07 June 2013

Syukur, UMNO sudah sedar, jangan berniat jahat pada Raja Melayu lagi

Isu yang sangat ‘seditious’ terhadap Yang Di Pertuan Agong sangat perlu dipantau dengan serius kerana kita tidak mahu sistem dan Institusi Raja-Raja Melayu itu dicemarkan. Tindakan beberapa orang yang mempersoalkan kedudukan dan pandangan Yang Di Pertuan Agong melalui facebook baru-baru ini adalah tindakan yang amat besar implikasinya terhadap kedaulatan negara kita.

Walaubagaimana pun saya tidak mengikuti apa yang mencetusi isu ini menjadi isu yang besar, kerana isu Raja Berperlembagaan ini sudah menjadi isu yang dibangkitkan setiap hari melalui saluran TV perdana kita. Banyak program-program khas disiarkan dan yang terakhir saya lihat ialah semalam melalui program Perdana Hal Ehwal Islam, TV1.

Dalam titah ucapan baginda Tuanku Yang Di Pertuan Agong beberapa hari yang lepas, YDP Agong telah menasihati semua pihak untuk menerima keputusan pilihanraya baru-baru ini. Anwar memberikan reaksi yang pihak pembangkang akan terus mengadakan perhimpunan itu sehingga mencapai matlamat mereka.

Berikutan kenyataan Anwar itu maka pihak kerajaan telah memberikan reaksi terhadap kenyataan Anwar itu dengan bersandarkan kepada titah ucapan Tuanku Yang Di Pertuan Agong itu. Maka fahamlah kita semua kenapa program saluran TV dan program-program lain yang bersifat tata rakyat diadakan untuk menekankan betapa kemuliaan kedudukan Raja-Raja Melayu itu wajar dijaga dan dipertahankan.

Tetapi apabila saya mengikuti program yang saya akui baik ini, saya tidak boleh melupakan apa yang berlaku pada tahun 1993 dahulu semasa krisis perlembagaan terbesar dalam sejarah negara kita. Apabila ahli-ahli panel membincangankan isu ini, saya secara automatik teringat kepada hebatnya krisis semasa itu yang dilakukan oleh UMNO terhadap Raja-Raja Melayu genap dua puluh tahun dahulu.

Semasa itu pimpinan UMNO telah mencerca Institusi Raja-Raja Melayu hanya kerana kuasa dan keluhuran Majlis Raja-Raja semasa itu mungkin menyebabkan UMNO dan pimpinan akan kehilangan kuasa. Tindakan UMNO yang telah memecahkan banyak institusi demokrasi semasa itu memungkinkan Majlis Raja-Raja bertindak dengan adil sebagai Raja Berperlembagaan itu dan keadilan Majlis Raja-Raja itu akan menundukkan UMNO yang hampir terkubur semasa itu.

Semasa itu Perlembagaan Negara telah memperuntukkan kekebalan kepada Raja-Raja Melayu dan isu Raja-raja Melayu tidak boleh disentuh samada di dalam atau di luar Parlimen. Peruntukan ini tidak boleh dipinda. Tetapi dalam keadaan terdesak UMNO semasa itu telah melanggar segala larangan ini dengan berkonfrantasi dengan Raja-Raja Melayu dengan mencerca kemuliaan kedudukan Raja-Raja Melayu itu. Puluhan laporan Polis telah dilakukan oleh orang Melayu melalui pertubuhan-pertubuhan politik dan individu terhadap mereka yang melakukan kenyataan yang berbaur hasutan untuk merendahkan martabat Raja-Raja Melayu itu.

Dr Mahathir sendiri telah mencela Raja-Raja Melayu dan disokong dengan begitu kuat oleh Naib Presiden UMNO, Anwar Ibrahim serta Ketua Pemuda UMNO Najib Tun Razak. Berbagai-bagai cemuhan dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan terhadap Raja-Raja Melayu melalui Utusan Malaysia, Berita Harian serta saluran TV1 dan TV3 setiap malam.

Raja-Raja Melayu semasa itu telah dianggap seperti sampah kepada rakyat oleh UMNO kerana kepentingan politik UMNO itu sendiri. Semasa itu kami sangat bersimpati dengan nasib Raja-Raja Melayu kerana difitnah dan dicerca secara besar-besaran oleh pimpinan UMNO.

Satu insiden yang saya tidak boleh lupakan ialah apabila Tuanku Yang Di Pertuan Besar NS Darul Khusus telah difitnah dengan membuat tuduhan yang Yang Di Pertuan Besar NS telah menggunakan tanah baginda di Lukut sebagai tempat membela khinzir. Fitnah ini diperbesarkan oleh Utusan Melaysia semasa itu.

