14 October 2010

PKR-UMNO, 2 kali 5

PKR tidak belajar dari kesilapan pihak lain, malahan parti ini melakukan lebih besar dari kesalahan pihak lain itu. Pemimpin-pemimpin besar PKR sekarang adalahlah anak-anak kepada UMNO yang bercerai-berai tetapi tidak mahu menjadikan apa yang berlaku didalam UMNO itu sebagai pelajaran tetapi melakukan kesalahan demi kesalahan; lebih besar lagi nampaknya dari semasa mereka didalam UMNO dulu.

Betullah kata orang tua-tua dahulu; ‘bagaimana acuan begitulah bentuk kuehnya’ atau ‘kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari’. Nampaknya penyakit yang dihadapi oleh UMNO begitu ‘contagious’ sekali; kemana pemimpin-pemimpinnya pergi mereka akan membawa penyakit yang ada kepada mereka sekali dengan mereka dan penyakit itu akan merebak dengan cepat sekali.

Dalam proses pemilihan diperingkat cabang-cabang parti itu baru-baru ini penyakit itu berjangkit dari UMNO dengan nyata sekali. Semalam ramai diantara pemimpin-pemimpin cabang parti itu berdemonstrasi didepan Ibu Pejabat parti itu membantah permainan pemimpin-pemimpin besar mereka yang cuba menolak kemahuan dan kehendak ahli-ahli cabang siapa yang mereka hendak pilih sebagai pemimpin mereka.

Tindakkan Azmin Ali masuk campur didalam pemilihan cabang Hulu Selangor misalnya telah menafikan kemenangan Mohd Nazar Yakin sebagai Ketua Cabang tersebut dan keadaan ini berlaku dibanyak cabang selyuruh negara. Kebanyakkannya dilakukan oleh penyokong Azmin Ali, salah seorang dari Naib Presiden yang akan bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan pimpinan diperingkat pusat yang akan berlaku tidak lama lagi.

Azmin adalah calun yang Anwar Ibrahim hendak lihat memenangi kerusi Timbalan Presiden parti itu maka sesiapa sahaja yang mirip kepada penentang Azmin seperti Zaid Ibrahim misalnya akan menghadapi tekanan seperti yang kita lihat berlaku sekarang ini.

Dengan cara apa sekali pun Azmin dengan sokongan Anwar mahukan pemimpin-pemimpin dicabang-cabang parti itu adalah ‘orangnya’ sahaja. Semasa didalam UMNO dahulu ini jugalah permainan Anwar Ibrahim sehinggakan Ghaffar Baba yang penyanding kerusi Timbalan Presiden UMNO gagal untuk mendapatkan cukup pencalunan untuk bertanding dan Anwar mendapat slot kedudukkan sebagai orang nubor 2 dalam UMNO itu tanpa tentangan dari sesiapa. Maka Anwar jadilah Timbalan kepada Dr Mahathir Mohammed dalam UMNO.

Rupa-ruapanya Anwar mendapat banyak pelajaran dari Dr Mahathir bagaimana cara untuk mengekalkan kuasa, dan apabila mereka mempraktikkan ‘ilmu’ yang sama maka mereka pun berpecah dan Anwar dipecat dan beliau menubuhkan PKR dan mempraktikkan kaedah politik yang sama dengan lebih jelas semata-mata untuk mengekalkan kuasanya tanpa ada pihak yang menentangnya berada dalam parti pmpinannya.

Dialam UMNO dan PKR, inilah penyakit yang tidak ada ubatnya seperti penyakit barah. Selalunya inilah kaedah pemimpin-pemimpin yang lemah untuk memperkuatkan diri mereka. Kalau kita kaji secara halus pemimpin-pemimpin diktator terbentuk dari pemimpin yang lemah.

Tidak semua pemimpin ingin menjadi diktator. Ferdinand Marcos misalnya mengambil alih kuasa melalui demokrasi tetapi apabila demokrasi tidak menjamin beliau akan berkuasa dalam tempuh yang lama, maka secara beransur-ansur Marcos menjadi diktator dan menggunakan kuasa diktatornya itu memerintah Filipina selama lebih dari 2 dekad.

Isterinya Imelda menggunakan kuasa suaminya tanpa halangan kerana suaminya adalah seorang diktator. Imelda menggunakan kesempatan untuk ber’shopping’ secara gigl-gilaan sehinggakan barang yang murah dibelinya dengan harga mahal dan apabila Marcos hilang kuasa kerana gerakkan ‘people’s power’ didapati Imelda mempunyai 7000 pasang kasut dan itu semua adalah hasil ‘shopping’ menggunakan wang rakyat tanpa halangan.

