12 June 2013

Kalau hendak berubah, ia mesti perubahan secara 'total'

Saya tidak dapat mengelak dari memerhati dan memberikan fokus kepada perkara yang saya mudah tertarik. Saya tertarik dengan isu transformasi yang pimpinan UMNO sebut siang dan malam tanpa henti seolah-olah ia kedengaran begitu biasa seperti saya mendengar azan dari masjid yang berdekatan dengan rumah saya.

Setiap malam dan pagi istilah transformasi dan perubahan kita dengar dan ini jugalah isu yang sama kita dengari sejak dua tiga puluh tahun dahulu. Tetapi penekanan tentang transformasi ini lebih hebat sekali semasa UMNO sedang duduk diatas hujung tanduk sekarang ini. Janji-janji transformasi itu tidak juga membawa apa-apa perbezaannya. Kenapa begitu? Tentu ramai yang boleh memberikan jawapannya mengikut penilaian dan perincian masing-masing.

Bagi saya tidak ada sesuatu yang kita tidak boleh ubah. Pertamanya kita mesti tahu apa yang perlu diubah dan yang keduanya untuk membaik-pulih itu mesti dilakukan oleh manusia pemimpin yang boleh melakukannya. Sebelum itu kerosakan yang hendak diperbaiki itu mestilah kerosakan yang masih boleh diubah. Jika kerosakan itu sudah terlalu teruk maka mungkin kah pembaik-pulihan itu akan dapat dilakukan?

Ramai tertunggu-tunggu janji-janji pucuk pimpinan UMNO untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang lampau. Jika mereka (pemimpin) melakukan introspeksi yang serius mereka akan tahu sejauh mana kerosakan yang dialami dan setakat mana usaha untuk memulihkan keadaan itu boleh dilakukan. Tetapi bagi saya, kerosakan kepada UMNO itu tidak boleh diperbaiki lagi tanpa ‘political will’ yang kuat.

Sebabnya mudah. Jika kita ibaratkan sebagai sebuah kereta, UMNO itu sudah tidak boleh diperbaiki hanya oleh mekanik biasa sahaja kerana kerosakannya melibatkan keseluruhan struktur kereta itu. Setakat mekanik tidak mencukupi untuk memperbaiki kereta yang usang itu.

Mekanik hanya mampu untuk memperbaiki enjin sahaja, tetapi membaiki enjin sahaja tidak mencukupi kerana ia melibatkan ‘body works’ yang ‘elaborate’. Terpaksa ada pengimpalnya dan terpaksa diadakan tukang cat yang baik. Apabila pengimpal sudah ada, terpaksa juga mencari jalan untuk meningkatkan tahap ‘upholstery’ dalaman kereta itu. Malahan berbagai-bagai lagi perkara penting yang perlu diperbaiki dan ia bukan satu usaha yang mudah.

Itulah juga keadaan UMNO, sebagai sebuah parti yang telah memerintah sejak merdeka. Justeru kejatuhannya atau kelemahannya akan membawa ‘consequence’ buruk yang besar kepada negara. Sekarang siasah negara kita adalah ditahap yang terendah dan tidak banyak bezanya seperti siasah dinegara ketiga dan yang mundur seperti kebanyakan negara di Afrika.

Sesungguhnya negara memerlukan seorang ‘political architect’ bagi merombak segala sistem siasah dan negara ini. Blog ini selalu menyebut isu ini. Kita mesti memulakan negara baru. Jika kita hanya setakat membaikinya, apa-apa yang diperbaiki itu tidak akan mampu melihat perubahan kerana terlalu banyak yang lain yang telah tebuk dan bocor dengan kerosakan yang amat parah itu.

Membaiki kerosakan ini bukan setakat memberikan kepercayaan kepada pembangkang sahaja kerana amat susah bagi pembangkang untuk memperbaikinya. Bercakap dan berjanji itu senang, tetapi apabila mendapat mandat belum tentu dapat memperbaiki negara dengan berkesan. Cerita setakat itu masih lagi dalam kategori politiking dan bukannya politik. Pembaharuan yang dimaksudkan bukan setakat siapa yang menang dan siapa yang kalah sahaja.

Pembaharuan yang perlu dilakukan ialah merubah ‘outlook’ siasah negara secara ‘total’. Itu sahaja yang boleh membawa rakyat berada dalam situasi politik baru. Jika setakat memberikan peluang kepada pembangkang sahaja situasi politik tidak akan berubah sama sekali. Jika tidak dilakukan perubahan secara 'total' maka sesiapa sahaja atau parti mana yang memerintah sekali pun, rakyat tetap berkelahi kerana isu yang remeh seperti sekarang.

