16 December 2010

Tidak ada rombakkan kabinet - pilihanraya dulu.

Desas-desus tentang rombakkan Jemaah Menteri Negara nampaknya mulai surut dan desas desus tentang pilihanraya umum nampaknya mengambil tempat dimana-mana kita berjumpa kumpulan rakyat yang bercakap dimana-mana. Nampaknya ramai pemimpin-pemimpin Bahagian-Bahagian sedang tuirun naik dari tempat masing-masing berulang alik keKuala Lumpur untuk melobi untuk menjadi calun atau untuk menyambung panggal mereka yang sekarang masih menjadi YB-YB.

Saya dipanggil minum petang oleh seorang dua yang sedang turun naik keKuala Lumpur bertemu dan melakukan segala usaha agar pucuk pimpinan memberikan mereka peluang untuk bertanding lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Ada diantaranya sedang mencari sumber kewangan untuk persediaan mereka jika dipilih menjadi calun oleh pucuk pimpinan.

Jika kita lihat dari kenyataan-kenyataan Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin yang lain pandangan setengah pihak yang pilihanraya akan sampai tidak lama lagi itu ada kewajarannya. Lagi pun Najib belum lagi ‘legitimize’ sokongan rakyat kepada beliau walaupun beliau telah menjadi PM selama dua tahun. Mandat yang ada pada hari ini adalah mandat untuk kepimpinan Abdullah Badawi dahulu.

Sebelum ini ramai telah menelah yang pilihanraya umum kali ini akan dijalankan serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak yang mesti dilakukan selewat-lewatnya pada bulan Jun yang akan datang dan tidakkan mengadakan pilihanraya umum serentak dengan pilihanraya negeri itu memang tindakkan yang lojik dan baik walaupun tidak boleh menentukan kemenangan yang memuaskan.

Apakah yang menarik dan menjadi perhatian ramai dalam pilihanraya umum yang akan datang ini?

Banyak yang menariknya. Pertamanya pemerhati politik samada pemerhati tempatan atau luar negara melihat pilihanraya kali ini merupakan perjuangan ‘survival’ untuk BN keseluruhannya. DiSemenanjung Malaysia 81 kerusi Parlimen telah jatuh ketangan pembangkang dan 2 kerusi diSarawak telah dimenangi oleh DAP, iaitu Bandar Kuching dan Sibu.

Jika diandaikan pembangkan masih mampu bertahan untuk mengekalkan kemangan dikerusi-kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihanraya umum yang lalu maka kekalahan dikerusi-kerusi Parlimen diSarawak kali ini akan memeritkan lagi kesakitan yang akan dihadapi oleh BN. Banyak pihak telah memberikan perincian tentang situasi diSarawak ini, dan apa yang didengar tidak menyenangkan kita.

Dikatakan yang beberapa kerusi Parlimen diBandar-bandar dan ‘Sub-urban’ diSarawak akan jatuh ketangan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain. Walaubagaimana pun dikawasan pedalaman BN masih boleh bertahan kerana pembangkang tidak akan mampu untuk berkempen kerana kepayahan perhubungan dikawasan-kawasan tersebut. BN akan menggunakan kuasa seperti yang dilakukan mereka dalam pilihanraya-pilihanraya yang dulu dengan menghalang semua usaha pihak pembangkang untuk mendekati masyarakat pedalaman.

Pihak berkuasa tidak akan membenarkan juruterbang-juruterbang yang diupah oleh pembangkang untuk terbang kekawasan pedalaman dan inilah senjata BN yang paling ampuh untuk mengekalkan kawasan-kawasan dipedalaman ditangan mereka. Pendeknya wlaupun kawasan pedalaman ada elemen penentangan, penentangan itu tidak akan sampai keamana. Maka ‘conclusive’lah pandangan setengah pihak yang BN hanya mampu untuk bertahan dengan menggunakan kuasa secara ‘undemocratic’.

Tetapi dikawasan-kawasan bandar kita difahamkan yang kerusi-kerusi parlimen dan DUN akan mudah jatuh ketangan pembangkang kerana BN berhadapan dengan isu peribadi Taib Mahmud yang begitu hebat diperkatakan, bukan sahaja diSarawak, tetapi juga diSemanjung ini.

Jika benar yang 9 lagi kerusi parlimen diSarawak jatuh ketangan pembangkang maka jumlah 11 kerusi jika dicampurkan denga dua yang sedia ada maka representasi BN diDewan Palimen akan lagi berkurangan.

