01 January 2012

Siapa yang pengkhianat? Introspeksi betul-betul.

Isu saya yang dispekulasikan akan menyertai DAP membuatkan pihak tertentu marah-marah dan yang marah-marah itu seorang dua memang saya kenali. Saya tidak bercadang untuk menjawab dan melayani mereka ini kerana seperti yang saya katakan mereka ini masih bercabang kencingnya dan belum lagi kenal yang mana satu tangan kanan untuk menyuap nasi dan yang mana satu tangan kiri untuk beristinja’.

Bagi pihak yang mengkritik saya ini, mereka tidak ada isu untuk membahaskan apa yang telah saya perkatakan selama ini: tentang apa yang terlalu kurang dalam UMNO. Mereka ini belum pun pandai menyebut nama UMNO itu tetapi bercakap mempertahankan UMNO itu seolah-olah mereka telah lama mengenali UMNO dan perjuangannya.

Saya ini kononnya bangkrap politik dan telah menjadi barang ‘reject’. Kalau lah betul apa yang dikatakan terhadap diri saya itu saya hairan kenapa isu ini diperbesarkan sedangkan saya ini adalah barang ‘ reject’ dan bangkrap politik.

Saya ingin menyatakan dengan terang dan jelas. Yang telah bangkrap ialah UMNO dan yang sedang di ‘reject’ ialah UMNO dan keseluruhan sekutunya. Mereka yang kononnya pejuang ini harus berfikir bukankah UMNO hanya tinggal 56 kerusi sahaja di Semenanjung dan 13 kerusi sahaja di Sabah. Jumlahnya hanya 69 semuanya. UMNO telah kalah dalam banyak kerusi dan akan kalah banyak lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Siapa yang kena ‘reject’ ini? Kalau UMNO kena ‘reject’ tentulah ada sebabnya. Orang seperti saya bukan suka-suka hendak ‘reject’ UMNO tetapi oleh kerana keadaan yang membuatkan UMNO itu terpaksa di ‘reject’. Saya perhatikan pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokongnya yang membela membabi buta ini hanya mahu mendengar apa yang mereka hendak dengar sahaja.

Segala hujjah kami tidak pernah dibahaskan dengan cara baik, sebaliknya melakukan ‘name calling’ yang tidak berbudaya dan beradab dengan bahasa yang sangat hina dan membosankan. Oleh kerana mereka tidak mampu memberikan perbahasan yang baik mereka terpaksa menyerang orang seperti saya dengan kata-kata nista. Membina budaya kotor merupakan satu kejayaan besar UMNO.

Sesungguhnya apabila seseorang yang berbahas dalam hal politik itu menggunakan bahasa kasar dan ‘name calling’ seperti yang kita dengar sekarang, secara automatik parti dukungan mereka akan di ‘reject’ oleh rakyat kerana cara itu merupakan ‘self defeating’ bagi mereka sendiri. Menggunakan perungkapan kotor itu bukan bahasa dan adab Melayu. bagaimana nak kita katakan UMNO itu pejuang Melayu sedangkan bahasa dan budayanya pun bukan budaya dan bahasa seorang Melayu.

Menyertai mana-mana parti adalah perkara biasa yang berlaku dalam sistem demokrasi. Menyertai DAP yang begitu telus itu bukannya pengkhianat seperti yang dilabelkan kepada saya dan Ariff. Untuk pengetahuan mereka yang masih lembut ubun-ubun ini, menggunakan wang rakyat yang berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anak itu adalah pengkhianat negara. Menyalahgunakan wang pinjaman mudah untuk memelihara lembu untuk negara itu adalah pengkhianat. Wang yang mudah didapati kerana pengaruh menteri itu telah di gunakan untuk membeli kondo mewah di Kuala Lumpur dan Singapura adalah kerja khianat kepada negara.

Pemimpin-pemimpin yang telah diberi gaji oleh rakyat tetapi masih mencari wang tambahan melalui rasuah itu adalah pengkhianat negara Sesiapa yang menyokong pengkhianat ini adalah dua kali ganda pengkhianatannya kepada negara.

Menggunakan wang zakat jika tidak termasuk dalam asnaf yang lapan itu adalah pengkhianat. Membawa wang ke luar negara yang berjumlah 1 trillion ringgit itu adalah pengkhianat negara. Membeli kelengkapan pertahanan dengan menambah harga belian untuk rasuah itu adalah pengkhianat yang tidak ada tolok bandingnya.

Memecah belahkan rakyat itu juga pengkhianat. Rakyat sekarang mahukan perpaduan tetapi berpadu di luar UMNO dan kalau ada usaha untuk memecah belahkan rakyat yang mahukan perpaduan itu adalah pengkhianat.

Kalau DAP itu parti haram macam PKM, bolehlah mereka yang menyertainya sebagai pengkhianat. Tetapi DAP adalah parti halal. Kalau saya mengambil keputusan untuk menyertai parti itu, kenapa dianggap pengkhianat? Bukankah DAP adalah satu parti yang berdisiplin dan jelas ketelusannya. Bukankah rakyat selama ini marah kepada UMNO kerana tidak ada ketelusan. Apa sahaja yang dilakukannya oleh pemimpin UMNO mesti ada ufti untuk pemimpinnya. Itu adalah pengkhianat kerana memakan wang rakyat secara rasuah.

Kita mesti ingat, agama kita kata sesiapa yang makan rasuah itu serupalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Itu sebabnya saya tidak berhenti-henti menulis pasal rasuah ini. Rasuah bukan isu kecil. Banyak negara di mana kepimpinannya jatuh kerana rasuah. Rakyat mereka sayangkan harta benda mereka dan tidak berkompromi dengan rasuah ini. Itulah sebabnya parti LDP Jepun tumpas di tangan rakyat setelah berkuasa selama 5 dekad kerana rasuah dan rasuah di Jepun itu adalah kecil jika dibandingkan rasuah di sini.

Jika rakyat masih boleh menerima perasuah sebagai pemimpin kita maka kita telah berkonspirasi dengan perasuah dan berdosa besar. Itu pendirian saya. Dosa yang sedang saya tanggung pun tidak terkira, takkanlah nak tambah lagi dengan dosa yang sama seperti memakan daging saudara kita sendiri itu lagi.

Sesiapa yang mengkritik saya secara semborono itu, adalah mereka yang merelakan negaranya di runtuhkan oleh mereka yang di sokong mereka. Mereka menilai upah yang mereka terima dari pihak yang ingin mempertahankan kejahatan mereka dari menjaga masa depan negaranya.

