri. Mereka penuh kepercayaan terhadap semua kurafat yang dihamburkan pemimpin dan kita jangan terkejut kalau berlaku kekacauan jika sekirannya UMNO kalah teruk.

Anonymous said...

Kami orang-orang di kampung tak takut dan tak kisah pun dengan Anwar Berahim, Lim Kit Siang, Guan Eng, Zaid Ibrahim, Hj. Hadi atau TGNA. Mereka tak ancam kami sikit pun. Tapi yang menggertak dan menakutkan kami ialah kuncu-kuncu yang berkuasa dan bersekongkol mentadbir negara sekarang ni. UMNO nak berubah ke, nak transform ke, nak tawan hati rakyat ke..buat le apa yang patut. Hilang duit, hilang projek, hilang harta belum cukup untuk menakutkan pemimpin-pemimpin ni, tapi hilang kuasa dan kedudukan la yang amat pedih untuk diterima.
Orang kampung tak kisah isu nasional apa nak di kecohkan oleh PR, tapi apa yang berlaku depan mata dan dalam komuniti kami yang buat kami sedih dan marah.
Orang kampung pun dah mula faham bahawa kami ada kuasa untuk tukar kerajaan anytime and at any cost also. Pemimpin duduk di atas kerana kami yang letak mereka di situ dengan harapan mereka akan jaga kami sebaik-baiknya walaupun tak semua yang kami hendak boleh dipenuhi dengan sekelip mata. Tapi bila dah jadi pemimpin lepas tu menyusahkan kami..terimalah akibatnya..dan akibatnya memenaglah sangat buruk..pesanan ini juga untuk PR ingati kalaulah mereka menang PRU13..mereka juga kami boleh tukar kalau tak betul..sendiri mau ingat bro!

Pesanan orang kampung dari Mersing..

Ahmad Syafiq said...

Good article there fellow blogger.

Unknown said...

aspan let cross over to the other party....kah...kah...kah

Anonymous said...

Mungkin senang saja bagi PM Najib untuk mengekalkan kuasanya di Putra Jaya. Apabila telaj kalah dalam PRU 13 nanti, panggil saja Khairy Jamaluddin melakukan tunjuk perasaan di KL dan provoke masyarakat Cina berlebih lebihan. Bila dah huru haradan bergaduh sana sini, mengadaplah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, minta pihak tentera menubuhkan MAGERAN. Selepas 2 atau 3 tahun, hapuskan Mageran dan serahkan kembali pemerintahan kepada UMNO! Tektik lama, sudah dapat dibaca oleh saya sebagai vetren ATM (kini bersama PAS), yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969. Bijak bijak......betul betul betul (Kata Upin & Ipin)