18 June 2013

Tidak boleh dielak, negara dan politik baru wajib berlaku

Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.

Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU ke 13 yang baru lalu ini..

Di sebaliknya kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.

Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui yang kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.

Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan untuk membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ketahap yang ada pada hari ini.

Rakan kita dari kaum Cina ini begitu ‘organized’ sehinggakan kempulan yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi dan politik.

Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasaan harta kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun lapan puluhan dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negara ini semasa itu, iaitu dalam lingkungan tahun-tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan dahulu.

Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini tidak akan ada kestabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat.

Benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negara ini. Sampai kehari ini matlamat itu tidak dapat dicapai.

Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini. Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan dalam mana orang Melayu tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga ke hari ini.

Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa pengemis yang kebanyakkan dikalangan yang ada disekeliling mereka yang berkuasa hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog didalam media alternatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oeh bangsa bukan melayu kerap kita lihat dan terbaca.

Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasai politik negara samada dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh diguna-pakai buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi kepimpinan negara selepas tahun tujuh puluhan dahulu.

Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memanjat tangga kekuasaan  politik yang sangat asing dari apa yang kita alami lama dahulu.

Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum bekerjasama untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu.

Itu sebab saya selalu menyarankan yang negara kita amat memerlukan pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini untuk membina sebuah negara yang baru itu Negara memerlukan seseorang yang berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan.

Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala mereka menggunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak pernah mendapat pemdidikan dari ibu bapa mereka.

Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap walaupun orang yang berbeza pendapat itu bercakap dengan beradab serta bersopan. Kalau dahulu saya mempunyai pandangan rendah ini terhadap penyokong BN, selepas pilihanraya apabila pihak yang telah tewas dan kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu.

Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu?

Saya teringat kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’.

Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah mereka memenangi pilihanraya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini.

Itulah sebabnya saya katakan ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu.

Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.

25 comments:

Kampong man said...

Salam semua,

1.Kita harus menerima dan akui adanya pembaharuan dalam scenarion politik negara terkini bermula dari 2008 dan juga terbaru 2013.Ini adalah hasil usha gigih pembangkang mahu menumbangkan kerajaan BN yang telah terlalu lama memerintah dengan kesepakatan PR bagi mengujudkan 'Two party system' saperti di Amerika diantara Republican dan Demokrat.Ini belum lagi tercapai kerana didalam kesepakatan PR terdapat juga TIDAK sepakatnya PR kerana mereka hanya setuju'Agree to disagree'dalam banyak isu controversial disebabkan perbezaan ideologi.

2.PRU 13 telah berlalu dan amatlah mencabar kerana tercabarnya kuasa politik orang Melayu kerana orang melayu sendiri mula menolak UMNO dan kaum Cina pula menolak MCA dan Gerakan hasil berbagai kempen PR melalui media alternatif dan sosial.Kita sendiri lihat penulisan blogger dan komen komen sebelum dan selepas pilihanraya amat berbeza sekali. Kini masa berkempen sudah tamat dan ini adalah masa untuk RECONCILIATION dan memperbaiki perpaduan diantara manusia amnya dan kaum khasnya.

3.Tidak dapat dinafikan kempen PR dan BN di PRU 13 telah gagal menyatupadukan rakyat malah polarisai kaum dan ketidakpercayaan antara kaum makin menebal.Pendekatan 1Malaysia oleh kerajaan BN gagal menarik kaum Cina memihak pada kerajaan walau apa pun usha dan sogokan yang kerajaan lakukan.Penolakan lebih 90% pengundi Cina pada kerajaan adalah satu message yang amat serius dan perlu difikirkan sebab sebab dan tujuannya dan cara mengatasinya.Ini memerlukan penyelesain jangka pendek dan panjang.

4.Tidak mudah menerima kekalahan tetapi jelas PR belum bersedia dan belum lagi diterima memerintah negara.Di PRU 14 nanti kita tidak tahu.

