17 January 2013

Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda

Kita sudah sampai ke penghujung penggal pilihanraya dan pemilihan itu akan diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini merupakan pilihanraya yang berkeadaan yang paling rumit dan mencabar bagi BN dan masa yang paling baik bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka (PR) sebagai ‘coalition’ alternatif yang akan menjadi pengganti kepada pemerintahan BN. UMNO sudah dianggap terlalu usang oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan.

Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. Betul lah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang ‘natural’ dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana.

Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya.

UMNO masih terkial-kial dengan masalah dalaman mereka sendiri dan masalah seperti ini tidak memungkinkan mampu untuk memperbaiki peluang UMNO untuk mendapatkan mandat yang lebih baik.  Malahan parti itu akan bertambah merudum dan akan terbukti dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau UMNO hendak berubah pun ia terpaksa berlaku sebelum pilihanraya ini dan masa untuk membetulkannya sudah terlalu suntuk untuk melakukannya.

Persoalannya apakah yang patut dilakukan oleh UMNO dalam masa yang amat suntuk ini jika ia masih mahu melihat sedikit saki baki kehadirannya dalam politik negara ini? Pertamanya mampukah UMNO melakukan perubahan dengan melakukan tindakan yang drastik dengan menggantikan keseluruhan barisan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti dengan pemimpin parti itu yang tiada dalam barisan kerajaan dan MKT parti itu. UMNO tidak sedar yang masalah terbesar parti itu ialah di sebabkan persepsi buruk yang tidak terkira buruknya.

Menggantikan barisan kepimpinan dengan orang lain secara keseluruhan adalah satu-satunya jalan bagi parti itu untuk dipandang oleh rakyat. UMNO sudah tidak dipandang lagi oleh rakyat, malahan ia tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri. Itulah sebabnya Najib boleh berikan bantuan BRIM1, BRIM2 dan apa-apa ‘Rim’ yang lain tetapi rakyat tetap tidak melihat UMNO itu sebagai parti yang relevan sekarang ini. Maksud saya rakyat sudah tidak senang dengan kehadiran UMNO itu sendiri. Itu masalahnya.

Justeru, UMNO perlu membuang semua yang ada di dalam barisan MKT serta barisan kabinet sekarang ini. Tindakan setengah pimpinan dalam UMNO untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO itu. Mereka semuanya adalah hasil dari acuan yang sama seperti yang di bentuik oleh Dr Mahathir dahulu. Orang yang patut menggantikan pimpinan UMNO ini seharusnya dari mereka yang tidak bersetuju dengan acuan ciptaan Mahathir ini kerana itu sahaja caranya UMNO untk menempilkan kepada rakyat yang UMNO sekarang adalah berimej baru dan ia akan membawa dan membina keyakinan yang baru.

Saya telah lama menyebut ini semasa saya masih berada di dalam parti itu tetapi saya tidak digemari oleh pimpinan terutamanya di peringkat negeri. Kesabaran saya sudah habis dan saya telah begitu yakin yang UMNO tidak akan boleh baik lagi maka itu sebabnya saya meninggalkan parti itu dan mengambil keputusan ‘to grow old with DAP’ dan tidak akan berpatah balik. Tindakan saya itu telah mengundng banyak sokongan dan hanya saya sahaja yang merasakannya.

Ramai orang Melayu di dalam UMNO telah menyuarakan sokongan terhadap tindakan saya itu dan saya membacanya melalui e-mail saya setiap hari sehingga hari ini. Saya merasakan degup nadi orang Melayu yang sudah tidak melihat UMNO sebagi parti yang relevan lagi. Tindakan saya bersama beberapa rakan yang lain telah membuka minda setengah orang Melayu dan mereka sekarang merasakan yang jika UMNO tiada orang Melayu tetap wujud bersama agamanya yang tidak terguris dan tercalar.

Rupa-rupanya momokan UMNO yang mengaku parti itu sahaja yang menentukan masa depan orang Melayu itu tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua. Ia hanyalah momokan UMNO semata-mata tidak lebih dari itu. Di negara ini ada seramai 18 juta orang Melayu dan Bumiputra dan yang menjadi ahli UMNO hanyalah 3 juta sahaja. Selebihnya tidak menjadi ahli UMNO pun tetapi mereka tetap dengan Melayu dan Islamnya.

