Prof Aziz Bari mungkin akan di tuduh di Mahkamah dan Polis telah pun melengkapkan siasatan keatas Prof yang controversial itu. Mengikut berita yang kita terima pihak polis telah mengambil gambar rumah beliau dan semalan pihak Polis telah mengambil gambar pejabat beliau serta computer riba Prof itu. Jika beliau dituduh maka teranglah sudah yang kita berada di sebuah negara yang menyamai sebuah negara ‘autocratic’.
Semuanya ini adalah hasil dari komen beliau tentang kenyataan ke bawah duli Tuanku Sultan Selangor berhubung dengan isu agama yang juga merupakan isu controversial sejak kebelakangan ini. Ahli-ahli Parlimen BN telah mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Prof Aziz kerana pandangan yang berbeza tentang isu kenyataan Sultan Selangor.
Jika benar dengan apa yang di katakan oleh peguam Prof Aziz yang ahli akademik tersohor ini akan di tuduh di mahkamah dan ini merupakan satu tindakan yang patut di tentang habis-habisan semata-mata bagi mempertahankan kebebasan membincangkan isu yang akademik ini.
Jika benar Aziz Bari akan di tuduh maka ‘conclusive’lah pandangan setengah pihak yang BN tidak tahan dengan pandangan yang berbeza walaupun ianya hanya merupakan pandang dari sudut akademik semata-mata.
UMNO memainkan isu derhaka kepada Raja untuk menyekat ahli akademik untuk memberikan pandangan. Sebagaimana yang saya nyatakan beberapa hari yang lepas, yang patut di hadapkan ke mahkamah ialah Dr Mahathir Mohammed yang telah menghina Raja-Raja secara terus pada tahun 1993 dahulu.
Jika Aziz Bari di kenakan tuduhan tetapi tidak pula mengenakan tuduhan kepada pemimpin utama UMNO Dr Mahathir serta pangampu-pengampunya dahulu maka jelas tindak terpilih yang di lakukan oleh pihak pemerintah ini adalah keterlaluan. Bagaimana pemimpin kerajaan dan parti begitu kebal dari sebarang tindakan walaupun tindakan mereka adalah keterlaluan?
Kenapa undang-undang hanya untuk setangah pihak dan tidak untuk pihak yang lain yang telah melakukan kesalahan yang lebih serius lagi? Kenapa ada dua set undang-undang? UMNO dan pemimpinnya wajar memberikan jawapan kepada persoalan yang sangat besar implikasinya terhadap kestabilan politik negara.
Isu ini merupakan satu isu yang akan mendapat perhatian meluas dari rakyat dan ianya tidak akan dapat mengelakan masyarakat mempolimikannya. Ia juga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa justru itu isu ini telah membayangkan betapa tidak ‘magnanimous’ nya kerajaan dalam menghadapi krisis intelektual yang pimpinan kita sedang hadapi.
Keadaan ini memang tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Rakyat khususnya masyarakat akademik dan mahasiswa wajar mengambil langkah tegas untuk mempastikan perkara seperti ini tidak berulang di mana-mana menara gading di tanah air. Tindakan ini adalah tindakan pengecut dan ianya adalah satu tindakan politik yang menindas.
Penindasan pemikiran ini merupakan satu indikasi jelas pihak berkuasa menggunakan undang-undang dan perlembagaan secara salah semata-mata untuk mengekang pandangan rakyat tidak bersetuju dengan pihak kerajaan. Isu seperti ini membentuk kecenderungan rakyat akan berpecah belah kerana melakukan interpretasi terhadap perlembagaan mengikut ‘expediency’ pihak yang berkuasa.
Tindakan UIA ini telah memalitkan BN dan di dalam negara sedang menanti PRU ini ianya merupakan saat dan waktu yang sangat sesuai untuk menolak pemerintah yang berat sebelah dan kurang ‘magnanimity’ ini.
Secara peribadi saya memandang isu ini sebagai isu yang boleh membantu BN menghadapi jalan sukar untuk mendapat sokongan dari pihak rakyat yang ramai ini.
Lepas satu, satu isu yang dicipta oleh pihak berkuasa untuk memisahkan rakyat dari kerajaan yang sedang memerintah. Asalakan sahaja BN tidak menyalahkan orang lain, BN bebas untuk berbuat apa yang mereka suka.
5 comments:
Assalam Tuan Aspan.
Persoalannya kenapa kali ini Prof. Aziz mahu diambil tindakan. Sedangkan sebelum ini beliau pernah juga memberikan pandangan yang menentang kerajaan BN. Adakah ini langkah BN untuk memenangi hati Sultan Selangor dalam rangka untuk menawan Selangor dalam PRU13 nanti?
Jika itulah alasannya, pada saya ianya satu tindakan tidak matang UMNO/BN. Rakyat yang cerdik dan celik hati akan menjauhkan diri dari BN.
pemimpin kita tidak mengambil iktibar
kejadian yang menimpa gadaffi di libya. kerajaan yang suka membuli rakyat nya sendiri akhirnya akan menjemput kuasa asing untuk campur tangan. insaf lah wahai pemerintah
Didakwa tidak bermakna beliau bersalah. Sebagai pengamal undang undang, Aziz pasti lebih dari bersedia untuk membela diri. Malahan beliau telahpun menjawab surat tunjuk sebab seperti yang diarah oleh majikan nya. Ini jelas menunjukkan beliau tahu dan arif tentang prosedur yang perlu beliau patuhi. Beliau juga pastinya yakin dengan sistem kehakiman negara, sebab itu beliau memilih untuk menjadi pakar/pengamal undang undang.
Apa pula pendirian tuan terhadap tekanan dihadapi Dr. Rosli dan rakan2nya di Unisel?
Faham jika tuan keberatan keberatan menyatakan pendirian kerana pastinya samada tuan bersetuju dengan tindakan campurtangan MB Selangor atau pun pastinya tuan akan menjawab bahawa tiada bukti melibatkan MB sebagaimana blogger BN berkata bahawa tiada bukti BN terlibat di UIA. Jika tuan menyatakan pendirian untuk mengecam Kerajaan Pakatan rakyat di selangor seperti tuan mengecam BN di isu UIA, apa agaknya perasaan sahabat2 tuan di dalam DAP. Ada berani? Memanglah sukar untuk berlaku adil tetapi cuba cubalah tuan.
Dalam urusan Rakyat ini, rakyat jangan lupa mohon kepada Allah. Sekiranya rakyat dizalimi dan ditipu, Insya'allah doa mereka diperkenankan Allah dan Kerajaan akan bertukar secara aman, lancar dan rakyat serta negara akan menjadi lebih baik lagi.
Salam Pak Aspan,
Perasan atau tidak, dalam pada semua isu-isu yang dekonstruktif dikecohkan sekarang ni, macam-macam proposal dan projek berkaitan 1Malaysia sedang atau cuba dimajukan? Menu 1Malaysia, Bakeri 1Malaysia, ntah apa-apa lagi guna 1Malaysia.
Isu Aziz Bari, isu anak LGE, isu UNISEL semuanya hanya decoy kepada rancangan jahat untuk merompak duit negara melalui projek-projek merepek yang pasti gagal.
Lobi melobi projek ratusan juta RM sedang rancak di PWTC/Seri Pacific Kuala Lumpur, dengan komisen puluhan juta untuk political funding..."ambil seberapa banyak yang boleh sebelum PRU13"...kata Tan Sri-Tan Sri dan Datuk/Dato' ni.
Bukannya orang lain yang menghancurkan Malaysia tanahairku!
Post a Comment