31 January 2013

Pembawa masuk pendatang asing adalah pengkhianat kedaulatan (sovereignty) negara

Bertimbun-timbun dan berbeban-beban isu terhadap BN khususnya pemimpin UMNO sejak dua tiga puluh tahun lalu. Kini terbongkar dan menjadi isu yang memakan diri BN sendiri. Itu sebabnya parti atau pemimpin yang baik mereka tidak akan melakukan perkara yang buruk walaupun mereka ada kuasa untuk melindunginya dari pengetahuan umum. Akhirnya apa yang disorok dan dilindungi bertahun-tahun dahulu terkeluar juga dan yang menghadapinya ialah UMNO dan BN itu sendiri.

Tidak ada ruang yang cukup untuk menyenaraikan kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO dan BN terutamanya di zaman pimpinan Mahathir dahulu. Budaya yang dicipta Mahathir itu menjadi ikutan kepada semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau itu. Kesalahan dan kesilapan Mahathir itu ditokok dan ditambah oleh pimpinan selepas beliau.

Dari masalah rasuah sehingga isu menyalahgunakan kuasa dilakukan oleh pimpinan UMNO tanpa had. Mereka merasakan yang rakyat tidak akan tahu apa yang mereka lakukan sampai hari kiamat. Mereka menyangka kuasa yang ada di tangan mereka itu boleh menutupi segala-gala kesalahan mereka. Mereka seolah-olah tidak percaya yang adanya dosa dan pahala. Mereka seolah-olah tidak mahu menerima yang manusia itu tidak mati kerana yang mati hanyalah jasadnya sahaja. Itu sebab dalam sudut ketuhanan ada unsur pahala dan dosa.

Ada di kalangan isu yang tidak baik dilakukan oleh pimpinan negara selama ini boleh di kategorikan sebagai pengkhianat kepada bangsa dan negara (Traitor) dan hukumannya mengikut undang-undang adalah berat. Tetapi kerja sehina ini selalu hanyalah dianggap sebagai kesalahan biasa dan tidak masuk ke dalam kategori pengkhianat negara itu.

Isu yang jelas yang boleh disebut sebagai isu pengkhianatan negara ialah membawa masuk pendatang haram dalam jumlah ratusan ribu yang diberi taraf kerakyatan yang menjadi isu besar sejak dahulu terutamanya di Sabah. Ia dilakukan oleh pimpinan besar negara. Tetapi oleh kerana ia dilakukan oleh pemimpin besar negara yang bergelar dan bernama ia tidak diambil tindakan dan sememangnya susah untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Bagi mereka yang menyokongnya pula memberikan alasan yang Singapura yang maju itu pun membawa masuk orang asing dan diberikan kerakyatan. Tetapi kita tidak pula memberi tahu yang Singapura mengambil rakyat asing yang mempunyai pengalaman dan ‘professional’ untuk membangunkan negara termaju di dunia itu. Di sebaliknya kita membawa masuk sampah sarap dan diberikan kad pengenalan untuk kepentingan politik dan undi bagi kerajaan yang memerintah.

Akhirnya mereka yang tidak berpelajaran dan samseng-samseng ini melakukan berbagai-bagai jenayah termasuk membunuh di negara ini dan mereka tidak menyumbang kepada kemajuan negara. Pendatang dari luar ini telah membawa padah dan kesusahan kepada rakyat tempatan. Setiap hari kedengaran jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini yang tidak pernah berlaku dan kita dengari semasa mereka belum dibenar untuk dibawa masuk ke negara ini.

Tidak salah jika kita andaikan yang penjenayahan yang begitu banyak berlaku dalam negara ini adalah di sebabkan pimpinan yang tidak bertanggungjawab dan pengkhianat negara. Pengkhianat negara bukan sahaja gerobolan komunis tetapi juga pemimpin yang bertanggungjawab membawa masuk ramai pendatang haram yang dijadikan rakyat negara ini.

Kalau kita kira kerosakan kepada harta benda dan nyawa rakyat lebih ramai lagi dilakukan oleh pendatang asing yang diberi kerakyatan dan yang dibenar bermastautin di sini dari kerosakan yang dilakukan oleh komunis dahulu. Membenarkan orang asing datang dan melakukan jenayah sama besarnya dengan kesalahan yang dilakukan oleh pengganas komunis dahulu. Tindakan membawa masuk pendatang haram dan memberikan kerakyatan dengan niat politik ini amat menjejaskan kedaulatan (sovereignty) negara merdeka dan ia merupakan pengkhianatan yang tidak ada tolok bandingnya kepada negara.

Saya berharap hasil dari RCI mengenai pendatang yang di berikan taraf kerakyatan ini akan dapat menyelesaikan masalah ini dan jika ianya dilakukan dengan sengaja oleh mereka yang bertanggungjawab maka mereka ini wajar kita takrifkan sebagai pengkhianatan kepada negara dan perlu di bawa kemuka pangadilan tanpa memilih bulu.

Ramai berharap RCI ini tidak akan menghasilkan seperti hasil dari RCI tentang perlantikan hakim-hakim dahulu yang tidak ada siapa yang diambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Kita mesti ingat pengkhianat kepada negara juga ada dua jenis seperti perompak dan penyamun juga, iaitu pengkhianat kolar biru dan kolar putih. Membawa pendatang asing kedalam negara ini dan memberikan kerakyatan merupakan pengkhianatan kolar putih yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa, bergelar dan bernama ini.

Kita mesti lakukan apa yang termampu untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Cara yang pertama ialah dengan menolak mereka yang melakukan jenayah ini dan jangan di berikan mereka peluang untuk mendekati kuasa. Jika mereka masih berkuasa banyak lagi musibah yang mereka akan lakukan terhadap negara kita.

35 comments:

Damansara Heights said...

Siapakah PENKHIANAT (TRAITOR)NEGARA?

