14 June 2013

Laungan 'multiracialism' hanya retorik kosong semata-mata

Retorik politik adalah biasa dan kalau kita sedar ia bertambah nyata dan mekar dalam situasi sekarang ini. Apabila situasi keseimbangan kekuatan sokongan diantara parti-parti kerajaan dan pembangkang segala retorik yang diungkapan dengan gah dahulu mungkin tidak terpakai lagi. Janji-janji untuk perpaduan kaum yang dilaungkan akhirnya tidak kemana juga. Ciri-ciri dan sentimen perkauman masih menjadi isu sebenarnya.

Omong-omong setengah parti yang memperjuangkan semua kaum tidak juga wujud. Ia merupakan omong-omong semasa pilihanraya sahaja. Selepas pilihanraya rakyat baru sedar retorik kosong itu adalah perkara yang selalu berlaku sebelum ini. Dalam pada beretorik untuk berjuang bagi semua kaum, ketua sebuah parti di sebuah negeri berkata seminggu dua sebelum PRU ke 13, bahawa di negerinya tidak akan ada calon Melayu Islam.

Pengumuman itu tidak salah, ‘content’ pengumuman tidak melambangkan parti untuk semua kaum dan agama seperti yang dilaung-laungkannya selama ini. Jelas parti itu telah berbohong. Persoalannya jika benar pun tidak ada calon Melayu dan Islam mewakili partinya, apa perlu menyebut Melayu dan Islam dalam kenyataannya itu? Bukankah parti itu parti memperjuangkan Malaysian Malaysia?

Bukankah selama ini berucap dengan gah mengatakan parti itu bukan parti Cina dan sebagainya? Kalau benar parti itu parti semua bangsa tidak perlu menyebut tiada orang Melayu dan Islam sebagai calon dan sebagainya. Hanya sebut di NS calonnya adalah seperti berikut….dan sebutkan nama mereka sudahlah tanpa memberikan kategori yang mereka itu Cina atau Melayu dan Islam.

Justeru perkauman tetap menjadi isu. Jika isu perkauman ini tidak juga dapat di selesaikan dan menjadi praktis kepada mana-mana pihak maka tidak salah jika bangsa-bangsa di negara ini memberikan sokongan kepada parti yang dikerumuni oleh bangsa masing-masing.

Hasil dari permainan isu perkauman ini, maka jangan disalahkan jika berlaku syak wasangka diantara kaum dan politik boleh mengubah banyak perkara dalam negara ini. Jika ada parti yang menang besar dalam mana-mana negeri mengikut saluran perkauman, maka ia akan menjadi kecil jika parti-parti dari bangsa lain berkumpul dan bersatu untuk kepentingan bangsanya pada masa yang akan datang.

Contohnya di Selangor, jika ada penyatuan diantara UMNO dan PAS dan beberapa orang wakil Melayu dalam PKR maka kerajaan Selangor akan berubah wajah. Mungkin seorang MB bernama Khalid itu akan menjadi Ketua Pembangkang memimpin DAP yang bakal menjadi pembangkang jika perkara ini berlaku. Kerajaan Selangor mungkin dipimpin oleh Dr Rani atau Azmin Ali jika Azmin bersama-sama mengumpulkan Melayu untuk mempertahankan bangsanya di masa depan.

PAS dan Azmin boleh memberikan sebab yang sebenarnya retorik untuk semua kaum dan agama yang di sebut dalam pilihanraya lalu hanya lah permainan lidah yang tidak bertulang itu. DAP masih dilihat sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun wakilnya dikalangan orang Melayu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Saya menulis ini kerana ramai sangat yang menghubungi saya samada apa yang dikatakan oleh DAP selama ini itu betul-betul jujur atau pun hanya permainan lidah politik sahaja? Mereka beranggapan jika DAP sesungguhnya parti untuk orang Cina dan menempelkan beberapa Melayu sebagai ‘window dressers’ sahaja.

Maka sudah sampai masanya orang Melayu membuat persediaan untuk mempertahankan maruah mereka dalam semua Dewan Undangan Negeri dalam negara ini. Kumpulan ini berpendapat jika DAP masih dengan bau Cinanya maka lebih baik pertahankan MCA sahaja. Setidak-tidaknya MCA telah lama bekerjasama diantara berbagai bangsa sejak mereka dahulu dan jasanya dirasai oleh semua bangsa apabila MCA adalah parti yang bersama-sama menyempurnakan kemerdekaan negara dahulu.

Saya menghormati pandangan semua pihak dan kumpulan seperti inilah yang bertanggungjawab memusnahkan harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bersama Pakatan Rakyat yang sebelum pilihanraya lalu begitu ‘confident’ untuk mengambil alih Putrajaya.