69 comments:

Anonymous said...

Salam.. Tuan,belum tentu kalau PKR,DAP atau PAS mentadbir nnti tidak ada rasuah.Tiada istilah telus dan bersih bagi saya dalam politik.Bila kedudukan kita di atas,asalkan bergelar manusia pasti hati tidak lari dari menggunakan peluang atau kesempatan demi keuntungan diri sndiri.Yang utamanya bagi hamba,Melayu harus bersatu..tak kira apa parti yang didukung..

MARTOIRIAT said...

Salam Pak Aspan..

Kepada Anon diatas 04;14:00 GMT+08:00

Memang melayu harus bersatu tapi bukan bersatu dengan pemimpin parti melayu UMNO yang perasuah dan pengkhianat kepada negara. Melayu bukan berpecah tapi meninggalkan UMNO dan bersatu di luar UMNO. Apakah hanya menyokong UMNO tanda melayu bersatu? Itu hanya dongeng politik pemimpin2 UMNO yang tak ubah di zaman jakun dan Pak Pandir.
Tidak perlu kita banggakan lagi dengan melayu UMNO.. kerosakkan pemimpin melayu UMNO tidak dapat diubah kerana mereka tidak ingin berubah, bermula dari kepala hingga kebawah.. persis ikan jika kepala sudah busuk nescaya badan dan ekornya turut sama busuk..lihatlah rasuah sana sini, dari atas sehingga keperingkat cawangan...mengajak melayu bersatu demi perpaduan tapi melayu bawahan dipinggir dan dibiarkan melarat dan daif. Akhirnya melayu atasan dan kroni yang senang lenang..

Kepada Pak Aspan.. Jika DAP menjadi wadah dan platform terbaik untuk Pak Aspan.. teruskan..Struggle must go on... Negara kita adalah hak kita, negara kita adalah negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Kita bebas memilih apa parti pun asalkan perjuangan kita telus dan ikhlas untuk semua bangsa.Tak ada manusia yang boleh menghalang Pak Aspan. Saya tetap menyokong Pak Aspan di alam maya..

nick said...

Pak and anon 4:14,

Unification of the Malays is always a good thing and if we really look at the positive side of ABU, it can be the catalyst that will unite the Malays against all that is bad and all things treasonous that have been using the Malay as a shield against exposure and prosecution.

As I understand it, ABU does not make preference which party or opposition we the Malay choose, rather it pushes us to make a SIMPLE choice: uphold the law and stand up for everything that's good and lawful OR do we let ourselves be a slave to tyrannical injustice and worse, a willing accomplice to the piracy and looting of the nation's wealth? And more to the point, ABU does not require us to make a subjective evaluation because for a simple fact and it was clearly shown during the recent PAU, UMNO is beyond redemption and IT will destroy this nation, NOT IF BUT EVENTUALLY and we will be the victim of that catastrophe!

Lastly, for me, ABU only signals our desires to be rid of corruption, "money politics", abuse of power (injustice) and unlawful use of the law and constitution to protect the guilty and the criminal WITHOUT the need for us to be a member of a particular political party. ABU just need us to be united against evil and against those who are evil and that's the beauty of ABU. It about the rakyat and not about the opposition. It's about standing up for justice and rejecting crime and corruption. Literally it's GOOD versus EVIl and at this point of time UMNO has shown itself to be the evil one! It's not a multiple choice question but rather a "yes or no" problem to be solved! And it's we who decide which is the answer and to which group we belong to: goodness or treachery? ABU or UMNO? Muslims or Hypocrite? Malaysian or traitors? Citizen or PATI with illegal citizenship? Ordinary Malay or pirate? Working and paying tax Malaysian or cronies and lackeys?

Nick.

Anonymous said...

Tok Pan,
Motivasi pagi paling cool 'ABU'.
Tuan nak joint yang lain tu saya ucapkan selamat berjuang dalam demokrasi yang TERPIMPIN.
-He3...-sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

Anonymous said...

Tuan.......apa yang ditulis itu memang benar dan bagi mereka yang kritik itu masih dalam mimpi bahawa UMNO menjaga kepentingan rakyat dan kekayaan negara. Yang dijaga adalah adalah kroni-kroni mereka, pecah-belah rakyat malaysia, salah guna kuasa untuk menjaga kaki rasuah mereka dan banyak lagi. UMNO kehilangan arah tuju sejak mereka di era Tun M.......sejak itu bermulalah UMNO berpecah kepada dua iaitu UMNO Baru dan Semangat 46, mula terjadi perpecahan kaum, rasuah kroni ditubuhkan, salah guna kuasa, pembelian kad pengenalan kepada rakyat asing dan lain-lain yang tak habis lagi nak dikata lagi

Putih Hijau said...

Bro...pekara ni dah dibuktikan bila PR memerintah negeri...ader x dengar pemimpin PR rasuah di Kelantan, P.P, Selangor, Kedah dan Perak (sebelum dirampas dgn cara x beretika) mmg la mereka bukan maksum tapi sekurang-kurangnya bagi peluang org lain memerintah pulak...klu kita rase mereka buat perkara yg sama gak kita tukar balik...itulah baru dikatakan DEMOKRASI tulen x gitu tuan A.A...

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Alhamdulillah! Syabas dan tahniah serta selamat tahun baru kepada kalian, khasnya saudara. Semoga kita sekalian, insha Allah, tergolong antara mujahidin walau tanpa senjata.

Memang elok sangat-la tu ... Jangan kita layan puak-puak dajjal ini ... Buang masa aja. Sebab itulah sya juga berani berkata, kalau hendak disenaraikan, terlalu banyak pengkhianatan mereka. Itu belum cerita akan pengabaian mereka terhadap nasib OKU dan fakir miskin. Bayangkan, kedapatan sesetengah di antara kami, EPC mereka juga telah dipotong tak tentu fasal. Sudahlah dengan dha'if lagi kekurangan, sukar pula untuk cari kerja, kini ditambah tekanan sebegini ... Mana tak? Betul sangat, puncanya tak lain, kerana para YB tu sendiri yang dah papa kedana lantas peras staff bawahan hingga berjaya merompak dan menyamun, kan?