Jawapan :-

1. MAHATHIR - Menteri KDN
2. MEGAT JUNID (MJ) (tewas dalam hidup)-Timbalan KDN, Mahathir
3. GHAFAR BABA(telah juga tewas hidup)-TPM
4. TAJUDDIN RAHMAN dpt kuota 20 ribu dari MJ.Kemudian duplicate jadi 40 ribu.Bawa masuk Bangla.
5. SHEIKH RADZI-Menteri KDN.terlibat dalam out-sourcing
6. Program 6 P anak MAHYUDIN terlibat juga ADNAN TENGKU PALSU.Declare tidak akan mempertahankan kerusi Putra Jaya dlm PRU 13.Dia takut kalah!
7. AZIZ SAMSUDDIN-SETPOL MAHATHIR cum BTN.Penghasut perkauman
8. Agensi Pekerja Asing dan staff jabatan yg berkaitan dg Peker
ja Asing

Apa saja tindakan MJ,Mahathir tidak mengambil apa-apa tindakan.MJ beri kuota Pekerja Asing kpd bininya Ziela Jalil,tukang kebun MJ,adik-adik MJ danjuga anaknya.MJ amat berkuasa waktu Mahathir.Dia juga terlibat tentang pemberian Mykad kpd pendatang asing di Sabah.Aziz Samsudin memang terlibat.

Ketika ini RCI nampaknya lambat mengambil tindakan.Kita minta PR mengambil tindakan bila menjadi ruling party.

Damansara Heights

Anonymous said...

Tuan,

Bagi sayalah, agak-agaknyalah, besar kemungkinan, saya rasalah (ikut style kekanda Hassan Ali-Jati...he..he), Cek Det dan Pak Jib ini macam keturunan Si Kitol. Pengkhianat Melayu yang menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Kalau ada yang balik dari US (bawa isteri sah bangsa Amerika) kira tak salah dan boleh di terima.

Ini, terang-terang (bukan nak menghina), ketiak busuk Bangla, bau mulut Vietnam, si jongang orang seberang, secara "tidak jujur" kalau benar diberi kerakyatan adalah kerana agenda kotor UMNO BN. Dahlah, buat onar dan suka kacau anak bini orang. Nasib baik tak beri IC percuma kepada Awang Hitam.

Sekarang banyak pakar komputer, zaman IT, masih lagi SPRM kata susah hendak bersihkan database pengundi?????? Sistem komputer harga beribu-ribu ringgit macam tak ada fungsi langsung. Budak Tingkatan 5 Sastera pun boleh buat kerja check and balance ini dengan mudah.

UMNO baru ini sebenarnya "pengkhianat AMANAH yang telah diberikan oleh RAKYAT".

Harap pak ustaz Hassan Jati, Fatul Bari, Pak Ahim Ali dan ustaz kangkong lain - sila rujuk Quran pasal AMANAH dan ADIL.







Anonymous said...

Demi kedaulatan negara tercinta..jika pakatan rakyat mendapat mandat untuk memerintah..siasatan menyeluruh mengenai pemberian kad pengenalan hendaklah dilakukan..dan BATALKAN dengan segera kad pengenalan yg diberi pada warga asing..kerana mereka ini akan di reycle semula/diguna semula oleh bee end dlm pilihanraya yg akan datang...

Pakatan rakyat HARUS bertindak demi kedaulatan malaysia..dan pengkhianat dlm isu kad pengenalan ini hendak dihukum dengan setimpalnya..kerana akan melibatkan MARUAH rakyat malaysia...

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Terima kasih di atas analisa berfakta kukuh sekukuh tembok penghalang kepada makhluq perosak Yakjuj dan Makjuj ini. Nah, bukankah ini yang dikatakan "bodoh sombong"? Maknanya, bapa syaitan 1-Malaysia tu, kan, sentiasa berasa gah, macamlah dia tu Tuhan? Walhal, hakikatnya, dia bukan sekadar OKU kekal, tetapi, lebih parah kerana dia sebenarnya telah menjadi O K S! Tak payahlah nak cakap pasal hina Allah dan Rasul, cukup sudah kalau nak disenaraikan, sekian banyaknya pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan, seperti Tragedi Memali, merentap profesionalisme mereka yang benar lagi ikhlas dengan pelbagai tipu muslihat licik sehingga mencemar maruah dan kehormatan, dan, termasuk isu yang sedang kita bincangkan ini: penggadaian negara kepada penyangak demi kekal berkuasa ...

Justeru, memang padan muka UMNO kini dijatuhkan, kerana ia bukan lagi mewakili Kesatuan Melayu; sebaliknya, ia adalah the United Mungkarat Number One, k? Walau apapun, tidak dinafikan, masih kedapatan segolongan minoriti ahlinya termasuk dalam kepimpinan yang memang masih bersih dan benar-benar berjuang di atas prinsip asalnya. Cuma, disebabkan budaya daripada dakyah bapa syaitan inilah, bolehlah dikatakan 90 % kemusnahannya sukar diperbetulkan lagi, kecuali mereka dipencenkan sahaja pada PRU ni, dan mungkin, untuk beberapa penggal akan datang, insha Allah.

Terima kasih dan salam ihad.

Anonymous said...

Pemimpin yang berwawasan macam tulah..Kadang kadang apa yang dilakukan sekarang ni mungkin tak difahamilah oleh ramai orang, tapi hanya difahami setelah puluhan tahun peninggalanya.

Di Indonesia dan di Thailand pemimpin terdahulu memaksa bangsa Cina menukar nama, dan budaya dan bahasa Cina diharamkan. Sekarang ni bangsa Cina dah berasimilasi dengan penduduk pribumi, bercakap dalam bahasa pribumi.

Di Brunai, kerajaan disana tidak memberi kerakyatan pada orang Cina kerana mereka nak mengekalkan karakter kerajaan Brunai sebagai kerajaan Melayu Islam Beraja.

