Isu RM40 juta yang dirampas oleh
penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya
di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, yang
dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu
bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari
ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.
Nazri Aziz telah menjawab isu ini
di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang
wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah
memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak
ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya
menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.
Saya selalu berkata rakyat tidak
perlu membuat apa-apa tindakan kerana di negara ini yang berkuasa adalah
kumpulan yang sentiasa terlepas daripada tuduhan. Mereka mempunyai kuasa dan tidak
ada siapa yang boleh membuktikan pembabitan mana-mana pembesar negara kerana
mereka adalah ‘supreme’ dan tidak boleh dibawa ke tengah oleh sesiapa juga
termasuk Peguam Negara kita yang begitu ‘controversial’ imejnya di mata rakyat
bukan sahaja rakyat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Undang-undang digubal bukan untuk
mencari kebenaran tetapi untuk menutupi kebenaran. Mereka yang berkuasa
menggunakan undang-undang untuk kepentingan pihak yang berkuasa dan berpengaruh.
Itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi mengambil tindakan melalui undang-undang
tetapi sebaliknya mahu mengambilnya dengan cara politik. Maka rakyat sudah
begitu ramai yang telah memutuskan untuk membetulkan keadaan ini dalam
pilihanraya yang akan datang.
Jika kita hendak mengambil
tindakan undang-undang terhadap penjenayah rasuah ini mungkin ia memakan masa lima puluh tahun untuk
menyelesaikan semua kes-kes ini. Setiap peringkat kerajaan BN hari ini disaluti
oleh budaya rasuah yang tidak mungkin dapat diselesaikan sampai bila-bila jika
mereka yang berkuasa sekarang ini masih berkeliaran di Putrajaya itu.
Masing-masing dalam kerajaan pada hari ini tidak mahu mengambil tindakan kepada
sesiapa termasuk mereka di dalam badan undang-undang. Masing-masing mempunyai
saham dalam kegiatan rasuah ini.
Cara terbaik ialah dengan
mengambil alih pentadbiran dengan cara terhormat ia itu melalui pilihanraya
yang bakal tiba ini. Jika ‘legal cheating’ oleh pihak BN dapat dielakkan, ramai
berkeyakinan yang BN akan duduk di pihak pembangkang selepas sahaja pilihanraya
ini berlaku.
Ibarat bermain gasing,
bergilir-gilir memusing dan memangkah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang
memusing dan dipangkah oleh BN sejak 55 tahun dahulu. Kali ini biarlah BN pula
yang memusing dan PR pula yang memangkah.
Sesungguhnya isu Musa Aman ini
akan selesai jika rakyat Sabah yang sedar mampu bersatu untuk menolak parti
yang beliau pimpin di sana.
14 comments:
mungkin duit soros untuk bantu umno bn dalam pru 13 ini ???
Edarkan maklumat itu seluas2nya kepelusuk negara dan cadangkan yang tindakan undang2 tak perlu ambil sekarang kerana kerajaan sekarang ni tidak akan buat apa2 kerana penghakiman akan makan dirinya.Kes kriminal tak ada had masa jadi eloklah kerajaan baru bertindak bandingkan dengan kerajaan sekarang.Kes sivil 6 tahun untuk bertindak takkan Najib tak buat pilihan raya 7 tahun lagi.Bila kerajaan baru ambil alih nanti kerjakan cukup2 kerana mereka dah melampau sangat...penjarakan mufliskan dsbnya supaya mereka tak timbul lagi.
bukan dana asing ke?
- Kalau penguasa Hong kong tidak rampas rm40 juta tu, tiada siapa yang tahu parti umno dapat sumbangan.
- Dalam regim yang kurap (rasuah) ini, jika ada kedapatan salah jalan pintas untuk selesaikan masaalah ialah dengan JUAL NAMA parti daripada sendirian memikul kesalahan.
- Harus diingat dan jangan buang masa mencari siapa penyumbang rm40 juta itu.Penyumbang rm40 juta kepada parti umno adalah tidak penting dan yang paling penting ialah bagaimana parti umno menyelamatkan ahlinya.
- A.B.U
Ghani Patail tidak akan buat apa-apa. Mereka org Sabah bah!Musa Aman,Anifah Aman,Ghani Patail kesemua mungkin Paparians. Wahai sabahans bila lagi? Masih kau kah ingat Pendatang Asing senang-senang dapat Mykad tu?.
