28 May 2012

Team BN belum bersedia, team PR dah bersedia lama

Telahan tentang bila pilihanraya akan berlaku sudah beralih dan beranjak. Dari telahan pilihanraya akan diadakan pada penghujung tahun lepas telah beralih kepada bulan Mac 2012, telah beralih kepada bulan Jun dan terusnya telah dikatakan ia akan berlaku pada bulan Julai. Spekulasi beralih lagi dan sekarang bulan September pula, iaitu selepas Hari Raya Puasa dan sebelum musim haji tiba. Apabila bulan Ogos sampai mungkin tarikh PRU itu akan dialihkan lagi; mungkin penghujung tahun atau awal tahun hadapan.

Pilihanraya di negara ini ditentukan oleh ilham Perdana Menteri dan ilham Perdana Menteri itu datangnya dari mana, kita pun kurang pasti. Setengah berpendapat nasihat daripada isterinya belum boleh mengadakan pilihanraya lagi. Ada yang berpendapat yang pilihanraya mesti diadakan selepas Hari Raya Puasa nanti. Pendapat yang ini datangnya daripada Dr Mahathir, bekas PM kita.

Jika pilihanraya masih belum ditentukan, ianya bermakna Najiblah satu-satunya Perdana Menteri yang tidak mengadakan pilihanraya  walaupun telah empat tahun mengambil alih dari PM sebelumnya. Najib masih lagi boleh mendapatkan sokongan ‘legitimate’ dari rakyat dan kabinet pimpinan beliau sekarang ini masih lagi kabinet Abdullah Badawi.
 
Rupa-rupanya, selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani dan sanggup mengadakan pilihanraya. Sebaliknya sehandal-handal Najib seperti yang cuba beliau tonjolkan dirinya sehingga hari ini masih belum mempunyai keberanian untuk mengadakan pilihanraya umum walaupun sudah empat tahun menjadi Perdana Menteri. Najib masih mundar-mandir ke hulu dan ke hilir, untuk mendapatkan ‘feel’ yang sebenarnya tentang sokongan rakyat sekarang ini.

Najib masih lagi mengalih-ngalihkan tiang-tiang gol untuk mendapatkan posisi yang terbaik agar pembangkang tidak dapat menyumbat gol-gol tersebut. Najib masih belum mendapatkan posisi gol yang hendak beliau letakkan kerana setiap posisi gol yang beliau letakkan semuanya berada di posisi pembangkang untuk mudah menendang dan mendapatkan gol yang banyak.

Bagi pihak pembangkang, mereka tidak mengalihkan gol-gol malahan di mana sekali pun gol-gol tersebut diletakkan mereka bersedia untuk bermain pada bila-bila masa sahaja. Pemain-pemain dari pihak pembangkang sudah bersedia untuk menghadapi permainan dengan BN walaupun BN telah dipersepsikan sebagai ‘team’ yang suka bermain kotor.

Team BN mempunyai kekuatan tenaga dan ditambah pula oleh ‘referee’ yang berat sebelah. Referee pula dalam senyap-senyap menambah pemain di sebelah BN dengan memasukkan permain-pemin luar dari Myanmar, India dan Indonesia. Tetapi masih lagi BN tidak berkeyakinan untuk bermain.

Penonton-penonton serta penyokong-penyokong dari kedua-dua belah pihak sudah berperang mulut dan ramai penyokong-penyokong dari team BN sekarang amat celupar mulut mereka dan ada yang berkasar dengan budaya samseng yang kian hari kian bertambah. Penyokong-penyokong BN sudah beberapa kali bertukar kemeja T dan topi mereka tetapi permainan belum juga bermula.

Sementara menunggu permainan bermula penyokong-penyokongnya sibuk melakukan pesta-pesta dan kegiatan. Ada yang menari dan bersenam punggung. Ada yang membaling telor dan ada yang membaling batu kepada penyokong-penyokong team lawan.

Penyokong team BN telah membuat kek berbentuk tahi dan akhirnya mereka memakannya sendiri. Mereka kata sedap rasanya kek itu. Bermacam-macam cara penyokong team BN melakukan perang psychology untuk menarik perhatian penonton-penonton. Tetapi penyokong team PR hanya berdiam diri sahaja sambil memerhatikan gelagat lucu penyokong team BN itu.

Team PR tahu apa pun psychology yang dilakukan oleh penyokong-penyong team BN, mereka tahu yang mereka akan memenangi perlawanan ini dengan rembatan-rembatan gol padang dengan banyaknya. Team BN pula hanya hendak mengharapkan sepakan penalti sahaja, itu pun belum tahu bola akan masuk.

