27 May 2012

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan

Betulkah pandangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan  ialah kata-kata Mahathir yang jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula? Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena  terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan disalahfahamkan.

Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru-hara negara ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.

Saya mempunyai keyakinan tinggi yang Mahathir sedang begitu panik dengan pergerakan perubahan yang sedang berlaku dalam minda rakyat termasuk minda orang Melayu. Yang pastinya Mahathir tidak mahu seboleh-bolehnya melihat UMNO ciptaan beliau kecundang di hadapan mata beliau semasa beliau masih hidup. Kalau dinilai dari sudut mana pun, mahu tidak mahu Mahathir merupakan orang yang ‘accountable’ terhadap kekeruhan politik negara kini.

Kecelaruan politik negara tidak akan menjadi begini buruk dalam sekelip mata dan tidak adil jika Mahathir dan konco-konconya meletakkan semua kesalahan kepada kelemahan Abdullah Badawi sahaja. Malahan naiknya Abdullah Badawi itu adalah kerana kesalahan Mahathir sendiri kerana Mahathir sememangnya mahukan Abdullah menjadi PM kerana beliau menyangkakan Abdullah boleh beliau pengaruhi dalam pentadbirannya.

Apabila Abdullah tidak mahu mendewakan beliau semasa menjadi PM maka Mahathir merasakan bahawa Abdullah telah mengecewakan beliau kerana tidak menurut kehendak dan kemahuan peribadinya. Maka Abdullahlah yang menjadi kain buruk dan tidak elok kepada Mahathir sampai ke hari ini. Sememangnya Abdullah tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi PM tetapi kehendak Mahathirlah yang menjadikan beliau (Abdullah) menjadi PM yang dianggap oleh Mahathir sendiri sebagai PM yang tidak berguna.

Mahathir begitu berjaya melaksanakan pemerintahan ‘pecah dan perintah’ selama ini kerana dengan ‘pecah dan perintah’ itu boleh menyematkan kuasa yang beliau genggam itu. Dengan pemerintahan secara ini beliau telah berjaya mendapatkan kehendak peribadi beliau, iaitu untuk menjadi kuat berseorangan dan yang lain-lain di kelilingnya hanya kumpulan ‘yes men’ yang menawarkan peranan untuk menjadi pahlawan untuk mempertahankan beliau (Mahathir).

Mahathir terlalu ‘obsess’ untuk menjadi orang kuat berseorangan ini kerana beliau memerlukan pembodek-pembodek di sekeliling beliau untuk menjaga kehendaknya sehinggakan beliau seolah-olah menjadi maharaja yang dikelilingi oleh mereka yang buta hati tanpa memikirkan ‘consequence’ perlakuan ini terhadap masa depan politik, rakyat dan negara.

Mahathir gagal untuk menjadi seorang ‘statesman’ tetapi hanya sekadar seorang ‘warlord’ politik semata-mata. Beliau tidak akan lagi berjaya untuk diakui sebagai negarawan sampai bila-bila. Kata-kata dan tindakan beliau membuktikan bahawa beliaulah yang dalam kegusaran jika PR memerintah seolah-olah beliau mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika PR memerintah.

Kata-kata ugutan beliau itu sama sekali tidak mempunyai kredibiliti dengan menuduh huru-raya yang akan berlaku jika PR kalah. Sebaliknya petanda awal menunjukkan UMNOlah yang akan menghuru-harakan keadaan jika PR menang. Di mana-mana pihak PR mengadakan perhimpunan untuk berceramah khususnya yang dilakukan oleh PKR, samseng-samseng UMNO mengganggu sehinggakan berlaku kecederaan kepada yang hadir seperti yang berlaku tiga hari yang lepas di Lembah Pantai.

Ceramah Anwar Ibrahim diganggu oleh samseng upahan UMNO dengan membaling batu serta telor ke arah penceramah dan yang hadir sehinggakan mencederakan beberapa orang yang berada di situ. Banyak pihak berpendapat bahawa Mahathir amat takut jika Anwar menjadi PM selepas pilihanraya yang akan datang kerana sebab-sebab yang semua pihak tahu.

Mahathir mahukan kepimpinan hari ini untuk terus memerintah walaupun beliau sendiri mengakui bahawa UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Beliau jika mengakui yang tinggal dalam UMNO hanyalah yang kurang pandai (bodoh) kerana yang pandai sudah masuk PAS, yang bijak menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP.

