Niat buruk BN terhadap Pakatan
Rakyat dengan mengaitkan Soros dengan 'coalition' alternatif itu nampaknya memakan tuan lagi. BN
melabelkan George Soros sebagai penyangak matawang dan Mahathir terutamanya cuba
membabitkan Soros dengan PR dengan berkata satu undi untuk Pakatan adalah satu
undi untuk Soros. Nyata kata-kata ini adalah kata orang yang ‘desperate’ dan
sesiapa yang mempunyai pemikiran yang ‘normal’ akan menganggap kata-kata ini
sebagai kata-kata orang yang sudah terdesak. Dr Mahathir mencari apa-apa isu walaupun
sekecil biji sawi yang boleh dikaitkan dengan parti-parti alternatif.
Kita selalulah mendengar
cara-cara berbahas politik seperti ini di kampung-kampung yang dimainkan oleh
penyelia-penyelia kemas dan sebagainya. Tetapi untuk dijadikan isu seperti ini
dan dihidangkan kepada masyarakat yang sudah berfikir, ia merupakan satu
tindakan ‘counter productive’. Di kampung-kampung orang sudah bijak berfikir
dan tidak mahu menerima isu ini sebagai isu yang membolehkan rakyat yang telah
meninggalkan BN itu untuk kembali ke pangkuan parti pemerintah itu. Saya
beberapa kali berkata yang mempercayai isu yang dicipta oleh Dr Mahathir ini
adalah ‘self insulting’ dan amat memalukan diri kita sendiri.
Sekarang semua rakyat tahu yang
mahu berhubung baik dengan Soros ini ialah pemimpin UMNO sendiri.
Barbagai-bagai kata nista Mahathir dilemparkan kepada Soros sambil melabelkan
orang yang mahir dengan perdagangan wang antarabangsa itu sebagai penyangak
matawang dan semua ‘superlatives’ yang buruk-buruk terhadapnya. Mahathir menyalahkan
Soros yang menyebabkan matawang ringgit jatuh di pasaran wang antarabangsa
dengan teruknya.
Tetapi dalam senyap-senyap
Mahathir berhubung dengan Soros dan meminta bantuan untuk kegiatan beliau yang
mengetuai badan NGOnya. Bukan sahaja Mahathir, Najib sendiri berjumpa dengan
Soros di New York
tahun lepas. Najib berkata Soros yang hendak bertemu dengan beliau bukannya
beliau yang hendak berjumpa. Kenyataan ini tidak boleh kita terima bulat-bulat
kerana kita semua tahu sikap Najib apabila berada di kedudukan ‘defensif’
seperti ini.
Sesungguhnya Mahathir sendiri
mahu menjadi seperti Soros ini untuk bermain dengan pasaran wang antarabangsa
ini. Jika Soros menggunakan kepakarannya untuk mengkaji kekuatan sesuatu matawang
itu, Mahathir pula menggunakan kuasanya dengan menggunakan kedudukan beliau
untuk bermain di pasaran wang antarabangsa ini dengan menggunakan Bank Negara Malaysia, Ketua
Jabatan Perbendaharaan BNM semasa itu. Orang yang saya maksudkan ialah Nor
Muhammad Yakcop untuk membuat spekulasi matawang di pasaran wang antarabangsa.
Hasilnya kita kerugian dalam
operasi itu lebih dari RM30 billion. Yang mendapat sedikit keuntungan hanyalah
kesebelasan syarikat-syarikat ‘broker’ wang antarabangsa yang beroperasi di
negara ini. Tindakan Mahathir mengarahkan Nor Mohammad Yakcop itu merupakan
satu tindakan nakal yang menggunakan kedudukan tertinggi di negara ini untuk
mencuba-cuba berkecimpung dalam bidang yang bukan kemahiran beliau. Kata orang
tua-tua dahulu, 'baru belajar selangkah dua sudah mahu berpencak silat'.
Bidang kemahiran beliau hanyalah
memecah-belahkan pimpinan di dalam UMNO untuk beliau kekal sebagai Perdana
Menteri. Dalam bidang ini beliau telah berjaya melakukannya. Beliau kekal
selama 22 tahun menduduki pejabat Perdana Menteri itu sehinggakan UMNO
mengalami “vacuum’ kepimpinan yang begitu ketara sehingga ke hari ini.
Di antara Mahathir dengan Soros,
banyak perbezaannya walaupun ‘interest’ mereka terhadap pasaran wang ini sama.
