23 December 2011

Isa sepatutnya jadi peneroka dulu, baru jadi pengerusi koperasi.

FELDA tidak akan sama lagi seperti dahulu. Perpecahan yang nyata berlaku di FELDA, samada di kalangan peneroka dan pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan perbadanan yang tertua negara itu. Kalau dahulu Felda merupakan satu perbadanan yang terurus dengan agak baik tetapi sekarang oleh kerana wujud elemen pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan politik peribadi ke atas Felda ini maka unsur-unsur perpecahan dalam tanah rancangan ini sedang bertambah teruk dan menakutkan.

Felda sejak tertubuhnya adalah di bawah Kementerian Tanah dan Wilayah dan dengan tekun serta kerja tidak mengenal penat lelah oleh mereka yang bertanggungjawab maka Felda telah maju dan menjadi di antara perbadanan yang paling kaya samada dalam bentuk tunai dan asetnya.

Kalau perbadanan ini mula di tadbir oleh pelaksana yang jujur seperti Tan Sri Taib Andak perbadanan ini telah berkembang di bawah kelolaan Raja Tan Sri Alias Ali sehingga Felda terkenal di seluruh dunia sebagai tanah rancangan yang paling tersusun dan ditadbir dengan baik serta beretika di bawah pimpinan Raja Tan Sri Alias Raja Ali selama 3 dekad beliau berada di sana.

Politik tidak begitu masuk campur dalam hal Felda selama ini. Kalau ada pun politik di dalamnya ianya terbatas kepada mempastikan yang matlamat asal penubuhan Felda itu di capai mengikut kehendak dasar-dasar yang di kepilkan dengan penubuhannya itu. Kerjasama semua pihak, pengurusan dari ibu pejabat sehingga pejabat pentadbiran wilayah-wilayahnya sehinggalah kepada individu-individu peneroka serta pengorbanan mereka semua telah menjadikan Felda sebagai perbadan yang paling baik pentadbirannya.

Kebaikkan pentadbiran perbadanan ini tentulah di sebabkan perbadanan ini di ketuai oleh pelaksana yang sangat komited terhadap tanggungjawab yang di amanahkan oleh pimpinan Melayu negara. Komitmen Raja Tan Sri Alias dalam membina Felda sehingga sampai ketahap ini memang menjadi contoh kepada semua pihak.

Nama Raja Tan Sri Alias di Felda itu terpahat sehinggakan ism pelaksana dasar kerajaan ini tidak akan mudah dilupakan oleh pegawai dan kakitangan Felda serta peneroka keseluruhannya. Apabila Raja Tan Sri Alias bersara Felda masih utuh kerana ism dan sistem tadbiran di bawah Raja Tan Sri Alias itu sangat berkesan dan ‘follow through’ dengan sistem Raja TS Alias itu terus menjadi asas pembangunan Felda sehingga orang politik mengetuai Lembaga Pengarah perbadanan itu bernama Tan Sri Yusuf Nor.

Tan Sri Yusuf Nor tidak mencuba-cuba untuk menggali dan menganjak cara Raja TS Alias di dalam perbadanan itu maka tidak adalah masalah besar berlaku di bawah pengerusinya TS Yusuf Nor itu.

Felda telah begitu berjaya sehinggakan ada pihak yang begitu cair air liurnya kerana kekayaan perbadanan ini hasil dari penat jerih ratusan ribu peneroka yang berada di bawah paying Felda itu. Dengan senyap-senyap Felda dipandang oleh setengah pihak sebagai perbadan yang boleh di kudakan untuk kepentingan politik setengah pihak. Maka Felda telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dan duduk di bawah dagu Najib Tun Razak sejak beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah sekarang.

Sejak perpindahan Felda dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada pentadbiran Najib Razak inilah Felda mula di hinggapi penyakit yang berbagai-bagai. Sejak di bawah tadbiran Najib ini Felda telah menjadi tempat pelahap-pelahap negara mengambil kesempatan dan peneroka-peneroka rancangan tanah ini.

