08 June 2012

Kereta tua selalu rosak, elok kita tukar kereta baru

Saya akan bertolak ke Utara untuk memenuhi jemputan berceramah malam ini dan besok. Sebelum saya berangkat ke sana saya perturunkan sedikit komen tentang pengumuman TS Muhy dua hari yang lepas.

Tan Sri Muhy berkata berkemungkinan beberapa pemberian dalam bentuk tunai kepada rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ini untuk menampung kos barangan yang tinggi dan meringankan beban rakyat yang miskin. Kemiskinan memangnya menjadi umpan untuk BN dan UMNO Baru untuk berkuasa dan kemiskinan rakyat inilah yang membuatkan rakyat yang sentiasa berharap kepada kerajaan. Khabarnya lagi RM10 billion akan dibelanjakan untuk BR1M kali ini.

Tidak lama lagi akan kita saksikan rakyat beratur lagi untuk mendapatkan bantuan itu, yang akan dibahagi-bahagikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Baru di setiap pelusuk negara kita. Entah mana UMNO Baru mandapatkan wang sebesar ini tidak pula diketahui. Jika wang ini datangnya dari kantung rakyat (wang rakyat), wang itu sepatutnya dibahagi-bahagikan oleh penjawat awam dan dalam konteks ini ia sepatutnya diberikan oleh pegawai-pegawai daerah, bukannya oleh ahli-ahli politik.

Jika wang itu UMNO Baru yang punya, barulah ahli-ahli politik yang membahagi-bahagikannya. Jika benar itu duit UMNO Baru dan BN, di mana sumber BN  mendapatkan wang itu? Ingin juga kita hendak tahu. Dalam pemberian bantuan BRIM baru-baru ini, rupa-rupanya wang itu adalah wang rakyat sendiri yang datang dari kantung kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO Baru telah melakukan kesalahan kerana ianya sepatutnya telah diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Tetapi bagi UMNO Baru jika kita tegur dan mengingatkan mereka itu adalah satu kesalahan, mereka akan melenting marah kerana mereka terlalu biasa dengan melanggar sistem dan undang-undang. Bagi mereka kalau tidak melanggar undang-undang maka mereka bukan ahli-ahli UMNO Baru. Melanggar sistem dan undang-undang itu adalah ‘attribute’ UMNO Baru yang utama. Kerana apa mereka berani melanggar undang-undang? Jawabnya ialah kerana mereka itu UMNO Baru.

Kenapa bantuan ini diberikan secara begini dan di waktu ini? Tentulah jawapan yang hakiki, ialah kerana pilihanraya hampir tiba dan pemberian ini merupakan pemberian pilihanraya, dan untuk memancing undi. Saya yakin pemberian ini tidak akan dilakukan selepas pilihanraya nanti. Jika dicampurkan jumlah wang yang terlibat ia akan mencecah RM20 billion.

Oleh itu elok kita hendak bertanya, kenapa untuk memberikan pendidikan percuma seperti yang diusulkan oleh PR itu akan menjadikan negara ini bankrap seperti yang dibahaskan oleh pembahas UMNO Baru. Kalau jumlah peruntukan BR1M ini sahaja mencecah RM 20 billion dan dicampurkan dengan ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sebanyak RM28 billion setahun itu, maka jumlahnya melebihi daripada jumlah perbelanjaan untuk memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak muda.

Kenapa jika PR hendak memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu dikatakan akan membankrapkan negara sedangkan ketirisan (rasuah) yang berlaku di dalam kerajaan berjumlah RM28 billion setahun dan pemberian BR1M sebanyak RM 20 billion oleh BN itu tidak pula menjadikan negara kita bankrap?

Jawapannya kepada soalan ini amat mudah, kerana wang ini bukannya wang UMNO Baru, maka mereka tidak merasa bersalah membelanjakan wang-wang ini setelah membuat keputusan secara ‘ad-hoc’ tanpa rasa bersalah.

Kalau beginilah caranya Najib berbelanja wang rakyat dengan jumlah yang sebegini besar maka ia merupakan petanda yang negara kita akan menghadapi krisis kewangan tidak berapa lama lagi. Najib tidak boleh mentadbir negara seperti mentadbir UMNO bahagian Pekan….jika ada masalah bayar sana, bayar sini.

