02 July 2012

Awang Selamat terus menghasut

Sesiapa pun, apabila dalam keadaan lemah dan tidak sihat akan mudah merasa miskin di jiwa dan memandang semua dikelilingnya dengan perasaan takut. Memang ramai orang takut kerana ‘creativity’ nya sendiri. Dikampung-kampung hingga sampai masa kini masih ada yang takut kepada setengah pokok yang rimbun kerana kononnya pokok itu berhantu. Oleh kerana terlalu percaya yang pohon rimbun itu berhantu maka akhirnya hantu itu akan timbul.

Kita lupa yang jika kita masih berbentuk Muhamad (mim ha mim dal) tidak ada apa elemen yang lain boleh mengatasi kita. Tetapi apabila kita lemah maka yang tidak berhantu itu pun dianggapnya ada hantu. Hantu dan syaitan itu sebenarnya takut dan tidak akan dapat mengatasi kita kerana kita adalah makhluk yang secantik-cantik kejadian. Manusia itu lebih mulia dari malaikat tetapi oleh kerana ada manusia yang lemah jiwanya maka yang mereka tidak sepatutnya takut pun mereka akan takut.

Dalam politik pun begitu juga. UMNO sekarang amat takut jika ditewaskan oleh pembangkang dalam pilihanraya untuk menguasai kerajaan persekutuan. Rasa takutnya begitu jelas dan menonjol sehinggakan media yang menyokongnya seperti Utusan Malaysia mencari jalan untuk membantu BN dengan menulis perkara-perkara yang berunsur menakut-nakutkan rakyat. Awang Selamat dalam tulisannya semalam menulis tentang PAP Singapura yang kononya berkait rapat dengan DAP.

Utusan sebenarnya sedang cuba untuk menjauhi sokongan orang Melayu terhadap DAP dalam pilihanraya kali ini kerana undi orang Melayu merupakan sokongan yang sangat penting untuk Pakatan Rakyat atau BN menentukan kemenangan masing-masing. Awang Selamat tahu yang orang kaum Cina memang sudah mengambil keputusan untuk perubahan dan kita lihat dengan jelas yang kaum Cina memberikan sokongan padu kepada PAS yang suatu ketika dahulu amat ditakuti oleh kaum Cina.

Tetapi selepas beberapa lama PAS telah membuktikan yang parti itu merupakan parti yang adil dan kaum Cina pun mahu menerima PAS sebagai salah satu parti ‘alternative’ kepada UMNO. Dalam siri ceramah anjuran PAS yang saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang permuafakatan diantara PAS dengan DAP serta PKR, saya nampak dengan jelas orang kaum Cina tidak lagi kekok untuk bersama-sama memberikan perhatian terhadap ceramah yang saya lakukan itu.

Ini merupakan satu keindahan siasah sebuah negara 'cosmopolitan' seperti negara kita ini. Itulah sebabnya saya jarang-jarang lupa untuk menyebut yang saya amat merasakan nikmat hidup dalam kemuafakatan diantara kaum dan agama. Saya tidak mengurangkan Melayu saya apabila menyertai DAP dan lebih-lebih lagi saya tidak melemahkan akidah saya terhadap Tuhan yang satu. Tuhan mewujudkan manusia dari berbilang-bilang bangsa dan puak untuk memahami serta menghormati diantara satu dengan yang lain.

Dimana-mana saya pergi dalam siri ceramah saya, amat jelas persefahaman ini semakain hari semakin jitu dan inilah yang akan memperkuatkan perjuangan untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu diantara semua kaum yang hidup dalam negara yang di lindungi oleh perlembagaan yang telah digubal untuk menjaga semua kaum dinegara ini.

Sebenarnya UMNO telah diberikan mandat begitu lama untuk menjadi penyatu kepada semua kaum sebegitu lama, tetapi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat sebegitu lama itu telah diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpinnya dan telah lari dari matlamat penyatuan kaum itu. Mandat dan kepercayaan yang diberikan terhadap BN itu bukan setahun dan bukannya dua tahun: BN telah mendapat mandat itu selama lima puluh empat tahun sehinggakan BN mengambil semuanya ‘for granted’. BN merasakan mandat rakyat itu adalah hak mutlak mereka dan tidak ada pihak yang lain yang berhak keatas mandat itu.