Sabah juga akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen ketangan pembangkang. Masalah diSabah juga berkaitan dengan imej Ketua Menterinya Musa Aman yang diabaikan oleh pimpinan kita sebegitu lama. Saya dikatakan oleh banyak pihak Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 7 kerusi Parlimen dan jumlahnya mungkin bertambah lagi jika masalah dikalangan komponen disana tidak dapat diselesaikan dengan cepat.

Bagaimana dengan keadaan diTerengganu? Tidak ada siapa yang mengatakan yang BN akan mampu bertahan disana dengan kemelut berpuak-puak diantara dua ‘war lords’ Ahmad Said dan Idris Jusuh. Siapa kah batang tubuh yang boleh menjadi ‘reconciliatory leadership’ dinegeri ini? Yang ada hanya Ahmad Shabery Cheek yang beliau sendiri menghadapi tentangan dari ramai pengundi diKemaman kerana beliau tidak begitu berpijak kebumi nyata. Difahamkan 4 kerusi Parlimen akan jatuh ketangan pembangkang kali ini.

Pahang akan kehilangan 4 kerusi mengikut pihak yang membuat lapuran ini, dan Johor juga akan kehilangan 4 atau 5 kerusi lagi. Inilah yang patut diberikan tumpuan dahulu sebelum memanggil pilihanraya umum yang akan datang.

Kehilangan 1 atau 2 kerusi diPerak, Kedah, P Pinang mungkin akan membuktikan telahan setengah pihak yang kita akan berhadapan dengan ‘hung parliament’ itu sudah hampir menjadi kenyataan. Jika terjadi apa yang dikatakan itu maka dari saat itu akan bertukarlah landskap politik tanahair kita ini.

Inikah yang dimaksudkan oleh PM Najib sebagai transformasi politik yang selalu beliau perkatakan itu. Masing-masing jawablah sendiri.

8 comments:

Anonymous said...

Rombakan Kabinet kepada satu kabinet yang lebih padat dan kemas sepatutnya dilakukan untuk menunjukkan kesungguhan PM untuk memperbaiki imej Kerajaan yang nampaknya top heavy dengan bilangan Kementerian dan Menteri.
Ini tidak dilakukan kerana PM pasti takut untuk menarik balik jawatan mereka yang mungkin diperlukan untuk mengekalkan kedudukannya sendiri.

Anonymous said...

Ketika kerajaan-kerajaan di Eropah berhempas pulas untuk mengurangkan defisit dan hutang luar negara yang mengembang tanpa kawalan akibat ekonomi dunia yang kelam kabut, sebaliknya negara ini dibawah PM Najib tiada langsung idea kearah itu. Dia masih bebas membelanjakan duit negara ini macm bapak dia yang punya. Bertanggung jawablah sikit! Eloklah kerajaan yang ada sekarang di singkirkan kerana yang susahnya adalah rakyat terbanyak. Ada rakyat negara ini hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sedangkan di UK, kerajaan mereka mengurangkan jawatan2 di sektor awam sehingga ke beratus ribu jawatan, sebaliknya Pm sendiri telah memperbanyakkan jawatan di Jabatan Perdana menteri dengan budget yang tak masuk akal. Benarlah kata rakyat negara ini si PM tu belajar kuih saja, bukannya tahu ekonomi. sepatutnya beliau berundur secara terhormat sebab orang sepertinya tak layak dan tak diperlukan rakyat. Hanya untuk menyelamatkan lehernya saja dari di dakwa atas kesalahan skandalnya.

Saya berharap andaian Tuan menjadi kenyataan agar rakyat dapat hidup dengan selesa tanpa BN/umno yang banyak menyusahkan rakyat terbanyak. Semenjak kegawatan tahun 1997 hingga kini, ekonomi malaysia belum betul-betul pulih akibat kerja seorang dua perdana menteri sebelum ini yang tak bertanggungjawab terhahap rakyat malaysia yang menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti dalam institusi kehakiman menjadi bahan cacian dikalangan rakyat. Selain itu media-media kerajaan yang tak bertanggungjawab juga banyak menabur fitnah di sana-sini. Bertaubatlah wahai penyebar2 fitnah kerana perkara sedemikian akan nanti terkena pula pada ahli keluarga mereka. Balik pada ajaran islam yang syumul dan jangan dok ingat dunia ni kita yang punya selamanya.

Quiet Despair said...

Bro Aspan

Dengarlah kata-kata Najib jikalau BN tidak dapat memerintah, tiada siapa yang boleh.
Janganlah mengkhayalkan perkara yang belum pasti.
Nanti keciwa pulak macam Anwar dan tarikh keramatnya 16 September.

mo said...