Itulah sebabnya Mahathir mahukan UMNO masih memerintah kerana pada beliau yang tidak pandai (bodoh) sahaja boleh membela beliau sehingga ke akhir hayat beliau.

Kepada rakyat yang ramai-ramai yang telah mengambil keputusan untuk melakukan perubahan teruskan usaha itu dengan tatacara yang baik. Sampai sahaja PRU undi sahaja mana-mana calon dalam PR kerana bak kata Mahathir yang pandai, yang bijak dan yang pintar sememangnya berada di dalam Pakatan Rakyat.

Mahathir amat takut PR akan mampu membuktikan pentadbiran negara yang lebih baik di bawah PR jika PR memerintah Putrajaya, kerana bukti yang akan ditunjukkan oleh PR itu akan membuatkan UMNO baru ini tidak boleh bangun lagi sampai bila-bila.

Sampai ke hari ini Mahathir serta pemimpin UMNO yang lain tidak mengeluarkan kenyataan tentang budaya samseng yang sedang berkembang di dalam UMNO pada masa ini.

Saudara, segala yang berlaku pada hari ini menunjukkan bahawa UMNO itu memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Hanya rakyat terpaksa memilih di antara dua pilihan: untuk bersama dengan parti yang akan hilang kuasa atau dengan pihak yang mengambilalih dan akan melakukan segala usaha untuk membentuk kerajaan yang menghormati undang-undang, tidak rasuah, dan mempunyai aras ‘governance’ yang tinggi serta beretika. Jika Pakatan Rakyat memerintah, sudah pasti budaya samseng akan tiada lagi dan sesiapa boleh berpolitik secara selamat dan aman damai.

Sementara menanti kejayaan itu, penyokong-penyokon PR jangan sekali-kali melatah. Gunakan pemikiran yang bernas dan jangan sekali-kali menggunakan ‘buku lima’ atau pun batu-batu dan kekasaran terhadap mereka.

Seperti kita melayani orang yang hendak meninggal, kita mesti hormat kepada tubuh yang akan berpisah dengan nyawanya. Apabila tiada lagi orang itu, aman damailah hendaknya kita. tentu rakyat akan merasakan nikmat hidup dengan aman damai di bawah naungan kerajaan yang baru.

Kita buktikan bahawa pihak PR tidak melakukan apa yang Mahathir pernah lakukan dan itu pun sebabnya kita berjuang untuk menunjukkan kelainan memerintah jika tidak menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan kita.

Formula kita mudah sahaja: jangan jadikan Mahathir sebagai contoh dan ikutan. Selamat kita, Insya-Allah.

36 comments:

Anonymous said...

Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 diadakan dalam masa yang terdekat tidak ada tujuan lain kecuali mahukan pilihanraya ke 13 diadakan secara adil, telus dan bersih untuk semua pihak khasnya calon dan parti yang bertanding. Sehingga kini SPR seperti tidak bertelinga untuk mendengar bantahan demi bantahan yang disuarakan oleh pihak yang berkepentingan malahan SPR menuduh pihak tersebut sebagai parasit untuk memburuk-burukkan maruah SPR yang kononnya berkecuali.

Kalau kerajaan BN dan SPR tidak membaik pulih sistem pilihanraya malah terus bersubahat antara satu sama lain bertujuan menipu dalam pilihanraya nanti, memang tak salah kalau Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Jika ada bukti saheh BN/SPR menipu memang Pakatan Rakyat akan menuntut keadilan. Tidak ada sesiapa yang mahu diri mereka ditipu ketika mereka bergelut mencari kemenangan... tidak ada sesiapa... kecuali ahli UMNO Baru saja khasnya yang terima rasuah setiap kali diadakan pemilihan parti dalam perhimpunan agong tahunan parti mereka.

Itu sebabnya sehingga kini kita melihat majoriti ahli UMNO Baru diam membisu tidak menyokong diadakan pilihanraya bersih dan adil kerana mereka telah biasa melaksanakan penipuan dalam memilih pemimpin mereka sendiri.

Aku tidak pernah menyokong dan keluar mengundi untuk Mohd. Najib jadi perdana menteri persoalannya siapa yang lantik dia jadi perdana menteri Malaysia ? tidakkah sistem yang ada sekarang amat hipokrit ?

Anonymous said...

Saudara AA dal bloggers

Kan Mahathir dah kata Umno ni adalah parti yang mempunyai half-past-six leaders. Ini termasuk dialah!

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Saya sangat bersetuju dengan komen 12:50.

