24 September 2012

Dr M, Melayu mahu bersatu, tetapi bersatu di luar UMNO

Saya telah cuba untuk tidak menulis tentang Dr Mahathir lagi tetapi tidak dapat saya berbuat demikian kerana beliau masih lagi menyalahkan semua orang di atas perpecahan orang Melayu sebagaimana anggapan beliau sekarang. Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia semalam beliau menzahirkan perasaan sedih di atas apa yang telah terjadi kepada orang Melayu yang pada beliau akan hilang kuasa politiknya disebabkan perpecahan sesama sendiri.

Tidak susah untuk memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai Melayu yang tamak kuasa yang telah memecahkan Melayu itu. Ia tidak lain selain dari Anwar Ibrahim yang telah menjadi duri dalam daging kehidupan sepanjang hayat beliau. Mahathir masih lagi bercakap tentang Melayu yang beliau sendiri telah pecahkan dan hasil dari perpecahan itu dilontarkan kesalahannya kepada semua orang kecuali diri beliau sendiri.

Utusan menggambarkan yang beliau telah menangis memerhatikan perpecahan orang Melayu sekarang ini. Tetapi Dr Mahathir mesti faham yang orang Melayu telah lama menangis dan tersedu di atas perbuatan beliau memecahbelahkan pimpinan dan premis perjuangan Melayu iaitu UMNO selama ini. UMNO telah beliau jadikan sebagai alat permainan beliau dengan menggunakan sentimen Melayu yang menebal dan menggunakan simpati dan sokongan Melayu itu untuk kepentingan peribadi beliau.

Kata perbilangan ‘sesal dahulu pendapatan, kesal kemudian tiada gunanya’. Inilah yang patut Dr Mahathir rasakan sekarang dan berhenti mengalih dan melontarkan kesalahan kepada orang lain seperti Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Di sini Dr Mahathir perlu merasakan kekesalan di atas permainan politik melampau beliau sehinggakan UMNO tidak ada lagi pemimpin yang mempunyai roh perjuangan yang sejati melainkan pemimpin-pemimpin yang datang secara ‘dubious’ yang kita tidak tahu asal usul perjuangan mereka dan keluarga mereka.

Dr Mahathir telah mendapat segala kehendak politik peribadi beliau tetapi ‘at what cost?’ Berapakah harga yang terpaksa dibayar untuk mempertahankan Dr Mahathir itu? Kerosakan tentunya bermula dari suatu masa dan adalah tidak wajar Dr Mahathir untuk menyatakan yang kerosakan itu bermula dari zaman kepimpinan Pak Lah semata-mata.

Kerosakan yang kita lihat sekarang begitu teruk dan tidak mungkin ianya bermula dari zaman Pak Lah yang baru sahaja empat tahun meninggalkan kuasa setelah menjadi PM hanya selama lima tahun. Pak Lah itu sendiri merupakan pemimpin yang dari awal tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Begitu juag Najib dan Muhyiddin yang ada pada hari ini.

Tetapi mereka-mereka ini muncul ke depan kerana ketiadaan dan ketandusan kepimpinan dalam UMNO hasil dari penyingkiran pemimpin-pemimpin yang baik oleh Dr Mahathir dahulu. Berjayalah Dr Mahathir memperolehi apa yang beliau inginkan, iaitu barisan kepimpinan yang hanya ‘mengangguk seperti burung balam’ dalam UMNO. Tetapi Mahathir itu adalah makhluk seperti kita semua juga. Sampai masanya beliau terpaksa bersara dan apabila beliau bersara, di sinilah bermulanya masalah yang kita sedang hadapi sekarang. UMNO sudah menjadi parti yang kekeringan pimpinan, kosong dan tidak bermaya lagi.

Dr Mahathir tidak menjadikan alam yang terbentang luas ini sebagai guru. Padahal bukan kita tidak nampak jika sesebuah negara itu dipimpin oleh seseorang dengan jangkamasa yang terlalu panjang, negara itu akan kehilangan kepimpinan kerana semua mereka yang berkepimpinan itu akan mati ditelan masa. Bukan tidak ada contoh yang jelas yang boleh kita lihat dan dijadikan pelajaran. Presiden Tito memerintah hampir 3 dekad, akhirnya apabila beliau tiada Yugoslavia berpecah menjadi 5 negara kecil yang berperang tiada kesudahannya.