Soros berjaya melakukan perdagangan matawang asing dengan berjaya, dan
sebaliknya Mahathir telah gagal melakukannya dan menyebabkan kita kerugian puluhan
billion ringgit. Soros yang dianggap beliau sebagai penyangak itu akhirnya
dituruti Mahathir untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi NGO pimpinan beliau
walaupun Soros pernah menganggap Mahathir sebagai ‘menace’ terhadap negaranya
sendiri.
Sekarang Mahathir menggunakan isu
Soros menjadi isu pilihan untuk BN dalam pilihanraya kita kali ini. Soros
dianggap sebagai penyangak matawang yang menyebabkan matawang kita merudum pada
tahun 1997 dahulu. Tetapi Mahathir tidak mahu menerima hakikat bahawa matawang
kita semasa itu dilemahkan oleh dasar dan tindakan Dr Mahathir melakukan peng’import’an
‘capital goods’ yang keterlaluan besarnya untuk membangunkan KLIA dan Pusat
Pentadbiran Putrajaya semasa itu.
Semasa itu Malaysia
mengalami ‘negative balance of payment’ setiap bulan sehinggakan ringgit kita
menjadi lemah di pasaran wang antarabangsa. Apa yang kita telah bina selama ini
menjadi hancur berderai dan segala yang kita perolehi dari pembangunan sebelum
itu telah lesap sekelip mata. 'Setelah terhantuk baru hendak tengadah' kata orang.
Setelah dikurangkan pengimportan selepas itu barulah secara beransur pulih
keadaan kita. Kesilapan Dr Mahathir ini amat mahal harganya untuk ditanggung
oleh rakyat jelata.
Tetapi Dr Mahathir tidak akan
mengaku yang kebanyakan masalah datangnya dari tindakan beliau sendiri. Tetapi
biasalah…yang beliau akan menyalahkan semua orang. Dalam masa kita menunggu
pilihanraya ini, Pakatan Rakyatlah yang beliau lemparkan kesalahan yang beliau
lakukan itu. Mahathir pandai ‘baling batu sembunyi tangan’.
Tetapi secara beransur-ansur
rakyat memahami keadaan dan cerita yang sebenarnya, seperti kita secara deras
mengenali siapa Najib yang sebenarnya. Itu sebabnya pertukaran pemerintah
negara ini adalah satu perkara yang terlalu wajar untuk dilakukan oleh kita.
15 comments:
Decades of gross financial mismanagement.
Tens or hundreds of billions lost, if properly invested could have brought enormous benefits to the lives of millions of ordinary people.
Masih adakah lagi rakyat yg buta hati mahu memilih UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang?
UMNO/BN kalau kita kata menangpun dengan seribu penipuan, orang kata kita kita dengki.
Fikir-fikirkanlah dan ambil tindakan bijak.
Mengundi UMNO/BN pastinya mengundang sengsara kepada rakyat.
Apa khabar Sdra Aspan, kita menghirup udara setempat tapi nyamannya tetap berlainan;
Sejak dahulu lagi pun Mahathir sudah biasa dengan 'baling batu sembunyi tangan'. Tidak perlulah mahu disebut satu persatu.
Bagi saya mustahil Mahathir tidak mengetahui kelibat Soros menemui Najib kalau benar Soros yang berkeinginan berjumpa. Mahathir sengaja menguli tepung dengan mengaitkan insan yang dikatanya penyangak mata-wang itu dengan Pakatan. Tujuannya ialah agar Pakatan bekerja keras menyongkil dan membongkar rahsia mana-mana pertemuan Pemimpin kita bersama Soros yang akhirnya PM Najib menjadi sasaran.
Nah kini puaslah hati Mahathir perangkap yang dipasang sudah mengena. Terbukti PM Najib terleka sejenak dengan umpan jerat yang dipasang Mahathir. Ingatkan untuk pelanduk rupa-rupanya ia mengena jari hantu dan jari manis sebelah kanan. Apakah tujuan sebenar mantan ini kalau bukan mahu menjatuhkan PM Najib melalui Soros. Kini mengundi BN dikatakan mengundi Soros penyangak.
Siapa selepas Najib ?. Kalau Udin yang mengganti siapa pula yang akan dilantik menjadi timbalannya. Kalau si-dia masih tidak tertahan sabarnya juga, tidak mustahil sejarah menguling akan berulang lagi!.
