Isu yang dimainkan oleh Ketua Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri serta beberapa blogger pro-UMNO terhadap anak Lim Guan Eng memang jelas mendapat perhatian ramai dan kebanyakan dari reaksi yang saya secara peribadi terima menunjukan sebagai satu isu yang menjadi kemarahan ramai.
Ramai yang meminta saya menulis dan memberi komen tentangnya. Saya tidak mempunyai komen panjang tentang isu ini. Yang pasti ‘Law-makers’ dari UMNO nampaknya menjauhi diri mereka dari isu ini dan rata-rata kita mendengar yang UMNO tidak terlibat dengan isu yang panas ini. Malahan Ahli-Ahli Parlmen UMNO meminta Guan Eng menyaman Dr Novandri dan bloggers pro-UMNO jika itu merupakan fitnah yang sengaja diadakan kerana tuntutan politik yang ‘desperate’.
Komen saya senang sahaja; ini merupakan satu lagi dari banyak bukti yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang mereka tertewas dalam pilihanraya yang lalu. UMNO tidak menampakan lagi sikap seperti parti yang memimpin negara. UMNO sudah menjadi ‘defensive’ dan ini merupakan petanda yang parti itu sedang menuju kearah kejatuhan. Ini hakikat.
UMNO tercari-cari kesalahan DAP di Pulau Pinang seperti orang mencari kutu yang halus dalam rambut. UMNO tidak mempunyai modal lagi untuk mendapat perhatian ramai. UMNO nampaknya sudah menjadi ‘sour-grape’ dan jika sudah dihinggapi oleh penyakit seperti ini selalunya parti yang seperti ini akan ditinggalkan oleh orang ramai.
Orang ramai akan mula berfikir samada parti ini mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat kerana orang ramai akan sendirinya akan merasa tidak berkeyakinan jika sebuah parti pemerintah sanggup melakukan perkara yang amat menjijikan itu semata-mata untuk menyambung nikmat berkuasa.
Memalitkan seorang kanak-kanak yang tidak bersalah kerana kepentingan politik serupalah seperti penjenayah kanak-kanak yang sangat tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang sanggup melakukan kerja seperti ini semata-mata kerana hendak menjatuhkan pihak lawan. Jika Guan Eng yang hendak dijatuhkan kenapa jadikan anaknya sebagai mangsa?
Tidak kah ‘penjenayah-penjenayah’ ini merasa malu apabila Guru Besar SMK Heng Ee, George Town sendiri manafikan adanya berlaku perkara yang difitnahkan oleh pihak tertentu di dalam UMNO itu? Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang lain yang dikatakan sebagai anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar orang lain yang sedang belajar di AS.
Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO. UMNO sudah hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang ada yang dimandatkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.
Tidakkah terfikir oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini bagaimana kanak-kanak berusia 16 tahun itu menghadapi hidup seharian kerana fitnah yang amat hina ini? Isu ini jelas merupakan satu fitnah yang amat rendah darjatnya. Kerja seperti ini tentulah berlaku kerana mereka sudah terbiasa melakukannya. Kata perbilangan ‘alah bisa tegal biasa’.
Kalau sudah biasa dengan jenayah, untuk melakukan jenayah yang lain akan menjadi perkara biasa. Kepada semua yang bertanggungjawab merencanakan pembohongan ini berfikirlah apa dengan tekun dan bertanya kepada diri sendiri, ‘apa yang telah aku lakukan ini?’ dan perbaikilah diri masing-masing.
Politik itu politiklah! Tetapi janganlah sampai melakukan perkara yang sangat ternoda ini. Jangan tunjukan sangat ‘desperation’ itu kepada khalayak ramai. Semua tindakan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak sekolah itu hanya merupakan tindakan ‘self defeating’ bagi parti yang memerintah.
Itu sahaja komen saya.
9 comments:
Sayangnya polis apatah lagi SKMM tidak boleh bertindak keatas mereka atas perbuatan fitnah tersebut. Diharap andaian ini tidak betul kerana dah terlalu lama. Oppss... dengar cerita dah ada isu baru pulak mengaitkan aruah Sabrani mungkin nak orang lupakan isu anak LGE walaupun Melayu tak mudah lupa...
