06 April 2013

Pada Mahathir, UMNO itu alat permainan sahaja

UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.

Sekarang kedua-duanya mundar-mandir memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Mahathir anggap sudah busuk sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.

Nangis pun takpe, asalkan berjaya.
Kalaulah mereka ini nakhoda kapal kita sebagai penumpang akan mabuk laut dan muntah-muntah kerana kapal yang mereka nakhodakan itu tidak tentu arah hala-tuju nya. Tetapi sebagai orang politik, kita tidak perlu menjadi seorang yang pandai untuk mengetahui sebab kedua-duanya ini bertukar menyokong parti dan pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak berguna dahulu. Yang tidak berguna dahulu sudah menjadi berguna sekarang.

Dr Mahathir dan Daim itu adalah pemimpin yang tidak mahukan UMNO itu kuat agar mereka sentiasa menjadi orang penting di mata parti dan pimpinan yang ada sekarang. Semasa UMNO itu dianggap kuat, maka Mahathir akan memberikan segala perkara buruk terhadap UMNO dan isu yang dimainkan oleh Mahathir terhadap UMNO itu bukannya isu yang kecil bahangnya kepada parti itu. Jika UMNO kuat Mahathir merasakan beliau akan tidak diperlukan lagi. Jika UMNO lemah, maka beliau akan menjadi penting dan berharap pimpinan UMNO akan sentiasa bersandar kepada beliau.

Sekarang ini UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan salah seorang orang penting kepada kekusutan dalam UMNO itu adalah dicipta oleh Mahathir. Sekarang beliau menjadi penting dan beliau sendiri sudah menjadi ‘panic’ kerana kekalahan UMNO itu adalah satu kejadian yang tidak mustahil lagi sekarang ini. Dalam keadaan sekarang Mahathir terus berlegar di setiap peringkat menyanyikan lagu UMNO itu sebagai penyelamat bangsa dan negara.

Jika kita cuba hendak selarikan dengan komen beliau yang UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya tahun lepas, bagaimana pula beliau boleh mendesak rakyat untuk kembali menyokong UMNO yang beliau sendiri merasakan parti yang sudah busuk sampai ke ususnya itu? Pimpinan UMNO semasa beliau menganggapnya sebagai busuk dahulu masih memegang kuasa parti itu.

Ini adalah dalil yang pemimpin seperti Mahathir itu hanya memerlukan parti yang memerlukan beliau sahaja yang memerintah walau sebusuk mana pun parti itu. Yang penting bagi beliau, Mahathir hanya memerlukan pihak mana yang boleh memberikan dan memenuhi kehendak beliau sahaja untuk memerintah.

UMNO berperang sesama sendiri, Daim makan coklat
Mahathir akan mempersetankan kehendak dan harapan rakyat. Harapan yang perlu dipenuhi hanyalah harapan beliau sahaja dan menjadikan pimpinan UMNO sebagai buah ‘DAM’ sahaja dan boleh ditolak dan disorong ke depan dan ke belakang mengikut kehendak dan kemahuan beliau sahaja.

Jika parti ini masih mentadbir kita, apakah harapan rakyat ramai pada masa depan? Parti ini sudah dijadikan alat permainan oleh Mahathir yang tidak puas-puas dengan kemahuan keluarga dan kepentingan kroni-kroni beliau.

Sebenarnya Mahathir mahukan UMNO menang tipis kerana beliau hendak terus menjadi orang penting dan kali ini beliau akan memulakan proses pengambil-alihan kuasa dari Najib untuk diserahkan kepada Muhyiddin. Beliau merasakan permainan beliau ini akan terus berjaya lagi kali ini.

Itu sebabnya saya tidak dapat mengalihkan persepsi saya terhadap Mahathir yang selagi UMNO lemah selagi itulah pimpinan UMNO akan di‘gomeng’ kepala mereka sekehendak hati beliau.

Mahathir tidak pernah mahukan kepimpinan UMNO yang kuat untuk kepentingan beliau sehinggakan UMNO itu tidak lagi mempunyai harapan untuk pulih dan parti itu tidak mungkin pulih sampai bila-bila.

Justeru itu, tidak salah ahli-ahli UMNO itu memberikan sokongan kepada pihak lain kerana mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan mereka yang sudah ketagih dengan kuasa melakukan apa-apa jua terhadap rakyat.

Mahathir sedang menggunakan saki-baki pengaruh beliau dengan sepenuhnya untuk melaga-lagakan rakyat jika perlu, semata-mata untuk kepentingan beliau selama beliau masih hidup. Beliaulah orang yang paling sibuk sekarang ini. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dalam negara ini selain daripada Mahathir.

Mahathir membuatkan UMNO berperang sesama sendiri, harta rampasan perang beliau dan Daim yang kumpul.

