07 February 2011

Shuhaimi dituduh menghasut - Kenapa Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Sanusi Joned. Najib dan yang lain tidak dituduh?

Ahli Dewan Undangan negeri Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan ‘seditious’ terhadap ke Bawah Duli Tuanku Selangor melalui halaman blognya semasa Selangor menghadapi krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Beliau dituduh dibawah seksyen 41(1)(c) yang membolehkan beliau dipenjara tidak kurang dari 3 tahun dan denda tidak melebihi RM5000. Shuhaimi setakat yang saya ingat merupakan ahli Legislatif yang pertama berhadapan dengan tuduhan seperti ini.

Bagi saya jika benar Shuhaimi melakukan kesalahan itu maka beliau wajar menerima apa-apa hukuman setimpal jika beliau didapati bersalah mengikut lunas-lunas undang-undang. Itulah gunanya undang-undang diwujudkan untuk melindungi pihak-pihak yang wajar dilindungi dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang menyalahi undang-undang yang digubal oleh mana-mana Dewan Legislatif di negara ini.

Tetapi apa yang memusykilkan saya ialah kenapa undang-undang itu dikuat kuasakan hanya kepada Shuhaimi dan hanya sekarang sahaja baru pihak yang berwajib begitu tangkas dan cepat menghadapkan Ahli Dewan Undangan negeri itu ke muka pengadilan?

Saya bertanya soalan ini kerana semasa krisis perlembagaan yang paling hebat pada 1993 dahulu banyak lapuran polis telah dibuat terhadap ramai pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, Abdul Ghaffar Baba (Allahyarham), Hanafiah Man dari Alor Setar, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Nazri Aziz, Sanusi Joned, Utusan Melayu, Berita Harian dan ramai lagi individu-individu yang telah menghina Raja-Raja Melayu masih belum diambil tindakan?

Utusan Melayu telah menyiarkan berita yang Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Besar NS Almarhum Tuanku Jaafar telah menyewakan tanah Baginda untuk membela babi di Lukut yang merupakan fitnah yang tegar dan menghina kedaulatan seorang Raja Melayu?

Semasa itu pemimpin-pemimpin UMNO kesemuanya telah membuat kenyataan-kenyataan ‘seditious’ dan disiarkan didada-dada akhbar dan dibaca oleh semua rakyat di negara ini. Kalau nak dikira, hampir keseluruhan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-Menteri UMNO sepatutnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

Dalam krisis itu Raja-Raja Melayu dihina dan dinesta oleh pemimpin Melayu dari UMNO sendiri. Tidak pula kedapatan kenyataan-kenyataan yang ‘seditious’ dari pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari DAP dan MIC. PAS juga tidak membuat sebarang kenyataan yang menghina Raja-Raja Melayu kerana PAS tidak menyokong pindaan untuk mengurangkan kuasa Raja yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan negara.

Jika dibandingkan kenyataan Suhaimi dengan kenyataan menghentam Raja-Raja Melayu dahulu ianya ibarat langit dan bumi. Saya ingin menekankan supaya Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan kalau boleh Sanusi Joned juga dihadapkan ke mahkamah kerana mengetuai UMNO yang telah membuat kenyataan-kenyataan yang sangat ‘seditious’ ketika itu.

Kenyataan mereka itu membayangkan seolah-olah Raja-Raja Melayu itu tidak ada langsung gunanya kepada rakyat dan negara. Pihak yang berwajib tidak boleh melakukan ‘selective prosecution’ kerana itu merupakan tindakan yang tidak adil.

Kenapa ada pihak yang terselamat dari tindakan undang-undang sedangkan ada pihak lain yang begitu cepat diambil tindakan walaupun kenyataannya tidak sepedas apa yang diluahkan oleh pemimpin-pemimpin kita semasa krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO itu.

Kepada sesiapa yang sudah lupa atau pun terlalu muda untuk mengingati isu ini pada tahun 1993 dahulu silalah cari akhbar-akhbar perdana sekitar tahun 1993 dahulu.