Presiden Marcos, seorang yang mula pemimpin yang demokratik akhirnya menjadi diktator dan memerintah selama 20 tahun, akhirnya Filipina sehingga hari ini belum lagi dapat bangun ke tahap yang mereka pernah alami dalam tahun enam puluhan. Begitu juga Indonesia yang diperintah Suharto selama 30 tahun menjadi haru-biru dan baru sekarang sahaja negara tersebut  telah kembali menjadi negara yang disegani dan negara demokrasi terbesar selepas India di Asia ini.

Kita boleh perhatikan di mana-mana negara yang pemimpinnya memerintah sebegitu lama, akan mewarisi negara yang sarat dengan korupsi yang susah untuk dibendung. Euthopia, Algeria, Indonesia, Filipina, Zimbabwe dan terlalu banyak contoh yang membuktikan yang negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin terlalu lama akan menghadapi penyakit politik dan sosial yang besar dan memakan masa yang panjang untuk diperbetulkan.

Tuduhan Mahathir yang orang Melayu telah berpecah belah dan menganggap Melayu mudah lupa, tetapi elok kita ingatkan yang Mahathir sendiri sudah terlalu banyak perkara yang beliau telah lupa. Beliau terlupa kepada hakikat yang segala perbuatan kita akan diadili oleh rakyat pada masa yang akan datang. Ada di antara penyokong tegar UMNO membenci saya kerana saya tidak berhenti-henti menyebut perkara yang lama. Tetapi kalau tidak ada yang lama masakan ada yang baru.

Perbuatan pemimpin akan disebut sampai bila-bila. Apa yang dilakukan oleh Mahathir itu merupakan sejarah yang baru dan masih ramai yang hidup dan mengingatinya. Sejarah tetap diperkatakan selalu walau selama mana pun usia sejarah itu. Abu Jahal telah mati lebih dari 1400 tahun dahulu, namun namanya tetap disebut dengan apa yang dia telah lakukan.

Firaun tetap menjadi bacaan sejarawan walaupun zaman Firaun tu telah berlalu lebih dari 3 ribu tahun yang lalu. Sesiapa pun tidak boleh mengelakkan sesiapa dari menyebut hal sejarah walaupun sejarah itu telah berlalu ribuan tahun yang lalu. Sejarah tetap sejarah dan ia akan tetap menjadi bahan telaah rakyat di masa yang akan datang.

Dr Mahathir tidak boleh menyalahkan apa yang berlaku kepada orang Melayu kepada orang lain. Mahathir telah membiarkan UMNO menjadi reput dan apabila sampai ke tahap UMNO sudah tidak dapat diperbaiki lagi ini, beliau masih hangar-bingar menyebut isu ini seolah-olah beliau tidak ada kena mengena dengan keadaan yang berlaku ini.

Orang Melayu sedar yang mereka telah berpecah-belah. Maka mereka (orang Melayu) sekarang begitu ‘conclusive’ mengambil keputusan untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Jika pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, termasuk dengan Dr Mahathir sekali inginkan perpaduan, saya mencadangkan supaya mereka-mereka ini turut sahaja kehendak orang Melayu untuk berpadu di luar UMNO itu. Pemimpin UMNO harus menerima pandangan banyak pihak yang kali ini pembangkang akan menang secara ‘outright’. Tsunami politik akan lebih hebat lagi dari tsunami 2008 dahulu. Siapa yang tidak percaya dengan pandangan ini, itu hak masing-masing.

Menganggap Melayu akan selamat hanya di bawah UMNO sahaja merupakan satu mitos yang tidak boleh diikuti dan dipercayai. “Enough is enough,” kata seorang pemimpin UMNO sendiri kepada saya semalam. Beliau seterusnya berkata, “selagi kita meyakini UMNO selagi itulah pemikiran kita diperangkap. Buat itu tak boleh buat ini tak boleh. Sampai bila kita hendak diperangkap dan perkuda oleh pimpinan yang hanya memikirkan kepentingan mereka semata-mata?”

Kita sudah tidak ada masa untuk mendengar ‘gelembong’ UMNO lagi.