Tuan menyeru supaya undi mana-mana calon PR sebagaimana pemimpin Umno selalu seru supaya membawa ketidakpuasan ke dalam peti undi daripada berdemo di jalanraya.

Hakikatnya, pemimpin Umno tahu kemenangan sudah pasti berada di pihak mereka kerana pilihanraya itu penuh dengan penipuan.

Penambahan petugas SPR sebanyak 240 ribu yang akan mengundi secara undi pos akan menentukan kemenangan Umno.

Majoriti kemenangan dalam PRU 12 kebanyakannya sekitar ratusan dan beberapa ribu. Undi pos 240 ribu dengan 40 ribu warga yang tidak ada rekod dengan jabatan pendaftaran negara (JPN) pasti memberi kemenangan untuk Umno.

Segala institusi termasuk SPR dan JPN dikuasai oleh Umno. Apa yang sungguh tidak mustahil untuk JPN keluarkan lebih dari satu Mykad hanya untuk seorang pengundi 'hantu' yang kemudian mendaftar dengan SPR untuk mengundi lebih dari sekali?

Malah dengan kebiasaan 70 peratus yang keluar mengundi, Umno hanya perlukan 35% memangkah Umno.

Campur dengan penipuan yang sudah sebati dengan Umno, peluang untuk PR menduduki Putrajaya adalah begitu tipis sekali.

Anonymous said...

Aspan Alias, We are ready to set and go for the win wth DAP lah bro.

Jangan pula you kecewakan kami.

jamal, siamang gagap

Anonymous said...

Saudara Aspan, memang saya cadang Kali ni nak undi PR tapi masih tertanya Tanya boleh ke PR mentadbir.Nampak gayanya macam parti lekeh ja saya nampak macam take ada confident. Lagi satu boleh ke dap tu percaya orange melayu.mana le tahu dah menang nanti lompat pula.Tahu je leorang melayu ni pantang pandang duit sikit dah mula lah. You ingat orang caya nun tu senangsenang ke nak bagi you kerusi tu,..what say you En Aspan

UMNO untukmenipuorang said...

MAHATHIR BERCKP TTG SEMANGAT 46 DAHULU... RENTETAN PERISTIWA SEHINGGA PENGHARAMAN UMNO 1988. -MAKNANYA SEMEMANGNYA UMNO NAK MENANG DGN CARA MENIPU-CUBA KENANG KEMBALI KEMENANGAN MAHATHIR DLM PEMILIHAN AGUNG UMNO 1988 DAHULU, DI MANA TERDAPAT CAWANGAN YG HARAM...YG MENGUNDI. BEGITULAH CARANYA UMNO/ORANG BERKUASA DR UMNO MENANG DLM PILIHANRAYA. DLM PEMILIHAN MEREKA PON, MEREKA MENIPU... APATAH LAGI DGN MUSUH POLITIK MEREKA... WALLAHU A'LAM.

Anonymous said...

Anon 27 May 2012 18:29:00 GMT+08:00,

Bengap nyer awak. Kalau umno BN tu bagus sangat memerintah 50 tahun lebih, tak lah terjadi apa yang kita lihat hari ni. Awak jer nampak PR lekeh tapi Kutty pujaan awak tu sendiri mengaku PR ramai profesional, yang bengap macam awak jer tinggal dalam UMNO BN. Teruskanlah angguk angguk burung balam awak tu! Mesti awak ni lulus SPM grade 3 jer. betul tak???

Anonymous said...

Kepercayaan kepada UMNO.

Telah Dominan, Sistem Nilai dalam pemikiran orang Melayu bahawasanya hanya UMNO sahaja yang ada nilai Kebolehpercayaan yg tinggi dlm :-
1. Membela maruah bangsa melayu dari aspek politik.
2. Membela Ekonomi melayu supaya Ekuiti seiring dgn bangsa lain.
3. Meningkat taraf Sosial Melayu supaya tidak tercicir dan ketinggalan atau terlibat dgn gejala yg tidak baik.

Persoalannya:-

Amanah ini dibuat oleh pemimpin Melayu atau hanya sekadar retorik sahaja.
Data yg membuktikan Ketiga2 aspek diatas Rakyat Melayu makin merudum walaupun sudah menjaga melayu selama lebih 60 tahun masa yg cukup panjang.

