10 October 2012

Penyamun dan perompak: Berkolar biru atau putih sama sahaja darjatnya

Apa benarkah kita berada di dalam sebuah negara yang aman? Benarkah seperti yang dinyatakan oleh Hishamudin Hussein negara kita adalah negara yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi? Apakah yang dikatakan oleh bekas-bekas pegawai tertinggi Polis yang merasa bimbang dengan tahap jenayah yang begitu tinggi dan menakutkan itu tidak benar?

Apakah Hishamudin berjaya untuk menurunkan ‘crime perception index’ seperti yang beliau tekankan itu?  Ketua Polis Negara pula bermatlamatkan untuk menurunkan ‘crime perception index’ itu kepada 50% dari 54.4% sekarang. PDRM sedang menambah kekuatannya dengan menambah bilangan motosikal serta peralatan yang lain serta menambah bilangan anggota dalam jangka masa yang terdekat ini. Ini semuanya untuk membenteras kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan perumahan dan pusat beli belah di seluruh negara.

Tetapi persoalannya, kenapa kegiatan jenayah yang bertambah parah pada hari ini berlaku? Ia tentunya bersebab dan jenayah rompak, pecah rumah, ragut dan yang lain-lain itu bukannya berlaku dengan tanpa sebab. Kes rogol dan bunuh sudah menjadi isu hari-hari sekarang ini. Malah banyak pula kes bunuh yang tidak dilaporkan dengan terjumpanya mayat-mayat mangsa bunuh di merata-rata di negara kita ini. Baca sahaja akhbar arus perdana setiap hari dan kita akan sedar yang kes bunuh, rompak, rogol dan jenayah yang lain berlaku setiap hari.

Rompakan dan kecurian serta pecah rumah amat berkaitan dengan ekonomi rakyat. Oleh kerana rakyat sudah menjadi rakyat yang sedang menghadapi kenaikan kos kehidupan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seharian. Keadaan ini tidak boleh selesai dengan memberikan BR1M setiap lima tahun semasa pilihanraya sahaja.

Persoalannya sekarang, benarkah negara kita ini sebuah negara yang aman dan selamat untuk didiami? Kadar jenayah yang gila ini amat menekan kehidupan rakyat terutamanya di kawasan-kawasan kediaman. Di kawasan kediaman saya sendiri berlaku jenayah rompakan, ragut serta pecah rumah agak selalu dan ada yang dicederakan oleh perompak yang menyerbu masuk ke rumah mereka tanpa mengira waktu setiap minggu.

Rakyat sentiasa dalam keadaan tertekan dan terpaksa menumpukan tenaga dan waktu menjaga keselamatan rumah dan keluarga masing-masing. Memang pun setiap orang mesti menjaga keselamatan masing-masing tetapi kadar jenayah yang keterlaluan tingginya ini membuatkan rakyat menghadapi tekanan hidup yang amat mendesak.

Kita tidak boleh mengaku yang kita sedang hidup dalam negara yang aman damai. Tekanan ini amat memberikan tekanan kepada perasaan dan jiwa rakyat seolah-olah kita berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan penyamun dan perompak dan tidak boleh berehat dan hidup dalam keadaan tenang dan damai walaupun di rumah-rumah yang besar.

Negara yang aman ialah negara yang kita jarang-jarang nampak polis dan pegawai keselamatan di merata-rata tempat. Jika kita melawat negara yang benar-benar aman seperti di negara-negara Scandinavia kita jarang-jarang berjumpa dengan anggota polis berkeliaran di mana-mana di dalam bandar atau di luar bandar negara tersebut. Rakyat tidak tahan dengan kehidupan tertekan seolah-olah kita sedang duduk di dalam sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan. Rakyat terpaksa menyumbat segala lubang-lubang di rumah untuk menjaga keselamatan masing-masing kerana pada bila-bila masa sahaja penyamun dan perompak akan masuk dan mencederakan kita.

Lagi pun tekanan ini ditambah pula dengan penyamun dan perompak terhadap khazanah negara kita yang tidak nampak akan berakhir sampai bila-bila. Kalau di rumah kita tertekan dengan rompakan dan samunan perompak bersenjata, rakyat juga sedang menghadapi masalah rompakan oleh penyamun kolar putih terhadap khazanah negara mereka. 

