19 February 2011

Bila kah agaknya kita dapat menikmati demokrasi sebenarnya?

Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang benar-benar dipilih oleh rakyat setelah rakyat membuat pertimbangan yang serius dengan bebas tanpa gangguan dan kawalan dari unsur yang menekan. Demokrasi yang terunggul ialah demokrasi yang dilaksanakan dengan penuh jujur dan etika yang tinggi.

Yang dimaksudakan sebagai kejujuran dalam demokrasi ialah dengan membiarkan rakyat membuat penilaian tanpa tekanan dan penggunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak semasa yang sedang memegang tampok kuasa.

Apabila sampai tempoh dan penggalnya kerajaan akan kembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan samada untuk mengekalkan kuasa yang ada pada pemerintah yang sedang menyandang kuasa itu atau memberikannya kepada pihak lain yang menawarkan kepimpinan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

Pihak yang sedang memerintah mestilah berlaku adil dan memberikan sepenuh peluang kepada pihak pembangkang kepada kemudahan media seperti telivision dan media letronik serta media cetak yang ada untuk rakyat mendapatkan maklumat bagi mereka membuat pertimbangan yang tepat.

Malahan di negara-negara maju pilihanraya ini dibiayai oleh kerajaan dan disediakan peruntukan perbelanjaan pilihanraya bagi pihak kerajaan yang menyandang kuasa dan pembangkang yang menawarkan kepimpinan dengan dasar alternatif dan corak pentadbiran yang berlainan bagi memenuhi kehendak rakyat yang mempunyai pelbagai keinginan dan ‘preferences’ masing-masing.

Di Amerika Syarikat dan di England misalnya kedua-dua pihak yang memerintah dan pembangkang berdiri dibelakang ‘rostrum’ dan berdebat secara terbuka dan ditontoni oleh semua rakyat melalui peti-peti television dan media alternatif yang ada di dalam negara-negara tersebut.

Masing-masing parti akan memaparkan program serta dasar masing-masing secara terbuka dan tidak akan akan ada pemimpin yang berani untuk bercakap dengan nada lain bila berhadapan dengan kumpulan yang berbeza untuk meraih undi dan sokongan ramai. Di negara-negara maju tidak ada pemimpin yang mengikut resmi cicak kubin yang akan bertukar warna kulit mereka mengikut warna tempat mereka hinggap. Pemimpin seperti ini memang tidak mendapat tempat kerana rakyat menganggap pemimpin seperti ini adalah seorang yang pembohong.

Pembohongan adalah satu kesalahan yang tidak ada kemaafan bagi rakyat di negara-negara maju dan rakyat selalunya akan menolak pemimpin atau parti yang bersifat pembohong itu. Rakyat di negara maju faham dan memandang rendah kepada pimpinan yang tidak bercakap benar kerana mempunyai persepsi yang bercakap bohong itu merupaka satu penyakit yang susah untuk diubati dan disembuhkan. Tetaoi disini lagi pemimpin berbohong lagi kuat mendapat sokongan kerana ramai rakyat yang masih suka dibohongi dari mendengar perkara yang benar.

Mereka percaya kepada perbidalan ‘once a liar he remains a liar’ dan rakyat di negara-negara tersebut tidak akan merelakan diri mereka dibohongi oleh pemimpin mereka kerana jika mereka ditadbirkan oleh manusia yang berbohong lambat laun negara akan rosak binasa. Begitulah tingginya etika kepimpinan yang mereka amalkan semata-mata untuk menjaga keutuhan dan kebaikan untuk rakyat dan negara mereka.

Sistem demokrasi yang kita amalkan di negara kita tergulung kedalam kategori demokrasi yang lazim diamalkan di negara-negara dunia ketiga. Pemimpin yang berkuasa selalunya akan menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk mempengaruhi rakyat bagi mengekalkan mandat rakyat kepada mereka. Berbagai-bagai tekanan terhadap rakyat secara sistematik dilakukan untuk mempastikan rakyat kembali memberikan dukongan kepada mereka.