Sebelum ini peneroka dan rakyat tidak berapa menyedari apa yang telah dilakukan kepada mereka, Sekarang mereka telah celek dan mulalah anak-anak generasi Felda ini terutamanya mengambil langkah melakukan tentangan terhadap pihak berkuasa kerana tindakkan unilateral kerajaan persekutuan dalam menentukan corak Felda menghadapi masa depan yang kian mencabar.

Hasrat peneroka untuk Najib memberikan ummph yang lebih terhadap Felda nyata meleset. Najib mula memperbetulkan apa yang kurang betul tetapi beliau melakukan pembetulan itu dengan cara ibarat tikus membaiki labu. Penggubal dasar yang tidak tahu apa dan bertanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap peneroka-peneroka yang jumlahnya ratusan ribu keluarga itu.

Beberapa ketika dahulu selepas Felda di bawa ke bawah jabatan Najib, peneroka telah mempersoalkan wang ‘reserve’ Felda yang berjumlah RM4,08 billion telah mengecil sehingga menjadi RM200 juta. Sampai sekarang isu itu belum terjawab.

Sekarang timbul isu yang berlegar dikeliling Isa Samad, pengerusi baru Felda. Sekarang pengerusi Felda sedang berperang dengan peneroka dalam isu pengerusi koperasi Felda kerana Isa telah mengambil alih jawatan pengerusi koperasi Felda dari pengurus besar Felda Dato Zulkifli Wahab. Mengikut undang-undang koperasi itu, pengerusinya adalah secara automatik dipegang oleh pengurus besar Felda atau seorang peneroka yang setidak-tidaknya telah menjadi peneroka selama 2 tahun.

Kedua-dua syarat ini membuatkan Isa tidak layak menjadi pengerusinya .Isa hanya pengerusi Lembaga Jemaah Felda dan bukannya peneroka atau pun pengurus besar Felda. Kenapa undang-undang ini dilanggar. Kenapa tidak mengikut prosedure yang betul.

Kalaulah Isa hendak juga menjadi pengerusi koperasi itu, Isa sepatutnya memilih untuk menjadi peneroka dahulu. Isa sepatutnya masuklah ke tanah rancangan dan jadilah peneroka selama dua tahun dahulu dan apabila sudah cukup dua tahun jadi peneroka barulah Najib boleh lantik beliau menjadi pengerusi koperasi Felda itu. Isa boleh jadi peneroka di Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan ada dua wilayah Felda. Isa boleh pilih mana-mana rancangan tanah Felda di NS.

Isa boleh jadi peneroka di Pasoh satu hingga Pasoh empat. Atau pun Felda Serting atau pun Felda Palong. Cukup dua tahun Isa boleh bertanding menjadi pengerusi koperasi Felda. Ikut undang-undang kerana undang-undang itu di gubal oleh law-makers negara.

Isa mesti ingat, tugasnya hanyalah di peringkat Lembaga Pengarah sahaja. Tugas beliau ialah untuk menjadi penjaga dasar dan pelaksanaan Felda berjalan dengan betul, bukannya untuk membuat kekecuhan. Jangan bersikap sombong; hendak melutut orang itu dan orang sana. Jangan garang dan bisa mulut tak bertempat. Ingat kuasa rakyat kekal di negara ini. Kuasa ahli politik seperti beliau itu hanya sementara sahaja.

Hanya kita berharap tindakan peneroka mengambil tindakan mahkamah pada 4 hb Jan 2012 nanti akan memberikan penyelesaian terhadap isu ini. Isa mesti faham, kita hidup mesti ikut undang-undang. Kita mesti mentadbir dengan kepala, jangan mentadbir dengan kaki, menendang orang di mana-mana dia pergi.

Isa masih tidak belajar dari kesilapan dan kesalahan yang lalu.

21 comments:

kete tua said...

Isa ni tak berubah rubah dari dulu sampai kehari ini.

Macamlah tak ada orang lain dari Isa.

Tak apa, kita ketepikan Najib dan gerombalannya ini secara demokratik.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Kisah Ali Baba ada 40 penyamun.Kalau kisah BN, berapa ratus agaknya.Mungkin tahun 2020 cucu saya akan belajar sejarah M'sia kisah BN dengan 400 penyamun dan Mamak Murtad sebagai chiefnya.