Malahan kumpulan ini tetap hidup dalam keadaan yang lebih baik kerana pemikiran mereka tidak ditentukan oleh UMNO. Mereka berfikir dengan pemikiran bebas mereka. Mereka bersikap lebih positif dan tidak bersandar kepada UMNO untuk meneruskan kehidupan mereka membina keluarga dan keturunan mereka denagn baik. Pemikiran mereka tidak dikongkong oleh retorik lapuk UMNO yang mengatakan ‘melayu akan hilang di dunia’ ini jika UMNO ditolak oleh rakyat. Mereka pula mempunyai pendapat berlainan dan terbukti benar. Mereka berfikir jika UMNO masih di benarkan memomokan mereka, ‘melayu itu akan hilang dunianya’.

Pilihanraya ini merupakan peluang untuk orang Melayu untuk memerdekakan pemikiran mereka dan menjauhi momokan UMNO yang membunuh kemajuan pemikiran kita semua.

Merdeka!

12 comments:

giorgio said...

Saudara Datuk Pak Aspan,

Bagi pendapat saya masih ramai orang Melayu menyokong UMNO, disebabkan orang Melayu amat takut dengan fitnahan dan sumpahan melalui media perdana terhadap Pakatan, orang cina memang merupakan spesis yang mementingkan diri sendiri, dan saya tidak hairan jika masih Cina2 yang mendapat gula dari BN masih mengundi BN, bagi cina seperti saya, saya lebih mahu melihat Pelembagaan dikekalkan dimana Islam Agama Resmi, Agama bangsa lain dihormati,kisah Raja2 Melayu bukan hak orang cina yang menyoal,terpulanglah kepada bangsa Melayu kerana Raja2 ni wujud sebelum Malaysia ditubuhkan. Orang cina macam saya hanya mahu melihat Pemerintah yang baik dan dapat menbawa negara Msia ke arah yang lebih baik dan makmur serta membawa perpaduan yang tak belah bagi antara rakyat Msia, individual yang menggunakan perkataan rasis, menghina Agama harus dipenjarakan kerana orang ni amat merbahaya di wujutkan dalam negara yang berbilang kaum dan yang cintakan keamanan.

Salam Pak Aspan

Qaseh Bonda said...

Setuju tuan. namun kita tak daya menarik golongan yang berkarat sampai tak boleh terima kehilangan umno dari ingatan.

Entah apa gerangan yang membekukan otak mereka lantaran kehadiran semangat baru langsung tidak memberi makna.

Munkin kejahilan ugama menjadi punca sebab rata2 pimpinan umno tidak menitikberatkan soal ugama.

Kita lihat rata2 pengikut tegar ini seperti golongan yang langsung tiada pelajaran, sanggup maki hamun, sanggup bergolok berperang demi memenangkan tuan.

Sedih sekali melihat bangsa sendiri yang membuta tuli.Semakin benci rasanya pada Mahathir.

Doktor yang gila kuasa dan mata duitan.

Teringat pada DR. Damo berbangsa India. Popular dihospital kerajaan. Bila buka klinik swasta, yang tak mampu yang pernah jadi pesakitnya diberikan diskaun. Namanya disebut dimana2 oleh rakyat biasa khususnya warga India.

Prof. Rampall digelar encyclopedia
sehinggakan katanya dia sudah bersedia untuk berjumpa tuhan pada bila masa sebab dia sudah buat yang terbaik. Biliknya tiada hiasan hanya timbunan kertas. Kontraknya disambung dari tahun ke setahun.

Bertambah benci mengenang pada politlkus umno yang berjuang sebenarnya untuk siapa.

Melahirkan doktor melayu dihospital kerajaan, yang masam muka sampai ke petang dek penat kerja sebab kena langsai hutang ratusan ribu.

Sepatutnya semakin tinggi kepakaran semakin rendah diri dan takut pada Pencipta. Berbeza dengan Mahathir dan jemaah menteri UMNO.

Semakin megah terus berkuasa.

bewox air said...

salam pak aspan..

itulah yg menjadi masaalahnya... org2 yg kat atas kayangan sana mana penah merasa pedih perut menahan lapar.. di isi ngan air bersusu/manis je tuk menghilangkan lapar..

dorang mana penah rasa menjamah nasi sekali je sehari.. nasi yg terpaksa di goreng hampir setiap hari.. kerana ketiadaan lauk...

so.. tak hairanlah bila si jib gor ni menawarkan rumah kos rendah beharga rm300k di p.pinang tempoh hari... sbb.. bagi dirinya.. 300k tu adalah rumah yg mampu tuk kita semua miliki.. sbb rm300k tu umpama rm30 je bg dia..