21 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Mohon maaf.....beribu2 kali maaf.....

Tidakkah tajuk ini salah?....tak tepat?

Bagi saya yang paling tepat adalah orang2 Melayu mahu bersatu di luar umno (baru)!!!

sekian,

gheng lama

Amuraria said...

BENGAP NYANYUK YANG TAK BOLEH DIAJAR TAPI KURANG AJAR PADA MELAYU MALAYSIA ! ABU !

Anonymous said...

Manusia ini pernah digelar MAHAFIRAUN. Tepat sekali gelaran itu terhadapnya. Kini beliau mengaku Partinya adalah ibarat SYAITAN di mana beliau telah menjadi Penghulunya selama 22 tahun.

Orangyang mengaku dirinya Melayu yang berasal dari Kerala ini amat licik serta penuh dengan tipu muslihat serta bijak memutar belit. Beliau amat berkesan dalam mempengaruhi minda orang-orang Melayu dari mazhab UMNO. Bila perlu beliau akan berpura-pura menangis air mata buaya di atas nasib bangsa Melayu. Ketika lain mula beliau menempelak dan menghina kebodohan orang Melayu. Bila rasa diri dibenci,beliau berpura-pura merajuk....lantas orang-orang di sekeliling yang terpedaya berlumba-lumba ke penas mencium tangannya, sampai ada tumit kasut yang patah.

Mahathir menyatakan kesedihan tentang orang Melayu yang MUDAH LUPA katanya diselangi berbagai kutukan lagi....lebih menghairankan seluruh orang Melayu yang ada di dewan perdana PWTC termakan helah Si Kitul lalu bersama-sama menangis dan bersedih......alahai! Mamak tu kutuk Melayu wooiii!

Bayangkanlah jika Ling Leong Sik yang mengetuai orang-orang China di ketika itu menyebut di dalam perhimpunan mereka dengan kata kata...... China Suka Menipu atau mengungkap sajak tentang perangai buruk orang-orang China. Barangkali berterbangan kerusi meja menghentam beliau. Hanya bangsa Melayu UMNO saja yang boleh diperbodohkan manusia keturunan mamak!

Semasa berkuasa, Mahathir memberikan teraju utama dipegang oleh keturunan Mamak, tak cukup jari kaki dan tangan jika hendak diberi contoh. Ini adalah kerana jauh dilubuk hatinya Mahathir amat meragui kebolehan anak bangsa Melayu jati.

Walaupun Mahathir banyak kali mengatakan orang-orang Melayu sukar untuk berubah, beliau sebenarnya tidak berniat pun supaya orang Melayu berubah menjadi pandai dan berfikiran bebas. Kerana jika ini terjadi, sukarlah beliau menjajah fikiran orang-orang Melayu.

Mahathir juga tidak mahu orang kanan beliau terdiri dari mereka yang mempunyai "independent mind". Hanya orang lurus bendul atau kurang berpengaruh dijadikan timbalan. Kerana itu pengaruh Tengku Razali dikurangkan dengan melaga-lagakan beliau dengan Musa Hitam. Akhirnya Musa Hitam sendiri dikorbankan. Ghafar Baba langsung tidak mengancam Mahathir, hadirnya di situ adalah sebagai barang gantian tatkala UMNO di ambang persengketaan. Bila Anwar menunjukkan tanda-tanda mahu menderhaka, Mahathir pantas menghancurkan musuhnya itu denga pelbagai strategi kotor.......

Kia tunggu dan lihat apa helahnya esok......Sepandai-pandai Mamak Menipu akan terkantoi juga akhirnya dengan kuasa ALLAH


Asrul Sani

Anonymous said...

Apabila Azazil tua kutuk telah dicabut dan diambil balik kuasanya oleh Allah SWT maka si-Azizal tua nyanyuk pun menangis terisak isak penoh kekecewaan meminta simpati supaya kuasanya dibalikkan semula kepadanya, tetapi tangisannya tidak dipedulikan oleh Allah SWT, maka mula lah situa nyanyuk sentiasa berada dalam ketakutan,ketaq lutut,gelabah.stress dan mindanya berada dalam kegelapan...awal akhirnya maka dia pun menangis tanpa lagu....Pembalasan dari Allah SWT.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Saya amat bersetuju dengan kata kata awal tuan di perenggan pertama. Cuba cubalah tidak menulis berkaitan Tun M dan UMNO. Handal dan gahnya nama seseorang atau sesuatu parti itu bergantung kepada ramainya penyebut samada sebutan baik ataupun buruk. Tidak perlu beri iklan percuma kepada sesuatu yang kita tidak suka.