Isu ni pun menunjukkan kebodohan yg amat ketara Khairy, SIL Dollah. Dah lah Dr Novandri tu bodoh..dia ni medical Dr ke Dr falsafah. Kalau banding dgn Sakmonkol, tulisannya memang bodoh. Klau tak caya cuba baca artikel dia.
Aspan,
Baik buat correction. Anak guan Eng betul. Budak perempuan tu. Gambar seorang chess master yg belajar diUK ..tak pernah jejak kaki dPenang.
Salam Tuan..
Rasanya ayat ni tak betul "Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang lain yang dikatakan sebagai anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar orang lain yang sedang belajar di AS"
Sepatutnya.. "Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang yang tak pernah jejakkan kaki ke Malaysia sebagai mangsa anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai mangsa anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar pelajar yang sedang belajar di AS.
Maaf ya sekadar membetulkan..
Wassalam..
UMNO kena habiskan lebih baik masa lagi sebagai pembentang agar dapat berlatih dan belajar menjadi pembangkang yang mampu mengkritik secara bernas dan lojik.
Dulu Tan Chee Koon, kini Lim Kit Siang, Dr Dzulkifri dan Tony Pua dan sebagainya berasaskan kajian yang rapi....bila saya Harakah, hujah mereka menghurai belanjawan 2012 menampakkan tahap pemikiran yang matang.
UMNO jelas menonjolkan kepincangan dari segi kematangan, kemampuan berfikr dan berhujah.
Budaya melayu kah ni? saya percaya tidak. Oleh itu, adakah UMNO harapan terbaik orang melayu dan Malaysia?
Seks, seks dan seks.
Inikah sahaja yang termampu UMNO lakukan untuk menghadapi pembangkang dalam piilihan raya umum yang akan datang ? Nampak sangat papa kedananya UMNO dalam idea dan isu untuk berhujah secara matang dalam intelektual bagi mengembalikan sokongan pengundi.
Bagi sebuah parti yang telah berkuasa semenjak merdeka, ia sungguh memalukan. Tidak ada class langsung.
Bagi Novandri, kalaulah kamu fikir you are doing UMNO a great favour, you are bloody wrong. It is just another nail in the coffin in so far as UMNO/BN politics in Penang are concerned.
Bagi Khairy, saya tahu ia tidak diajar di Oxford secara khusus. Tetapi dari pelajaran yang diperolehi tentu ia dapat membantu kamu berfikir untuk bertindak secara matang, waras dan rasional. Otherwise you are just another Ketua Cawangan in one corner of who-knows-where.
And stop believing in yourself that you are the messiah for the corrupt UMNO, for your mind will also get corrupt unbecoming of you as Ketua Pemuda with an Oxford degree.
Bro,
1. Dr Novandri adalah seorang doktor perubatan. Beliau membuka sebuah klinil di gelugor. Depan klinik beliauada sebuah gerai nasi kandar yang femes dgn ayam kapitan - nasi kandar sharif.
2. Yang pasti beliau BUKAN ketua bahagian UMNO(Baru). Last time beliau adalah AJK Pemuda Bahagian Gelugor.
3. Dulu saya sering ke blognya kerana beliau agak rasional dalam melihat sesuatu isu. Sudah 2 tahun saya tak layari blognya apabila beliau mula merapu. Saya sedih melihat seorang yang baik dan berpendidikan tinggi melacur seperti blogger-blogger UMNO lain yang otak kat lutut.
bat8
Saya mengutuk mereka yang megamalkan tak dapat tanduk telinga dipulas. Ini perbuatan org bacul yang tidak bermaruah. Kutukan saya ini saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat mengutuk anak, isteri dan ahli keluarga ahli politik. Sebagaimana saya mengutuk kejian terhadap Marcus, saya juga mengutuk kejian terhadap Rosmah isteri Najib. Tuduhan tanpa bukti samada terhadap anak LGE ataupun isteri Najib merupakan tanda mereka ini semua sudah hilang maruah dan harga diri. Hanya lelaki bacul yang sanggup jadikan teliga musuh dipulas kerana gagal patahkan tanduk. Ingat lah hukum karma. Semoga najib, anwar, LGE dan kuncu kuncu nya sedar akan hal ini.
SAMPAH UMNO tulis sampah. Mampus UMNO. Manpus.
SAMPAH KHAIRY
NAJIS RAZAK.
SEMUA SAMA
Post a Comment