Saya sendiri yang tidak ada apa-apa pun telah dititahkan oleh Yang Di Pertuan Besar untuk mengadap baginda dua tiga kali semata-mata untuk mengadu hal kepada saya. Baginda tahu yang saya tidak ada apa-apa pengaruh sekali pun tetapi baginda menitahkan saya untuk bersama-sama baginda untuk bersarapan dan bersantap dengan baginda semata-mata untuk meluahkan perasaan kepada seorang yang memahami perasaan seorang Raja yang ditekan oleh impian kerajaan kita itu.

“Kami ini Raja dan tidak boleh memberikan reaksi kepada fitnah ini!” begitulah keluhan Tuanku Yang Di Pertuan Besar kepada saya sambil minum pagi di Istana Hinggap Seremban serta Istana Besar Sri Menanti beberapa kali semasa itu.

Saya faham saya dititahkan untuk mengadap kerana ramai pengampu-pengampu UMNO yang lazimnya bersama Tuanku selalu, sudah tidak datang lagi kerana takutkan kepada pemantauan politik UMNO semasa itu.  

Raja-Raja Melayu kesunyian dan hanya mengurung diri di Istana membaca kenyataan-kenyataan menghina kemuliaan Raja-Raja tanpa mampu memberikan reaksi terhadap fitnah-fitnah itu.

Justeru jika ada forum-forum berhubung dengan kemuliaan Raja-Raja Melayu kita diadakan melalui TV1, TV2 atau TV3 sekarang ini, wajar dijadikan pencemaran yang dilakukan oleh UMNO terhadap kemuliaan Raja-Raja Melayu semasa itu sebagai contoh yang jelas dalam membicarakan isu ini. Ingatlah rakyat betapa hinanya sikap UMNO semasa itu menghina Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Presidennya sendiri dan disokong oleh Anwar Ibrahim serta Najib Tun Razak terhadap Raja-Raja Melayu semasa krisis besar perlembagaan pada tahun 1993 itu.

Kepada siapa yang jujur dan luhur terhadap diri sendiri, tidak akan teragak-agak mengakui yang UMNOlah yang telah memulakan pencemaran terhadap Raja-Raja Melayu kita. Tidak ada siapa mendengar pencemaran itu datangnya dari pimpinan PAS atau DAP atau mana-mana parti lain. Raja-Raja Melayu hanya akan dicemarkan oleh orang Melayu sendiri dan ia tidak mungkin datang dari bangsa-bangsa lain.

Sekarang saya gembira melihat UMNO sedang berselindung di sebalik kemuliaan Raja-Raja Melayu itu dan sentiasa mahu berlindung di celah ketiak Raja-Raja Melayu. Saya bergembira kerana UMNO sudah kembali sedar betapa pentingnya institusi Raja itu kepada rakyat dan negara lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO sedang tersepit kini.

Jika UMNO jujur terhadap Raja-Raja Melayu, saya memberikan cabaran agar kembalikan peruntukan kuasa Raja yang telah dipinda pada 1993 dahulu kerana Perlembagaan semasa itu tidak membenarkan beberapa bab yang berhubung kait dengan Raja-Raja Melayu itu tidak boleh dipinda.

Kepada pimpinan UMNO, lain kali jangan buat jahat pada Raja-Raja Melayu. Kata perbilangan, ‘terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Mungkin kita boleh sorot kembali isu ini jika ada masa untuk menyorotnya kembali.

41 comments:

Anonymous said...

apanaliasnet....'the unguided misile'

Anonymous said...

... dan umno mesti mnenginsafi bahawa mereka adalah pelopor kepada segala perdehakaan dan bapak kepada segala kemunafikan... dan jika umno terus berdolak dalik lagi pasti akan lebih terserlah kebobrokan dan segala macam kedurjanaan yang terdapat dan tersembunyi didalam umno., dan mahu atau tidak umno wajib mengakui bahawa mereka telah ditolak sepenuhnya oleh rakyat melayu atau bukan melayu... realiti memang pedih tetapi UNDI POPULAR BUKAN BERPIHAK KEPADA UMNO.. ini reaksi dan mesej jelas yang rakyat semakin memencilkan umno

Anonymous said...

Aspan,
I got different opinion on our HRHs. I felt that HRHs must emulate King George V to ensure the relavancy of HRHs in Malaysia. I have never met with any sultans in my life. My mum did as well my maternal grand dad who happens to be the mechanic for Sultan Idris's car long long time ago. Well I can say that my mum side goes beyond just the one I have mentioned. Hehehehe
Sorry a bit out of topic just now.Anyway, Here is the documentaries that all HRHs to watch. No, it's not about the downfall of ShankhanShah of Persia/Iran. Just watch!

http://www.youtube.com/watch?v=pk8CxBUSGFA

Seriously, I respect those monarch who come close to George V enthusiatic attitude. That's the King we want. No less patriotic as George VI to stay in London during WWII. Or Elizabeth II.....

