14 January 2013

Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras

Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas Najib juga mengadakan himpunan di Rinching dengan kaum India dan masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua perhimpunan ini menampakkan perbezaan dan perbezaan itu menampakkan jauhnya perselisihan ‘mentaliti’ dua puak yang berjuang dalam politik.

Di Stadium Merdeka, ratusan ribu rakyat berhimpun dengan bersama-sama berbelanja untuk membayar bil perhimpunan itu termasuk pembayaran sewaan Stadium Merdeka yang berjumlah RM100 ribu kepada syarikat pengendali stadium bersejarah itu. Sokongan ramai dengan bersama-sama menanggung kos perhimpunan itu oleh peserta perhimpunan itu mengingatkan kita kepada keadaan semasa rakyat bersama-sama menderma untuk perbelanjaan rombongan pimpinan kita ke London untuk menyempurnakan tuntutan itu. Rakyat yang serius mahukan perubahan telah memberikan sumbangan wang ringgit dan barang kemas untuk mengumpulkan perbelanjaan untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan terhindar dari tekanan dan cengkaman penjajah.

Rakyat khabarnya memberikan derma mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak banyak mereka akan menderma sedikit. Kata perpatah, ‘kalau banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama’. Yang penting semua yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran rakyat. Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam ‘mentaliti’ rakyat keseluruhan mesti di perbaikki.

Oleh kerana UMNO terlalu lama memerintah rakyat, pemikiran mereka (rakyat) telah jauh di selewengkan oleh parti itu sehinggakan parti itu mewujudkan ciri-ciri sebagai pembawa dalil-dalil hari hendak kiamat. Pemikiran setengah rakyat telah dirosakkan sehinggakan yang baik di katakan salah dan yang salah di katakan benar. Pihak yang baik di ketepikan dan di pinggirkan sebaliknya yang jahat dan ternoda bermaharajalela.

Yang nampak jelas melakukan maksiat rasuah bercakap dan berjanji untuk membela rakyat semua kaum dan isu ini meruipakan isu yang sudah kita dengar sejak puluhan tahun dahulu setiap kali pilihanraya tiba. Sekarang mereka masih berjanji dan merayu untuk di berikan peluang untuk terus berkuasa dengan mendapatkan mandat rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Amat payah untuk menerima janji-janji mereka yang rasuah untuk berbuat baik kerana kerja rasuah ini merupakan kerja yang paling hina di sisi agama dan Tuhan. Perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan dengan baik, kerana setiap keputusan itu ada terselit kepentingan pihak tertentu termasuk diri dan keluarga sendiri.

Tidak masuk kedalam akal yang berfikir, bagaimana yang rasuah dan mencuri itu berjanji akan berbuat baik dan boleh diletakkan masa depan kita serta generasi kita yang akan datang. Pemimpin yang telah dan masih melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu pergi keseluruh negara menjanjikan rakyat masa depan yang cerah dengan segala teori transformasi dalam semua bidang itu.

Pemimpin-pemimpin yang sedang bergelumang dengan segala noda rasuah menggunakan wang dan harta rakyat dengan selamba mundar mandir memberikan janji-janji yang kita selalu dengar sejak kita mula membuka mata kita puluhan tahun dahulu. Itu lah sebabnya kita melihat kesedaran rakyat tidak boleh di tutupi lagi dan manifestasi mereka terlihat dalam himpunan kebangkitan rakyat yang mendapat sambutan ratusan ribu rakyat itu.

Nun di Semenyih (Rinching) pemimpin terbesar BN telah berjumpa rakyat memberikan 5 kg beras seorang seolah 5 kg itu boleh memberikan kehidupan seumur hidup bagi rakyat yang rata-rata miskin itu. Kehadiran di Rincing tidak ramai dan itu ada lah fakta jelas. Tetapi kalau ditanya Rais Yatim di Rincing itu jumlah kehadiran lebih besar dari kehadiran di Stadium Merdeka.

Bagi Rais Himpunan Rakyat di Stadium Merdeka itu hanyalah 30,000 orang sahaja dan itu adalah tabiat beliau yang selalu memperbodohkan rakyat. Mungkin beliau (Rais) berfikir hanya beliau sahaja yang pernah ke sekolah dan yang lain tidak tahu mengira dan mengagak yang mana yang ramai dan yang mana yang tidak ramai. Bagi saya ibu saya yang miskin pun telah menghantar saya kesekolah juga sikit-sikit.

Itulah sebabnya saya sekarang ini boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira kehadiran itu masih boleh saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir memberikan sokongan di Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan dari berbilang kaum pula.