Umur kita hampir mencecah tujuh dekad, bagi saya sekurang-kurangnya PM Najib masih mahu membahagi lebihan kuehnya kepada rakyat. Sebelumnya asyik disantap sendiri. Itulah sebabnya ramai kini mengundi PR. Salam, Haji Kampung.
beza antara G.soros dg Mahathir spt berikut:-
Mahathir lahir 1925
G.Soros lahir 1930
Pendidikan
Mahathir belajar di Raffles College dlm perubatan bersama Siti Hasmah.
G.Soros belajar di London School of Economics.
Dalam mata wang antara bangsa sepatutnya Mahathir belajar dg G.Soros.
Kesilapan Mahathir dia belajar dg Nur Mohd Yaakub satu tongkang,mempunyai suara
halus mcm darai.
Kalau DNA mamak , mamak jugalah!Suka menyalahkan org lain.
Dalam apa segi Mahathir tidak setanding dg G.Soros.Soros telah byk menolong manusia sejagat!
...mengapalah org2 umno/bn totok tak pernah nak faham ???
As Salam Tuan Aspan,
UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu
mahadey adalah produk umno yg paling tak berguna..negara hidup dengan berhutang..Bangsa melayu ibarat merempat dinegara sendiri akibat dari sikap tamak haloba mahadey untuk melihat malaysia seperti amerika syarikat sehingga tanahair melayu seperti bukan tanah untuk melayu...
Kalo dulu mahadey menjadi pm..semua pemimpin umno takut..sekarang beliau bukan pm lagi..kepimpinan umno masih tak berubah...seperti pintu hati dan mata telah ditutup oleh mahadey...
Kerugian negara sebanyak 30 bilion akibat memperdagangkan ringgit malaysia bukan la jumlah yg sedikit..banyak perkara untuk kebaikan untuk rakyat dapat dilakukan..
Mungkin ada kemungkinan mahadey berpakat dengan soros untuk mencuri duit negara disebalik kerugian yg besar itu..
Sape xkenal dengan mahadey yg hidup dalam penipuan selama berkuasa,mungkin ada pihak yg sanggup siasat kes kerugian 30 bilion duit negara...
Adalah merupakan fakta yang tak dapat disangkal bahawa Bank Negara telah kerugian RM30billion akibat tindakan tidak bertanggungjawab Nor Mohamad yakob (dengan keizinan Mahathir) menggunakan rezab negara untuk berjudi spekulasi matawang asing! Akibatnya, ekonomi kita merundum serta berlakunya kemelesatan yang menyebabkan rakyat menderita. TETAPI apakah hukuman yang diterima oleh penyagak tersebut? beliau telah dikeluarkan dari Bank negara dan dilantik sebagai penasihat ekonomi negara oleh Mahathir! Kemudian diera AAB pula, penjenayah tersebut telah dimasukkan kedalam barisan kabinet sebagai menteri yang menerima gaji yang datangnya dari cukai dan wang rakyat!
Rakyat banyak menderita akibat perbuatan jahat penyagak matawang itu dan hukumannya dilantik sebagai penasihat ekonomi dan kemudian menjadi menteri? Alangkah beretikanya dan tinggi keIslaman UMNO dalam melindungi kepentingan negara serta masa depan rakyat Malaysia terutamanya orang melayu IAITU dengan melindungi dan memberikan kedudukan tinggi kepada para pesalah laku (masih ingat lagi pada kesalahan Rahim Tamby?) dan menipu rakyat dan orang2 melayu dengan menuduh pihak lain (Soros) sebagai penyangak (baling batu sembunyi tangan). Tetapi kita tidak perlu terkejut kerana memang itulah sikap serta tabiat UMNO Baru dari dulu hingga sekarang (dulu, kini dan selamanya penuh dengan penyangak dan para pelindung penyagak2 tersebut).
Kita telah kerugian 30 billion dan jika kita bayangkan duit sebanyak itu digunakan untuk kepentingan rakyat maka berkemungkinan besar kehidupan rakyat tidak lah sesusah sekarang. Dengan duit 30 billion, kita tidak perlukan Renong untuk membina lebuhraya bertol (plus)! Dengan 30 billion, kita tidak perlukan PTPTN yang membebankan anak2 kita dengan pinjaman hanya semata2 dengan tujuan mengkayakan kroni2! Dengan 30 billion, ramai rakyat miskin di Sabah dan Sarawak berkemungkinan berpendapatan 100 kali ganda dari apa yang mereka perolehi sekarang iaitu RM250 setahun! Dengan 30 billion kita tidak perlukan pihak kroni seperti Ananda Krisnan dan YTL untuk menjual tenaga elektrik kepada kita dengan harga yang mencekik darah sambil merompak wang subsidi negara! Dan perlu kita ingat rumusan Barry Wain bahawa Mahathir sahaja sepanjang pemerintahannya telah menghanguskan duit negara (duit rakyat) sebanyak US100 billion hamair sama dengan jumlah hutang terkumpul negara yang cuba dirodokkan kedalam tekak rakyat, oleh najib (dengan keborosan dan rasuahnya).