Tindakkan yg perlu dibuat oleh Rakyat Melayu:

Mengugurkan sementara AMANAH kepimpinan Politik dari UMNO kepada Parti Alternatif lain kerana kelayakkan 66 tahun terlalu lama dah... dan tak patut dan tak seimbang dgn tempoh peluang yg begitu lama telah diberikan oleh rakyat Melayu... nak berRetorik dgn selogan TRANSFORMASI bunyinya macam KELAKAR.

Anonymous said...

Umno hanya membuat REFLEKSI atas gelombang kebangkitan rakyat yang begitu kuat asasnya.Jika kembali kemenangan UMNO maka dgn deras sikap dan kelakuan pemimpin umno akan balik kepada asal seperti Sombong, berlagak , Angkuh, Takabur, Riak, Mengugut, Rasuah, Pilih Kasih, Lupa Kawan yg berjasa,Percaya kepada usahawan Cina dpd usahawan Melayu walaupun projek kerja yg mudah,Gembira dgn kesusahan Melayu supaya dpt kawal dan tak melawan ketua UMNO dan banyak lagi contoh yg tak dapat disenaraikan disini.

Anonymous said...

Tuan AA,

Itu baru seekor mamakutty, seorang yang gah mendabik dada dengan projek mega tanpa memikirkan kehendak sebenar rakyat.Jika ditakdirkan ada lagi spesis mamakutty seperti itu nescaya negara ini akan lebih huru hara seperti yang dia sendiri bayangkan dan takut-takutkan rakyat selama ini.

Rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan telah berleluasa tanpa ada yang berani memikul tanggungjawab menjaga amanah negara selagi mampu menutupi segala kepincangan dimata rakyat.Puak ini sangat bersyukur kerana dapat makan harta yang diamanahkan oleh rakyat dan menguasai rakyat yang telah memberi kuasa kepada mereka.

Tidak perlu ditebuk kapal umno baru yang hendak karam kerana sisa masa yang tinggal itu memberi sedikit waktu kepada mereka mennginsafi diri dari semua kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat.

Zaman sudah berubah,bukan semua orang boleh dibeli dan umno baru kena sedar hakikat ini.

salam

-scorpene terbang-

Anonymous said...

Jangan babikan diri anda mengikut pemimpin yang mengamalkan sunnah babi. Mengaku Islam, anak sendiri tokey kilang arak. mengaku Islam, anak sendiri pejuang dan penyokong seks bebas. Mengaku Islam, anak angkat sendiri kaki tunggang. Mengaku Islam tapi ajaran alquran cuma mainan mulut saja dan Nabi jadi behan senda saja.

Kalau haiwan babi kita boleh tahu feel dan perangai mereka. Tapi kalau manusia berperangai babi...susah nak diduga dan dipercaya. Satu sifat babi ialah suka menyondol. Manusia berperangai babi, dah tahu arak haram, ditunggang juga. Dah tau UMNO BN busuk berulat dari kepala sampai ke ekur, tetap disokong juga. Main sondol jer.

Ingat...jangan sampai membabikan diri anda sendiri mengikut dan menyokong pemimpin berperangai begini. Jangan sampai pemimpin berperangai babi meninggalkan legasinya yang juga species serupa.

Hati hati warga Kedah! Silap pangkah anda rebah! Salah undi anda rugi! Membuta menyokong kelak anda melolong!

Amidaron said...

saudara Aspan,
Orang melayu dalam UMNO yang masih tinggal adalah mereka yang tak cukup akal untuk berfikir. Kalau mereka ada degree atau doktorate pun ianya jenis yang beli atau dari U yang tak tentu hala kurikulumnya. Mereka ini takut nak berfikir jauh sedikit dari biasa kerana kurang daya fikir.

Amuraria said...

MAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSA DAH TAU MAMAK KUTTY KAKI KLENTONG,SELEWENG & ROSAKKAN PERLEMBAGAN PERUNDANGAN,KEHAKIMAN ! MAMAK MUDAH LUPA TAPI MELAYU IGAT SELAMANYA PENKHIANATAN MAMAK ISKANDAR KUTTY INI ! ABU !

Anonymous said...

20:31

Tok sahlah anggap orang lain tu bengap. Pendapat 18:29 ada juga nasnya.

Persoalan samada PR boleh mentadbir samalah dengan soalan bolehkah si pengantin mentadbir rumahtangga?

Kalau ikut lojik pengantin yang tidak pernah kahwin, maka ramai yang tidak akan berkeluarga kerana tidak mempunyai pengalaman. Malah, tak adalah perkahwinan kalau nak diukurkan pengalaman sebelum membuat sesuatu.