Di Sri Lanka kerajaan Sinhalese disana ingin mengekalkan dominasi bangsa Sinhalese disana, tiada seinci pun tanah Sri Lanka dibenarkan untuk Tamil Eelam.

Di Singapura, kerajaan disana ingin mengekalkan dominasi kaum Cina disana. Beberapa social engineering telah dilaksanakan seperti polisi 'Stop at Two, insentif untuk mereka yang kaya dan bijak pandai untuk beranak ramai dan beberapa tahun lalu, polisi Foreign Talent dilaksanakan. Akibatnya orang Cina bertambah ramai dan mereka akan terus kekal majoriti disana.

Di Malaysia apabila TDM membenarkan pendatang Indonesia dan Filipina mudah untuk mendapat kerakyatan, saya percaya untuk memastikan dominasi orang Melayu dan Islam akan terus kekal di Malaysia. Salah ke..akibatnya Sabah dan Malaysia kan terus kekal diterajui oleh orang. Islam.

Terus terang Malaysia tak perlu malu nak mengakatakan negara ni didominasi oleh orang Melayu Islam dan dimasa akan datang akan kekal demikian. Dan sepertimana kerajaan negara lain, kerajaan Malaysia tak perlu malu mengenalkan polisi kearah sedemikian.

Batu Ronson

Anonymous said...

Batu Ronson,

Projek M bertujuan nak mengekalkan dominasi Islam kepala hotak hang! Pertama, yang diberi kad kerakyatan itu diberi taraf kaum melayu dan secara atomatik layak menerima keistimewaan perkara 153 perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang-orang melayu.

maknanya mamak india yang dilahirkan di kerala yang mendapat ic di sabah, mat pakistan dan mat indon ini secara otomatiknya mendapat hak tersebut. Apa kejadahnya mereka tersebut mendapat hak yang istimewa itu sedangkan kat negara mereka pun mereka tak mempunyai hak seperti itu.

Aku boleh terima alasan nko jika ia tidak melibatkan hak berkongsi perkara 153 perlembagaan. Aku dan sebahagian besar orang melayu tidak dapat menerima sampai bila-bila seorang india yang dilahirkan di kerala india diterima sebagai melayu dengan mendapat sepenuhnya keistimewaan orang melayu dibawah perlembagaan.`

Ini satu pengkhianatan dan penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan apatah lagi operasi projek M ini dibuat dengan secara sulit.

Yang boleh menerima hakikat ini tentunya melayu-melayu yang sudah terpeleot akalnya sehingga sanggup berkongsi hak keistimewaan dibawah perlembagaan dengan orang asing yang tidak mempunyai apa-apa kat negara asal mereka. Malah yang hidup susah dinegara asal mereka.

Aku pun tak faham bagaimana melayu seperti batu ronson ini boleh menutup mata dengan masaalah yang dihadapi oeh penduduk asal sabah angkara kebanjiran pati-pati yang diberi kerakyatan oleh Mahathir.

Kalau aku kata batu ronson ni tak layak jadi melayu dan tak redha dia mengaku melayu kang kasar bunyinya. tetapi itulah hakikatnya manusia seperti batu ronson dan sewaktu denganya.

Zack

( Tidak mengharapkan Pak Aspan akan siarkan komen ini)

Batu Berlian said...

Batu Ronson,
Bayangkan macam man ya bila kau dah kena rompak dengan Mat Indon dgn pisau kat leher. Bila bini kau dah kena rogol dengan Mat Bangla, bila anak kau dah kena culik dgn sindiket Rohingya jadi peminta sedekah kat Thailand dan tangannya dicacatkan.
Barulah tak perlu malu untuk menyembah bumi.

Syabas "Damansara Heights" srikandi negara, tak macam Batu Ronson yang kurang akal.

"Batu Berlian"

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan dan semua,

Fenomena pemberian IC kepada pendatang asing di Malaysia adalah suatu tindakan tidak bermaruah, tidak berakal dan mereka2 ini adalah pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanahair.

Kelas pemimpin pariah ini adalah kelas bangsa lahanat. Rakyat Malaysia pastinya tidak akan menerima tindakan ini sampai beberapa keturunan sekalipun. Pemimpin Pariah ini langsung tidak peka bahawa Rakyat Malaysia sayangkan agama, bangsa dan tanahair serta tidak rela ketiga2 elemen ini tergadai.

Amat bertuah kiranya Rakyat Malaysia boleh mendapat kewarganegaraan sah samada dari Thailand, Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar. Kan jelas bahawa Rakyat Malaysia telah dipariahkan oleh Pemimpin Pariah ini.

Dengan muka tidak tahu malu, si pariah ini sanggup keluar lagi dimedia umum untuk menipu dan menuduh orang walhal semua tahu si pariah lahanat inilah yang telah membuat terlalu banyak kerja2222222 tidak bermaruah.

Nak membela ugama konon berpalit dengan kilang arak, menghina nabi, menghina Islam, berlagak bijak, menghina Melayu dsbnya. Inilah manusia pariah dimana kelas binatang dizoo negara sekalipun lebih mulia dari dia.

Bangsa, Ugama dan Tanahair bukan boleh dimain-mainkan seperti main dam. Ini perkara sirius dan amat sirius.

Mudah2an Allah menunjukkan pengajaran bagaimana melaknat silahanat2 ini sebelum mereka kejam dan kaku.

Anonymous said...

Mungkin komen dari pendatang yang sudah dapat kerakyatan dari pintu belakang.

Bila rakyat sendiri jadi mangsa di bumi sendiri kelak. sudah terlewat nanti.
Tenguk sendiri negara timur tengah..ini isu kedaulatan negara....tiada kompromi..

Pengkhianat

Anonymous said...

Dear Sir,

How to create a perfect storm?

Anonymous said...

Bab singapura salah.
Orang China Singapura mengecam polisi Foreign Talent dan penyebab utama sokongan terhadap PAP merudum.

