24 November 2011

Isu Royalty minyak : Muhyiddin cuba memulas tangan rakyat Kelantan

TS Muhyiddin Yassin berkata isu royalty minyak akan mudah di selesaikan jika PAS dan UMNO berada dalam satu pasukan. Moral politiknya ialah Muhyiddin sedang cuba mengumpan PAS untuk bersama UMNO dan bersatu bagi penyelesaian isu royalty minyak yang sedang di tuntut oleh kerajaan negeri Kelantan. Dengan ungkapan Muhyiddin ini ianya menjelaskan satu dua perkara kepada kita.

Pertamanya UMNO dan kerajaan persekutuan mengakui yang kerajaan negeri Kelantan ada hak ke atas royalty minyak seperti yang termaktub di dalam perjanjian yang ditanda tangani di antara pertronas dan rakyat negeri Kelantan pada bulan mei 1975 dahulu.

Keduanya sekarang kerajaan persekutuan mengakui yang hak itu boleh di perolehi jika PAS bersatu dengan UMNO dan isu itu diselesaikan setelah PAS bersama UMNO. Masalahnya perjanjian dalam perjanjian pada 27 hb Mei 1975 itu adalah di antara kerajaan dan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar PAS semasa itu iaitu Dato Mohamad Nasir.

Saya telah menulis secara detail dalam posting saya dua tahun yang lepas dan saudara masih boleh membacanya jika saudara mengambil sedikit usaha untuk mencarinya di dalam archive blog ini. Jika kita kaji dalam, kita akan mendapat pelajaran perbezaan pemimpin dahulu dan sekarang. Muhyiddin nampaknya hendak menggunakan royalty minyak untuk mendapatkan sokongan PAS untuk membantu UMNO dalam parti itu (UMNO) sedang terdesak yang amat sangat.

Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri tidak faham atau saja-saja tidak mahu faham yang perjanjian itu adalah di antara petronas dan rakyat Kelantan, bukannya di antara UMNO dengan PAS. Semasa perjanjian itu ditanda tangani kerajaan Kelantan semasa itu adalah kerajaan pimpinan PAS yang di ketuai oleh Dato Mohamad bin Nasir sebagai MBnya.

Minyak yang di keluarkan di persisiran pantai Kelantan itu adalah kepunyaan rakyat Kelantan, tidak kira mereka ahli PAS, UMNO, MCA atau parti mana-mana sekali pun. Jelas dalam perjanjian itu yang Kelantan berhak menerima 5 peratus dari harga FOB minyak tersebut dan di bayar secara tunai dua kali setahun.; iaitu pada bulan Mac dan bulan September setiap tahun. Ini sudah ditanda tangani.

Kenyataan Muhyiddin itu membayangkan yang beliau tidak menghormati semangat persekutuan seperti yang termaktub di dalam perjanjian persekutuan pada tahun 1948 dahulu.

Walaupun Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri elok kita ingatkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu itu wujud hanya pada tahun 1948 setelah negeri-negeri yang berdaulat termasuk Kelantan bersatu dengan negeri-negeri lain dalam satu persekutuan yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu dan selepas itu menjadi Persekutan Malaysia setelah Sabah dan Sarawak menjadi ahli-ahli baru kepada persekutuan itu.

Setiap negeri yang ada di dalam persekutuan ini adalah negeri-negeri yang berdaulat dan mempunyai Lagislatifnya sendiri. Kedaulatan negara Persekutuan Malaysia itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan itu.

Di Putrajaya itu bukannya kerajaan pusat seperti negara-negara unitary, sebaliknya di Putrajaya itu adalah kerajaan Persekutuan. Takkanlah perkara yang begitu asas ini pun tidak di fahami oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang sedang berusaha hendak menjadi PM dalam masa yang singkat ini.

Oleh kerana itu kerajaan persekutuan mesti menghormati rakyat negeri Kelantan yang berdaulat itu dan menghormati perjanjian pada Mei 1975 itu sebagai satu perjanjian dengan sebuah negeri dan rakyat yang berdaulat.

Kerajaan persekutuan tidak payah bersatu dengan PAS untuk memberikan royalty itu kerana perjanjian itu tidak kena mengena dengan PAS atau UMNO. Ianya perjanjian di antara petronas dengan rakyat Kelantan. Parti mana pun yang memerintah di Kelatan itu berhak untuk mendapatkan royalty seperti yang telah di tanda tangani itu.