Banyak lapuran polis telah dibuat terhadap mereka tetapi sampai kehari ini belum lagi diambil tindakan walaupun sudah hampir 20 tahun. Kenapa ahli-ahli politik yang berkuasa begitu kebal dari tindakan undang-undang sedangkan Raja-Raja Melayu dihilangkan kekebalannya.

Kita mesti ingat kepada nasihat Dr Mahathir; Melayu jangan mudah lupa.

34 comments:

Anonymous said...

UMNO boleh hina Raja. Orang lain jangan!


juwi

Anonymous said...

Ini satu contoh betapa institusi peguam negara (AG) telah dihaprak dan dipariakan oleh pemerintah paria di bumi bertuah. Kedudukan peguam negara di sisi perlembagaan ialah sama dengan hakim iaitu ianya tidak mudah utk disngkirkan. Kalu nak disingkir mesti tubuh tribunal seperti jika seseorg hakim hendak dipecat. Apa tujuannya, tidak lain tidak bukan supaya AG menjalankan tugas secara profesional tanpa ketakutan dan kebimbangan akan kehilangan jawatan. Di samping itu institusi polis dan mahkamah juga turut menerima nasib malang ini. Malang sekali peguam negara dan ketua polis negara dilantik untuk memberi habuan kepada mereka yg bersedia menjadi pecacai kpd bos2 politik yg mempertungganglanggangkan undang2 negara termasuk perlembagaan.

raja kapoor

Anonymous said...

UMNO to can Raaaja segala raaaaaja...

Anonymous said...

Juwi,

Sedikit pembetulan...UMNO(Baru) yang ditubuhkan oleh TDM boleh hina Raja. Orang lain jangan!

wak jerman

Aspan Alias said...

Maaf kerana banyak komen yang terkeluar dari tajuk yang saya tulis.

Saya mempersoalkan macam mana orang lain boleh mengihina dan tak dituduh sedangkan yang lain senang sahaja dituduh.

Banyak yang tidak dapat menjawab memilih untuk membuat komen yang begitu personal dan tidak mempunyai perbahasan tentang isu yang saya tulis.

Saya ulangi, jangan lari dari tajuk. Jawab kenapa ada selective prosecution. Itu sahaja.

Jika komen tidak disiarkan saudara tahulah sebabnya.

Anonymous said...

penuduh dan yg dituduh
agak sama juga.
penulis dgn yg ditulisnya.
maknanya penulis pun boleh pilih-pilih apa yg nak disiarkannya.
kalau tak seiring sejalan dgn apa yg di dalam hati tentu tak tersiar kan?

kan.

Anonymous said...

Sebab2 selective prosecution :

1. AG bawah telunjuk UMNO - no separation of power between the Judiciary and the executive.

2. UNMO ignore the rule of law - sudah jadi makin angkuh lagi sombong.

3. UMNO terlalu taksub dengan wang dan kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk kekal kuasa hatta menghalalkan cara untuk mendapat matlamat.

4. Tekanan dari NGO penyokong tegar UMNO seperti Perkasa, GAPS dll.

5. UMNO mungkin telah merasakan dirinya Raja macam zaman feudal.

Anonymous said...

Dulu lain sekarang lain.
Dulu UMNO berkuasa penuh,
Kini UMNO hilang kuasa 2/3,
Gempaq konon orang Cina naik tocang,
Kat sapa UMNO nak mengadu?
Melayu dah meluat,kecuali..
Melayu Johor,Melaka dan Felda,
Kat Raja lah buat2 disanjong!!!!

yindanyan said...

Dear Aspan,

It looks like you have a love and hate relationship with Dr M?
Is there something that you did not get when he was in power?
So you are trying to 'punish' him when he is no longer in 'power'?

I don't think there is much that you can do.
Dr M was and is in a way beyond UMNO, beyond Malaysia. Bigger than UMNO and bigger than Malaysia. He is a man by Allah was meant for the world.

Here you are trying to pin him down after him being out of power. But what is power?
There is no power except His power-
Allah Most Powerful.
Allah put Dr M there.
Allah gave Dr M all the actions and inactions.

