Saya tidak tahu bagaimana ada
pemimpin peringkat tertinggi BN percaya yang BN akan mendapat sedikit lebih
kerusi parlimen dari apa yang didapati dalam PRU yang ke-12 dahulu. Di samping
mengakui akan kehilangan beberapa kerusi yang sekarang dipegang oleh BN di
Sabah dan Sarawak, BN masih berkeyakinan boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi
dari jumlah 222 kerusi parlimen keseluruhannya.
Nampaknya UMNO dan BN mempunyai
formula ilmu kira-kira yang baru. BN mengakui yang enam atau tujuh kerusi di Sabah akan kalah dan jumlah yang sama juga akan kalah di
Sarawak. Tetapi dengan berkurangan jumlah kemenangan BN di kedua-dua buah
negeri ini ia menambahkan kemenangan BN melebihi 140 kerusi.
Tetapi dalam ilmu kira-kira
apabila sesuatu angka itu ditolak, angka itu akan menjadi kurang. Jadi kalau
hendak tahu ilmu kira-kira (belum lagi matematik) yang baru di mana menolak
jumlah angka itu akan menambah bilangan jumlah angka tersebut, elok belajar
dari BN bagaimana menolak jumlah sesuatu angka itu boleh menambah bilangan
angka itu. Selalunya angka itu akan bertambah jika dicampur bukannya ditolak.
Tetapi kita tahu kenapa BN
merasakan ia akan mendapat lebih daripada 140 kerusi dan fenomena kekeliruan ini
memang biasa berlaku di dalam BN. Semasa Abdullah Badawi membubarkan parlimen
dahulu pun, tentunya beliau membuat perkiraan yang BN akan memenangi jumlah
kerusi yang besar sebagaimana yang beliau perolehi semasa PRU tahun 2004
dahulu. Dalam hal membuat kira-kira ini, BN memang selalu salah dan kesalahan
ini akan berlaku lagi di dalam pilihanraya yang akan datang ini.
BN membuat perkiraan yang di
Semenanjung mereka yakin yang pengundi India akan kembali ke pangkuan BN,
dan beberapa kerusi yang dipegang oleh PKR akan jatuh ke tangan mereka. Jika
itu perkiraannya mereka sepatutnya menolak sejumlah sokongan dari kaum Cina
yang sekarang ini sedang menambah bilangan sokongan kepada PR melalui DAP kali
ini. Jika dahulu hanya 65% sahaja orang Cina memberikan sokongan kepada
PR, kali ini jumlahnya akan bertambah
kepada 80%. 15% tambahan ini adalah satu angka yang besar dan
boleh memberikan impak negatif kepada BN dalam PRU ini.
BN meletakkan harapan untuk
mendapatkan pertambahan kerusi kali ini melalui pemberian BR1M kedua tidak
berapa lama lagi. BN yakin dengan pembelian undi ini mereka akan mendapat
sokongan yang lebih besar kerana BN merasakan jumlah RM500 atau RM1000 itu amat
besar kepada rakyat yang miskin. BN masih memainkan isu kemiskinan yang mereka
wujudkan untuk mendapatkan sokongan semasa terdesak dengan membayar jiwa dan
raga mereka (orang miskin).
Sekarang baru kita yakin yang BN
akan tetap mengekalkan tahap kemiskinan rakyat di tahap yang ada sekarang ini
agar dapat dipergunakan dalam setiap PRU yang bakal diadakan dengan membeli mereka
yang BN anggap sebagai kelompok miskin ini. Pendeknya BN menaruh harapan kepada
undi dari mereka yang dianggap miskin. Pimpinan kita beranggapan RM500 melalui
pemberian BR1M ini sudah memadai untuk rakyat sedangkan jumlah sejemput itu
hanya boleh menyelesaikan masalah untuk sehari sahaja.
Tetapi benarkah BR1M itu membawa
keuntungan kepada BN kerana rata-rata saya dapati ramai rakyat yang tersinggung
dengan tindakan Najib membeli undi ini, terutamanya di kalangan anak muda yang berpendapatan
tetap. Ramai orang-orang yang berumur ini menerima BR1M ini tidak akan mengundi
BN kerana anak-anak mereka memberi lebih dari apa yang BN berikan kepada
mereka. Mereka ini akhirnya akan mendengar nasihat anak-anak mereka dari
mendengar nasihat pemimpin UMNO di mana-mana.