Scandals yes a lot. But they have these Attitudes :

Duty, Honour, Country

I reserved my comments on our present bunch of HRHs. You can see the difference between the british monarchs & ours.

P.S : I respect the present Agong. However, his present speech could have been more tactful. Our present Agong was once a esteemed Diplomat. Seriously, my expectation is extremely high on him. George V who has an IQ of a railway potrait can handle GB with tact......you fill in the dot


Anonymous said...

Pak Aspan..rakyat malaysia khasnya org melayu..skrg cuba untuk melupakan umno sebagai wadah perjuangan politik di tanah air sendiri setalah apa yg umno telah lakukan kepada islam,raja raja melayu serta bangsa melayu..terutama semasa umno di pimpin mahadey sampai lah najib..

Umno tidak akan berubah kerana umno telah menyeleweng terlampau banyak..kita boleh lihat dgn kepimpinan umno yg sedia ada..seperti tengku adnan,nazri aziz,aziz dan ketua wanita umno yg sepatutnya duduk di penjara kajang atau sungai buluh..

Umno patut ditinggalkan..supaya umno merasa menjadi pembangkang dan dpt muhasabah diri agar membetulkan segala kekaratan yg ditinggalkan oleh mahadey..

Ismail Ibrahim said...

How true what mamak mahathir said Melayu mudah lupa. I guess The Royal Highness have also forgotten as They are more Malay then us.

Pengkhianat Negara said...

Pak Aspan,

BUKTI UMNO DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU

otaklunyai said...

iya ke sedar... puak2 laknat ni mana tau sedar. kerja2 jahat, kerja kotor tu dah sebati dgn darah daging mereka... kena cantas terus bro... ini lebih kurang sama dgn puak2 firaun yg dah tenggelam baru nak bertaubat... sebijik perangan puak2 laknat ni...

gillien said...

Aspan,

Please continue on writing what you feel inside you bro. No breakfast before reading aspanaliasnet.
Not many issue which I don't agree with you so far

Anonymous said...


Without a total overhaul of the present 'leadership' and governing systems, nothing significant will change to permanently benefit ordinary people.

To protect the Ordinary People, they need good, fair and transparent systems....not individuals/groups/political parties with self created discretionary/extraordinary power to abuse and exploit.

Anonymous said...

I like your clarity of thought bro.

Anonymous said...

Saya naik jemu dengan fitnah diblog tuan dari sebelum pru dan sesudah pru dari komen komen yang saya baca terutama pada UMNO dan Mahathir.Akhirnya orang Melayu menolak PAS dan juga PKR.Mahathir dan orang kuat UMNO tak masok penjara Sg Buluh pun.Kenapa?.Kerana perjuangan UMNO yang hebat of course.Yang tewas tetap juga PR.Cerita dan keputusan yang sama juga akan berlaku di PRU 14.Hebatnya UMNO.


Cili Padi

Anonymous said...

Your writing is punctuated by valuable history and helps people like me to decide on anything about political preferences.

joe

Kampong man said...

Looes74,

I read your comment and I read you.My question is who the hell are you to be comparing our HRHs and King George V.You have never met both of them.You surely have the BIG gut to provide such an unwanted comment.

Your expression "I reserved my comment on the present BUNCH OF HRMs.." is rude and biadab.You have no manners and lack tact and respect for our monarchs.Read back the RUKUN NEGARA will you.

Our present Agong is past 80s and and on his second occasion as our Agong.It would be more appropriate if you compare our Agong and perhaps the present King of Thailand to fully understand monarchy.Try and say that in Thailand , you will not stand a chance.You shall crawl to his feet.

Obviously, you have no respect for our Agong as you aspire to turn Malaysia into a republic like brother PAP in Singapore and hence your rudeness and biadap.

If you are familiar with our ADAT in Negeri Sembilan, you probably have heard this little expression:

"BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT".

Keep your comment to yourself my boy!.Thank you.

Anonymous said...

Anon 8:35

Y the bloody morning comment?

I do not see any aspiration to turn Malaysia into a republic when one still respect monarchy. It is narrow minded people like u who have blinkers who eventually read short comment but yet unable to comprehend.

ZAKRI ALI said...

Old man 8:35am,

orang yang berpegang kepada pepatah "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" adalah manusia paling BODOH bin JAHIL.

Unknown said...

aspan,

saya tak boleh bersetuju dengan pandangan kamu berkenaan krisis 1993...

rakyat tidak mahu insiden hoki, insiden kes pukul, insiden bawak lari kereta mewah tanpa bayar cukai dari airport, insiden golf caddy kena pukul sampai mati, insiden jurulatih hoki Gomez etc berulang, dan insiden2 lain kat johor...