So why must we worry about Dr M?

yy

Aspan Alias said...

yindanyan,

I don't go against personal. I am going against the selective prosecution that this government practices all these while. And in this case I am questioning why the same unlawful acts by some is not taken action at while to few others the law applies very effectively.

You say that Mahathir is put by Allah and all actions and inaction by Mahathir is from Allah. Now I ask you, what about all my action and inaction?

Are you telling me that my actions and inaction do not come from Allah?

Jefri,Rembau said...

Saudara Aspan,

Elok jika saudara tulis tentang apa yang berlaku di Negeri kita Negeri Sembilan. Tak usah sebut-sebut tempat lain.

Di Negeri kita ini kalau Mat Hasan masih jadi MB, licin Negeri kita Aspan. Saya tidak percaya MB ini jujur dan ikhlas.

Elok jika saudara tulis pasal budak ini lebih sikit. Bertaik mata saya dan orang ramai memandang sifat dan lakunya.

marilyn said...

Satu lagi artikel mengenai Tun M.

Aspan Alias said...

marilyn,

Bukan hanya Dr Mahathir, tetapi untuk semua yang membunuh UMNO saya dulu.

Cuba baca, bukankah ramai yg saya sebut?

Anonymous said...

Yindanyan,

Kenape mrk yg begitu ghairah memburukkan ADUN Sri Muda tidak berani mengkritik Dr. Mahathir?

yindanyan said...

Dear Aspan,

Is there anything from other than Allah?

:)
yy

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

UMNO Baru yang dikepalai Dr Mahathir adalah pesalah dan penjenayah tegar dengan kasalahan dan jenayah terhadap orang Melayu khususnya. Sebagai pesalah dan penjenayah, UMNO Baru mestilah ada cara yang licik untuk 'survive'. Apa cara sekalipun, dengan alasan perjuangan Melayu, akan dihalalkan oleh UMNO Baru. Secara terang-terangan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni mempunyai latar belakang dan rekod yang tidak baik. Sebahagian besarnya terbukti berbuat salah dan jenayah.
Tapi, angkuh dan sombongnya orang-orang UMNO Baru ni, selagak Tuhan yang menentu hidup rakyat Malaysia, itu yang membuatkan mereka benci kepada kekebalan Sultan dan Raja-raja Melayu, justeru berhasil menghakis kuasa Sultan dan Raja-raja Melayu. Bukan untuk kebaikan rakyat dan negara, hanya untuk kesenangan dan kemudahan UMNO Baru menguasai materi di Malaysia. Menguat dan mencengkam Malaysia yang sangat kita cintai.
Jadi, parti sejati kebanggaan orang Melayu sudah dibunuh dengan kejam lagi terancang. Diganti dengan parti UMNO Baru. Anak Menteri akan menjadi menteri, anak Menteri Perdana wajib menjadi Menteri Perdana, anak orang kampung jangan diberi peluang bersuara, kelak terlucut cerita salah dan jenayah golongan bangsawan ini.
Tinggal aku anak peneroka Felda yang menangisi keporakperandaan organisasi Felda. Anak pegawai/pengurus Felda terus diterima menjadi pegawai/pengurus Felda, sedangkan anak peneroka Felda yang jauh layak, tidak diberi muka.
UMNO yang asli perlu dihidupkan semula. Resurection dengan barisan pemimpin yang baru .. fresh blood .. dengan semangat juang untuk Merdeka Semula.

Aspan Alias said...

To all my commentators,
From now on I shall only entertain argument within the topic I write.

As in this case may I repeat; my question was why some people who made seditious statements were not charged why some others were swiftly charged?

This article is not interested who has the leadership and who is not.

If one doesn't have the answer to that just stay away and smoke cigars.

Don't come out with emotional statements wen he or she can't give the answer.

What happen to the police report that were made by many individuals in 1993? That was my question.

Thanks.

Ismail Khan, Kelang said...

Encik Aspan,

Ada yang memberikan pendapat dengan garang macam harimau menghentam sdr dengan kers, tetapi tidak pulak berani menunjukan identiti mereka. Mereka berselindung disebalik anonymous.