Seperkara yang UMNO tidak
mengambil kira ialah parti itu akan menghadapi masalah dalaman yang besar dalam
PRU yang akan datang ini. Bagi pendapat ramai perebutan menjadi calon lebih
buruk lagi di masa ini. UMNO akan menghadapi sabotaj dari ahli-ahli dan
pemimpinnya sendiri dan ini akan hanya menyerlah sebaik sahaja nama-nama calon
diumumkan. Apa yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu akan berlaku dalam
kadar yang lebih teruk lagi di pilihanraya kali ini.
Saya telah mendapat maklumat yang
diberikan oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinan pertengahan yang mereka akan melakukan
apa sahaja untuk memboikot mana-mana calon yang tidak sehaluan dengan mereka
dan perkara ini jelas dirancang dari atas sehingga ke bawah dalam parti
pemerintah selama dekad itu. Ramai pimpinan di peringkat bahagian telah jatuh
semangatnya kerana masalahnya bukan menghadapi pembangkang yang sudah sedia
mendapat perhatian ramai, tetapi menghadapi masalah ‘chah keting’ sesama
sendiri.
Sesungguhnya UMNO tidak akan
mampu diperbaiki selagi barisan sekarang ini masih berkeliaran di majlis
tertinggi serta kabinet negara pada hari ini. Ini cadangan yang mustahil diterima
oleh pimpinan UMNO hari ini. Cadangan itu ialah untuk pimpinan yang ada pada
hari ini bersara dan berikan kepada ahli-ahli yang tidak mahu masuk dalam acuan
yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu. Jika acuan ini tidak ditukar rakyat tahu
siapa pun di kalangan barisan MKT yang ada pada hari ini mengambil alih imej
UMNO itu tidak akan dapat dipulihkan.
Siapa pun yang mengambil alih
di kalangan mereka ini UMNO tidak akan berubah. Imej UMNO sudah begitu berkecai
dan dilihat oleh ramai penganalisis politik yang berwibawa menyatakan yang kali
ini adalah masa yang tergenting sekali yang dialami oleh UMNO. UMNO perlu menukar acuannya kerana acuan yang
ada hari ini sudah tidak boleh dipakai dan tidak relevan lagi.
UMNO sudah sampai ke tahap tidak
boleh meletakkan calon kerana kalau digantikan mereka yang ada dengan calon
yang baru, kerosakan sudah terlalu teruk
dan siapa pun calon itu akan kecundang dan tidak bermaya untuk menahan
kebangkitan rakyat di merata-rata tempat dan wilayah di dalam negara ini.
Walaupun Tengku Adnan, Setiausaha
Agong UMNO, berkeyakinan untuk meraih
lebih daripada 140 kerusi parlimen tetapi itu semuanya merupakan ‘wishful thinking’
beliau sahaja. Tengku Adnan hanya bercakap dengan memberikan pandangan yang
beliau ingin dengar sahaja.
UMNO pusat tidak akan berani
menukar calon-calon yang baru apatah lagi jika penyandang pada hari ini adalah
dari ketua atau pemimpin atasan di bahagian masing-masing. Ditukar akan
membawa kekalahan dan jika tidak ditukar juga akan menjadi masalah besar juga.
UMNO dan ahli-ahlinya tidak ada kebersamaan di antara mereka lagi. Ini merupakan
akibat kelalaian pimpinan yang tidak mengambil tahu hal parti yang telah mula
rapuh sejak tiga puluh tahun yang lalu.
Sekarang ini UMNO terpaksa
menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj
parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri
bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini
serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMNO patut
diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu.
Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh
dan penggal yang akan datang ini.
Buat masa ini UMNO terpaksa
berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya
yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas
dalam pilihanraya nanti. UMNO ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya
amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMNO akan tidak berfungsi dan akan
seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.
Itu sebabnya orang ramai memilih
untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini
mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem
penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan
baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu pada waktu malam. Susah
memandu kereta tua ini. UMNO perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum
ia boleh digunakan lagi.
Oleh itu kita mesti terima
hakikat apabila sampai masa UMNO itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti
nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh
ditangguh walaupun sesaat. Ada
sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan,
setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4
dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.
Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana
peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna
kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.
30 comments:
Pehak atasan UMNO perlu yakin setiap masa kerana ahli dibawah sedang memerhati sungguhpun keyakinan mereka itu tak bolih diterima .Jika terdapat keraguan kalangan pemimpin atasan untuk menang pilihan raya saya yakin ahli2 umno bawahan ini akan terus meninggalkan umno .Kini nampaknya pemimpin umno dah jadi mad jenin yang saya berpendapat terpaksa berlagak demikian untuk yakinkan penyokong bawahan tidak tukar nakhoda.Ahli umno bawahan ni sekarang dah lemah semangat apabila nikmat material dari kemenangan UMNO selama 54 tahun hanya untuk pemimpin saja .Brim habis sokongan mustahil bolih dikembalikan kerana ahli2 umno sedar mereka telah dipermainkan untuk keuntungan umno atasan.Semua orang bawahan sedar yang umno akan hanyut dan memang layak dihanyutkan kerana kejahatan ,ketamakan ,kerakusan ,kekorupsinya .Sekarang tarikan mahu lihat umno padam cukup kuat dan tak nampak cara mana gelombang ini bolih dikendurkan.Damage is beyond repair and people need new vihicle for next five years.
Tuan Aspan,
Saya banyak membaca berbagai blog dan saya kira pemikiran saya bebas dan hampir neutral,Saya setuju dengan ramalan tuan bahawa sokongan kaum Cina banyak kepada DAP,parti tuan sebanyak hampir 80 %.Tetapi ramai orang Melayu kini menumpukan sambutan kepada UMNO/BN terutama yang membuat undi protes dulu kecuali yang tegar PAS dan PKR.Ini terbukti kerana rata rata generasi di belakang Kerajaan BN.Bukti terdekat adalah Pilihanraya Kampus baru ini dimana hampir 90% kerusi dimenangi Pro Asasi mengalahkan Pro Mahasiswa.
Mungkin pembaca boleh memberi pencerahan bagaiman Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar boleh berjaya mendapat 112 kerusi bagi majoriti.Kelemahan adalah di dalam PKR dan PAS .Terbukti di negeri saya Johor PAS tidak ada tempat.Saya diberitahu di negeri Tuan sendiri PAS tidak ada kerusi Parlimen apa pulak lagi di Negeri Pahang dan Melaka,Perlis ,Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak penting bagi PR dan BN.Apakah rakyat di sana sudah boleh menerima PR ?
Ramalan saya BN tidak akan perolehi dua per tiga majoriti dan PR tidak mungkin berjaya menakluki Putrajaya atas faktor Anwar yang tidak pernah menepati janjinya dan mempunyai isu moral membuatkan orang Melayu menjauhinya.PKR lah yang akan kecundang dan ini akan menyulitkan PR nanti.Ini cuma pandangan saya.
Batu Giling
Analisa itu oleh Pendatang Acheh dengan kawan indianya correct..,correct..Looks like me but it wasnt me!Dia dan Lingam mengaturkan promosi jawatan hakim-hakim.Bersekolah di Air Panas Setapak.
Tidak cukup dg nama Adnan di tambah pula dg Tengku.Pemberian Tengku itu diberi oleh bapa mertuanya Tengku Ismail,bekas Ketua Setiausaha KDN dg kerjasama dr Zakaria.Dia ni rapat dg Vincent Tan.
Itulah analisa dari seseorang yg UMNO telah di tolak oleh rakyat Malaysia.Dia mimpi angka 140 setelah bersengkongkol dg Mahathir.
Jika 140, knp Najib mesti berlengah lagi! Najib dah capua.capua punya capua tidak lebih UMNO dpt cuma 72 sahaja.Dari komponen BN lain elek!Mana gagah lagi UMNO ni? Tunggu masa akan jatuh mcm buah nangka. bedeguk bunyinya!
Tengku Adnan lah orangnya yg mengrekomen VOA(Visa on Arrival) kpd Mahathir sewaktu dia memegang Kementerian pelancungan.Tidak ada negara yg memberi VOA semudah Malaysia.itulah kepandaian TA.begitu juga perkiraannya tentang bilangan kerusi yg akan diperolehi.