Kita akan melihat pihak yang menuduh pihak lain sebagai rasis itu juga pihak yang rasis dari segi ‘outlook’ dan representasinya kepada rakyat. Bezanya mereka tidak bercakap tentang isu rasis sahaja tetapi rupa dan bentuk parti itu tetap rasis dalam erti kata sebenarnya. Tiada bezanya diantara mereka yang melaungkan isu dan sentimen rasis dengan pihak yang pada rupa dan bentuknya pihak yang rasis walaupun senyap dalam isu rasis itu.

Itu sebabnya ada pihak yang pada mulanya berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat akhirnya merasa bersyukur dengan kekalahannya kerana pada pendapat mereka jika pun berlaku perubahan pemerintahan dari parti itu kepada parti yang ini, isu yang sama juga akan berulang lagi. Maksudnya perubahan itu tidak akan juga membawa perubahan yang sebenarnya.

Justeru itu, perubahan dan transformasi itu bukan sahaja mesti dilakukan oleh pihak parti kerajaan tetapi juga wajar dilakukan oleh pihak yang bertentangan dengan parti kerajaan itu. Perubahan wajar dilakukan oleh semua pihak dan ia meliputi setiap inci dalam struktur politik dan siasah negara.

Jika keadaan sekarang masih berterusan, matlamat mencapai perpaduan nasional itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Perubahan itu wajar berlaku dalam masa yang sesingkat ini kerana masa sudah terlalu suntuk untuk melakukan perubahan sebelum siasah dan politik negara kita berkecai dan roboh sama sekali.

25 comments:

Anonymous said...

yg akan trjd PASTI trjd..

Musa as mmbesar diistana Firaun..
Musa trpaksa lari diusir/hijrah..
Musa melalui 'spiritual path'..
Musa dtg kembali dgn 'HAQ"..
demo after demo..
pertempuran demi prtempuran..
disaat2 paling kritikal..
TIADA harapan krn laut dhadapan???
akhirnya Firaun lemas PADAM!

yg akan trjd PASTI trjd..

Nabi SAW diutus diMekah..
mlalui 'spiritual path' ddlm gua..
trpaksa lari/hijrah keMadinah..
trjdlah Badar & Uhud..
muncullah 'agamawan' ahlulkitab..
yg 'PERASAN' benar & SUCI???
lahirlah MUNAFIK jubah sorbanTGGI??
brlakulah Khandak..
prjanjian2 Aqabah & Hudaibiah..
akhirnya pmbukaan kota Makkah!

yg akan trjd PASTI trjd..

CAHAYA(nabi2)'univrsal' yg TERANG..
akan menyuloh sgl kegelapan..
demo after demo..
prtempuran demi prtempuran..
'agamawan'/MUNAFIK mnjd halangan..
MUNAFIK(dlm selimut) mnjd bebanan..
MUNAFIK sorbanTGGI lg mnjd2..
proses pmBERSIHan pon brjalan..

yg akan trjd PASTI trjd..

GOD's moves mysterious way..
you r NONE..GOD is everythings..

yg akan trjd PASTI trjd..

"la hau la wala QUATA illa bi'LLAH"

Anonymous said...

Abang Aspan..sampai hajat saya dlm pru yg lepas. Tahu saja abang tidak bertanding kami sempat melarikan undi dari kamarul, ampangan dan memenangkan razi dijuasseh dan memenangkan BN di pilah DUN. Sakitnya hati tidak terkira kerana kita ditipu..
Keluarga kamibesar dan kita boleh buat stunt sikit sikit bang.

rba

bumi-non-malay said...

Selagi UMNO-BN masih Berkuasa.....MALAYSIA tak akan Berubah baik...MALAH....Akan jadi negara Dunia Ke EMPAT.....itulah Sumpahan terhadap parti Racist UMNO Baru melayu Cult ni yang sering Hina Allah dengan pentadbiran mereka.

Bila Gantung Terrorist Sulu dan Pembunuh Altantuya tu....

Bawa Senapang Macam Terrorist Sulu - Bincang dengan UMNO

Keluar buat Protest/Rally Aman - Di Zalimi Perkakas UMNO.

Beginilah Corak UMNO-Bn yang dah 60 tahun ROSAKkan Malaysia!!