Kita berdoalah agar tidak ada isteri pemimpin-pemimpin kita yang seakan-akan sama dengan Imelda dinegara kita ini. Tetapi saya rasa tidak ada isteri pemimpin seperti itu diMalaysia ini. Tak tahulah jika ada dikalangan kita ternampak isteri pemimpin yang ‘glamor’ seperti Imelda itu. Mungkin ada yang nampak tetapi saya tak nampak pula. Jika seorang pemimpin itu tidak mampu mengawal kehendak dan keinginan isterinya tanpa kawalan pemimpin itu tidak mungkin boleh megawal politik dan negara dengan baik.

Barulah kita sedar PKR seperti juga UMNO dipimpin oleh pemimpin yang lemah; kerana takut kepada bayang-bayang sendiri, sanggup memecah belahkan parti yang dipimpinnya untuk berkuasa mengikut desakkan nafsu syahwat yang tidak terkawal.

Kesungguhan ahli-ahli untuk memperkuatkan parti keseluruhannya dicacatkan oleh kemahuan peribadi seorang dua pimpinan diibu pejabat parti yang tidak memikirkan kekuatan partinya dalam jangka masa yang panjang. Bagi Azmin kepentingan dia sendiri adalah yang terpenting, kerana parti itu hanya merupakan badan untuk mendapatkan kuasa semata-mata kerana kuasa; bukannya kerana perjuangan yang diretorikkannya siang dan malam.

Akhirnya kita lihat UMNO dan PKR adalah 2 kali 5 sahaja. Mungkin inilah sebabnya rakyat akan memilih batang tubuh pemimpin sahaja kali ini kerana hendak mengharapkan kepada parti tidak lagi cara memilih pemimpin yang relevan yang membawa kebaikkan kepada negara..

Selepas ini kita pilih pemimpin yang berani menyatukan rakyat dan mempunyai rekod cemerlang kepimpinan sahaja. Itu sahaja formula untuk memperbaikki keadaan politik dan siasah negara. Kita cari pemimpin seperti yang saya sebutkan ini. Jika hijab dibukakan tuhan, insyaallah kita akan bertemu dengan pemimpin yang saya maksudkan tadi.

Mungkin pemimpin yang saya maksudkan itu sedang berselindung disebalik cahaya yang terang.

9 comments:

Anonymous said...

TRH

Anonymous said...

"Umno harus berubah kalau tidak Umno akan diubah".itu ucapan Presiden UMNO semasa perhimpunan tahun dulu. PKR tiada kekuatan tetapi UMNO yang lemah. Tak ramai yang ingin memegang jawatan secara institusi kalau ramai yang ingin maka jawatan pula terhad jadi jumlahnya sedikit juga.Paling berdisiplin PAS.Demokrasi memberi laluan kepada satu indididu satu undi. Bertelagah dan tak puas hati perkara biasa dalam politik. Apa yang lebih penting ialah undi rakyat dalam PRU. Setakat sekarang Perlembagaan UMNO belum berubah...bagaimana dengan undi bonos.... maseh kekal ke...Apa yang Presiden UMNO dah ubah... asasnya perlembagaan Parti kalau tak ubah .... Pembohong namanya..

Anonymous said...

hadoyy...bodonya komen2 biol bdak2 pkr ni.....tahap akai mcm nuar jubo....

Anonymous said...

Mana PKR nak buang perangai Umno sebab satu gene, tapi dalam Umno hanya 10% saja yang boleh pakai yang 90% lagi, hancus...
Cuma dalam PKR yang OK mungkin 40%(especially the chinese) another 60% purely Umno's DNA.

Mohd said...