Apa yang menyedihkan apa bila Perdana Menteri datang ke sesuatu tempat dan daerah beliau amat bergembira melihat rakyat berebut-rebut di tepi lori yang membawa beras dan sebenarnya itulah cara UMNO mendapatkan undi selama ini. Itulah sebabnya ramai di antara rakyat memberikan pandangan yang agak ‘conclusive’, UMNO akan kekal berkuasa selagi rakyat masih miskin kerana kemiskinan rakyat itulah di jadikan umpan untuk mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.

Apa yang berlaku di Rincing, Semenyih itu adalah simbolik kepada sikap UMNO yang sebenarnya. Berikan beras 5 kg kepada yang miskin UMNO akan mendapat sokongan dan terus bermaharajalela. Undi hanya bernilai 5 kg beras sahaja nampaknya. Cara UMNO mengambil hati rakyat ialah dengan memberikan bantuan dengan 5 kg beras samalah seperti memberikan bantuan mangsa banjir sahaja. Kita tidak nampak bagaimana gulungan ini akan menambah pendapatan untuk mencecah USD15 ribu setahun menjelang 2020 nanti. Tidak ada sesiapa yang mempunyai sedikit keupayaan untuk berfikir yang gulungan ini akan mencapai matlamat berpendapatan USD15 ribu setahun itu.

Peningkatan pendapatan ketahap itu tidak boleh di capai dengan hanya memberikan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dan pembahagian beras yang 5 kg itu. Pendapatan sebanyak yang di cita-citakan itu tidak akan dapat di capai dengan bayaran ‘one off’ sebanyak RM1000 kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan memberikan bantuan RM100 kepada kanak-kanak sekolah.

Saya tidak tahu samada saya masih hidup lagi pada tahun 2020 nanti, tetapi saya tahu sesiapa yang masih hidup dalam tahun itu nescaya akan melihat kegagalan cita-cita itu.

Semalam Najib berkata BN perlukan mandat besar untuk menyelesaikan masalah kaum India. Tetapi bukankah BN telah mendapat mandat sejak negara merdeka. Kenapa kaum India masih tidak dapat di selesaikan? Setiap kali pilihanraya BN telah di berikan mandat tetapi dengan kenyataan beliau semalam, jelas merupakan pengakuan yang BN telah gagal melakukan sesuatu terhadap kaum India.

Kalau selama 55 tahun memerintah kaum India masih ketinggalan seperti yang di akui Najib itu apakah masih ada prospek kaum India untuk maju jika masih memberikan mandat kepada pihak yang telah gagal melaksanakan janji selama ini?

Elok kita bertanya kepada Najib, bagaimana kaum India hendak memberikan keyakinan jika mereka (kaum India) tahu selama ini BN adalah parti yang gagal terus-terusan untuk membela mereka. Kaum India sendiri akan bertanya kaum Melayu pun jauh ketinggalan walaupun negara ini telah di pimpin oleh orang Melayu sejak merdeka.

18 comments:

muzium padi gunung kheyang said...

kalau tak rasuah bukan BeEnd namanya.

KEYANG DOT said...

Pemberian RM dalam BRIM sama ada rm 500 atau 1000.Juga beras 5 kg itu selama ni diperaktikkan oleh UMNO.

Dalam pemilihan hirarki UMNO dulu dulu di mana Muhyiddin sanggup bayar rm 1000 kpd setiap Perwakilan UMNO utk dia menang jawatan Naib Presiden! tektik yg sama telah digunakan dalam pilihan raya di Kelantan.

Najib telah mendapat nasihat dari Muhyiddin.Begitulah mentaliti PM dan TPM utk menang.Tak cukup dg itu,Najib berpesan lagi...sokonglah Bee End...dalam PRU 13 utk masa depan... " AKU WAHAI RAKYAT MALAYSIA BODOH!"Rakyat Malaysia pula menjawab dalam hati...engkau Najib jgn lah nak memperbodohkan kami! Apa saja engkau bagi kami ambil.Undi sorilah Najib!


Keyang Dot

Anonymous said...

Mantap Pak Aspan,

Nawaitu dua kumpulan yang menghadiri HKR dan Himpunan Najib di Semenyih terlalu berbeza.

Di himpunan Najib di Semenyih warga datang dengan nawaitu " beras + tepung ". Di HKR rakyat hadir dengan niat untuk tegakkan keadilan di Malaysia. Bagai langit dan bumi bezanya niat dua kumpulan manusia ini.

Patutnya yang datang ke Semenyih hari tu perlu tanya Najib.. Deepak dapat beras dan tepung sekampit juga ke ?

