09 October 2010

Sekarang kita ke Galas, selepas itu kita ke Batang Sapi pula.

Tengku Razaleigh telah selamat pulang dari bercuti selama lebih daripada 2 minggu dan terus sahaja diberikan tugas untuk mengetuai BN dalam pilihanraya kecil Galas sebagai pengarah. Khabarnya ratusan yang datang menunggu di VIP lounge KLIA pagi tadi yang diketuai oleh Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Semua pihak sedang menunggu apa yang akan diperkatakan oleh TR. Di lapangan terbang pagi ini TR dikatakan akan membuat kenyataan setelah beliau menemui Perdana Menteri dan tiada apa yang diperolehi oleh pihak media pagi ini,.

Selain daripada pengakuan TR yang beliau menerima cabaran untuk menjadi pengarah kepada pilihanraya kecil Galas yang hebat diperbincangkan oleh rakyat jelata, TR tidak lansung menyebut apa-apa yang lain. Sememangnya begitulah yang patut dilakukan oleh TR kerana beliau belum pun bertemu dengan pemimpin-pemimpin besar negara yang sedang menghadapi penolakan rayat yang begitu kuat sekarang ini.

Setalah TR menerima tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil ini, hanya saya berharap TR telah membuat keputusan yang baik dan tepat. Bagi orang seperti saya dan saudara-saudara, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dibincangkan dengan semua pihak.

Sekarang ini yang menjadi tandatanya banyak pihak ialah siapakah calonnya kerana yang rapat dengan TR mereka akan tahu yang TR tidak akan bersetuju untuk menjadi calon kerana beliau adalah seorang yang fokus dalam apa-apa yang beliau lakukan. Beberapa nama telah disebut-sebut dan telah dispekulasikan oleh media perdana dan media alternatif tetapi kata pemutusnya tetap akan berada di tangan TR.

Tetapi biarlah segalanya itu dijawab setelah muktamadnya perbincangan dengan pucuk pimpinan dahulu. Apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pihak kita ialah untuk tidak menjadikan PRK ini sebagai medan seseorang untuk menjadi hero yang tidak padan dengan keadaan dan situasi di Gua Musang.

Sebenarnya jika PRK ini tidak seperti apa yang berlaku dalam PRK-PRK yang telah lalu peluang untuk BN memenangi kerusi ini tidaklah begitu mustahil. Pengaruh dan imej TR di sana boleh memberikan kemenangan yang selesa kepada UMNO walaupun Kelantan adalah kubu yang terkuat bagi PAS.

Di Kelantan UMNO sudah dipandang seperti parti serpihan sahaja; serupa seperti keadaan pada tahun 60-an kepada penghujung tahun 70-an dahulu. Dari pada tahun 60-an dahulu UMNO tidak ada apa-apa langsung dan mereka hanya parti yang menginding-nginding dan tidak dipandang sebelah mata oleh rakyat Kelantan.

Tengku Razaleighlah yang mengorbankan keseluruhan kehidupan beliau untuk menjadikan UMNO diterima secara beransur-ansur oleh rakyat Kelantan dan setelah 18 tahun UMNO mendapatkan kuasa di Kelantan dengan kepimpinan Tengku Razaleigh. Tidak ramai pemimpin-pemimpin pusat UMNO yang berminat untuk memberi bantuan untuk membina UMNO di Kelantan semasa itu. Yang saya ingat hanyalah Allahyarham Abdul Ghaffar Baba, Allahyarham Syed Jaafar Albar selain daripada Tun Razak dan pemimpin-pemimpin lama yang bersemangat dan percaya yang TR suatu hari nanti akan berjaya membawa kemenangan kepada UMNO di Kelantan.

Kejayaan mengambilalih kerajaan tajaan PAS berlaku pada tahun 1978 dan sejak kejayaan itu TR menjadi pemimpin yang disanjung tinggi oleh UMNO dan pemimpin UMNO pun mulalah memberikan tumpuan ke Kelantan sehinggalah ke hari ini.