Orang Melayu yg berada di akar umbi memang sedang resah dan merasa bimbang akan nasib dan masa depan keturunan Melayu di dalam senario politik Malaysia sekarang.
Pemimpin2 PAS yg diketuai oleh Nik Aziz tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kepentingan politik DAP dan PKR. PAS ni tak sedar yg PAS akan diketepikan saja bila DAP dapat berkuasa memerintah Malaysia ala PAP di Singapura. Tengoklah apa yg berlaku di Penang. Kenapa exco2 PAS dan PKR Melayu tidak bersuara dan hanya diam membisu seribu bahasa bila kaum Melayu dihalang utk berniaga dan dihalau dpd pulau itu dgn berbagai2 cara dan dalih oleh DAP.
Dlm diam2, kaum Cina dlm MCA, Gerakan dan PKR sedang berkompromi dan berpakat utk mengambil alih Putrajaya. Perlembagaan Malaysia akan dipinda oleh DAP. Hak keistimewaan kaum Bumiputera akan dihapuskan utk melaksanakan Middle Malaysia. Institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan. Suara azan tidak akan lagi berkumandang di Malaysia.
Kaum Melayu dan Bumiputra akan mengemis di tanah air sendiri. Padan muka kerana kaum Melayu bodoh sombong tak mahu dengar nasihat akar umbi spt ini.
Melayu mudah lupa ........

Anonymous said...

Mohd, apa yang sdr katakan yang DAP akan meminda perlembagaan merupakan momokkan pihak BN semata-mata. Sebenarnya UMNOlah yang sedang memberikan muka kapada orang asing melalui gagasan 1Malaysia.

Itu cara BN menakukut-nakutkan rakyat. Itu sahaja senjata yang ada pada BN.

Saya tak pakai pandangan sdr tu. Itu tahyul!

ibrahimahmad

Anonymous said...

Ibrahimahmad,

Masih ramai lagi orang melayu macam saudara Mohd yang termakan teori bodoh Umno bahawa DAP akan menguasai Malaysia sekiranya PR memerintah..

Begitu jugak dikalangan bukan melayu pula akan dimomokan bahawa sekiranya PR memerintah PAS pula akan memegang tampuk kuasa dimana bukan Islam akan menderita dibawah pemerintahan cara Islam

yat said...

brother anonymous semua,

ni demokrasi, semua orang berhak percaya apa yg mereka nak percaya, itu kepercayaan mereka, x kira la doktrin atau propaganda UMNO ke apa ke...macamlah PAs dan DAP xdr propaganda..

Xyah la nak kutuk teori bodoh ke apa ke, tu teori, boleh jadi betul, boleh jadi tidak...macam korang ni pandai sangat, masing2 degn kepercayaan masing...masalh penyokong PR ni sikit2 yg sokong UMNO bodoh, x pelajaran kampung dan sebagainya, macamlah depa tu pandai cerdik sgt!!!!

Kalau DAP paling banyak menang kerusi, bukankah depa yg berkuasa? Kalo PAS menang banyk kerusi, buknkah PAS yg berkuasa? Tang mana yg x betul tu?

Anonymous said...

Asalam tuan aspan,,, Tidak mungkin umnoda n pkr 2x5,, Umno telah memerintah sekian lama, umno telah menempah banyak sejarah, terlalu ramai kenal siapa umno ? Tak kenal takkan cinta tapi dah kenal lama makin tak cinta. Org kian tak bercinta dg umno, sebab dah bosan dgn tabiat segala pemimpin yg di kasih dulu. ,OK, pkr parti yg tubuh nya dari serpihan umno juga,, anwar sendiri adalah org umno dan ramai lagi,,, tidak dapat di sangahlah pendapat saudara sedikit sebanyak pkr itu,,, gaya penrusan dan gaya memimpin itu agak seiring. Yang membedakedua parti tersebut umno masih di tahap yg lama, semantara pkr masih memberi harapan, yg di perjuangkan memang, itu yg di kehendak rakyat,,,Rakyat lebih yakin dgn perjuangan Pakatan rakyat , semantara umno bn keyakinan semakin hari semakin pudar,,, Biarlah azmin dan anwar masih dgn minta yg masi, yg pasti sekira ahli yg bijak sudah tentu azmin akan di gugur oleh undi ahli??? Sudah pasti perjuangan pkr dalam membudayakan pemimilihan secara direct ini akan terus berkembang, inilah kebaikan yg pkr ada, senmatara umno masih cerita lama. Pkr dalam perkembnagan yg positif, di mana kretikan dan teguran itu di benarkan ? Semantara umno dan pemimpin ketakutan menerima teguran, tak silp2 kena isa? Dalam kita mempersoalkan umno dan pkr, jauh sekali perbedaan , tidak ada persamaan dalam memperjuangkan rakyat. Mungkin dalam proses yg kini dalam pemilihan, mungkin ada benar, maklumkan semua bekas2 jaguh umno jua, sedikit sebanyak pasti ada. TQ