Anonymous said...

Sdr. Aspan,
Satu ulasan yang amat tepat.
Wang rizab Felda yang begitu besar lenyap begitu sahaja. Pinjaman RM6 billion pun hilang entah kemana dan kini nak buat listing untuk 'unleash potential Felda' bermakna apa yang ada semua sudah tiada.
Masih buta kah kita semua kepada apa yang diperlakukan oleh pemimpin kita?
Pak Tua Bekas Kakitangan Felda.

Anonymous said...

This is a serious humor bro. I like it.

cheers

jamaludin, Temerloh said...

AA,,

Geli hati saya membaca komen sdr. Betul juga, jadilah peneroka dulu, baru layak.

He he he.

Wan Shamsudin said...

AA;

Isa dah teroka terlalu banyak tempat/tanah di Negri Sembilan....Dari Tanah HAK MELAYU jadi kepada tanah milik BUKAN MELAYU.Itu adalah kebijaksanaan ISA.
ISA terlalu istimewa buat DS Najib.Sama sama ada RAHSIA..CERITA TERSEMBUNYI.

Anonymous said...

FELDA SUDAH KERUGIAN RM$10 BILLION RINGGIT.

Kenapa rugi RM$10 Billion Ringgit, sebab Wang Reserved Felda RM$4.8 Billion dan pinjaman RM$6 Billion semua sudah habis di lahap oleh BN/UMNO.

Peneroka Felda akan menjadi hamba abdi BN/UMNO buat selama-lama nya, lebih teruk daripada keturunan hamba kulit hitam di Amerika.

Hutang kerugian RM$10 Billion ini akan membuat anak cicit peneroka Felda menjadi hamba BN/UMNO buat selama lama nya. Tak percaya, undilah BN/UMNO pada PTU13 nanti.

Quiet Despair said...

Menyesal saya bukan anak peneroka Felda. Kalau tak saya dah jadi jutawan.
Kaum bernasib baik. From other states but transplanted to a grouping where life can be bountiful.
Balaslah jasa kerajaan yang menjadikan you all anak emas.
Ini tak. Masih lagi ada yang dengar fitnah tentang kerajaan.
Ingatlah, kerajaan belanja berjuta untuk meninggikan taraf hidup kamu jika dibandingkan dengan orang kampung lain.

IbnAbdHalim said...

Saudara Aspan,

Yang boleh ajar pemimpin sedemikian hanyalah peserta Felda sendiri. Apa yang perlu dibuat ialah para peneroka harus disedarkan dari mimpi yang dibuai oleh UMNO selama ini. Pastikan UMNO angkat bungkus, insya Allah Felda akan berada dilandasannya semula.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Ma sha Allah! Terima kasih sekali lagi atas pembentangan sejarah FELDA yang cukup terperinci. Teruskan! Jom kita bersama menyelongkar lagi segala macam kemungkaran mereka yang zalim ini sekarang.

Tepat sekali: tak payahlah nak kata nak patuh undang-undang FELDA tu, undang-undang tertinggi lagi terkeramat negara (istilah mereka), Perlembagaan Malaysia, pun boleh diceroboh ... Inilah hasil didikan Mahathir selama 22 tahun jadi PM! Betul tak? Justeru, tidak airanlah seandainya institusi diraja yang begitu berdaulat pun boleh dikurangkan legitimasinya hanya kerana sedikit masalah komunikasi, inikan pula campurtangan politik melantik yang tak berhak langsung jadi ketua tertinggi perbadanan pertanian negara! Jelas sekali, kepimpinan yang ada sudah tak kenal halal haram, semuanya mau kasi hantam ... Janji wang boleh kasi genggam ... Sekaligus, merobekkan lagi imej negara di mata dunia yang dahulunya mendakwa negara Islam contoh.