Anonymous said...

rba,

pengundi dari suku solomak pahang di gunung pasir, ulu jempol, juasseh dan serting berkumpul dan memutuskan untuk undi BN apabila abang Aspan tidak bertanding. Tak salah sebab kita ditipu bulat bulat. Cerita nak perkayakan adat dalam manifesto PR Ns, tapi mereka sendiri tidak beradat. Suruh mereka cai penyokong lain dalam pilihan raya yg akan datang.

murad

Anonymous said...


Everywhere need to be fixed...where do you start, the judiciary to ensure no one suffer injustice?

With a bad, damaged and irrepairable foundation, it's a hard and long haul...as if you are rebuilding and other countries in the region are rapidly moving forward.

Decades of bad leadership and gross mismanagement had destroyed the country's potential!



Anonymous said...

Tiada apa-apa yang dapat diubah selagi umno berkuasa.Banyak sangat kerosakkan dilakukan, pada masa yang sama perosak-perosak negara bukan setakat bebas malah sedang sesuka hati mengunakan kuasa.Seharusnya ada yang patut menerima hukuman sebagai pengajaran kepada orang lain.apalagi mereka mahu jika cintakan negara.

Vaz said...

Umno has been the evil of Malaysian politics but we can't replace that party with another alternative led by Anwar. He is another evil that will throw the country to disaster. Just watch and see.

zaidi said...

Salam Pak Aspan
Apakah kita terima kemungkinan UMNO itu akan jatuh seperti jatuhnya Dinasti Umayyah? Sedangkan Khalifah Ar Rashidun yang lima itupun berakhir inikan UMNO-BN. Nah soalnya siapakah penggantinya. Diharapkan yang menggantikan itu lebih baik dari UMNO-BN. Adakah jaminan untuk itu? Tiada!

Anonymous said...

Sdra Aspan...salah satu jalan permulaan nya ialah mewujudkan sistem dua parti...Kecilkan peranan UMNO, dan besarkan peranan BN...BN sebagai satu parti multiracial yang utama...kepimpinan UMNO dan parti parti lain dalam BN mesti berkorban, korbankan pangkat dalam hirarki parti...pilih pemimpin yang berwibawa yang disokong sepenuhnya oleh komponen Parti BN untuk menerajui Parti BN...Parti komponen hanyalah berfungsi sebagai suara akar umbi dan bukan lagi pengembang prinsip perjuangan lama.

Di pihak pembangkang pula,,,ROS mesti percepatkan dan wajib cepatkan pendaftaran Parti Pakatan Rakyat yang dah lama tertangguh...Parti Pakatan Rakyat pula akan pilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui Parti PR...dan banyak banyakkanlah perbincangan dalaman untuk memajukan pemikiran rakyat...Nilai nilai sejagat dan universal mestilah mejadi asas perjuangan Parti PR.

Apabila hanya ada dua Parti Besar diParlimen yang bukan rasis...kita akan bergerak mencari halatuju baru untuk rakyat Malaysia....

Yang penting disini untuk mencapai cita cita baru ini ialah penerangan kepada rakyat oleh pimpinan parti parti komponen BN ataupun PR kepada ahli parti masing masing dan rakyat keseluruhannya dan pengorbanan besar dari semua peringkat Parti dan mestilah utamakan masa depan untuk Rakyat Malaysia...Kita fikir fikirkanlah.

DS Najib pula mestilah berani untuk memulakan langkah ini...Saya rasa inilah cara paling radikal dan berkesan yang boleh dilakukan oleh DS Najib dalam keadaan "stalemate" sekarang ini...

Persoalannya adakah kita semua rakyat Malaysia bersedia dan semua peringkat pemimpin sudah bersedia...Tepuk dada dan tanya selera...Tapi kalau untuk sebuah Negara Malaysia Baru dan masadepan rakyat Malaysia di zaman akan datang ,,, hanya inilah sebuah permulaan yang kita ada untuk terus memacu ke depan negara kita...

Anonymous said...

Rumors about Tengku Rzaleigh attempting for the change excites me high. Tr is the best PM malaysians have yet ti have. Respected internationally and his positions as the world bank chairman (1977-1982) ADB and International Islamic Bank at the same time is a world record. He was the only person whoe heads international financial institution with three different functions. let's support the idea of a change that is rumored to be initiated by TR. Thanks.

Roland

Anonymous said...

umno akan berubah..selepas menjadi pembangkang..supaya dapat muhasabah diri..

Anonymous said...