Parti pembangkang tidak dapat menggunakan media massa perdana untuk menyiarkan rangka dan pelan mereka jika diberi mandat untuk memerintah sedangkan parti yang sedang berkuasa akan menggunakan sepenuhnya media massa perdana yang lazimnya akan berpihak kepada yang memerintah.

Dalam sejarah pilihanraya di negara kita belum lagi pernah parti lawan kepada kita mendapat peluang untuk bersama-sama menggunakan media massa letronik yang dipunyai rakyat. Sejak 40 tahun dahulu parti pembangkang seperti DAP telah mendapat momokan yang parti itu adalah parti merbahaya dan cuba dianggapkan seolah-olah parti itu adalah seperti Parti Komunis Malaya.

PAS juga dimomokan dengan sebagai parti yang militan. Tetapi apabila PAS terbukti mampu untuk bekerjasamaq dengan DAP dituduh pula PAS sebagai parti yang tidak islamik. Semua yang dilakukan oleh PAS tidak kena kepada pihak yang berkuasa. Tetapi sekarang kesusahan yang dihadapi oleh PAS sudah mulai reda setelah parti itu telah terbukti mampu untuk membina kerjasama yang baik walaupun diantara komponen PR itu banyak perbezaannya. Malah kejasama itu lebih jelas berjaya kerana berkemampuan untuk bersama mentadbir kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR.

Kejayaan inilah yang tidak disukai oleh BN dengan menggunakan media massa perdana untuk memcahkan kesatuan yang telah terjalin diantara parti-parti altenatif ini. Tetapi itulah politik kita di dunia ketiga ini walaupun kita mendengar pimpinan kita hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Walaupun permainan media massa ini tidak ada noktahnya tetapi rakyat sudah mula pudar keyakinan terhadap media perdana kerana setelah kian lama rakyat sedar yang media perdana yang dikuasai kerajaan itu hanyalah alat propaganda pihak pemerintah sahaja. Rakyat kini mahu melihat dan membaca perkara yang lebih ‘quantitative’ yang lebih yang lebih memberikan input pengetahuan yang berfaedah secara terus kepada rakyat.

Media massa yang hanya berelemenkan propaganda sudah mula tidak diminati oleh orang ramai dan ini boleh dilihat dari kejatuhan pembaca kepada beberapa akhbar media perdana yang dahulunya mempunyai ‘circulation’ dalam bilangan ratusan ribu sehari.

Kalaulah kita mahukan kesuburan demokrasi yang benar-benar demokrasi kita sepatutnya memulakannya dengan mengendalikan pilihanraya dengan perbelanjaan kerajaan. Kedua-dua pihak dari kerajaan dan pembangkang patut diberikan peruntukan oleh kerajaan seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat dan banyak negara maju yang lain.

Rakyat sepatutnya memulakan tuntutan untuk dilaksanakan demokrasi secara ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang baru didalam proses demokrasi. Hanya di negara kita dan Singapura sahaja di rantau ini yang parti pembangkang yang halal kewujudannya tidak diberikan kemudahan ini. Kita tidak boleh lari dari melaksanakan sistem ini jika kita benar-benar mahu menjadikan negara kita sebagai negara maju.

Kita tidak boleh lagi menafikan hak mana-mana pihak untuk mendekati rakyat seperti tidak mengeluarkan ‘permit’ untuk berceramah dan sebagainya. Berdebat secara terbuka diantara parti kerajaan dan pembangkang patut diadakan selalu bagi membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berkemampuan untuk mengeluarkan ‘idea-idea’ yang bernas dan mampu dilaksanakan. Politik secara ini merupakan satu tuntutan masa dan kita wajar mengikuti kehendak masa dan zamannya,

Jika debat terbuka boleh diadakan kerap kali maka tidak akan ada lagi tuduh menuduh diantara satu pihak dengan pihak yang lain dan fitnah memfitnah tidak akan mudah dilakukan lagi. Debat terbuka ini juga akan membolehkan kita menilai pihak mana yang bertotokohan untuk menjadi pemerintah.