Aceh Chow Kit Road
Sebut je umno org tua org umno tunduk dan senyap ..org muda rasa nak termuntah,loye.
Trend org muda jauhi umno..
13 is a bad luck number. PRU 13 in year two thousand 13. Goodbye umno-bn
As Salam Tuan Aspan.
Selalunya pemilik kereta buruk adalah orang yang tidak ada keberanian untuk berubah dan terlalu takut mengambil risiko untuk berubah, sedangkan kereta buruk dahulupun asalnya keluaran baru juga. Mereka ini terlalu takut untuk berhijrah walaupun ada kemampuan, seolah-olah mampu hidup 1000 tahun lagi.
Untuk "batu pelir" kat atas tu, ayat sumbang "saya neutral dan tak sokong mana-mana parti". Ini lah ayat "manusia munafik" sejak dari zaman Tunku Abd Rahman lagi sehingga sekarang.
Majority of Malays are solely dependent on the government for employment and income, scholarship, contracts, business and etc..
There is a strong fear of change and insecurity, irrespective of the decades of bad leadership and gross mismanagement, rampant corruption and national debt bankrupting the country....many perceived the present ' situation ' is to their advantage and will vote for BN.
Pilihan beraya kampos! Kah x100000000000000000000000000000000000000000!!!
Susah payah nak menang, kat UIA, siap bawak masuk 'secret weapon'! Pulak tu buat e-undi, jumlah bilangan undian melebihi bilangan pelajar yg keluar mengundi!
Apale punya bodoh buat keje sia2 neh! Kalah takut, menang lagi kecot prut!!
KAH! X 1000000000000000000000000000000000000000000000001!
Sekian,
Gheng lama
P/s - ini namanya bodo nak mamposh!
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalan.
Alhamdulillah! Hebat tamsilan saudara! teruskan! Sekaligus, saudara telah menyerlahkan lagi kebenaran yang semestinya tidak mampu dinafikan sekalian yang beraqal, bahawa, setiap makhluq, khasnya manusia, bersifat fana. Nah, begitulah juga dengan UMNO, kan? Justeru, pada hemat saya, ulasan rakan kita yang masih percaya UMNO akan kekal dengan sokongan masyarakat Melayu Islam kita hari ini begitu diragui; tambahan pula kononnya PR khasnya PAS tiada kerusi di beberapa negeri, sementara DSAI pula dikaitkan dengan "moral scandle". Maaflah, kalau saya katakan, saya percaya pengulas itu sendiri adalah antara penyokong tegar jemaah yang kini semakin hancur itu, tetapi, seperti yang disebutkan oleh seorang rakan lain, dia cuba untuk bernada sopan. Apapun, itu hak saudara pengulas kita, kerana sememangnya alam perbahasan tentu ada pro dan kontra. Namun begitu, sekali lagi, sekadar untuk renungan bersama, jangan kerana ketaksuban sokongan terhadap mana-mana pihak, atau disebabkan kejahilan, kita menjadi agen pendakyah atau penabur fitnah tanpa kita sedari, yang sudah pasti, TST aja-lah, kan? Justeru, bersamalah kita menerima kebenaran sebagai kebenaran walaupun pahit. Apapun, Allahlah yang Maha Mengetahui.
Terima kasih dan salam jihad.
malay nowadays realised employment,scholarships,contracts are political output of any government.Penang is a classic e.g.Malay contractors are happy with LGE.No need to tow the line of their painful xperinces when BN was in power.All the projects were siphoned UBN goons.
Malays have seen good governance frm Selangor,Penang,Kedah and kelantan.Mind u Sabahans and Sarawakians really want political change now.BN can never win unless they play dirty politics via phantom voters,postal boxes and so forth.Who is the guru politik who plays dirty ? It is no other than Mahadday.