Anonymous said...

Beri mandat pada yang belum pernah dapat mandat pula..baru boleh buat perbandingan

Anonymous said...

Seronok saya membaca artikel ini, terima kasih kerana hidangan yang membuka minda kita terutama kaum India.

Anonymous said...

Tak kisahlah Aspan kalau berjuta orang pun yang pergi HKR dan hanya segelintir pergi ke majlis Najib. Yang penting sapa akan menang di PRU nanti.

Aspan tak perasan ke bila dikatakan berjuta orang secara aman masuk ke Stadium Merdeka secara tertib dan aman, sapa yang sebenarnya tersenyum.Anwar atau Najib yang lebih banyak tersenyum. Sapa yang nampak menang dari segi 'perception'. Bukankah Najib yang mansohkan ISA dan menbuat reformasi dan memberi ruang untuk rakyat berdemonstrasi secara aman. Saya rasa pelabur tak perlu risau pasal kekacauan di Malaysia bila melihat HKR tu..tak mungkin Revolusi Bolshevik dan tak mungkin peristiwa Medan Tahrir akan berulang di Malaysia ni.Najib dah boleh tidur lena kerana transformasi secara jalanan tak akan berlaku di Malaysia ni. Bila kerajaan negara lain nak tengok model protes secara aman, saya rasa Malaysia akan jadi bahan rujukan kelak.

Rakyat tak akan menilai kerajan akan datang dengan jumlah kehadiran orang. Kalau begitu lah, dah lama BN akan kecundang. Dalam tahun 1998, lebih ramai orang Melayu percaya pada Anwar dari TDM, tapi parti Keadilan tewas dengan teruk sekali.

Rakyat akan menilai parti mana yang pandai menabur janji dan parti mana yang pulak menepati janji, parti mana yang buat masjid, jalan , universiti dan mengembangkan ekonomi negara dan rakyat juga dapat menilai parti mana yang suka buat demo, ceramah tak habis-habis, satu masjid dan satu universiti pun tak dibangunkan, parti mana yang mempunyai pemimpin yang berwibawa ataupun parti mana yang mempunyai pemimpin mengikut arus pengundi, tak ada prinsip..

Apa komen Aspan bila PAS dah buat U turn pasal penggunaan nama Allah tu..Saya rasa ustaz-ustaz PAS dalam majlis ulama PAS ada mengikuti pengulas pengulas isu Allah di blog Aspan. Sedikit sebanyak mungkin mempengaruhi mereka. Mereka senada dengan pendapat saya.Terasa bangga siot..terasa saya setaraf dengan mereka..

Al Ustaz Batu Ronson al Kolo Pilahi

ulitmayang said...

Itulah sebabnya saya sekarang ini boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira kehadiran itu masih boleh saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir memberikan sokongan di Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan dari berbilang kaum pula.

saya kena bersetuju dgn kiraan TA , iaitu 500,000 atau 1/2juta telah hadhir dlm KL#112 12 januari 2013 , hari Sabtu lalu

- sebab TA memang bersekolah
- walaupun dasar pelajaran masa tu belum ada lagi 3M - menulis , membaca & mengira
- tapi kira2 nya TA memang ada ilmu , & boleh dikategorikan sebagai cerdik & pandai lah ,,,,sebab boleh mengira jumlah yg hadhir dlm KL@112 lepas

CUMA
1. Bagaimana TA boleh membantu 500,000 itu supaya dapat bertugas dalm PRU13 nanti , terutama nya hari mengundi ?
2. Tugas bagi 500,000 tu yang utamanya ialah mengawasi & kalau boleh menangkap pengundi2 hantu yang akan dilepaskan oleh UMNO/BN ?

kalau lah TA boleh beri cadangan yang baik , bagus & bernas untuk menggerakkan 500,000 ini [ at least ] atau lebih lagi , bagi projek khusus ini ,,,,,maka saya kira TA lebih2 lagi tahap cerdik , bijak & genuis nya

Anonymous said...

U untuk katakerja spt gulung tikar ,gulung kertas, gulung daun, gulung duit kertas...dll O untuk katanama golongan melayu, golongan miskin, golongan atasan, golongan India, golongan yg beriman, golongan munafik...dll. Maaf Pak AA kerana kongsi sikit2 utk lebih mantap tulisan Pak AA.

Anonymous said...

Pencacai umno nak rasionalkan otak. Otak mereka terganggu dlm Sadium Padat dan luar stadium padat dan 5km padat. Nampak sangat terbongeng2 kecelaruan otak pencacai2 umno. Kesian nak kira jisim pakai jari tangan dan jari kaki. Dah ramai org Umno mantal disorder....