Parti parti pembangkang juga mesti turut memainkan peranan utama dalam membentuk sebuah negara baru...DAP, PAS dan PKR mesti di ajak berunding tentang agenda pembentukan "sebuah negara baru"...Keperluan sebuah negara berimej baru adalah tumpuan kita semua rakyat Malaysia sekarang ini..."DSAI mesti sedar dari lamunan secara segera"...Target kita seterusnya ialah sebuah negara maju yang telus...Politik masa hadapan adalah politik baru yang telus untuk masadepan rakyat Malaysia...Mungkin sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang lebih telus perlu diwujudkan di masa masa akan datang dan menjadi pemangkin kepada kewujudan sebuah "negara Malaysia berwajah baru".

Kampong man said...

Salam semua,

1.Saya mengikuti banyak isu isu politik terutama sebelum dan selepas PRU 13. Sebenarnya tuhan masih sayangkan BN dan UMNO maka BN masih dapat meneraju kerajaan bagi lima tahun lagi.PR dibawah Anwar dan DAP memang amat yakin akan kemenangan PR.Tak percaya baca analisa Sakmongkol dan blogger PR.

2.Saya tahu dan menyedari PAS tidak mungkin boleh berjaya di PRU 13 lalu. Terbukti ramai orang kuat mereka ditolak.Ini tidak perlu disebut lagi dan kini sudah basi dan bukan masanya untuk berbincang lagi.Kini adalah masa untuk bekerja dan bukan untuk berkempen dan berpolitik lagi.Tunggu PRU 14 pula.

3.Apa yang difikirkan sekarang adalah bagaimana kita orang Melayu Islam dapat menangkis percubaan dari satu agenda terancang dari parti tertentu yang sedang berusha melalui berbagai cara terutama melalui media social menghina Raja dan Islam.Isu mempersenda Titah Yang Di Pertuan Agong, penghinaan lagu NEGARAKU, penghinaan Rasullulah dan penanaman kebencian kepada kerajaan dengan perhimpunan haram.Maka amat mustahil kejadian ini semua berlaku tanpa perancangan halus jangka pendek dan panjang.

4.Kalian semua mungkin berminat mengetahui apakah perancangan ini dari hasil dedahan mantan pengarah strategi politik DAP di Pulau Pinang saperti dibawah:

a.Blog The Unspinners Wed June 12 bertajuk "Agenda lemahkan Melayu Islam.Lihat dan dengar luahan sdra Radzi di U-Tube disana.

5.Blog Outsyedthebox Monday June 10 bertajuk "Low and Moderate Level Thinking" amat sesuai dibaca terutama pada ustaz ustaz yang tidak bertauliah pada "Religous " people yang tidak mahu menggunakan akal.

Saya yakin kita semua dapat memahami dan berfikir dengan fikiran terbuka dan dapat melihat agenda agenda ini.Saya tidak racis.Maaf,Wallahwuaalam

Orang Kampong said...

Kampong Man,

Apokah selamo ni kenape agenda UMNO membodohkan orang kampong tak diketengahkan oleh ko?

Ko tak heran ke melihat menteri kito bersangkaan bahawa orang kampong masih bodoh dan duduk dibawah tempurung?

Coba ko bagi justifikasi yang UMNO BN bukan parti yang korap bengap/incompetent, menindas dan memeras rakyat, membengkrapkan negara kito dan menyalahguna kekayaan negara.

Kenape setelah begitu lamo merdeka, orang Melayu masih mengemis dinegara sendiri walhal UMNO yang memerintah?

Kenape 8.5 juta orang melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan?

Apo yang UMNO telah lakukan jika orang Melayu tidak mempunyai jati diri melainkan mempertaruhkan masa depan mereka dalam tangan UMNO?

Apokah UMNO hanya mampu mencipta bangsa Melayu yang mengemis dan sentiasa bergantung kepado UMNO?

Anonymous said...

Aspan, boleh bagi example camna baru kira transformatin total yg ko maksudkan? sedikit ulasan.

Anonymous said...

Tuhan masih sayangkan BN dan UMNO?

Mengapa di Putrajaya satu orang boleh wakilkan 16 ribu orang? Mengapa kawasan 100 ribu tidak diwakili dengan 6 orang?

Kalau itu bukan tipu namanya, apakah itu demokrasi namanya?

Pengundi muda kini begitu marah melihat cara penipuan SPR. Tipu "atas darat". Lihatlah kenyataan bodoh dan lawak Pengerusi SPR dan Timbalannya. Darah orang muda kena tipu hidup-hidup.

Siapa yang wujudkan sentimen rasis kalau tidak ditiupkan oleh UMNO?