Saya menunggu tulisan tuan berkaitan komen YB DAP (maaf, namanya saya tidak pasti) berkaitan isu demontrasi filem hina islam tempohari.

Saya tidak tahu apa dalam hati YB berkenaan tetapi saya bersetuju jika beliau bermaksud yang demontrasi itu adalah satu perbuatan yang membuang masa dan tenaga. Kumpulkan lah kekuatan dan tenaga itu untuk perkuatkan ikatan silaturrahim sesama islam.

Isu demontrasi ini menunjuk kan sikap hipokrit kita. Semasa demontrasi jalanan BERSIH tempohari, UMNO termasuklah ulamak dalam UMNO spt Ust. Fathul Bari menentang malah menghukumkan demontrasi adalah haram. Namun demontrasi menentang filem hina islam tempihari jadi halal pula malahan tidak memerlukan permit polis. Orang lain buat tidak boleh tetapi kita buat boleh. Hipokrit.

YB DAP itu juga hipokrit kerana bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi menganggap himpunan menentang filem tersebut sebagai buang masa, tenaga dan juga sebagai mainan politik.

Maaf lari tajuk. Isu UMNO ni macam dah malas nak beri pendapat. UNNO tidak akan berubah. Rakyat hanya sedang melihat apa yang PR janjikan dan laksanakan setelah diberikan peluang di S'gor, Kedah dan Penang. Jika majoriti rakyat puashati maka peluang PR akan lebih cerah.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Udah ada yang mula bersuara.....Isu2 Islam ada....Dap ada....melayu ada....

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/24/hasan-ali-gesa-pas-umno-bersatu/

selepas Mahatdeyyyy siapkan skrip.....skrip yang akan mencorak keadaan beberapa bulan yang mendatang.......

sekian,

gheng lama

nick said...

Melayu bersatu? Adakah melayu2 yang masih hinggap didalam UMNO Baru bersatu teguh, taat dan setia kepada UMNO Baru dan pimpinannya? Kenapa pimpinan UMNO B seperti Najib, Muhyiddin dan Mahathir juga asyik mengingatkan ahli2 mereka agar tidak belot dan sabotaj parti sekiranya mereka sendiri bersatu padu? Mengapakah Mahathir sendiri belot kepada UMNO B (dan menikam AAB dari belakang)sehingga keluar parti hanya kerana tidak suka kepada pimpinan UMNO B waktu itu (GE12)?

Adakah orang2 UMNO B bersatu dengan orang2 melayu di Terengganu dan Kelantan dan menzahirkan kesatuan melayu itu dengan MERAMPAS HAK ROYALTI MINYAK dan MENIDAKKAN hak Kerajaan Kelantan keatas grant pembangunanan kerajaan persekutuan? Adakah Mahathir suka kepada kesatuan umat Melayu apabila dia membelakangkan perlembangaan dengan menganaktirikan setiap kawasan adun dan Parlimen yang dimenangi oleh parti bukan UMNO? Adakah Mahathir mengamalkan kesatuan umat melayu dengan membiarkan ramai bahkan ribuan usahawan melayu "bungkus" tanpa pertolongan kerajaan pimpinannya tetapi kroni2nya seperti Renong dan anak2nya seperti Mirzan mendapat ratus jutaan bahkan Bilion RM "Bail out" dan rescue sewaktu keelesetan ekonomi tahun 90's dulu? Adakah Mahathir suka kepada kesatuan melayu dengan merampas tanah pihak koperasi nelayan Pulau Carey secara licik dan memberikan tanah tersebut kepada pihak kroni UMNO dan MCA sehingga berlakunya skandal PKFZ?

