06 June 2012

Kalau banyak melakukan kesalahan, memang liat hendak melepaskan kuasa

Hari demi hari undang-undang ketat yang menghantui rakyat semakin jelas dengan hampirnya pilihanraya umum ke-13 ini. Nampaknya kartun tidak boleh digunakan dalam pilihanraya ini, itu kata Timbalan Pengerusi SPRM. Dr Mahathir pula meminta kebebasan internet disekat dan seperti biasa Rais Yatim dengan pantas ‘merawikan’ kata-kata Dr Mahathir itu.

Tetapi cerita tentang pengundi haram yang didaftarkan di dalam senarai pengundi tidak juga diselesaikan oleh SPRM. Pihak berkuasa dan pemimpinnya asyik mentelaah bagaimana hendak sekat pihak pembangkang, tetapi kerja dan tanggungjawabnya untuk membersihkan senarai pengundi yang merupakan asas demokrasi itu sampai ke hari ini tidak diendahkan.

Saya dan ramai lagi telah bercakap dan bertanya kenapa kali ini sudah mula timbulnya unsur-unsur menekan seolah-olah ianya membayangkan bahawa BN tidak mahu menerima keputusan PRU jika rakyat menolaknya. Dengan penekanan ini maka jelas yang sebenarnya yang akan mewujudkan huru-hara selepas pilihanraya nanti ialah pihak BN.

Zunar, kartunis begitu berang dengan kecenderungan kartun digunakan oleh sesetengah pihak sebagai alat kempen dalam pilihanraya nanti. Zunar akan tetap melukis kartunnya dan tidak ada apa-apa pun boleh menghalang beliau melukis kartun yang menjadi bidang kegemaran dan  profesionalisma  nya.

Jika seruan Mahathir untuk melakukan sekatan terhadap internet sebagai alat penyampai maklumat bagi pihak pembangkang elok kita bertanya, bagaimana pembangkang hendak menyampaikan mesejnya kepada rakyat? Kerajaan buat apa lagi kepada pembangkang? Segala-galanya hendak disekat.

Kalau takut sangat dengan kebangkitan maklumat untuk rakyat, kenapa masih hendak menjadi kerajaan? Rakyat hendak menggunakan internet itu untuk mengetahui apa terjadi kepada isu Scorpene misalnya. Media arus perdana tidak akan menyiarkan perkara yang sebenarnya tentang Scorpene ini. Rakyat ingin tahu bagaimana penglibatan Altantuya dalam isu pembelian Scorpene itu.

Melalui internetlah kita boleh mengetahui bagaimana komisyen haram yang diterima oleh pemimpin kita dalam projek membeli kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat hendak menyelam itu? Semua orang hendak tahu di mana komisyen haram itu dibayar…..di Hongkong ke atau di Singapura atau di mana?

Kita hendak tahu berapa Najib perolehi daripada pembelian kapal selam itu dan jika boleh kita hendak tahu samada isu tuntutan Najib untuk dibayar sebanyak USD1 billion sebelum wakil syarikat pembinaan kapal selam itu mendapat tempahannya. Kita juga hendak tahu berapa Altantuya sepatutnya dapat sebahagian daripada komisyen itu. Sudah dibayar atau belum lagi kepada Altantuya.

Jika belum dibayar kita hendak tahu sudahkah dibuat urusan untuk membayar waris kepada Altantuya jumlah yang sepatutnya diberikan kepadanya. Banyak lagi isu-isu yang rakyat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Semuanya ini memerlukan maklumat dari internet kerana media arus perdana tidak akan menyiarkannya. Kenapa kita perlu menyokong seruan Mahathir untuk membebaskan kegiatan melalui internet itu. Jika dilaksanakan kehendak Mahathir itu ia bermakna kerajaan ingin mengikat tangan penyokong pembangkang dan melakukan ‘circumvention’ terhadap proses demokrasi yang sebenarnya.

Apa yang BN hendak sorokkan sangat itu? Bukankah BN kata mereka tidak bersalah dalam semua tuduhan dan spekulasi rakyat seluruh dunia itu? Jika tidak bersalah kenapa takut-takut? Kalau pembangkang berbohong rakyat boleh tengok pembohongan itu melalui internet. Kenapa takut kerana rakyat akan menghakiminya samada BN atau PR yang berbohong. Tetapi kita takut-takut yang BNlah yang berbohong, bukannya PR.

Jika pembangkang memenangi pilihanraya melalui internet, apa salahnya. Negara ini negara demokrasi dan rakyat berhak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut. Kalau di negara Cina komunis pun internet bebas untuk menjadi media pilihan rakyatnya kenapa Malaysia memilih untuk menjadi lebih buruk dari pentadbiran negara komunis itu.

Jika Myanmar sekarang sudah terbuka kepada dunia luar kenapa pula kita yang hendak menutup negara kita dari dunia luar. Mahathir juga yang telah memperjuangkan dunia tanpa sempadan tetapi apa bila ‘nature’ hendak mengambil tempat dan melakukan perubahan BN sudah tidak dapat menerimanya. Sikap tidak dapat menerima kekalahan ini adalah sikap semula jadi politik dunia ketiga.