Warga negara instant mendapat pelbagai kemudahan di Sabah jika dibandingkan dg anak tempatan Sabah.Ini semua keja Madeeiiyy mamak tongkang yat Kerala!Madeiiyy sekarang dalam ketakutan.Semua strategi dia dengan cauvinist Melayu bermula dg BTN tidak menjadi.Marilah Perkasa,Kimma di mana rakyat pandang sebelah mata saja!
Ke mana mereka ini iaitu Daim Zainuddin,Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin?Ini belum lagi suara halus Nur Mohd Yaakub dan Sharizat.Mereka ini semua mengaku melayu konon tapi DNA india!
kita tumbangkan UBN @ ABU dalam PRU 13.Kita tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Madeeiiyy dg teori divide and rules yg lapuk itu!
As Salam Tuan Aspan,
Selamatkan amanah yang hilang
Salam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok.
Manusia telah dijadikan PenciptaNya dengan sifat serba KEKURANGAN. Jadi kita sebagai hamba kepada Pencipta wajib menerima hakikat sepandaimana pun kita dari segi pemikiran manusia, jika Allah hendak menunjukkan kebodohan kita, budak belum akil baliq pun dapat nampak kebodohan kita.
Kita yang berada dipentas dunia ini diibaratkan sebagai pelakun pentas, dengan skrip2 yang ditulis dan diarah oleh yang memiliki kuasa "tumpangan" yang diberi oleh rakyat. Jika kita tamak hendak membolot kesemua kuasa sambil, memilih saudara-mara kita untuk menerima habuan kesenangan, kita kena ingat, rakyat juga menjadi juri apabila sampai pilihanraya.
Yang berkuasa dapat menyogok rakyat dalam bentuk wangringgit yang beban hutangnya ditanggung oleh rakyat, Penyanyangak ini mesti ingat rakyat telah disekolahkan dalam tempoh 55 tahun kita merdeka dalam matapelajaran ditipu, diugut,diancam, ditindas dan sebagainya.
Apabila sampai masa juri(rakyat) akan membuat keputusan, InsyaAllah mereka yang telah diberi mandat untuk memerintah dan mentadbir wang negara selama 55 tahiun ini akan didapati BERSALAH keatas tuduhan2 berikut;:
Mengamalkan RASUAH;
Menyalahguna kuasa,
Menzalami Rakyat,
Menekan Rakyat dengan perentah yang tidak adil,
Merompak harta negara,
Menginiaya rakyat dengan beban hutang,
Menipu rakyat dengan melaksanakan projek2 mega dan penswastaan dimana kehidupan rakyat tertekan sepanjang 55 tahun memerintah.
Memberi rasuah kepada rakyat apabila kuasa tergugat.
Melakukan pendakwaan terpilih.
Dengan salahlaku diatas;Pada PRU ke 13 juri dengan ini mendapati Kerajaan BN didapati BERSALAH dan dilucut hak untuk memerintah negara sehingga rakyat berpuashati yang mereka ini telah dibersihkan dari salahlaku yang telah dilakukan.
Rasalah pula jadi kaum yang kena perintah.
Nak lari pun tak berguna lagi kerana sepertimana kita tahu, dunia ini bulat.
Lihatlah contoh tikus dalam makmal yang diisi dalam sangkar bulat, sentiasa belari tapi ditempat yang sama.../.......sehingga sapai masa dijadikan bahan ujikaji......
mungkin duit soros kot sbb najib dah jumpa dia dan dulu pun mahathir jumpa ...
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah! Terima kasih jutaan kali! Malah, ulasan rakan-rakan kita sejak kebelakangan ini benar-benar menandakan tsunami kebangkitan rakyat terhadap regim pecah amanah lagi munafiq ini kian ketara lagi tidak boleh dibohongi. Nah, bukankah kini mereka sedang berhelah sana-sini memburuk-burukkan imej rakyat, termasuk Pakatan Rakyat? TST aja-lah, kan; kalau tak kerna cinta, kasih, rindu lagi sayangkan sang dunia tua hodoh yang kini dihiasi harta dan wanita jelita dengan memperalatkan agama dan kuasa ... Justeru, mereka kini kebal segalanya; namun begitu, saya amat bersetuju sekali dengan ulasan salah seorang rakan kita: "Makhluq insan ini diciptakan-Nya sesempurnanya (memiliki roh, jasad, nafsu dan aqal) ..." dan "Dunia ini bulat" ... Lantas, marilah kita sekalian bersatu memecahkan kepala tukang-tukang pecah amanah ini dengan menanam terus dacing yang dah "invalid" lagi usang dan naiklah ke langit berbekalkan pen dan kertas, k? Ingatlah, memilih mereka lagi bererti memilih para pengkhianat dan nasionalis fanatik ...