Oleh itu, gunakanlah hak saudara sepenuhnya menyertai mana-mana jemaah yang halal di sisi undang-undang dan agama. Malah, saya juga berani kata, kalau benar DAP tu parti perkauman, tak mungkin India dan Melayu pun join, macam MCA tu, ya tak? Dengan keadaan semasa, ayuh kita sekalian tumbangkan mahligai kekuasaan kefir'aunan dan kenamrudan mereka ini agar menjadi iktibar kepada generasi kita mendatang. Selamat berjaya, dan jangan lupa untuk tapis apa juga ketdakwajaran ulasan saya.

Terima kasih, selamat tahun baru dan selamat berjuang.

Anonymous said...

Wah kalau berpahaman bahawa semua org yg naik akan berasuah maka tak payah la kita berbuat apa- apa lagi dah. Ini lah permahaman mudah dan kolot. Bagi sesiapa pun yg bercita- cita utk melawan rasuah adalah sudah cukup alasanya utk menumbangkan ummo kerana umno bagaikan tiada kesungguhan utk menangani rasuah. Soal pihak yg naik kemungkinan utk rasuah juga adalah soal kedua utk difikirkan. Kerana bila tiba masa utk memilih kerajaan yg baru kita akan memilih org yg terlebih baik dari dahulunya.

Anonymous said...

dear sir,
how can u be a traitor to your own race when u try to free them from mental slavery,injected to them by u know who for the past thirty odd years.

thru your humble blog and sakmongkol blog,u guys are beginning to free their mind from being influenced to work to benefit a group of peoples.

u guys are doing a noble job which will benefit the country and all Malaysians,especially Malays who already lost their self-esteem due to mental slavery.

i salute u and keep up the good work.

kehoe

Anonymous said...

Anon 1 January 2012 04:14:00 GMT+08:00:

"Yang utamanya bagi hamba,Melayu harus bersatu..tak kira apa parti yang didukung..:

Selalu saya lihat pernyataan ini dilontarkan, dan sehingga kini saya tidak pernah mendapat sebarang jawapan. Tak kiralah jawapan itu logik, tetapi biasanya tidak ada sebarang respons daripada pihak yang mengeluarkan pernyataan ini.

Soalan saya - Kenapa perlu bersatu? Bersatu melawan apa? Apa faktor utamanya yand penting dan perlu agar orang Melayu bersatu padu?

Dahulunya rakyat Tanah Melayu, masing-masing bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Sekarang, tiada penjajah lagi? Apa yang perlu kita lawan?

Kaum Melayu merupakan kaum majoriti terbesar. Agama Islam termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kebanyakan MP adalah Melayu. Jika dilihat dari aspek ini, kaum majoriti lain bolehlah kita faham kalau mereka berasa takut dan perlu bersatu untuk memelihara budaya mereka, Tetapi peliknya ini tidak berlaku pun.

Ini disebabkan zaman sekarang sudah terdapat banyak aliran pemikiran politik . Bukan semua orang Cina menyokong MCA, ada yang menyokong DAP atau PKR atau berkecuali. Adakah mereke tertindas dengan teruk (secara relatif)? Orang Melayu pun sebenarnya tidak pernah bersatu - ada yang menyokong PAS dan PKR. Adakah orang Melayu terancam?

Sebaliknya kalau kita lihat, jika semua orang bersatu di bawah satu aliran politik yang sama, parti itu akan menjadi alpa dan leka. Contohnya UMNO. Mereka tidak dapat berkembang atau menerima idea baru, kerana ini dikira menentang atau "tidak bersatu" dengan mereka.

Akhir kata, kepada mereka yang selalu melaung-laung "Melayu perlu bersatu", renung-renungkanlah. Bersatu untuk apa? Kalau bersatu untuk melawan benda-benda macam rasuah tak apa, Kalau bersatu untuk politik, kita melihat banyak contoh dalam sejarah bagaimana parti itu akhirnya menjad alpa dan leka dengan kuasa.

Anonymous said...

Salam tahun baru 2011 Sdr. AA.
Terus maju Pak demi kesejahteraan bersama.

Sudah jelas dan terang selama 54 tahun UMNO/BN menyamun harta rakyat, menzalimi sesama manusia, menyalah guna kuasa,menggadai ketuanan Melayu semata-mata untuk kepentingan peribadi pemimpin UMNO/BN.

Kalau ini semua tidak membuka mata dan minda orang Melayu khsusnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus memilih UMNO/BN untuk mencengkam kuasa, maka sungguh malang bangsa Melayu/rakyat Malaysia dengan hanya terus berpegang kepada slogan "Melayu terus bersatu".

Melayu bersatu bagaimana dan untuk apa? Jawapannya sudah boleh dilihat sejak 54 tahun lalu,banyak sangat pencemaran yang telah dilakukan oleh "Melayu UMNO"

Tuan AA, tahun-tahun kehadapan jangan sesekali "Melayu UMNO" terus memperkosa Bangsa Malaysia dan kemanusiaan sejagat.

Jawapannya sudah tentu ABU dalam PRU 13.

Anonymous said...

Betul tu, belum tentu tapi kalau UMNO dibenarkan memerintah dah tentu rasuah tu berterusan.It's the tax payer money my dear & only ABU will save the country.

Anonymous said...

Memanglah kita tak boleh jangka 100% apa yang akan berlaku jika Malaysia mendapat kerajaan baru. Tetapi jika apa yang kita nampak sekarang tidak betul - berjuta dan berbilion disalahgunakan - wajib bagi kita berhijrah ke premis baru. Ramai yang cuba membaiki BN dari dalam, tapi tak berhasil.

`Melayu harus bersatu' ini satu slogan yang telah dimanipulasi untuk kepentingan segelintir masyarakat, bukan untuk orang Melayu umumnya. Jika anda menjenguk pondok-pondok Melayu di sebalik lebuh raya yang gah-gah, anda akan jijik dengan slogan tersebut

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya setuju dgn saudara Aspan Alias dan pendirian saudara yang sangat jelas. Bagi komen yang pertama, saya cadangkan kita perlu ada sedikit optimism bahawa tidak semua parti atau pemimpin mesti korup. Ini tanggungjawab semua. Setidaknya kita perlu ada sistem yang menyukarkan korupsi berlaku. Saya bersetuju yang melayu perlu bersatu, muslim perlu bersatu dan rakyat malaysia perlu bersatu, tetapi mestilah ada dasar kesatuan yang baik, yang mantap dan lebih penting sekali yang diredhai Allah.