Lagi lambat perlawanan itu diadakan lagi banyak masa untuk team PR berlatih dengan memerhatikan kelemahan yang nyata yang ditunjukkan oleh team BN sejak kebelakangan ini.

Akhirnya terpulanglah kepada team BN untuk menentukan waktu perlawanan itu diadakan. Sesungguhnya keputusan sudah berada di tangan kita semua. Team PR tahu yang team BN akan menghadapi relegasinya.

29 comments:

Anonymous said...

hahaha! buat kek bentuk tahi lepas tu makan sendiri....kalau tak bodoh tak tau ape la tu.

Anonymous said...

asalkan ikut undang-undang biarlah, tahun depan nak buat pilihanraya saya pun tak kisah..

Hati saya pun dah tetap sapa saya nak undi, Tahun 2008 saya undi DAP.

PRU yang akan datang, saya rasa cukuplah, nampak gaya DAP dah kepala besar.. Baru-baru ni cakap pulak Perdana Menteri boleh bukan Melayu, saya rasa dah lebih ni, bagi siku nak peha pulak, macam belanda dapat tanah.

Insyallah walau apa pun Aspan nak cakap, saya percaya dengan BN, dah lama memerintah, negara aman dan makmur. Semua bangsa merasa.

Anonymous said...

ic untuk pendatang asing lom siap lagi..camne nk bubarkan parlimen...

Anonymous said...

Himpunan ulang tahun umno lama 66 tahun..umno baru 24 tahun..berjaya dihadiri 100ribu org..

Himpunan sejuta belia diputrajaya berjaya menghimpun 1juta lebih..

Bersih 3.0 gagal..rais yatim ckp 25 ribu rakyat berhimpun..

Yang pelik nya sampai sekarang najib takut nk bubarkan parlimen..

Mahadey telah memberi amaran kepada najib bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan..

Mana satu betul..umno inggat rakyat sekarang bodoh..inggat malaysia lagi ditahun 50-60 an..

Quiet Despair said...

Hello all

Pakatan dah bersedia. UMNOpun lagi dah bersedia. Dah ready, steady. Tunggu senapang Go with a bang.
Najib is very smart to play mind games with you. He's purposely delaying the GE. To make you election fatigue.
Nanti duit parti you allpun habis. Tenaga dah takde, bendera dah koyak, modal ceramah elek.
UMNO banyak tenaga reserve which can be deployed anytime.
Tapi sayapun nak sangat GE diadakan to settle all the silliness that's going on.
Tak sabar tunggu Anwar tumbang. Hadiah terbaik untuk negara.


P.S. Syok tengok Tunku Aziz cakap kat TV3 malam ini. Hujjah dia mengenai DAP tak de kabinet dan juga isu PM bukan Melayu sama macam saya pernah cakap di blog ni dan juga blog Sakmongkol.

Unknown said...

What I find hard to believe is why is BN deliberately losing their grip on the intellectual Malaysia? They seem to be cornered by their own strategies by alienating the people that can actually make a change.

Have you all read the Innovators Dilemma? The book states that when 'established' players are forced to compete with 'innovate' players, the established guys tend to move higher up the value chain and eventually lose the lower value proposition. The 'innovative' players eventually start becoming better and move up the value chain finally displacing the 'established' players.

I feel that BN is facing this problem.

Anonymous said...

Tuan AA,

Banyak perkara yang sedang ditunggu selain dari PRU13, Antaranya ialah;

- Debat DSAI vs Najib

- Perbicaraan skandal rasuah kapal selam



salam

-scorpene-

Anonymous said...

Eh WEh, QD masuk lagi....Agaknya berapa banyak kah khemah dipasangnya di putrajaya dua hari lepas.

sadiqin said...

Assalamualaikum QD,

Ada banyak cerita hari ini? Buatlah cerita lucu-lucu sikit.
Ambo syok demolah QD. Katoonlah you!
Kalau tak ada you tak seronoklah. Saya akui kemampuan you berlawak...hebat....

ba'in said...

Tak usah adakan pilihanraya. Kalau ada pun asyik kena tipu aje kita ni.

Anonymous said...

Rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada referee.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim Dihalau Dari Masjid ?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0qufpgYT0ak

Anonymous said...

Betul ke dah bersedia ? Saya ingin tahu siapa yang bakal menjadi PM sekira PR menang.Anwar ?

Anonymous said...

UMNO Barisan Nasional telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam.

Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Anonymous said...

The days are numbered for BN!

MCA, Gerakan, MIC dll will be gone for their part in creating this mess - corruption, mismnagement, narrow, divisive and damaging politics of race & religion and etc..

Anonymous said...

Salam PAk AA..

wow...i've wait for QD's comment since last week...where hav u been QD?cari ilham juga kah?hehe..

