23 April 2013

Nasib lu lah UMNO Selangor!

Tindakan BN meletakkan Zulkifli Nordin sebagai calonnya di Shah Alam di mana keseluruhan pengundinya terdiri daripada golongan kelas menengah adalah satu tindakan memandang rendah serta memperbodohkan masyarakat Shah Alam. Jangan disangkal lagi pandangan saya ini.

Kita tahu UMNO sudah hilang daya pertimbangan dalam banyak hal, tetapi tidak pula kita tahu yang parti itu sudah hilang segala hidayahnya. Meletakkan Zulkifli Nordin, seorang buangan PAS suatu ketika dahulu adalah satu lawak jenaka dan ini meletakkan Khalid Samad dalam keadaan selesa. Sekarang Khalid Samad mungkin boleh keluar kawasan untuk membantu rakan-rakan calon PAS yang lain yang memerlukan pertolongan tenaga kempen mereka.

Kita tidak perlu menzahirkan apa keburukan yang ada kepada Zulkifli Nordin ini kerana beliau sendiri telah menunjukkan kepada masyarakat siapa beliau yang sebenarnya. Hanya yang hendak disebut sedikit ialah siapa yang mencadangkan nama Zulkifli ini menjadi calon BN di Shah Alam ini?

Semalam Najib seolah-olah berkata Zul ini adalah seorang pejuang untuk kaum India tetapi Vell Pari (MIC) telah menjerit ke sana dan ke mari mengatakan kepada pimpinan UMNO tindakan meletakkan Zulkifli ini sebagai calon BN kali ini adalah tindakan membunuh diri bagi BN terutamanya MIC yang sedang berhadapan dengan persoalan yang banyak dari kaum India.

Tetapi apakan daya, jika pimpinan tertinggi UMNO sendiri sudah hilang hidayah tiada siapa yang boleh menolongnya. Beberapa orang rakan saya dalam UMNO memberitahu saya yang pencalonan Zulkifli Nordin ini adalah tindakan gila, kerana UMNO sepatutnya mencari calon yang benar-benar tidak mempunyai ‘baggage’ seperti Zulkifli ini, kerana yang hendak dilawan ini adalah Khalid Samad, seorang pemimpin yang secara rata-rata dihormati masyarakat.

Khalid Samad adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana pimpinan UMNO sendiri. Justeru meletakkan Zulkifli yang begitu ‘controversial’ itu adalah tindakan seolah-olah UMNO sudah mengangkat bendera putih dalam peperangan. Tindakan BN meletakkan Zulkifli Nordin di Shah Alam itu seolah-olah UMNO tidak mempunyai calon yang berkelayakan untuk menentang Khalid Samad dari PAS itu.

Mungkin tindakan meletakkan Zulkifli ini di Shah Alam ini adalah seperti kata pepatah, ‘tak ada rotan akar pun berguna juga’. UMNO sudah tidak ada yang berani melawan Khalid Samad, maka mereka meletakkan sesiapa sahaja yang mahu dan berminat untuk bertanding. Asalkan Khalid tidak menang tanpa bertanding, meletakkan Zulkifli Nordin pun jadilah... Zul pun Zul lah, asalkan ada calon UMNO dan BN.

Setakat ini hanya sudah ada satu kawasan di mana UMNO sudah kalah, iaitu di Pasir Mas. Di Pasir Mas ini pun UMNO ditipu oleh orang kuat Perkasa juga, sama seperti UMNO ditipu di Shah Alam.

Kalau Perkasa pun boleh menipu UMNO maka UMNO sememangnya layak ditipu oleh sesiapa juga. Dalam peti undi nanti ahli-ahli biasa mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menipu UMNO dengan memangkah parti-parti pembangkang.

Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘nasib lu lah UMNO’... 'Beban yang tersedia ada sudah berat, batu pula digalasnya'. Kalau sudah hilang hidayah tiada siapa yang boleh membantunya.

20 comments:

AzianKhalil said...

taruk dato kamilia berpuluh kali ganda lebih bermakna

tulangkering said...

Saya selalu mengikuti ceramah Zulkifli Nordin ini di YouTube. Dari ucapan ucapannya saya seolah olah dapat mengesan ada 2-3 wayar yang short dalam kepala beliau.

Anonymous said...

SL Enche Aspan Alias, I have many times admired your vision and hard work for a better Malaysia and putting nation above self. You, together with many, have led the way towards a Malaysia that we can be proud of. I am a chinese, but I want to tell you how my heart cried inside when I attended the naming of Hulu Selangor by-election candidate by PKR in 2011. My husband and I drove there and as we slowed down to ask one of the man there regarding where to park,one malay man said 'ORANG KITA ada di depan'. My heart just melted when I heard the 2 words 'ORANG KITA'.In the packed dewan, some pak ciks put their hands on my husband's shoulder so that they can tip-toe and see the politicians coming in.We were all colour-blind. This is the ONE RAKYAT that you and many PAKATAN leaders can bring about. During election day, I went to Hulu Selangor again and this time, when I went to a packed chinese coffee shop to drink and also to buy drinks for my husband, a chinese man sitting at the table told me that if i am from the party that supports thieves and pirates, I cannot sit at the same table with him!!When I told him i came to support Zaid Ibrahim, he offered to pay for me and my husband's drinks!!!
Continue to see the big picture, what you have done for Malaysia will always be remembered; continue to sow good seeds and you and your household will be blessed. Thank you.

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara Aspan.Umno sebenarnya semakin bijak menilai prestasi pemimpin yang berjiwa rakyat.Mereka kenal siapa saudara Khalid Samad.Maka taknak banyak cerita mereka letak calon paling winnable dalam sejarah Malaysia.Saudara Zulkifli Nordin anda penyeri PRU 13 ini.Selamat berjuang,tetapi berjuanglah dgn etika tanpa lu#3h p^5no racist.