Tetapi seperti yang saya katakan selalu masa dan waktu sentiasa berubah tetapi BN tidak mampu untuk bersama-sama berubah mengikut zamannya. Pemikiran rakyat begitu jauh berubah dan telah meninggalkan cara UMNO dan BN berfikir. Justeru UMNO sedang dalam kedudukan seperti telor dihujung tanduk. Bila-bila masa PRU di adakan parti ‘alternative’ merupakan pilihan rakyat yang sangat kepingin kepada perubahan dan ‘ambience’ politik yang baru yang lebih mementingkan ‘transparency’, tanpa rasuah dan salah gunakuasa seperti yang sering berlaku sekarang ini.

Keadaan inilah yang meresahkan BN dan media massa seperti Utusan sedang mencari segala cara yang ada untuk mencantas sokongan rakyat kursus orang Melayu kepada PR terutamanya DAP. Isu PAP Singapura berkumandang lagi dan membuat tuduhan yang Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin didikan PAP Singapura. Lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang dijadikan isu dan Utusan cuba mengaitkan lawatan itu sebagai simbol kerjasama DAP dengan PAP.

Tetapi Utusan tidak pula memberikan ingatan yang Lee Kuan Yew juga telah melawat Kelantan dan bertemu dengan Nik Aziz. Malahan Lee Kuan Yew juga berjumpa dengan Rosmah, wanita yang paling berpengaruh dan digeruni oleh Najib sendiri. Lee Kuan Yew berjumpa dengan semua pihak bukan sahaja pemimpin DAP.

Pilihanraya mesti sampai maka Utusan dan Awang Selamat menulis perkara-perkara dan isu yang sudah tidak lagi termakan oleh sesiapa yang berfikir dan mengetahui sejarah sebenar politik negara kita dan Singapura. Isu mengaitkan kejadian berdarah 13 Mei dengan LKS sudah tidak termakan lagi oleh sesiapa yang siuman kerana itu merupakan fitnah yang tidak henti-henti di berikan terhadap pemimpin veteran DAP itu.

Awang Selamat sepatutnya memberikan teguran terhadap rasuah yang tidak dapat dikawal lagi dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan sekarang ini. Awang Selamat sepatutnya menulis tentang RM 28 billion ketirisan yang berlaku dalam kerajaan setiap tahun seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Awang Selamat juga sepatutnya menulis tentang perkara yang positif seperti kejayaan kerajaan P Pinang, Selangor, yang telah berjaya memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan pentadbiran yang bersih dan kedua-dua negeri ini telah menyumbang 40% kepada GDP negara. Utusan juga sepatutnya menulis yang Kedah serta Kelantan adalah negeri-negeri yang jauh lebih bersih dan secara relatifnya amat baik dalam kesucian pentadbirannya dan isu rasuah.

Apa yang Utusan dan Awang Selamat perlu tulis juga ialah keadaan yang sangat harmonis yang berlaku diantara kaum setelah PR bercambah pengaruhnya di seluruh negara. Utusan perlu memberitahu yang penyatuan diantara kaum ini sedang terbentuk dimana semua kaum yang terbesar telah bersama-sama berusaha untuk bersatu dibawah PR. 

Ini adalah kerana mereka tidak akan dapat kerjasama dan kesatuan itu di dalam BN yang telah diberikan peluang untuk melakukannya selama lima puluh empat tahun kerana isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO sebegitu menebal. Awang Selamat sepatutnya menasihatkan UMNO supaya jangan memainkan isu kaum dan agama dengan sewenang-wenangnya semata-mata kerana politik.

Nasihatlah UMNO itu supaya menjadi ‘gentleman’ dan menerima kekalahan jika sudah sampai masanya kerana kekalahan di dalam demokrasi itu memang perkara yang biasa. Kalau tidak mahukan demokrasi kenapa pilih sistem ini semasa kita membentuk kerajaan yang kita tadbir sendiri dahulu? Katakan kepada rakyat yang jika tidak dipilih sistem demokrasi pun, kerajaan akan bertukar tangan juga seperti yang berlaku dibanyak negara. Ia baru sahaja berlaku dibeberapa buah negara Arab baru-baru ini.

Awang Selamat sepatutnya memberikan pandangan yang ‘magnanimous’ supaya dihormati oleh pembaca dan rakyat. Awang Selamat perlu terima hakikat yang rakyat tidak gemar dengan pandangan yang bersifat menghasut yang dimainkan oleh saudara selama ini.

