24 October 2011

Muhyiddin dalam kebimbangan. - Tak boleh salahkan beliau.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau bimbang dengan berbalahan yang berlaku dalam komponen BN yang berlaku pada hari ini. Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi BN itu ialah masalah ‘intra-party’ dalam komponen itu nampak serius sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba.

Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan. MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak ‘winnable’.

Semuanya ini merupakan barah-barah yang ada di alam parti-parti komponen BN dan keadaan ini jika tidak dikawal, Muhyiddin beranggapan isu ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU nanti. Masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam 6 komponen parti-parti BN terbesar di Semenanjung ini tetapi merupakan satu isu besar di dalam parti-parti dalam BN keseluruhannya.

UMNO memang menghadapi masalah ini dimana-mana. Kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian kebanyakannya menghadapi masalah calun kerana kepimpinan bahagian-bahagian dalam UMNO itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat ramai untuk mewakili mereka di dalam dewan-dewan legislatif di negeri-negeri masing-masing tetapi juga di dalam dewan Parlimen.

Itulah sebabnya Najib berkata UMNO akan turunkan hanya calun boleh menang dan tidak semestinya dari kalangan kepimpinan bahagian. Tetapi jika calun yang di anggap boleh menang bukan di kalangan pemimpin bahagian yang dipilih oleh bahagian maka calun yang di anggap boleh menang itu tidak akan menang kerana jentera parti dalam pilihanraya itu datangnya dari bahagian.

Di mana-mana kita pergi kita akan mendengar rungutan dalam isu calun ini. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka tidak tahan lagi dengan berbagai-bagai kenyataan kepimpinan yang mengguris hati mereka di peringkat bahagian. “Habis kita nak jadi apa bang?” seorang yang berjawatan besar bahagian dari Perak mengadu kepada saya.

“Kalau gitu biarlah pembangkang sahaja yang mentadbir Perak kerana pentadbiran pimpin BN Perak hari ini pun bukannya ‘legitimate’ pun” sambungnya lagi. Saya hanya menjawab, “Nasib you all lah! Masalah ini sudah lama. Tetapi baru sekarang nampak jelas. UMNO sudah terabai sejak 30 tahun lalu lagi. Sekarang sudah payah nak betulkan”

“Kat NS macam mana abang nampak?” tanyanya lagi. Saya jawab, “tak tau. Abang tak tau. Yang abang tahu the war-lords are fighting each other. Sudah jadi kanser, the cells are killing each other. All good cells are destroyed. I think they need chemotherapy. Lain-lain abang tak tau”.

Keadaan ini kita dengar di mana-mana, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Itu masalah ‘intra-party’, belum lagi di pandang dari sudut ‘inter-party’. Masalah yang paling besar ialah perhubungan di antara parti-parti dalam BN itu tidak sebaik dahulu. Ahli-ahli UMNO masih terluka dengan kenyataan MCA dan Gerakkan yang menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu sehingga tidak dapat mengekalkan majoriti dua par tiga kerusi di dewan parlimen serta di beberapa buah negeri yang di menangi oleh BN.

Selain dari itu lima negeri telah jatuh ketangan PR dan hampir kesemua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat sudah biasa dan tidak lagi kekok untuk menyokong pembangkang kerana pembangkang telah terbukti sentiasa berkembang pengaruh mereka di mana-mana.

Rakyat sedar mereka selama ini telah diperdaya oleh BN melalui media masa perdana dan sekarang ini jika media memainkan isu panas terhadap pembangkang rakyat tidak lagi mahu menerima apa yang di siarkan oleh media perdana itu bulat-bulat. Mereka tahu itu adalah semata-mata propaganda politik untuk parti-parti yang memerintah.

Perbalahan ‘intra-party’ dan ‘inter-party’ dalam BN ini, jika dibuat kajian sedalam-dalamnya, ia tidak dapat di sembuhkan lagi. Bagi setengah pihak hanya setelah BN berada di luar kerajaan sahaja penyakit yang dihadapi mereka akan sembuh. Ini akan berlaku kerana yang akan tinggal bersama UMNO dan BN itu sahaja yang akan berkeupayaan untuk memperbaiki penyakit yang di hadapi oleh UMNO/BN itu.

