14 August 2011

UMNO - Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya

Proses kemusnahan sesebuah sistem politik negara itu selalunya tidak di sedari oleh mana-mana pemimpin yang tidak memberikan fokus kepada menilai kepimpinan masing-masing. Kehilangan fokus ini selalunya adalah di sebabkan campur aduk politik peribadi dengan di saluti oleh elemen-elemen yang lain seperti keinginan untuk memperkayakan diri dan keluarga dan lebih mementingkan usaha untuk memupuk ‘legendary’ masing-masing.

Di dalam keghairahan untuk mementingkan keuntungan peribadi ini maka segala nilai-nilai murni dalam sesuatu sistem politik itu akan secara beransur-ansur luntur dan akan wujud krisis keyakinan yang merbahayakan negara dan rakyat.

Najib sedang menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah mewarisi pusaka kepimpinan yang sudah tersedia lemah dan ternoda. Najib sendiri merupakan seorang ‘untested leader’ kerana beliau naik ketahap tertinggi parti dan negara kerana permainan ‘play save’ dan tidak pernah bertanding di dalam mana-mana jawatan yang beliau pegang. Lagi pun beliau adalah pemimpin yang wujud melalui pengaruh keluarga sebagai anak bekas Perdana Menteri.

Sehingga beliau duduk di kerusi PM ini beliau tidak pernah di cabar dan tercabar dan beliau hanya mendapat segala-galanya melalui pengaruh Tun Razak itu sahaja. Itulah sebabnya beliau hanya menyelesaikan masalah politik negara dengan sentimen tanpa ‘idea’ yang bernas untuk menyelesaikan masalah secara politik yang baik dan ‘conclusive’.

Beliau menyelesaikan masalah dengan membeli sokongan tetapi beliau membelinya dengan premis politik yang salah. Palanivel dilantik menjadi ahli jemaah Kabinet semata-mata kerana hendak memujuk kaum India bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tindakan Najib hanya menumpukan untuk undi pilihanraya tanpa memikirkan consequence yang akan timbul dari tindakan beliau itu.

Najib adalah seorang ‘elected representative’ tetapi beliau di kerumuni oleh ‘rejected representative’.. Dengan perlantikan Palanivel di dalam Kabinet Najib telah menambah seorang lagi Menteri yang mewakili ‘rejected rep’ ini. Sharizat Jalil dilantik di dalam Kabinet walaupun beliau dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar dan Koh Tsu Koon yang tertewas dengan majoriti yang besar di Batu Kawan telah dilantik ke dalam Kabinet.

Melantik Palanivel itu ialah untuk mendapatkan sokongan kaum India yang telah berpecah mengambil tempat di dalam parti-parti lain samada dalam parti Kerajaan atau parti pembangkang. Wakil mereka di Parlimen sudah ramai walaupun kaum India hanya kaum yang kecil di dalam negara ini. Kaum India merupakan kaum yang saya hormati di dalam politik kerana mereka membina kepimpinan mereka di dalam banyak parti.

Tetapi MCA yang sekarang ini masih mempunyai 15 ahli Parlimen tidak pula diwakili dalam Kabinet oleh Presidennya Chua Soi Lek. Raja Nong Chik dan beberapa orang yang lain yang tidak pernah dipilih oleh rakyat dijadikan Menteri Kabinet. Jawatan Menteri itu di jadikan sebagai umpan untuk mendapat sokongan dari pihak dan kumpulan tertentu dan perlantikan mereka bukan di dasarkan kepada kebolehan dan disokong rakyat yang ramai.

Kita sudah tidak terkejut jika ada lagi individu yang di anggap penting untuk menampal yang koyak dan menyambung yang putus akan dilantik menjadi Menteri.