Tidak perlu ada kekebalan... Perlembagaan patut jadi supreme document untuk rujukan semua pihak...

masih ada kes2 pukul di kelab2 malam yang dikunjungi anak2 meraka ni dan menimbulkan kekecohan..

berani kerana benar, kena takut kalau salah...

namun, saya setuju kalau institusi lebih terbuka dan bole access rakyat secara langsung... kalau memorandum diserahkan mana2 pihak, rakyat mahu dapat respon secara langsung, bukan nya mengikut telunjuk kerajaan pr ataupun bn...ataupun senyap sahaja...

kita mahu institusi yang berani kritik kerajaan2 negeri dan kerajaan pusat secara direct tanpa was2



Pakatkelih said...

Ada orang kata, pepatah melayu: “biar mati anak, jangan mati adat” dah tak sesuai, alasan mereka, jika anak mati, siapa yang nak teruskan adat?

Kalau dulu, memang ugama orang melayu sebelum kedatangan islam adalah ugama hindu, dah tentu hidup ikut cara orang hindu, tapi bila Sultan melayu masuk Islam, maka semua rakyat melayu juga masuk Islam, tapi, adat hindu masih di amalkan sampai sekarang, apa kes? Lepas tu sanggup pulak biar mati anak, jangan mati adat, bodoh ke apa?

Sebenarnya, semua tahu sudah, pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”,bukan dicipta oleh orang melayu di zaman P Ramlee atau selepas perang dunia pertama, tapi ditulis pada buku buku Sejarah Melayu pada setengah abad yang silam, dan menurut sumber, ianya ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan pepatah itu dicipta 600 tahun yang silam (atau lebih lama), maka kita perlu lihat kalimah "adat" itu mengikut skop 600 tahun yang silam, dan bukan mengikut skop hari ini.

SYAFIQ SABTU said...

Assalamualaikum wbt.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yg telah memberikan ilham kepada saya utk menulis kembali di ruangan ini.Segala-galanya hanya dgn izin-Nya dan segala pujian yg terbaik hanya untuk-Nya.Selawat dan salam kepada Nabi SAW dan para-para sahabat r.a.

Kita perlu lihat apa yg tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu "Biar Mati anak,jgn mati adat."

Peribahasa ini menunjukkan bahawa orang Melayu sgt kaya dgn adat dan sgt pentingkan adat sehingga sampai tahap di mana biar la anak sendiri mati,jgn adat yg mati..Tetapi utk pandangan sy biarlah adat mati,jgn anak yg mati kerana anak adalah penyambung kepada segala-gala yg kita ada pada hari ini.

Mungkin ada ramai yg tidak setuju dgn pandangan sy itu..Justifikasi sy ialah ada beberapa adat yg sebenarnya tidak berpaksi kepada agama Islam sendiri..Jadi mungkin ada adat yg boleh diubah..Mungkin ada yg tidak percaya…Saya amek contoh menepung tawar,sewaktu perkahwinan..Sebenarnya ia adalah satu tradisi dari agama hindu yg telah diterapkan ke dalam budaya melayu..Jadi,terserah kepada kita utk meneruskan adat itu @ tidak…

Satu lg,jgnlah kita terlampau mengikut adat sehingga menyusahkan hidup kita..Seperti ada satu adat,yg apabila si ayah kehilangan isterinya..Anak-anaknya hendaklah memulangkan si ayah kepada keluarga asal si Ayah dan selepas upacara pemulangan,anak-anak tidak ada tanggungjwb kepada si Ayah..Bukankah ini agak menyukarkan kita dan seperti seorang anak hendak melepaskan tanggungjawab mereka kepada ayah mereka??..

Saya tidak mengatakan bahawa jgn ikut adat langsung,adat adalah cermin bg masyarakat kita,menunjukkan kita melayu masyarakat berbudi dan sopan.Cuma bersederhanalah dalam setiap perkara,jgn terlampau mengikut kan sgt sesuatu perkara..kena cakna dgn masa dan zaman kini.Jika ada pendapat sila2x la berkongsi yer..Itu saja buat masa ini,Assalamualaikum wbt…

Anonymous said...

Sebelum sesuatu tingkah laku itu menjadi adat dan tradisi, tingkah laku tersebut mestilah diperaku, diamalkan dan diperturunkan kepada generasi-generasi yang seterusnya. Jika tingkah laku itu diterima pakai, maka itu adalah adat.

Bidalan “biar mati anak, jangan mati adat” ini tidak lagi sesuai digunakan kerana menurut mereka membiarkan anak itu mati tidak akan menjamin bahawa adat itu akan disambung lagi. Apabila anak itu mati siapa pula yang sambung adat? Jika di tinjau melalui prespektif Islam, membiarkan anak itu mati adalah satu amalan yang sangat berdosa besar. Bagi mereka, kata bidalan yang “pelik” ini mestilah ditinggalkan dan diganti dengan yang baru seperti “biar hidup anak, agar hidup adat”.