Bagi pendapat saya seorang jika benar pihak kita ini jujur, ikhlas dan tidak pernah melakukan perkara sumbang kepada negara maka tidak ada sebab kita perlu takut untuk berhadapan untuk berdebat dengan pihak pembangkang. Malahan disitulah kesempatan yang keemasan untuk membuktikan yang tuduhan pihak BN yang parti pembangkang itu sebagai kilang mengeluarkan fitnah itu benar.

Tetapi pihak kita tidak pernah berani untuk berdepan dalam debat besar-besaran dengan PR maka sekali gus kita dianggap sebagai pihak yang takut untuk berdebat kerana khuatir segala kelemahan kita yang dituduh oleh pembangkang itu pula yang benar. Kalau kita betul-betul di pihak yang benar kita tidak perlu takut. Jika kita takut maka jelaslah yang kitalah yang lebih bermasalah dari pihak PR untuk menunjuk dan membuktikan kebenaran pihak kita.

Orang ramai memang mempunyai persepsi yang pemimpin BN khususnya UMNO tidak akan bersedia untuk berdebat kerana sesungguhnya pihak kita sedang mengahadapi masalah untuk membuktikan yang tuduhan pihak pembangkang dan pihak-pihak lain itu adalah tidak benar. Menolak cabaran untuk berdebat itu memang dengan pantas dianggap oleh rakyat sebagai mengiyakan tuduhan pihak pembangkang terhadap kita.

Jangan disangkal hakikat ini.

16 comments:

din kenkang said...

Aspan,

Syabas!!!

Unknown said...

Salam. Menteri dah selesa duduk dikerusi empuk. buat apa nak berdebat. kalau salah keluar fakta semasa berdebat kan ke naya tu. Rakyat boleh menilai kebijaksanaan mahupun kebodohan menteri tersebut. Dan juga boleh menilai penipuan dan kebenaran. Renungi air mukanya semasa berdebat. Kalau Najib dia selalu tengok-tengok ke bawah. hehehe...

Anonymous said...

Dari byk tulisan sdr memang sdr begitu teruja dgn corak dan sistem demokrasi barat@demokrasi total. Bagi sdr barat juga lebih islamik amalan islamnya dr islam si islam terutamanya islam melayu.
Paparan media pun sdr teruja dgn cara barat. Mungkin jg pemikiran sdr begitu terdedah kpd cara hidup mereka. Atau mungkin juga sdr tend to be seen berfikiran begitu terbuka spt pemikiran org putih.
Sdr jg org umno tp kritikan sdr hanya tertumpu kpd umno dan pemimpin umno. Sdr nampak accomodative dgn kelemahan dan kesilapan pembangkang dan pemimpin pembangkang. Kesalahan atau tabiat media pembangkang yg 2x5 malahan lebih teruk dr utusan sdr tak brp nampak. Sila baca harakah dan akhbar keadilan yg bercetak atau on line dan buatlah pbandingan.
Sila tengok jg hujah atau debat terbuka di US dan bandingkan budaya dan hujah mereka dgn budaya dan hujah politik di sini. Pembohongan bukan saja terbatas kpd pemimpin umno malahan pembohongan, fitnah dan putar belit lidah lebih mahir dan lebih tersusun dlakukan oleh pemimpin pembangkang, khususnya anwar. Tp pemikiran sdr sudah terkunci utk menilai semua ini dgn rasional sbg seorang penulis bebas tanpa agenda.

Mat tenang

Aspan Alias said...

Mat tenang,

Terima kasih kerana sdr ada perbahasan yang saya hormati. Saya tidak bercakap tentang pembohongan setengah pemimin besar dalam pembangkang.

Saya bercakap tentang pembohongan yg dilakukan oleh pihak kita kerana saya mahu melihat kita lebih baik dari pembangkang. Saya melakukan introspeksi. Oleh kerana saya org UMNO saya mahukan pimpinan kita lebig baik dari pemimpin pembangkang.

Kelemahan kita ialah, kita selalu mengambil contoh buruk pihak lain untuk menghalalkan perbuatan tidak baik kita.