KEYANG DOT
Assallammuallaikum Tuan Aspan, ana bukan nak menafikan analisa Tuan tetapi mungkin TA tu confident sangat kerana ada nya pengundi2 import seperti Indon, Bangla, Myanmar dll. Ana sendiri mengetahui adanya orang2 Indonesian diberi IC biru dan di brainwashed kan supaya menjadi penyokong tegar UMNGOK di Gombak. Tuan Aspan teruskan analisa Tuan ttp kita kena beringat "This will be the dirtiest GE" Wassalam
salam tuan, ini senario kalau ada kalah menang. tapi kalau tak ada kalah menang? macam mana? tuan, sudah terlepas kita untuk mencari menang atau kalah. yang ada cuma untuk nak kutip pecahan untuk jalan terbaik seterusnya. melayu dah tersilap besar sejak tahun 1987 lagi. no way out, no real line. salam perjuangan demi kebenaran dan keberkatan. kita masih percaya adanya tuhan yang satu ehsa memberi. maka takut lah kita kepada tuhan sebenar. berdoa memohon segala kebaikkan. wasalam tuan. - saya si fakir perjuangan.
Salam Tuan Aspan,
Jangan terlalu confident sangat yang pakatan rakyat boleh menang pru 13,kerana over confident boleh terjurus kepada kekalahan.Tentu tuan tau yang bn boleh mengunakan pelbagai tipu helah untuk memenangi pru.Saya rasa perkara ni akan terjadi dan jika ni terjadi kita kena menerima hakikatnya.
sejujurnya, dulu saya bn...la ni pr...
mengharap pemerintah berubah dari bn ke pr...
tp xyakin pr akan menang...sb bn dh ckup bersedia dgn tipu helahnya...
seorang perkerja indon aku pun dh direkrut jd pengundi hantu...
' Malay contractors are happy with LGE.No need to tow the line of their painful xperinces when BN was in power '.
One term is no concrete proof...we need at least another term of good leadership and management by the state government.
- Menang pru13 kerana pemberian BR1M RM500 atau RM1000 dari parti umno bn, nampak gayanya rakyat akan kekal dirompak disiang hari dan papa kedana membayar hutang/cukai sedangkan negara berhutang untuk membolehkan menteri jadi jutawan.
- PRU13 untuk menghukum menteri yang rasuah, salahguna kuasa, kekayaan luar biasa dan sewaktu dengannya.
- A.B.U
Ayat "UMNO kena hantar ke Workshop untuk baik pulih memang power ayat tu bang".
Salam Tuan Aspan! Seperti yang di ketahui ramai sebenarnya kita berlawan dengan sistem PRU yang sedang nak menipu kita. Harus rakyat demo ke jalanraya kerana tuntutan gerakan "Bersih" belum di penuhi kesemuanya.Sebenarnya BN sudah mati dan telah kalah tapi sistem penipuan yang sedang dirancang sekarang belum lengkap membuatkan PM menangguhkan pilihanraya.BN sebenarnya sudah kalah tapi sistem penipuan itu akan memenangkan mereka selagi rakyat tidak turun ke jalanraya bagi memenuhi tuntuan pembersihan kepada lapan-lapan tuntutan "Bersih".Rakyat harus mengadap yang diPertuan Agung sekiranya senarai pengundi tidak di keluarkan bagi satu tempoh sebelum piliharaya bagi memastikan ia di bersihkan dari segala penipuan SPR.
as salam pak aspan dan saudara batu giling..
saya hampir ketawa membaca komen anda..
betul ke anda pandangan natural...
nampak sangat condong ke dacing...
Rakyat malaysia hendak SEDAR bahawa kerajaan bn se akan menjemput campurtangan kuasa asing seperti amerika syarikat untuk memasuki malaysia dengan konsep mengekalkan demokrasi sesuatu negara kerana cubaan bn untuk menipu dalam pilihanraya nnti..
Dimanakah maruah rakyat malaysia jika pendatang asing di berikan kad pengenalan hanya untuk mengundi pcalon bn..bagaimana dengan nasib anak cucu rakyat malaysia nanti???
Dengan cara tidak mengundi calon bn adalah cara terbaik untuk menyelamatkan malaysia..tanahair tercinta untuk menjadi rakyat yg bermaruah..ingat lah pemimpin bn tidak memikirkan nasib rakyat jelata..kerana mereka telah kaya raya dengan merompak duit negara...
Orang Kuala Pilah Kalau dulu dulu nak pergi Kuala Lumpur, kalau kena hari Sabtu siaplah. Bas gerenti penuh, kereta sewa dahlah susah, berebut rebut pulak walaupun sewa naik kereta sewa lebih mahal dari naik bas. Masa tu bas SKS belum ada lagi perkhidmatan dari Kuala Pilah Ke Kuala Lumpur. Jam tu jugak sewa kereta pun naik harga dari kadar biasa. Bila ditanya, selalunya pemandu kereta sewa mengatakan barang lain pun naik jugak bila waktu sesak. Nak tak nak ambik jugaklah walaupun mahal kerana nak selesa dan sampai ke Seremban cepat.