Persoalan yang perlu ditanya ialah bolehkah Umno diberi kepercayaan untuk menerajui negara dalam PRU13 dengan mengambil kira bukti-bukti kerosakkan dan kemungkaran yang Umno telah lakukan dalam masa singkat 20 tahun yang lalu?

Makmor

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi mereka yang bertanya apakah kesudahan kepada perhimpunan BERSIH 3.0...;

Rezeki ada dimana-mana. Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah Taala. Daripada usia 4 bulan dalam rahim ibu kita memang ‘comfirm’ itu hak kamu. Itu yang Allah tentukan. Tapi, yang tak comfirm lagi, di mana kesudahan kita.

Di mana kesudahan kita ini sedikit sebanyak bergantung kepada arah tuju. Kita membawa diri kita, bukan hanya diri kita tetapi juga masyarakat di sekeliling kita, ke mana arah tuju kita. Samaada kita nak selamatkan diri kita di dunia ini ataupun kita sama-sama hanyut di bawah pemerintahan orang yang tidak bertanggungjawab.

Hadis riwayat Said al-Khudri r.a yang meriwayatkan Rasul S.A.W bersabda yang bermakna “jika di antara kamu berhadapan dengan kemungkaran hendaklah kamu menukarnya dengan tangan kamu dan jika tak sanggup dengan tangan kamu, dengan lisan kamu, dan jika tidak sanggup dengan lisan kamu, membencinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.

nick said...

The many thing that is broken and destroyed in this country is caused/done by mahathir and he wants us to listen to him??? Why? He wants us to obey him so that he can further pauperize us? He wants us to give him more power so that he can further enslave us? He wants us to listen to him so that he can further lie and cheat us? He wants us to acquiesce to his whims and fancies so that he can further enrich his families and friends? He wants us to blindly pledge loyalty to him so that he can further imprison and immobilize our mind and spirit? He wants us to idolize him and only him so that we can be his "UMAT" and not the prophet MUHD SAW's? Well, I say "NOT again and NOT EVER!" It ABU and nothing else! On that note, anything else would be so much better than what mahathir suggest or offer!


Nick.
Cape Tiger.

Anonymous said...

Masaalahnye adalah silap orang melayu juga,pepatah melayu ada menyatakan" kalau jumpa keling dengan ular siapa yang nak dibunuh dahulu" sepatut nya orang melayu bunuh mamak kutty dulu tapi orang melayu bunuh ular.....apa dah jadi mamak kutty bermaharajalela lah,habis dikelentongnya yang sohehnya mamak kutty dari karala senang lenang mengaku melayu,dengan itu wahai melayu yang mudah lupa jangan terpedaya lagi..ingat melayu, kerajaan melayu melaka jatuh sebab bangsa dia juga yang belot...

Anonymous said...

Ikhlas.

Baru jumpa.. rupa2nya ramai yg tak ikhlas hentam PR. Hentam cuma nak bodek Presiden UMNO nak jadi calon je... nak tunjuk kononnya lebih kuat SEMANGAT MELAYUnya... Dunia..Dunia..

Anonymous said...

Lucah...

Memang... bila bersembang dgn Orang2 UMNO wajib kena masukkan unsur2 Lucah kalau tak masukkan macam gulai tak ada garam...

Red Alfa said...

anon@20:56 27 May 2012

"Telah Dominan, Sistem Nilai dalam pemikiran orang Melayu bahawasanya hanya UMNO sahaja yang ada nilai Kebolehpercayaan yg tinggi dlm :-
1. Membela maruah bangsa melayu dari aspek politik.
2. Membela Ekonomi melayu supaya Ekuiti seiring dgn bangsa lain.
3. Meningkat taraf Sosial Melayu supaya tidak tercicir dan ketinggalan atau terlibat dgn gejala yg tidak baik."

Walaupun memang banyak retorik dari nyata tetapi percayalah kerana sudah begitu ramai Melayu kini yang berada dalam jabatan-jabatan kerajaan sangat berpercayakan hanya kepada UMNO sahajalah mereka mempergantungkan keistimewaan, pangkat, penggajian yang mereka telah menerima kian selama ini dan seterusnya. Mereka rasa sekiranya PR dapat memerintah kesemuanya akan hilang.

Apa tidak! Kebanyakan pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan yang kini berkuasa/bermaharaja-lela adalah diujudkan semata-mata untuk menjaga UMNO/BN kekal/terus berkuasa; seperti Jabatan Perdana Menteri,Pejabat Menteri Besar, JKKK, JAKIM/Mufti-mufti, SRP, dsbnya. Memang patut pun bila PR berkuasa, mereka mesti malah perlu dibuang/disingkirkan takut mereka akan membuat kerja-kerja sabotaj pemerintahan baru!