Saya sebutkan jika kita benar-benar betul, semasa debat itulah kita nak tunjukan yang Anwar itu berbohong misalnya.

Kenapa kita tidak berani berdebat kalau kita tidak bersalah. Itu maksud saya. Jika kita betul ambil kesempatan membuktikan pihak lain itu salah dihadapa khalayak ramai.

Saya bukan memberikan 'accomodation' untuk pembangkang, tetapi hanya saya tidak suka pihak kita berbohong kerana kita akan ditolak rakyat jika kita berterusan begini.

Saya bukan ahli pembangkang, itu sebab saya tidak peduli apa yang mereka lakukan. Saya ambil tahu tentang apa yang pimpinan kita lakukan supaya kita tidak dibedal oleh rakyat.

Ingat, jika terjumpa yang cantik jangan terus diterkam, kerana mungkin ada celaka disebaliknya. Kita juga jangan menolak perkara yang buruk serta merta kerana mungkin ada hikmah disebaliknya.

Mat tenang, jadilah ahli UMNO yang berguna walaupun disisihkan orang atau pemimpin. Kepada penyokong UMNO seperti saudara tolonglah pertahankan UMNO dari dihumbankan oleh rakyat kerana kelakuan buruk pemimpin kita.

Salam.

Anonymous said...

Apabila kita mengambil pendekatan debat utk melunaskan sesuatu isu yg dipersoalkan dihadapan seluruh rakyat utk dihakimkan, secara ilmiahnya memanglah baik. Tetapi berapa keratkah rakyat yg boleh memikir dan menilai secara ilmiah dan rasional?
Malahan isu yg cuba dijelaskan oleh kedua belah pihak mungkin akan lebih mendatang polemik yg lebih mengelirukan krn para pendokong pihak2 yg berdebat tidak menjadikan mencari kebenaran sbg maksud perdebatan. Mereka akan lebih terdorong utk mencari kemenangan dlm perdebatan. Brp keratkah dikalangan penyokong yg benar2 ingin mencari kebenaran dan menyokong kebenaran tersebut jika kebenaran itu telah ditemui hasil dari perdebatan tsbt?
Mungkin sdr seorang yg jujur dan termasuk dikalangan yg hanya mahukan kebenaran tapi berapa keratkah org yg berpendirian spt sdr?
Akhirnya perdebatan hanya akan menambah ego pihak yg menang dan menambah dendam pihak yg kalah disebabkan niat masing2 yg salah.
Mungkin di barat pendekatan ini boleh diterima tetapi budaya melayu tidak pernah membuktikan bahawa perdebatan itu sbg satu jalan penyelesaian kpd sebarang masalah samada dlm mentadbir sebuah kerajaan oleh kerajaan yg memerintah mahu pun utk tujuan mengambil alih sesebuah pemerintahan oleh pihak yg membangkang melalui proses demokrasi.
Akhirnya, cubalah sdr semak unjuran agama kita dlm mana2 kitab spt ihya ulumiddin karangan imam ghazali. Mungkin sdr akan terjumpa bagaimana agama melarang perdebatan umum yg akhirnya akan membawa kemaslahatan yg lebih besar kpd ummah. Kalau imam ai ghazali tersilap mentafsir maka tersilaplah juga saya dan saya mohon ampun atas kealpaan dan taklid buta kpd apa yg dijelaskan oleh alghazali...Salam.

Mat tenang

Anonymous said...

Saudara Aspan;

Saya ni peminat setia Aspan, bukan ahli UMNO dan juga bukan ahli mana-mana parti pembangkang.

Saya pelik dengan Aspan ni. kata ahli UMNO tapi selama saya baca blog Aspan ni, saya baca macam blog pembangkang.
Tak pernah saya baca, Aspan memuji UMNO dan apa yang telah dicapai dengan usaha UMNO..lazimnya kritik memanjang aje.Macam ada dendam lama !!

