20 July 2012

Sememangnya rakyat menilai dari 'track record' kepimpinan Najib

“Bodek PM Days are over,” kata Najib kepada perjumpaan beliau dengan sekumpulan pesara kerajaan semalam. Najib meminta pesara kerajaan memberikan sokongan kepada beliau bukan kerana beliau seorang Perdana Menteri. Najib mahu semua pihak memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan kepada ‘track record’ yang ada kepada beliau bukan kerana hendak mengampu beliau.

Sesungguhnya memang begitulah sepatutnya kita semua lakukan terhadap Najib. Kita mesti memberikan sokongan atau penentangan kepada seseorang pemimpin itu mengikut ‘track record’ nya dan itu pun sebabnya banyak pihak termasuk diri saya tidak memberikan sokongan kepada Najib dan parti yang beliau pimpin. Semuanya itu berdasarkan kepada ‘track record’ yang kita semua sudah membuat penilaian dengan teliti.

Sejak akhir-akhir ini banyak pihak telah menarik sokongan dari UMNO dan BN kerana rekod yang tidak menyenangkan rakyat di bawah pimpinan beliau. Berbagai-bagai isu terdedah terhadap kepimpinan Najib, dari soal rasuah sehingga isu menyalahgunakan kuasa dan kerisauan rakyat tentang masa depan negara jika BN/UMNO pimpinan Najib ini terus berkuasa.

Masalah hutang negara yang hanya RM250 billion pada tahun 2007 sekarang sudah meningkat kepada RM456 billion. Dalam masa empat tahun hutang kerajaan meningkat dengan begitu ketara. Jumlah hutang ini merupakan 54 peratus dari GDP negara dan angka ini sangat merbahaya kepda kestabilan negara kita. Angka ini tidak dapat dipastikan samada ia termasuk hutang-hutang yang dibuat oleh semua ‘off budget agencies’ negara.

Ketirisan dalam pentadbiran negara pimpinan Najib begitu tinggi dan Ketua Audit Negara telah mengesahkan yang ketirisan ini melibatkan jumlah RM28 billion setahun. Jika Najib mahukan orang ramai menilai beliau dari ‘track record’ beliau ini merupakan secebis dari rekod yang merunsingkan rakyat negara ini.

Itu belum lagi kita menyebut dan membuat pertimbangan terhadap beliau dengan isu peribadi seperti kes Altantuya, skandal pembelian kapal selam scorpene, isu pemberian kotrak pembinaan MRT Ampang kepada George Kent dan banyak lagi isu-isu yang dikaitkan dengan beliau dan isterinya.

Jika Najib ingin tahu, sememangnya rakyat sedang membuat penilaian terhadap ‘track record’ beliau dan saranan beliau itu sepatutnya tidak payah dibuat. Jika tidak kerana ‘track record’ beliau ini, masakan terlalu menyeluruh rungutan terhadap kepimpinan beliau yang menjadi sebutan oleh rakyat di mana-mana kita pergi.

Setakat itu sahaja komen dan reaksi saya terhadap kenyataan PM kita ini.

19 comments:

amidharon said...

Sdra Aspan,

Saya fikir satu lagi kelemahan PM adalah MAHADHIR dan Mahadhirism. Dia terlalu memberi ruang kepada beliau dan ketidakadilan terhadap Pak Lah.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Selamat menyambut Ramadhan buat tuan sekeluarga serta saudara saudara penjenguk blok tuan ini.

Tiada yang menarik untuk saya mengutarakan komen mengenai najib & umno mahupun PR. Tiada cerita baru malahan apa yang terjadi adalah didalam terang dan didalam pengetahuan rakyat. Kita tunggu dan akur sahajalah keputusan majoriti rakyat nanti.

Unknown said...

Apakah track rekod positif Najib yg boleh d banggakan....tiada sebenarnya...1 Malaysia beliau d tentang TPM beliau...TDM pun kata pentadbiran beliau lemah...

Unknown said...

Tidak ada track record Najib yg boleh di banggakan...konsep 1 Malaysia beliau d tentang TPM dan TDM...TDM sendiri akui pentadbiran Najib lemah...

Anonymous said...

Pak Aspan,

Yang najib ada hanyalah track, tetapi record nya tak ada. Nak nilai apa?

Semuanya kosong,karut.

KTWong87 said...

Sememangnya zaman "Bodek PM" sudak tamat.

Kini, PM Najib "Lembek" Razak kena bodek sesiapa sahaja demi pancing undi.

Takut di tendang keluar dari Seri Perdana.

Taktik "You help me, I help you" tak boleh pakai dah. Bukti track record Najib, Rosmah dan UMNO/BN terserlah. Mata rakyat sudah dibuka.

Sokongan Tok Dalang rupanya semakin lama semakin berkurangan; sedangkan langkah anaknya dari Jerlun ke Alor Star memang matlamat No.1.

Tambahan pulak musoh dalam selimut UMNO dah lama dahulukan agenda mereka masing-masing.

Lebih bijak Si Najib siap sedia gulung tikar...

Anonymous said...