Mereka ini adalah dari kumpulan yang besar yang kita kenal sebagai kumpulan diatas pagar. Kita mesti ingat kumpulan diatas pagar ini merupakan kumpulan yang lebih berfikir dari bercakap kerana mereka bukannya ada kepentingan untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar dan sebagainya. Kumpulan ini kebanyakannya adalah dari kaum Melayu dan mempunyai pengaruh besar sebagai penentu dalam mana-mana pilihanraya.

Jika pandangan ini diterima baik oleh wakil-wakil Dewan Undangan Negeri di Selangor, maka kemungkinan kerjasama Melayu Islam dalam negeri itu akan mampu merubah segala-galanya dalam kerajaan Selangor. Bagi pendapat kumpulan ini jika DAP telah tidak menunaikan komitmen mereka untuk perjuangan semua bangsa maka tidak salah sebagai langkah mempertahankan kewibawaan melayu dan bangsa lain itu diambil.

Ramai dikalangan rakyat sudah jemu dikelirukan dengan strategi yang halus untuk mendapatkan sokongan orang Melayu ini tanpa perlu memberikan 'reciprocal' terhadap sokongan Melayu itu.

Bagi saya jika tidak ada pihak yang benar-benar serius untuk memperjuangkan isu semua bangsa ini maka elok kita bermain politik dengan isu bangsa terus-terusan. Senang begitu. Tidak payah memaparkan ‘hypocrisy’ buruk itu kerana akhirnya rakyat akan dapat menangkap sifat kita itu.

Tidak salah rasanya jika saya nyatakan dalam posting saya semalam yang orang Melayu merupakan bangsa penentu politik negara ini. Baik buruknya orang Melayu yang akan menungkah arus jika ada arus yang cuba untuk mengeliru dan mempermainkan bangsa mereka.

Kita cadangkan diforumkan dan diseminarkan isu ini selalu, dan saya akan dengan rela hati beserta dengan sesiapa yang mahu melakukannya. Kita bincang hal ini secara terbuka. Jangan berselindung lagi.

Kita perlu mengambil sikap jelas. Hendak meneruskan perjuangan berbilang kaum, atau hanya perjuangkan isu kaum-kaum yang tertentu sahaja. Keputusan perlu ‘decisive’ kali ini. Jangan buat silap lagi.

27 comments:

Anonymous said...

Bro Aspan Alias, Last GE was not the last. There'll be elections..many elections after this. We understand every word you say. You aren't wrong at all bro.

We'll see what happens after this. One can tick another once. What goes around comes around. You have been always saying right things.

I trust you a lot.

zeinjb said...

Pandangan Pak Aspan saya dapati amat bebeda dari sebelum PRU 13.Dulu saya lihat Pak Aspan sebagai anti UMNO mungkin kerana terkilan dgn beberapa personaliti agaknya.
Kini berbeda, dan saya bersetuju dgn komen tentang agenda yg boleh dimainkan oleh melayu dlm menentukan kelangsungan kemakmuran negara.Tidak semestinya parti UMNO saja.
Mungkin saya antara golongan2 yang Pak Aspan katakan diatas pagar.Saya tidak berpaut pd mana2 parti dan punyai apa2 kepentingan perniagaan @ projek masa ini.Tapi pengaruh saya mungkin besar juga dan dlm PRU14,- akan mempunyai 7 undi dalam keluarga.Mungkin saya boleh pengaruhi yang lain2 jiran, ipar2, adik2,kawan2 dan menantu2 sekiranya saya bermenantu.Malahan saya antara jentera pengerak NGO yang rata2 dianggotai orang melayu(bukannya PERKASA).Dan kalau di Gelang Patah atau Kulai sekalipun saya sanggup berpindah kawasan dari kawasan Melayu ini bagi memberi sokongan.
Selepas PRU13 ramai melayu sedar polarisasi yang berlaku.
Namun begitu Pak Aspan adanya pemimpin2 melayu yang masih sombong bongkak dan mereka juga mestilah buka mata, pasang telinga ,sama2 kerja perjuang matlamat.Janganlah lepas menang ni duduk dlm bilik air-con dan kerusi empuk saja,lupa tentang hal rakyat, orang melayu dan lain2.Cuma ambil laporan saja yang adakalanya hanya stastitik yang diputarbelit.Kalau tidak terus masukkan 'cold storage'.
Selamat berusaha Pak Aspan dalam memperjuang apa yang direncanakan dan lepas ni saya akan lebih kerap mengikuti blog ni.

Anonymous said...

Babi maseh belum kelihatan lalu. kalau babi dah lalu melintas maka kedua2 ekor anjing yg sentiasa berkelahi akan berhenti bergaduh dan kedua2 ekor anjing akan memfokuskan mengejar babi dan akhirnya babi akan mati menjadi hasil buruan.

fikir2kan wahai bangsaku dan agamaku. tapi masalahnya org politik suka memusing dan ambil kesempatan utk kepentingan peribadi.


uban jangut.