Mungkin niat Aspan ikhlas menegur kepincangan yang ada kat UMNO supaya UMNO bertambah baik. Tapi pandangan saya sebaliknya, bila kesemuanya yang keluar dari hati Aspan hanyalah kritik, ia mungkin mempengaruhi pembaca blog Aspan untuk membenci UMNO, itu ke yang Aspan harapkan akan terjadi?

Aspan mengambil contoh demokrasi sebenar seperti di Amerika.Demokrasi ala Amerika ni dicanang-canangkan sebagai model untuk diguna-pakai di negara lain. Biar betul Aspan.

Tahu tak Aspan, di Amerika wang ringgit akan menentukan siapa yang akan menang di Amerika, lazimya wang ringgit pelobi Yahudi.Dengan wang ringgit, media utama akan diupah untuk mengubahkan pemikiran pengundi dan itulah yang terjadi.

Sebagai pengundi kita perlu pragmatik, tak perlulah idealis.Tak perlulah terikut-ikut demokrasi ala barat.Kita dah lihat kemampuan UMNO,PAS, DAP dan PKR dalam mentadbir negeri.

Buat pembandingan antara hasil kerja orang yang dikatakan orang alim (TGNA),orang yang pandai berdebat (DSAI) dan orang yang tidak dikategorikan orang alim dan juga orang pandai debat (Najib).Tepuklah dada dan tanyalah selera.

Jebatamuk said...

Saya bukan orang UMNO maupun pembangkang. Saya rakyat biasa. Tetapi saya sangat bersetuju dgn Sdr Aspan walaupun beliau orang UMNO. Media massa tidak bebas. hanya menjadi alat kerajaan. Oleh sebab itu, saya sudah berhenti membaca akhbar maupun melihat berita di TV.
Kita mengajar anak-anak kita perdebatan disekolah dan akan memberi kemenangan kepada pihak yang memberi dapat memberi hujah yang padat dan dengan jelas. Perpatah, "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah perpatah orang Melayu lama dan ianya satu perpatah yang amat berguna untuk menegakkan kebenaran. Rakyat saperti saya dah lama dapat melihat bahawa Jabatan atau unit kerajaan diperkudakan untuk agenda pemerintah. Badan Kehakiman, Polis, MACC, SPR dan banyak lagi. Mereka ini sepatutnya bekerja untuk rakyat kerana rakyat lah pembayar gaji mereka.
Di Malaysia ini sudah ada dua set undang-undang. Satu untuk pemerintah dan satu untuk pembangkang. Adakah ini adil? Rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu sudah bijak. Kami tahu yang mana buruk dan yang mana baik. Walaupun masih ada yang masih tidor dan leka, semakin hari lebih ramai yang celik. Walaupun banyak penipuan dan helah dilakukan pemerintah semasa pilihanraya, gerakan rakyat secara senyap telah bersetuju untuk menukarkan kerajaan di PRU 13.
Oleh itu, saya akan mengalakan teman dan kenalan untuk mengunakan moto "Change for Change" dan bukan "change for betterment" hanya kerana ingin kebebasan bersuara. Kami akan mengalakan pertukaran kerajaan di PRU 13 hanya kerana kerajaan yg di pimpin UMNO sekarang membutakan mata dan hati dan tidak mahu mendengar apa yang rakyat mahu. Kami tidak mahu diperbodohkan dan kami ingin kerajaan yang bersih. Jika pembangkang yang menjadi kerajaan tidak dapat memberikan kami apa yang kami mahu, kami akan tukarkan kerajaan lagi di PRU 14.

Amuk tetap Amuk PRU 13

Anonymous said...

Jebatamuk...
Kalau kamu berkata ada 2 set undang2 itu hanyalah sifat dan pemikiran kamu yg sudah diset begitu. Bukti taada sebenarnya. Kalau ada pun hanya hujah2 logik yg terbit dari kepala kamu yg sudah kamu set hanya utk melihat secara negatif apa juga tindakan pemerintah dan melihat secara positif terhadap apa juga pandangan pembangkang. Jika begitu set kepala kamu saya yakin.100% yg dibuat oleh pemerintah kamu akan pandang dgn prejudis. Palin kurang pun jika ada yg kjaan buat itu baik orgbspt kamu pasti akan kata itu semua helah kjaan utk menarik sokongan atau pun kalau pembangunan yg baik kamu akan kata,memang baik tp utk siapa kalau utk mkayakan kroni..itu saja hujah kamu.bukti hanya ikut gerak hati kamu yg prejudis...