Anonymous said...

salam! sdr Aspan jgn risau.Mai berhijrah ke PR. Saya antara rakyat yg bayar cukai. Saya bayar cukai jalan, saya bayar tol, beli MC Donal ada cukai.
beli gulapun dh ada cukai. Naik eskelator pun kita bayar. dia potong dlm bentuk harga barangan di Pasaraya Besar. Orang meniaga tentu nak untung kan??.
So, mana pi duit kami tu. Kerajaan yg dipilih tak bijak urus ekonomi.
Saya teringat, kerajaan S'pura sediakan 49 bilion untuk berhadapan dgn kegawatan ekonomi di suatu ketika dulu.
Kita?
Contohnya, tepung cap sauh sebelum Pak Lah naik harga minyak sepaket RM 1.25. Minyak naik harga pun naik. Minyak turun sikit harga dia tetap macam tu.

Aduhai pemimpinku! mai lah jenguk ada rakyat kamu yg kais pagi makan pagi.Kais ptg belum tentu dapat makan esok.
tk. mak wa.

Anonymous said...

Antara ciri2 dan kata2 org2 umno yang hipokrit.

1.Kita melayu perlu bersatu tak kira apa2 parti tapi sebenarnya dia tak pernah pun undi parti melayu lain, dan lebih terok dia akan suroh melayu undi mca dan mic dari mengundi parti melayu lain. Inilah hipokrit orang umno konon nya kuat semangat melayu nya.

2. Negara ini cina dan kristian nak ambil.Kita tanya tukang2 sorak umno yang tak boleh fikir ni katakan ia nya betol dan apa umno buat selama 54 tahun. MB melayu, DO melayu kakitangan awam melayu, menteri penting semua melayu dan kita cakap memang betol lah tu cina nak ambil. Sebab umno gagal sudah semestilah kita kena ganti umno dengan parti melayu lain.

rajan said...

Mr. aspan,
I have been reading your blog all along and find your opinion to be fair and just.
Just join DAP and do justice to the country.
Let BARKING DOGS BARK,the caravan moves on to a better malaysia.
Eventually Bigdog will be brought to justice for his moronic writings

amin said...

Kepada si 'ANONYMOUS' yang berkata, "belum tentu dibawah pakatan tidak akan ada rasuah", saya hanya boleh membalas dengan mengatakan kepadanya, katakan lah dia dapat zuriat dan anak itu cacat. Adakah dia akan berhenti daripada 'buat' anak dengan alasan bahawa anak yang bakal lahir juga akan cacat? Nasihat saya kepada dia adalah, kita sudah beri peluang selama 54 tahun kepada UMNO. Adakah menjadi salah kalau kita beri 5 tahun kepada pakatan. Bukan kah kuasa menukar kerajaan ada di tangan RAKYAT. Rakyat yang senang dimanipulasi oleh pemerintah seperti UMNO adalah rakyat YANG KURANG BERILMU, MUDAH TERPENGARUH DENGAN UTUSAN MELOYA, TV 1 HINGGA 9 DAN ASTRO JUA. KALAU PAKATAN PERINTAH BN JADI PEMBANGKAN DAN SEBAGAI PEMERINTAH SELAMA 54 TAHUN MEREKA AKAN JADI PEMBANGKANG YANG HEBAT DAN TIDAK MEMUNGKINKAN PAKATAN MERASUAH DAN MEROGOL NEGARA MALAYSIA INI. TA PERCAYA - CUBA DAN UBAH.

zawawi man said...

Aspan Alias,

You can't be wrong by joining DAP and you can't be the right person to remain in UMNO.

You are just like me bro....ABU

sabarudin hasan, Batu Pahat said...

Saudara Aspan, buat pertama kai saya membaca blog saudara semalam.

Saya tahu saya akan membaca tulisan saudara terus sampai pilihanraya.

Saya tabik saudara kerana mempunyaipandangan di luar kotak dan perpendirian tegas.

Ya, rasuah besar negara ini harus dihapuskan melalui pilihanraya nanti.

Tkasih

JinChrist said...

Tuan Aspan,
DAP itu terutama DAP Penang berteraskan ciri2 dan value universal termasuk ISLAM walaupun bukan parti Islam. Pentadbirannya terbukti walaupun tak sempurna. Akan tetapi mana ada yang sempurna dunia.

Saya masih ingat, Tunku Abdul Rahman pernah berceramah berkerusi roda atas Pentas DAP, mengalir airmata suatu ketika dulu di Jelutong. Ketika itu saya masih kecik, tidak faham tentang perasaan Tunku krtika itu akan tetapi saya tahu sekarang. Tunku sedih tentang nasib negara dan rakyat sebab pemimpin setan telah mengambil alih tampuk pemerintahan...Lihatlah keadaan Malaysia sekarang ini.. Aku turut sedih.
Semoga Tuhan melaknati pemimpim pemimpin Setan sekarang. Selamatkan rakyat. nota

IbnAbdHalim said...

Salam saudara Aspan,

Saya berasa lega membaca jawapan saudara kepada para pengkritik saudara. Jawapan saudara begitu pedas sekali tapi malang mereka bukanlah manusia yang boleh terima apa yang saudara luahkan. Mungkin mereka juga terlibat sama menelan rezeki haram seperti pemimpin mereka yang membuat hati mereka keras.

Selamat Berjuang!

matsom said...

Salam Pak Aspan:
Bantu rakyat yang tak tahu banyak cerita, secara menyenaraikan penyalahgunaan kuasa oleh menteri, timbalan menteri, penjawat awam dari segi projek dan perbuatan:
contoh Mahathir selamatkan Mokhzani, bagaimana, berapa kos kepada negara.
Dengan cara ini, rakyat akan maklum apa sebenarnya yang berlaku dan penyelewengan yang dibuat atas nama UMNO atau orang Melayu, tetapi yang untungnya adalah pengkhianat ini.

Anonymous said...

Salam,

Malaysia definitely needs more pejuang like you. Pejuang who will do good by correcting all the wrongs that are happening in our beloved country. I am very sure there are many many other pejuang in our country, but they need to be heard and counted. Therefore, I am appealing for these pejuang to come out and do what you have been doing. Please continue to speak out and rest be assured that you, Saudara Aspan has all the support from almost all malaysian. Malaysians love you for what you are doing, to make Malaysia, the greatest place to live and die in this whole wide world. God bless you.

Anonymous said...

Tuan,

What really takes the cake ialah mereka itu tidak tahu merasa malu. Mereka boleh kata 'this is nothing you should have seen the other guy!'.