14 comments:

Anonymous said...

Saudara AA,

Apa yang ditulis oleh Si Awang ni memang adalah sampah dan patut dicampak ke dalam tong tersebut. Dia ni memang seorang penakut yang sering menggunakan sinonim.

Salam.

Observer.

Anonymous said...

Kpd Awang Selamat

Berilah berita yang elok2, mengapa awang selamat tak tulis :Dimanakah Majlis Sukan Negara dikala keluarnya berita dalam ruang sukan Utusan yang Persatuan Kriket Malaysia menjadi PROXY kepada persatuan kriket ISRAEL?" bukan kah Israel tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia? jangan tengok yang dekat sahaja, yang jauh pun kena renong juga. ABU

Anonymous said...

Pak Pan,

Mungkinkah itu mengambarkan keperibadian UMNO...???

malu la...

Anonymous said...

mereka telah dijangkiti kuman nasionalis yang ubatnya hanyalah iman...tetapi mereka menjauhkan diri dari iman dan nikmat islam..

-anon-

Amuraria said...

biarlah awang tak selamat menyalak macam anjing padahal tiada lagi orang peduli segala hasutan & fitnah serta ugutan dengki khianat mereka(utusan meloya) ,kerana akhbar layak jadi kertas tandas sahaja biarkan biarkan,tak payah kita ambil pot atau peduli anjing salak bukit tak akan runtuh,ABU !

Anonymous said...

Pak Pan,
Che boleh bertahan ka beragpa lama dalam parti cina tu.Apa kata pak dan pak sak bukak parti barghu.hang tengok nanti la mereka tak bagi hampa chan nanti.putih mata pak pan dan pak sak nanti.food for thought.......

Anonymous said...

Tuan AA,

- Pada pendapat saya Awang Selamat belum lagi mahu/bersedia menerima perubahan yang sedang hebat berlaku sekarang.Melalui penulisan beliau yang lebih cenderung (menghasut pemikiran) daripada mengketengahkan isu yang lebih penting untuk kebaikan semua.

- Soal isu perubahan kearah pembaharuan pembangunan bangsa malaysia bukanlah hanya sebuah isu semasa atau sesuatu isu yang bersifat sementara tapi ini isu utama dan menjadi tunjang kepada perjuangan parti politk yang akan kekal dipersada politik tanah air.

- Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan isu/sentimen perkauman (lapuk) yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana negara pun didunia ini.Ingatlah sesuatu yang baik itu akan sentiasa mendapat tempat dhati rakyat.

salam A.B.U

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Salam Aspan,

apa bezanya dengan spin seorang blooger yang saya kunjungi, hari hari akan ditabur fitnah pasal Umno dan Mahathir..saya rasa blogger ini mungkin ada masalah nak tidur...selagi tak ditqbur rqcun fitnah di blog beliau, selagi itu mungkin beliau tak dapat lelap.

saya harap blogger tersebut baca komen saya ni,nasihat saya, hari dah senja, bertaubatlah sebelum kita ni dijemput meninggalkan alam yang fana ni.

Dahlan said...

Aspan.
Biar kan,biarkan Si lunchai dan Pak Kadok tengelam dengan labu labunya.

Tiak siapa yang pedulikan apa yang Utusan tulis.Saya di maalumkan oleh Dato Johan Jaafar,Pengerusi MediA Pima,Jumlah pengedaan akhbat Utusan telah jatoh ka tahap yang paling rendah sekali.Utusan sekarang setiap tahun menalami kerugian.Ramai Syarikat Cina sudah beheni membeli iklan di akhbar itu.

Selamat Jalan Kekaseh ku

Anonymous said...

Saya dok tengok hampa dok hantam Melayu...Tapi cuba dok bagi tau apa yang hampa nak buat bila dapat kuasa nanti..Hampa pun sama dok menyalak macam awang tu jugak.typical mentality melayu.menyampah aku.aku nak migrate lah

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Saya dahului dengan sekalung intan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada saudara dan rakan-rakan pengunjung atas perkongsian pandangan selama ini. Justeru, memulakan ulasan ini, saya sedari awal memohon ampun dan maaf andainya ulasan ini bakal mengundang rasa kurang senang mana-mana rakan-rakan kita. Apapun, saya akan cuba mengelak sedaya upaya, insha Allah, daripada mengulas dengan emosi.