Bagi generasi sekarang peribahasa ini tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Orang Melayu berpegang kepada frasa ‘Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu’. Benar pada zaman itu, tetapi adakah realiti pada zaman ini boleh dikatakan begitu lagi? Ibaratnya jika dikatakan Arab itu Islam dan Islam itu Arab, namun realitinya bangsa Arab sudah hilang jati dirinya sebagai orang Islam. Tingkah laku mereka jauh dari apa yang Islam terapkan. Kehilangan tanah suci Baitulmaqdis kepada Zionis berpunca dari ketaksuban kepada bangsa, berbanding ketaksuban kepada ketuanan Islam. Realitinya zaman telah berubah dan turut mengubah cara hidup orang Melayu itu sendiri, iaitu semakin jauh dari ajaran Islam.

Bukti penyelewengan orang Melayu dari ajaran Islam dapat dilihat dari statistik Badan Pencegah Rasuah, dimana sebanyak 1225 daripada 1941 kes rasuah yang dicatatkan sepanjang 2005 hingga 2008 melibatkan orang Melayu. Dari segi masalah sosial, orang Melayu juga menjadi juara dalam kes anak luar nikah berbanding Cina atau India. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan 74,723 orang anak luar nikah yang terdiri daripada kaum Melayu sepanjang 2005 hingga 2009. Dari segi akidah pula, kita tidak lupa dengan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa sehingga tahun 2008 sahaja lebih 100,000 orang Islam di Malaysia telah murtad. Menurut beliau lagi, orang Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi.

Dengan segala statistik dan realiti di hadapan kita ini, adakah masih relevan dikatakan Melayu adalah Islam? Atau Islam akan kuat apabila orang Melayu kuat? Jelas daripada senario hari ini, bangsa Melayu bukannya pembolehubah tak bersandar yang menentukan kedudukan Islam, tetapi lebih tepat Melayu adalah pembolehubah bersandar yang ditentukan oleh pegangan dan penghayatan Islam. Maka, kesimpulannya adalah jika bangsa Melayu hendak kembali gemilang sebagaimana di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, ia harus kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Melayu berdaulat apabila pegangan Islamnya kuat. Untuk memenuhi tuntutan itu, pemimpin Melayu juga hendaklah terdiri daripada mereka yang komited dengan Islam. Bukan sekadar Islam pada kulit, tetapi Islam pada pemikiran, sikap dan tingkah laku, iaitu Islam yang bersifat praktikal. Pemimpin Islam perlu ada sifat qawiyy dan amin, iaitu kompetensi dan amanah dalam pentadbiran. Sejarah telah memberi pengajaran apabila ajaran Islam dikesampingkan dan kemewahan melekakan pemerintah, ummah menjadi lemah.

A. Amri, Felo Penyelidik Pusat Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi

BUKAN SAJA2 NAK KATA said...

Pak Aspan,

Mahathir ada cakap 'Biar mati anak jangan mati adat'.

Apa nama sudah tak boleh dipakai. Kalau anak dibiarkan mati, siapa lagi yang hendak menyambung adat?

Anonymous said...

Salam,

Bangsa Melayu terkenal dengan adat.

Tapi.. apa yang ada pada Melayu kini?

Rogol, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah.. bangsa apa yang paling ramai? MELAYU... Jadi, apa yang ada pada Melayu?

Kata 'Biar mati anak, jangan mati adat' ada baiknya kita ganti dengan 'Biar mati adat, jangan mati iman'.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Anonymous said...

Bukan kah perlembagaan digubal supaya raja yg melakukan kesalahan boleh didakwa ?
Dah jelas sgt melayu masih menangkan umno. Masih ada lg org kata umno ditolak. Pkr,pas byk kalah di kawasan melayu. Cina dan melayu bandar yg belagak pandai je yg sokong pr.

Anonymous said...

ko brcakap bahaso apo jang...
cubo ko list kn fitnah apo yg AA tulih...
kok bangang..jgn tunjuk mo org....

Anonymous said...

Zakri Ali,
Jangan kamu mempersendakan kata-kata adat kami. Sebeanranya kamulah yang bodoh, sebab kamu tidak memahami simbolik kata-kata itu. kalau kamu ambil makna secara bahasa kasarnya kamu tidak akan faham maknanya. Kamu yang tidak faham jangan kamu pula yang kata kami bodoh. Hanya yang cerdik sahaja akan nampak kebodohan kamu kerana kamu tidak memahami kata-kata adat itu. Jika kamu tidak faham jangan berkata-kata dengan sombong.
Jadi kamu ini sombong bodoh!!


pengamal perpateh yg tidak bodoh, kg Gunung Pasir, S Menanti

Anonymous said...