Janji Najib untuk mengecilkan saiz kabinet setelah Pak Lah melantik 32 orang ahli jemaah kabinet dahulu hanya tinggal janji. Akhirnya beliau telah melantik 41 orang ahli kabinet (termasuk duta yang bertaraf Menteri) dan ini merupakan rekod dalam sejarah negara sebagai barisan kabinet yang paling besar. Amerika Syarikat yang merupakan 52 kali ganda besar keluasan negaranya dari Semenanjung Malaysia dan 12 kali ganda jumlah penduduknya hanya mempunyai 21 orang ahli kabinet mereka.Perlu diingat Amerika Syarikat adalah negara demokrasi dan ekonomi terbesar dunia dan negara itu tidak memerlukan 40 orang Jemaah Kabinet.

Sebagai sebuah kerajaan kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terlalu rendah sahsiahnya. Sahsiah seseorang itu selalunya terbentuk dari didikan yang diterima mereka dari guru-guru dan ibu bapa mereka. Sekarang kita hari-hari mendengar kata-kata yang tidak bermoral dan sahsiah dari penyokong-penyokong kerajaan dengan menggunakan kata-kata kesat apabila ada pihak yang berpandangan politik tidak sehaluan.

Bagi mereka, UMNO sahaja parti yang semua umat mesti sokong. Jika tidak mereka (penyokong UMNO) tidak gemar dengan orang lain mereka akan menggunakan istilah kotor seperti anjing, babi celaka dan sebagainya. Bagi mereka ini tidak mahu mendengar perkara yang tidak sedap. Mereka hanya mahukan pujian dan dukungan tetapi mereka tidak menjaga sahsiah diri dan politik mereka. Kelaukuan mereka memalukan dan diperhatikan oleh rakyat secara terangan.

Kalau dikaji dari sejarah yang lampau jika pihak yang berkuasa dan penyokongnya sudah mengambil jalan singkat untuk menistakan orang lain secara peribadi, selalunya itu merupakan tanda-tanda pemerintah atau ulil amri itu akan tumbang dan dimamah sejarah akhirnya.

Dalam pada parti pemerintah sedang bergelut untuk ‘survival’nya penyokong-penyokongnya pula begitu ghairah memaki hamun dan menghina pihak lain yang juga mempunyai komitmen untuk mencari kebenaran. Masing-masing sekarang sedang dalam proses pencarian dan masing-masing ada hak untuk menentukan sikap dan pendirian masing-masing. Kebenaran kepada kita tidak semestinya benar bagi orang lain.

Sikap ini menjadikan rakyat dan orang ramai menjadi jemu dan bosan dengan maki hamun seperti ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah tidak lagi menjadi relevan kepada banyak pihak. Orang ramai sudah tidak lagi percaya kepada usaha memomokan pihak lain dengan menghangatkan isu rasis yang akan merbahayakan negara. Anak-anak muda yang berbilang kaum yang sudh mendapat pendedahan kehidupan sudah tidak meminati mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman yang menebal.

Kebanyakan dari penyokong pihak parti pemerintah tidak mampu membahaskan isu secara realistik maka mereka memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka seolah-olah memaksa semua orang mengikuti mereka tetapi mereka tidak menunjukan sahsiah yang boleh diikuti. Rakyat mahu hidup aman damai dan tidak mahu mengikut mereka yang mencemuh dan mempunyai mentaliti samseng yang tidak mempunyai sifat malu.

Orang ramai ini bukannya sekumpulan haiwan tambatan yang boleh di arah kehulur kehilir mengikut kehendak nafsu mereka yang sedang kufur dengan nikmati kuasa yang ada di tangan mereka. Pihak yang berkuasa dengan sesedap hati sahaja mencemuh mereka yang berfikir. Mereka tidak sedar yang sesiapa yang mempunyai kemampuan berfikir sudah menganggap UMNO sebagai parti parasit dari sebuah parti perjuangan untuk bangsa dan rakyat negara amnya. Setiap rakyat ada hak untuk menentukan sikap dan perjuangan mereka.