Bantahan selepas PRU 13 bukanlah berbentuk kepartianlah. Ia adalah bantahan rakyat yang tidak mahu ditipu dan benci dengan penipuan UMNO,SPR dan JPN.

Darah muda membantah demi masa depan anak-cucu mereka. Darah muda berpandangan jauh.

@@

Anonymous said...

Wahai kampong man,

Kenape hanya orang Melayu Islam sahaja? Di sini ternampak rasis yang tersirat dalam suratan mu.

Islam itu sejagat, tidak kira kaum.

Liciknya mu menulis?

Mat Rozel said...

Kampong man

Jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya?

Fikir-fikirlah...jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?

kulupSakah said...

Hakikatnya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.

BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat.

PAS Pusat harus faham sentimen pengundi Melayu tidak sama dari satu negeri ke negeri yang lain, malah ianya juga berbeza dari satu DUN ke DUN yang lain dalam satu negeri. Sentimen isu tempatan di setiap negeri, kerusi parlimen dan DUN berbeza walaupun dari segi isu nasional mungkin ada persamaan.

Anonymous said...

' Walaupun Zairil Khir Johari berjaya menjadi ahli CEC akhirnya (sebab tersalah kira) beliau tidak punyai satu titik pun darah/DNA melayu' - Kampong man.

' Saya tidak racis' - Kampong man.

I remembered you said you are color-blind but you kept mentioning race and/or religion.

You have no credibility to talk about institutionalised racism and the ugly racism in the country.

You have never failed to hide behind Race, Religion and Royals to put forward your point.


Atay said...

Saya banyak membaca komen tapi tak pernah baca komen mencari punca sebab berlaku orang bukan melayu naik tocang dan orang Melayu kononnya tak dapat bersatu. Apa yang selalu di komen " Aku saja yang betul orang lain semuanya salah ". Orang ilmuan dan ulamak Melayu pun bagitu. Bagi saya orang yang berhak tak dapat hak dan yang tak berhak dapat hak adalah punca berlaku masalah yang ada sekarang.

Anonymous said...

Umno umpama penyakit kanser, untuk kebaikan kena buang umno supaya tubuh badan akan sihat.tiada guna semua solekan dan ubat tahan sakit itu jika tubuh badan kekal hodoh dan berpenyakit.

Kampong man said...

Salam orang kampong dan sdra semua,

1.Den terimo kasih kek bro Aspan ni kerano tak delete komen Den.Yang motan eh orang kampong nampak berkobar kobar walaupun ese jarang jarang (Kato P .Ramlee dalam filem eh) bori komen di blog bro Aspan .PRU dah tamat kita mahu dongar semua pandangan.Fair?

2.Rata rata semua mahu menyalahkan UMMO itu dan UMNO ini dan ini juga sudah basi.Bila KM bercerita berkenaan kita orang Melayu puak puak sepet ni cepat menuduh ini racis dan mereka tidak racis.Gua caya sama Ah Beng anonymous.I have lived long enough to know about DAP being a product of May 13 ok, enough said.It is just not me saying my peace on DAP, Tengku Aziz and DAP Radzi, LGE Pengarah Strategi and many others.They are close to DAP.Are they racist as well ? May be I have too many chinese friends in the more moderate MCA and not the extremist (Short of saying racist) DAP.

3.Rasanya tidak salah saya mempertahankan hak orang Melayu mengikut perlembagaan.Apa masih malu mengaku kita Melayu first ?.Racist kah ini ?.Saya hanya melihat parti politik hanyalah parti politik.Pas adalah juga satu parti politik dan menyokong UMNO/BN tidak membuat sasaorang itu kurang Islamik.

4.Saya juga mahukan perubahan dalam UMNO/BN yang juga tidak perfect dan mereka mesti TEGAS kali ini or we vote them out in PRU 14.Terima kasih .






Anonymous said...

Bagi saya UMNO ini ibarat bas. Bas ini dibina dengan asas yang cukup baik dari segi teknologi dan bahan2nya. Yang jadi maslah kepada UMNO kini adalah DRIVERnya yang menjadikan UMNO itu rosak. Driver nya tidak cukup mahir dan pengalaman untuk menyelenggara dan memandu bas tersebut. Ini menyebabkan bas itu rosak teruk dan penumpangnya ramai yang merasa tidak selamat menaiki bas tersebut. Malah tak kurang pula yang naik bas lain dengan harapan agar mereka lebih selamat untuk sampai ke tempat yang dituju......

Anonymous said...


'puak puak sepet' - Kampong man.

Another totally unacceptable racist remark......a racist usually don't know he/she is racist.