Bila pilih kereta sewa, saya ada kriteria sendiri. Tak pilih pemandu kereta yang tua kerana akan lambat sampai.Tak akan pilihpun kereta sewa yang dibawa pemandu muda kerana bawak terlampau laju, Kalau naik jugak, sepanjang jalan akan mengucap, takut eksiden dan takut mati. Maklumlah, zaman tu masih bujang dan belum merasa lagi kenikmatan dunia. Yang paling suka, naik kereta sewa Mercedes Benz lama, besar dan selesa dan akan sampai tempat waktunya.
Macam pilih kereta dan pemandu, macam tulah juga saya pilih doktor nak merawat saya, kena doktor dah berpengelaman. Nak pilih parti pemerintah pun macam tu jugak, akan saya pilih parti yang dah berpengalaman dan dah terbukti. Saya pun tak akan memilih peminpin yang dah expired, dah tua dan pemimpin yang banyak skandal. Saya rasa eloklah pemimpin tersebut berundur secara hormat dan beri tumpuan beribadat sementara masa masih ada.
Batu Ronson
P/S Ingin saya maklumkan disini saya Batu Ronson adalah individu yang berlainan dari Kampung Man dan saya tidakpun mengenali Kampung Man. Pendapat saya dan Kampung Man mungkin serupa tapi kebetulan saja kerana saya dan Kampung Man menghormarti seorang insan bernama Tun Mahathir yang diberi gelaran Mamakutty oleh ramai pengunjung blog disini. Harap maklum. Diharap gheng lama dan Kampung Man tak perlulah bertelagah lagi dengan identiti saya. Macam budak budak, sori bro. Yang suka panggil Mahathir Mamakutty, saya nak bertanya. Kenapa tak panggil Anwar Mamakutty kerana darahnya pun dari sana jugak.?
Salam tuan.
Tsunami 2008 sebenarnya sabotaj kumpulan mahathir dan tengku adnan adalah balaci gred 1. .barangkali protes rakyat menyumbang kepada tsunami. .tetapi tsunami tak boleh terjadi begitu tanpa ada gempa di bawah laut. .kekalahan BN adalah gempa buatan mahathir yg sengaja membuat roadshow hentam paklah dan keluar umno marahkan paklah dan menghasut org najib kutuk paklah hingga membuatnya tersungkur dan dimalukan. .bayangkan sekiranya paklah masih jadi PM. . .??!!. .Kesimpulannya walaupun PR kini menjadi favourite rakyat kerana mempunyai striker yg handal. .tetapi perlu ingat bahawa bookies2 di luar stadium boleh mengubah keputusan perlawanan. .BN yg kini dilihat underdog boleh menang mudah kerana walaupun BN tertekan tetapi mereka merupakan alltime favourite. .politic is the game of numbers. .kemarahan rakyat sememangnya meluap. .tetapi di dalam padang referee( spr ). .dan pemain lawan dan bookies akan menentukan keputusan. .penonton( rakyat ) hanya bayar tiket dan sentiasa kena tipu. . .
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Teruja rasanya saya membaca dua ulasan yang menarik, mengingatkan kita akan ketidaktelusan SPR, UBN dan PRU selama ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan kita yang menasihati kita semua agar berhati-hati dan tidak "over-confident" di atas penipuan terancang ini. Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada rakan kita yang berkongsi sejarah tsunami PRU ke-12 yang lalu, yang bagaikan memberi isyarat bahawa ianya mungkin berlaku lagi pada PRU kali ini.
Justeru, marilah kita sekalian meneguhkan iltizam diri untuk melakukan perubahan selaras fitrah semulajadi kita yang inginkan keamanan dan keharmonian. Walaupun benar dengan kuasa-Nya segala kelicikan penipuan itu akan gagal, namun, peranan kita sebagai pemilih turut menyumbang ke arah kejayaan atau kegagalan kemungkaran itu. Dengan itu, marilah kita bersatu dalam kerangka umat terbaik (umat Islam) dan warga Malaysia untuk menjayakan perubahan ini dengan kuasa tangan kita memangkah lambang selain dacing yang telah lapuk bin uzur ini. Kalau Neil Armstrong pun boleh naik ke bulan, tak kan kita tak boleh?