Zakri Ali,..kerana awak sentiasa dfolingkungi oleh semua yg bodoh, maka kami tidak salahkan apa yang kamu nampak itu semuanya yg bodoh beaka.

izwan@bond said...

Community melayu sekarang ni lebih mementingkan adat lebih dari agama.Tiada perkataan restu pun dalam Quran.Yang penting persetujuan sesama pihak.

Allah ciptakan Quran cukup sempurna untuk umat islam ikut sebagai panduan.Cukup sempurna.Cukup indah kalau kita dapat mentafsir dan menghuraikan apa yang terkandung dalam Quran.Adat2 ni semua orang kata sebagai bonus dalam kehidupan jer asalkan jangan bercanggah sama sekali dalam ajaran islam.Benda yang takder dalam Quran/hadis di reka2 then kalau tak ikut dikatakan haram dan berdosa..Itu salah sama sekali...

Jadi kita nak ikut Quran/hadis atau nak ikut pemahaman orang melayu?...pandai2 lah kita fikirkan...

Anonymous said...

Setuju dengan Kg man.Sekarang sudah ramai orang mula kurang ajar mrmperlekehkan institusi raja berselindung dibelakang freedom of expression.Mereka mula berani berkata kata kerana mereka tidak menghayati Rukun Negara dan perlembagaan dan ramai yang tidak peduli dan berasa sensitif pada sistem beraja yang sepatutnya dipertahankan.

DS

Anonymous said...


' Keep your comment to yourself my boy!. - Kampong man

Such arrogance!

Our monarchs are very powerful and successful leaders for centuries....they don't need people rushing to their defence and make them look bad.

Melayu terlalu taksubkan adat said...

Salam pak aspan dan semua,

Adat bukan sahaja menjadi paksi utama tamadun Bangsa Melayu sejak dari awal lagi, malahan selepas kedatangan Islam, banyak hukum adat dan agama yang serasi dan seragam telah lebur dan sebati menjadi sebahagian dari identiti, pakaian dan jatidiri orang-orang Melayu. Dalam perkara ini terdapat segolongan pihak mengandaikan bahawa adat bermakna adat istiadat semata, langsung telah menuduh orang Melayu zaman silam sebagai zalim kerana berpegang pada pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’, yang diertikan sebagai sanggup membunuh anak semata-mata untuk mempertahankan adat istiadat yang lapuk dan tidak bermanfaat seperti adat bersanding, bersyukur, mandi safar dan sebagainya.

Agama Islam seharusnya membimbing adat resam atau budaya Melayu supaya berlandaskan agama dan tidak mengamalkan kepercayaan karut, khurafat dan syirik kepada tuhan. Justeru, Persoalannya kenapakah masih ada masyarakat Melayu Islam yang masih lagi mengamalkan adat resam yang nyata bercanggah dengan agama Islam yang dianuti?

Anonymous said...

As Salam,

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”? Habis kalau anak sudah mati siapa nak teruskan adat? Pada aku adat itu tidak penting kerana kebanyakan adat Melayu itu mengikut agama Hindu. Contohnya seperti bersanding waktu kahwin, renjis air mawar, inaikan tangan dan macam-macam lagilah.

Ustaz subjek Pengajian Islam aku pernah bertanya kenapa orang kita cakap “Daulat Tuanku” walhal beliau (sultan) juga manusia seperti kita. Yang seharusnya didaulatkan adalah Allah s.w.t. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Ustaz aku tu.

Aku terfikir bahawa Islam dalam kehidupan orang Melayu dipengaruhi oleh adat. Eh, betul ke? Islam itu Islam lah, adat itu adat. So, apa itu adat? Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai rahmat kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Islam itu tulin dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin, aman damai dan sejahtera, taat tunduk patuh dan berserah kepada Allah s.w.t.

Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat “Restitution” dan “Compensation”, manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat “Punishment” dan “Retaliation”.

Dalam satu riwayat, Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!”

Anonymous said...

Pak Aspan,

Bijak2 melayu hari ni..melukut ditepi gantang2 milik si kapir2 ni, dan minta sedekah undi mereka dan berharap org2 kapir ni lah akan mertabatkan agama dan bangsanya!! walaupun kepala diluku, dipijak, dan disepak.. mereka sanggup merayu pada Allah swt utk dapatkan royalti tapi utk brkuasa dan laksanakan Islam merayu ngan manusia!!

Hari ni..biar mati adat, jgn mati parti dan pangkat!!

Anonymous said...

Salam ...

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan ” Biar Mati Anak Jangan Mati Adat “. Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.

Persoalannya golongan manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak ?

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya.

Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini.

Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Bomoh, Pawang dan Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu. Kadang-kala keris itu di asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati.

Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Bomoh ataupun pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam Jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat.

Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri ?

Anonymous said...

Tahukah kalian,

Kenapa remaja melayu sanggup melakukan perbuatan membuang bayi adalah kerana budaya melayu kita sendiri. Mereka sanggup memilih jalan yang keji kerana keterlanjuran mereka sendiri daripada memilih jalan yang lebih baik seperti berbincang dengan ibu bapa atau keluarga terdekat.

Kenapa kaum lain yang beragama bukan Islam tidak ada masalah kes buang bayi sehebat remaja melayu? Sedangkan mereka langsung tiada didikan agama Islam. Adakah kau ingin kata didikan agama diorang lagi sempurna? Satu lagi jika remaja kita ini kuat didikan agama Islam bukan sahaja masalah buang bayi ini sahaja tiada. Malah kes hubungan luar nikah juga tidak akan menjadi satu isu.

Budaya melayu yang memegang kuat pepatah 'Biar mati anak jangan mati adat' adalah penyebab sebenar kepada masalah ini. Anak-anak remaja melayu sanggup membuang bayi daripada memberitahu hal sebenar kepada ibubapa mereka kerana tidak mahu ibubapa mereka menanggung malu dan menghalau mereka.

Bahkan, didikan agama yang kurang menyebabkan mereka terlanjur dalam perbuatan mereka. Dan kerana adat melayu mereka terus memilih jalan yang salah dengan melakukan pembunuhan.

Selagi kita tidak ubah cara kita berfikir selagi itu masalah ini tidak akan selesai...

Ibnu Mohyeddin said...

As Salam Pak Aspan,

Masih ade yang ikut 'Hadis Melayu' yang mengatakan Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.

Kadang kadang bila fikir sangat bab adat nie sampai mengenepikan soal ibadat ini yang cukup payah dan cukup –cukup menyusahkan khususnya macam aku nie ler yang cukup tak gemar berpegang sangat pada adat. Mana taknya kadang-kadang kita lebih utamakan adat dari ibadat.

Sebagai contoh masa hari raya aje lah, kenapa masa nak ziarah rumah sanak saudara jer kita pakai cantik-cantik sedangkan masa solat kadang-kadang tak tutup aurat?dan kadang tu masa nak beraya pakai bukan main wangi lagi mengalahkan lori minyak wangi tapi bila nak jumpa Allah, nak solat bau lagi busuk dari belacan basi pun ade.

Kadang-kadang kita patut malu dengan Allah yang telah memberikan segalanya pada kita dan kita pulak yang kadang-kadang jadi makhluk yang tak sedar diri dan tak tahu diuntung mintak macam-macam tapi rasa syukur langsung tak ada. Inilah kelemahan kita sebagai manusia. Allah dan bagi akal untuk berfikir dan bagi mata untuk melihat, dah bagi telinga untuk mendengar tapi kita masih dengan muka poyo kita.

Merdeka yang sebenar ialah bebas dari sebarang ideology dan fahaman yang menyesatkan dan menyusahkan. Orang yang masih lagi tidak bebas dan masih kekal dengan fahaman dan ideology yang menyonsang inilah yang dikatakan masih belum merdeka dek kerana masih belum bebas atau tak nak bebaskan diri daripada pengaruh tersebut.

GAMIT said...

Saya tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Kalau benar Melayu berpegang dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi, mengapa kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Apakah masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita?

Apakah golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan?

Kalau dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.

Anonymous said...

Since you are a kampung man, I assume that your IQ is lower than average. Do you really know who our present HRH is.

http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Halim_of_Kedah

DON'T YOU THINK IT'S VERY INSULTING FOR A KAMPUNG MAN LIKE YOU HAS 1/10000 OF OUR HRH TO DEFEND HIM.

A DIPLOMAT, CIVIL SERVANT & OXFORD GRADUATE ( 10 X BETTER THAN KERA JANTAN)

Well, you wanna talk about lese majeste, the person is YOU! YES, YOU......KAMPUNG MAN.

Tolong balik kampung. Duduk sana, diam diam tanam jagung la.

Kampung Man,
Do you understand what the hell these latin phrase mean?

Si tacuisses, philosophus manisses

Guys & Gals,
Stop defending our HRH. His regal & intellect can defend himself as well as the institution. This is an affront to defend him wish such ghastly points.
For those who are Islam, remember you are an Islam first. Tell me most adats not hindu based. I leave it there for you to renung & fikir.
Islam never allow people to hold others ransom for its belief. If an ethopian king (christian) who can house Islam refugees fleeing from Mekah folks as recorded in your Quran, kindly return the favour.
It's better prove through your actions that Islam is better. Better still under hostile environment, you guys can demonstrate that you can preserve their true Islam identity.