Tetapi pemimpin kita dengan gah ke sana ke mari bercakap tentang wawasan 2020 yang meletakkan negara setaraf dengan negara-negara maju. Negara maju apa yang hendak kita capai jika kekalahan dalam pilihanraya menjadikan mereka hilang akal dan tidak dapat menerimanya langsung, seolah-olah hendak memisahkan kulit dari daging atau hendak memisahkan kulit dengan kuku.

Parti Buruh Britain baru sahaja menerima kekalahan dan kekalahan yang terbaru ini bukannya kekalahan kali pertama. Parti Buruh bergilir-gilir memerintah dengan parti Conservative tetapi tidak pula mereka sanggup menolak asas demokrasi yang sebenar semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Kalah kali ini mereka akan dapat semula dalam pilihanraya yang akan datang. Menang dan kalah itu perkara biasa dalam sesebuah negara maju.

Hanya BN sahaja yang merasakan seolah-olah dunia akan kiamat jika kalah dalam pilihanraya. Sebenarnya kekalahan BN jika benar berlaku, merupakan hikmah besar buat BN itu sendiri. Dalam kekalahan itu BN boleh membersihkan kekotoran yang mereka lakukan semasa memerintah. BN tidak mungkin dapat membersihkan kekotoran yang mereka lakukan jika masih berkuasa, malahan BN akan bertambah sombong dan angkuh jika terus mendapat mandat.

Jika BN menang lagi rasuah akan dilakukan dalam jumlah trillion ringgit, bukannya lagi dalam jumlah ratusan billion. Lagi pun adalah ‘natural’ bagi sesebuah parti yang terlalu lama memerintah di mana-mana negara lain jatuh tersungkur di hadapan mata rakyat mereka.

Hanya di negara kita pengalaman ini baru sahaja hendak berlaku. Di negara lain pertukaran pemerintah ini berlaku acap kali tanpa masalah. Gordon Brown telah menyerahkan kuasa hanya dalam tempoh enam jam kepada parti Conservative dan Liberal Demokrat setelah beliau tidak berdaya menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya Britain tahun lalu.

Jika saya yang jembel ini boleh mempelajari apa yang berlaku di negara maju, masakan Mahathir tidak dapat belajar daripada keadaan itu. Jika untuk menutup kesalahan merupakan sebab untuk mempertahankan kuasa dengan apa daya sekali pun, itu bukan masalah rakyat kita. Itu masalah mereka. Siapa suruh melakukan kerja-kerja tidak baik terhadap negara dan rakyat?

Kita mesti akui segala kerja jenayah yang dilakukan oleh pimpinan BN selama ini merupakan kerja jenayah (treason) terhadap negara dan mengkhianati negara itu adalah terlalu besar kesalahannya untuk dimaafkan rakyat.

52 comments:

Anonymous said...

Pak Pan,

Senarai penyamun dikehendaki.

1. madey
2. liongsik
3. sami v
4. daim
5. yang bersekongkol dgn mat laun di ATAS.

hamba allah said...

Dari internet jugalah saya menolak demokrasi padahal dulu saya pun percaya pada demokrasi..
Dari internet juga lah saya mendapat pencerahan dari mana datangnya demokrasi..
Dari internet juga lah saya mengenali tangan2 gelap yang mengawal sistem politik dan ekonomi dunia..
Dari internet jugalah saya mendapat maklumat malapetaka yang akan berlaku dalam temasya olimpik london nanti dan kesan2 yang bakal diterima oleh umat islam sedunia..

Anonymous said...

kenyataan yg keluar dari mahader skrg mcm sampah..

lebih baek diam kalo kenyataan yg keluar tidak bernas..

Anonymous said...

Tuan Aspan, Dari internet jugalah saya dapat menikmati ulasan ulasan yang padat berkaitan kebaculan, ketakutan , kekejaman rejim dUMNO
yang dipaparkan oleh Tuan Aspan. Tak tahu pula kalau selepas ini kita cuma boleh akses satu sesawang saja: www.chedet . Pendek cerita dUMNO sememang nya mahu rakyat terutama orang melayu untuk percaya pada suratkhabar 'Utusex' sahaja!

Anonymous said...

"Jika seruan Mahathir untuk melakukan sekatan terhadap internet sebagai alat penyampai maklumat bagi pihak pembangkang elok kita bertanya, bagaimana pembangkang hendak menyampaikan mesejnya kepada rakyat?"

Kat mana Aspan dapat berita macam ni.. Ada rujukan? atau hanya khayalan Aspan saje..

Setahu saya, TDM takkan berbuat sedmikian walaupun dalam masa pemerintahan beliau macam-macam kata nista, fitnah dilemparkan.. BAPAK Rasuah, MAMAK KUttyy, Maha Firaun, Mahazalim dan sebagainya oleh pihak pembangkang dalam alam siber.

Ada TDM ambik kisah.. Cool sahaje.. Macamtulah watak seorang negarawan.

Anonymous said...

macam nik aziz yg tak mahu2 bersara dan memberi tampuk kelantan? be wise lah bro aspan. bukan sebab lama atau baru. sebab nya... rakyat yang tentukan melalui pilihanraya... kalau menang, kau jgn persoal. kalau kau persoal...sama lah kau persoal negeri yg kau menang.