Mereka ibarat menembak curi macam perang gueralla. Macam vietcong.

Sdr berani menunjukan identiti siap dengan nama, alamat dan gambar sekali.

Hero apa menyorok-nyorik. Hero taik kucing!.

Anonymous said...

salam abang aspan,

lama tak komen tulisan abang ni. Tapi rasa gatal tangan hari ni, jadi saya agak-agak la kan, sebagai orang kecik nih, nama-nama yang abang sebutkan tadi tu mewakili satu parti, abang nak suruh seluruh pemimpin parti tu kena dakwa ke? Termasuk yang dah kena tendang dari parti tu pun ada namanya abang sebut. Parti tu sekarang ni masih dok "on corridor of power". Tok sah dok harap la dia nak ambil tindakan terhadap parti dia sendiri. Parti tu lebih raja dari raja2 melayu. Saya pernah sebut tapi lupa di blog mana ye, camni "Raja-raja melayu dah lama beradu. Raja yang ada sekarang cuma raja parti politik. Orang melayu kebanyakan adalah rakyat kelas kedua. Hanya orang politik sahaja yang boleh menyembah Raja-raja Melayu".

...adios....

Anonymous said...

Utk bandingkan polis repot zaman sekarang dgn polis repot zaman pak kaduk mungkin tak tepat kerana pentadbir dan pemimpin yg memerintah dah tukar lama dah. Ada yg Dan mati, ada yg dah pencen baik di kalangan pembuat repot, polis dan pemimpin. PM pun dah 2 kali tukar dah.
Tp kalau ada yg berperangai mcm suhaimi skrg ni Dan tak diambil tindakan saya setujulah.
Byk lg statement yg seditious spt statement hapuskan ketuanan melayu yg dibuat anwar&co tp tak diambil tindakan.
Pemerhati bengong

Anonymous said...

Aspan,
# [It's elementary, Watson! So long you don't go against UMNO, you are safe.
# You see UMNO is GOD. The reason is UMNO holds a bigger STICK. Same thing happens in Egypt....Murabak remains in power because he has a bigger stick

yindanyan said...

Dear Aspan,

I appreciate your concern on certain issues and your wanting for only certain type of commentaries to be heard.

This means we might miss the point that some people do not accept the proferred dialectics or the given paradigms. In fact this also means one thinks that people must be slotted into a box-based thinking.We have to see that quite a major portion of people in 'democratic' countries are not voters or belonging to any party.

In such a public domain as in your blog you will see that some people are not partisans of the events. Some are just observers independent of umno, pkr, pas etc. Of course independent from umno baru or lama. Our children could not care less.
In fact some don't believe in such political economic system anymore.

Myself and many people that I know of are not members of any party, never voted and will never vote. I don't believe islam and race have to be voted.

We are in a setting of corporate hegemony where even Obama is not free from being orchestrated by the few usurers/banking capitalists (the money printers/IMF) who are not themselves voters but can define the value of so called national currency and hence any nations's wealth. Politically and economically speaking we can also see that Coca Cola and it's cash flow is much higher than some of the african countries. Corporate hegemony is the same a few decades ago when EIC and VOC came to our part of the world and is still much alive using different names.

Heads of the community are no longer tok penghulu, adun or MP. Managers of Intel, Shell, AMD, BASF, Dow chemicals, petronas, MISC, Esso,HP, Microsoft, HSBC, IMF, Coca-cola etc are more relevant and has more say in political-economic terms. We are in a conveyor-belted society. A nation of workers. Paid slaves for corporate hegemony. This itself shows current political talks are already secondary and mere puppet/shadow play.

My point is you have to see that there are people of different paradigms and they might want to look at your problem differently.

If not you have to spell out those who want to participate in this forum must have iman in the democratic box-based games first?

In that case I have no concern with umno lama or umno baru.
(but we can see that these party games are becoming outmoded and irrelevant- and don't expect our children wanting these games...so why not start rethinking?)

wassalam
yy

Young Malaysian said...