Pendeknya kita sedang hidup di dalam situasi di mana rompakan berlaku di mana-mana dengan berbagai-bagai cara. Ada yang rompakan berkolar biru dan ada yang berkolar putih. Di mana-mana rakyat dirompak dan disamun.

Dalam isu rompakan kolar biru ini kita mengharapkan agar pihak berkuasa melipat kali gandakan usaha dengan menambah anggota polis dan jika sudah menambah anggota gunakanlah anggota itu untuk menjaga keselamatan rakyat dan jangan pula menumpukan untuk memantau kegiatan politik parti-parti pembangkang pula.

Kepada kerajaan dan kepimpinan kita berharap kita akan dapat kerajaan yang tidak merompak dan menyamun harta dan perbendaharaan rakyat kerana jika mereka melakukannya juga maka rompakan kolar biru itu tidak mungkin dapat dikurangkan.

Rakyat sendiri sedang berusaha untuk memperbetulkan keadaan yang menakutkan ini. Rakyat tidak lagi boleh mengharapkan pihak yang berkuasa untuk memperbetulkan keadaan ini kerana mereka yang diharapkan untuk memberikan keselamatan ini tidak berlaku adil dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Rakyat kali ini akan mengambil inisiatif sendiri dengan menukar mereka yang bertanggungjawab yang gagal membenteras tindakan penyamun ini kerana mereka sendiri melibatkan diri mereka dalam kerja jenayah ini dalam bentuk kolar putih seperti perlakuan rasuah dan sebagainya.

Tidak ada perbezaan di antara penjenayah ragut dan rompakan dengan penjenayah rasuah. Mereka sama sahaja, hanya perasuah kadangkala telah dilindungi oleh akta-akta yang digubal untuk menjaga keselamatan mereka yang berkuasa itu. Kedua-dua jenis penjenayah ini membawa kemudaratan kepada rakyat dan negara.

Keadaan ini mampu diperbaiki dalam pilihanraya yang akan datang ini. Asalkan rakyat berfikir habis-habisan kita tidak kira pihak mana yang mereka pilih. Tetapi dalam situasi sekarang rakyat tidak lagi perlu berfikir panjang-panjang kerana keadaan amat terdesak untuk melakukan perubahan itu.

Kita perlu berubah dan tidak ada siapa pun boleh melakukannya selain dari kita sendiri. Perubahan kali ini amat diperlukan. Setidak-tidaknya ada harapan untuk mengurangkan atau memisahkan kita dari pentadbiran yang melakukan rompakan kolar putih ini.

Kita semua berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan keseluruhan rakyat negara ini.

22 comments:

Anonymous said...

Salam Hormat Tuan.

Di negara ini pihak berkuasa digajikan wang hasil cukai rakyat hanya untuk menjaga dan mengawal keselamatan para pemimpin UMNO/BN sahaja. Rasanya anggota mereka perlu dikurangkan hanya kepada 100 ribu orang sahaja (dah memadai).

Jika terlalu ramaipun, maka lagi banyak mereka menuntut rasuah dari rakyat dan sebaliknya rakyat pula yang seperti meminta sedekah untuk memohon perkhidmatan dari mereka (pihak berkuasa).

Setiap orang pastinya ada pengalaman pahit dengan pihak berkuasa ini, tak perlulah mereka menafikan bahawa mereka adalah jujur serta amanah dan sangat bencikan rasuah.

Anonymous said...

Lain macam pulak saya dengar komen Ustaz Nasha, Ustar Haron Din mengenai PAS baru baru ini.

Tak nak spin ke..lazimya ada pulak blogger akan kata mereka dah jadi barua UMNo, dah masyuk 2 juta dan macam macam fitnah yang dilontarkan..

Batu Ronson

P/S
Lebih baik jadi barua UMNO daripada jadi barua Soros

Adlan Noh said...