Anonymous said...

Kita beriktiar menjaga bangsa kita di perbodoh-bodohkan orang. Busuk-busuk daging, kalau di basuh boleh digulai juga. Busuk-busuk umno dan pas ada bau melayunya. Kalau nak sebut Islam ada baunya. Beringatlah bangsa ku...beringatlah..

amran

Unknown said...

Kenapa harus mnjadi mslh klau dap x ada wakil melayu di dun slngor..msih ramai wakil melayu melalui pkr dan pas..x dak ertinya ada wakil melayu tp semua tanah rizab melayu dibls hak2 melayu dirampas spt zaman umno sbagai tunjang kjaan slngor dulu..slpas lemah dan hilang kuasa baru nk ckp soal bangsa melayu..mca lebih perkauman dari dap tp x dak sapa berani persoal jauh sekali nk amil tindakan hina agama islam dsbnya..rakyat dh matang berpolitik..

Ismail kulup said...

Anuar che lat, dulu orang melayu tertunggu-tunggu kuasa jepun datang kerana kata mereka harga barang murah. Dibawah british harga barang mahal. Lepas jkepun masuk baru mereka tahu siapa jepun itu. Betul, barang makanan sangat murah. Maklumlah kita makan ubi sahaja, memanglah murah. Sdr Anuar masuklah Dap baru sdr tau siapa Dap. Jagn jadi perawi retorik Dap dan Anwar saja. Nak marah biarlah berhemah sdr. Sdr orang muda mungkin. Maklumlah baru pandai memegang keris..hebatlah tu.

Anonymous said...

Pakatan rakyat boleh membentuk kerajaan jika dap hanya mengambil alih peranan dan kekuasaan mca dan gerakan..masalahnya dap mahu lebih kerana pemimpin nya tamak..sampai mau jawatan timbalan perdana menteri..dan menteri dlm negeri..

anuar ketot said...

Anuar Che Lat,

pernah tak awak dengar perpatah, 'lebih sudu dari kua?'

dol, PPinang said...


Cheers Aspan!

brian said...

Aspan sir
Umno is truly weak party. Very weak. But to replace it with PKR and Dap is a huge mistake bro. Can't imagine Anwar be the PM! That would be truly a misadventure!
So sorry to say this. good day

Anonymous said...


Bad leadership and politics of race and religion over the decades had done enormous permanent damage to the social cohesion and country.

There is a lot of unfounded or unnecessary anger, hatred, fear and insecurity in the environment....one got to thank the self-serving and career politicians for this mess.

Generations are brought up with narrow, shallow, divisive and damaging politics, let alone the rampant corruption, gross abuse of power and etc....there is no quick fix and the ultimate victims are ordinary people.

Anonymous said...

Dap won't be that bad if it's without Lks, Lge, and few others in it.

Wait until these leaders are not in the party to fix it back.

Pas member/ex umno said...

What is the similarity between Dap and Umno?

The answer is in umno there is a Tengku who has no royal blood, ie Tengku Adnan.

In Dap there is a Malay who is not having Malay blood, ie Zairil.

Dap should work hand in glove with umno.

Anonymous said...

salam semua ,

agree or disagree apa yg anuar che lat itu hak dia.respect that.ada betulnya apa yg dia ckp.kenapa skrg nak ckp hak melayu ,kedaulatan melayu,raja2 melayu sedangkan masa berkuasa penuh & mempunyai majoriti terus menekan & menindas org melayu & raja2 melayu?why?kenapa skrg bila dap mendapat undi terbyk timbul isu ini?bila mca , gerakan menang besar benda ini tidak timbul & semua sunyi sepi.apakah parti dap ini tidak menyumbang apa2 manfaat pada negara?..i disagree with pak aspan..

Anonymous said...

Seseorang yang ingin menjadi pemimpin dan bercita cita mahu memimpin di bumi Malaysia ini,,pls tolong ambil ingat nasihat saya...Malaysia bumi yang unik di didiami pelbagai bangsa dan keturunan dan dengan pelbagai anutan agama dan kepercayaan...Kalau mengikut pengajian statistik dan probability/kebarangkalian...akan ada ratusan kalau tak ribuan masalah yang perlu kita hadapi.

Semua Parti di Malaysia hendaklah melupuskan perjuangan berasaskan kaum atau etnik tertentu. Masa untuk perjuangan kaum atau etnik sebenarnya telah berlalu bersama kemajuan perhubungan tanpa wayar dan dunia tanpa sempadan...Ini satu hakikat yang kita semua kena telan dan terima...Prinsip kehidupan hari ini bukan nya memperjuangkan kaum atau etnik lagi...sebaliknya kesederhanaan, keamanan dan kemewahan bersama.
Kalau perjuangan parti politik kita semua masih lagi megikut etnisiti, bererti poltik dan Negara Malaysia ini akan ketinggalan zaman...suatu yang bertentangan dengan laungan dunia tanpa sempadan, atau perhubungan tanpa wayar.Dan ini kan mempengaruhi seluruh aspek kehidupan rakyat di Malaysia.Kita akan di tinggalkan oleh negara negara lain yang terus bergerak kedepan.