Dear Aspan,

You are asking s stupid question. What Dr.M, Anwar Ibrahim, Ghaffar Baba, etc who insulted the Sultan had in common?

They were all, at one time, an UMNO member. Selective prosecution is nothing new in Malaysia. Come on, you weren't borned yesterday. You should know better.

It's an open secret that the police and judges in Malaysia are another BN component party. That explained why only people from the opposition parties are charged.

Teropong Ajaib said...

Salam Tuan Aspan/semua,

Banyak sangat saya lihat komen-komen yang meleret, tidak relevan, macam budak-budak, lari topik, emosi dan ada pulak beluduk-beluduk yang berlagak write-up Inggeris konon. Pu...ihhh!

Senang aje..! Kalau Mat2 Saleh ini nak komen bahawa Mat Saleh, minta Tuan buat artikel bahasa Mat Saleh dan kita bahas. Kalau tak, pergilah ke Blog lain yang sepapan dengan mereka seperti Malaysia Kini ke... dll.

Saya sendiri boleh mengerti permintaan Tuan selaku penulis Blog adalah mengenai untaian ketidakadilan, pilih bulu dan sistem perundangan kroni. Itu aje... dan bagaimana caranys kalau pembaca ada idealah..., untuk merungkaikan permasalahan ini. Cukup mudah untuk difahami walaupun saya ni sekolah kampung.

Sebab utama perkara ini berlaku adalah kesinambungan darah penjajahan yang di asaskan British untuk mendominasi kuasa yang mengakibatkan penyalah gunaan sistem perundangan oleh ahli Politik yang memerintah. Ada 3 faktor yang seharusnya memainkan peranan secara jelas tanpa membaling batu menyorok tangan yaitu Raja-Raja, Rakyat dan Pemimpin.

Seperkara malang, agak kurang kedengaran satuan suara dari Majlis Raja-Raja, Rakyat terhalang dari suntikan semangat dan informasi sebenar. Prasarana pelaksaan kuasa berpihak kepada orang2 politik yang memerintah.

Pada saya, tidak ada cara kecuali ketentuan Allah seperti yang diceritakan berlaku diTurki. Oleh kerana kezaliman terus berleluasa, maka Allah akan menurunkan sebab musabab untuk pertukaran itu berlaku.

Dalam soal Suhaimi, mungkin belum kukuh untuk Allah menurunkan hukuman baik/buruk sungguhpun ada ketidak adilan undang2 kerana kepala Suhaimi diPKR ni agaknya sama je.. macam yang memerintah.

Seperti permainan Chess, siapa yang buat silap lebih besar, maka Allah menentukan bahawa dialah yang akan kalah. Presiden Tunia, Mesir sendiri tidak perasan gelombang kuat yang boleh menggoncangkan tampuk pemerintahan mereka. Inilah kuasa Allah walaupun katalah, grand design ini datangnya dari Amerika. Tetapi hakikat bentuk yang akan datang untuk berlaku kita tidak nampak. Itulah namanya kekuasaan Allah.

Maaf sedikit panjang ulasan ni.

Wassalam.

"Teropong Ajaib"

mahaza said...

Rasanya banyak juga report dibuat pada 2008 di T'ganu fasal 'NATANG' dan siap dengan gambar-gambar yangboleh dicam.... kenapa ianya senyap? Tidak perlu dihuraikan sangat sebab signboard itu ianya bukan dipegang oleh PR. Kes 1993 dah lebih 10 tahun nak buat sekrg pun relevant lagikah (nak tangkap/dakwa)?

jakin said...

Aku hanya senyum-senyum kambing sahaja apabila membaca komen yang tidak tepat dan lari dari topik yang dibahaskan.

Gitulah Aspan, bila mereka tidak dapat menjawab mereka akan mengutuk dan bercakap tentang perkara lain dan jauh menyimpang dari topik.

Saya jangka itulah yang akan terjadi jika kita mendengar mereka yang menyokong UMNO yang totok yang tidak memahami isu yang dibangkitkan.

Mereka hanya menyangkan refleksi pemikiran mereka yg sebenarnya. Kesian juga bila membaca komen dia orang ini.

jakin

Ataih Pagaq said...