Kejayaan Tengku semasa itu merupakan kejayaan yang besar tetapi di dalam kejayaan itu berputik rasa tidak senang hati di kalangan pimpinan UMNO dan usaha pemimpin-pemimpin yang tertentu untuk menjatuhkan TR yang bersifat ‘gentleman’ itu mula nampak dengan jelas.

Apa yang berlaku pada tahun 1981, 1984 dan seterusnya pada tahun 1987 dan ‘consequence of events’ selepasnya merupakan dalil-dalil jelas yang ada pihak yang mahukan TR diketepikan daripada siasah negara ini.

Sekarang ini UMNO dalam situasi dimana rakyat sudah letih dengan permainan politik yang komunal dan kelemahan lain seperti rasuah dan salah gunakuasa kembali meminta TR memainkan peranan dan sanggup melakukan tindakan yang jauh daripada kebiasaannya dengan meminta beliau menjadi pengarah pilihanraya kecil yang lazimnya ditugaskan kepada Timbalan Presiden parti.

Kalau dilihat dari satu sudut kita akan percaya yang tindakan itu adalah satu penghormatan tinggi kepada seorang pemimpin UMNO yang telah disepak dan diterajang ke sana ke mari selama ini, kerana beliau menjadi duri di kalangan mereka yang berkuasa dan lemah kepimpinan mereka.

Tetapi tidak juga kita boleh nafikan yang kali ini merupakan attempt yang berterusan untuk melenyapkan politik TR buat selama-lamanya. Perkara-perkara seperti ini memang ada di dalam benak ramai pemerhati politik dan kita tidak boleh menyalahkan mereka ini berpandangan demikian kerana tindakan untuk mengenepikan pemimpin ini memang usaha yang sudah berlanjutan sejak lebih dari 3 dekad yang lalu.

Perkembangan yang terbaru ini mendapat tumpuan kepada ahli-ahli politik baik dari pihak kerajaan dan pihak alternatif. Tetapi TR tetap TR. Kesetiannya selama ini tidak dipandang dengan sebelah mata oleh mereka yang sedang berkuasa tidak luntur.

Sebagai seorang yang menghormati beliau sejak berdekat yang lalu tetap menyokong segala keputusan belaiau kerana sesiapa yang sudah lama bergaul dengan beliau akan faham bahawa beliau merupakan anak jati UMNO yang tidak ada tolok bandingnya.

Beliau banyak yang tidak bersetuju dengan tindakan Abdullah Badawi, beliau tetap bersama UMNO. Beliau tidak bertindak keluar dari UMNO kerana kehadiran Abdullah sebagai PM, dan kembali menyertainya apabila Abdullah bersara.

Insya-Allah TR akan melaksanakan tugas beliau dengan baik dan akhirnya membawa kemenangan kepada beliau atau calon yang beliau tunjuk di dalam PRK kali ini. Selepas kemenangan di Galas kita terpaksa pula menumpukan pandangan kita ke Parlimen Batang Sapi di Sabah kerana kematian YB Datuk Edmund Chong Ket Wah pada jam 11.40 pagi tadi akibat kemalangan jalanraya.

Dalam pilihanraya umum yang lalu mendiang Edmund dari PBS telah mendapat 9479 undi mengalahkan calun Bebas Chong Kong Ming yang mendapat 5771 undi.

Raya tetap kita raya. Sudah tamat raya di bulan Syawal kita dihidangkan dengan pilihanraya, satu lepas satu.

3 comments:

Anonymous said...

Short history that you just wrote. but enough to understand the character of top UMNO leaders those days and today.

tell some more bro.

ibrahimkoyan said...

Bro, kemenangan diGalas pimpinan TR jika berlaku, kita wajar memerhatikan tindak laku Najib, Muhyiddin dan lain-lain selepas ini. Jangan kita teragak-agak lagi memberitentangan kepada UMNO dalam pilihanraya akan datang.

ibrahimkoyan

zainal & gang said...

Bro Aspan Alias,

I vividly remember when you said that saying a right thing and telling the truth is forbidden in UMNO.

So why you write and say the truth bro?

zainal & gang