Hishamuddin's statement is analogous to a durian fruit seller. Penjual durian mana akan kata isi duriannya tak sedap, tak tebal, tak manis, tak lemak, tak kawww, tak best. Semuanya OK jaaa.
Zaman kami sekolah dahulu, kami boleh main sehari suntuk merata cerok kampung without our parents getting worried of us being kidnapped, killed, raped, etc. Kini??? Only god knows how fearful parents are when their children play away from home.
That's how peaceful & safe Malaysia is.
So, Hishamuddin, don't insult the rakyat's intelligence. I think you are too stupid & too ignorant to realise that the rakyat are now smart & brainy.

Anonymous said...

Saya yakin Batu Ronson barua sungguh

Anonymous said...

Can it be 'insider trading' ?Atlantuya unfinish,robber kill,currency down= crony get rich?

Peminat p Ramlee said...

Malaysia Boleh....!
Dalam istilah jenayah kolar putih dan kolar biru.
Tapi disebabkan Malaysia Boleh...! Jenayah di Malaysia pelik sikit sebab ada macam-macam kolar. Nak kolar cokelat, kolar hitam, macam cerita si-mambang tu...!
Tapi jenayah yang paling ditakuti dan dianggap serius oleh Pemerintah adalah Kolar Kuning sebab jenayah ini pada umumn mata Rakyat adalah BERSIH.
Dulu kecik-kecik pepatah menyatakan musang berbulu ayam. Tapi disebabkan Malaysia Boleh, Musang bukan hanya berbulu ayam tapi monyet bulu lembu, bulu badak dan tah apa-apa bulu lagi.
P Ramlee, Wak Mastor cakap "Doga...an" He....he....

Anonymous said...

Tuan AA,

- Zaman umno bn memerintah adalah suatu zaman pak menteri dan sewaktu dengannya mengambil kesempatan menjadikan jawatan dan kuasa untuk menjadi kaya hasil daripada rompakan dari tabung negara.Istihar harta pun tidak mahu kononnya atas sebab keselamatan.

- Salam A.B.U kepada pak menteri yang sudah menjadi jutawan.

-A.B.U

Charles Robert Darwin said...

Wahai Batu Ronson,(ronson itu api ke?)

Kenapa hang pilih menjadi seorang barua? Hidup kan ada pilihan?

Siapa kata Soros itu barua? Itu ikut penipuan "sipolan" yang tuduh Soros tu barua. Kenapa nak ikut fitnah "sipolan"?

Allah telah berfirman:

“Allah mengurniakan hikmat rahsia ilmu kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang dikaruniakan hikmat maka sungguh dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir."

al Baqarah: 269

Triple H said...

Penjenayah dewasa ini di Malaysia ada bermacam-macam kolar!Dengan kebanjiran Pekerja Asing, kes rompak,pecah rumah,ragut,rogol dan bunuh menjadi-jadi.

Pekerja Asing ada yg masuk cara legal dan illegal.Yang illegal ini kita kenal sebagai PATI(Pendatang Asing Tanpa Izin).

Polisi kemasukan Pekerja Asing dalam tahun 90an,siapa yg mula? Megat Joned dan kuncu-kuncu UMNO! Mereka buat duit dg kemasukan Pekerja Asing.Rasuah menjadi-jadi di KDN. KDN merangkumi jabatan Imigresen,Polis,Pendaftaran
dan Kastam.

Pekerja Asing ini ada yg educated dan uneducated.Yang educated terdiri dari African Black,Iran dan India terlibat kes jenayah menukarkan akaun bank tempatan ke akaun mereka.Duit Black money dan Dadah.

uneducated terdiri dari Indonesia Bangla,Mynmar,Nepal,
Vietnam dan pelbagai negara.
Yang uneducated ini lebih bahaya dg kes jenayah pecah rumah,ragut,
rogol,bunuh, penipuan dan pencuri kenderaan kereta mewah dan motorsikal.

Lihatlah penjara kita. Siapakah yg ramai penghuninya? Warga asing atau org tempatan? Duit rakyat Malaysia digunakan utk memberi makan 4 kali sehari kpd warga asing!

Terdapat kenyataan bercanggah antara Hishamuddin Husein Onn dan ketua Polis Negara.Hishamudin tidak merasai keadaan getir yg menakutkan rakyat ini kerana rumahnya ada anggota Polis jaga!