Terima kasih dan salam jihad.
Salam tuan Aspan...
Mohon maaf saya lari tajuk....Saya terfikir tentang peri pentingnya mendapatkan kerusi yg mencukupi di sabah dan sarawak utk PR mendapat mandat ke putrajaya.
Sebelum terlambat kaedah kempen dikawasan pedalaman adalah amat utama. PR perlu bersedia utk menyampaikan mesej dan manesfesto yg boleh difahami oleh penduduk pribumi sabah sarawak seperti iban bidayah..kadazandusun..kenyah..melayu sarawak dll.
Berkempen secara berceramah srmata mata membuang banyak masa dan tenaga. PR hendaklah menyiapkan semua isu2 dlm bentuk cd dan disiar menggunakan lcd projector setiap kali berkempen terutama di kwsn luar bandar. Tak dinafi kaedah itu digunapakai ketika ceramahh skrg tetapi tidak menyeluruh termasuk ketika kempen pilihanraya.
Pastikan pasukan kempen PR membawa cd yg telah dikhususkan utk etnik2 sasaran. Bahan kempen yg menarik dan memancing emosi serta difahami golongan sasaran amatlah berkesan. Pastikan petugas media PR menyiapkan semua bahan kempen dlm pelbagai bahasa. Insyaallah dokongan kerusi sabah sarawak akan mempermudahkan laluan keluar BN dari putrajaya. Sekali lagi mohon maaf tuan sebab lari dari tajuk perbincangan.
Nampaknya Rakyat dah semakin sedar dan insaf ttg kemusnahan modal insan yg telah dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya di dalam UMNO( Untung Mereka Nipu Orang).Siapa yg Untung ? Semua kabinet UMNO BN ! siapa yg kena tipu ? Kesemua duit Rakyat pembayar cukai.
Oleh itu apabila PR memerintah selepas PRU 13, TRIBUNAL RAKYAT mesti bicarakan Mahathir dan pemimpin-pemimpin UBN lain.Duit Rakyat mesti dikembalikan kpd Rakyat!
Kekayaan pemimpin UBN adalah wang Rakyat dan bukan kekayaan bapa mereka!.Mahathir bukan datang dari keluarga org senang.
Boleh dikatakan semua pemimpin UBN berasal dari keluarga tidak berada dan pertengahan. Ini termasuk Musa Aman di Sabah dan Sarawak!
This way the country is governed for the last few decades is criminal....bad leadership and gross mismanagement, corruption, wastage of pulic funds and etc..
Expect worse to come, for another decade, before it could start to slowly improve...hope the permanent damage and loss could be minimised.
Salam Sejahtera semua.
Pak AA,
Ha ha ha... Madet Kutty dah meroyan lagi. Kali ni dah teruk sesangat. Bole sedap mulut kata Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang meyebabkan Melayu berpecah. Bukan sebab dia pecat Anwar!!! Kah kah kah
Hoi Hisamudin!!! Takkan dok diam kot orang kata Atok ko tu Bapak Perpecahan Melayu... Tak berani lawan ka kenyataan tu... Apa la bacul punya cucu... he he he
Nasib la... Tapi yang sahih lagi benar, dari kenyataan ini UMNO memang Parti Menjahanamkan Melayu...
Kesian Melayu UMNO masih terhegeh-hegeh nak pangkah UMNO!!!
Terima kasih bebanyak Madet Kutty.
Sir,
I have came to the understanding that our society accepts norms and beliefs without questioning their origin and true agenda. Instead, rules are blindly followed and thus are being implanted into their mind.
That is why UMNO BN is using the medias to implant their agendas into the society mind for the past 30 years.
Sir, you need to work harder to break this barrier in the society's mind that UMNO BN has implanted.
The fact is you need to awake the society to use their mind and that’s the first place they should look into, in order to understand the nation's situation.
Post a Comment