Pendeknya dengan cara yang Najib/Muhy berbelanja wang rakyat, maka kita tunggu sahajalah bencana yang akan menimpa negara. Maka benarlah analogi yang pernah saya buat tidak berapa lama dahulu: BN ini sudah terlalu tua dan berpenyakit. Ia ibarat kereta tua yang sangat tinggi kos penyelenggaraannya. Jika kita masih memandu kereta tua ini maka kita akan asyik-asyik ke bengkel kereta setiap waktu untuk menyelenggara kereta tua ini.

Elok kita buat ‘trade-in’, kita ambil dan beli kereta baru. Setidak-tidaknya kita akan terhindar dari berbelanja penyelenggaraan yang tinggi beberapa ketika. Asap yang keluar dari kereta baru ini pun tidaklah sekotor asap yang keluar dari kereta tua yang kita telah pandu selama 55 tahun itu.

Setelah mendapatkan kereta baru yang kos penyelenggaraannya rendah itu, kereta tua yang kita hentikan perkhidmatannya ini kita masukkan ke dalam bengkel untuk dibaikpulih sepenuhnya. Kereta tua ini ada lima tahun untuk diperbaiki yang mana yang rosak dan alat-alat mana yang perlu diganti. Mungkin kereta ini boleh dipakai kembali jika kereta baru yang kita beli itu rosak pula lima tahun yang akan datang. Kereta tua ini boleh kita jadikan kereta ‘spare’.

Tetapi buat masa ini kereta tua itu mesti direhatkan kerana sejak hampir tiga dekad yang lalu kereta ini telah dipandu secara lasak oleh setidak-tidaknya tiga orang pemandu sehingga punah-ranah dan terlalu tinggi kos untuk menyelenggaranya. Pemandu-pemandu yang tiga orang ini telah memandu terlalu lasak. Segala lubang dan selut dilanggarnya dan kerosakkannya terlalu banyak.

28 comments:

Anonymous said...

Salah satu pemandu nya adalah Saudara Anuar Ibrahim.

Sam PPuteh 2012

Anonymous said...

Syok....

1. Syok 1 Jam Tidur tengah hari.
2. Syok 1 Hari Pergi Pancing ikan.
3. Syok 1 Minggu Bawa famili bercuti.
4. Syok 1 Bulan Bukar Kereta Baru.
5. Syok 1 Tahun Pengantinan.
6. Syok 1 Malaysia Pilihanraya dapat banyak Duit Rasuah.

mahaza said...

kalau tak boleh repair, kete tua patut dijual atau timbang pakai dacing dikedai besi buruk

Anonymous said...

Just heard an interview about the tobacco industry on BFM few days ago that sales of premium cigarette were up recently. The increased sales prominently came from the rural area. It was concluded that because of BRIM, these rural folks could afford to smoke premium replacing cheap or smuggled stuff. Who says these folks need help.

Anonymous said...

True... Let's trade-in BN/UMNO baru with Pakatan Rakyat during the GE13.

Anonymous said...

Tuan AA dan pengunjung blog,

Malaysia ku negara dunia ke 3 :

Bagaimana rasanya perasaan/sikap 'TENANG'(COOL) seseorang 'Penyeleweng'(Jutawan Politik)

- TENANG = KENAPA PERLU TENANG ??

- Tidak peduli/buat2 tidak tahu walaupun tembelang/penyelewengan telah pecah/diketahui oleh rakyat kerana percaya lama-kelamaan perkara tersebut akan dilupakan.

- Tidak akan peduli kerana dengan memberikan perhatian akan hanya menyebabkan menarik perhatian yang tidak perlu/tidak sepatutnya(orang zaman sekarang cakap'NO KOMEN' kepada setiap soalan yang berkaitan)

- Membuat suatu penafian yang keras, dan pelaku penyelewengan tersebut tahu untuk menjadi seseorang yang terbukti bersalah adalah suatu proses yang amat panjang iaitu :

1. Perlu ada suatu laporan berkaitan penyelewengan dibuat oleh sesorang(seseorang yang berani dan tidak tunduk kepada ancaman/apa2 sogokan)kepada pihak yang berkenaan untuk meminta suatu siasatan diadakan terhadap penyelewengan tersebut.

2. Pelaku penyelewengan tersebut tahu bahawa dengan kuasa/pengaruh akan digunakan untuk mempengaruhi/menggangu/menyekat poses siasatan yang adil dan telus oleh pihak-pihak berkenaan.