Penyamun dan perompak kolar putih terhadap khazanah negara terdiri dari mereka law maker.Orang yg berkuasa dan decision maker menyalahkan gunakan duit rakyat utk kepentingan tembolok mereka.

Rakyat cuma diberi coklat BRIM rm 500 ringgit ! Apa dah jadi ?Rakyat Malaysia pernah dengar pepatah " Sekali Air bah, Sekali Pasir Berubah !

.

Anonymous said...

Ezam, Berahim, Zul Kulim, Zahrain, dan bebudak2 perkasa, gaps, sila tengok berita ni.

Confirm SEMALAM mereka tak berjumpa. Tapi mereka sudah menjalin hubungan DUA TAHUN dulu.

http://www.malaysiakini.com/news/211344

Dua2 warna kolar baju sama. Mahatdeyyy yang suh pergi dan jumpa ke Najib?

Anonymous said...

Anon 8:25,

Betul cakap kau tu gheng lama.Tapi mereka itu dulu semua oghang Anuwar dan Ibrahim Ali mempertahankan hak Melayu dan hanyalah satu NGO.Kenapa mesti kutuk dia?.Tak baik kutuk oghang tau.Aku tak duka oghang pakai anon kerana Pak Aspan pun tak suka.kau kurang ketawa kenapa ?

Orang Medjid Tanah

Anonymous said...

Memang budak Nasharuddin dan Harun Din dah jadi barua UMNO...nak kuasa jadi menteri dalam UMNO.dua orang budak tu bolih di Chop sebagai USTAZ LIDAH BIAWAK.ABU

Anonymous said...

Janganlah tuan-tuan salahkan PDRM kerana jenayah tidak terbendung. Mereka ada beribu-ribu lapuran NGO seperti PERKASA yang harus disiasat. Jika tak dilayan PERKASA akan keluar TV3 mencanang kononnya Polis pilih bulu. (Bulu Rosmah,Shahrizat, Najib, Taib Mahmud tak boleh sentuh k....)

Lagipun PDRM perlu memantau kegiatan ceramah dan politik puak-puak pembangkang ni....manalah tahu mereka mungkin sedang menerima sumbangan dari SOROS. Dan setiap kali Mat Sabu berceramah, mesti ada berpuluh-puluh SB memantau dan merakamkan ucapan beliau yang mungkin boleh menyebabkan fahaman komunis berkembang di negara ini. Mat Sabu ni pun satu hal,,,,,dalam sehari dia berceramah di 7-8 tempat yang berbeza...letih puak-puak SB ni mengikut beliau. Tuan-tuan ingat senang ke kerja tu. Itu belum termasuk pemantauan ke atas Tian Chua, Lim Kit Siang, Guan Eng, Anwar Ibrahim dll. Jadi PDRM memang tak punya cukup kaki dan tangan untuk menjaga keselamatan rakyat. Keselematan Najib dan pemimpin-pemimpin negara ini lebih penting untuk dijaga. Jatuh BN lingkup negara ini. Siapa lagi yang akan melakukan jenayah kolar putih jika pemimpin UMNO sudah tiada. Inilah tugas suci PDRM yang diutamakan lebih dari segalanya.

Pendek cerita kalau dapat Menteri Dalam Negeri yang tidak BANGANG, susahlah untuk mencapai cita-cita pengekalan kuasa yang kian terancam sekarang ini.

Kita tunggu sajalah kesan dan implikasi daripada tindakan BN memberi kerakyatan kepada Mat Indon, Bangla, Filipina, Myanmar dll.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Benar. Malaysia kini berada di ambang krisis. Segala yang saudara perincikan itu tak perlulah lagi disanggah hatta para penguasa zalim kita sekarang dengan pelbagai dalih. Malah, mereka sebenarnya dikhuatiri sedang mencetuskan suasana malang ke atas arwah ibu dan ayah mereka di barzakh sana yang sedikit sebanyak telah berjaya memerdekakan dan membangunkan kita sehingga Perdana Menteri keempat itu mewarisi peninggalan para pejuang senior tersebut dalam keadaan selesa, lantas menghancur-leburkan segala usaha murni tersebut secara terancang lagi rapi. Kini, apa telah jadi: PM khianat amanah ayahandanya, manakala Menteri Dalam Negeri, khianatkan ayahandanya (Tun Hussein) dan datuknya (Onn Jaafar), pengasas UMNO, kan? Setakat berbelanja sekian banyak menambah infrastruktur dan pekerja, kononnya untuk meningkatkan mutu kawalan keselamatan, walhal dalam masa yang sama, "hipocrate" dan hanya pandai menjatuhkan orang lain ... Itukah dia yang mereka sering dakwa mereka pejuang Islam tulen? Juga, jangan lupa, ya, bukankah mereka juga para penjenayah terhadap Allah dan Rasul-Nya dengan berkelakuan seperti umat terdahulu, dengan hanya mengambil hukum-hakam menurut nafsu dan mengaburi hati suci para pendakwah menjadi pendakyah?