Pucuk pimpinan tetap dengan sikap tidak sensitifnya dan segala perkara yang diragui rakyat tetap di lakukan oleh kerajaan pada hari ini. Mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat selama ini tidak dapat dihentikan oleh pimpinan hari ini. Transaksi MAS dan Air Asia contohnya berlaku dihadapan mata kepala rakyat yang melambangkan betapa tidak kisahnya pucuk pimpinan sehinggakan manipulasi korporat berlaku tanpa malu dan segan dan sesiapa yang memahami isu ini tidak akan dapat mengampunkan pihak yang melakukannya.

Budaya menenggekkan GLCs yang wujudnya di atas matlamat memegang kepenting bagi pihak rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang dibiarkan sahaja oleh pucuk pimpinan kita. Arahan kerajaan kepada semua GLC untuk menarik balik segala pertuduhan terhadap Tajuddin Ramli merupakan kemuncak kepada ketidak jujuran pihak yang berkuasa.

Jika perkara ini terus juga berlaku ianya memberi makna yang kerajaan yang berjanji untuk mentadbir negara secara transparen adalah satu lagi janji kosong dan ianya membuktikan kepada kita pimpinan kita sudah tidak boleh diyakini samasekali. Segala-gala yang dilakukan tidak menunjukkan sedikit pun nilai amanah seperti yang dijuarai oleh Najib selama ini. Kata-kata yang manis itu sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sementara kita sedar yang itu hanyalah menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Kalau diselidik dan di kaji serta dibuat penilaian serius, segalanya ini tidak akan ada kesudahannya. Rakyat dan hartanya akan tetap dimanupulasi terus terusan. Hanya membesarakan mereka sahaja yang boleh memberhentikan penyelewengan politik dan ekonomi negara ini.

Kesabaran rakyat sudah tidak terbendung lagi. Segala hijab dan hidayah sudah tertutup rapat. Tidak mungkin lagi kita akan berada di dalam kehidupan bermakna di dalam negara yang amat kita cintai ini. UMNO sudah tidak lagi sebagai parti yang membangunkan bangsanya tetapi hanya tinggal sebagai parti yang hanya memberi masalah bukan sahaja kepada orang Melayu, UMNO dan ahlinya sendiri tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya. Segala-gala sudah musnah.

Untuk mengubahnya kita perlu berubah.

40 comments:

Anonymous said...

syabas!!!! satu kaji selidik dan ulasan yang jitu, benar seperti yang dinyatakan....kepada sesiapa pemimpin UMNO yang membacanya diharapkan dapat membuka mata dan minda...supaya berubah dan dengan harapan bangsa melayu tetap memegang kuasa lagi....buangkan segala perangai dan tujuan yang tidak baik demi agama, bangsa dan tanah melayu...

Budak Kampung said...

Kalau nak bercakap tentang hak tuan, pemerintah juga berhak untuk menjayakan aspirasi mereka, dan oleh sebab hak juga orang-orang semacam tuan yang sentiasa memberikan persepsi yang sebaliknya kepada org ramai, itukan politik. Politik dan demokrasi adalah sejajar, tapi perbuatan merosakkan negara untuk berkuasa, pasti akan ditolak rakyat.

abd manaf, temerloh said...

Budak kampong,

Saya tidak faham kata-kata saudara. Berilah hujjah sedikit samada apa yang dikatakan oleh penulis itu benar atau tidak.

sekian

Anonymous said...

AA,

you are spot on bro. Tkasih kerana berani berkata yang benar.

penanam ubi

Anonymous said...

Pak AA,

sebulan lagi saya akan bersara dari perkhidmatan kerajaan. saya ingin bersama Pak AA.

I appreciate your guts. I shall be contacting you soonest.

Ahmad dbd

akbajalil said...