Mengapakah sekarang mahathir dan UMNO bercakap mengenai kesatuan Melayu sedangkan dahulu sewaktu UMNO sedang kuat dan gagah, mereka tanpa memikirkan tentang kesatuan melayu bertindak menzalimi ramai orang2 melayu, menghina simbol kesatuan melayu iaitu raja2 mereka, membunuh orang2 melayu tanpa sebab2 yang munasabah (Tragedi Memali), merampas hak2 orang melayu dengan merompak saham2 bumiputera yang sepatutnya diagihkan kepada orang2 melayu (50 billion saham bumiputera telah lesap).

Kesatuan Melayu? Dari mulut mahathir? Dari mulut dan nafas busuk pimpinan UMNO yang penuh perut mereka dengan habuan2 haram hasil dari perompakan UMNO keatas hak2 orang melayu? Itu semua hanyalah gesaan2 dari pemimpin yang sudah tidak laku dimata orang UMNO! Rayuan dan rintihan yang tiada keikhlasan dari para pemuka2 yang sekarang ketakutan kehilangan kuasa. Permintaan pertolongan dari insan2 korup yang takut usia meraka selanjutnya akan dihabiskan didalam sel penjara dan bukan di istana2 mewah mereka!

Sudah-sudahlah wahai mahathir! Kamu yang sememangnya sewaktu berkuasa menzalimi dan memecahkan kesatuan melayu, baru sekarang bercerita mengenai melayu bersatu? Jawap dulu persoalan diatas sebelum kamu mempunyai hak walau sebesar zarah untuk bercakap tentang penyatuan melayu! Apa yang nyata bahawa umat melayu sekarang memang sedang bersatu dan bersatu untuk satu tujuan sahaja iaitu menumbangkan makhluk ganas yang memperkosa dan merompak orang melayu iaitu UMNO dan diri kamu sendiri, wahai Mahathir! Umat melayu sekarang bersatu dengan satu tujuan iaitu ABU- "Asalkan Bukan UMNO"! Kami sedang bersatu sekarang jadi kenapa perlu mendengar cerita2 merepek dari kamu tentang penyatuan yang sememangnya kamu sendiri tidak kenal ataupun inginkan!

UMNO bukan lagi dari kalangan kami dan kami tiada lagi kaitan dengan makhluk2 sejenis kamu itu! Kamu bersatulah dengan makhluk2 sejenis kamu dan kami, umat melayu akan melebarkan kesatuan kami dengan menghulurkan salam penyatuan dengan rakyat Malaysia yang lain. Pertarunagn kali ini adalah diantara kamu (UMNO) dengan kami, rakyat Malaysia! Tidak mungkin lagi akan ada kesatuan diantara kamu iaitu musuh yang nyata, dengan kami rakyat Malaysia! Penhitungan kita akan ditentukan pada pilihanraya akan datang! Tunggu dan lihatlah, wahai mahathir!

Nick.

Cape tiger.

Si Luncai said...

Pak Aspan,

Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa

Anonymous said...