3. Secara ringkasnya : Selagi tidak kedapatan penyelewengan adalah belum lagi menjadi suatu kesalahan-Jika kedapatan menyeleweng sekalipun perlu ada seseorang untuk melaporkan kesalahan tersebut-Walaupun punyai bukti-bukti kukuh sekalipun seperti yang dinyatakan di no 2 akan berlaku.

- Sama-samalah kita perjuangkan kebenaran dengan menolak semua bentuk penyelewengan.

- Kuasa rakyat untuk kebaikan rakyat/negara dan bukannya untuk menyelamatkan mana-mana individu/puak-puak/kroni/menteri/parti yang tidak mengamalkan amalan demokrasi dan berideologikan menjadi jutawan dari persada politik negara ini.Seperti pendapat tuan Aspan : ''Buang kereta lama dan ganti dengan kereta yang baru''



Salam

-scorpeneterbang-

Red Alfa said...

Saudara Aspan

UMNO bukan kereta tua tetapi kereta besi buruk.

Kereta tua boleh lagi di restore tetapi kereta besi buruk hanya untuk di lebur/recycle

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

It's time to ditch the old junk (Umno Baru) and get a new car to zoom forward. Apa yang diberi mesti diterima sedangkan ia adalah duit rakyat.

mad said...

tepat tulisan tuan. cuma satu saja yg saya kurang setuju iaitu tempoh lima tahun utk membaik pulih kereta lama tu. saya rasa tempoh 10-15 tahun adalah tempoh yg lebih cocok dan berpatutan. ini kerana kerosakan yg terlalu kronik dan susah utk diperbaiki. cuma mekanik yg benar-benar berkaliber yg mampu memperbaiki dlm masa lima tahun. maaf saya rasa tak ada mekanik yg sebagus itu dalam negara masa ini. lebih mudah rasanya jika kereta buruk itu dibuang saja kedalam laut china selatan. tokey besi buruk pun tak sudi nak beli kereta lama ini disebabkan bau tahi yg begitu busuk sekali. biarkanlah ia menjadi sejarah saja.

Quiet Despair said...

Tuan double A asyik ajark tukar kereta baru, sebab kereta lama dah rosak.
Baru grand-bar. As good as new.
Dengan second round BR1M, ramai terus naik kereta lama.
Jiran saya Paatti very happy dengar berita ni. Nak bleli saree baru. Nak kasi my maid Rm50 macam hari tu.
Sedara Tuan AA kat Pilahpun tentu menunggu dengan gembira.

Anonymous said...

Kereto tua itu ok tok. Tuan baru boli kereto tua tu tak roti nak jago. Dah tigo orang Pemandunyo gilo babi. Semua nak modify sampai ke gearbox. Tu yg rosak toruk kereto tuo tu. Lampu merah langgar, lampu kuning takyah cerito pemandu buto warno. Lubang bosar pun dio orang langgar, orang pun dio langgar dan ado yang mati. Polis tutup mato jo.

mat s said...

Trade-in ??..dah tak boleh trade-in..Car dealers pun tak mau terima kereta tua ni for trade-in.. Udah le tua, banyak rosak pulak tu.. Boleh jual as scrap metal je la.. Or, campak dalam laut jadi tukun tiruan..
Jom "guna" kereta baru, lebih laju,selesa dan yg paling penting is "SELAMAT"....

Anonymous said...

masalahnya bro,'kereta baru' terdiri dari component yang buruk dan terbuang

mana boleh jadi baik?

Anonymous said...

DAUN YG KERING MESTI GUGUR RANTING YG REPUT PASTI JATUH

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Ringkas kata itulah pandai orang yang joli. Serba-serbi nak dibeli dengan wang. Tidak kira darimana sumber.

Anak2 muda disaran untuk mengundi PR bagi memastikan tidak dibebani hutang PTPTN selapas tamat pengajian. Tindakan para mahasiswa juga dapat membantu pelajar yang diterima masuk ke IPT Selangor yang telah ditidakkan hak untuk belajar. Jika PR perintah sudah pasti tiada masalah mengikut negeri ini.
Inilah peluang kita mengajar pemimpin2 yang ada sekarang. Cuba kita teliti sekarang menteri2 mengemis dengan rakyat demi untuk mengekal kuasa hingga sanggum membeli simpati rakyat.

MARILAH KITA SAMA2 MENUKAR KERAJAAN SAMBIL MEMBANTU KAWAN2 KITA YANG DIANIAYA......