Tuan AA,
Saya setuju dengan pandangan tuan.
Jika nilai murni dalam diri pemimpin sudah hilang maka inilah yang akan berlaku. Mereka tidak lagi melihat kepentingan rakyat. Sebaliknya mereka hanya mahu mengekalkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun hatta memutarbelit fakta yang terang nyata dan memekakkan telinga terhadap kehendak rakyat. Contohnya sistem pilihanraya adil dan bersih.
Jika rakyat terus ditekan dengan pelbagai masalah kepimpinan dan manipulasi politik yang sakit begini, mahu tidak mahu satu hari nanti pemerintah akan berdepan dengan kebangkitan rakyat secara total.
Hari inipun kita telah melihat dan mendengar desakan demi desakan oleh rakyat baik dari kalangan pro-kerajaan mahupun pembangkang meminta pemimpin terutama kerajaan hari ini supaya mengambil langkah untuk berubah. Rakyat mahu kerajaan peka dan mengambil tindakan positif dalam menangani masalah-masalah semasa secara terang dan nyata bukan bertindak secara sembunyi di sebalik tirai kuasa.
Rakyat saban hari dimamaikan dengan pelbagai isu lapok yang diulang-ulang baik dalam politik mahupun ekonomi. Sudah lebih 50 tahun BN memegang pemerintahan, sepatutnya semakin matang tetapi sebaliknya semakin kebudak-budakan. Menipu dan membohongi rakyat dengan mengeluarkan kenyataan dan maklumat yang jauh tersasar dari realiti. Kenapa mesti para pemimpin ini rasa takut untuk mengakui kelemahan dan kesilapan diri sendiri?
Pada saya, kini rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan lagi kerana maklumat sudah berada di hujung jari walaupun media pro-kerajaan cuba memanipulasinya setiap hari.
Ayuh rakyat yang berani. Sampai bila kita harus diperlakukan begini?

nick said...

Pak,

Nowadays it's becoming clear that the slogan of ABU (Asalkan Bukan UMNO or Anything But UMNO) is apt and perhaps even imperative for all Malaysian. Just like what you have pointed out, UMNO and BN (the GOM) have no qualms whatsoever in continuing their plundering and looting (the MAS and AA saga which is being done openly and without regards to it's consequences to the rakyat is proof of that).

So I think it must be the "MAIN" rallying call for AMANAH and the opposition. ABU is perhaps "the best" battle cry to unite all Malaysian especially those who support AMANAH and the opposition. We are at the threshold of calamity and disaster brought about by UMNO. There's no point in denying it any longer. "Now it's either we boot out UMNO in the next GE or all Malaysian will be done for and even perhaps Malaysia will be much worse than Zimbabwe under Mugabe"!

Nick.

Salam and GOD bless.

Anonymous said...

Pencinta Gay macam saudara mmg patut declare join nuar brahim...

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Saya setuju dengan luahan dari hati tuan dalam catatan ini dan yang lepas2.

Jika kita lihat senarai kedudukan blog mesra kerajaan, top 10 adalah blog yang banyak menggunakan kata2 kesat, maki hamun serta spin dan fitnah melampau. Ruangan komen mereka juga dipenuhi dengan komen2 yang menyokong mereka dengan mencaci dan menghina serta penuh dengan kata2 kesat. Malah mereka akan kutuk siapa saja yang kritik umno (tuan juga tidak terkecuali dikutuk sama) seolah2 umno ini maksum dan tidak boleh ditegur.

Ini adalah bukti apa yang tuan nyatakan adalah benar. Parti yang memerintah hari ini di dokong oleh mereka yang terlalu buruk akhlaknya secara tidak langsung menunjukkan bahawa parti ini dalam keadaan yang sangat tenat.

UMNO terpaksa menerima mereka kerana tiada pilihan, tetapi kesannya akan kita ketahui tidak lama lagi.

..FND..

burn said...

it have been said many times, the only way to stop their political rhetoric is to remove them. they are slowly destroying the harmony we use to have, and have totally enrich themselves to the fullest while the rakyat were being told to be thrifty and spend wisely. it is a pity, many of their underline supporters do not realize of the outcome and consequences in the future. the loser will always be the rakyat!

salam...

Anonymous said...