Jika pun Umno jatuh, institusi kita iaitu polis , mahkamah dan civil service dah kian lama sudah dirosakkan oleh Umno dan mungkin memerlukan lebih daripada satu generasi untuk dipulihkan. Baru baru ini Muhammad Safwan Anang dan rakan rakannya dari U Sultan Idris telah dibelasah oleh polis dan peguam mereka tidak dibenarkan menjumpa mereka. Polis dan MACC serupa anjing serangan Umno.

Keadaan ini akan bertambah lebih teruk jika Umno terus berkuasa dan pegawai pegawai veteran bersara. Pegawai generasi baru would not know the public service spirit and integrity of the services before mahathir.

Anonymous said...

kalau lah kita membantu pencuri mencuri,kita juga bersekutu dengan pencuri,kalau lah kita membantu perasuah untuk terus berkuasa supaya dapat meneruskan kerja rasuah,kita juga bersekutu dengan perasuah...tepuk dada tanya selera..

Anonymous said...

Salam Aspan, ini ada tulisan terrbaik yang saya pernah baca drpd saudara. Saudara pilihlah mana2 parti dalam PR sebagai platform prejuangan saudara kerana PAS, PKR & DAP ternyata lebih baik drpd mana2 parti komponen BN.

Tiada salahnya sekiranya saudara dan Dato' Ariff memilih DAP. Sekurang2nya dapat menambahkan representasi melayu didalam DAP, parti yang selama ini dilihat sebagai berjuang untuk kaum cina sahaja.

Selamat berjuang... Asalkan bukan UMNO/BN.

Pok Li

Anonymous said...

SDra AA,
Pedulikan mereka yang tak setuju dan mengkritik sdra memasuki DAP. Puak2 ni otak mereka dah diasah secukup2nya oleh mesin propaganda UMNO selama lebih 50 tahun bahawa DAP tu parti cina chauvinis yang hanya memperjuangkan hak2 kaum cina dan nak menghapuskan institusi raja2.Taraf pemikiran puak2 ni level SPM gred 3 aja atau pun lulusan SRP. Macam Allahyarham Zakaria Deros yang tak boleh berhujah dengan fakta tapi penuh emosi dan maki hamun!! Puak2 ni kerana kelulusan tak cukup,no merit at all, bergantung kepada UMNO sebagai sumber cari makan.Teruskan agenda sdra. The system is already rotten to the core. SElamatkan Malaysia!!

Anonymous said...

Sdr AA,

Kalau sebenarnya sdr barang 'reject' dan 'politically bankrupt', yang dia orang begitu sibuk, susah hati sehingga tak lelap tidur dan memaki hamun kenapa.

Tentu ada sesuatu yang istimewa, berharga dan berpengaruh pada diri sdr. Atau sememangnya mereka takut pada bayang-bayang

Orang N9

Anonymous said...

As salam,Sdr Aspan, saya menhormati apa juga keputasan sdr, kerana pd PRU 12 saya mengundi pembangkang. PRU 13 saya akan mengundi parti yg sama. Pendapat sdr dan Raja Petra sama tentang UMNO. Baca New Strait Time and Mingguan Malaysia.Kalau pemimpin UMNO tak ubah perangai, Malaysia akan mundur dan Melayu akan dtg tak tahu kemana pergi.

Anonymous said...

Pak Aspan,
Kalau masuk DAP kita boleh ABU semua, so let go and masuk DAP atau apa Party pun sekali, janji ada ABU.

Second thing, BN/UMNO memang jneis binatang yang mesti kita lenyapkan di PRU 13 ini dengan peluru meriam ABU - Kaboom BN/UMNO is gone with JDAM ABU.

I am together with all our folks and kins are going to ABU come GE13 - ABU.

Apandi bin Mashod said...

Salam sejahtera dan hormat selalu Bro ,

Begitu lah kaseh sayang dan rasa cinta saudara kepada Negara Malaysia...kalau lah semua pemimpin dalam umno baru ini seperti saudara , atuk rasa tiada yang akan berani nak mengubahnya....tetapi malan seribu kali malang...pemimpin2 umno sekarang sejak dari zaman mahathir , saorang doktor gile kuasa dan harta, semuanya itu telah berubah daripada yang memperjuangkan agama bangsa dan negara kepada memperjuangakan harta , kuasa dan diri sendiri serta keluarga.
atuk bimbang kerna jika kita tidak membendung segala perbuatan bejat mereka dari sekarang...lambat laun anakcucu kita yang akan menanggung keroasakan yang ada dalam negara ini.
Bermula dengan rasuah dan berakhir dengan anakcucu kita memperdangangkan diri untuk sesuap nasi....ini dapat kita hayati dan pelajari daripada negara2 yang asia yang rasuahnya telah menjadi darah daging dan perkara biasa dalam penghidupan mereka sehariannya....contoh Indonesia,filipina dan thailand.....atuk pun tidak mahu anakcucu atuk besok akan melakukan itu semua kerana mahu mencari sesuap nasi.
Berjuanglah kita bersama tanpa mengira bangsa dan agama demi negara tercinta. Berlaku adil kepada rakyat jelata dan memartabakan bahasa dan budaya melayu kearah yang lebeh mulia dan berjaya....selamat berjuang dan selamat tahun baru 2012 untuk Tuan aspan Alias sekeluarga.

TheMoLe said...

Masuk je DAP, takyah dengar tohmahan pihak yang sedang tenat. Berani kerana benar pak ya...

Anonymous said...

Salam Pak AA..

selamat tahun baru Pak...may dis 2012 bring us light to change our future..

saya rasa pas aspan kene berterima kasih pada utusan atau bigdogs sikit la..kerana secara tak lansung org2 yg xtahu hujung pangkal cerita mencari blog pak aspan..

saya berdoa atas tindakan blogger mewar2kan berita pak aspan wants to joint dap memberi tamparan kepada BN khasnya umno. setiap tulisan pak aspan dilihat mampu mencerahkan serba sedikit hati dan akal penyokong tegar umno jgn mempercayai parti yg mereka dokongi kini...

untuk apa berjuang diperingkat bawahan sedangkan atasan dengan tanpa segan silu merompak kekayaan atas perjuangan kalian di bawah..
Melayu perlu bersatu atas nama Malaysia di bawah ABU..