Yang diberi IC di Singapura adalah karyawan bukannya yang tidak berkemahiran.


MHK

Jahatnya Mahathir said...

Pak Aspan,

Niat sebenar Mahathir guna ISA ialah menyumbat orang ke dalam penjara untuk berkuasa

Najib said...

Cina dan india yg sah2 lahir di malaysia pun x diberi keistimewaan spt org melayu, kenapa kita nk bg keistimewaan itu pada bangla, nepal dan pakistan projek ic? Harap jika pr dpt perintah malaysia dpt buang semua sampah sarap projek ic ni..

Anonymous said...

Batu Berlian

"Bayangkan macam man ya bila kau dah kena rompak dengan Mat Indon dgn pisau kat leher. Bila bini kau dah kena rogol dengan Mat Bangla, bila anak kau dah kena culik dgn sindiket Rohingya jadi peminta sedekah kat Thailand dan tangannya dicacatkan.Barulah tak perlu malu untuk menyembah bumi."

Inilah harga yang perlu dibayar dengan adanya pendatang. Mereka akan datang dengan membawa budaya mereka, ada yang baik dan ada jugak yang buruk.

Orang Cina dan orang India datang dengan budaya mereka. Judi, candu, pelacuran, samseng gelap, Ah Long, dera pekerja dan minum todi dan pukul bini dibawa oleh mereka. Orang Melayupun ada jugak budaya buruknya, berhutang tak nak bayar, gila seks, bomoh dan sumbang mahram banyak berlaku dikalangan orang Melayu.

Batu Ronson

Anonymous said...

Sedarlah Batu Ronson, biar apapun keadaannya yang dikutuk itu, yang dihina itu tetap orang Melayu.

Anonymous said...

Zack,

Tambah lagi..

"Aku pun tak faham bagaimana melayu seperti batu ronson ini boleh menutup mata dengan masaalah yang dihadapi oeh penduduk asal sabah angkara kebanjiran pati-pati yang diberi kerakyatan oleh Mahathir"

Kaji balik sejarah. . Sabah ni dulu sebagian dari jajahan Kesultanan Sulu dan Sabah ni telah dipajakkan kepada Syarikat Borneo Utara British dari tahun 1882.Dalam tahun 1946 selepas Perang Dunia Ke 2, syarikat ini telah menyerahkan negeri Sabah kepada kerajaan British tanpa persetujuan Kesultanan Sulu.

Saya difahamkan sehingga kini, kerajaan Malaysia masih membayar wang pajakan kepada keturunan Kesultanan Sulu. Soalannya, kalau mengikut sejarah siapakah yang lebih layak mendapat kerakyatan di Sabah tu..

Batu Ronson

Anonymous said...

Batu Ronson,

Sejarah kesultanan Sulu dan sejarah Malaysia moden dua perkara yang berbeza.

Jika inilah logiknya, patut le Mahathir memberi kerakyatan dan warganegara kepada semua pendatang-pendatang dari kerala kerana dalam sejarah zaman dulu kala, pengaruh hindu begitu kuat meresap kedalam dunia melayu. Kalu ini logiknya mengapa ditipu dengan menyatakan pendatang-pendatang ini dilahirkan di sabah. Berterus teranglah bahawa mereka ini dilahirkan di India dsbnya. Mengapa kena menipu?

Cuba fikir dengan logikal. yang menjadi persoalannya mereka ini akan berkongsi hak perkara 153 perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan orang melayu. Apa hak mereka terutama pendatang yang datang dari India, Pakistan, Burma?

Aku tidak mempunyai masaalah jika mereka ini diberi kerakyatan atas dasar sejarah seperti yang nko katakan atau atas alasan mengekalkan dominasi Islam asalkan tidak melibat perkara 153 perlembagaan. Aku dan sebahagian orang melayu lain mempunyai masaalah menerima mamat India, mamat pakistan, mamat burma menjadi melayu.

Ini isu pokoknya. Kita semua tahu bahawa pemberian kerakyatan kepada pendatang-pendatang ini semata-mata bertujuan politik dan mengekalkan dominasi politik UMNO semata-mata. Sebab itu ia dibuat secara rahsia dan senyap-senyap.

Persoalannya, masaalah UMNO adalah masaalah kelompok kecil dari keseluruhan orang melayu di malaysia. Ahli UMNO hanya berjumlah 3.5 juta orang sahaja dari 18 juta orang melayu keseluruhannya.( 3.5 juta itu bukan semuanya orang melayu Islam!)

Masaalah kepentingan sekelompok kecil ini mesti mengorbankan hak-hak majoriti orang melayu lain yang tak ada kena mengena dengan UMNO?

Membawa alasan mengekal dominasi melayu Islam, cerita sejarah sebuah kerajaan silam yang sudah tidak wujud lagi adalah alasan-alasan rekaan untuk menutup persoalan yang lebih besar dan sebenar - ia itu pengkhianatan segelintir kecil orang melayu terhadap majoriti untuk kepentingan kelompok kecilnya sahaja yang berketuakan seorang yang bukan melayu tulin pun!...itu pokok persoalannya.

"PENGKHIANATAN SEGELINTIR KECIL MELAYU TERHADAP MAJORITI UNTUK KEPENTINGAN KELOMPOK KECILNYA SAHAJA"

Zack

Anonymous said...

Zack,

kita teruskan debat ni ye..Nampaknya saudara bersetuju dengan pemberian kerakyatan tapi saudara tak setuju dengan pemberian taraf bumiputera.

K erakyatan dan taraf bumiputera adalah dua perkara yang berbeza.Saya tak pasti samada mereka secara automatik akan dapat taraf bumiputera bila dapat kerakyatan. Dalam tahun 1980an dulu, rakan saya keturunan Pakistan telah tidak diberi biasiswa keluar negeri kerana dia bukan keturunan Melayu walaupun dia beragama Islam dan mempunyai keputusan jauh lebih baik dari orang Melayu.