Alam Flora said...

Rakyat juga ingin tahu melalui internet bagaimana kesudahan Menteri Tua yang rogol amah dan Menteri dari Sabah yang sanggup membeli dua bukit bergerak dari Penang dengan harga hampir 4 juta.....

Anonymous said...

Tuan Aspan. Tuan Guru Nik Aziz adalah merupakan seorang menteri besar paling banyak sekali melakukan kesalahan dalam melaksanakan undang undang dan penyalahan guna kuasa.

Lim Kit Siang lah yang banyak salahguna kuasa.

Karpal singh jugalah yang banyak salah guna kuasa..

apa yang tuan cakap ni sebenarnya terpalik semula pada pemimpin PR.

Kenapa anwar nak semula jadi PM? , kerana nak kambus fail yang azmin dapat dulu. sekian, wassalam

kalau berani,,, post la komen aku ni.....

Anonymous said...

malangnya perwatakan 'cool' saja tidak bermakna ada lesen besar rompak beratus billion ringgit. negarawan atau tidak, itu persepsi masing2 terhadap seseorang pemimpin. kalau seribu mengatakan dia negarawan tidak semestinya seribu yg lain setuju. Jadi 'negarawan' juga sepatutnya 'selfless'. tiada bahagian sedikit pun untuk anak2 dan tidak ber kroni.

Anonymous said...

Bagitulah Mahathir tidak akan dia kisah kau nak kata dia apa pun. In his last posting he said" I do not leave a skeleton in the cardboard " .He has no fear at all .In fact he has no fear for any possible allegations against him anytime even now.He cares for the country and has no interest to hold political position anymore.He has class.Compare him with the best of PR Mr Anwar Ibrahim...ehem..

Anonymous said...

Kepada semua pembaca dan pengomen,

Ini negara demokrasi dan sesiapa berhak untuk menentukan masa depan negara. Tepuk dada tanya selera. Kalau kita rasa hendak jahanamkan negara, mari kita undi BN. Kalau kita rasa untuk mencuba memperbaiki negara harapan ada kepada pihak pembangfkang sekarang. Pilih sahajalah! jangan was-was. Kalau hendak jahanamkan terus negara ini ikut nasihat Mahathir. jangan salah menyalahkan diantara kita.

bacik, JB

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kalau dah species GILA DAN MABUK KUASA, memang perangai dah macam tu. UMNO BN ni cuma perasan lebih, kononnya kuat dan gagah walhal parti ni tak ubah macam lelaki yang bermasalah ED. Cakap berdegar degar tapi anunya dah tak mampu bangkit! Viagra pun tak mampu nak tolong lagi.

Anonymous said...

Tuan AA,

''KAWAL-KEBAS-KEKAL''

Malaysia ku negara dunia ke tiga,

- Nampaknya rakyat gagal mengawal menteri-menteri dari parti umno baru.Bila sudah tidak dikawal, para menteri ini dengan sewenangnya mengawal rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

- Menteri ini 'ada gaji' tapi 'kebas' duit rakyat melalui komisen yang menyalahi undang-undang di negara-negara maju.Halalkah komisen itu dengan pangkat/jawatan mereka?Apakah menteri ini hanya ingin menjadi seorang yang kaya raya (jutawan politik) dan bukannya seorang negarawan yang berjuang untuk pembangunan bangsa malaysia.

-22 tahun umno baru telah 'kawal' dan 'kebas' rakyat dan sekarang mereka hendak 'kekal'.Apalagi modal mereka hendak kekal setelah dengan 'gentleman'nya diberi peluang? Adakah lagu lama dimainkan kembali : Sentimen bangsa,agama dan intitusi raja.



salam

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

One must distinguish between a leader and a statesman.

Leaders can sway their nations to unwavering devotion, bring economic wealth,
and restore national pride. Adolf Hitler, among others in history, could be called
a good leader, but at what cost? What did he lead his people to but destruction,
shame, and evil?

A statesman on the other hand, has the wisdom to recognize evil and the courage to face it head on. He balances the interests of the individual with those of the nation as he seeks to ensure safety and justice. Steadfast and resolute, a statesman adheres to wise counsel but is not afraid when necessary, to stand alone. With their vision and valor, statesmen shape the
character of society for the betterment of the world.

Anonymous said...

Pak Aspan,

When faced with the threat of tyranny and terror democracy, under the direction of statesmen, does not shrink or falter.

If anything, citizens are united more strongly in the cause for freedom. The words of statesmen during times of crisis are critical and impacting.

By examining a specific time in history when freedom and peace came under terrible danger, much can be learned about the responsibility of democracies. Virtuous, democratic nations, as Churchill explains, cannot help but confront evil.

Anonymous said...

00:09:00;

Seorang negarawan tidaklah zalim; beliau seorang pemimpin yang percaya kepada kebebasan.

Seorang negarawan mempunyai visi yang jelas. Beliau tahu bagaimana membawa rakyat dan negara ke arah visi yang dikehendaki dalam masa yang ditetapkan.

Setiap tindakan yang dilakukan oleh seorang negarawan bukan hanya untuk sekarang tetapi untuk generasi masa depan.