Mahathir bin mohamad iskandar kutty-bapa penjahanam melayu. umno dirosakkan dgn dibuka keahlian kpd kaum bumiputera lain spt kadazan dusun yg beragama kristian. Tak lama lagi org siam pulak jadi 'melayu'!!! Di mana melayunya umno ni?!! Dah sah-sah madet ni dah pecahkan melayu. Projek I/C haram di sabah, I/C haram Bukit Malut Langkawi, sapa punya keje= madet!!! Wah! Hebat betoi madet ni ye... apa dia kesah, dia pun 'melayu separuh masak'. Kalau ikut bangsa bapa, tadak la melayu madet ni. Yg peliknya ramai melayu dok bangga madet ni melayu; piiiiirah!!!! melayu umno ni buta sejarah ka?!!!
manusia nama madet ni mana ada mengaku silap. Semua org lain buat salah. Dis jer yg betoi. Tp yg paling betoi kenyataan dia ' sokong setan yang dikenali dari malaikat...' Jadi betul madet ni sama dgn betul setan yg dilaknat!!! Jadi kpd yg waras akal dan jiwa, wajarkah ikut madet ni?!!! Jawab UMNO TEGAR... wajarrrrrr yeaaaaa.... he he he.
Madet menangis? Ha ha ha... waktu bg jwtan PM kat Pak Lah nangis, kononnya terlalu sayang kat umno, tp pas tu hentam Pak Lah kaw-kaw, lebih hebat keluar umno!!! dah tak caya pd umno! hebat ek . Pas tu masuk balik sbb dapat 'kuda' baru. Skrg ni nangis lagi, kononnya sedih melayu berpecah; piiiirahhhhh.... Madet ni la penjahanam perpaduan melayu nombor wahid!!! Dia la sekonyong-konyongnya bawa umno ke mahkamah sampai diharamkan umno 1946 tu pd 1988. Dia la pengkhianat yg menghina raja melayu sehingga raja hilang sebahagian besar kuasanya yg memayungi rakyat jelata. Apa jenis madet ni, dah asal 'sana', skrip politik pun mcm filem hindustan- sikit-sikit nangis... Melayu saluran 1 & 2 bole ler kelentong, lain- lain saluran dah tak tengok filem hindustan, depa dah hip hop, dah oppa gangnam style...
Umno mana ada pemimpin pelapes. madet mana suka, nanti lawan tokey. Hasilnya tu la pemimpin umno yg ada... tak sememe, kurang seduit... Kalau buat pengumuman pun mesti kata ' PENDEK KATA....' Pemimpin pelapes umno dulu banyak dah tinggalkan umno untuk masuk parti lain ataupun dah tak aktif. Mana boke tahan asyik-asyik sukusakat dia yg untung, padahal org lain yg keje siang mlm. yg tinggal dlm umno la ni spesis yg dinyanyikan oleh jamal " di hujung kampung ada teratak, bwh teratak ada kotak, bwh kotak ada tempurung, di dalamnya katak melalak..."! Itulah standard pemimpin pelapes umno. Tak mustahil, akan ada lagi yg 'chalo' dari umno sbb dah tak tahan, 'hok tua nafsu lebih ganas dari hok muda'...
Biorlah umno tegar benci dan marah pd pak aspan. Yg penting kebenaran mesti ditegakkan. Setan mana mungkin terima kebenaran sbb kalau dah terima kebenaran bukan setan namanya. PARTI SETAN akan ikut PETANGAI SETAN, jadi insaflah wahai ahli-ahli parti yg disetankan oleh pemimpin kamu!!! Belum terlambat untuk buat perubahan!

ahmadyani said...

Seteruk mana pun dia menangis, tangisannya tidak menyentuh hati orang lagi. Tangisannnya akan dianggap mengada-ngada. Kasihan dia, dia masih belum sedar. Betul kalau kita mengambil sikap, biarkan dia.

NurWangi said...

Dirinya sudah dikejar bayang dosa. Dahulunya bayang gelap di siang hari. Masih boleh nampak. Sekarang gelap zulmat di malam hari tanpa bulan. Itu yang membuatkan ketarnya kuat. Bila bercakap dalam ketar, akan banyak salahnya.

Anonymous said...

Pak Aspan yg saya hormati.

Saya sangat bersetuju kalau Pak Aspan dapat membuat ceramah kesetiap pelusuk tanahair menerangkan keberuntungan kpd org2 Melayu kalau mereka2 ini dapat bersatu dan berganding bahu didalam parti yg Pak Aspan sokong dan yakini dapat memberi keadilan dan kesamarataan khususnya kpd org2 Melayu.

Semoga keikhlasan usaha Pak Aspan demi menyatukan org2 Melayu didlm parti anutan Pak Aspan akan mendapat balasan pahala yg melimpah ruah dari Allah swt.

Anonymous said...

Ibni Ismail,

Sdra dilihat lebih cenderong mengatakan Perhimpunan Bersih itu haram. Saya tidak tahu alasan-alasan sdra mengapa haram. Persoalan yang timbul dibenak apakah yang haramnya menuntut satu pilihanraya yang bersih dan telus. Pilihanraya adalah jalan yang paling baik untuk rakyat diberi hak mereka memilih parti terbaik untuk diserah mandat untuk memerintah negara dan membawa kemakmuran serta membawa ketahap yang lebih baik.

Tuntutan kepada sistem pilihanraya yang bersih untuk rakyat membuat pilihan dengan secara bebas,telus dan bersih bukanlah pilihan tetapi tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Soalnya senang je, jika dah bersih salah dan menjadi haramkah jika ia lebih bersih, lebih telus dan lebih bebas.