hook o crook...ABU

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,
Memang sukar nak mengubah sikap yang telah menjadi budaya dan darah daging umat melayu ni. Orang melayu ni pegilah kemana-mana kalau kata mereka makan babi, marahnya mengila tapi pekara2 haram yang lain tu entah macammana tak terletak hukum baginya. Lagi satu melayu ni mudah sangat merasa 'terhutang budi di bawa mati' yang ini susah kita nak 'tackle'ni. Saya rasa Sdr Aspan dan Sdr Arif patut turun padang lebih kerap, kalau dulu Sdr Arif cakap kerajaan sekarang dia perlu bercakap berlawanan-(yang benar).Itu pun tujuan kita sebenarnya nak membetulkan perkara yang tak betul.Bagi pencacai umno yang masih dok kutuk perkara yang di perkatakan biarlah dia, kita berdoa agar Allah S.B.W membuka minda mereka agar memikir umat sekeliling bukan umat umno saja, Kalau umno selama ni membuat perkara yang benar tak kan orang melayu semakin miskin, rakyat Malaysia semakin merasa susah hidup. Hidup kita pada hari ini bukanlah banyak sangat dipengaruhi oleh ekonomi dunia kerana rakyat biasa macam kita ni makan, minum biasa saja, sekali dua sehari. Yang mereka cakap pasal ekonomi dunia kat kita macam ni buat apa? Yang menjadi huruhara ekonomi pasal mereka membeli peralatan senjata, macam nak perang esok lusa, buat projek lembu macam nak suruh lembu berak emas,berbelanja anakbini macam hiduptak mati2,nak tunjuk gaya walaupun hakikatnya kita tak mampu. Dah tu rompak rakyat. Kita duduk tung-tang2 ni hanya kita beberapa kerat saja yang sedar... Harap2 Sdr Aspan dan Sdr Arif turun2lah padang....myi

le mami said...

Sdr Aspan,

Congratulations, and may the new year and the years ahead be better for you and what you stand for.

Looking at the responses here, I would love to see more UMNO bloggers (thank you, Big Dog) criticise the exercise of your constitutional rights (freedom of association).


I wish you all the best and hope to some day call you 'YB'.

Scrooge

Anonymous said...

You both are not a political bankrupt but Big Dog yes. Big Dog will admire you if u say something good about Mahathir. But can you do that? You can't isn't it?

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Kpd komen no.1:Minda macam awak ni lah yg akan menghancurkan masa depan generasi akan dtg.Rakyat yg bayar gaji pemerintah dan rakyat juga ada hak utk menyingkir mereka jika tak boleh buat kerja dgn baik. Memang tiada kerajaan didunia ini yang 0 rasuah tapi BN memang dah terlalu teruk,telan duit macam negara ni datuk mereka punya.Tukar kpd pemerintah yg lain adalah utk selamatkan negara ni dari terus dibaham oleh buaya2 lapar dlm BN.Beri peluang pada parti lain dan kita boleh tukar lagi jika mereka gagal.

Lagi banyak parti lagi bagus utk parti2 bersaing dan rakyat yg akan dpt yg terbaik.Kalau 1 party je cam negara komunis pulak.Buat masa ni BN tidak lagi berkemampuan memimpin negara kearah yg lebih baik.BN sedang berlumba-lumba mengumpul harta utk 7 keturunan mereka.

Dan lihat shj kpd pemimpim2 pelapis BN yang sedia ada kita boleh membuat prognosis negara ini menuju kehancuran.

Anonymous said...

Syabas Tuan Aspan keputusan tuan sangat baik dan tepat sekali.Kalau UMNO tu dah tak bolih diselamatkan lagi dari sifat kedurjanaan apa jadahnya kita terus berada didalam.UMNO hanya dapat diubahkan jika ia jatuh tersembam dan pemimpin-pemimpin mereka hiruk pikuk lari ke luar negara demi menyelamatkan diri dan harta benda hasil perbuatan rasuah mereka dari cengkaman undang undang.Yang dilaungkan selama ini Hidup Melayu tu hidup durjana mereka lah.Pedulikan penulis-penulis blog jenis pecacai yang telah melacurkan fikiran mereka kerana fulus haram.Saya pun UMNO jugak dulu tapi dah rimas sekarang.Salam tabik Tuan Aspan semoga berjaya perjuangan tuan menegakkan keadilan dan kebenaran UNTUK RAKYAT DAN NEGARA SEPERTI YANG DITUNTUT ISLAM.MASUK DAP TU BUKAN BERERTI MASUK CINA INI FIKIRAN TOK NADUK DULU.

kamen rider black~ said...

salam bro Aspan....

saya ada berkenalan dgn seorg mahasiswi yg pro-umno di sebuah website chess...pd beliau, negara kita ini spt sebuah kereta, dan hanya umno sahajalah pomen yg berpengalaman utk memperbaikinya sekira kereta tersebut (which, in the first place, pada saya..umno la yg merosakkan kereta tersebut)

saya memberi perumpamaan yg negara adalah spt bank, pm dan kroni adalah menager dan staff bank dan kita rakyat adalah pendeposit..sekiranya kita tahu org yg menjadi manager dan staff bank adalah perompak..adakah kita yakin wang kita akan selamat...

beliau setuju dgn pandangan saya tetapi beliau tetap berpegang dgn pandangan umno lah satu2nya savior org melayu...

saya memberikan url blog bro aspan dan juga dato' SAK... harap2 ALLAH beri hidayah kepada mahasiswi tersebut agar terbuka mata hati beliau.. insya ALLAH..

Orang Miskin Mersing said...

PAk Aspan,

Selamat tahun baru 2012.
Semoga sihat walafiat dan sejahtera sentiasa.
Seronok baca komen-komen, overwhelming responses. makin meriah blog Pak Aspan, ramai follower baru.
Pak Aspan boleh la hantar kepada Anjing Besar cenderahati kerana buat promotion free.
Bila Pak Aspan dan Datuk Sak dah confirm join DAP, saya pun nak keluar UMNO dan join DAP Mersing!

Ethnic Chinese Bystander said...

Let me share my fantasy with everyone.

One day after Parliament is dissolved.

Tuan Aspan and Sak Mongkol confirm membership in DAP.

DAP secretary generalship is offered to and accepted by Ku Li.

BN, the party is over...

Anonymous said...

anon 04:14

so, UMNO saja la yg boleh menyatu padukan org melayu?. Tak sedar2 lagi ke? Biar semua lingkup baru, baru nak berubah?...

Anonymous said...

Bro Aspan,

"Minyak Dan air tak bisa bercampur".... yg berintegriti mcm tn mana boleh berjuang sekali dgn 'mereka' yg majority yg tiada nilai integriti. Sbb tu tuan di panggil brg reject dlm perspektif 'mereka'. Sebaliknya, dlm perspektif kita pula, 'mereka' nilah brg 'reject' yg sebenar,, tak gitu tuan?