Anonymous said...

To win the rakyat hearts, the statesman does not use slick advertisements and PR campaigns. Ads and propaganda, fears, are the tools of the despot. Rather, the statesman harnesses the power of the written, and especially the spoken word. He is master orator. His lifelong study of great books and the lessons of history allow him to speak to the people in intelligent, potent, well-reasoned arguments.

The principles of a statesman are democratic liberty, equality under the law, and individual freedom. The stateman had a vision of expanding this liberty further, out to the common man.

Pak Aspan, who do you personally think are the great statesmen of Malaysia?

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FIRMAN Allah swt yang bermaksud: "Orang-orang yang telah diberi mandat berkuasa di atas muka bumi, hendaklah mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menguatkuasakan al makruf (asy syariah) dan mencegah kemungkaran."

Gagal melaksanakan tanggungjawab yang digariskan oleh Allah SWT, meletakkan kerajaan tersebut sebagai sebuah kerajaan yang derhaka kepada Allah.

Umno dan BN gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, malah Islam lebih terhalang dan ummatnya lebih tertekan di bawah kepimpinan Umno dan BN.

Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran. Implikasinya, generasi membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi (al Quran) dan terpesong dalam kancah maksiat dan mungkar.

Umno 'mendera' rakyat yang rata-ratanya berbangsa Melayu beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu dengan merampas royalti minyak petroleum.

Siapa yang dapat memaafkan Umno apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin-pemimpin ummat Islam terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang Umno dalam sebuah negara demokrasi?

Pemimpin Umno mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf jutaan ringgit, sementara rakyat khasnya yang berbangsa melayu terus melarat sehingga masih ada kampung orang Islam dalam negeri maju di negara ini tidak sampai elektrik dan air.

Khatib dan penceramah agama diburu kerana tiada tauliah, sementara mereka yang tidak solat Jumaat bahkan tidak pun mendekati masjid tidak pula diambil sebarang tindakan.

Sepatutnya, satu kariah hanya satu masjid tapi berpuluh–puluh kelab malam dan pusat hiburan dibina dan dibuka dalam satu kariah pula.

Anonymous said...

Kenapa kalian melindungi kelakuan Mahathir? Apakah kalian
terlupa kerana upah tutup mulut itu lebih penting dari disebut manusia
serakah? Apakah kerana perkara itu sudah berlaku sekian lama?

http://bantahan.tripod.com/umno.htm

A Razak said...

AA,

Do you classify DrM as a statesman?

Aspan Alias said...

A Razak,

He is certainly not a statesman but more like a 'noisy man'.

Anonymous said...

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/06/fitnah-pencacai-umno-menjadi-jadi-dua.html

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih sekali lagi atas ulasan berfakta ini. Di samping itu, saya tertarik ketika membaca dua daripada 22 ulasan yang sama-sekali kontra, di mana seorang mempertahan dan membela Mahathir, manakala seorang lagi, penuh dengan peringatan dan tadzkirah dalam mengulas pelbagai kemungkaran, kedurjanaan dan penderhakaan UBN, khasnya Mahathir dan anak didiknya ini. Justeru, saya terus-terang ingin melahirkan penghargaan dan syukur kepada saudara yang menyampaikan peringatan ini, sementara kepada rakan kita yang seorang lagi, seperti yang acapkali saya katakan, tolong fikir-fikirkanlah bersama akan soal ghaib, iaitu pahala dan dosa, syurga dan neraka.

Umum mengetahui, ketika penguasaan Mahathir sepanjang 22 tahun itu, bukankah pelbagai sekatan terhadap kebenaran telah dapat dijayakan? Kalau ya sekalipun DSAI itu bersalah, tak kan sampai beliau dizalimi dengan gaya kebinatangan oleh agensi keselamatan? Sekali lagi, kepada rakan yang mempertahankan Mahathir, adakah anda telah buta dan tidak mendengar? Kalau saya yang tak nampak ni pun boleh beza malam dan siang, maaruf dan mungkar, bagaimana anda? Biarpun soalan sebegini anda benci, namun bukankah menyokong kemungkaran itu, sahamnya sama seperti pelakunya? Dah ramai rakan kita yang mengulas dengan berfakta akan pelbagai penyelewengan sepanjang 55 tahun penguasaan UBN ini, tidakkah anda membacanya, atau ... Dahlah, cukuplah, kan?

Justeru, segala idea saudara yang menentang keras teori si gila bangang itu memang tepat! Itulah sebabnya, saya dengan penuh yakin, mengimani benarnya firman-Nya yang menjanjikan akan tertegaknya kebenaran itu meskipun dihalang ... Memang banyak ayat dan hadith mengenainya. Tak payah banyak, kalau Mahathir, Rais Yatim dan sekalian penyamun itu tak boleh jadi "gentlemen", malulah dengan Tan Sri Koh Soo Khoon (maaf, kalau salah ejaan) ... Boleh serah office dan pelawa LGE duduk di situ dengan aman selesa? Itu non-Muslim, tau? Bagaimana pula dengan tampuk pemerintahan yang sering bertukar ganti antara Democrat-Republican? Bukankah kita juga suatu ketika dulu sibuk kritik Myanmar konon tak demokratik? Ha, sekarang, apa dah jadi? Akhir kata, kepada Mahathir dan sekalian anak didikmu: janganlah kalian jadi macam Ujang: "Seh tak kigho ... Seh nak an juo si Milah tu, mak! Apo nak jadi, jadilah!!!!!!!"