Yang mengkambinghitamkan tuntutan untuk mengadakan pilihanraya yang lebih bersih,telus dan bebas hanya datang dari UMNO Baru dan komponen BN termasuk sekutu-sekutu tak rasminya sahaja. Itu mesej yang boleh disimpulkan. Pelik dan ironis, ada segelintir yang tidak mahu sesuatu yang lebih baik.

Saya membawa petikan yang diambil dari FMT mengenai statement TDM dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan malaysia (http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41455:dont-just-think-of-your-sons-think-of-all-the-malays-in-the-country-anwar-raps-dr-m&Itemid=2):

"Mahathir had over the weekend called the Malays ungrateful and intellectually deficient for supporting the Opposition parties, warning that this would put the nation on a disastrous path."

TDM mengatakan orang melayu yang menyokong UMNO baru adalah yang grateful dan intellectually superior.

Jika UMNO baru dibarisi oleh ahli-ahli yang intellectually superior - herankan boleh menolak tuntutan pilihanraya yang lebih bersih dan bebas dari yang ada.

Agaknya intelectually superiority ahli-ahli UMNO baru ini dapat difahami oleh rakyat marhaen melalui tindakan-tindakan intelectual seperti kencing keatas gambar TG Nik Aziz/TGG Haji Hadi, senaman punggung depan rumah ambiga, ganggu ceramah Pakatan, baling cat kat bas PKR tempohari dsb.

Kita kena ingat, orang melayu berjumlah 18 juta dari keseluruhan rakyat negara ini. Dari setiap 6 orang melayu di negara ini, 1 orang je ahli UMNO Baru, 5 orang lagi melayu bukan UMNO baru.

berdasarkan kenyataan TDM diatas, keadaan nasib orang melayu amat parah pada tahap paling kritikal: 1 orang je orang melayu yang cerdik, 5 lagi semua 3/4( patut dirawat di tanjung rambutan?) !!....maka sokonglah UMNO baru parti pujaan Ibnu Ismail!

Anonymous said...

Saudara, hari Ahad 23hb, saya jumpa kawan lama, saorang AJK Bahagian K. Pilah, NS. Komen dia pendek sahaja tentang gelagat pemimpin UMNO," biar BN/UMNO kalah PRU13 nanti, dan rasakan macam mana jadi Pembangkang".

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Terlalu banyak kerosakkan dan dosa yang telah dilakukan oleh Mahathir Kutty di negara ini. Malaikalmaut pun rasanya dah tak ambil tahu manusia spesis ini kerana terlalu jahat perancangannya dan bagitu tinggi sifat munafiknya.

Anonymous said...

Mahadey penah ckp..org melayu bijak pandai semua masuk pas..sape yg tidak suka mahadey semua di luar umno baru...hanya org bodoh saja yg suka mahadey..(itu yg umno baru)...

Kalo dikaji..memang mahadey pemecah belah melayu..berapa parti yg sepihan yg ditubuhkan akibat perbuatan mahadey??..org yg kan menggunakan akal untuk berfikir..akan menganggap mahadey ini seperti yahudi..memecahbelah umat islam dari bersatu padu..

Jahatnya mahadey kepada bangsa melayu lebih teruk dari org kafir..kerana mahadey bersikap talam dua muka..hipokrit..lebih bersikap munafik..

Sepatutnya mesti ada buku mengenai jahatnya mahadey kepada bangsa melayu,supaya rakyat akan datang dpt menilai perangai buruk mahadey kepada bangsa melayu yg menyebabkan bangsa melayu berpecah belah...

Anonymous said...

Nangis la madey ooi. Buat la apa saja. Tangguh la pru. Rayu la melayu minta sokong umno lagi. Setan pun dulu merayu minta Tuhan tangguhkan hukuman atasnya. Kami tak kisah kalu parti kamu menang. Kami rakyat bawahan dah lama derita. Kalah pun kami serupa saja. Tak heran. TAPi INGAT! Kalu kamu dan parti umno kamu kalah pru13 ni, nahas kamu. Kamu buat la tipu helah apapun supaya menang ye. Kita tunggu pru13.

bukan melayu bangang said...