Najib ni semakin bengap. Adaka dia boleh cakap Pesara-Pesara Kerajaan menyokong solid kepimpinan beliau sedangkan hari-hari kita lihat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersara berbondong-bondong masuk parti pembangkang. Nak sedapkan hati lah tu...nyanyikan lagu segalanya indah belaka agar bisa tidur....

tebing tinggi said...

Sebagai rakyat yang prihatin dan tak terdodoi olih nyanyian-nyanyian yang mempersonakan kebijaksanan menilai tampa terdorong adalah penting.

Nanyian yang mengoda kadang-kadang membuat kita terlena dan alpa akan hakikat.

Anonymous said...

Sdr Aspan & all,

Selamat Berpuasa.

Baguslah ada org baru turut beri sokongan pada Sdr Aspan. Mana regular
yang lain ?

Quiet Despair said...

Salam Ramadhan Tuan AA dan kawan-kawan
Maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

As salam Tuan AA.
PM Najib ni rupanya terlalu bodoh dan perasan rupanya. Dia ni tak pernah membaca atau langsung tidak prihatin terhadap suara dan rungutan rakyat. Memang betullah kalau seseorang individu itu berpolitik dan selalu menang tanpa bertanding atau selalu "play safe" atau politik keturunan, maka inilah akibat dan buktinya kalau individu tersebut mengetuai tampuk pemerintahan negara. Inilah jadinya kalau mengambil Zionis sebagai penasihat, mereka hanya tahu menindas dan menakutkan rakyat untuk mendapatkan kuasa sahaja. Sebenarnya sesuatu perkara yang rakyat benci maka yang itulah yang Najib selalu dahulukan dan kroni beliaulah yang secara terang-terangan beliau utamakan. Bak kata pepatah "Rosmah di dahulukan, korupsi diutamakan".

KAMARUZAMAN said...

WHAT KIND OF A TRACK RECORD FROM THE WORLD'S MOST STUPID AND IRRESPONSIBLE PM.

MAHApenipu said...

Di sebuah negara demokrasi rakyatnya adalah tuan sebenar.Tapi di Msia,semua agensi awam dimanipulasi memutarbelitkan fakta2 utk 'brained-washed rakyat,seolah-olah BN pula yg menjadi TUAN BESAR. Sepatutnya Ker. Msia bukannya Ker Barisan Nasional kerana Msia adalah sebuah negara bukannya sebuah parti atau organisasi. Kenapa segala-galanya akan disebut sebagai pertolongan, subsidi dan bantuan.Kalau duit BN bolehlah guna ungkapan sedemikian. Bukankah sememangnya tanggungjawab pemerintah membangunkan negara, memajukan rakyatnya & meringankan beban kehidupan rakyatnya?

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

UMNO undoubtedly started as a party that cared for the Malays but it has since evolved into a party that cares for the elites among them. The Malays have evaluated UMNO enough. They have evaluated the 4 states under the Opposition. When the Malays see UMNO failing them they see Pakatan giving them a new hope. The Malays do not have to go far to evaluate the good work of Pakatan. They have for the past 4 years seen the huge success in Selangor and Penang.

DAP, PKR and PAS have together steered the states under them steadily without neglecting the Malays or other races. Neither have they neglected Islam or other religions. The fact remains that Pakatan is still a Malay-dominated party. DAP, on its part, is now seen by the people as a party that has high integrity.

apanama pun boleh said...

Ajib, big-boss BN, yg kerap menafikan penyelewengan duit rakyat/negara oleh individu2 partinya yg telah terbukti dgn dokumen2 sahih, sebaliknya menutupnya pula dgn akta2 & undang2 drakonian mencerminkan sebuah kerajaan yg tidak amanah & bersifat diktator.

Anonymous said...

Tuan AA,

'Track record' PM ialah bila motif pembunuhan tidak penting.


Salam perubahan A.B.U

-scorpeneterang-

Adlan Noh said...

Dengan kadar HUTANG NEGARA PER TAHUN begitu tinggi, mampukah kerajaan sekarang mengurangkannya menjelang di akhir 2013?? Saya yakin bukan sahaja kadar HUTANG NEGARA PER TAHUN tak mampu dikurangkan, malah kadarnya akan meningkat lebih lagi. Justeru, jika GE13 ini dimenangi oleh BN lagi, kita akan seangkatan dgn negara- negara Latin Amerika & Eropah yg pernah bankrap. Kalau kita memandang rendah akan kemampuan negara jiran kita, Indonesia, maka rendah lagi lah martabat negara kita sekiranya ini berlaku.

Anonymous said...

Pan,

Pelik la saya, macamana boleh dia begitu lancang berkata begitu, sedangkan umum mengetahui macamana track recordnya. tak malu ke...

Bermula begini...

1. Pendidikannya..
2. Perkahwinannya..
3. Gaya hidupnya..
4. Cara berpolitiknya..
5. Kepimpinannya..

antara di atas track record apa yg nak dibanggakan?

Anonymous said...

Majority do not know what's going on or do not care eg. corruption, wastage, huge national debt, divisive and damaging politics of race and religion and etc..

For real, permanent, meaningful change to happen, the country might have to hit rock bottom - the pain will wake them up to accept change!