5.Selagi ekonomi orang Melayu tidak mendapat diperbaiki dan kekayaan negara dimonopoli oleh satu kaum KESTABILAN sukar dicapai.Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum Cina sekira ekonomi mereka masih di tahap rendah.Sudah banyak kali saya sarankan hanya melalui PERNIAGAAN ekonomi keluarga boleh diperbaiki.Kejayaan dalam perniagaan dapat disambong dari bapa ke anak dan kecucu berterusan meneruskan perniagaan.Izinkan saya ulangi lagi lebih 93% orang Melayu masih lagi di kelompok WAGE EARNER (Makan gaji) dan sebaliknya (Lebih 93%) kaum Cina adalah masyarakat berniaga.Tidak hairan walaupun masyarakat Cina hanya 3% di Indonesia mereka perolehi lebih dari 90% kekayaan negara Indonesia melslui perniagaan.Menyalahkan kerajaan korup, kroni dan berbagai bagai nampaknya tidak jalan.Ia memerlukan PERUBAHAN SIKAP dan paradigm shift bagi perbaiki ekonomi dan purchasing power keluarga.Of course, yang paling penting adalah penekanan pada EDUCATION dan EDUCATION sebagai asas.

5.Kepada mereka yang telah berjaya dalam perniagaan teruskan memberi galakan dan membantu kaumnya dan yakinkan PERNIAGAAN DAN KEUSHAWAAN is the way forward.Pendekatan ini amat saya yakini sebagai saorang ushawan.Cheerio..

Salam.




Anonymous said...

Pak Aspan,

Saya pengunjung tegar blog Pak Aspan. Beberapa kali saya meluahkan isi hati saya dlm comment section blog Pak Aspan. Nasihat saya, tak payahlah nak katakan DAP majoriti Cina. Ini fakta, semua dah tahu. Pak Aspan seharusnya melibatkan lebih ramai anak muda melayu utk menyertai DAP utk memajmukkan DAP. Jikalau grassroot DAP dah ramai Melayu, secara semulajadinya barisan calonnya ramai yg Melayu. Ini ilmu hisab yg mudah, principle yg senang nak difahami.

Berbalik kpd posting Pak Aspan. Bkn semua kaum bkn Melayu yg mempunyai fikiran yg bangsa Melayu pengemis. Saya bukan, keluarga saya bukan dn ramai rakan-rakan saya yg bersekolah di sekolah kristian St. Xavier's kat Penang tak pernah berfikir sedemikian. Saya ramai sahabat melayu, tak pernah saya berfikiran serong terhadap rakan saya.

Namun sebagai bangsa majoriti, kaum melayu seharusnya menunjukkan kematangan. Daripada takut, risau and cemburu terhadap kaum lain. Lebih baik berimejkan kaum majoriti yg akan mempertahankan kaum minoriti. Perlu ada maruah and kebanggaan terhadap kaum sendiri. Perlulah berusaha utk memajukan diri dan tak ada seorang manusia di dunia ini yg tak berbangakan seseorang yang berusaha.

Masalahnya, ramai yg memjadi pembuli berasal dari kaum melayu. Bilangan mereka sikit klu dibandingkan dgn keseluruhan org melayu. Melayu yg memdiamkan diri dan membenarkan pembuli ini menindas kaum lain telah memberi persepsi yg buruk. "The only thing neccessary for Evil to triumph is for Good Men to do Nothing!" Saya sendiri memahami dan merasai kepedihan kaum bkn melayu. Saya juga memahami kerisauan kaum melayu.

Siapa salah? Kita semua salah....

Anak Malaysia

Unknown said...

Saya bersetuju dgn pandangan pak aspan kali ni sbnarnya politik adalah persepsi bkn maki tp kdg2 kerana terlampau fanatik kpd satu2 pimpinan makian yg timbul bknnya hujah2 atau fakta..dlm era langit tanpa sempadan ni hujah la cara matang..

Jacakal of de Forest from the Boyz to Men said...

Bagi UMNO Baru menang lepas tu apa?

1). Orang Melayu terus dijual/beli mcm Kunta-Kunde.

2). Orang Melayu terus dibodoh-bodohkan oleh Media/Propaganda UMNO.

3). Orang Melayu terus jadi Bangsa yang Lemah dan bertongkat ali utk selama-lamanya.

4). Orang Melayu terus menjadi Bangsa yang kurang berupaya dan berintergiti rendah.

5). Orang Melayu terus dijambi-jambi oleh UMNO, Pasal mereka lah Orang Melayu bermaharaja-rela, dan boleh menrendah-rendah Kaum Lain di Atas Bumi Malaysia ini.