Assalam mamak kitul mahathir ni sebenarnya pengkianat bangsa melayu dan amnya,mana tidak ugama islam berbagai tafsiran ikut otak bangangnya.kuasa ekonomi melayu amnya semakin teruk,mamak kitul ni lah pelopor PATI sehingga macam tak terkawal,saya sangat dgn anon 16.35

ordinary malaysian said...

Itu memang lah Dr M par excellence. Nyanyuk tak nyanyuk, tapi pandai mempersalahkan orang lian. Mempersalahkan orang Melayu, mempersalahkan pembangkang dll asalkan bukan mempersalahkan diri sendiri. Sifat sifat konongnya sifat sifat orang Mealayu yang Dr sebutkan, nampaknya adalah sifat sifat sebenar elit elit Umnoputra sendiri. Tamak kuasa, tamak kekayaan, merebut-rebut kuasa, merebut-rebut kekayaan. Ha ha

Anonymous said...

Pak Aspan,

Maaf, kluar topik sikit.

Hari ini 25 September 2012 adalah hari hitam. Kenapa?

Israel sudah beri tempoh sehingga hari ini bagi US menetapkan pendirian utk bertindak ke atas Iran. ATAU Israel akan bertindak secara unilateral. Dikatakan Israel akan serang sebelom tarikh Nov 4, tarikh pilihanraya presiden Amerika utk mengheret US bersama2 ke kancah itu

Adakah Israel akan serang Iran sewaktu umat Islam kerjakan haji?

Adakah umat Islam akan pelok tubuh kerana yg diserang adalah berfahaman Syiah?

Sewaktu Pas tunjuk perasaan kes hina Nabi saw ada puak Syiah melayu cuba tumpang semangkuk! Videonya ada.

Adakah mereka akan bangkit jika perang Israel ke atas Iran meletus?

Adakah ini sebabnya kenapa KJ buat tunjuk perasaan berasingan di Kg Baru?

Fikir!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Analisa bernas yang tidak sepatutnya dinafikan. Malah, saya amat tidak bersetuju dengan komen yang menghalang Saudara Blogger ini daripada menulis coretan hatinya. Diharap saudara beringat dan berhati-hati ketika melontar ulasan dan kritikan, kerana krtikan saudara yang sebegitulah menampakkan hipokrasi.

Berkaitan soal demonstrasi, saya fikir elok saudara kaji benar-benar dan perhatikan sebaiknya akan kandungan perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman. Persoalan mengapa demonstrasi menjadi kecoh, sekali lagi, terus-terang saya minta saudara buka minda, mata dan telinga seluasnya dan jangan hanya pandai menyalahkan pihak demonstran. Juga, artikel ini hanya membincangkan persoalan prinsip dan pegangan seorang yang tela terbukti jenayah kemanusiaan dan keagamaannya, mengapa perlu sekali saudara campur-adukkan dengan trillionan macam topik luar yang, sekali lagi, menampakkan sikap sebenar saudara itu? Kalau ya DAP marah umat Islam berdemonstran menyatakan bantahan terhadap filem jahannam itu, kononnya beliau menyifatkannya sebagai buang masa, bagaimanakah pula dengan Soi Lek, cina tua yang lagi gila bangang, malah pernah heboh dengan kes seksual, tapi bercakap macam bapa syaitan bodoh ni juga? Juga, redhakah saudara dan anak cucu saudara diperbodohkan insan-insan sebegitu sehingga maruah agama dan bangsa boleh jadi bahan persendaan?

Jutaan ampun dan maaf; saya faham komentar saya ini begitu emosi. Namun begitu, sebagaimana yang Saudara Aspan juga telah sebut, hakikat tetap hakikat; sebab itu jugalah saya tetap bertegas, kita wajar berbeza pendapat, namun biarlah ia dalam batas iman, ilmu dan fakta konkrit. Ingatlah, mendiamkan diri terhadap kemungkaran juga bermakna bersubahat menjadi tali barutnya sebagaimana laknat ke atas arak dan sekalian yang terlibat dengannya. Akhirnya, marilah kita bersama punya pendirian ini: kalau tak setuju, tak payahlah ulas; kelak ianya buang masa.

Terima kasih dan salam jihad.