Asalam audara aspan,,,Kemenangan umno bn kali ini,,, hanya dapat di bantu tali hayat yg terakhir,,,1. undi pos. 2. penipuan yg cukup leceh. tampa dapat di kesan. Kali ini adalah satu kemustahilan bn umno akan dapat menang dgn selesa dalam g13??? Dalam kita berbual dan bicara tentang politik negara, hanya sedikit manusia yg tidak mengutuk kepimpinan yg kita ada, baik peringkat negeri, mau pusat??? Mana mungkin umno bn akan dapat menang kali ini,,, yg pasti harus terima hakikat masa untuk berehat itu sudah tiba,,,itu kehndak rakyat majoriti...PR , walaupun dgn sekatan yg amat bodoh di lakukan oleh kerajaan kini,,, seolah memberi kesan yg baik kepada PR,,,rakyat telah menjadi lebih simpati kepada perjuangan PR, walaupun dgn sekatan yg begitu ketat oleh najib dan rakan2 bn....Walaupun nampak kekuasaan mereka mengunakan teknik yg lapok dan basi,,,namun rakyat menilai,,,betullah apa yg pemimpin PR bicarakan ,,,umno dan najib sangat takut kehilangan kuasa,,takut nanti selepas kalah mereka ini akan di siasat, peri laku dan di bawa kemuka pengadilan....Rakyat telah menjadi lebih matang menilai kelakuan pemimpin kita kini,,,tindak yg kurang bijak, menguna kuasa yg salah tempat melemahkan mereka sendiri,di mata rakyat, cakap lain ,perbuatan lain....Seperti yg tuan bicarakan g13 akan di seretakkan dgn sarawak ??? Kali ini bukan lah calang2 election,,,hebat,hebat, di sarawak sendiri terlalu ramai rakyat mempertikai cm dan kroni dan kekayaan mereka yg mengila,,,namun rakyat terbanyak masih miskin, dan mundur ??? Inilah hakikat yg tak boleh di nafikan,,,kalau nak bokti, buat lawatan singkat,,,pergi k pendalaman, desa, dan kampong, jawapan dgn sendiri boleh terjawap??? inilah akibat dari politik yg sonsang di lakukan oleh kerajaan bn selama ini... Kalau anda berjalan mengunakan lebuh raya dari kuching ke miri,,,anda akan dapat pingat relly,,, sebab jalan yg sedemikian rupa bukan layak di panggil lebuh raya, lebih elok kalau di panggil relly treck...Inilah kerajaan yg senantiasa di puji dan ampu oleh memteri rais yatim di tv bn??? Tidak ada kawasan yg selamat lagi untuk bn kali ini, baik di bandar atau pun desa,,, rakyat telah begitu sedar, mereka selama ini telah di nodai oleh pemimipn yg di pempin oleh taib??? Rakyat hanya menuntut apa yg hak bagi mereka???Kali ini keadaan akan berubah,,,di kelangan menteri negeri dan yb sendiri agak gusar dgn senario perubahan yg cukup ketara di negeri sarawak??? tq

Anonymous said...

Sahabat ku Aspan,

Walaupun sdr sudah lama tidak ku temui, melalui tulisan sdr, saya tahu sdr masih tidak berubah. Sdr masih straight talker tanpa takut dan silu.

Sdr telah banyak membuka mata dan minda kami. Tetapi sdr sedar kan?..yang sdr selama ini menjadi lilin sahaja.

Saya tahu sdr sedar, hanya sdr tidak mahu berpolitiking untuk peribadi sdr.

Syabas...saya akan terus membaca...


ibrahim zainal

Anonymous said...

Tn Hj Aspan,
Mak mertua saya pun dah mengaku kalah sekarang. Dulu dia setia kpd wanita UMNO. La nie kalau anakmenantu bersembang pasal polotik, awal2 lagi dia surrender dgn katanya 'dulu org UMNO lain, la nie org UMNO dok jaga tembolok sendiri saja'. Anakmenantu & rakyat..He3..

Quiet Despair said...

Tak lama lagi akan ada pilihanraya kecil di Johor berikutan kematian ADUN Tenang pagi tadi.
Sama-sama kita tengok samada hakisan undi BN berkurangan di kubu kuatnya.
Saya rasa tidak. BN bertambah kuat di Johor.

Anonymous said...

quiet despair,

jgn risau UBN akn menang di Tenang...bukan kerana mereka kuat & rakyat sudah mula percaya UBN tapi seperti biasa menang dgn tipu muslihat seperti yang lepas...PRU13 dijangka akan diadakan pada Mac 2011...so UBN tidak boleh kalah kerana ia memberi impak negatif...