Terima kasih dan selamatkan Malaysia tercinta!!!

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Kesalahan Tun Mahathir ialah menghina dan mempersenda sunnah Nabi s.a.w. seolah-olah beliau lebih bijak dari Nabi s.a.w.

Beliau telah menghina hukum-hukum Hudud dan hukum Islam yang lainnya seolah-olah beliau lebih pandai dari Tuhan.

Khabarnya beliau anti ulama dan suka menghina ulama dan menganggap ulama sebagai penghalang kepada kehendak hawa nafsunya. Contohnya beliau memecat Mufti Selangor kerana kes ratu cantik.

Kemudian beliau meminta Al Quran ditafsirkan semula kerana beliau sendiri suka mentafsir agama mengikut akalnya.

Tun Mahathir pernah berkata orang yang sembahyang tak mestinya baik dan orang yang tak sembahyang tak mestinya jahat. Begitu juga dengan perempuan bertudung.

Beliau juga menghina sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang mati syahid dengan mengatakan mereka tidak dimandikan kerana Arab tiada air.

Waktu pemerintahan beliau, negara bertambah sekular dengan beberapa percubaan untuk memisahkan agama dari politik

Implikasinya Tun Mahathir banyak merosakkan Islam sebagai agama rasmi negara, misalnya membiarkan masalah murtad berleluasa.

Anonymous said...

Salam,
Ada terlalu banyak ustaz2 yang tak bertauliah memberi pandangan menggunakan ugama dan bermacam hadis dan Quran sebagai hujuh .Dimasa yang sama turut mengutuk kawan dan lawan dengan kata yang tidak baik pada individu tertentu.Teringat saya satu cerita 'Ayam dan Kambing ' dua kawan sejati yang sentiasa bersama walaupun dua specis berbeza.Begini ceritanya :

Maka berkatalah kambing pada ayam " Kau yam , baju cantik (bulu ayam yang cantik) TAPI kaki ayam ! "

Ayam terasa amat kechewa dengan kata kata kambing kawan rapatnya .
Maka berkatalah aysm kepada kambing. "Kau bing apa kurangnya ! .Janggut panjang ,ALIM konon , tapi nampak telor !!.

Hikayat diatas membuatkan kita berfikir nilai berkawan, menjaga hati kawan dan jangan terlalu mudah membuat tuduhan walaupun kita berbeza pandangan.Kita semua serba kekurangan.Tak begitu .? Wallahwualam.

@Kampong man- riwayat dari aki saya.

Anonymous said...

salam semua., bagi saya secara peribadi tak dapat menerima segala yang berkaitan dengan umno dan BN., saya kakitangan kerajaan dan telah berkhidmat selama 28 tahun cukup faham dan amat jelas dengan segala macam perangai buruk orang yang berkuasa, saya yang bertugas di jabatan /agensi pelaksana telah terlalu lama menghadapi perangai pemimpin umnobn yang korup, menyeleweng, salah guna kuasa. Sampai ke peringkat kami yang menjalankan tugas secara telus dan mengkit prosidur menjadi mangsa melepaskan dendam pemimpin umnobn apabila kehendak mereka tidak dipernuhi dan dituruti. sekiranya kehendak dan kemahuan mereka tidak dipenuhi mereka akan menggunakan segala macam akta yang kononnya mereka yang berjuang mempertahankan kedaulatan perlembagaan, padahal hakikatnya merekalah banjingan yang melanggar segala akta dan perlembagan demi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Buktinya berapa ramai ketua-ketua jabatan yang dikenakan berbagai hukuman apabila tidak memenuhi kehendak mereka. Pemimpin umnobn akan mencari jalan agar mana-mana kakitangan kerajaan yang menjadi penghalang kepada hasrat dan kehendak mereka dikenakan bermacam tindakan seperti diturunkan pangkat atau ditukar ketempat lain. Inikah pemimpin yang berhemah dan berkarisma ? semasa saya mula berkhidmat sebagai penjawat awam saya tidak menerima segala dakyah pihak 'berhaluan kiri' tetapi lama kelamaan dan selepas berhadapan dengan tindak tanduk pemimpin umnobn membuat saya (juga kawan-kawan saya yang dulunya menolak pihak 'berhaluan kiri') mula membuat penilaian semula terhadap kewibawaan pemimpin umnobn. Untuk pengetahuan semua, sebagai Pejawat Awam peringkat Pengurusan dan professional kami diberikan 'akses' untuk menjadi pemerhati didalam sidang dewan undangan negeri tempat kami bertugas. Saya ingin bertanya pada sesiapa yang pernah menjadi pemerhati persidangan seumpama ini ; adakah kalian nampak macam mana perangai adun-adun bn dalam dewan ? anak saya yang bersekolah rendah pun berperangai lebih baik dari mereka., dan yang paling siginifikan pada suatu ketika dulu seorang kawan yang bertugas di negeri perak dan menjadi pemerhati di dalam sidang dewan undangan negeri perak (ketika kecoh dulu) pernah meluahkan rasa tidak puashati dengan sikap kebinatangan adun-adun bn (terutama umno) yang bertindak seperti orang tdak bertamadun terhadap adun-adun pakatan rakyat. Kami membuat kesimpulan bahawa pemimpin umnobn adalah terdiri dari golongan yang tidak professional dan berfikiran kolot dan sempit. (saya bertanggung jawab dengan kenyataan saya ini - kalau ada sesiapa yang tak suka dan tak puashati dengan kenyataan saya ini ... I won't give a damn !) saya tak akan menyeru sesiapa untuk menerima dan menyokong kenyataan saya ini tapi apa yang pasti kami dah muak dan meluat ngan sikap pemimpin umno. Saya tak sabar menunggu selama 34 bulan lagi untuk bersara dan percayalah kami akan terus mendedahkan segala kebobrokan dan penyelewengan pemimpin umnobn (seperti mana sebelum ini) dan kami telah berikrar akan terus berbuat demikian selagi kami mampu., tak kira samada umnobn dah hancur lebur sekalipun .., eventhough after umnobn burnt to the ground