Saudara rujuk pada takrif melayu dalam perlembagaan persekutuan perkara 160(2). Orang Melayu adalah seorang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan lahir sebelum Merdeka di negeri Persekutuan atau Singapura atau pada hari merdeka bermastautin dinegeri persekutuan atau Singapura.

Saya rasa selagi keturunan mereka dalam kad pengenalan dilabel sebagai keturunan bukan Melayu, mereka tidak akan menikmati keistimewaan tersebut. Lazimnya mereka akan menikmati keistimewaan tersebut dengan berkahwin dengan orang Melayu dan anak anak hasil perkahwinan tersebut secara automatik akan menikmati hak tersebut.

Disebabkan hak tersebut ramai pulak pemimpin UMNO dan bekas UMNO adalah mereka yang berdarah campuran Melayu dan bangsa lain. Tunku (Siam), Tun Razak (Bugis), Tun Hussein (Turki), Tun Mahathir (India), Tun Abdullah(China Hainan) ..dan mungkin dah sifat semulajadi orang Melayu sanggup menerima mereka yang bukan berdarah 100% Melayu. Kerana sikap bertolak ansur dan kompromi menyebabkan orang Melayu menerima 1 juta bukan Melayu sebagai warga negara pada tahun 1957. Ini satu pengorbanan yang tiada tolok banding di negara lain.Dinegara lain, bangsa lain akan mati berbunuhan untuk mengekalkan dominasi kaum mereka.

Majoriti kaum Melayu adalah perlu jika kita nak mengekalkan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam artikel 153. Perlu saya ingatkan disini, orang Melayu pernah jadi minoriti dinegara sendiri. % orang Melayu pada tahun 1957 hanyalah pada 48% sahaja dan pada tahun 1962-1965 nisbah orang Melayu telah turun ke angka yang lebih ketara, hanya sebanyak 32% sahaja. Sekiranya orang Melayu jadi minoriti, boleh ke orang Melayu nak mengekalkan hak istimewa orang Melayu.?? Jenguk balik sejarah dan renungkanlah..

Batu Ronson


Anonymous said...

Zack,

Saya sambung lagi....

Saya ungkit sikit bila PAP menonjolkan konsep Malaysian Malaysia pada tahun Singapura sebahagian dari Malaysia.Hakikatnya mereka berani untuk mengusulkan hak istimewa orang Melayu dihapuskan kerana orang Melayu telah jadi minoriti di negeri sendiri. Diwar-warkan kerana artikel 153 ini, bangsa bukan Melayu adalah masyarakat kelas 3 dinegara ini sedangkan ketika itu tiada DEB, dan ekonomi dibawah penguasaan mereka dan lebih 70% kakitangan Divisyen A kerajaan adalah dari golongan mereka.

Apa salahnya kalau kita ikut sedikit cara Amerika, cara Singapura, cara Australia dan juga cara NewZealand untuk mengekalkan dominasi kaum mereka. Di Amerika pada tahun 1882 mereka mengenalkan 'Chinese Exclusion Act', di Singapore mengadakan eksperimen 'Singapore Eugenics' untuk mengekalkan dominasi kaum Cina disana, di Australia dan di New Zealand, keutamaan migrasi akan diberikan pada golongan kulit putih. Di Malaysia, sepatutnya kita tak perlu malu untuk melaksanakan polisi kearah sedimikian.

Batu Ronson

Anonymous said...

' Dalam tahun 1980an dulu, rakan saya keturunan Pakistan telah tidak diberi biasiswa keluar negeri kerana dia bukan keturunan Melayu walaupun dia beragama Islam dan mempunyai keputusan jauh lebih baik dari orang Melayu.' - Batu Ronson.

This is NOT true....I have come across recently a few people who called themselves ' Pakistan Malay ' who are on Government Scholarship, not locally but overseas.

Because of politics of religion and expliotation by ' Constitution/ Other' Malays, as long as you are Muslim, you are automatically a REAL Malay and thus entitle to the REAL Malays' special rights.

Anonymous said...

' Perlu saya ingatkan disini, orang Melayu pernah jadi minoriti dinegara sendiri. % orang Melayu pada tahun 1957 hanyalah pada 48%' - Batu Ronson.

%???

The REAL Malays'rights are fully protected by the Constitution, this include the Bumiputra of Sabah & Sarawah.

The Malay Kings will alawys to be Rulers of the country and with absolute and specific power to protect the REAL Malays and Bumi under the Constitution.

To give citizens to millions of illegals in a short period of time, based on religion under secrecy, is high treason and the greatest betrayal of the country, in particular to the REAL Malays/Bumi and Non Malays at the time of independent.

Anonymous said...

' Di Amerika pada tahun 1882 mereka mengenalkan 'Chinese Exclusion Act' - Batu Ronson.

Year 1882....this is more than 120 years ago!!! Why not introduce policies 5000 years ago before Jew, Christain and Muslim found their religion to fight each other????

Most developed and true democratic countries like America, Britain, Australia and NZ accept millions of Muslims from all around the world eg. Iraq, Iran, Pakis, India, Russia and etc..

Anonymous said...

'Di Malaysia, sepatutnya kita tak perlu malu untuk melaksanakan polisi kearah sedimikian' - Batu Ronson.

This statement could only come from a shameless and irresponsible TRAITOR of a multi racial and religious country consisting of PEACE loving and LAW abiding ordinary citizens.

Anonymous said...

Batu Ronson,

Hakikat yang ada kesemua PATI-PATI yang berugama Islam yang diberi kerakyatan oleh mahathir DIDAFTAR SEBAGAI MELAYU!...SEBAGAI MELAYU!...ITU SAYA PASTI 100%

Mengambil logik sonsang sdra, jika berdasarkan pertalian dan pengaruh hindu dalam masyarakat melayu dulu-dulu - ATLEAST 100 JUTA!!...100 JUTA RAKYAT INDIA YANG MENDIAMI BAHAGIAN SELATAN INDIA BERHAK DIBERI KERAKYATAN MALAYSIA OLEH MAHATHIR DAN UMNO!!!