@sadiqin
haha..yup..very true...he make my day cheer bro.....

tunku aziz will be like chandra muzaffar, hassan ali, zulkifly nordin n all those ngo's who will spread their lies n slander to PR ...no one will believe what they said..n no one will respect 'em..

@ anony 20:51:00
PR not forcing u what party to choose..but i think u've to find multiple sources instead of TV3/4 and utusan malaysia..


-anon-

Anonymous said...

We would like to welcome Quiet Despair & other refugees from Dato Sak's blog to our humble warong. Something QD mentioned about all the youth at the recent Woodstock Carnival (Himpunan Dua Juta Belia) standing together and singing "Stand By Me" with Najib got us thinking. (and occasionally bursting out in a hysterical laughter)

bacaan selanjutnya :

http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2012/05/giving-najib-chance-question-mark.html

Tok Kie said...

Aspan,
Very Intresting your comment kali niee... Sahabat pun dah meluat tengok ragam parti koperat nie.. dari tahun 72 menyertai UMNO saya dapati terlalu jauh terpesungnya perjuangan UMNO nie.. Keahlian UMNO kebelakangan nie semua bermula dengan duiiiit. Saya masih UMNO ... tapi kali ini akan berpindah ke parti saudara kita yg lain. Langkah saudara adalah bijak dari kacamata saya. Gohead jangan undur lagi..

Orang Kampung.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah pura-pura bersabar adalah lebih baik daripada kelihatan gelojoh yang membawa padah.

Sungguhpun cengkaman Barisan Nasional semakin tumpul, kedudukan Umno dipercayai semakin kukuh dengan perletakan orang-orangnya di serata tempat yang strategik, bukan sahaja di dalam parti malah di dalam kerajaan sekalipun.

Umno dipercayai akan bertindak pantas mencantas leher Pakatan Rakyat. Kejadian Brutus menikam mati Caesar diramal akan berulang.

Skrip politik Umno sentiasa berlandaskan prinsip yang tidak terfikir sekalipun.

Pakatan Rakyat sepatutnya bijak mengatur strategi tapi hakikatnya berapa kerat yang pandai berstrategi ala Umno? Malah segala kuasa dan jentera kerajaan berada dalam gelanggang Umno.

Anonymous said...

Adakah UMNO kini bagaikan dikelilingi oleh musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang amat merbahaya?

Musang yang berbulu ayam akan menyulitkan tuan reban untuk mengenalpasti ayam-ayamnya yang betul, gunting dalam lipatan pula akan mencucuk jari yang mungkin akan berdarah, manakala api dalam sekam akan membuatkan tapak kaki terbakar tanpa disedari.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Umno sudah sebati dengan kelicikan dan kecekapan dalam permainan politik. Kalau tidak, sudah pasti tidak akan akan tahan selama 5 dekad.

Selagi bapak ada, selagi itulah alang-alang tangan menyeluk pekasam...biarlah sampai ke pangkal lengan.

Negara ini sudah lama tidak terasing dari isu-isu panas yang terbongkar meledak di sana-sini. Pokok sudah banyak bergoyang kerana angin bertiup dari segala arah.

Ramai pemimpin sudah dilenyapkan dari pentas politik. Insiden demi insiden yang berlaku seakan memperlihatkan suatu susunan yang menarik. Menelusuri insiden-insiden terancang adalah kepakaran politik Umno.

Pernahkah rakyat tenung dan fikir kenapa Menteri Kewangan sentiasa dipegang oleh PM sejak Daim berundur?

Quiet Despair said...

Waalaikumsalam kawan-kawan who missed me.Benci tapi rindukan. LOL.


Anon 9.06

Thanks for promoting me. Yalah had to be a refugee in Sir Wenger's blog. Kesian saya.
This is because my beloved bro Sak deleted my comments which was similar to the one published here.
I salute Tuan Aspan for this. I was saying truthfully when I said either Tuan Aspan or Sak will be the PM if Pakatan wins. And DAP likely to win with the most number of seats will get the chance to become PM.
And as I have stated, there's no way a non-Malay/Muslim can become PM. So Sak and Aspan will be PM by default.
I have stated so many times that we have Malay rulers and it will be difficult for a non Muslim PM to carry out the adat and religious ceremonies including solat Jumaat dan Hari Raya bersama Tuanku.
And I am glad that what I said before is also enunciated by Tengku Aziz.
When I said this, everyone jumped at me calling me racist.
It's not it. It is a reality that a PM's job also entails carrying out rites like funerals, installation which are all according to Muslim rites and must be carried out by Muslims.

P.S. I like to give the benefit of the doubt that Sak did not get my copy. I never checked whether its saved.
I think Sak marah coz I said Pakatan tak ada cabinet line-up. And if they win, they will be squabbling over who gets what post if ever they win Putra Jaya.
And I said same pillow, different dreams like his posting said.