Kepada rakan kita, sebagaimana saya katakan dahulu, soal Saudara Blogger kita ini nak sertai parti apa dan berapa lama, juga dapat jawatan atau tidak, saya minta saudara renung sehabis dalam, mengapa perkara seremeh ini yang nak diperdebat? Walhal, isu keruntuhan aqidah dan akhlaq warga Malaysia ini, khasnya warga Melayu Islam, tidak saudara perhalusi? Sedarkah kita semua, sepertimana yang Saudara Blogger kita katakan, bila menjelang PRU itulah, baru nampak para elit dajjal ini turun padang; itupun balik-balik dendangkan lagu dah lapuk zaman tu, kan? Fahamkah kita akan singkatan "DAP" itu, berbanding MCA, juga PAS berbanding UMNO? Kalau bear pun Saudara Aspan ini ada ayam goreng di sebalik mee goreng menyertai DAP, kononnya, patutkah kita nak pandai-pandai jadi tukang congak selain Penciptanya Yang Maha Segala itu? Persoalan terakhir kali ini, tapi berlum berakhir, insha Allah ... Redhakah lagi kita membiarkan daripada sekecil-kecil individu hatta sebesar-besar agensi, termasuk bidang kewartawanan, patuh akur seribu bahasa membuta-tuli menjadi agen pendakyah yang sudah sedia maklum akan dosa dan hukumannya nanti?

Oleh itu, sayugia bersama kita insafi, sesungguhnya tidak salah sama sekali untuk berbeza pendapat kiranya masih dalam lingkungan yang diizinkan syarak dan keadilan sejagat, dan marilah kita memohon perlindungan dan ampunan-Nya daripada segala macam gejala tak sihat ini. Menutup bicara, yang baik dan sempurna itu, datang daripada dan milik-Nya; kiranya saya keterlaluan pada ulasan ini, jutaan ampun dan maaf saya minta daripada kalian. Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang tak lekang daripada salah dan dosa.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan,

Seperti ada orang baik di right wing puji tulisan saudara berlapik-lapik serta rasional. DAP sendiri patut parachute down untuk baca setiap artikel saudara, tak sepatah pun yg menguris hati orang Cina. Begitulah kesemua komen kita di sini. Selalunya untuk membuka minda, to speak up menentang kepincangan, dll kekadang sindir pemimpin2 UMNO ... sepatutnya

Pak Aspan ikhlas, rasional, bijak secara konsisten di blog atau pun di ceramah2 seperti Muslim yang jujur, ikhlas sgt, baik serta harmonis, bukannya ingin mengejar jawatan tapi hanya untuk berbakti ikhlas pada masyarakat Melayu, serta bangsa2 Malaysia.

Sudah tentulah DAP Cina, India ternikmat keikhasan serta persahabatan muhibbah saudara seandainya mereka menyelami pemikiran dari tulisan saudara Aspan serta mendekati saudara semasa ceramah. Kita penyokong Sdr Aspan yg turut hadir, pun boleh bertegur sapa mesra dgn mereka to mend the past and to build bridges of friendship and reconciliation.

Semoga di luar sana, mereka menikmati kita menerima inclusiveness mereka, persahabatan bersama untuk membangun semula negara kita.

Kekadang itu, saya menonton video klip Bersih 3 untuk mengenang kembali " the unity " serta kasih di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu, build bridges.

Terima kasih Sdr Aspan.

Anonymous said...

Anon 11:00

Who cares awak nak migrate,its does not tickle anybodies assh men
Memang UMNO is a pariah and korap parti ok,nak tahu macam mana PR memerintah tengok sahaja Selangor,Penang,ISLAMIC REPUBLIC OF KELANTAN dan Kedah hutang yang dibuat olih KEREJAAN bn dahulu dah langsai.....beb. ABU

Anonymous said...

Anon 7:11:00

Nak migrate ke indonesia ? Ke negara membangun, payah nak percaya dari nada substance komen kamu.

Ingat nak brain drain spt sebab2 golongan profesional India, Cina serta Melayu yg berpendidikan di luar negara yg tak tahan dengan rasism terhadap semua kaum ? Tak rasa kekok kah kalau jumpa mereka di luar negara sebab dah benci sgt mereka di sini?