Lantas, bersamalah kita mengubah senario ini untuk kebaikan bersama agar kita kembali aman seperti sebelum era bapa syaitan 1-Malaysia ini. Akhir kata, ketaksuban terhadap dunia dan mengenepikan jambatan akhirat itulah punca segala macam jenayah, khasnya bila ia direstui penguasa zalim yang sering berjanji dan berslogan kosmetik; dengan itu, marilah kita bersama menamatkan riwayat hidup UBN yang telah jadi OKU in dengan izin dan pertolongan-Nya.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Anon 9:47,

Sekira manusia saperti Harun Din dan Nasharudin kamu tidak boleh hormat dan memanggil mereka BUDAK siapa awak !
Kalau begini cara pakatan rakyat berkongsi untuk tawan Putrajaya saya tidak nampak PR boleh.No unity bro.Habis camno...

The flying Scotsman

Anonymous said...

Masa saya di US dan UK dulu, cukup susah nak jumpa rumah yang tiada pagar dan grill pintu/tingkap. Amat jarang dengar cerita rompakan dan pecah rumah. Rumah merekapun jarang yang dipasang 'security alarm'. Berbeza dengan di Malaysia, amat susah nak cari rumah yang tidak berpagar dan tidak bergril pintu dan tingkap. Rumah dah jadi macam penjara/kubu, tapi terpaksa..... Tiada suasana persekitaran yang selamat.

Anonymous said...

Baru ronson,

Berita terbaru yang sudah tersebar Najib pun berjumpa soros gak semasa menghadiri persidangan PBB tahun 2010.

Ini petikan berita malaysiakini:
"They were responding to a news report from Malaysiakini that said Najib met Soros on Sept 27, 2010."
Link http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=42320:wahai-utusan-nst-star-what-say-you-now-najib-met-soros-time-to-balik-kampung-dr-m-umno&Itemid=2)

Batu Ronson barua UMNO Baru = Barua Soros sebab UMNO baru=Soros

hahahaha......batu ronson dah kantoi!!!!

Anonymous said...

halo anon 22:95.
Soros tu dah tentu kafir. UMNO ni standard munafik totoq. Nak banding munafik dgn kafir, lebih baik kafir sbb dah jelas diaorang tak dpt hidayah. Munafik ni... susah... Kalau neraka, paling bawah sbb mengaku ISLAM tp perangai lebih hina dari kafir.

Anonymous said...

Anon 16:22 /gheng lama' juga Anon 9:47,

Tidak baik panggil Nash dan Harun Din budak tau !! dan melabel mereka Ustaz Lidah Biawak adalah salah.Tidak menolong PR cara begini,Nak percaya ulamak ke nak percaya kau huh !! Jaga mulut sikit boleh ? -- ahli Pas

Anonymous said...

Orang mesjid tanah.

Berahim tu sampai mati jadi kooda! Kooda part time katak jugak. Ku li dia kencing. Dsai pun dia kencing.

Dia nak kencing tgna akhirnya sapa dia sebenarnya sudah terserlah!

Mahatdeyy yg bela dia. Dunia semua sudah tahu.

Anonymous said...

Kalau PR memerintah kita bukak itu pagar, bukak pintu gumah besau besau kerana tak ada pencuri dan jenayah.PR bijak membendung jenayah.Undilah PR.

Anonymous said...

Anon 16:22 aka gheng lama,

Saya setuju dengan data anda Najib jumpa Soros .Apa isunya ?.Masoh paranoid ?.