Tahniah Tuan inilah realiti sebenar yg berlaku,,,semua tindakan UMNO hari ini tidak menguntungkan Bangsa MELAYU,,,,PEMIMPIN2 yg MENGIAKAN PAKLAH adalah KUMPULAN sama yg ada disekeliling NAJIB hari ini,,,,,,Rakyat dah mula mempersoalkan kepimpinan hari ini,,,,,,,ROSMAH,,,,,,NAZIR,,,,,HISYAMUDIN ,,,,MENTERI LEMBIK adalah percakapan harian rakyat merupakan "INDICATER" terbaik mengukur tahap keyakinan rakyat pada Pemerintah,,,,BANGUN!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Biasalah Aspan, itu strategi politik masing-masing.. Dulupun saya pernah dengar Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dikhaskan untuk kaum Cina, dan kaum pribumi Sabah/Sarawak.. itu strategi Anwar nak memancing undi.tak salah tu.

UMNO dari dulu lagi konsisten dalam bab kongsi kuasa ni; dari tahun 1954 lagi, tak ada satu kaum disisihkan. Kesemuanya diberi tempat yang sepatutnya. Zaman dulu, pihak PAS mana nak kongsi kuasa dengan pihak kafir, haram dulu sekarang ni halal pulak. Ini pendirian tak konsisten.

Bila saya lihat rusuhan di England baru-baru ini, saya bersyukur kerana lahir dan tinggal di Malaysia. Buruk macam manapun UMNO, pimpinan mereka telah berikan keharmonian dan kemakmuran dalam negara ni. terima kasih UMNO dan terima kasih pihak polis kerana telah membawa keamanan dalam negara ni. Pedulilah apa orang kata, majoriti rakyat adalah bersama anda.

AJK PAS Pilah Tongah

P/S Kuranglah cakap-cakap negatif dalam bulan Ramadan ni, be positive dan banyakkan amalan yang baik-baik..

Anonymous said...

I guess you may want to place a twitter button to your blog. I just marked down this article, although I must make it manually. Just my advice.

My blog:
simulateur rachat credit Rachat de credit

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kalau UMNO dah tak boleh pakai, buang sajalah. Kenapa tuan masih ahli parti yang dah tak boleh pakai dan tak mampu dan tak mahu berubah? Ini yang saya tak faham. Apakah tanpa UMNO Melayu akan mati? Islam akan hilang? Masih mahu bersama parti yang rasuah? Yang salah gunak kuasa? Yang curi duit rakyat? Yang pemimpinnya tidak jujur? Yang hidup mewah hasil rompakan duit rakyat? Fikir-fikirkan lah.

Putry Eerynia said...

Mantap.Saya yakin pandangan ini turut dikongsi oleh rakyat marhaen yang dah celik ilmu dan golongan muda. hanya mereka yang berjiwa pengampu dan berjiwa hamba saja yang masih mengatakan UMNO pembela bangsa walhal rentetan peristiwa mutakhir ini jelas menunjukkan kepimpinan yang diterajui oleh UMNO sedang menjerumuskan negara kearah kemusnahan dari segi keharmonian kaum, kepupusan sumber ekonomi dan keselamatan negara menerusi sikap tidak peka dan mementingkan diri dan kroni berbanding rakyat dan negara. Sumpah semasa menjawat jawatan pemimpin telah dihumbang ke longkang oleh pemimpin 'korup' ini.

Anonymous said...

The main problem with the present administration is that rosmah's urge to be the alpha-female is greater than najib's urge to be the alpha-male.

The dichotomy is wreaking havoc on the country.

Jabatan Perdana Menteri is only a unit in the Office of First Lady of Malaysia.

dino.yp@gmail.com said...

PAS/PKR & DAP lebih-lebih memberi masalah dari menyelesaikan apa-apa masalah.

nick said...