"lham Pemikir" said...

Salam TN Aspan dan semua,

Ada 2 iktibar yang dapat saya ambil membuka lembaran malam tahun baru 2012.

Satu iktibar baik dari pihak Pakatan Rakyat dan satu iktibar buruk dari UMNO/BN.
1. Pertama kali di Dataran Shah Alam sejak 54 tahun UMNO memerintah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya memerlukan 3 tahun memerintah, menjulang syiar Islam dengan mengumandangkan laungan takbir dan Asma'ul Husna tepat detik 12 tengah malam. Ini kebijakan Pakatan Rakyat sehingga puluhan ribu rakyat dan ramai artis amat merasai kelainan dan kebaikannya. Di Perak, Muslimin dan muslihat PAS membuat kerja amal dengan mengedarkan risalah bagi menyedarkan pelaku maksiat terhadap kemurkaan Allah dimerata tempat awam. Terfikirkan kita kebaikan di antara 2 Kerajaan ini? Manakah yang lebih disukai?

2. Mahasiswa/siswa yang berkumpul di dalam keadaan aman di UPSI berakhir dengan tragis dengan kedatangan Polis/SB/FRU. Sehinggakan ada pemimpin mahasiswa cedera parah dibelasah. Tidakkah AUKU ini melibatkan UMNO/BN? Program pembaziran bunga api dan hiburan tahun demi tahun malam tahun baru dikepalai oleh UMNO/BN. Tidakkah ini memberi impak mudarat akan memperbanyakkan anak-anak luar nikah, pemabuk, penagih tegar ke arah menjadikan rakyat terutamanya kaum Melayu semakin bodoh, melarat, keparat, penakut, jumud dan akhirnya menjadi bangsa yang tidak bertamadun?

Pakatan Rakyat mahu melakukan perubahan dan amat malang buat UMNO/BN berada di takuk pemikiran penjajah.

Kalau kedua di atas menjadi iktibar dan pemula tahun 2012, Kerajaan manakah yang akan kita pilih?

Jawapannya tentulah ABU bukan?

"Ilham Pemikir"

"Ilham Pemikir" said...

Salam Tn. Aspan dan semua,

Menjelas pengamatan saya sebelum ini mengenai 2 iktibar yang berlaku diawal tahun baru 2012. Apabila memikirkannya, saya yakin dan Insya'allah ianya mempunyai hubung kait, impak dan implikasi besar ke atas landskap politik negara di hari mendatang.

Apabila pertolongn Allah itu tiba, ianya berlaku berlaku diluar pemikiran, perancangan dan kekuasaan manusia. Tetapi tanda2 dan iktibar awal, pasti ditunjukkan Allah pada hambanya.

Saya mengambil iktibar baik dan buruk yang berlaku pada malam tahun baru sebagaimana dinukil sebelum ini adalah seperti berikut :-

1) Lambang mahasiswa/siswi yang dianiaya diUPSI adalah lambang golongan pendidik anak2 muda yang berpemikiran sebagai teraju kebangkitan kebenaran yang akan menjatuhkan UMNO/BN.

2) Manakala lambang laungan takbir dan Asma'ul-Husna yang bergema di atas bumi negara ini pada detik awal tahun baru, menandakan Kerajaan PR akan memerintah negara ini.

Sama-samalah berdoa selain ingkatkan usaha ke arah penggantian Kerajaan yang adil.
PRU13-ABU
"Ilham Pemikir"

how said...

bro aspan,

happy new year.

i heard that you are going to join DAP and i congratulate you if you do so together with sak. if you are really pick by DAp as a candidate, i will give you my support by sponsoring banners or things that you need.

being in the opposition camp is not easy and i am here to support those who against the current corrupted top the core government who will bring the country to bankruptcy and leave no future to our children.

let's all of us try our very best to change and provide a better future for our children

god bless

sincerely
how

Ontahsaponamo said...

Assalamu'alaikum, Tuan Aspan dan juga kepada semua rakan-rakan pengunjung sekalian.

Agak terkejut juga jika benar seperti dikhabarkan bahawa tuan akan menyertai DAP. Apa pun saya melihatnya sebagai satu anjakkan paradigma yang besar keatas perjuang tuan.

Memang payah/sukar untuk meninggalkan sesuatu yang mempunyai nilai sentimental dalam diri kita yang selama ini telah kita sayangi, yang telah kita curahkan segala kesetiaan dan tempat untuk kita mengharapkan agar kita ditadbir urus dengan amanah dan dengan penuh kebajikan untuk memakmurkan kita sebagai rakyat jelata yang mengharapkan pembelaan dari pemerintah yang telah kita amanahkan,,,, tetapi apakan daya ianya seperti mengharapkan bulan jatuh keriba.

Apa pun, selamat maju jaya kepada Tuan Aspan, sebagai rakyat jelata yang sedang terhimpit dengan tekanan hidup dan kesukaran untuk mencari sara hidup maka marilah kita bersama-sama berdoa dan meningkatkan usaha ke arah penggantian Kerajaan yang adil lagi bijaksana. Insyaallah

chempaka said...

Selamat menempuh 2012 saudara AA. Menyertai DAP mungkin bukan satu tindakan yang mudah untuk diputuskan oleh sama ada sdra mahupun Datop' Sak. Bagi saya jika itu yang tebaik sebagai landasan perjuangan yang selari dengan prinsip sdra, teruskanlah sahaja tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Tak perlu didengari suara-suara daripada pemikiran sempit dan penuh hasad dengki. Perbezaan pendapat bukan berdosa dalam berpolitik

Aspan Alias said...

how,
where are you lah bro? i owe you teh tarik. let me know when and where. Please revert to me for that appointment. The earlier the better.

salihin, kucing said...

Bro Aspan,

I knew from the start that you are going to be in DAP. I also knew that was not an easy thing to do.

But at last your guts supersedes your worries and there yo are....you have acted very courageously and you have all my admiration.

congratulations bro...you are a man!

Ismail hashim, Johor Bharu said...

Saudara ku Aspan,

Apa yang sangat saya suka saudara tidak senang untuk melatah dalam apa situasi sekarang. Saudara tenang walaupun di kritik keras oleh beberapa blogger pro UMNO dan media perdana. Rata-rata saudara mendapat pujian kerana membuat keputusan yang begitu decisive dan di luar prameter pemikiran orang yang terperangkap dengan metos yang UMNO itu adalah segala-galanya.