Ini bermakna mahathir dan kuncu2nya telah meragut kesenangan rakyat dan pada waktu yang sama membebankan lagi rakyat yang kesusahan dengan tanggungan hutang yang besar. Jadi apakah gunanya kita menyimpan lagi makhluk perosak dan parasit2 ini? Kita mederita dan mendapat kesusahan tetapi makhluk2 keji ini duduk senang lenang dan kaya raya. Tidak cukupkah kita menanggung derita kesusahan akibat dari salah laku Mahathir dan UMNO? Adakah kita perlu menderita 5 tahun lagi dan hutang negara meningkat hingga 1 trillion baru kita tergerak untuk menendang najib dan UMNO keluar? Adakah perlu anak2 kita keluar mengemis dijalanan dan di negara asing, baru kita ingin menghukum penjenayah2 yang telah merompak hasil negara? Adakah orang melayu akan mati tanpa Najib dan UMNO? Adakah orang melayu bertuhankan Najib, UMNO dan wang ringgit? jawapannya akan kita ketahui selepas pilihanraya nanti!
Nick.
cape Tiger
Apa pula motif yang tidak penting mamak kutty diam-diam tentang siapa yang arahkan pembunuhan model monggolia Altantuya.Kenapa tak salahkan pakatan rakyat dalam kes pembunuhan ini dan mungkin umno bn boleh mengambil kesempatan untuk modal pru 13 ini.
mmm fakta penuh bermakna. ok ok baru faham cerita sebenar, rasanya tak terlambat lagi nak tau cerita sebenar maklumlah saya pengundi first time :))
Nasihat saya kepada Pak Aspan adalah lebih baik menghindar diri daripada terpedaya dari 'pemimpin anugerah tuhan' yg banyak berdusta sebab pendusta adalah syaitan yg nyata walaupun bertopengkan malaikat & saya harap hati budi Pak Aspan dapat membezakan antara kaca & permata sebab hanya itu sajalah yg memanusiawikan kita. Tq
Pak Aspan,
Mahathir menipu secara politik
More balancec view
http://mole.my/content/opening-i-files
http://thanong.tripod.com/01302001.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/1997_Asian_financial_crisis
http://wubra.blogspot.com/2012/10/aspan-takut-nak-publish-komen.html
http://www.wrongplanet.net/postt165199.html
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Sah, kan? Itulah dakyah bapa syaitan 1 Malaysia kita yang sedang dirasai semua lebih tiga dekad. Juga, sudah kebiasaan, kalau anak muridnya para "gangster" UMNO tu punya salah terang-terangan, baginya halal belaka. Justeru, memilih UMNO dan BN bererti memilih OKU yang lebih parah darjatnya daripada golongan kurang upaya zahir, k? Kerana, bila-bila masa sahaja insha Allah mereka akan terkubur dengan sehinanya sebelum dipertanggungjawabkan di sana. Oleh itu, saya bersetuju sekali dengan saranan saudara agar PR mengambil segala ini sebagai bom-bom jangka tambahan agar kepercayaan yang rakyat berikan selepas ini, insha Allah, akan diperhatikan dan diterjemahkan dengan langkah dan dasar serius membela nasib agama, negara dan bangsa. Biarkanlah bapa syaitan ini terus berperilaku begitu sebagai seorang yang telah nyanyuk, dan jika pemerintahan pusat telah berjaya diambil-alih PR, adililah para penjenayah ini agar hak kami, rakyat yang memilih kalian, akan dikembalikan seterusnya lebih terjamin dan sejahtera.
Terima kasih dan salam jihad.
Beliau ni memang bijak mengambil kesempatan dan kelekaan bangsa Melayu semasa mula-mula memegang tampuk pemenrintahan negara lagi. Kononnya dasar yang beliau perkenalkan seperti penswastaan boleh memacu peningkatan ekonomi negara. Rupa-rupanya kesan pada masa sekarang hanya kroni-kroninya sahaja yang mengaut keuntunganya. Kita pulak menanggung kos yang dicipta oleh mereka. lihatlah segala kos utiliti seperti elektrik, telefon dan air semuanya naik dan amat membebankan rakyat. Thank you Cek Det
Post a Comment