Anon 10:31 or Ajk PAS Pilah Tongah,

Saya rasa sekiranya "sedara" ada sewaktu Dato' Onn dan Tengku Abd Rahman berura2 menyatukan orang2 melayu and masyarakat tanah Melayu yang lain untuk menolak Malayan Union dan meminta kemerdekaan, sedara akan menolak usaha tersebut kerana bagi sedara keharmonian and kemakmuran diri sedara sendiri amat penting dan hal-hal lain tentang kesaksamaan, keluhuran perlembagaan, keadilan dan hak samarata rakyat yang telah diperkosa oleh pemerintah ( yang sedara maksudkan sebagai "seburuk2 UMNO itu) langsung tidak penting ataupun tidak boleh dibandingkan dengan keselesaan dan kesenangan sedara (isolationism ataupun dalam bahasa melayu "hal orang lain tak sepenting keutamaan diriku dan hak aku!"). Syabas, sedara adalah rakyat Malaysia yang memang dihajatkan oleh UMNO! UMNO memang layak utk kamu dan kamu memang sesuai untuk UMNO! My hope is that you're a consummate bachelor or better, a celibate!

Nick.

Nick.

Aspan Alias said...

Anon 13:29,

Insyaallah saya akan mengambil keputusan tidak berapa lama lagi.

TKasih

Anonymous said...

Anon 14 August 2011 05:51:00

another example of penyokong UMNO yg Tuan Aspan maksudkan dalam artikel di atas.

jamadil said...

AA

I just cannot comprehend how UMNO can sustain its existence. Everything is wrong with the party. Everything it does invites hated from the rakyat.

It's interesting to wait for the GE outcome bro.

jamadil

bunbinban said...

anon 5:51 adalah satu contoh paling tepat dlm tulisan sdr. nothing but maki hamun, carut and bla bla bla...apa pun, tahniah sdr atas ulasan yg bernas dan pedas.

Anonymous said...

AA

" UMNO -Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya"

Ada kebenarannya jika kita bandingkan parti UMNO setelah diurus TDMahathir dengan MAS setelah diurus oleh Tajudin Ramli.

RDA

saji said...

Budak Kampung

"......tapi perbuatan (pembangkang) merosakkan negara untuk berkuasa, pasti akan ditolak rakyat."

Komen:

Dalam mana2 peperangan termasuk perang politik pasti berlaku kerosakan yang mensegsarakan kehidupan rakyat.

Negara Jepun dan German rosak teruk semasa Perang Dunia II. Tetapi, kedua2 negera tersebut bangkit darinya hingga berjaya menjadi negera maju yang disegani kini.

mo dol said...

Asalam,

Sebenar kini kita tidak mempunyai pilihan lagi, melainkan menolakkan umno bn. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Apa yg perubahan di nantikan , melainkan perubahan yg mematikan umno bn itu sendiri. Syabas najib dan bala tenteranya , keyakinan rakyat sudah hilang, bersedialah dgn cantasan rakyat g 13 ini.

Rakyat sudah tidak mampu dgn tipuan yg amat sangat, semenjak tun m hingga kini. Kini dgn agenda munipulasi spr dan jpn ? Pendatng haram dan asing menjadi , tetamu umno bn sebagai , penyambung nyawa ? Hakikat ini juga akan gagal, tidak mungkin rakyat cintakan negara dapat menerima ini semua. Umno tidak melihat kepada bahaya mendatang ? Mereka sudah menjadi gila kuasa yg melampau . Sudah tentu rakyat yg jiwa nya bersih menolak kali ini dan selamat tinggal najib dan bala tenteranya. Biarlah rakyat akan mengadili , kelakuan dan tikah laku yg seolah sudah hilng segala pertimbangan.

salam perubahan untuk semua.