Anonymous said...

Apa-apapun BN sekarang memperisaikan calon nya di Shah Alam dari di kutuk sehabis-habisnya dari puak sendiri dan mereka yg berpendirian prinsip perjuangan sebenar dan sebetul akar lojik yg boleh berfikiran waras terutama rakyat Shah Alam. Hukuman Zulkifli Perkasa ditanggong oleh Presiden UMNO tetapi di 'senyum kambing' oleh Presiden Perkasa dari jauh yg telah menang lompatannya untuk 5 Mei nanti.

Anonymous said...

Jangan salah faham bang, dia letak zul 9/10 neh ada agenda.

Saya teringat kata2 mantan KPN dua tahun lalu. Akan ada dua letupan di dua tempat. Satu di Bt Caves, Selangor dan kedua di sebuah kuil di Pulau Pinang.

Zul 9/10 dah cucuk orang hindu. Nanti akan berpusing pulak 'kaki2' kumpulan taksub agama (ikut kata mantan KPN) membuat kerja tu.

jaga2 semua.

Siapa dia tu yang bubuh Zul 9/10 kat Shah Alam dan berghaim ahlee di Pasir Mas??? Najib?

hehehehehhe

Anonymous said...

UMNO selangor sudah kuat. Dia ada 4calon untuk jawatan menteri besar, undi kaum india tidak diperlukan ...

sizzly7761 said...

Salam Pak Aspan, Memang benarlah kata_kata Madey yang UMNO kini diterajui dan dihuni oleh yang bodo-bodo saja dan tidak ada integriti(itupun memang kehendak Madey pun).UMNO baru bikinan Madey ni hanyalah sebuah organisasi 'pedagang politik'yang gila pertahankan kuasa untuk survival diri sendiri, anak bini, keluarga dan kroni sahaja bukan untuk survival dan kesejahteraan rakyat dan negara! justeru itulah UMNO sanggup pajak dan gadaikan masyarakat Shah Alam dan Pasir Mas kepada 'pedagang politik' iaitu Zul 9/10 dan Braheng Pekasam yang di anggap punya "retarded mentality" dan penyubur "gutter politics". Agaknya inilah yang UMNO perolehi setelah UMNO sendiri jenuh mengamalkan politik 'tong taik'dan 'lucah'maka calon yang dikemukakan pun jenis yang 'tak boleh pakai' dan 'buruk kepala'. kalau ibarat kereta dua calon ini kalau nak 'refinance' pun bank tak terima dah!hehehehe......... Namun saya pasti masyarakat Shah Alam yang banyak dihuni oleh keles menengah melayu dan warga yang 'smart' tahu dan bijak untuk menilai dan memilih! ibarat membeli barang untuk kegunaan dan kepuasan diri dan keluarga.... tak kan kita nak beli barang yang 'rejected' dan dah 'kong' kot?

Anonymous said...

Saudara AA

God willing, we shall send all the frogs and bigots packing in this GE13.

Anonymous said...


Saya bergiat dalam bilek gerakan BN di Hulu Selangor. Tetapi sejak Zulkifli Nordin jadi calon BN saya sudah tidak pergi lagi kebilek gerakan sejak dua hari lalu. Bodoh sangat rasnya

Anonymous said...

Aku berani kata yang letak Zul Bisul di Shah Alam umpama meletak 'bangkai katak yang sudah dilenyek olih kereta'.

Anonymous said...

kedudukan terkini (Parlimen)

BN 4 PAS 2 DAP 1 PKR 1

Bn dijangka menang di Pekan, Pagoh, Pengerang, Sembrong

Manakala PAS dijangka menang di Shah Alam dan Pasir Mas.

DAP dijangka menang di Bukit Bintang.

PKR dijangka menang di Permatang Pauh

**kaki politik

ahmadyani said...

Daripada letak zul nordin lebih baik letak hassan ali. Tapi apa pun ini kerana umno sudah hilang daya fikir.

Unknown said...

Ya betulllll mengikut keputusan MRI yang dilakukan zul babwe ni mengalami sindrom barua tahap kritiikal yg mula dikesan di zimbabwe afrika.

Unknown said...

Mengikut brain scanning yg dilakukan zul babwe mengalami sindrom spinning yg kritikal yg pertama kali ditemui di zimbabwe afrika...jadi pengundi2 shah alam berhati hati.....

otaistillkick said...

aku lihat Pakatan tidaklagi menjadi pesaing yang hebat di Hulu selangor

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/rakyat-membetuk-kerajaan.html

Anonymous said...

Saya baru lihat tv1 Sudara noriza. Pilih antara calon dgn parti.calon membawa dasar parti . Dua2 item ni penting.pengundi tidak mahu calon lompat2. Seban dikatakan khianati pengundi. Umno yg sedia sarat dgn masalah brtmbh masalah lagi dgn Zul nordin dan ibrahim ali. Dahlah masalah datuk isa.nuar musa.ali rustam.jamaludin jarjis. Org muda akan pilih pr

Anonymous said...

BetuLllllllllllllll pr

Anonymous said...

Ape cerita dengan Ezam ye...

Anonymous said...

Najib ketara kebodohannya walaupun cuba menjadi bijak. Najib berharap Zul-Anti Hindu, si sang katak puru akan jadi arowana dengan meletakkannya dalam akuarium emas..UMNO/BN harap orang Melayu selamanya tolol agar dulu kini dan selamanya dicucuk hidung, ada tanah digadai ada khazanah disamun, ada kuasa disalahguna, ada pembunuhaan tak didakwa..