Terima bbbkasih dan salam jihad.
As Salam Tuan Aspan.
Batu-Batu Pelir ni masih tak faham lagikah isu siapa parti pemerintah dan siapa pembangkang?
Bila masanya Anwar jadi PM? Bila masanya PR menjadi parti pemerintah? Nak memerintah tak payah pengalaman, kerana yang nak buat kerja semuanya (kakitangan kerajaan yang ada sekarang) individu yang sama, cumanya yang berubah adalah pembahas dan pembuat dasar (Adun dan MP) sahaja.
Aku rasa si "Batu Pelir Banggang" ni memang betul-betul batu.... semasa mudanya hari-hari kena lempang dengan isteri (takut bini), itu sebablah otaknya terlalu sampah!
Salam
Amerika dilanda bencana. .perlukan berpuluh billion untuk pulih. .tkda masa dan dana nak tolong sesiapa sekarang ni. .lu org korek lah duit sendiri. .samada BN dan PR pandai2 cari dana nak hadapi PRU13 korang. .Obama pun belum tentu lepas pemilihan November ni. .Macam mana hebat Amerika sbgai kuasa dunia, walaupun sudah tahu taufan sandy nak membadai tapi tak boleh buat apa2 sbb kuasa ALLAH mengatasi segala2nya. . .Amerika sunguh angkuh menghancurkan negara2 kecil terutamanya negara islam kini hancur akibat bencana alam. .seperti perang dunia ke2. .kita simpati ramai yg hilang nyawa tetapi kita boleh membohongi diri menyatakan bahawa itulah padahnya kalau menghina hukum ALLAH dan menghina Nabi Muhammad s.a.w kekasih ALLAH. .jadi kita di sini beringatlah jangan mempermainkan AGAMA demi politik dunia bersifat sementara ini. .Bila bencana menimpa tak kira UMNO ke atau PR ke. .bila mati sama2 mati. .
Salam tuan
Malapetaka dan bencana yg melanda New York,Amerika adalah amaran bagi semua manusia sejagat supaya jgn sesekali menghina Hukum ALLAH dan menghina Nabi Muhamamad s.a.w kekasih ALLAH. .sememang ALLAH kurniakan akal fikiran untuk mengkaji dan mentafsir tetapi dapatkah menghalangnya dari terjadi. .Kalau Obama begitu angkuh memperlekehkan penghinaan Nabi Muhammad s.a.w. .telah mendapat balasannya dari ribut taufan. .muhasabahlah wahai pemimpin islam di bumi malaysia ni. .seperti mana Obama melindungi rejim israel yg saban hari menghina kesucian islam. .jangan pulak melindungi atau rssa rendah diri dengan rakan politik yg suka menghina agama kita. .bencana dari MAHA ESA dtg bila2 tanpa siapa yg boleh menahannya. .
Semalam minum petang dgn kawan kat kaw mitc melaka. Anggota kerajaan yg 95% berbangsa melayu dikerah mengadap KSU dlm satu program di mitc!
Petang tu pulak hujan ribut, maka jamlah jalanraya
Hebat motorcade KSU dgn polis pengiring, sudah berupa raja saya tengok!
Kereta warna hitam, cermin gelap, maka tidak kelihatanlah bagi kita rakyat marhaen melihat tubuh hitam KSU baru negara Islam Malaysia!
Sekian,
Gheng lama
P/s - mungkin dia ni sorang caluuuun BN yg winnable kowt utk tulung umno pertahankan putrajaya!
50+ umur saya, ini kali pertama saya lihat motorcade KSU! Hebat weii negara ini!
Mohon maap, jawatan Datuk Wira Dr. Ali Hamsa adalah KSN!
Aku tak keje gomen, kurang arif dgn gelaran/jawatan/pangkat/
Maap yer
Gheng lama
Setuju 100%
Mamak menguasai PTD dan perkhidmatan awam..hancur la mcm mana Mahathir buat. Apa org melayu buat? tgk saja mamak bodek bos kan
Post a Comment