100 JUTA! MY FREN....KALAU IKUT LOGIK SONGSANG SDRA!..SEDANGKAN MELAYU YANG ADA HARI INI HANYA 18 JUTA ORANG!

I have seen with my own eyes 20 kad pengenalan biru warga-warga india, pakistan dan bangladesh yang berugama islam BERSTATUS MELAYU!....Mereka dihantar oleh satu agensi untuk pekerja asing untuk mendapat kerja di tempat saya.

Tak puas hati saya suruh mereka bawa pasport asal masing-masing keesokan hari. Mereka telah berada di negara ini antara 2- 5 tahun!Mindyou ini berlaku disini, semenanjung recently, bukan di sabah!

Tak payah berputar belit dan lari-lari dari realiti mengenai apa yang berlaku depan mata. Sdra hanya cuba menegak benang basah sahaja dengan membawa hujah-hujah yang tidak ada kaitan dengan isu sebenar.

Isu yang dihadapi sekarang ini senang sahaja, seperti yang saya sebut diatas:

"... pengkhianatan segelintir kecil orang melayu terhadap majoriti untuk kepentingan kelompok kecilnya sahaja yang berketuakan seorang yang bukan melayu tulin pun!...itu pokok persoalannya."

MENGAPA PERKARA INI DIBUAT SEGALA GELAP, SECARA RAHSIA DENGAN MEMBELAKANGKAN PERATURAN, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA?

INI SOAL POKOKNYA!
Dengan hujah PAP, amerikalah, pengekalan dominasi kaum le( demographic composition engineering - apa hak Mahathir dan UMNO nak buat secara gelap dan rahsia?ada basis undang2 dan Perlembagaan?) adalah hujah-hujah yang tidak ada kaitan dengan isu dan permasalahan sebenar yang timbul sekarang.

Begitu juga soal pemimpin UMNO yang dah bukan melayu tulin? apa kaitan dengan hak majoriti melayu yang dijamin oleh Perlembagaan?

UMNO dan ahli UMNO adalah puak minoriti dikalangan orang melayu di negara ini. terpulanglah kepada puak minoriti ini nak berketuakan sesiapa, hatta orang dari Afrika Botswana pun asalkan mengikut perundangan negara. Bukan menjadi masaalah majoriti orang melayu.

Masaalahnya UMNO, puak minoriti ini menggunakan cara-cara illegal, secara gelap, secara tipu muslihat untuk mengekalkan kuasa dominasi kuasa politik negara dengan mengadai hak-hak majoriti melayu yang lain.

BTW, UMNO bukan parti melayu lagi selepas memasuki Sabah awal tahun 1990an dulu. Ia telah mengubah dari menjadi parti melayu KEPADA PARTI BUMIPUTRA!DIDNT YOU KNOW?

Zack

Anonymous said...

Mengikut logik Batu Ronson, kerajaan berhak membuat "social engineering" untuk menambahkan bilangan rakyat tertentu dalam sesebuah negara.

Kalau macam tu, dasar apartheid oleh Amerika di Afrika tu boleh dihalalkan.

Kalau kat Timur Tengah, kerajaan Israel yang cuba menyekat kemaraan Palestin dan menambahkan orang Yahudi juga boleh dihalalkan.

Isu kerajaan China cuba menyekat kaum Tibet juga tak mengapalah, memang hak kerajaan, kata Batu Ronson.

Kaum Rohingya di Thailand tu minorit je, memang patut mereka diusir keluar dan ditambahkan bilangan orang Thai bukan Muslim, kan Batu Ronson? Baik kerajaan Thai bawa masuk banyak orang Cina kat situ.

Nasib baik Nabi Muhammad dulu tak cuba menyekat kaum Quraisy dan membawa orang-orang luar sebab semata-mata nak tambahkan orang Islam.

Ini sebenarnya bukan semata-mata aspek Melayu je, ini melibatkan semua rakyat Malaysia. Perlu diingatkan kaum pribumi seperti Dusun dll juga dianggap kaum bumiputera, bukam Melayu je. Nak bawa masuk PATI tu memang jelas nyata ada aspek diskriminasi untuk mengurangkan sumber dan hak istimewa penduduk di Sabah.


Kalaulah Batu Ronson adalah daripada mana-mana kaum yang cuba disekat tu dan dikurangkan oleh kerajaan, apa perasaan kamu? Boleh kamu berdiri lantang dan kata, memang hak kerajaan untuk membawa orang asing masuk untuk mengurangkan kaum saya?

-jenny

Jack Cheow said...

Menmandangkan Pengkhianatan begini adalah tidak boleh dimaafkan , Mari kita mengdoakan (Kehancuran Ketuanan Korup Melayu) yg Ditaja dan Dicipta oleh Iskander Kutty Mamak Bendehara di Malaya bersama Dengan satu lagu yg tepat sekali dan saya percaya memang dinanti-nanti oleh Majoriti Rakyat Malaya.

Hanya dengan satu cara saja untuk Kemajuan dan Kemakmuran dengan Liberalkan Minda Rakyat Malaya khususnya Orang Melayu, kalau tidak Rakyat Malaya akan ditimpa Kemunduran,Kemiskinan dan kebodohan dan masa adalah tidak lama dari skrg.