Mat tenang

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Dalam kita memperbincangkan isu, bilakah kita akan dapat demorkrasi sebenarnya ??? Yg menjadi realiti sekarang negara2 maju lebih baik dari pada kita sekarang ? Hampir semua aspek ? Pembangunan insan, dan kemajuan , tapi di negara kita masih banyak yg perlu di olah semula ? Tidak mungkin kerajaan yg kita beri mandat selama ini umno bn dapat memberi kebebasan demokraSI yg di maksudkan rakyat majoriti ??? mEMANG BETUL LAH YG DI SARAN oleh saudara . bahawa kemimpinan yg kita ada masih belum mahu menerima hakikat, bahawa rakyat mahu keadilan yg real dan nyata, bukan hanya jadi sebutAN DAN dan bualan..? Begitu ramai rakyat di bawah sini telah sedar, bahawa kerajaan yg kita dah bagi mandat ini ini tidaki mampu nak berubah,,, sudah tentu rakyat bertanya dan menjadi isu yg kian hari menjadi pokok perbualan ????
Kian hari kita di hidang dgn berita perdana yg menjadi kuda tugang umno dan bn ??? Inilah demokrasi yg kita ada ??? Rakyat telah lama menjadi mangsa media ini, pemikiran telah di putar belit sekian lama,,,dgn ada nya perubahan berita melalui media lain ,,, dgn jelas rakyat sudah mula sedar dan bertindak demi untuk kebaikan mereka sendiri ???.Umno dan bn tidak akan berubah, melainkan mempertahan kerajaan yg ada kini??? hanya dgn perubahan mental dan kesadaran rakyat akan menjadi penentu segalanya...?Malaysia ini tidak banyak perbdaan dgn negara2 yg lain seperti di mesir dan lain 2 lagi negara dunia ketiga ???

Teropong Ajaib said...

Salam Tuan Aspan/semua,

Sekurang2nya idea yang saya lontar 2minggu lalu mengenai di hadkan jawatan PM kepada 2 penggal telah disambut baik oleh Akhbar Sinar semalam. Malangnya Mahathir yang pegang 5 penggal, yang bersuara yang pada saya dia tidak layak bersuara kerana seharusnya dia boleh lakukan semasa dia berkuasa.

Untuk membuka minda rakyat supaya tidak ketinggalan, seharusnya semua akta seperti AUKU dan lain2 di mansuhkan. Jadikanlah dipadang Kelab Sulaiman tu, setiap minggu tempat rakyat boleh berhujah seperti diHyde Park di London. Barulah ada transparensi. Apa UMNO nak takutkan sangat kerana prinsip hidup ini adalah "Berani Kerana Benar". Tempat Melayu Singapore setidak2nya lebih maju dari Melayu di Malaysia ni. Ini fakta kerana mereka tidak kira usahawan ke, ilmuan ke.., semua naik atas kebolehan masing2. Barulah kaum tu maju.

Jika di atas boleh dilaksanakan, baru UMNO boleh dipercayai dan maju ke depan dan bukan keterbelakang seperti sekarang ini.

Sama-sama fikirkanlah.

Teropong Ajaib

Anonymous said...

Mat Tenang,

Kalau masih tak nampak hakikat adanya 2 set undang2, nampaknya mata kamu tak berapa terang atau pun you're a gone case. Kita ambil satu saja dpd berjuta contoh. Berapa banyak laporan polis yg dibuat terhadap pemimpin2 kerajaan (yg disokong dgn dokumen2 rasmi milik kerajaan sendiri)dipengap begitu saja sedangkan laporan polis terhadap pemimpin pembangkang walaupun dibuat oleh individu yg paling haprak siasatan dilakukan dgn serta merta. Tak payah bagi tau saya yg polis bebas bertindak sendiri tanpa campurtangan kerajaan. I was not born yesterday.

dpd: tak haprak

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Kalau dah terlalu lama duduk dalam tong taik,lama-kelamaan hidung tu pun dah kematu,tak terbau busuknya.

