31 July 2012

Perayaan 31 Ogos ini hanya untuk UMNO sahaja, bukan untuk kita

31 Ogos ini buat pertama kalinya kita akan menyaksikan kemeriahan perayaan ulang tahun kemerdekaan negara ditukar menjadi perayaan ulang tahun Barisan Nasional. Tidak tahu pula saya perayaan yang ke berapa. Nampaknya perayaan yang akan menelan belanja puluhan juta itu dipengerusikan oleh seorang Menteri BN dan jika Menteri ini menjadi pengerusinya tentulah belanjanya akan berlipat kali ganda mahalnya jika dibandingkan dengan belanja yang sepatutnya.

Maklum sahajalah Menteri-Menteri sekarang selain menganggotai kabinet kebanyakan daripada mereka adalah juga kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang berniaga dengan setiap perayaan besar-besar yang dikendalikan oleh kementerian masing-masing.

Buat pertama kalinya tidak semua rakyat yang akan merayakan perayaan ini, seperti tahun-tahun yang lepas kerana kali ini perayaan hanyalah untuk pemimpin-pemimpin BN dan penyokong serta saki baki penyokong mereka sahaja.

Jawatankuasa perayaan ini sengaja melakukan niat agar mereka yang tidak bersama di dalam BN untuk tidak merayakannya. Jika Jawatankuasa Penganjur mahukan semua lapisan masyarakat untuk bersama merayakannya slogan ‘Janji ditepati’ itu tidak akan digunakan untuk perayaan ulang tahun kemerdekaan ini.

Lain-lain perkataan jika Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman masih hidup tentulah pemimpin-pemimpin ini tidak akan merayakannya bersama. Tetapi tidak mengapalah kerana kita tidak semestinya pergi bersama-sama merayakan perayaan anjuran BN itu. Bagi puak kita pula kita boleh merayakan ulang tahun kemerdekaan itu dengan mengadakan doa selamat di rumah masing-masing.

Marilah kita berdoa memohon keredhoan Tuhan untuk kita semua tetap dengan pendirian untuk mengakui bahawa kemerdekaan itu adalah perjuangan rakyat dan bukannya BN semata-mata. Kita yang membaca sikit-sikit ini tahu bahawa perjuangan kemerdekaan ini telah bermula lebih dari dua dekad sebelum UMNO (yang sudah pun mati) itu ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dahulu.

Mari kita bersama-sama mengingati yang bangsa-bangsa lain juga turut bersatu dalam menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang bergerak sebelum Perikatan diwujudkan dahulu. Kita juga boleh mengambil slogan “janji ditepati’ itu dengan melaksanakan janji-janji kita untuk menjaga keharmonian hidup setiap bangsa di negara ini.

Marilah kita memperingati slogan ‘janji ditepati’ ini dengan memerangi gejala-gejala rasuah oleh mereka yang mentadbir negara ini. Kita semua telah berjanji semasa mencapai kemerdekaan dahulu untuk menjaga negara kita daripada dibolosi oleh musuh-musuh negara seperti rasuah dan salahguna kuasa serta mengenepikan pencuri-pencuri harta rakyat seperti yang kita jelas nampak pada hari ini.

Kita mesti tepati janji-janji ini seperti yang kita telah bai'ahkan bersama semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Janji yang ‘ultimate’ bagi kita dahulu ialah untuk mencapai matlamat penyatuan semua kaum dalam kehidupan yang muhibbah dan aman sentosa buat selama-lamanya.

Semasa mencapai kemerdekaan dahulu salah satu janji rakyat ialah untuk meningkatkan maruah bangsa-bangsa di dalam negara ini untuk menjadi bangsa-bangsa yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi semuanya itu tidak ditepati oleh parti yang menyambung perjuangan UMNO asal dahulu untuk peningkatan maruah bangsa Melayu pimpinannya.

Sebaliknya, Melayu telah dididik untuk menjadi bangsa yang sentiasa menadah tangan meminta ehsan dari pemimpin bangsanya yang berada di dalam BN sekarang ini. UMNO tidak mahu menerima rakyat yang mempunyai pemikiran yang telah meningkat kerana jika orang Melayu meningkatkan tahap pemikiran mereka, UMNO tidak akan kekal lagi berkuasa.

Itulah sebabnya UMNO telah mendidik bangsanya untuk mengangguk seperti burung balam dan jika tidak mahu menurut akan dianggap sebagai musuh dan seteru mereka sepanjang masa.

Itulah sebabnya pihak yang sebenarnya yang diharapkan untuk menepati janji-janji ini ialah pihak dari barisan alternatif sekarang ini. BN telah jelas tidak menepati janji-janji itu. Jika benar mereka sudah menepati janji-janji itu Melayu tidak akan masih tinggal di belakang dan sekarang sepatutnya sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain dalam kehidupan yang muhibbah dan harmonis tanpa isu-isu rasis yang menebal seperti yang diperbesarkan oleh UMNO sekarang ini.