Maharoms light & deco pte.ltd said...

tadi baru selesai menonton perutusan 46 tahun merdeka oleh PM Ls liong ,his 1st open speech to public after general election ,jika kita menilai gaya dan lenggong badan dia berucap,serta terus memberi respon keluhan rakyat.dia berucap xde nak terpekik-pekik ,nak janji berbilion lepas ada pulak burung belatuk tukang tepuk ini semua stail dah ketinggalan zaman.cara dia berucap tiada teks makna ada homework atau IQ dia bagus.ini speech semua nak suruh Set POL buat,kalau free speech merapu zaman Tun dulu boleh ,kita perlu org bijak dan beriman untuk mentadbir .jika 20 tahun dulu patutnya KDNK kita jauh mengatasi Singapura,kita sebenarnya jauh lebih baik drp sekarang,jgn terkejut jika 10thn lagi Indonesia akan ekonomi melonjak naik ,habis lah kita.Hujan Setahun Kering Sehari

Anonymous said...

Tulisan yg baik tp tuan gagal melihat maki hamun dan provokasi penyokong pembangkang terhadap pemimpin kjaan. Bila anwar maki pandikuty tuan pertahankan. Takkan tuan tak baca blog pembangkang yg memaki siang dan malam. Tuan sgt bias dlm mencari kesalahan dan mencari kebaikan seseorg atau sesebuah parti. Tuan juga punya maksud tersirat dan tidak ikhlas spt mana tulisan tuan.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Saya dapat rasakan saat untuk tuan bermufarakah dengan najib sudah hampir tiba. Itulah yang terbaik apabila makmum tidak dapat menerima kewibawaan imamnya walaupun sebesar hama. Doa saya agar imam tuan nanti jauh lagi baik ataupun at least setaraf najib. Pastikan tuan berada di saf hadapan jamaah baru tersebut.

Caci maki dalam blog ini perbuatan mereka yang tidak bertamadun. Jika kita lihat dengan mata yang rabun warna, pasti kita akan jumpa blogger tidak bertamadun ini di kedua belah pihak samada pemerintah atau pembangkang. Hanya menyalahkan UMNO akan menampak kan betapa berat sebelahnya dacing timbangan kita. Marah itu boleh sahaja tetapi jangan sampai kita jadi orang yg zalim.

flyer168 said...

Pak Aspan,

History is filled with despotic leaders who have risen to power and then succumbed to megalomania, paranoia and corruption.

This theme why Absolute Power corrupts Absolutely is particularly pertinent in some Third World Nation...

And Bolehland is joining their ranks...

MM was nonetheless the man who perhaps more than any other, determined the course of UMNO/BN and UMNO Ketuanan UMNOputras" to its present state.

Pask Lah & Jibby inherited the legacy & continued to misguided Bolehland to where it is today...

Jibby saya, Putrajaya must be defended...at all cost!

They all fear this...should they & UMNO fail...

Egypt's Hosni Mubarak faces historic trial‎ – YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=A209_ESF7Rk

Mubarak denies all charges against him – YouTube - http://www.youtube.com/watch?v=o2BL_sEsVZM&NR=1

Dailymotion - Tahrir Square Erupts in Celebration at Mubarak's Resignation - a News & Politics videoht - tp://www.dailymotion.com/video/xiqj4l_tahrir-square-erupts-in-celebration-at-mubarak-s-resignation_news

Dailymotion - Mubarak Faces Murder Charges - a News & Politics video - http://www.dailymotion.com/video/xhsdw4_mubarak-faces-murder-charges_news

You be the judge.

Shalom.

Anonymous said...

Tuan,

Biasa la budak kampong - bagi seposen pun boleh main jauh2.

Quiet Despair said...

Bro Aspan

Tahniah kerana akan meninggalkan UMNO tak lama lagi.
Talk must be followed by action.
Tak baik mengkritik parti sendiri kalau masih berada di dalam, ya kan.
Saya harap pilihan saudara adalah Amanah atau PAS dan bukan DAP atau Keadilan.

Anonymous said...

AA,

Pendek kata "SEMUA TAK MENJADI" kenapa jadi begitu? Termakan sumpahan? Atau umno berlaku zalim tanpa sedar? Sekarang orang umno jugak merasa tiada apa2 masalah walaupun bertukar kerajaan menjadikan mereka tidak berbuat apa2. Umno bukan parti orang yang berjuang - zaman itu sedah berlalu, Umno parti "apa yang aku akan dapat".