Itulah ibaratnya pendokong2 tegar parti dinosaur UMNO yang bergelumang dengan segala kemungkaran,yang menganggap rasuah,salahguna kuasa,penindasan,penyelewengan merupakan perkara biasa demi mempertahankan kuasa,wang dan pangkat.

Akibatnya muncullah pelawak2 seperti Mat Tenang, cybertroopers & co.

Memualkan.

Bijan Hamsor

Jebatamuk said...

Mat Tenang,

Sebenarnya Sdr buta hati dan buta perut. Lihatlah berapa orang kerajaan yang pangkat besar yang telah dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah walaupun bukti yang telah keluar dimahkamah. AG, dengan bukti dan pengakuan dari bekas Ketua CID apa tindakan kerajaan? Tajudin Ramli, apa tindakan kerajaan. Bukti melebihi dari cukup. Letih saya nak nyatakan satu persatu.
Apakah kebaikan yang dilakukan untuk kebaikan rakyat tanpa dipalit dengan rasuah? Nyatakan satu perkara dan saya akan nyatakan apa yang terpalit dibelakangnya. Harapan kami pada Pak Lah dulu tersungkur kerana Pak Lah tidak bermaya untuk melawan arus rasuah sendiri. Beliau sendiri yang dituduh rasuah. Oleh itu kami rakyat mengajar BN di PRU 12.Dengan Najib dan Rosmah Mansur, mana ada harapan lagi. Kita akan mengajar BN dengan lebih terok lagi kali ini. Kerja saya membolehkan saya bertemu rakyat dan mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati yang amat sangat. Kami sudah putus harapan untuk BN membuat pembaharuan yang rakyat mahu.
Kalau pemerintah dituduh, kami mahu pemerintah memberi jawapan dan kami akan menjadi hakim samaada jawapan itu boleh diterima atau tidak. Dengan membisu seribu bahasa, apalagi yang kami dapat tafsirkan. Orang UMNO sendiri, saperti Sdr Aspan Alias, yang saya amat Hormati menasihati pemimpin BN supaya berubah mengikut edaran zaman yang baru dan mahu ketulusan, kebebasan bersuara, pemerintah yang cekap, bersih dan amanah. Apakah itu terlalu banyak untuk diminta?
Jika Sdr Mat Tenang mengatakan mana ada bukti rasuah, saya katakan lihatlah rumah-rumah Menteri kita. Berjuta-juta harganya. Mana mereka dapat wang sebanyak itu. Kalau pun gaji mereka RM40K sebulan (saya tahu tak sampai pun sebanyak itu)baru RM 480K setahun. 10 tahun baru RM 4.8 juta. Katakan satu sen pun tak dibelanjakan untuk perbelanjaan lain dan semuanya untuk rumah, bagaimana boleh ada rumah mencecah lebih dari RM 5 juta. Cubalah sdr datang ke KL dan tatapkan sendiri dan buat perkiraan sendiri. Tanya org yang ada rumah di KL. Harga Bungalaow biasa di Kinrara (bukan tempat Premium sudah menjangkau RM2.5 juta. Khir Toyo cuma satu diantara berpuloh-puloh. Sedangkan dalam UMNO sendiri ada rasuah, apatah lagi dalam kerajaan.
Kita jangan lah menjadi pengikut yang membuta tuli. dapat seratus dua udah gembira sedangkan mereka mengambil berjuta-juta. Saya sokong gaji menteri dinaikkan sampai RM100K sebulan tetapi jangan ada rasuah lagi dan mesti cekap bekerja. Buka lah mata Sdr seluas luasnya dan lihat. Kita harus menjaga negara ini untuk anak cucu kita.
Saya tahu bahawa Sdr Aspan sayangkan UMNO dan disebakan itu maka beliau menegur UMNO supaya berubah dan bersikap lebih pragmatik, telus dan bertanggunjawap. Debat pun takut ka?
Banyak berjalan, luas pengetahuan.