Kalau party KITA yang memerintah negeri Kelantan rakyat Kelantan tetap berhak ke atas royalty minyak itu. Begitu juga kalau party UMNO, MCA, MIC atau parti Cinta Malaysia yang mentadbir negeri Kelantan rakyat Kelantan tetap berhak ke atas royalty minyak itu seperti yang termaktub di dalam perjanjian bulan Mei 1975 itu.

Tindakan Muhyiddin berkata-kata seperti ini menunjukan sifat UMNO itu sendiri. Muhyiddin seolah olah memberi tahu rakyat Kelantan, “Kamu ada duit royalty minyak. Kalau kamu mahukan wang royalty itu kamu mesti sokong UMNO atau bekerja sama dengan UMNO. Kalau tidak aku takkan bagi duit kau yang ada pada ku” Lain-lain perkataan Muhyidin sedang cuba untuk memulas tangan rakyat Kelantan untuk menyokong UMNO.

Tetapi rakyat Kelantan mempunyai maruah. Mereka tidak termakan dengan ugutan seperti itu. Mereka tahu hak mereka sedang di rampas oleh kerajaan persekutuan. Mereka juga tahu kerajaan persekutuan tidak menghormati kedaulatan rakyat Kelantan.

Mereka tahu kerajaan persekutuan telah merampas hak mereka. Untuk mendapatkan hak mereka itu mereka tahu caranya; iaitu menolak UMNO sebagai pemerintah kerajaan persekutuan. Waktu untuk melakukannya ialah semasa pilihanraya umum yang akan datang. Rakyat Kelantan tahu yang kerajaan persekutuan sedang memeras mereka dan mereka juga tahu yang usaha mereka itu akan berjaya jika di izin Tuhan.

Rakyat Kelantan juga tahu yang kerajaan persekutuan bersikap seperti sikap Malayan Union terhadap negeri-negeri Melayu dahulu. Kalau Malayan Union dulu adalah ciptaan Inggeris sikap ala Malayan Union terhadap Kelantan itu di lakukan oleh bangsanya sendiri. Itu sahaja perbezaannya.

Penarikan balek wang royalty minyak ini dimulakan oleh Dr Mahathir pada tahun 1999 dahulu apabila Terengganu jatuh ketangan PAS dan menggantikannya dengan wang ehsan yang dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Etika dan undang-undang tidak lagi dihormati dan sekarang ianya menjadi ikutan kepada pemimpin-pemimpin selepas beliau. Saya tidak nampak undang-undang boleh menyelesaikan isu ini kerana badan kehakiman sendiri boleh dibicarakan oleh UMNO sejak 1988 dahulu.

Hanya satu cara sahaja yang membolehkan isu ini dapat di selesaikan; iaitu dengan memberikan mandat untuk memerintah kepada pihak yang lain, dan waktunya sudah hampir tiba.

11 comments:

zain said...

AA

I have to admit that I really didn't know that Malaya was only formed in 1948. Before that there was no Malaya.

So it's perfectly a trith that he federal gov shud be respecting that states within the federation as sovereign states.

AA, please write articles of this kind as many do not know the spirit of the federation.

cheers AA

Anonymous said...

Like this post.....langsung tak ada ciri2 seorang pemimpin yang berwibawa, sebagai pemimpin yang berugama Islam, ciri kepimpinan Rasulullah itu wajar dicontohi..

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Ya, saudara Aspan dan pejuang sebaya dan sepengalaman, tolonglah mula bercerita tentang sejarah Malaya/Malaysia yang sebenarnya. Diharap/tentunya akan diteliti dan patut juga diteliti oleh pesejarah yang bertauliah untuk membetulkan sedikit sebanyak agar jadikan sejarah yang betul dan lebih obkektif.

Sejarah yang akan dijadikan subjek mandatori untuk mendapatkan kelulusan SPM telah diceritakan banyak diwarnakan dan mengikut telunjuk/perspektif/kepentingan UMNO dan tentu sekali ada kecacatan dalam banyak yang sengaja dilupakan dan banyak kelebihan dalam yang diperlebihkan.

Zaidi said...

Pak Aspan,
Bukankah UMNO itu bersumpah menjadi pembela kepada orang Melayu pada hari kejadiannya? Dengan itu apabila yang berkuasa di dalam UMNO mengambil bahagian2 orang Melayu di Kelantan kerana mereka itu tiada sependapat dengan fikiran UMNO, bukankah ini dinamakan melanggar sumpah. Sewajarnyalah ini dipanggil "Sumpahan orang minyak". UMNO jika disuluh nuraninya adalah cetusan murni orang Melayu untuk berdikari dan memimpin diri untuk tiada lagi tunduk kepada fikiran mereka yang menjajah. Tetapi yang tinggal hanyalah kulit sawo matangnya sedang akalnya itu sudah diselaputi duit. Kenapa terlalu membenci PAS? Jika UMNO menunaikan hak orang lain maka UMNO akan menang. Ini perkara betul dan mudah. Berubahlah UMNO.