Countdown to Extinction:-


Endangered species, caged in fright
Shot in cold blood, no chance to fight
The stage in set, now pay the price
An ego boost don't think twice
Technology, the battle's unfair
You pull the hammer without a care
Squeeze the trigger that makes you Man
Pseudo-safari, the hunt is canned ...
The hunt is canned

All are gone, all but one
No contest, nowhere to run
No more left, only one
This is it, this is the Countdown to Extinction

Tell the truth, you wouldn't dare
The skin and thophy, oh so rare
Silence speaks louder than words
Ignore the guilt, and take your turn
Liars anagram is "lairs"
Man you were never even there
Killed a few feet from the cages
Point blank, you're so courageous ...
So courageous

[Chorus]

One hour from now
Another species of life form
Will disappear off the face of the planet
Forever ... and the rate is accelerating

Anonymous said...

Buat pe gaduh dgn batu ronson. Komen2 dia menunjukkan dia org umnobaru hingga akhir hayat. Biarkan aje.

Just agree to disagree.

Anonymous said...

Banyak pulak komen menghentam saya. Biarkanlah insyaallah saya akan jawab satu satu..Kebenenaran walaupun pahit perlu juga dicari.

Anon 09:55

"This is NOT true....I have come across recently a few people who called themselves ' Pakistan Malay ' who are on Government Scholarship, not locally but overseas. "

Tahun berape ni berlaku bro.. Kalau tahun 2000 keatas, bukan saja Pakistan Muslim, yang bukan Muslim dari keturunan Cina, India dan bangsa bangsa lain pun akan menikmati biasiswa tersebut.

Masa peristiwa ini berlaku pada awal 1980an saya pun pergi interview tersebut.Kawan saya yang diinterbiu lebih awal selepas keluar mengatakan pada saya bahawa belau tidak dapat biasiswa kerana salah seorang interviewer lebih fokus pada asal keturunanya dari kelayakan beliau.

Batu Ronson

Anonymous said...

Anon 10:10

"The REAL Malays'rights are fully protected by the Constitution, this include the Bumiputra of Sabah & Sarawak".

Yes the Malays right are fully protected by the constituion not only in Malaysia but also in Singapore. Yet some parties i.e the PAP and later on the DAP was instigating the non Malays to fight for the abolishmnt of this right citing that they will become third class citizen because of this right.

I am more on the enforcement of this right. Since independence upto 1970 there is no affirmative action to help the Malays. There is no special programme to address the economic imbalance existed. One man did protest by writing a book titled 'Malay Dilemma' but this book was banned by the authorities then.

Things started to change after the 1969 riots. DEB was introduced.Felda was initiated. Boarding schools were opened and scholarships were awarded to the Malays in large numbers. Thus if you see large number of Malay professionals now it was because of this affirmative action.

In Singapore instead of helping the Malays over there, the government introduced innovative policy to control the so called non productive and non educated segment aka 'Malays' from breeding.Googlelah 'Singapore Eugenic' if you need to know more.

Batu Ronson

Anonymous said...

Anon 10:20

"Year 1882....this is more than 120 years ago!!! Why not introduce policies 5000 years ago before Jew, Christain and Muslim found their religion to fight each other???? "

This law was only repealed in 1943 when the Americans need allyto fight against the Japanese.

I purposely highlighted this so that you guys rasa bersyukur that your forefathers had decided to land in Malay peninsular.No act to preventyou from breeding, from practising your language,your habits, your profession and your religion. And instead of you fighting and need to die for your citizenship and other rights, these rights were given on a platter. No other countries had done that except Malaysia.

Batu Ronson

Anonymous said...

Anon 10:28

" This statement could only come from a shameless and irresponsible TRAITOR of a multi racial and religious country consisting of PEACE loving and LAW abiding ordinary citizens."

Anything that i said sound offensive to you?. Did i advocate Hitler's final solution, ethnic cleasing,apartheid, forced living in the ghetto as USA 'Chinese Exclusion Act', forced assimilation as the Thais and the Indonesians.?

Did i advocate that your family to be molested, your properties to be confiscated and your life to be made miserables just like the Israelis did to the Palestinian.? Did I also propose some segment of the society to be castrated to prevent them from breeding just like Singapore in the 1970s.? I know because my parent also kena.

I advocate peaceful means traditionally Malaysian.

Batu Ronson

Anonymous said...

Zack,

"Mengambil logik sonsang sdra, jika berdasarkan pertalian dan pengaruh hindu dalam masyarakat melayu dulu-dulu - ATLEAST 100 JUTA!!...100 JUTA RAKYAT INDIA YANG MENDIAMI BAHAGIAN SELATAN INDIA BERHAK DIBERI KERAKYATAN MALAYSIA OLEH MAHATHIR DAN UMNO!!!"

Saudara kena bezakan antara pertalian/ pengaruh dan jajahan. Kita pernah menganut Agama Hindu tak bermakna orang India berhak atas negara kita. Sebagaimana kita sekarang beragama Islam tak bermakna orang Arab berhak atas negara kita.

Cubalah baca blog orang Filipina mengenai tuntutan mereka keatas Sabah. Kalau pajak maknanya sewa bukan beli. Hong Kong dan Macau dikembalikan ke Cina selepas tempoh pajak tamat.

Saudara ada bukti orang Pakistan, India dan Bangladesh berstatus Melayu...Kalau ada sila siarkan.... Saya pun minat nak tengok. Dulu saya pernah dengar orang Cina dapat status bumiputera, ada berlaku kat Sabah dan kat Semenanjung. Setahu saya melalui perkahwinan.

Saudara selalu sebut hak istimewa Melayu dalam perlembagaan.Kat Singapura pun ada klaus ini dalam perlembagaan tapi apa gunanya kalau tak dipraktiskan.

Kat Malaysia ni, kecuali tanah MCL (Malay Customary Land) dan hak raja, tiada aksi afirmatif untuk membantu orang Melayu dari semenjak merdeka hinga 1970.Selepas peristiwa 13 Mei barulah kerajaan laksanakan dasar DEB untuk membantu orang Melayu.