Saya hanya mengucapkan syabas kerana keberanian saudara dan jangan sekali-kali memberikan reaksi kepada pengkritik anda dengan menggunakan bahasa yang menjelekan.

kelembutan saudara tetapi tegas itu membawa orang Melayu ke paradim baru untuk kepentingan semua kaum khususnya orang Melayu.

Syabash saudara.

fuad said...

AA,

Sebenarnya orang Melayu tertunggu-tunggu Melayu berani. Oleh kerana AA dan Sak yang berani maka saudara berdua kenalah pikul tanggungjawab ini dengan tenang dan baik sdr.

Saya menyokong dan jika saudara diberi peluang bertanding sebagaimana yang di spekulasi itu, saya memberikan sokongan. Saya ada 3 undi di Seremban.

Ahmad Syafiq said...

And so the Malay barrier to DAP has been torn down like the Berlin Wall little by little. Tahniah pakcik Aspan dan Datuk Sakmongkol AK-47. Wadah perjuangan saya adalah dalam PAS, tapi saya tiada masalah untuk bekerja dengan mana-mana pihak yang sealiran dalam sesuatu isu, and it applies to DAP people as well, which I'm sure we have plenty in common.

pisangmalaysia said...

Salam tuan AA,
Tahniah atas penghijrahan ini. ABU...semua akan disokong oleh anak-anak muda. Kami sudah muak dengan ameno.Membonsaikan pemikiran bangsa sendiri, memperlekehkan tuntutan agama. Perlukah anak-anak muda bersabar lagi?Jawapannya dalam PRU13 nanti, satu pengajaran kepada mereka yang zalim.

Ethnic Chinese Bystander said...

Lapuran Free Malaysia Today:

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/02/najibs-ex-info-chief-joins-dap/

"Both Ariff and Aspan are not alone. There are increasing speculations of shifts within and out of Umno."

Tengku (Ku Li), apa tunggu lagi? Time for your rendezvous with destiny. You country needs you - your hands are tied by BN.

brian said...

Bro,

This afternoon I read Big dog's article on you and Ariff.

How much is he paid for that bro?

It must be a lot as he is big and fat.

rajan said...

Mr. Aspan,
If you contest the ge13 under any PR parties, rest assured that the ceylonese people in N9 will be by you.
Im not flattering you but i mean what i say.

Malaysian said...

Tuan Aspan Alias

If you do join DAP I want to congratulate you. Malaysia badly need Malay leaders like you and Sakmongkol. Whenever you run for office please do let us know. I will take few days off to campaign for you.

Salam

Anonymous said...

Tahniah kepada Tuan yang sudah sedar diri. Dulu saya berjanji takkan lawati laman blog saudara lagi kerana tidak menyiarkan komen saya gara2 kritikan keras saya pada artikel tuan setahun yang lalu yang saya fikir Tuan adalah pro BN dan Apno. sekarang saya tabik Tuan kerana meletakkan kepentingan negara lebih penting dari kepentingan penyamun dan lanun-lanun Apno.

Anonymous said...

Tuan,

bertanding di Rasahlah. Saya mengundi di Parlimen Rasah.

ajai

along said...

Abang Aspan,

Bopuluh tahun UMNO kojokan abang. Topat sokali abang masuk DAP tu.

Isa bunuh abang, abu zahar bunuh abang dan sumo eh bunh abang.

Podulikan UMNO ni bang.

burn said...

glad to hear that you're in "dap". i do not hadap a single cent supporting "dap", yet, i am happy with their true commitments since day one. may you bring all races together as one.

salam...

Anonymous said...

salam! jika benar dan sudah tekad, PR mengalu-alukan sdr Aspan berhijrah.
Sdr boleh berperanan buat komen, keritik dan apa-apapun untuk kita mencermin kat mana yg kurang. Jika koyak, ditampal. Jika jalan raya berlubang, diturap.
Sepanjang saya mengikuti penulisan sdr. saya telah belajar mengenali politik. Umpama membaca teks. Syabas!!!.
Jom kita hasut rakyat (berfakta) tolak kerajaan sekarang. mai kita cuba pula berkerajaan PR. Pemimpin depa dah janji macam-macam.
Jika cakap tak serupa bikin, bila cukup tempoh PRU klita tukar kerjaan lagi. Ambil contoh negara Thailand, Filipina, Indonesia (sekadar memberi beberapa contoh).
Amerika pun dah banyak kali tukar Presiden.
Tk. Mak wa

Unggal said...

Syabas tn.Hj. satu pendirian yg tepat dan jitu.

Amat malang mereka2 yg ada 'voting rights' tapi tidak mempergunakannya sebaik munkin. Munkin selama ini mereka mengharapkan 'imbuhan' jika terus menerus mengundi UMNO khasnya atau mereka juga seperti lembu2 yg ditarik hidung atau munkin dah dapat imbuhan yg banyak. Tahniah diatas penghianatan mereka. Mereka lupa 'Wama 'Itiqaduka..' bila mereka didlm kubur nanti..!!.

Tahniah dan Salam perjuangan dari saya.

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Saya tabik dan hormat pada tuan berani menongkah arus.Masuk parti mana2 tu perkara biasa yang penting niat kita.Kalau masuk Dap ni kenalah berhati waja kerana fikiran orang Melayu ni dah didoktrinkan oleh media bahawa parti Cina.Tuan mungkin telah memikirkannya dengan mendalam.Kalau tuan bertanding di Seremban atau mana2 kawasan di Negeri Sembilan insya Allah saya akan turun untuk membantu tuan.

Ethnic Chinese Bystander said...

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/03/dap-to-sacrifice-seats-for-malay-candidates/

If this is true, Parliament 2012 will have more Malay MPs than Paliament 2008.

Bahazin said...

Salam Aspan,

Lambat sangat kau ni. Aku dah tinggalkan umno 12 tahun dulu !

Anonymous said...

Diԁ you know that Phen375 proviԁes so much more than your
common diеtаry tablet. You need to come
up ωith a diet plan thаt can
keep уou eating thе proper volume of
calories each day. Neхt to shedԁing wеight,
here are аԁditional еffects essentiаl
to Phen375 fat burnjer like еffectivenеss of proԁuct, genеral
sаfеtу andd many more.

Ηаѵe a lοok аt myy wеbρagе :
: best weight loss