sebenarnya dia tak penah merasa apa yg kita semua dok rasa... sbb tu eloklah perancangan Allah tu.. menjatuhkan dulu bakal 'pemimpin' kita.. di sumbat ke dalam 'isa', di keji dihina.. SubahanAllah... betapa kerdilnya kita ni pak aspan.. perancanganNya agar bakal pemimpin kita benar2 merasai pahit getir seorang rakyat.. keluar pagi.. balik di malam hari.. untuk mendapatkan seposen dua...

benarlah firman2Nya.. dan tiada sebaik2 perancang.. selain dr Nya..

cekalkan hati.. kuatkan iman.. marilah kita sama2 menuju ke jalanNya yg semakin hampir jelas kelihatannya..

sesungguhnya setiap kemalaman akan hadir kecerahan di kesubuhan hari.. jangan takut dan jangan dirisaukan.. akan hantu dan syeTUN.. pabila siang menjelma.. akan hilanglah mereka.. marilah kita sama2 beriktikad.. menolak kejahatan mereka.. sesungguhnya.. benang kesiangan telah pun kelihatan.. marilah.. ayuh.. kita sama2 menuju ke arah hidup yg terang bederang...

Anonymous said...

To live in FEAR is a terrible thing, including bangsa lain.

Without freedom and liberation, life is a poverty even though you live in a mansion.

One cannot put a value to freedom and liberation.

ulitmayang said...

antara yg mungkin boleh difikirkan 'boleh' di dipertimbangkan iaitu rasa nya perlu kpd pimpinan tertinggi PR , TGHH , DSAI & LKS , supaya membuat tawaran rasmi kpd umno utk menganggotai PR

,,, sayang pulak rasanya kalau dibiarkan umno pupus mcm tu ,,,

,,,,,dlm umno ada sistem , asset & leader ,,,, wp sistemnya diurusakan oleh org2 yg bermasaalah ,,,,, assetnya diperolehi dgn cara yg tak betul ,,,,,& leader2 nya yg tidak berketerampilan

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Sebagai pengundi bangsa bukan melayu, saya amat berminat utk mengetahui pola pengundian orang melayu. Yakni, kedua-dua pihak melolongkan bahawa pengundi melayu ada di tangan mereka. Walaupun Saudara Aspan ahli DAP, saya yakin saudara dapat memberi penjelasan yang jujur. Di tahap mana sokongan kaum melayu terhadap PR?

Sekian.

x-umno said...

Kepada yg masih ragu-ragu atau tidak mahu keluar mengundi pembangkang, ini hujah saya untuk renungan:

1. Jangan terikut dgn org lain kerana Firaun, Hitler, PM Israel atau raja-raja dan diktator yg zalim juga mempunyai ramai rakyat yg menyokong serta memuji pemerintahan mereka. Pembangkang dipandang hina dan dituduh pengkhianat.

2. Walaupun tiada dalam buku sejarah, umum mengetahui ramai juga rakyat terutama dari golongan pekerja penjajah dan bangsawan yg ketakutan malah tidak bersetuju Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.

3. Jika undi PR, ini bermakna rakyat untung kerana adanya persaingan di kalangan pemimpin negara. BN telah memonopoli pemerintahan negara sejak merdeka.

Dalam apa segi sekalipun, monopoli hanya akan menyebabkan salah-guna kuasa.

Kerana akta rahsia, akses rakyat kepada maklumat salah-laku dan kepincangan pemerintah hanya berdasarkan jawapan di parlimen dan DUN yg boleh diseparuh-benarkan (kepakaran org politk).

Akibatnya, tiada siapa boleh mengambil tindakan terhadap salah-laku dan kepincangan pemimpin tanpa izin PM kerana monopoli ini.

Jika rakyat memilih PR memerintah walupun satu penggal, sudah pasti setiap pemimpin samada PR atau BN akan lebih bertanggung-jawab kerana gerak-geri mereka bukan sekadar dinilai oleh parti mereka sahaja tetapi juga oleh pemimpin parti lawan yg ada akses kepada maklumat yg sama.

Kalau dah terang-terang pemimpin BN mengakui kesilapan mereka, nak tunggu apa lagi? Parti politik bukan ugama. Beralih parti bukan berdosa atau menyalahi undang-undang. Pengasas parti UMNO (lama)keluar parti dan UMNO (baru) keluar masuk parti.

Contoh lain? Saya bagi sikit la.