IbnAbdHalim said...

UMNO tak dapat bezakan yang mana duit rakyat dan yang mana duit parti. Semua duit negara jadi hak UMNO. Petualang tebesarnya ialah Madey.

Anonymous said...

kereta tua memang patut ditukar kalau asyik meragam aje sebab kos maitenance pun tak ekonomik kalau beli kereta baru.. Tapi kalau kereta lama, tuan punya pun pandai maintain, makin lama makin berharga..

Kalau nak kena bedah, kita ambik pakar bedah lesen L ataupun yang dah terkenal dengan kepakaran tu..

Nak teraju sebuah negara,bukannya senang macam orang jual kacang putih, kena cari yang berpengelaman....


Sapa lagI yang berpengalaman kalau bukan BN,negara aman dan makmur walapun berbilang kaum...

Kalau nak pilih pemimpin, carilah mereka yang dah ada track record...Anwar Ibrahim memang banyak track record tapi ada ke yang boleh dibanggakan, cuba cerita satu persatu, manalah tahu mungkin terbuka hati untuk saya pilih Pakatan Rakyat pullak...he he

Anonymous said...

RM500 setakat nak bantu apa? Habis RM500 lepas tu apa? Lebih baik turunkan harga petrol, tarif elektrik dan air, gas, serta barangan keperluan harian. Jika etul2 prihatin dgn rakyat.

Anonymous said...

Kos BR1M + PTPTN lebih murah daripada menanggung UMNO Baru. Nak jimatkan kantong negara, pencenkan UMNO Baru..

Anonymous said...

Menilai Prestasi UMNO

Anonymous said...

Mat Sabu dan Kebencian Lim Guan Eng

Anonymous said...

Pemberian BR1M adalah agenda pemimpin bn merompak duit rakyat cara tersembunyi..

Kemungkinan untuk membuat kerajaan pakatan rakyat jika memenangi pru nnti mewarisi kantong kosong kerajaan..

Apa yg membimbangkan adalah penipuan bn dlm pru nnti dengan pemberian ic palsu kepada pendatang asing..membebasan banduan dari penjara dan pusat serenti asal kan mengundi bn.

Lihatlah indonesia semasa suharto sebelum jatuh..bagaimana penipuan berlaku dan kebangkitan rakyat jelata menentang penipuan..

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

When many rakyat despise UMNO they do not hate the Malays. They hate the unbridled corruption under UMNO, financial mismanagement and leakages, lavishness, cronyism and deceit. They just hate the attitude of some arrogant leaders in UMNO. They hate the leadership that has not done enough to force out those within UMNO and BN who are corrupt. They see a lack of political will on UMNO’s part to rein in all the abuses found at all levels of the government and the private sector.

MAHApenipu said...

Rakyat Selangor, jangan lupa yer, dana Yayasan Selangor termasuk utk pendidikan sebanyak rm500juta utk rakyat Selangor telah disonglap oleh cukong2 UMNO/BN tanpa dpt dikesan semasa bawah UMNO/BN yg diterajui Dr Toyol,pakar menghilangkan duit.

apanama pun boleh said...

SAAAAAAAAAAAAAAYANG UMNO/BN..tapi.. cuma BRIM nya sahaja..MUUUUUUUUUUAH !!!

pisangmalaysia said...

Orang yang masih nak guna kereta tua sebenarnya dah 'malu alah'. Dijemput naik kereta baru yg serba serbi baik kualitinya namun dek kerana 'malu sudah', terpaksa naik jugaklah kereta tuannya tu. Orang BODOH jer yang nak naik kereta Umur lebih 5o tahun berbanding brand new car... Dalam hati depa mau tapi dah 'termalu sudah' ha ha ha

merkisar said...

ANWAR IBRAHIM KUMPUL 3 BILIUN RINGGIT SEMASA JADI TPM KER?

SAYA DENGAR NASIB MALANG ANWAR IBRAHIM BERMULA PADA TAHUN 1989 LAGI APABILA KAWAN SEPEJABAT BERKATA " ANWAR RIUNG...KESIAN...MEMANG TAK LEH JADI PM !!" KAWAN TUU BUDAK TRENGGANU

TUAN-TUAN PIKIR LAH SENDIRI

Anonymous said...

"kereta dah tua deraber pula macam org gila... nasiblah...Jang oii..."

"Dah jatuh ditimpa tangga dihempap pasu bunga dipatuk pula kek Lipan".