Buat masa ini ‘krisis keyakinan’ terhadap UMNO dan BN itu merupakan persepsi yang begitu ‘conclusive’ oleh rakyat yang bakal memilih pada PRU yang akan datang. Pemimpin-pemimpin tidak mungkin mampu memperbaiki keadaan ini. Hanya rakyat sahaja yang bakal memberikan penyelesaianya nanti.

Apa yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu memang satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

10 comments:

Borneo said...

Kebimbangan Mahyudin berasas tetapi bukan lah memeranjatkan kerana Anwar pun pastinya sedang pening kepala hal calun. Yang tak pening dan bimbang rasanya Mat Sabu. Dia ni sentiasa gembira.

Anonymous said...

Keadaan negara kita sekarang terlampau teruk dari semua sudut. Tak rugi kalau kita bagi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah selepas GE13. Indikator menunjukkan negeri2 dibawah pentadbiran PR lebih baik daripada negeri2 dibawah pentadbiran BN. Kalaulah PR tidak dapat memerintah negara lebih baik dari BN, kita tukar balik jepada BN. Dalam pada itu, diharapkan UMNO/BN akan berubah dengan beralih kepada kepimpinan lebih berintegriti dari yang ada sekarang yang betul2 boleh membawa pembaharuan.

Pok Li

Anonymous said...

Tuan,

Mana "blog list" another bricks in the wall?

Meru

Aspan Alias said...

Anon, click 'show all'. U akan dapat another brick on the wall.

Anonymous said...

Rasa bimbang Muhyidin itu akan berakhir apabila UMNO benar-benar tersungkur nanti.

mad said...

seperti biasa laporan audit tahunan negara menyedih/menyakitkan hati. saban tahun hutang negara makin meningkat. tahun lepas hutang negara sudah 407 billion. kalau di eropah sudah lama parti yg memerintah dihumban oleh rakyatnya. tapi di malaysia kita masih melihat muka-muka tak malu masih berlegar di "corridors of power". kita tidaklah mahu terjadi seperti di libya, tapi nampaknya rakyat negara ini amat bertimbangrasa terhadap pemimpin yg mereka pilih. pemimpin negara ini patut berterima kasih pada rakyat yg tak jemu-jemu mengundi mereka utk kembali berkuasa setiap kali pru.
maaf tuan aspan saya keluar tajuk, tapi saya amat gusar dgn masa depan anak saya jika kerajaan ini masih memerintah sepuluh tahun lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/national-debt-in-2010-at-rm407b-says-government-audit/

Wan Shamsudin said...

Salam;

Pemimpin Pemimpin UMNO dan BN tak pernah sedar bahwa mereka di perhatikan olih RAKYAT.Mereka patut INSAF dan SADAR.Mereka masih EGOIST dan BONGKAK, saperti MBNS...Mereka ingat mereka masih bolih tadbir sampai bila bila kot. Belajarlah dari pengalaman di Mesir, Tunisia dan LIBYA. apa dah jadi.Ramai Orang Orang UMNO jadi KURANG AJAR..Rakyat dah BOSAN dan MENYAMPAH.Jika DS Najib mahu kemenangan, maka TOLONG TUKAR SEMUANYA, termasuk ORANG DEKAT DGN BELIAU.

Setunggal said...

Orang Johor pastinya udah kapok sama Muhyiddin. Kerakusan semasa beliau MB Johor tidak akan dilupakan.

air mawang said...

Benar sperti yang AA katakan. Saya sendiri akan bertukar parti dalam peti undi kalau calun BN tidak kena pada hati saya.

Sebenarnya semua ajk bahagian di tempat saya tidak boleh dipercayai. Mereka semuanya kontraktor kelas F sahaj.

Anonymous said...

BN hanya boleh jatuh bila orang melayu berdikari.Memang malu kalau di banding kan orang melayu di Singapura yang boleh berdikari tanpa habuan kerajaan.justeru mempunyai minda yang positif yang membanggakan.
cam mana negara boleh progres bila majoriti orang melayu OKU?
umno bongkak sebab mereka tahu melayu bergantung kepada mereka dan tak boleh hidup tanpa habuan.
kalau melayu berdikari secara otomatik umno akan hilang dan kembali lah maruah melayu yang sudah hilang 30 tahun selepas ini.
BERDIKARI!BERDIKARI!BERDIKARI!