Oleh itu, sayugia benar saudara-saudari peneroka FELDA sekalian bersatu memerangi golongan yang sengaja menjahilkan diri ini agar setidak-tidaknya aset kalian selamat, di samping generasi mendatang terjamin hidupnya. Kalau kalah sekalipun melalui proses perundangan yang sah, undang-undang-Nya pasti memihak kita, insha Allah. Kesimpulannya, maaflah kalau saya katakan, sebagai peringatan, suka benar saya petik ucapan seorang ahli keluarga Fir'aun yang beriman sepertimana yang dikisahkan dalam Surah Ghafir (atau dikenali juga dengan nama Surah Al-Mu'min [J24/30,S40/114,A39/85]), mafhumnya:

"Wahai kaumku, (beringatlah) bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan sementara, dan sesungguhnya negeri (kehidupan) Akhirat itu adalah yang lebih kekal (abadi, selama-lamanya)."

Menutup bicara ini, sekalung tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara, dan jangan lupa untuk menapis yang kurang wajar terhadap ulasan saya ini.

Terima kasih dan semoga bertemu lagi.

albert magic said...

tuan aspan,

dalam pemilihan pucuk pimpinan parti umno isa tak ikut undang undang inikan pula dalam felda.najib, takkan kau butakan mata dan pekakkan telinga aje, ada lah belas kasihan sedikit terhadap peneroka

Anonymous said...

Hiss...makin pendek makin jahat si Isa nie..

Anonymous said...

Dato
Penjenayah dan sah perasuah yang sepatutnya didalam penjara berkeliran berkuasa dan memperkosa.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih di atas penyiaran ulasan saya yang sekian banyak, dan maaf sekali lagi kerana menghantar ulasan kedua untuk tajuk yang sama. Antara lain, saya ingin memperbetulkan indeks rujukan saya pada bahagian akhir ulasan tersebut. Ayat yang saya maksudkan ialah ayat yang ke-39, bukan ayat 40.

OK, berbalik kepada kisah FELDA yang kini seperti hendak dilenyapkan: inilah yang boleh kita istilahkan bagaikan anjing terliur melihat tulang. Mana tidak? Sepatutnya, mereka yang di atas tu hari ini, termasuk Najib, anakanda Allahyarham Tun Abdul Razak, menghargai jasa Allahyarham ayahandanya yang benar-benar mahu membangunkan masyarakat Melayu Bumiputera. Sudah tentu, FELDA ini merupakan antara cetusan idea beliau, atau, paling tidak, pentadbiran beliau. Namun, sayang ... Inilah lemahnya ideologi "secularism", "capitalism", dan entah apa macam punya fahaman yang tak berpaksi ini. Kalau Najib ni boleh dengan angkuhnya meminta semua phak mematuhi Perlembagaan, kenapa dia pula sibuk nak campurtangan urusan FELDA yang juga punya kitab undang-undangnya yang tersendiri? Sebab itulah, saya berani mengatakan, alang-alang undang-undang keramat yang mereka junjung pun boleh dipinda ikut suka, inikan pula yang lain-lain, kan? Juga, dia tentu arif siapa Isa Samad tu, bekas MB Negeri Sembilan yang dah banyak terpalit "scandel" ... Tapi, masih suruh rampas hak peneroka ... Apa namanya ni?

Oleh itu, jom kita perangi mereka habis-habisan agar negara tercinta kita ini akhirnya dalam pemeliharaan-Nya sentiasa, dengan apa juga strategi. Mari kita paksa mereka pencen, keana umur persaraan pun dah dekat nak sampai ... Bagi peluanglah pulak orang lain naik takhta, K? Akhir kata, jangan lupa untuk menapis mana-mana yang kurang wajar yang mungkin disebabkan keterlanjuran emosi; tetapi, mana-mana yang patut tu, siarkanlah, agar suatu hari nanti, mereka pun akan maklum, OKU penglihatan seperti kami ni pun dah meluat dengan trillionan janji manis mereka kepada kami.

Terima kasih.

BlogInMalaysia.com said...

Blog tuan mempunyai pandangan yang patut dikongsikan.

Blog tuan didalam senarai blog content di BlogInMalaysia.com

Sedikit komen: Bukan yg nak buat artikel dan komen sepatutnya jadi "PENEROKA" jugak ?? hehe

Tq.

Aspan Alias said...

Saudara Unknown,
saya berterima ksih di atas sokongan sdr tehadap blog saya ini dan saya perhatikan yg saudara ada seorang yang serius dan cekal.