Perlu digingatkan perkara mensabotaj ini telah berlaku dalam perampasan kuasa di Perak, pada setika masa dulu di Terengganu dan di Kelantan, pernah dan kini berlaku terus-menerus di Selangor, di Pulau Pinang dan di Kedah.

Selain daripada penipuan yang UMNO akan melakukan secara terang-terang, pengalihan kuasa secara aman dan teratur sekiranya PR dapat menang PRU 13 tidak akan berkemungkinan berlaku kerana akan kuat dihalang oleh anasir-anasir yang akan merasa tergugat dengan kehilangan keistimewaan, pangkat dan penggajian jawatan-jawatan yang mereka kini memegang atas keihsanan UMNO/BN selama ini.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Betul jugak jangan ikut Mahathir. Atas kepimpinan beliau, rakyat tidak tahu adab bersoal.

Contohnya kawan saya di petrol stesen mengisi minyak kereta. Datang pulak sahabatnya bertanya,

"Aris, engkau taruh minyak ke?"

"Tak, aku tengah siram pokok", jawab Aris.

Begitu jugak waktu tengahari keluar dari restoran,

"Aris, kau dah makan ke?"

Sewaktu saya membayar di kaunter di supermarket, cashier bertanya,

"Beli nie nak makan ke?"

Inilah hasil kepimpinan didikan Umno selama ini.

Hakikatnya, KINI harga sekilo ikan kembong RM17. Menteri pulak kata makanlah ikan lain. Macam mana nak makan ikan lain kalau ikan selar sekilo RM15 dan ikan tenggiri sekilo RM23?

Inilah hasil pentadbiran Umno selama ini.

Anonymous said...

Mahadey ne sudah berguna bagi org melayu..mahadey lah yg buat org melayu seperti anak haram umno..umno diharamkan tahun 1988..

WAWASAN 2020 mahadey..adalah mentabalkan anak dia mukhriz sebagai perdana menteri..lagi 8 tahun..mana lebih logik x mukhriz menjadi pm atau negara menjadi maju pada 2020??

Rakyat malaysia khasnya org melayu jangan tertipu dengan mahadey...org melayu terbahagi 3 kerana mahadey..pemimpin melayu dlm umno..kerana sudah banyak makan duit haram/rasuah..tindakan mahadey..dibiarkan saja...

Anonymous said...

Apabila umno tumbang adalah faktor mahadey..Najib begitu BODOH kerana percayakan mahadey..

Mahadey letak jawatan kerana jiwa dia tidak tertahan lagi dengan caci maki rakyat malaysia sehingga digelar Mahafiraun..diatas penipuan dan penyelewengan pentadbiran mahadey..

Tumbangnya umno adalah rahmat untuk org melayu..melayu akan bersatu diluar umno..umno telah busuk sampai ke usus..apabila berlaku nanti masalah pada masa akan dtg adalah kerana perancangan mahadey..

Org kedah hendaklah tolak bulat bulat mukhriz botak yg tidak mempunyai ketokohan memimpin..selain kalah dlm pertandingan ketua pemuda..

Untuk ajar pada mahadey..org melayu Tolak lah mukhriz..supaya pisang busuk tidak berbuah 2 kali..

Anonymous said...

Bila PDRM nak panggil TDM bagi keterangan? Ini adalah kes keselamatan Negara!. Mana KDN, KPN kenapa tak siasat bagaimana TDM dapat maklumat? Siapa bagi maklumat? Siapa dalangnya? Kena siasat. Jangan double standard PDRM nanti dikatakan tiada standard!.

MMM

Anonymous said...

Tuan AA,

- Maha Mamak sememangnya tidak layak dicontohi kerena dia akan membawa keadaan negara ini kearah pemerintahan kukubesi.


-Scorpene terbang-

Quiet Despair said...