Guys & Gals,
Watch this youtube! Don't be a moral vaccum & a hypocrite

http://www.youtube.com/results?search_query=moral+vaccum+yes+minister&oq=moral+vaccum+yes+minister&gs_l=youtube.3...1947027.1958277.0.1958877.25.22.0.0.0.0.880.3430.0j1j1j2j3j0j1.8.0...0.0...1ac.1.11.youtube.y274oyXedOo

P.S : May I add that our HRH is more than the Humphery Appleby type?

Anonymous said...

I am absolutely happy that there are orang2 melayu yang sudah buka fikiran on these things. I believe you guys understand why I say that all HRHs must emulate King George V. Watch the BBC documentary & you would see how an average IQ of King George V frantically preserving the british monarchy by throwing all useless traditions. English monarchy has survived for past 1000 years. Even Kedah sultanate does not come close to it.

King George V understands as a constitutional monarch must live under the confine of the constitution.

Likewise in Malaysia, I am talking about the 1957 constitution. Not now, the one laid ruin by Madhater.

Think carefully what would QE2 would do if she would make this speech. The best is to maintain jaundiced silence. Leave the squabbles to politicians but keep monarchy above politics

Pak Aspan would agree my point, would you Pak Aspan?

Anonymous said...

I believe some melayu must have outlined certain derhakaness by UMNOites against Islam, Muslim as well as Raja2

Ah so, can somebody take up action against these 2 clowns?

Ask Pak Aspan who the beep beep is Dr Affifuddin Haji Omar (Former Padang Terap MP)

Affifuddin said that in parliament. We should ask him to repeat what he said now or recant ( plus it would be fun to see him kneeling in front of sultan. Berani tak?)

How can we continue to uphold rulers who are known to be robbers, adulterers, drunkards and kaki pukul (thugs)?" [...]

"They (the rulers) must be made to realize that they do not own this country. They are not Superman but placed on their thrones by the people."

"The real power did not lie with them, but with us - the representatives of the people."

"The 'syndrome of religiosity' associated with the Rulers was only to cloud the people's view of who the Rulers actually were."

Another UMNOite, also from Kedah, also an MP from Kota Setar said this. His name is Wan Hanafiah Wan Mat Saman

Also in parliament - Go ask Ku Li how he felt that he heard this from a melayu who is a muslim

"After the struggle for India's independence in 1947, Deputy Prime Minister Sardar V Patel was given the task of negotiating with the Rulers to phase out them.:

"Patel rounded up the Maharajas and put them in a hotel. On the first day of discussion, he could not get them to agree to the Government's proposal.”

"On the second day, he placed soldiers around the perimeter of the hotel. On the third day, he cut the electricity supply; on the fourth day, he stopped the water supply and on the fifth day, he stopped food from being brought in. On the sixth day, all the Rulers, who were confined to the building, agreed to the government proposals.”

"When Patel was asked why he did not obtain the consent of the Rulers in a normal fashion, Patel replied, 'Do you ask the consent of the chicken before it is slaughtered?'"

Continuing his speech, Wan Hanafiah said that "a similar approach could have been taken to solve the present problem with the Rulers."

Anonymous said...

Kita membincangkan pekara adat."Biar mati anak jangan mati adat" tidak lagi sesuai ?.
Adakah sebegitu mudah kita orang melayu mahu membelakangkan adat istiadat kita?.Membiarkan dan mempergadaikanya hayut didalam harus kemodenan yang penuh dengan kepalsuan.Saya belum lagi dengar bidalan " Biar hidup anak , asal hidup adat" sebagai ada yang mencadangkan.

Orang melayu kita sangat kaya dengan budi bahada dan adat mereka.Didalam banyak acara saperti pertabalan raja raja, perkahwinan dan kenduri kendara kita mematuhi tata susila dan adat yang telah kita guna pakai mengikut protokol dan adat tradisi kita orang melayu.

Bidalan biar mati anak jangan mati adat adalah sungguh simbolik dan mempunyai penghayatan pentingnya kita mempertahankan adat tradisi kita orang melayu yang bersesuaian pada peredaran masa.Kalau dahulu raja raja di pikul dan dijunjung kini tidak lagi perlu kerana kita punyai keenderaan bermotor.Tiada siapa yang mahu mati anak secara logiknya tetapi adat pada kami di NS masih diguna pakai dan dipertahankan secara praktikal mana yang boleh.

Kepada ustaz ustaz yang tidak bertauliah disini pandangan anda diambil kira. Mempraktikan adat tidak bermakna kurang islamik.Pada mereka yang telah hilang atau tidak lagi mahu berpegang pada adat itu pilihan mereka.Mereka lantang mencabar kerana telah hilang penghayatan.





00

Anonymous said...

Kalau jadi pemimpin yang baik dan berjasa kepada rakyat itu harus dan jgn sekali-kali menindas rakyat.