Saudara adalah sebaris dengan pengomen seperti nick, saji, orang miskin mersing, Red Alfa serta ramai yg lain-lain lagi.

Kita bersama-samalah memberikan pandangan yang jujur. Jangan seperti setengah yg lain, hanya setakat memberi komen secara loyar buruk sahaja.

T Kasih sdr Unknown dan yang lain-lain.

"Ilham Pemikir" said...

Salam Tn. Aspan dan semua,

1) Kehilangan aset-aset berharga FELDA sama seperti kehilangan Tanah-tanah Rezab Melayu, Anak-anak Syarikat Pusat dan Negeri di bawah tunjangan UMNO. Ianya terhakis dalam skala besar.
2) Satu demi satu anak-anak syarikat FELDA yang dibina dan dijaga dengan baik sekian lama telah diberikan penguasaan kepada pihak asing. Ambil contoh FELDA Installation dan FELDA Angkut di Pelabuhan Klang. Aset ratusan juta ini telah berpindah tangan ke pihak Asing sehinggakan tidak terdapat pengurusan tertinggi MELAYU di tempat2 tersebut yang kononnya bernama FELDA-IFFCO. Yang ada pekerja Melayu menjadi Pak Tungguk, pemandu lori, operator kilang dan kelas bawahan. Apakah kini, kita hendak marahkan Cina yang menjadi MD di kilang FELDA ini. Salah siapa kalau bukan Ketuanan Melayu UMNO?

3) Petanda jelas di atas ini juga akan berlaku ke atas UMNO. Samada disedari ataupun tidak bahawa UMNO akan kehilangan Rakyat dan Kuasa di negara ini. Tidak kira berapa tahun lagi dan yang jelas bahawa waktunya begitu hampir untuk UMNO dikalahkan samada secara aman atau sebaliknya.

4) Disebabkan majoriti di dalam UMNO tiada jati diri, bermakna nama UMNO/BN itu sendiri akan menjadi lagenda seperti mahsuri. Bukankah ini hasilnya Ketuanan Melayu UMNO?

5) Tiadak siapa yang harus dipersalahkan kecuali pemimpin2 Melayu dan Mamak sekular, jahil agama dan yang amat korup bermula dari manusia bernama Mahathir Mohamed Kutty. Inilah punca kerosakan Umat Melayu. Mereka2 ini adalah Melayu/Mamak tegar yang menzalimi peradaban, mentaliti, kuasa, ekonomi, harta dan upaya Rakyat berbangsa MELAYU. Inilah realiti yang berlaku dimuka bumi bernama Malaysia.
FAKTA :-
"Apabila Pemerintah dipersada kehancuran,
Undang-Undang menjadi bahan mainan,
Penguatkuasa sebagai alat kezaliman,
Rakyat dijadikan sasaran,
Berlakulah perubahan Kerajaan".
"Ilham Pemikir"

Lok1 said...

This is the last vestige of Malay assets and if by now the peneroka2 still don't realise Najib's intend then all will be lost n we won't have anymore Malay assets to be proud of,the whole country has been on wholesale to Foreign Economic Assasins,Allah please protect the poor Malay and Malaysian that has had up to the neck been burden by debts that the Najib's cronies will unload upon your hapless hamba,Amin

Anonymous said...

The Felda farmers break their backs to till their land to being productive. This Isa guy wants to implement slash and burn to the Felda scheme!

Anonymous said...

QD.. yg mentesal agaknya bapak ko beranakkan ko bodoh ngalah lembu

Anonymous said...

@QD..

jika anak emas..kenapa umno/bn senyapkan kehilangan rizab 4.8billion?anak emas kah kalo pinjaman 6billion tapi hasilnya xnmpak?

analoginya jika seorg pemaen bola menjadi anak emas kepada jurulatih..jurulatih itu akan berhabis keringat bagi mendidik pemaen tersebut sehingga berjaya...tetapi adekah UBN bertindak sedemikian rupa dengan kehilangan 10bill?

generasi kedua felda sudah pandai mengira untung rugi syarikat..jangan memperlekehkan mereka lagi..uBN patut sedar itu...