umnobn : ashes to ashes

Anonymous said...

IPv6: Five Things You Should Know

Anonymous said...

Salam..AA...
Syabas...tahniah atas tulisan Tuan... pencerahan yg sangat-sangat bernas...semoga ALlah memberi hidayah yg baik bgi Tuan menulis menerusi pandanagan mata luar dan matahati....

Anonymous said...

Wahai Kampong man,

Setuju kita semua serba kekurangan.

Siapa suruh mereka melakukan yang lebih-lebih seperti menghina nabi, menyanggah sistem perundangan, memecat pegawai tinggi kerajaan tanpa sebab yang kukuh, mengamalkan kronism dan nepotism secara berleluasa serta berterusan, mencabul hak milik tanah Orang Melayu, membuat fitnah, membohong dan menzalimi rakyat?

Segala kerja jenayah yang dilakukan
ini halal ke? Jenayah mengkhianati negara bukan kesalahan ke?

Anonymous said...

Saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan.

Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Anonymous said...

Pada pertengahan April 1982, Tun Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap Dan Amanah (BCA) sebagai satu dasar.

Malangnya perlaksanaan formula BCA sendiri dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbiran UMNO Barisan Nasional dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat.

Rupa-rupanya DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakan BCA dengan baik dan penuh dengan ketelusan.

Perlaksanaan BCA tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP Pulau Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Tun Mahathir di amalkan oleh PR kerana PR mengikut formulanya dengan betul. Dalam formula BCA itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Kejayaan perlaksanaan BCA oleh DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong Umno dan Barisan Nasional. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi Umno Barisan Nasional.

Anonymous said...

Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia’s top man in The Phnom Penh Post

Anonymous said...

Pemimpin tua umnobaru kerap melebelkan rakyat di negara ini masih belum bersedia seperti rakyat di negara maju. Contohnya debat, tapi Rafizi dan khairy berjaya melakukannya. Rakyat mendengar dan mengambil debat itu satu yang amat positif untuk membina rakyat dan negara ke arah negara maju.

Begitu juga dengan demonstrasi. Yang belum bersedia adalah ibrahim katak perkasa dan juak-juaknya yang disokong umnobaru.

Dan yang sebenarnya yang belum bersedia adalah pemimpin-pemimpin tua umnobaru yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Anonymous said...

Saudara AA,

Cuba anda baca apa yang dipaparkan dalam muka depan 'The Star' hari ini. Paper jamban MCA berkata harga rumah di Pulau pinang telah meningkat sehingga kebanyakan rakyat di sana tidak layak dan dapat membelinya. Ini seolah-olah mengatakan negeri-negeri di bawah BN adalah kebal daripada kenaikan harga rumah. What a joke!

Anonymous said...

Orang Melayu akan terus mundur dan terpinggir jika mereka enggan berubah, malah akan terus menjadi peminta serta dipergunakan parti UMNO.

UMNO telah gagal menjalankan amanah yang diberikan selama ini. Orang Melayu perlu nekad dan berani berubah kerana mereka sudah terlalu lama dikecewakan. Orang Melayu selalu diancam dengan pelbagai jenis ugutan dan kebimbangan yang tidak pun wujud secara realitinya.

Orang Melayu perlu membuat perubahan kerana selama ini mereka jelas tidak ke mana-mana pun.

Anonymous said...

6 Golongan tetap akan sokong UMNO BN

Anonymous said...

Khalid Samad Dedah Cubaan UMNO Sogok Wakil PR Lompat Parti

Anonymous said...

Anon 06:58:00

Absolutely profound thinking and enlightenment.

Sdr Aspan & blog readers and bloggers,

in the nearest future, we suggest to exclusive dining outlets to display paintings with hidden political messages, serve delicacies with political messages hidden inside the food...

learn and use codes and purchase smart gadgets produced by our youth IT amateurs

and recommend that stall traders wrap tosai, capati, nasi kerabu, kuay teow goreng, ampan terbalik, etc with fresh recycled paper encoded with political writings and cartoon strips.

what kind of phobia and paranoia ?