1. Lokman Nor Adam berasal dari tempat saya, pernah bertanding lawan DS Hishamudin di Tenggara tetapi kini telah menjadi penasihat pemikir JASA.
2. Ezam. Dah dilantik oleh PM menjadi YB Senator.

Usahlah percaya dengan taktik kotor menakut-nakutkan rakyat. Sebagai org yg telah berpendidikan, marilah sama-sama mendidik rakyat supaya memilih dengan bijaksana.

Terima kasih.

Anonymous said...

Org melayu perlu buangkan kepercayaan yg UMNO pelndung bagi mereka. Kalau betul umno itu pelindung melayu kenapa selama lebih 50 tahun melayu maseh merempat sedangkan kuasa dan pemimpin melayu telah bertakhta .

KEYANG KODIANG said...

Pemikiran dan Minda Rakyat malaysia telah dijajah oleh Mahathir awal th 70an bila dia menjadi Menteri pelajaran dg Akta kolej dan Universiti.

Mahathir menakut-nakutkan jiwa orang muda yg menjadi penuntut universiti ketika itu.Mereka ini yg bakal menjadi opinion leaders di mana-mana bumi Malaysia.Tak cukup dg itu diperkuatkan lagi dg ISA dan OSA oleh Regim Razak selepas 1969.Pada mulanya ISA dan OSA diguna utk menentang fahaman komunis.Kemudianya diguna utk memiskinkan jiwa dan minda Rakyat Malaysia bagi golongan yg kritikal dg Kerajaan BN.Kebanyakan ramai pemimpin parti pembangkang merengkok dalam penjara oleh bahana ISA dan OSA.

Kedua akta ini adalah peluang keemasan yg diguna oleh pemimpin UMNO utk menjadi kaya raya dg komisyen 20% dari projek nego.Siapakah mereka ini ? Terpampang muka mahathir,Dolah dan Najib,Musa Aman,Taib Mahmud dan Muhyiddin.Ini belum lagi termasuk pemimpin-pemimpin BN yg lain.


Sekarang ini terpampang muka Najib meminta peluang sekali lagi diberi mandat dalam PRU 13.Begitu teruk sekali meroyan Najib.

YANG PENTING MASA KINI MEMPERKAYAKAN JIWA DAN MINDA INSAN MALAYSIA DG PENDIDIKAN VOKASIONAL PERCUMA.INI CARA MENJADIKAN MALAYSIA KE ARAH GEMILANG


KEYANG KODIANG

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

ORANG2 MELAYU PERLU BERFIKIR,
APA KEMAJUAN YG MEREKA ADA SETELAH 55 TAHUN MERDEKA DAN DIPERINTAN OLEH MELAYU UMNO...
HUTANG BERTAMBAH, NAK MAKAN PUN SUSAH, HARGA KEHIDUPAN MELAMBUNG,MELAYU KAYA DARI KETURUNAN MELAYU YG PERENTAH SEMAKIN LUPAKAN MELAYU YG MENYOKONG MEREKA, ANAK2 MEREKA HANYUT DALAM KEMEWAHAN, GULUNGAN FEUDAL YANG DISANJUNG MENJUAL HAK NEGERA KEPADA BANGSA ASING.

SAMPAILAH MASANYA JIKA DILIHAT, JIKA WAKIL ORANG MELAYU SELAMA INI MENJUAL NEGARA KPD BANGSA ASING, KITA ADA UPAYA(5TAHUN SEKALI) UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN......

KITA MELAYU JUGA BOLEH BERHENTI MEMBERI KUASA KEPADA GULUNGAN DIATAS DARI TERUS MENJUAL NEGARA DAN HAK KITA KEPADA BANGSA ASING DAN MENYELAMATKAN BEKAS2 PEMIMPIN MELAYU DARI TERUS MEROSAKKAN ANAK CUCU MEREKA DAN MEMBERI PENGAJARAAN KPD KAUM FEUDAL DARI TERUS MENJUAL ORANG MELAYU KEPADA BANGSA ASING.....

BERFIKIR LAH SEKARANG.....
PILIHAN UNTUK BERUBAH DITANGAN KITA....

YA ALLAH LEPASKANLAH BELENGU YANG MENGIKAT KAUM MELAYU SELAMAINI.....
AMIN......

Douglas Tan said...

Tuan Aspan,

Have we actually gone overboard?

Anonymous said...

salam tuan aspan

mlam tadi den mimpi moyang den tuan tulis datang beritau, kerajaan negara malaysia dipimpin oleh pemimpin baru. apo makno eh tu?itu lah nak bekongsi lah dgn tua ni mimpi malam tadi'