6).Orang Melayu terus bagi peluang bagi Putera/Puteri Umno dan Cronies mereka terus curi/lanun/rasuah sampai Titisan Duit&sen terakhir.

So jgn jadi bodoh:
* Tumbangkan UMNO utk selama-lamanya.

* Harga Kereta pun boleh tipu di Utusan. Apa ini.?

* Jgn lupa, Mana ada UMNO ikhlas nak tolong Orang Melayu.

* Mana ada dunia ini masih kata Bangsa ini bangsa itu, Itu dah usang lah. Hanya Hitler dan lain lain buat mcm tu, (Banana Republic).

* Anak Muda semua BANGSA dah bosan dgn Cara UMNO jalankan politic dan Negara.

* Tanya Adam Adil....

* Terlalu byk nak complain pasal ini Bangsat Negara (BN).

Anonymous said...


Many knew the narrow and grossly discrimitory policies will be a failure and destroy reawrding job creating and the economy.

Hundreds of thousands migrated overseas, in particular the Chinese, in serach of fairer and better career and business opportunities to provide for their families.

At the same time, cheap low skills, legal and illegal labour were imported in millions? with the eventual granting of citizenship to vote.

Anonymous said...

Persoalannya adakah kelompok yang memerintah sekarang bersedia untuk berundur sekiranya mereka tidak dipilih dalam kumpulan baru yang bakal menerajui kerajaan kelak.
Mereka semua harus sedar bahawa keyakinan rakyat terhadap sebilangan mereka telah tiada sama sekali disebabkan tindakan dan salahlaku mereka sendiri. Khidmat mereka dalam kerajaan akan dipandang sebagai menjijikkan, perlu disingkirkan. Mungkin rakyat sangat naïf untuk bertindak sekarang tetapi bila tiba PRU kuasa rakyat menjadi penentu. Ketika itu jangan salahkan rakyat yang telah memberi peluang untuk berubah kearah sebuah kerajaan bersih yang kelak disokong olih seluruh rakyat.
Tidakkah pemimpin masakini faham keadaan rasuah dalam berbagai bentuk telah menular kesetiap penjuru Negara?
Apakah pemimpin begini yang bersikap dingin terhadap gejala rasuah itu akan dibiar terus menerajui kerajaan sekarang!
Fikirlah...ada rakyat yang melahirkan keluhan bahawa mereka sekarang INI dijajah olih sekelompoh MANUSIA BANGSA MEREKA SENDIRI.
Alangkah malangnya bangsa Melayu andai keadaan ini berterusan .
Api yang membara dalam sekam itu akan meletus menjadi letusan besar andai dibiar berterusan begitu.
Dan yang paling ditakuti BANGSA MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI akibat kebodohan dan tamak haloba pemimpin sendiri.

Anonymous said...

Tuan AA,

Ketentuan Allah itu memang ketetapan yg telah ditentukan olehNya sejak bumi serta makhluk penghuninya dicipta dan juga ciptaanNya yg lain samada dpt dilihat sejauh bintang2 atau yg tak nampak oleh pancaindera manusia.

BN menang PRU13 dgn menipu telah juga ditetapkan dan rakyat bersama PR menentang penipuan juga telah ditetapkan. Tuan tak puas hati dgn umno lalu melompat ke DAP juga telah ditetapkan.

Jadi ketentuan Allah itu sentiasa bersama kita seperti roh dlm badan kita tidak boleh terpisah dgn ketentuanNya sehinggakan sehelai daun yg jatuh dimuka bumi ini menepati ketentuan dan pengetahuan Allah Azzawajallah.

Di negara ini suka atau tidak kumpulan politik semestinya datang dari samada dua, PR atau BN itu saja yg Allah dah tetapkan. Kalau ada kumpulan baru mereka pun datang dari serpihan dua kumpulan asal tadi membawa DNA dari kedua2 belah pihak. Sebagai contoh sekiranya tuan hendakkan kumpulan baru itu diterajui oleh Ku Li pengikut dia dah pasti dari umno dan PR yg tak puas hati dgn kedua2 kumpulan yg ada sekarang. Mengikut hukum akal mustahil Allah datangkan tokoh baru dan pengikutnya yg tak pernah wujud dlm arena politik negara ini.