Amuk Tetap Amuk PRU 13
Tukar Kerajaan.

Anonymous said...

Jebatamuk,
Mungkin kita sama2 buta hati sbb kamu hanya mengiktiraf rasuah yg dibuat oleh pemimpin umno samada betul atau tidak. Aku pun taklah mengatakan umno tu suci bersih tp haruslah berpijak dibumi. Takkanlah kamu tak nampak ramai pemimpin umno dan terlentang dek kerana rasuah. Ada yg selamat mcm juga rasuah2 yg dilakukan oleh pemimpin n yb2 pembangkang di sgor, perak dan penang. Mereka juga dilindungi wpun jelas kaya sepantas kilat wpun baru memerintah.
Dlm umno pemimpin paling besar yg kena tuduhan rasuah bukan khir toyo. Yg paling besar rasuah dan samunannya ilah bekas TPM dan sekarang allah taala dah tarik kuasa wpun masih tak puas hati. Org tu namanya anwar ibrahim. Tp org jenis kamu manalah nak setuju anwar tu bapak rasuah.

Anonymous said...

Anon 10:12,

Bapak rasuah ialah TDM, Daim, Najib dan ramai pemimpin UMNO.

Rasuah mereka dalam jumlah billion. Kamu yang buta.


jais

Jebatamuk said...

Sdr Mat Tenang,
Di ayat manakah diatas yang saya mengatakan pembangkang baik atau semua yang pembangkang buat baik. Sila nyatakan. Saya hanya mengatakan pemimpin UMNO sekarang angkuh dan tidak mahu berubah dan masih lagi mahu mengikut ajaran TDM. Mereka mengunakan jentera kerajaan untuk kepentingan parti dan kesenangan sendiri. Apakah itu adil? Saya juga mengatakan bahawa jikalau pembangkang dapat menerajui Putrajaya dan tidak melakukan reform didalam kerajaan, maka kami akan tukar kembali kerajaan pada PRU14. Hanya itu kuasa rakyat.
Betul kata Anon diatas tu. Rafidah tak didakwa ketika berada dlm mesyuarat yang meluluskan saham untuk anak menantunya dan juga anak TDM. Saya ada membaca SD oleh Dato Murad tentang wang AI tetapi sampai skrg satu pertudohan pun tak dibuat. Muhd Taib ditangkap di Brisbane dengan RM 2 juta, adakah dia di soal dan didakwa? Pembantu Menteri ditangkap dgn lebih RM 2 juta, adakah Menteri itu di siasat juga? Secara logik, bagaimana Pembantu dapat duit sebegitu banyak tanpa kuasa Menteri. Banyak Menteri UMNO tak suka dgn mereka yang ambil berbillion tetapi mereka tak berupaya untuk bersuara kerena mereka juga ambil walaupun sedikit. Sistem kerajaan skrg tak berupaya untuk memerangi gejala rasuah yang bergelumang diantara pemimpin skrg.
Jadi untuk itu saya akan syorkan pada semua rakyat yang saya kenali untok menukarkan kerajaan di PRU13. Orang UMNO sendiri pun bersetuju dgn saya untok menukar pemerintah pada PRU13. Kami sudah jelak dgn pemimpin skrg. Apatah lagi dgn Rosmah yg mengaku First Lady. itu dipersetujui 99% rakyat Malaysia. (random sampling-dgn berbicara dgn 100 org, 99 orang tak suka).
Saya mengeyorkan kepada Sdr Mat Tenang, tukarlah kerajaan skrg dan jika kerajaan baru tak bagus, kita tukar lagi. Usah risaukan ttg ekonomi negara, kerna ianya berjalan secara Autopilot.

Amuk Tetap Amuk PRU13
Tukar Kerajaan