Anonymous said...

Kalau di Stadium perhimpunan samsidar maka di Semenyeh perhimpunan Rosmah. Aku pilih samsidar sebab dia cantik dan manis orgnya. Aku tak pilih Rosmah kerana Tembam dan tak lawa masam muka dia. Aku pandang pingang dgn perut dia dah tak ada sempadan aku keliru. Lengan dia sama saiz dgn peha aku...

Anonymous said...

Komen lah tentang rasuah, salahguna kuasa, jurang pembezaan hidup rakyat Msia dll

Anonymous said...

Apa kerajaan skrg buat utk 'gear up' ekonomi? Asyik tabur duit je, itu cara kolok

Anonymous said...

Cara Bee End treat raykat Msia ni rendah sgt mentaliti mereka. Ini kah yg di kata kan mertabat Modal Insan !

Anonymous said...

Sharizat dapat berjuta juta tak payah berebut. Raja Ropiaah dapat habuan relax saja. Najib dan Razak Baginda pun goyang kaki dapat ratusan juta komisyen Scorpeen. Mahathir dan suku sakatnya menjadi kaya tak payah nak berbaris panjang atau berebut rebut. Tapi rakyat nak dapat sekampit kecil beras pemberian PM, terpaksa berebut dan merempuh sesama sendiri di Tesco Semenyeh.

Alam Flora said...

As Salam Tuan AA.

Si "Batu Ronson" tu dah bertambah sasau nampaknya. Otak batunya semakin mengeras. Tolonglah ajarkan sedikit doa kepada beliau supaya minda beliau dicairkan sedikit oleh Allah SNT.

Kenapa susah sangat dia ni nak mengerti berhubung dengan kenegaraan dan prinsip parti pemerintrah? Itulah kalau terlalu banyak makan dan minum benda-benda haram atau makanan hasil dari riba.

Doa aku di sini, semoga kamu diberi sedikit kecerdikan dan sekelumit inspirasi sebelum kamu menghembuskan nafas kamu yang terakhir kelak.

Anonymous said...

Alam Flora;

Semoga ente dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

"Tolonglah ajarkan sedikit doa kepada beliau supaya minda beliau dicairkan sedikit oleh Allah SNT"

Tidak cukup ajarkan ana doa.. Tolong buat sembahyang hajat ramai-ramai kat stadium macam mana TGNA selalu buat tu dan doakanlah ramai-ramai.. Doa pecah perutke.. pecah kepala ke... Ana redha..

"Kenapa susah sangat dia ni nak mengerti berhubung dengan kenegaraan dan prinsip parti pemerintrah?"

Ajarlah kursus kenegeraan ke.. Ana sedia mendengar.

"Itulah kalau terlalu banyak makan dan minum benda-benda haram atau makanan hasil dari riba".

Buatlah fitnah dan apa-apa yang ente suka, Ana redha kerana kat akhirat kelak nanti pahala ente dapat ke ana secara percuma.. Teruskan brother..

"Doa aku di sini, semoga kamu diberi sedikit kecerdikan dan sekelumit inspirasi sebelum kamu menghembuskan nafas kamu yang terakhir kelak"

Ente hidup selama-lamanya ke..Entah esok entah lusa, ente dijemput malaikat Izrail dahulu. Jangan takbur, brother.

Batu Ronson

Ledang Troop said...

salam tuan AA,

kpd Batu Ronson, ye betul ape yang anda katekan itu, tapi di sebalik yang anda nampak, anda kene tengok, saya pasti anda golongan terpelajar, tak salah kalau kita menukar arah atau hala tuju, even anda sendri pun akan menukar arah sekirenya hala tuju diri anda tidak kene, jadik dlm pemilihan kerajaan sama lah jugak, kuasa majoriti di tangan rakyat semase mengundi.kalau rakyat rasa inilah masanya beri peluang kpd pakatan rakyat, mungkin pakatan rakyat akan buat seperti yg anda mahukan, seperti yang anda ckp tadi, buat jalan, bina masjid, bina universiti, bina segala2nyelah, sbb segala pembinaan itu mmg azalinya datang dari kantung duit keraajan....jadi saranan saya, bagilah peluang kpd yang lain, kalau tak suke, pilihanraya 2017, kita undila la balik parti yg baik pade mase tu....ok der

Anonymous said...

sdr aspan

masa tan sri khalid bagi lembu korban dulu beliau dituduh rasuah .jadi bagi beras beribu kampit ni adakah unsur unsur rasuah. saja nak ingatkan. ada tak ngo umno repot polis atau SPRM..haha