Kita sebenarnya harus bersyukur dan berterima kasih sebyk2nya kpd Allah kerana telah didatangkan kumpulan PR yg telah berusaha tanpa mengenal penat membetulkan sistem pentadbiran yg telah dirosakkan oleh BN selama mereka memerintah. Sedikit kepincangan dlm PR itu memang adat kerana mereka manusia dan kita rakyat seharusnya membetulkan bukan kondem dgn mengatakan sama aje mereka dgn BN kalau memerintah. Anggapan negatif serupa itu harus dibuang kalau kita inginkan perubahan.

Hasil penat lelah PR telah terbukti dgn berbagai kepincangan BN terdedah yg selama ini maksum dari pengetahuan rakyat. Rakyat telah sedar dan bulat memilih PR sebagai harapan baru untuk mengubah lanskap politik negara supaya rakyat betul2 dpt hidup lebih selesa dan aman.

Semua pihak yg inginkan bathil ditumbangkan dan yg hak ditegakkan seharusnya berusaha mengikut trak yg telah ditunjukkan oleh PR dgn penuh semangat tanpa rasa takut dan berserah kpd ketentuan Allah sehingga berhasil. Percayalah Allah tidak akan sia2kan usaha menegakkan kehidupan seperti yg dianjurkan oleh alquran dan assunnah.


A Hurairah
Batu Pahat

raymond said...


There is no such thing as Dap struggling for multiracial and UMNO for 1Malaysia. Those are just slogans and we have been impregnated by these slogans since thirty years ago.
All are for their own self advantage and we have been deceived through and through since then.

Just do what you want to do. That's just what our leaders do anyway.

Anonymous said...


Percaya kpd Najib and gang itu bodoh. Percaya kpd Anwar itu gila. Percaya kpd dap itu fasik.

Anonymous said...


To restructure the economy, the narrow, short-sighted and damaging aim is to put up as many obstacles as possible to make it hard for small ordinary Chinese businesses, with no political connection, to succeed/survive.

Grossly discriminated in the all areas of Public Sector employment and without any government assistance and support, ordinary chinese have no choice but to work harder to survive to provide for their families and sent their kids to Chinese/International schools to improve their jobs prospect locally or overseas.

Zaidi said...

Salam Pak Aspan
Sekali lagi perbincangan menjurus Melayu miskin/Cina kaya. Yang marah kerana undang2 tidak memihak kepada kaum pedagang. Pribumi jika lemah otak akan terus ditindas, tidak kira Melayu atau Tibet! Undang2 negara China sendiri tidak adil utk orang CHina yang miskin. Jadi yang adil itu pada perspektif siapa? Kaum pedagang dari dahulu mahukan segalanya. Pribumi yang lemah itu hanya berharap kepada kuasa majoriti yang diterjemahkan kepada undang2 dan perlembagaan. Kalau kaya itu benar - maka kaum pedagang akan membolot kebenaran. Syurga kaum pedagang adalah Singapura, syurga untuk kaum pribumi adalah Malaysia. Salahkah begitu? Gembirakah rakyat SIngapura yang bertuhankan meritokrasi?Atau mereka mendambakan kehidupan yang lebih harmonis di Kanada dan Australia? Di manakah pribumi Kanada dan AUstralia sekarang? pribumi SIngapura? Jika rakyat bertuhanka n duit - akhirnya duitlah yang akan menjadi nilai baik dan buruk. Tidak salah kalau kaum pedagang Cina mendidik pribumi untuk memajukan diri mereka. Tidak kurangnya orang pribumi yang melindung kaum pedagang Cina sewaktu susah perang Jepun dahulu. Jika pribumi itu bersopan, janganlah dipijak mereka itu. Jika pribumi itu tidak cerdik, janganlah di hambakan mereka itu. Jika kaum pedagang Cina jujur - tunjukkan kejujuran dengan memberikan biasiswa kepada pribumi, lantik mereka menjadi pengurus di syarikat pedagang Cina. Kikiskan prejudis pribumi kepada anda. Mulakan sekarang...akhirnya berpautlah dengan ikatan kejujuran!



Anonymous said...

Mr Aspan, memang! Nasib baiklah PR kalah baru-baru ni.

Kalau dia menanglah hari tu...kita sekarang tidak boleh bercakap dan akan di serang dan dipenjarakan.


loce

Kampong man said...