Oleh itu mari kita mengingati tarikh 31 Ogos ini sebagai hari untuk melonjakkan semangat kita untuk kita menepati janji-janji itu yang telah dimungkiri oleh pihak UMNO dan BN.

Lagi sekali slogan ciptaan BN itu sedang mengguna pihak Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya seperti slogan ‘Bersih, Cekap, dan Amanah’ ciptaan Mahathir yang akhirnya dilaksanakan oleh pihak Pakatan Rakyat di negeri-negeri kendalian mereka (PR) sekarang ini.

Tapi tiada siapa yang tidak memahami kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini menjadikan 'janji ditepati' itu sebagai slogannya; tidak lain dan tidak bukan kerana BN dalam keadaan 'desperate' yang amat sangat. Bagi mereka (BN) perasaan malu sudah tidak ada lagi. Moral pula jauh sekali.

11 comments:

Anonymous said...

Sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas
(?) diadakan indoors. Para hadirin terdiri daripada foreign dignitaries,the elite, menteri kabinet serta vvvvvip isteri - isteri, anak - anak, peserta - peserta acara, venue pun penuh. Rakat ?

Pak Aspan, eloklah kalau pelajar - pelajar universiti dan kolej kita buat flash mob dance tradisional ( kali ini lama sikit, 10 minit untuk setiap komuniti rakyat )di banyak tempat serentak di seluruh negara: di bandar-bandar, di padang flat - flat, apartment kos rendah, di desa - desa sambil kibarkan Jalur Gemilang, beri belon, gula -gula kepada masyarakat setempat ! Tapi perlu collaborate, berbincang mengenai cultural sensitiveness.

Ini termasuk pelajar - pelajar kita, Malaysians di perantauan ( tak dapat undi ) boleh terlibat dalam persembahan ini. Terharu sangat bila terkenang mereka serta keadaan negara kita yang tercinta. Salam.

Anonymous said...

As Salam Tuan AA.

"Merompak, menyamun, memperhambakan dan memperbodohkan Bangsa Melayu....janji ditepati". Itulah slogan yang tidak dicetak sebelum perkataan "Janji Ditepati". Bodoh punya menteri perogol amah, mereka ingat BR1M - RM500 tu boleh bertahan sampai 1 bulan dengan kos sara hidup masa kini? Kalau golongan sederhana yang mempunyai anak sekolah seramai 5 orang, maka RM500 hanya dibuat perbelanjaan mereka (anak sekolah) sahaja selama 3 minggu. Menteri tak pernah hidup susah dan tiada langsung belas kasihan terhadap bangsa dan tanahair (mereka ini lebih hina dari kaum kafir lahanat), mana tahu perbelanjaan harian rakyat? Melainkan slogan bodoh dari menteri tua pengampu bodoh kepada yang melantiknya, yaakni PM terbodoh dan terbebal di zaman ini. Selamat berbodoh-bodoh bersama parti penzalim bodoh.

Anonymous said...

Awat!

Si Rais tu ingat negara ni mak bapak dia punya ke? Menteri kepala senget macam Rais ni patutnya dihumban keluaq sejak dulu lagi. Yang Najib simpan menteri species suka bakar jambatan ni pun buat apa?. Dah tak da orang lain lebih layak agaknya?

Betoi laa kata Mamak Kutty...yang tinggal dalam UMNO BN ni cuma orang orang bodoh dan dungu saja. Pasai tu laa lagu tema Kemerdekaan pun entah apa apa .Kalau aku ni Rais..dah lama aku terjun jambatan (nak bakar dan perosak jambatan buat apa) ...malu weh..malu..boleh jatuh kemaluan !!!

Pelik noo...Rais tak rasa jatuh kemaluan kaa buat kerja tak sesnonoh macam ni?

Anonymous said...

Rais Yatim keje dia takda lain mesti nak bodek Najib.....
Bini Rais leka kesana kesini membodek Rosmah (si suami Najib) supaya kedudukan suami dia sentia tinggi di sisi Najib (isteri Rosmah)

IbnAbdHalim said...

Saya tak sambut hari kemerdekaan sejak DSAI kena pecat. Saya juga tak pernah beli surat khabar arus perdana sejak itu. Dan saya juga tidak tonton berita TV sejak itu. Saya tidak akan berbuat perkara-perkara tersebut selagi UMNO berkuasa.

Anonymous said...

Ha ha ha..Nasib la ko Najib oii! Gitu ler jadinya dengan lagu tema Hari Kebangsaan bila kabinet ko hanya penuh dengan kaki ampu dan bodek. Kerana membodek laa lagu tema tu jadi haru biru.

Aku benar benar nak tergolak wehh..ada ke patut lagu Hari Kebangsaan di sumbat dengan BR1M, Klinik 1 Malaysia...dah tu suruh minta dibalas budi. Kah kah kah.. budi kepala hotak menteri UMNO BN ker???