burn said...

this "kelantan" issue will be a never ending story. as long as the "self interest" is in power, nothing will happened. many issues have been distorted for "bn umno" self interest. there are ofcourse the good, the bad and the ugly they have done. as time past, more and more ppl managed to see loopholes happenings, yet sadly, many still have a "deny syndrome" sickness since day one. can't blame any, since they were brought up in a more conservative minded and prefer to think one way rather than rationalize the whole thing. i would call that, a hollow thinker. the thinking, the wrongs is always right to them, and no matter how you gave them the right answer, they will always say and think the opposite. it is sad to see it happened. is it either because of political mileage and tactic, acting dumb, or just plain "stupidity". ppl should vote for freedom rather than vote for oppression. ppl should wake up, we do not need another "ayah" or "mak" to tell us the right and wrong. the country belongs to the people, not to a certain group of individuals. this is more to self interest, greed and control.

Anonymous said...

Tuhan telah tunjukan jalan sebenar, tak perlu menunggu mahkamah membuat keputusan bersabit dengan harta rakyat/negeri yang disamun. Sudahlah disamun, dipukul canang pula yang rakyat sesebuah negeri itu miskin kerana memilih ketua negeri yang salah. Tak ada perasaan malu ke mengambil hak rakyat/negeri yang hak. Tak ingat mati ke? Tak reti dosa dan pahala ke? Kalau macan inilah perangai TPM yang bercita-cita nak memerintah negara kita pakat-pakat fikirlah. Kedaifan raakyat/negeri yang serba kekurangan sejak lebih 2 dekad telah dinafikan hak oleh mereka yang gila kuasa rakus berbelanja dan memilih kuncu-kuncunya dalam menabur kemewahan dunia hingga menafikan hak yang berhak. Cuba tanya PM yang telah lalu, tak ada penyesalan ke keatas tindak tanduk yang mereka telah lakukan. Janganlah tunggu Allah membuat tayangan khusus yang terakhir kepada hambaNya baru nak insaf kerana pada masa itu telah terlambat. Sama-samalah kita fikir dan sebarkan perangai orang seperti ini yang terus hendak berkuasa. Kita kena ingat dengan menukat kerajaan yang dipimpin oleh umno hari ini bukan sahaja kita membebaskan anak negeri dari ditindas malah kita membebaskan negara dari pemerintahan kerajaan yang zalim yang ada pada hari ini.Allah akan tunjukkan kepandaian, kebodohan hambaNya pada bila-bila masa Dikehendaki.

Quiet Despair said...

Itu bukan memulas rakyat. Itu memujuk.
Tak salah kan? It's like a man asking a lady to marry him if she wants to lead a good life.
And most girls will go for that.
It is only logical if you want something, then be with that provider.
As it is Kelantan people don't have clean water.
Must they go forever with PAS and go on drinking untreated water.
Ah well, like they said it's in the water you drink.

Anonymous said...

Quiet Despair,
You got it wrong. Actually it's like a man asking a lady to marry him if she wants back the money that belongs to her. Oh, and one more thing, the water is dirtier in Pahang, Perak, Perlis (and Labuan), must the people in these states go forever with UMNO and go on drinking untreated water? Ah well, like they said it's in the water you drink. Ouch!

saji said...

QD

Masalah air bersih di Kelantan bila2 boleh diatasi dengan pemberian wang royaliti Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS.

Anonymous said...

Pak AA.

Isu royalti minyak Kelantan bukan sahaja hendak memulas rakyat Kelantan malahan semacam hendak "blackmail" pula.

Memujuk rakyat Kelantan macam nak memujuk wanita untuk berkahwin tidak boleh di pakai, lebih lagi kalau yang memakainya orang UMNO. Yang nak di pujuk bukan seorang wanita sahaja, tetapi pengundi/rakyat Kelantan yang dah lama cerdik dan sangat pandai menawan wanita untuk dijadikan isteri.

TPM hendak guna apa sahaja menjelang Pilihanraya Umum 13 untuk cuba memperdaya rakyat Kelantan beralih kepada UMNO. Bagi PAS dan rakyat Kelantan yang sudah lama celik hati dan celik akal tidak akan mudah terpedaya gula-gula TPM.

Lihat hasil Praya 13 nanti!!!.

Rakyat Kelantan.

mad said...

inilah tpm paling bangang dlm sejarah malaysia. or macam ni layak jadi ketua kampung jer. itulah umno