Tak usahlah nak impikan DAP untuk melaksanakan dasar afirmatif untuk orang Melayu kerana mengikut sejarah merekalah yang beria-ia memansuhkan hak istimewa orang Melayu. Perkara ini mungkin akan berlaku bila orang Melayu dah jadi minoriti dinegera sendiri secara fizikal ataupun secara politiknya.

Batu Ronson

Anonymous said...

'Since independence upto 1970 there is no affirmative action to help the Malays. There is no special programme to address the economic imbalance existed. One man did protest by writing a book titled 'Malay Dilemma' but this book was banned by the authorities then' - Batu Ronson.

After independent, nobody knows exactly the REAL situation of the country and the various communities - every community has their own challenges/problems.

One thing for sure is that Malay Kings will always be RULERS according to the Constitution and in control of the government and all the country's resources for the benefit of the Bumi, if they so decide for fairness.

But some people got inpatience to get a fair share of the wealth and resources....they want it NOW at all costs, including inciting hatred and violence to achieve their objectives.

Nobody is disputing the rights and protection of the unique culture and traditions of Bumiputra....but to admit millions to illegals to exploit their special rights and benefits and destroy their culture, traditions and security is a totally different matter.

This is treason of the highest order.

Anonymous said...

Batu Ronson,

100 juta rakyat selatan india berhak menjadi warganegara yang saya sebutkan adalah berdasarkan andaian logik sdra mempertahankan mengapa rakyat filipina diberi kerakyatan berdasarkan ANDAIAN SDRA JUGA DENGAN MEMBAWA ISU KESULTANAN SULU YANG TELAH TIDAK WUJUD BERDASARKAN FAKTOR SEJARAH....SDRA YANG MEBAWA HUJAH FAKTOR SEJARAH, SAYA HANYA MENUNJUKKAN SATU LAGI ASPEK SEJARAH YANG SDRA TAK SEBUT!

Mengenai 20 orang PATI yang memiliki kewarganegaraan dan berstatus melayu - saya telah menulis surat kepada JPN dan SPR. Setakat ini belum ada respon.

Sdra boleh meneliti dokumen itu secara private jika berminat. Cuma kita buat temujanjilah. Perkara ini bukan perkara main-main.

Sdra begitu yakin DAP tidak akan melaksanakan dasar afirmatif untuk orang melayu. Saya tidak tahu dan berpura-pura tahu dalam soal ini.

Fakta-fakta dan angka yang ada juga menunjukkan bahawa UMNO gagal samasekali membawa perubahan kepada majoriti orang melayu melalui senjata ampuh " dasar afimatif untuk orang melayu" sejak 55 tahun yang lalu dalam kebanyakan bidang.

Bidang paling penting ialah ekonomi dan pendidikan. Dalam bidang ekonomi, 40% rakyat di negara ini berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan dimana 75% dari jumlah ini ia itu 8.5 juta adalah orang melayu. 8.5 juta ini adalah 1/2 dari jumlah keseluruhan orang melayu di malaysia mengikut bancian 2007....ini adalah angka yang begitu memeranjatkan!

Pendapatan bulanan adalah unsur terpenting dalam kehidupan hari ini. Kesempurnaan aspek-aspek kehidupan yang lain bergantung kepada pendapatan bulanan sesebuah keluarga.

Figur diatas jika dikembangkan, menunjukkan bahawa, daripada 10 orang yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan - kelompok terbesar ADALAH ORANG MELAYU BUKAN KETURUNAN INDIA. Figur-figur yang lain juga menunjukkan trend yang sama: kemiskinan, pemilikan rumah mampu milek dsbnya.

Sdra dan promoter-promoter UMNO sebenarnya orang-orang yang bersikap defeatist yang cuba mempertahankan sesuatu tidak boleh dipertahankan - hanya UMNO yang boleh menyelamatkan melayu sedangkan keadaan sebenarnya UMNO lah yang menyebabkan kemunduran orang melayu sejak 55 tahun yang lalu.

55 tahun kita merdeka. UMNO menjadi tunggak dan parti majoriti dalam kerajaan selama itu. 6 orang Perdana Menteri adalah melayu. Majoriti menteri-menteri kabinet selama 55 tahun ini adalah orang melayu!....mengapa perkara ini terjadi? Mana bukti-bukti dasar afirmatif pro melayu yang menjadi hantu raya untuk menakutkan orang melayu berjaya?...realitinya segelintir kecil pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang berjaya...hatta ahli akar umbi UMNO pun terok juga seperti majoriti orang melayu yang lain!

Saya mengatakan sdra menjual sikap defeatist kerana mahu menanam kefahaman kita kena terima juga UMNO walaupun UMNO mengecewakan orang melayu selama ini. Rezeki secupak tak akan menjadi segantang, walaupun keperluan hari ini dah naik 5 gantang...terima je la segantang tu dibawah UMNO!

Sdta takut DAP yang hanya bertanding tak sampai 60 kerusi tidak akan menjalan dasar afirmatif melayu seolah-olah orang melayu tidak ada pilihan lain selain dari UMNO!....ORANG MELAYU MEMPUNYAI ALTERNATIF YANG LEBIH BAIK!

Hakikatnya formula UMNO dan BN gagal selepas 55 tahun! Bagaimana nak menyekat dominasi DAP?

Senang je, semua orang melayu perlu pastikan kesemua CALON-CALON MELAYU DARI PAS dan PKR MENANG DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA BERTANDING! JADIKAN WAKIL-WAKIL RAKYAT MELAYU MENJADI KOLOMPOK DOMINAN DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!

Zack



Anonymous said...

' Did i advocate Hitler's final solution, ethnic cleasing,apartheid, forced living in the ghetto as USA 'Chinese Exclusion Act', forced assimilation as the Thais and the Indonesians.?

Did i advocate that your family to be molested, your properties to be confiscated and your life to be made miserables just like the Israelis did to the Palestinian.? - Batu Ronson.

To mention this in 2013, after 56 years of Independent in a more modern and progressive multi racial and religious society....you are sick in the mind!