UMNO BN mentekedarah berbillion duit rakyat..minta rakyat balas budi...piraahhh!

Ello Rais Jolobu...otak kau memang berjerebu sampai tak dapat nak bezakan antara semangat parti dan semangat negara. Kau ni jadi menteri pakai sijil dan degree beli ke??? Kalau nak bodek pun berpada padalah..

Eleh eleh..dulu kau yang bakar jambatan kan kan kan. Auta lebih la kau ni Rais...malang benar Najib ambil kau masuk kabinet.

apanama pun boleh said...

Slogan2 Rakyat Didulukan la, Terima Kasih BN la dan akhirnya entah apa kuman gila dah serang kepala otak kecik UMNO,…JANJI DITEPATI muncul pulak dijadikan lagu tema Hari Merdeka tahun ini…Dah sewel kot UMNO nei!!! Liriknya ditulis oleh ‘menghabehkan boreh/Rice Yatim’ !!! Adehhh,,seorang Dr tapi idea hampehhh!! Kalu nak bodek boss pun nyorok2 la sket…hehe. Begitulah terdesaknya UMNO, sampai Hari Medeka pun UMNO nak hijack utk propaganda kempen PRU13..!! Tanda nak kojol la tu !!! Hari Merdeka utk semua rakyat Msia daa, bukannya utk agenda politik..wokey !! Pak Lah yg selalu lalok tu pun tak buat benda bodoh cam ni..!!! Kih,kih,kih..Umngok,,Umngok…

Anonymous said...

Logo Hari Kebangsaan dan lagu Tema Kebangsaan 2012 benar benar hampeh ! Inilah hasil kerja menteri bermentaliti pencacai dan pembodek. Aku memang naik loya bila dengar lirik tu...cuma orang otak sentel saja yang boleh hasilkan lirik macam tu.

Ni satu lagi bukti " Menteri UMNO di Utamakan , Rakyat Diketepikan ", slogan yang sesuai buat UMNO BN. Memang menteri menteri UMNO BN macam Rasi ni jenis perasan..dialah nak jadi menteri, dialah nak jadi penggubah dan penulis lirik, dialah nak jadi seniman pemuisi, dialah juga yang bakar jambatan...segalanya dia belaka termasuklah desas desus kes rogol amah Indonesia. Jenis menteri UMNO BN ni semua nak rembat, makan keliling bak kata orang. Tak sedar diri dan tak tahu malu..Jenis kulit muka tebal macam kulit dot dot dot dot ni cuma tahu syok sendiri.

Najib patut tendang keluar jer menteri mental pencacai tahap gaban ni. Cuma perosak parti jer. Tapi elok gak..simpan laa ramai2 orang macam Rais ni..lagi ramai lagi cepat UMNO rebah dan lingkup.

Aku rasa Pak Aspan pun rasa tempias malu sebab Rais ni orang nogori..sama kapal!. Hiiii... jenis manusia perasan lebih ni memang menyusahkan orang ramai.

Anonymous said...

Nak jatuh kemaluan apa ke benda. Memang manusia macam tu jenis tak ada kemaluan..tak tahu malu langsung.

Kah kah kah..Rais naik syok bila lagu tu kat youtube didengar lebih ratusan ribu..tapi dia sekali lagi tak sedar...nak jumpa kes "dislike" puluhan ribu tu dalam beberapa hari jer amat susah..tapi lagu dia tu dibenci puluhan ribu orang dalam masa singkat jer..tu pun dia masih syok sendiri dan bangga kat twitter dia.

Manusia bila dah perasan sangat..gitu ler jadinya ! Nasib baik laa si Rais ni bukan bapak Hisyamuddin Rais..kalau tak..barangkali kena penampor FREE gamaknya oleh si Hisyam tu.

Anonymous said...

Semua program di malaysia telah di salah gunakan oleh pemerintah dan bukan utk kepentingan rakyat keseluruhan. Wajib bg rakyat untuk menolak sistem sebegini dan mulakan satu lembaran baru dan sistem baru yg lebih segar ,energetic dan berdasarkan kebebasan berfikir dan tanpa menyekat kebolehan dan bakat. Merdeka dimainkan dan dimomokkan supaya rakyat berterima kasih kpd kerajaan yg sebetulnya kerajaan yg patut berterima kasih pd kerajaan kerana memberi mereka undi. Segala nya telah rosak binasa dan wajib bg kita semua utk hijrah ke sistem yg lebih baik. Salam perubahan!

Anonymous said...

Sdr Aspan & fellow guests,

This dedication is for those of us who miss Britain, our good friends’ fantastic wit, humor and fresh creativity to improve humanity or the London Olympics.

Enjoy listening to the masterpiece – minus the smoke ....

http://www.youtube.com/watchVangelis - Chariots of Fire uploaded by tititoul 2007

Thank you.