Salam belia 2 juta Tuan dan taulan

Memandangkan saya celik mata sahaja Dr M adalah PM, tentu dia ikon dan ikutan saya. Tak kenal orang lainpun yang telah meletak kita ke jalan 2020.
Saya amat percaya cakap Tun Mr yang Anwar akan bawa rusuhan kalau kalah nanti. Nampakpun dia akan kalah di Permatang Pauh. Beloved daughter juga kalah di Lembah Pantai.
Our friend is very desperate. That is why he brought gangsters to hijack Bersih.
Bersih 1 to 3 was a cover-up of his impending loss and to blame EC's alleged dirty polls.
Nampak tak muka Anwar resah gelisah dan penuh black blemishes yang mencerminkan kekotoran hati dan kelakuannya? Dah lama hilang seri.Hahaha.
Compare him to Tun M who is glowing with health and vitality.
He will be the leading man in the quest to recapture Kedah.
Tun M is still irrelevant, unlike Anwar who is in his nadir especially after Bersih.
And let me tell you that you or Sak have a very good chance to be PM if DAP wins big.
Please read my comments in Sak's posting. Hope he will not delete it since I am speaking from my heart.

P.S. Tentu you bawa anak-anak dan cucu pergi ke Himpunan Dua Juta Belia di Putra Jaya.So are our friends here.
Three days I was on duty there and my efforts were well-spent.
Insyallah our youths are all excited to vote BN again.

ayam penyet said...

Hai QD,

Ha ha ha, kau dah datang balik ya? Letih tak menaikan khemah sejuta belia semalam?

Sedap lah, kau dah datang balek dengan pandangan-pandangan bodoh kamu.

Kawan-kawan, pengumunan penting! QD dah balek! Boleh kita dengar cerita dongengnya.

Sekarang QD buat dongeng dan kata AA atau sak boleh jadi PM kalau DAP menang besar.

Kartoonlah kau ni QD! 50 kerusi DAP nak jadi PM. Kira betul-betul QD.

Rupa kau pun mesti macam kartoon kan??

Tecumseh Troy said...

Quiet Despair wrote: Tun M is still irrelevant

Yes, I agree. Tun M is very irrelevant

Anonymous said...

QD, ceritalah sikit apa yang berlaku diputrajaya sejuta belia tu. Tentu sedap dengar cerita dari kamu tu...tambah sana, tambah sini.

Cerita sikit QD..

racky

Anonymous said...

QD,

Patut la keluar-keluar je dah jilet jubo madey..

caya li qd...jilet sapu licin.

Anonymous said...

QD, dapat jemputan sms, tak minta pun, buat apa pergi, bukan style kita. Baguslah dah singgah sini, boleh dengar kelakar byk 2. QD besok patut dapat gelaran datuk dgn cucu - cicit, gelaran mulia yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit( pun intended for QD kaki ampu) oh yes, gelaran Dato untuk Sak, adalah on merit untuknya.

merkisar said...

eh...eh... Anwar Ibrahim itu pun mamak kutty.....sebab tuu.. melayu porak peranda kerananya

Anti Demokrasi said...

Pru 13 nanti..Jika PR menang dan BN kalah..maka para penggubal dasar zionis seluruh dunia akan tersenyum lebar..
Dan jika PR kalah dan BN menang..mereka penggubal dasar zionis seluruh dunia tetap akan tersenyum lebar..
Ini lah demokrasi..
Dunia tidak akan aman selagi democracy rule the world!!!
Kembalilah wahai umat islam kepada ajaran islam..
Islam adalah addin..
Politik dalam Islam sedikit pun tidak boleh bercampur dengan ideologi ciptaan manusia..sedangkan demokrasi itu ciptaan manusia..sekian wasalam

Anonymous said...

Many of those who worshipped The Mamak cannot understand why Malaysians blame him for the woes of the country.

The articles which were published in the media in past years to refresh the memories of Malaysians, as to why many Malaysians feel that The Mamak did more harm than good for the country in his 22 years of office. They call him the father of modern Malaysia. I certainly beg to differ.

These 22 fiascos were published in the form of questions directed to The Mamak:-

1) On clean government
You came to power in 1981 and introduced the slogan bersih, cekap dan amanah (clean, efficient and trustworthy). What did you do to further that? Did you make the Anti-Corruption Agency more independent and effective? Did you ensure that the police and judiciary do their jobs properly and reduce corruption in their ranks? Did you ensure that ministers and chief ministers not have income beyond their legal means? How many big guns were prosecuted for corruption offences during your tenure? What happened to bersih, cekap dan amanah?

2) Press freedom
Your criticism of the government received plenty of coverage in the local media recently whereas, during your time, criticisms against you by two former prime ministers were muted in the mainstream newspapers. Editors in Umno-linked newspapers too were removed for not toeing the line. What did you do to advance the cause of responsible press freedom?

