14 October 2010

Rocky! saudara tidak kesaorangan bro!

Dalam pada kita sibuk berbincang dan mentalaah tentang pilihanraya kecil Galas, kita berhadapan pula dengan ‘pertandingan’ diantara Blogger kenalan ramai Rocky Bru dengan Rais Yatim yang menjadi Menteri Penerangan, komunikasi media dan kebudayaan negara.

Banyak pihak telah menulis bagaimana kronoloji hingga Rais membuat lapuran polis terhadap Rocky Bru dan tidak payahlah saya menulisnya lagi kerana kesuntukkan masa. Lagi pula sehari dua ini saya tidak berada dalam tahap kesihatan yang sepenuhnya.

Walau bagaimana pun saya akan membuat sedikit komen dan memberikan pandangan tentang sikap Rais yang saya kenal sikit-sikit. Rais adalah seorang yang tidak mempunyai toleransi yang kuat terhadap sesiapa kecuali kepada yang lebih berkuasa darinya.

Rais amat sensitif orangnya dan akan cepat melompat apabila dikritik apa tah lagi jika kritikkan terhadap kepada beliau itu hampir kepada kebenarannya. Rais ialah seorang ‘very good servant but a bad master’. Beliau tidak ada sifat ‘allegiance’ kepada rakan dan taulan lebih-lebih lagi mereka yang tidak memberikan faedah kepada beliau.

Jika seseorang itu mempunyai kuasa dan bergelar serta bernama Rais akan menghormatinya walaupun orang itu mempunyai moral yang teruk dari orang seperti kita ini. Mulut dan kata-katanya manis tetapi lain ceritanya dibelakang.

Beliau merupakan seorang Menteri yang pertama membuat lapuran polis terhadap masyarakat blogger dan beliau mengambil tindakkan itu dengan cepat dengan meminta MCMC yang berada dibawah naungannya untuk bertindak.

Cara yang beliau sepatutnya lakukan sebagai orang yang selalu bercakap tentang adat dan adab tidak dibuatnya. Apa yang menahan beliau untuk memanggil blogger-blogger yang menulis tentangnya dahulu sebelum mengambil tindakkan seperti yang beliau lakukan itu.

Rais memang seorang yang tidak boleh disentuh walaupun sedikit dari mana-mana pihak yang tidak memberikan keuntungan kepada beliau. Tetapi kalau seorang yang lebih tinggi dari beliau beliau sanggup untuk tundukk dan mengangguk seperti burung balam untuk menyambung kedudukkan beliau dalam kerajaan.

Kapada Ahiruddin Atan, buatlah apa-apa yang patut yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memberikan kerjasama kepada pihak yang menyiasat, kerana saudara tidak ada membuat apa-apa yang dianggap ‘defamatory’ terhadap Menteri itu. Saudara hanya mengatakan apa yang saudara dengar. Saya pun dengar juga banyak perkara tentang beliau dan KSU Kementeriannya.

Hanya saya tidak mengambil ‘pot’ terhadap apa yang saya dengar kerana cerita seperti itu memang cerita biasa bagi Menteri-Menteri dan pihak-pihak yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap peluang mencari ‘extra cash’ selain dari gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak dari kerajaan.Saya berdoa agar Rocky akan melepasi tindakkan yang sedang beliau hadapi itu.

Rocky, saudara bukan kesaorangan. Ramai yang akan bersama saudara menghadapi isu yang saudara alami sekarang.

11 comments:

Anonymous said...

Rock rocky Rock!!!

jidin

Pewaris said...

Selagi ada kuasa, tunjukkanlah. Kalau Allah dah tarik kuasa yang ada .. innalillah.
Kuasa BN dah merudum pun.

Dr. ZTM said...

Next PRU i.e PRU 13 (2011/2012), Rais dah tau dia tak akan jadi calon,so PULUN lah mana yang boleh bro....so sapa yang makan cili.. dia terasa lah PEDAS,tak gitu, bro?? Perhati aje gerak geri Rais dan Maznah(the wife),ikut bontot Najib dan Rosmah dalam majlis2 tertentu,nampak betul kaki kipas dan mengampu..!!!Ada udang di sebalik batu kot? Now,bila RAKYAT question sikit pasal Broadband Projek,mengelabah macam bersalah..!

PM,DS Najib patut singkir Rais ni, dalam rombakan kabinet yang akan datang..orang2 UMNO macam ni dah patut diPENCENkan dari terus menjadi DURI dalam DAGING BN/UMNO!!

Dan dalam suasana PRK Galas,episod
Rocky Bru vs Rais akan menimbulkan
isu "TIADA BEBAN,RAIS BRU diGALAS"

Zorro Team Malaysia

Rockybru said...

Bro you have always been supportive. Dari dulu hingga sekarang. Thank you.

Daeng Celak said...

Dengar khabarnya ada usaha untuk memulihkan hubungan Rocky dan Rais..eloklah tu..adalah lebih elok kita membuang sebarang prasangka dan lebih ke arah membantu kerajaan menjadi lebih elok dan sempurna. Mudah-mudahan rakan2 blogger tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu untuk dinukilkan di laman blog masing-masing. Ingin lihat Rocky dan Rais berjabat tangan..Syabas..

Anonymous said...

aspan, kalau kau tengok betul2 bukan ahiruddin yg salah ini. tapi dia kenalaah disoal siaat jugak.

Sila lihat aopa bekas hakim mahkamah Tinggi Datuk mahadev Shankar tulis dlm Star hari ini:

"...Our blogs and some of our more vitriolic vernacular papers are replete with diatribes which are pure poison designed to generate ill-will, disaffection and hatred..."

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Rais yatim adalah menteri yg paling terkenal di kelangan kabinet najib, maklumlah mene\teri penerangan. Hari2 ada sahaja dalam tv. Tak apa itu hak dialah. Benarlah apa yg di kata saudara aspan rais ini sensitif, kalau tak kan reprt dg polis, sikit puny kretik dah nak melabah ? Beginilah pemimpin yg kita ada, apa nak buat rakyat dah pilih umno sebagai kerajaan yg sah.Mr rock tak usah terlalu ragu, u cakap yg benar, bukan di keangan blogger sahaja di belakang kamu bah kan rakyat memberi dokongan kepada kamu,, rakyat faham memnteri umno bn dan mereka dah kenal sangat apk menteri kita. Mr rocky teruskan perjuangan anda, yg pasti rakyt akan memberi dokongan kepada tuan. tq

PARPUKARI said...

Well said Abang Aspan! Now I know who Rais actually is..tq

bestomyam said...

saudara aspan ...lu memang kenalbenar dgn rais n maznah..gua juga bah!

Anonymous said...

Hahaha baru korang tahu... korang buat fitnah kat pemimpin PR pun tak kena apa2 sebab dilindungi BN.. sekarang bila ko sentuh sikit perkara benar tentang pemimpin BN dah kena ambil tindakan. Nampak sangatkan pemimpin BN tak boleh di tegur atau di kritik.. LU PK lah Sendiri Beb.

rmf said...

Lets Rock - Rocky bru <---100% support