Wassalam

AB

Anonymous said...

AA,

Good analysis and right on bull's eye!

jamal, Seremban said...

AA,

DAP can be a perfect choice for you. That party is multiracial in nature. The Malays must be in DAP to strike the racial composition in the party and I am sure the party wants to do that anyway.

AS you are from Negeri, DAP can be of perfect choice.

Ad in more Malays to the party bro sothat DAP becomes a real multiracial one.

Thanks, anyway you have the final say.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Pada saya Umno mestilah balik kepangkal jalan untuk mendapatkan sokongan umat melayu.Jangan gunakan Perlembagaan Umno Baru/Mahathir.Gunakan yang asal,satu orang satu undi,takpayah nak bertanding peringkat tertinggi perlu sekian,sekian sokongan.Semua ahli berhak atas parti.Jangan pancung jika ahli mengkritik kepimpinan.Bezakan parti dengan kerajaan.Semua peringkat mesti telus.Jangan ada kepentingan diri.Insya Allah Umno akan disokong semula.Pemimpin mest mendengar pandangan orang bawah.

Anonymous said...

Salam kepada semua, Saya rasa penyakit ini bukan penyakit UMNO mahu pun penyakit BN tetapi adalah penyakit orang Melayu sendiri. Dulu zaman Tunku dan Tun Razak kurang Melayu pandai, sekarang dah ramai, dan Melayu pandai menyebabkan Melayu berpecah belah, bukan Melayu pandai yang menyatu padukan Melayu. Sebab itu lah baik Melayu pememerintah mahu pun Melaku yang membangkang kadang-kadang kelihatan tenggelam punca. Dan sebagai orang Islam, apakah yang menjadi pegangan dan rujukan kita, kita lupa kepada Al Quran dan Al Sunnah, maka jadilah Melayu itu Melayu keliru. Kembalilah ke jalan Allah dan janganlah kamu berpecah belah maka jika itu terjadi tidaklah ada tamak haloba mengejar pangkat dan kekayaan.

Larry Jay said...

UMNO/BN adalah penderhaka/pembelot kepada bangsa, negara & ugama. Golongan munafik & fasik terunggul kat muka bumi ni. Tuii!!!

Kita sama-sama kubur-kan UMNO/BN pada pilihan raya umum akan datang.

ramli said...

Salam,
dari penulisan Tuan dan komen2 dr rakan2 pembaca...adalah jelas bahawa Umno is beyond repaire ....
namun battle cry nya bersatulah melayu ...boleh kita sambut dgn penyatuan melayu bersama pakatan Rakyat agar kepentingan Melayu tidak hanyut bersama hanyutnya BN dalam PRU 13 nanti ...

Anonymous said...

Kumpulan penyokong UMNO ni bukan saja memaki hamun pemimpin2 pembangkang malah turut juga memaki hamun pemimpin2 UMNO yang mereka benci kerana ada agenda2 tertentu yang sememangnya kita tahu. Lihatlah bagaimana mereka memaki hamun KP UMNO dengan begitu teruk sekali tanpa rasa hormat dengan penyandang jawatan bertaraf Naib Presiden. Sedihnya, Presiden dan Mahaguru membiarkan saja....Saya dah nampak kehancuran UMNO.

Anonymous said...

TAK PAYAHLAH NAK MAIN ISU RASIS, MELAYU BERSATU BAGUS TAPI BERSATU UNTUK TINDA BANGSA LAIN NAK BUAT APA? KITA MINTA SEMUA MANUSIA BERSATU UNTUK TEGAKKAN KEBAIKAN BUKAN MELAYU SAJA, AKHIRNYA JADI MACAM UMNO JUGAK BALIK MELAYU KRONI YANG DAPAT LABA, FUCK! LA.INI 2011 BUKAN 1957, ANAK MUDA DAH TAK BANGANG MACAM DULU.