Anonymous said...

QD,

Why you so perasan sangat? Very egoistic?

Haiyah, common sense tell me Sak never delete your comment. Sak only feels that your comment not worthy to be published at his blog.

Tn Aspan is an ayahanda. Therefore, he kesian you.

Why use the word truthfully? Are you trying to potray that before this you jenis pembohong?

Now only you know DAP is a truly Malaysia muhibbah party? Why take so long to understand?

I never ever will jump to call someone racist. Are you the only one?

With regards to pillow talking, has anyone in your family sleep on the same pillow as you?

The real politics of Barisan Nasional is like you, they only sleep on their own pillow.

Whereas, Pakatan is cultivating that pillow is pillow and should not be used to sleep in politics.

Honeycomb said...

QD darling,

I tak pernah benci you. I hanya benci rasuah dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan geng.

Orang Umno pun I tak benci. Hanya I lihat pemimpinnya lemah dengan nafsu maka terpaksalah I pilih pemimpin yang boleh control nafsu.

Allah ajar I sayang semua makhluk ciptaanNya. Malangnya, pemimpin yang ada tak sayang pada amanah yang diberikan. Sebab itu kena buat perubahan dalam PRU nanti.

Anonymous said...

Penyokong UMNO baca blog Tuan AA, kiranya terbaik lah tulisan Tuan sehingga menarik hati mereka membacanya. Pada hari PRU13 nanti, semoga Allah membuka hati mereka ini untuk memangkah PR. Amin.

Anonymous said...

Insya Allah akan terbuka hati rakyat memangkah perubahan ke arah kebenaran. Selagi SPR bermain kotor dan mendiamkan diri, perubahan untuk PR mengambil alih kuasa untuk melaksanakan kebenaran itu adalah satu cabaran yang rakyat perlu bersatu padu mendokongkan kebenaran mengatasi kemungkaran.

Anonymous said...

Yalah nak buat macam mana lagi legasi mamak Kutty yang tinggalkan ialah rasuah, termasuklah suku sakat QD, mereka ni kan dah sinonim dengan pebuatan Rasuah, rasuah tu haram disisi islam apa nak cakap lagi, anak murid Mamak Kutty dan Ajib gor

merkisar said...

Tuan AA,

Adakah kemungkinan Lim Guan Eng di angkat jadi PM apabila PR menang PRU 13 kelak?
kerana di kalangan pemimpin PR yang muda,agresif dan berpengelaman terkini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Nampaknya beliau boleh diterima oleh banyak pihak dan selalu mengibaratkan diri beliau sebagai Khalifah Omar Abdul Aziz.
Kami menyokong siapa sahaja yang PR cadangkan kelak..

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, agak terlewat mengikuti isu ini. Namun begitu, saya akan sedaya upaya meluangkan masa menulis sekadar berkongsi pandangan. Mana yang baik, ambillah; manakala yang buruk, buanglah, K?

Nah, memang tepat ulasan saudara; pasukan UBN ni, pak kal tanpa penguasaan zahir yang nyata berat sebelah, dah lama lingkup ... Namun, sayang, seperti yang saya sering sebutkan, kedapatan penyokong tegar UBN ni yang bagaikan dihijab oleh kebaikan para penguasa yang sifatnya sebaga penjenayah tegar ini, sebagaimana bangganya penyokong pimpinan jahat umat-umat terdahulu. Walaupun agak kurang wajar untuk disebut, namun, sebagai contoh dan sekadar renungan, ulasan-ulasan Saudara QB, umpamanya, jelas memaparkan siapa sebenarnya anda ... Mungkin, anda akan menyatakan saya ni melampau; namun, ulasan andalh sebenarnya yang melampau hatta tak terbeza yang haq dan batil. Begitu juga rakan-rakan pengulas lain yang seangkatan dengannya.

Di sini, suka saya mengingatkan diri saya, khasnya, agar berdebatlah dengan penuh hujjah, bukan sekadar emosi. Tanpa fakta dan ilmu, hujjah kita akan kelihatan kebodohan dan kebudak-budakan. Ini bukan bermakna kita tak boleh berkongsi ulasan atau menzahirkan sokongan kita terhadap sesiapa. Cuma, rasanya, eloklah menyokong yang benar, khasnya sebagai Muslim Mukmin. Contohnya, adakah kita akan menyokong seorang yang terang-terangan menghina sunnah Nabi SAW dan terang-terangan mempromosikan pandangannya bahawa ajaran Islam itulah yang mesti disesuaikan dengan trend zaman, hatta menggadai prinsip aqidah? Tepuk dada, tanyalah iman dan aqal ... Apapun, Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Terima kasih.