Anon 18.51,

1. There is no need for Malaysian Chinese to feel insecure in Malaysia. There is a place for everyone here to 'cari makan' anf you are Malaysians. Everyone is free to send his children to vernacular or international schools if they can afford them or go to government sekolah kebangsaan which is free.Your choice really.

2.Malaysia is heaven.You do not need political connection to survive ,like I do.You can sell burger or ice cream or become BIG constuction/ developer or any business to make it rich.Only fools will be dependent on politics alone to survive,very very few of them though.All of us have to work equally hard for our daily living and the family.

3.Last sunday my family and I was at 'The Club' Bandar Utama for this Jualan Gudang for Clark shoes.Being our first time there we stumbled into the Sales Gallery instead of Bandar Utama condos nearby and visited the show unit out of curiosity.The minimum price was at RM1.3 million each.There are three blocks of about 300 units each block and hence 900 in total.Most have been sold.Only three(3)units was sold to Malays so far !!.I am not surprised.I take it that they(Malay) cannot afford them as much as they love to own one of these excellent units.Bo luey kangkor maa..

Since I am an urban Kampong man i enjoyed living with various community especially in Bangsar and Taman Tun area.I will continue sending my children to sekolah Kebangsaan and not buying the condo unit.We ended buying four Clark shoes (45% discount)and the family was very happy and had our makan at Pelita SS2 to finish the weekend outing.

4.To those who think they are being discriminated against like the Rohingas and the Palestine and wish to move overseas please think again.You gonna miss your teh tarik, kuey teaw, mee goreng and satay.Malaysia is still HEAVENS .No ?. Have faith in the country and be good Malaysians.

Sshhh....Don't believe what Anwar says.Cheers abd have fun.

Anonymous said...


Malays/bumi were assisted and supported by the government to set up businesses.

Many working in the private sector decided to back to the government and GLCs for various reasons eg. job and income security, pressure and stress of private sector, family committment and etc..

To start a small business one must be prepared to make a lot of personal and family sacrifices and take the risk that one might go bankrupt and your family destroyed.

In small business, one has to create sales/income ( no guarantee ) to cover costs.....pay rental to Landlord, wages of employeee, electricity, insurance, repair and maintenance and many more...

At the end of the day/month, there is NO GUARANTEE the owner will make some money to support his/her family.

Unlike the Government that DO NOT cretate jobs or make sales, these enterprising small businesses create REAL jobs and income for millions of ordinary people to support and provide for their families, contribute to the economy development, pay taxes and etc..

The Government do not fully recognise and appreciate the great contribution of these enterprising small businesses, which are the backbone of the enconomy.

Malaysia is stll HEAVEN?.....you have not travel enough to see how people live in other countries and the variety of interesting and fasinating foods and culture.

Anonymous said...

Politik baru dan demokrasi sebenar di Msia hanya tercapai sekiranya UmnoBN itu diberi peluang menjadi pembangkang di Parlimen.

Kematangan berpolitik dan perpaduan rakyat akan subur dgn sendirinya.
Berbagai2 signal dan tanda sudah diberi oleh Allah. Tiada yg mengubah nasib kaum itu melainkan kaum itu sendiri.

Org Cina tolak MCA dan memilih DAP. Org Melayu sewajarnya menolak Umno dan memilih PAS. Sebab itu saya katakan Org Cina ini bangsa yg realistik. Selamatkan Malaysia.


~rakyat marhaen~

Kampong man said...

Anon 10.24,

"Malaysia is stll HEAVEN?.....you have not travel enough to see how people live in other countries and the variety of interesting and fasinating foods and culture."

My questions are:

a. How do you know that I have not travelled enough like you do ?.

b.What makes you think business is difficult ?.

d.Assuming I am keen on opening up a kopitiam shop or a tyre shop wouldn't I face BUSINESS OBSTACLES as well being a kampong man, if you know what I mean.

e.I have been long in business( more than 20 years) paying fat salaries to expatriates and locals of all races and am convinced that business is EASY if you can manage your finance and cashflow well.Of course,i have made it.Can own a dozen of that Bandar Utama condos, Patek Phillppe, Porches , overseas holidays BUT for what ?.Those materials cannot guarantee happines as you migrate to be minimalist as you progress through life.Doing things you enjoy doing and giving back to society especially 'orang kampong' and the needy is HAPPINESS !

