19 October 2011

Khairy - jadilah seorang dewasa

Khairy Jamaludin mempertahankan tindakan mengisukan anak Lim Guan Eng dan beliau menuduh pengkritik beliau sebagai hipokrit. Ramai yang mengkritik Khairy kerana menurut setengah pihak tindakan Khairy itu merupakan tindakan desperado UMNO. Lebih memeranjatkan lagi banyak pihak ialah isu itu diperbesarkan oleh Khairy dan beberapa blogger pro UMNO.

Kalau orang lain dari Khairy memanglah tidak memeranjatkan tetapi ianya datang dari Khairy seorang pemimpin UMNO yang agak mempunyai kelas yang agak jauh tingginya dari ramai pemimpin yang lain. Isu seperti ini selalunya hanya permainan pemimpin yang bukan setaraf dengan Khairy.

Tetapi UMNO tetap UMNO, kerana UMNO itu merupakan parti yang tidak mampu membina kepimpinan sebaliknya boleh merosakan orang bijak pandai untuk menjadi jumud pemikiran dan merendahkan kredibiliti mereka. Yang ada di dalam barisan kepimpinan UMNO itu kebanyakan mereka adalah mereka yang tinggi kelulusan akedamik mereka.

Tetapi oleh kerana terpengaruh dengan cara dan budaya UMNO mereka menjadi jumud dan lemah pemikiran mereka dari masa kesemasa. Penyakit UMNO ini rupanya sangat ‘contagious’ kerana seorang yang hebat seperti Khairy pun boleh dihinggapi oleh penyakit ini.

Itulah sebabnya saya berkali-kali menulis dan memberitahu siapa yang membaca blog ini bahawa ramai di antara pemimpin dalam UMNO itu ibarat ikan mati. Ikan mati sentiasa terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan jika ikan mati itu dikeluarkan dari laut iakan itu akan jadi ikan masin.

Sebaliknya ikan yang hidup jika dikeluarkan dari lautan yang ‘environment’nya masin, ikan itu tidak masin tetapi merupakan ikan ‘fresh’ yang enak dimakan. Di sebaliknya ikan masin hanya diletakan di bibir pinggan sahaja dan di cubit-cubit sedikit untuk menjadi pembuka selera sahaja.

Saya berharap Khairy hanya melakukan kesilapan sahaja, bukannya kesalahan. Orang muda julung berkeris memang begitulah. Seorang anak muda yang sudah pandai memegang dan bermain keris selalunya akan mudah melayangkan langkah untuk berkeris dan kadangkala batang pisang pun disanggahnya.

Walau bagaimana pun saya tetap mengiktiraf Khairy sebagai pemimpin masa depan yang masih ada di dalam UMNO. Walaupun UMNO masih belum tentu mendapat mandat seterusnya dari rakyat. Saya yakin Khairy akan menjadi pemimpin walaupun UMNO itu berkemungkinan berada di pihak pembangkang, sebagaimana ramalan ramai termasuk mereka dari dalam UMNO sendiri.

Sebagai anak muda tentulah ada kecenderungan untuk melakukan kesilapan. Khairy ibarat seorang yang meniti permatang sawah; jika tergelincir kedalam lopak sawah cepat-cepat naik di permatang dan teruskan perjalan politik nya. Insyaalah Khairy akan sampai juga akhirnya ke penghujung permatang sawah yang jauh itu.

Hanya saya ingin memberikan pandangan sedikit. Isu yang diguna pakai oleh Khairy ini memanglah satu isu yang tidak sepatutnya digunakan oleh seorang yang berkelulusan dari university terkenal dunia.

Biarlah orang yang masih mempunyai mentaliti sekolah atap sahaja yang memainkan isu kelas rendah ini. Jaga nama universiti terkenal itu dengan baik. Saya pernah bercita-cita untuk belajar di universiti itu tetapi tidak kesampaian kerana saya tidak cukup kepandaian untuk kesana.

Khairy mesti elak dari di anggap oleh orang ramai sebagai garam yang tidak diperlukan dalam quantiti yang banyak. Bukan kah selalu chef-chef masakan berkata, 'bubuh garam sesedap rasa' sahaja. Lain-lain perkataan Khairy akan hanya di anggap sebagai garam, gunanya untuk menyedapkan rasa masakan sahaja dan tidak lebih dari itu.

Ayuh Khairy, cepat-cepatlah jadi seorang dewasa.

7 comments:

adam, penajih said...

biso bang

Anonymous said...

Khairy is working hard to get nominated bro.

Does he realize that he won't go anywhere in UMNO?

Anonymous said...

Tindakan Kahiry ini membuktikan bahawa lulusan Oxbridge sebenarnya taklah secerdik mana.

Quiet Despair said...

KJ tu belajar daripada Gua Eng dan bapa yang suka kondem orang UMNO kononnya tak bermoral. Sekarang dah kena batang hidup sendiri. Cam ne??

roti sardin said...

Quiet Despair,

Jika bapa khairy mengata UMNO tidak bermoral, itu kan ke kata-kata yang benar?

Memang pun UMNO tidak bermoral sebab melakukan rasuah secara terbuka.

Anonymous said...

Too bad lah KJ nie. I have high hopes for him...
Instead of growing up, he just grow old... :(



-ad.

Zaidi said...

Pak Aspan,

KJ terperangkap dengan budaya "dangkal kedusunan" (meminjam perkataan Naquib Al-Attas) yang berasaskan "siapalah kudrat dialah iradat". KJ dan UMNO lupa bahawa di dalam kelembutan ada ketegasan, di dalam pujian ada teguran, di dalam permusuhan ada persaudaraan. Bukanlah siapa yang bercakap paling kuat dialah yang paling betul. Kadang2 diam itulah yang betul. Tetapi yang paling betul ialah mengambil yang benar dan letakkannya di hadapan. Dengan begitu UMNO akan sebaris dengan kebenaran dan kebenaran itulah kejayaan yang sebenar. Mahukah UMNO menjadi begitu?