Kenapalah kau benci sangat ngan UMNO dam Dr M.CAri Yang Tak Baik Aje.Cuba tonjolkan kebaikan dan didik supaya kita jangan jadi macam Mesir atau Indonesia.Awat hang suka sgt ka Mcm tu

Aspan Alias said...

Ataih pagaq,

Saya menulis tentang perlakuan seditious. Dr Maharhir Anwar Ibrahim dan lain pemimpin yang memimpin tindakan yang sedtious itu.

Buka saya cari kesalahan Dr Mahathir teapi kesalahannya datang didepan mata. Tak payah dicari.

Dalam isu ini saya bukan sebut Dr Mahathir sahaja. Anwar pun saya sebut, Ghaffar Baba pun saya sebut, dan ramai pemimpin pun saya sebut.

Kenapa pula Dr Mahathir ini tidak boleh disebut kesalahannya jika beiaulah yang memulakan menghentam isnstitusi Raja-Raja ini.

Anonymous said...

Ataih papaq,

apa yg baiknya Mahathir dan UMNO ne

musafirdidunia said...

Assalamualaikum TuanHaji Aspan,
Sebagai warga tua serta bekas anggota ATM, saya sentiasa memerhatikan setiap perkembangan yg berlaku dan saya amat setuju sekali dgn apa yg telah tuan tuliskan. Sekarang saya amat tidak bersetuju serta menghormati kpd semua menteri dan ahli UMNO pada hari ini, pun begitu juga dgn undang undang yg ada seumpama kata Datuk Nikah Kahwin dlm cerita Musang Berjanggut lakunan arwah P. Ramlee, "Undang undang Wak yg bikin, Wak tak suka, Wak boleh padam". Alangkah lucunya undang undang masa kini. Semuanya boleh diletakkan di celah kelengkang!..... Aduhai malangnya negara yg suatu hari dulu yg pernah kupertahankan dgn darah dan nyawa! Kini ianya sedang jatuh ketangan bajingan yg tidak layak mentadbirnya! Apakah akan jadi dgn anak cucu yg bakal kita wariskan negara ini kpd mereka kelak.....

Desa Mentari said...

Salam Tuab Aspan,

Mohon Tuan buat pencerahan proses pendakwaan di M'sia. Adakah ia mantop atau banyak yg bocor.

Saya bukan pe nanti jadi lucu begini;

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Tengoklah Menteri Dlm Negeri dan PM pun kalah dengan polis.

Polis boleh overide MDN ke dlm kes ISA?

Hai meroyan lg....

HasnanHadi. said...

Aspan, I appreciate you for being firm on issues you deliberate. Many commentators in actual fact do not know how to answer you posed.

They turn around by talking and alleging you being personal with TDM. In the current issue you were not just talking about TDM but also about Anwar and the rest.

Thy never come out to tell us why did people and leaders from BN was not to court while those from the opposition could be brought to court very swiftly.

Non has answered that issue but only come out to smack you with personal hatred and vengeance.

This issue will Bn to political gallows...belief me.


HasnanHadi

Anonymous said...

Hasnani,

Jangan buat2 bodoh, semua punca ne berlaku ketika TDM berkuasa. Di pengasas masalah ne... jd dia berhak diberi layanan sewajar

Anonymous said...

Tun Mahathir sebenarnya penyelamat Institusi Raja-Raja Melayu. Ramai orang tidak dapat fikir mendalam.

Raja yang melakukan jenayah, boleh diadili di mahkamah (khas) juga. Bermakna Raja-raja tidak dibela dan dilindung kemaksiatan dan jenayahnya terhadap rakyat jelata.

Itulah sesuai dengan syari'at Islam.

Tun Mahathir menjadikan Perlembagaan Negara sesuai dengan syari'at Islam, satu perkara terpuji.

Penjenayah tidak mengira sesiapa, boleh diadili.

Tun Mahathir juga pernah masuk mahkamah dan diadili.

Kecuali mereka yang taksub, sombong, dan angkuh, penyakit umat semesta ini.

Sayur Tua.