3) Proton
You went ahead with the national car project in 1983 despite a number of experts disagreeing with you, especially with respect to the lack of economies of scale. Isn't it true that Proton's profits over the past 20 years came from the vastly higher prices that the Malaysian public have had to pay to subsidise Proton, resulting in considerable hardship for Malaysians who need cars because of the poor public transport system? Why was it necessary for Proton to buy a stake in a failed Italian motorcycle manufacturer when it could not even produce cars competitively?

4) Heavy industries
Why did you push into heavy industries such as steel and cement in the 1980s, ignoring studies which suggested developing natural resource-based industries instead? They caused major problems and billions of ringgit in losses.

5) Immigration
Why did you allow hordes of people to immigrate, mainly from Indonesia , in such an unregulated way that there are as many or more illegal immigrants than legal ones now, accounting for some two million or more people? Did you not realize that this would cause serious social problems?

6) Operasi Lalang
Why did you have to resort to this move in October 1987, when you used the Internal Security Act to detain over 100 people, close down four newspapers and cause a wave of fear throughout the country? Was it to consolidate your tenuous hold on power then by using an oppressive law? It was all for your own security and survival, isn`t it?

7) Judiciary
What was your motive to take action in 1988 to remove the then Lord President and several Supreme Court judges from their positions under allegations of judicial misconduct, a move which was heavily criticized by the Bar Council and other bodies? Was it because you needed more compliant judges whose rulings would not threaten your position of power in a number of cases in court?
Was this the first step in dismantling the judiciary's role as a system of checks and balances against the legislature and the executive? What have you to say to repeated assertions by many, including prominent ex-chief justices, who maintain that this led to the erosion of judicial independence?

8) Education
Why did you allow our national school system, which is the ideal place to develop ties among young Malaysians, to become so divisive? Why is it that our local Universities, once the preferred choice of tertiary education, have deteriorated to a level that even students who gained admission prefer to enroll into local private Universities.

Anonymous said...

16) North South Expressway
Why did your administration award North South Expressway concession to UEM (which then formed Plus) and then provide them with a loan of RM1.6 billion which was half of the tender price of RM3.2 billion. What was the justification for your administration to grant Plus such over generous terms, which included annual increment of toll rates and guaranteed traffic volumes?

17) PSC Industries Berhad
Why did your administration in 1998 award a RM24.3 billion contract to PSC Industries Berhad, together with an advance of more than RM2.5 billion to build naval patrol boats? Why were they also given exclusive rights to service the Malaysian navy's entire fleet? Could you confirm that the first two ships built by PSCI could not even pass pre-delivery trials? How would you answer to the Public Accounts Committee's revelation that it will cost the government another RM120 million just to salvage the first two vessels nearing completion after seven years?

18) Bakun Dam
Why did you award Ekran Bhd the contract to build the Bakun Hydroelectric Dam in Sarawak without a tender ? Why did your administration take over the construction of the dam by bailing out Ekran by almost RM200 million for 'work done'?

19) InventQjaya
What was the basis of inviting Libyan-American Sadeq Mustaffa to Malaysia to set up InventQjaya Sdn Bhd and to also give him a grant of RM440 million? What was the benefit for Malaysia and how has Malaysia benefited? What happened to InventQjaya now?

20) Forex Losses
Why did your administration dabble in speculation of the money market which ultimately cost Bank Negara almost RM9.3 billion in losses?

21) Bank Bumiputra
Why did you allow the mismanagement of Bank Bumiputra, to the extent that it had to be bailed out 3 times, costing the country a total of RM 3 billion? Again, dipping into Petronas's funds?

22) Perwaja Steel
Why did your administration allow Perwaja Steel to be mismanaged resulting in RM 2.9 million of the rakyat's money being squandered?

There you are 22 fiascos in 22 years. The bad news is that there are actually more than 22! Remember the APs, Maminco, Renong and many more .
Those who remember, please add on to this list.

Anonymous said...

Allmyfriend
bN or PR. .the bottom will rakyat will excell.. UMNO akan terus memperbodohkan rakyat yang terhimpit. .politik UMNO penuh dengan slogan , gambar dan lagu. ..cantas mencantas terus menjadi darah daging umno baik di cawangan mahu pun di peringkat atas.
Mahadey yg sebenarnya nak cantas pemimpin kedah dan meletakkan anaknya yang sememangnya sombong dan angkuh. untuk jadi MB kedah. .mahadey sebenarnya PEROSAK UMNO. .jika UMNO berkubur. . .kita sumpah keturunannya.