Anonymous said...

Snon 10.09,

Saya sadikitpun tidak simpati dengan keluhan saudara.Itu hak saudara untuk bersuara dan memilih siapa yang sdr suka di PRU 13.Undi sdr penting begitu juga undi saya.Akhirnya rakyat juga memilih yang amat terbaik bagi mereka.Selama ini pilihan terbaik selama 55 tahun adalah BN belum ada yang lain ysng lebih baik lagi.

On the assumption that there are hardly 50 of us commenting it will not have any significant impact at all on the final result as there are millions of other voters out there do not give a hood about your opinion and mine as well.Setakat tempat melepaskan geram bolehlah. So mr unknown lets us all respect the result of PRU 13 and you will be pleasently suprised that most will prefer mantaining the status quo.Are you not thanking the govt of the day for your family wellbeing ?.Happy retiring. ~ DS

Anonymous said...

Khalid Samad and the video

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan Dan Pelayar Blog,

Hakisan terhadap demokrasi yg sudah sememangnya telah nipis menunjukkan kerajaan BN telah"desprate" dalam menyakinkan rakyat sekarang.
Beberapa minggu ini kita dapat lihat dan dengar kerajaan sedang sibuk menunaikan janji2 yang dilafazkan dengan moto Janji dikotakan. Tetapi yang kita tak berapa puashati penyalahgunakuasa, rasuah, membela kroni semakin berleluasa.
Budaya mengugut juga semakin menjadi2.
Badan yang menjaga kenteteraman dan penguatkuasa undang2 nampaknya semakin mengutamakan pemerintah walaupun kesalahan dilakukan depan mata.

Jika rakyat sekarang peka, kita wajib menyokong PR kerana dengan berbuat demikian kita akan mendapat kerajaan baru yaang akan menunaikan janji2 yg mereka buat sekarang ini. Jika kita hisab secara kasar janji2 PR ini seolah2 rakyat akan terbela dalam bentuk kebajikan, pembangunan dan keadilan.
Yang perlu kita bagi peluang satu penggal saja, jika apa yang dijanji hanya propaganda politik rakyat bolehlah memberi mandat kepada BN semula, tetapi jika PR dapat menunjukkan pemerintahan yang jujur,cekap dan bewibawa kita harus memberi peluang agar negara dapat ditadbir mengikut acuan baru.

Budaya menakut2kan rakyat telah berlalu. Orang2 Melayu khasnya hendaklah mengikis sifat takut, taat pada kerajaan(walaupun terang2 dikhianati) dan menganggap keturunan menjamin kehebatan hendaklah dibuang. Anak2 kita juga layak menjadi pemimpin asalkan kita menerapkan nilai2 baik dan kritis agar mereka dapat membesar sebagai seorang insan yang jujur dan berani menegakkan kebenaran.

Pergi ke dusun memetik nangka,
Nangka dipetik berpeti2.
Memang BN tidak menyangka,
Umur hayatnya hampir nak mati.....

Anonymous said...

Beku PTPTN Unisel- BN Politikkan Pendidikan

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Datuk Seri Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja yang mengatakan beliau telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Najib di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider – Roger Mitton.

“Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara ketika skandal rasuah berskala tinggi melibatkan kelengkapan pertahanan negara semakin memuncak, malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu.”

“Keadaan ini mengundang persepsi bahawa Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan."

“Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya.”

Anonymous said...

Treason is punishable ONLY by death penalty.
I am eagerly looking forward to seeing such historic event taking place in the near future. Whoever will be the Minister of Internal Affairs after GE13 should see that justice TO THE PEOPLE is done.

Azman seksyen tujuh said...

Tun Mahathir taknak jadi mcm Mubarak itu je..

Kalau PR menang dia taknak kena dakwa.. kalau didakwa tentu masuk jel. Sapa nak mati dalam jel?? Cuba bagitau.

Selagi boleh bertahan, bertahan laa.. selagi boleh bertongkat langit, bertongkat laa :)

Anonymous said...

Perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir

Anonymous said...

Secara peribadi saya cukup marah bila orang kutuk Tun Dr. Mahathir sebab dialah yg sangat pantas memajukan negara kita dan akan jadi negara maju dlm beberapa tahun saja lagi. Sesuai dgn rakyat kita yang dah maju khususnya Selangor dan Melaka pada 2005 dan 2010 maka rakyat mesti dilayan secara maju. Jangan halang rakyat dari menyuarakan pendapat samada melalui media alternatif atau melalui makenisma Kartoon.Kalau sekat juga maka sangat jelas Pemimpin BN semakin hari semakin mundur dan rakyat semakin lama semakin maju. Pemimpin yg maju sahaja yg layak memimpin rakyat yang maju. Masalah kalau rakyat disuruh berfikir diluar kotak pemimpin maseh berfikir didalam kotak.

Anonymous said...

Rakyat Selangor bayar cukailah kenapa tahan PTPTN... Apalah.... bongok punya BN/UMNO...

Anonymous said...