Sshhh.....bro Aspan is like a good brother to me though we have different views on politics.Not telling you more.

Khalid Samad and Shahrir Samad are brothers too.One a Pas man and the other an UMNO man.No big deal. They are still good brothers arn't they ?.

Sshhh...tell you a secret.Was once a British PR (Of course not Pakatan Rakyat, no way).Lived in UK for more than seven years study and work , travelled Europe widely including hitch hiking.Work in Korea building massive offshore platforms and bla bla bla... Sound bragging ehh..who cares ?

Khamsamida !

Anonymous said...

Pak Aspan...saya setuju bahwa semenanjung malaysia sepatutnya menjadi negara untuk melayu berkuasa selama lama nya..tetapi apa yg terjadi sekarang..adalah malapetaka untuk bangsa melayu kerana kegagalan umno..serta kebanggangan pemimpin umno serta raja raja melayu...

Melayu dan islam berkait rapat..skrg?? kita boleh lihat sendiri...

Skrg adalah masa terbaik untuk semenanjung malaysia,sabah dan sarawak berpisah serta membentuk negara masing masing...dan kekalkan semenanjung malaysia sebagai tanah melayu sesuai dgn sejarah terdahulu..

Anonymous said...

A Hurairah, Batu Pahat,

UMNO/BN menang besar di Johor pun ditetapkan.HamPAS dapat turunan kerusi dan tidak menyerlah pun telah ditetapkan.Kerajaan yang dipilih rakyat iaitu BN pun telah ditetapkan.Allah juga tidak suka mereka yang lebih mahu menghuruharakan negara dijalanan.Hanya yang tidak siuman dan fanatik politik sahaja yang tidak boleh menerima kekalahan.Tui...

Pengundi Mersing, Johor

Anonymous said...

Yang bodoh adalah anda sendiri.Apa mengagongkan budsk hingus saperti Adam Adli itu satu teladan yang baik?.
Yang dibodohkan adalah orang saperti anda mempercayai fitnah Pakatan Rapuh yang gilakan hanya pada kuasa dan bukan rakyat.Tuhan sudah tetapkan kemenangan untuk BN.Nak buat macam mana?

Anonymous said...

social, politics and economics is a perpetual cycle. it's never ends and you'll never be at the top nor the bottom forever unless you chose to be. You're only as good as you are now....[Greece was top of the world during Alexander's time, but look at them now]

also political maturity and economic maturity also doesn't naturally happen at the same time.

e.g. S'pore now is pretty much top of the pile economically, but bottom in terms of politics.

but as long we grow and mature, it'll be brighter days ahead.

Right now, with politically immature 'Malaysia' but maturing slowly it's a game of lesser evils... hopefully, we can get to a stage where there are both credible choices of leaders (but maybe i'm too idealistic)

(even in America, it's the choice of lesser of two evils instead of the choice of good & better)

but as long as Malaysians like you and I work hard, think & chose wisely, Malaysia will be OUR paradise on earth.

don't let stupid politicians make it to be hell... (they ain't that stupid right???)

kh tan

aries said...

mmm nama pun politik bro, mula2 tunjuk baik la, salam, ucap yang baik2 sahaja...tapi akhirnya awak juga yang keseorangan

Anonymous said...

Apa kata untuk negara baru..sarawak di serahkan pada org cina..semenanjung hanya di uruskan oleh melayu...india,singh,mamak..hantar balik negara masing masing..kerana mereka golongan miniroti...

Unknown said...

rasuah bnda yg sama sekali tidak akn hilang. imej mungkin ya, ttp hakikat akan trus terjadi. tuka lah 18 kali pun, ttp akan terjadi

adamadam said...

Kalu mcm tu... sabah serah kat sapa nuh?? Ambo ingat biar apa yg ada skrg trus hidop aman damai mcm dulu2... yd dok estet ngan kampong a n an tnteram brsatu sbb mmahami sama sndighi... apa bangsa pon kalu brsatu byk yg kita blh capai ! Prcayalah... ni yg trbaik punya

Anonymous said...

Rasuah satu wabak yg takkan mungkin hilang tapi wajib dicegah dan mesti dihapuskan semaksima yg boleh.Bermula dari pucuk pimpinan ke org bawahan.