12 comments:

Anonymous said...

AA, dengan bahasa yg mudah sahaja sdr dapat memberikan kefahaman kepada kami. Congrats

denial

ahmadyani said...

Jadi hakikatnya survival umno bukan untuk kepentingan Bangsa Melayu, tapi untuk kepentingan segelintir Melayu seperti mahathir, daim dan yang seperangai dengan mereka.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Pertama sekali saya doakan agar Sdr akan dicalun sebagai salah seorang calun dalam PRU 13 ini.(Ini bukan ampu, harapan saya terhadap Sdr Arif telah lunas hanya tunggu penamaan calun dan pemilihan rakyat saja lagi) Dengan menduduki kerusi Parlimen atau Adun saya berharap Sdr dapat menyumbang ilmu dan idea Sdr kpd pentadbiran kerajaan yang baik.
Apa yang telah dilakukan oleh pemimpin umno/bn dalam mentadbir negara hendaklah di jadikan sempadan/batasan agar PR(jika mendapat mandat kelak) tidak melakukan perkara yg sama.
Hindarkan sifat2 dendam terhadap mereka yang telah memunahkan kepercayaan majoriti rakyat (walaupun mereka memerintah)
Anggaplah kawan2 syaitan yg telah mentadbir negara dengan teruknya ini sebagai sejarah hitam dalam hidup kita yang dipinjamkan olehNya.
Usaha2 bagi memulihkan semangat pengikut2 yg kurang daya pemikiran ini perlu dilakukan dengan seberapa segera bagi menjamin mereka menafaatkan sisa2 hidup mereka sebelum dipanggil olehNya.

Harap Allah SBW memberkati perjuangan Sdr dan mengurniakan limpah rahmatNya kepada Sdr, Perjuang2 PR dan rakyat Malaysia yang sekian lama tertindas dan dizalimi. Amin.... Myi

Anonymous said...

Tidak masuk akal ada oranglebih cerdik dari Mahathir dlm Msia ini.

Hanya Mahathir yang mampu untuk
Menyelesaikan apa saja problem
dlm Msia.

Huh?

Anonymous said...

Catatan Anda Memang Tepat Sekali.

Sekarang Mahathir hendak UMNO meletak Ibrahim Ali sebagai Calon BN di Kelantan.

Nampaknya Mahathir ini Mudah Lupa.

Dia yang menggantungkan keahlian si Ibrahim yang orang kelantan anggap "si gila" meracau ketua ketua UMNO Kelantan. Dengan mengambil balik Ibrahim sudah tentu UMNO Kelantan akan balik bergoyah sapert idulu dan buat Mustapha Mohd Pening Kepala.

Ahli Ahli PAS akan senyum lebar dan bersorak jika ini berlaku.



OrangKelantan

Anonymous said...

Trek rekod bn selama 12 pru menjahanamkan equti melayu dan tanah2 org melayu.

giant xtc said...

Penting untuk mencari cara membuatkan pengundi2 pendalaman yang media informasinya terhad seperti di sepanjang jalan ke cameron highland, terdapat pejabat umno untuk perkampungan orang asal.Tumpukan target pada pengundi2 pendalaman,yang di bandar2 dgn capaian internet mudah rasanya tiada masalah.Penduduk bandar yang rasa beban kenaikan kadar petrol,tol dan bahan2 asas biasanya dapat menilai/menganalisa kebobrokan pentadbiran umno 25tahun kebelakangan ini dengan baik kecuali orang tersebut adalah penyokong tegar umno dan pengikut2nya.Sebagai contoh,saya mulai tidak mempercayai mahathir semenjak dia berbohong tentang DSAI yang memukul diri sendiri di dalam penjara,seorang perdana menteri tidak sepatutnya berbohong dan kantol.kebobrokan berterusan apabila menteri dalam negeri abdullah tidak mahu kata apa2 tentang perkara tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menyiasat,sebagai seorang menteri mustahil tidak tahu apa sebenarnya berlaku,terlau banyak pembohongan.period.

Anonymous said...

Brother Aspan,
A well written piece with bull eyes hit on Mahathir, Daim and the overall Umno, revealing their political dirt that stings to the core. Enjoyed very much your articles that will open up blind eyes and the blocked minds. GOD Bless You.

Anonymous said...

He is a PURE politician.

With everything is fair game...one has no basic principles and morals to hold position of power, trust and influence.

Anonymous said...

catatan yang tepat.
tapi tak mustahil bahawa kita dapat mengubah semua ni. jangan putus asa, pasti ada orang yang lagi bijak datang sebagai penyelamat

Anonymous said...

Setuju 100%...Petualang sebenar adalah mahathir. Raja mandaliar abad 21.

demooooo said...

thanks sir
permainan memasak