24 March 2011

Perniagaan video seks akan berjaya - Dapat juga menambah pencen sikit-sikit

Pengendap bilik tidur dan mengintai orang berkelamin merupakan penyakit yang begitu sebati terutamanya di kampong-kampong dahulu kala. Mungkin penyakit itu sudah tidak lagi menjadi kebiasaan di zaman morden sekarang ini. Dulu-dulunya kegiatan mengendap itu merupakan perkara biasa tetapi ianya hanya menjadi mainan nakal anak-anak muda sahaja.

Ramai pasangan yang baru berkahwin menjadi mangsa pengendap ini tetapi ianya tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat kerana mereka bertindak mengendap itu hanyalah untuk suka-suka sahaja. Itu hanyalah merupakan ‘practical jokes’ yang biasa. Tetapi kalau diceritakan kepada orang muda-muda bawah empat puluhan ianya merupakan cerita dongeng kerana di zaman mereka ini penyakit ini sudah lama berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi.

Tetapi budaya mengintai ini tidak hilang secara total kerana mungkin penyakit ini ada bersama orang Melayu walaupun budaya itu sudah lama tiada. Di zaman morden ini mengintai bilek tidur dan mengintip orang berkelamin itu sudah menjadi satu kegiatan penting di dalam politik dan lebih jauh lagi ianya sudah menjadi alat untuk perniagaan.

Kejayaan mengintai dan mengintip orang berkelamin terutamanya musuh politik pengintai itu, boleh menjadi modal perniagaan dan jika berjaya melakukannya dengan baik dan boleh pula membantu orang atasan atau kelompok yang berkuasa, kejayaan itu besar kemungkinan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Kalau dahulu kegiatan mengintai ini hanya untuk suka-suka sahaja, di zaman sekarang mengintai ini boleh mendatangkan faedah kewangan serta taraf sosial kepada pengintai-pengintai ini. Cerita yang terakhir yang kita semua mendengar ialah tentang pengintaian yang dilakukan keatas seorang pemimpin yang di katakan sebagai pemimpin pembangkang negara.

Tetapi sekarang ini zaman modern; mengintai ini dilakukan dengan mengambil video sekali dan orang yang tidak mengintai boleh melihatnya melalui video yang di ambil oleh pengintai-pengintai ini. Jika ada peluang saya juga ingin melihat tayangan itu tanpa bersusah payah untuk mengintai. Rahim ini pernah berkawan dengan saya dan jika beliau sudi, saya juga ingin memohon dari beliau untuk mendapat kebenaran melihat tayangan dan adengan seks oleh pemimpin pembangkang itu.

Sekarang saya sudah tahu di mana hendak mendapatkan video lucah. Kalau Rahim tidak ada, kita pergi berjumpa Eskay dan jika kedua-duanya tidak ada mungkin kita boleh tempah dari Shuib Lazim. Kalau Dato T ini berjaya untuk membuktikan tuduhan mereka saya sangat berkeyakinan akan ramailah yang akan menjadi egen untuk mengedarkan video ini dan saya tidak tahu berapa peratus kah ‘margin’ yang akan diterima oleh agen-egen pengedar ini. Mungkin kah perniagaan ‘multi-level ini akan mampu menyaingi Amway? Kita tidak tahu lagi.

Dulu perniagaan ini dilakukan oleh orang-orang bawahan sekarang perniagaan ini sudah dilakukan oleh orang-orang besar yang bergelar dan bernama. Mungkin hasil dari perniagaan ini boleh menambah sedikit sebanyak pencen yang mereka sedang terima sekarang ini.

Nampaknya kegiatan ini mugkin boleh menjadi elemen yang akan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di umumkan oleh pucuk pimpinan kita.

7 comments:

bat8 said...

Bro Aspan,

sambungan...

Izinkan saya meneruskan hujahan saya seterusnya. Terima kasih.

5. having established the fact that UMNO Baru and gomen have to take full responsibilities of RTC action, allow me to dwell how it affect UMNO Baru directly.

6. Perbuatan RTC ini sebenarnya mengoncang kewujudan ( existence) dan asas perjuangan UMNO Baru itu sendiri, bukan hanya setakat tarnish maruah pemimpin-pemimpin utama parti,jika tindakan yang paling tegas tidak diambil kepada RTC . Ya,UMNO Baru tidak minta tetapi itulah hakikatnya, terpalit.

Kewujudan dan perjuangan UMNO Baru adalah untuk melayu dan islam.

7. Sejak ditubuhkan dalam tahun 1988, UMNO Baru bersaing sengit dengan PAS disetiap ruang dan peluang yang ada menggunakan pelbagai cara, untuk membuktikan siapakah yang memperjuangkan Islam yang sebenar.

8. Now, antara ketiga-tiga T itu, RTC adalah political heavyweight sementara yang lain tu tak ade ape sangat. salahkah kita jika kita kata RTC itu kepala komplot?

look at what the video is all about - it is about perzinaan and or lakonan untuk menunjukkan satu perzinaan yang menjadi salah satu dosa besar dalam Islam! larangan melakukan perzinaan adalah satu asas utama dari 7 dosa-dosa besar dalam islam. larangan menjauhi 7 dosa-dosa besar ini adalah antara asas utama dalam ajaran islam.

I think everybody got my drift. i better stop here lah kot-kot lain pulak jadinya. yang lain biarlah pembahas lain pulayang sambung.

bat8

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Hebat saranan itu. Sememangnya Projek ETP yang terbaru yang akan menguntungkan generasi Melayu akan datang!

Mengapa agaknya Polis tidak ambil tindakan padahal mempunyai dan menayangkan video lucah kepada halayak ramai adalah satu kesalahan?

Mengapa juga SPR tidak membuat siasatan salahguna kuasa dan penyelewengan wang dan sumber-sumber RISDA yang digunakan dalam produksi adegan seks dan menjayakan penayangan di Seri Carcosa?

Rahim TC katakan perkara durjana ini dia katakan memperjuangkan tuntutan Islam. Apa tindakan JAWI?

Anonymous said...

Pasal itulah kita mesti elakkan melantik pesara politik yang bercita cita tinggi (Rahim TC, Isa Samad) untuk mengepalai GLC dan badan berkanun. Duit Risda digunakan untuk kepentingan peribadi dan politik. Duit FELDA memang sah digunakan untuk mengula gulakan peneroka. Ini bukti bahawa apa yang Tengku Zafril cakap dulu memang penuh dengan kebenaran.

sri hartamas

Anonymous said...

harap anwar terus terusan berdoa,berdoa dan berdoa...doa org yg teraniaya dimakbulkan tuhan.kita dah nampak perancangan tuhan...tak mustahil UBN akan tersungkur dlm PRU 13.

Anonymous said...

perli bunyinye tu

Anonymous said...

Cara yg baik utk lari dari isu sebenar....sesuatu yg penting dan high profile case diperlekehkan dgn cara lawak...

Anonymous said...

Rata-rata org yg aku jumpa tak percaya video ni..habisla bini Rosmah kali ni..