Anon 08:46
Mangkuk dan Pariah saja yang menyokong Mamak Kutty ni termasuklah awak,apakah bangangnya awak ni,Mamak Kutty ni yang menjual maruah Melayu yang melingkupkan UMNO dan dia buat UMNO baru untuk kepentingan dia sendiri..piss off anon 09;46

Anonymous said...

Secara peribadi, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh manusia di seluruh dunia. Yang terkini adalah kemajuan teknologi maklumat yang telah menggemparkan dunia dengan kepantasan maklumat dan kekuasaannya.

Dalam kita memuji dan terpegun dengan teknologi-teknologi canggih yang negara maju ini kuasai, adakah negara ini betul-betul maju?

Sebenarnya siapakah yang memberikan mereka taraf negara maju? Adakah sebuah negara maju itu diukur hanya dengan teknologi canggih, bangunan indah yang tinggi-tinggi, golongan-golongan korporat yang ramai sahaja?

Jika dilihat contoh di Amerika sendiri, mereka yang melarat, ‘homeless’, keganasan di kalangan muda-mudi, seks bebas, penipuan, kronisme dan nepotism merata-rata tanpa batasan.

Kenapakah di Malaysia masih ada rakyat yang tak ada rumah yang selesa? Kenapakah ramai anak-anak muda yang makin jauh dari adat resam orang timur? Kenapakah terjadinya banyak jenayah kebelakangan ini?

Rompakan, pembunuhan dan semua ini adalah penyakit masyarakat. Semakin ‘maju’ negara kita, semakin jauhlah rakyat Malaysia dengan agamanya.

Kalau Malaysia betul-betul telah maju, kenapakah nilai-nilai etika keinsanan rakyatnya hanya berkisar samseng di Dataran, fitnah seks dalam suratkhabar, mat rempit, baling batu di ceramah, goyang punggung dsb?

Adakah menara KLCC, Putrajaya, KLIA, pengangkutan yang canggih akan menjaminkan generasi masa depan tidak akan terpesong dari agama dan adat mereka?

Anonymous said...

08:46:00

Pada usia 86 tahun, Tun Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakan oleh Tun Mahathir secara maksimum.

Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa Tun Mahathir akan kekal sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirkan.

DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.

DEB tidak pernah bertujuan disalahgunakan oleh kerajaan untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi bagi membantu meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat.

Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama. Inilah yang menjadi ketidakadilan sosial dan ekonomi.

Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara. Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.

Ramai terpaksa berhijrah ke luar negara untuk bekerja dan belajar. Peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini. Kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka.

Hakikatnya, jika Tun Mahathir dan Umno telah berjaya membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?

Hanya tinggal lapan tahun sahaja tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik semakin kotor.

Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.

Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini.

Anonymous said...

Sdr Aspan & all, Salam

.... believe many here must have read about Prof Edward Said, the brilliant thinker, yet humble and unassuming...

In fact when he spoke, the undergraduates at renowned universities worldwide listened most attentively, then took notes and influenced others .... no one questioned and demanded that he needed to, only speak in Arabic .... he articulated his highly profound thoughts ... in the language he was most comfortable in - English.

As a brilliant, controversial literature professor who advocated Palestinians' human rights, it certainly consumed his mind and heart, hence he loved music and played the piano most beautifully to find solace to his soul....

So pls allow Malay children, youths and adults to learn English well. Perhaps we might also need to gently tell others not to hinder Malays from using English to communicate with and befriend other Malaysians !

It is an additional skill and strength... ambil lah yang jernih tetapi buang lah yang keruh dari barat,

maybe the fear of being arrogant and elitist as being the norm elsewhere, yet many of us here and out there, chose to be very nice and humble. It is all in the mind and heart, or one's choice, maturity and upbringing or it can be learnt.

Kekalkan segala yang baik dari Asia : Mengasihi Tuhan, keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, bersopan - santun, sangat rajin, cekal, berjimat cermat wang, mementingkan pendidikan, menghormati serta menjagai orang tua, tidak racist, tidak maki hamun, saling bantu - membantu, tidak membaling batu pada binatang, tidak merokok, mengasihani bangsa- bangsa lain, dll.

Persoalannya sekarang, ialah, secara jujur, sejauh manakah anak 2 Melayu, hinggalah mak rempit serta mat rempit harus dipimpin semula supaya apply apa yang dipelajari dari kelas agama, bukan setakat head knowledge lagi....

Bermula dengan melibatkan mereka dalam aktiviti kebajikan, soft skills, employable skills, sosial skills yang bersesuainan dengan umur serta intelek budak 2 by engaging retirees yang amanah ( paying them good allowance )untuk membimbing mereka di surau 2 serta di perpustakaan2 di Selangor, Kedah, Penang serta Kelantan.

Saya terpegun dengan perpustakaan PK yang user-friendly, innovative, fresh concept, within reasonable budget.

Saya juga cadangakan penggunaan komputer haruslah dikawal rapi, sebab begitu canggih serta mahal hasil dpd income tax rakyat, jadi perlulah diberi " pep talks and consequences. "

And it is necessary to implement 30 min or an hour use max during peak hours, but free use during off- peak hours.

Mohon maaf, terlebih tulis. Terima kasih. Salam.