Parti parti politik di Malaysia, sepatutnya sudah bergerak kearah politik keadilan dan poltik pembangunan insan. Suatu perubahan atau sistem mesra evolusi kearah cara politik baru ini mesti diwujudkan dalam parti.
Satu sistem penerangan mesti wujud dan di adakan di bumi Malaysia ini, kearah memajukan politik keadilan dan politik pembangunan.. samada pembangunan fizikal atau insaniah untuk semua kaum dibumi Malaysia ini.Politik perkauman akan menjerumuskan negara kelembah kehancuran dan akhirnya merusakkan kaum dan anakbangsa itu sendiri,seperti yang telah terjadi di Bosnia-Herzegovina terdahulu.

Sistem politik perkauman akan menemui tempoh tamat tak lama lagi...Bilamana manusia beremigrasi dan berlakunya immigrasi secara meluas,untuk tujuan mencari rezeki,,kaum atau etnik manakah yang kita hendak perjuangkan lagi,,mungkin kita hanya memperjuangkan satu kaum atau etnik yang tidak akan atau tidak mahu berubah mengikit perkembanagn zaman,,,yang akhirnya akan menyebabkan kaum atau etnik itu sendiri yang akan mundur kebelakang dari segi pekembangan mindanya ataupun ketinggalan dari segi pembangunan insan dan fizikal kaum itu sendiri.
Kesimpulannya mulakanlah arus politik keadilan dan pembangunan untuk semua rakyat Malaysia dan jangan sesekali kita melangkah kebelakang memperjuangkan sesuatu kaum saja.DAP dan UMNO patut berevolusi dari sekarang, pasti yang lain akan mengikutinya.

Unknown said...

Salam pak aspan,

Walaupun saya menyokong PR dan marahkan Umno/BN (kerana sifat mereka yg bongkak, sombong, putarbelit & tamak), akhir2 ini saya tertanya2 diri sendiri adakah Dap hanya inginkan kemenangan di pulau pinang utk terus menjadi ketua menteri sebuah negeri yg kaya dan membiarkan PR kecundang di peringkat federal supaya melayu (selaku perdana menteri dari PR) tidak dapat menguasai mereka...

Anonymous said...

SAMAADA DAP..ATAU MCA..ATAU GERAKAN KEHADAPAN..BANGSA CINA JUGA YANG UNTUNG..KEKIRI,KEKANAN,KEDEPAN,
KEBELAKANG..BANGSA CINA TIDAK AKAN RUGI KERANA RANCANGAN MASA PANJANG MEREKA..

NAK HARAPKAN PEMIMPIN UMNO UNTUK MEMBELA ISLAM DAN MELAYU JANGAN HARAP LAH..DEPA LEBIH PENTING CARI KEKAYAAN TUJUH KETURUNAN..

BANDINGKAN KEJAYAAN LEE KUAN YEW DAN MAHADEY...YANG MEMPUNYAI TEMPOH KEKUASAAN POLITIK YANG HAMPIR SAMA..TAULAH KITA KEDUDUKAN UMNO..



melayu tidak pernah lupa..

Unknown said...

saya rasa pelik betul....

saudara aspan hari2 menulis pasal cina dan melayu....

agenda politik, manifesto dan polisi seolah2 tidak penting berbanding sapa calon dan bangsa apa???

Tepuk dada tanya selera...
berapa ramai orang melayu da masuk DAP ???

ramai orang cina dan india masuk keadilan dan ramai juga masuk PAS melalui dewan penyokong....

so berapa ramai anggota DAP seluruh negara dan berapa peratus orang melayu dalam DAP ??

Adakah 1% ??

Tak cukup orang melayu masuk DAP untuk jadi calon... berbanding orang India dan Cina... sebelum mintak jadi calon, masuklah beramai2....

Komen2 dan penulisan begini umpama zaman sebelum merdeka dan tahun 70an....

Kita da masuk abad ke 21... this is 2013...

Orang melayu yang fence sitters dan orang kampung masih melihat DAP umpama parti komunis atau parti pengkhianat...Di mana kesedaran orang melayu ??

Jangan salahkan kaum lain kalau melayu sendiri tak berjaya... melayu takkan berjaya selagi harapkan tongkat dan tidak mahu berdikari...

Itu beza orang melayu yang berniaga sendiri tanpa harapkan umno...

Orang melayu yang da merantau ke USA, S afrika, australia ramai... mereka da bosan dengan perangai orang melayu dengan minda mcm katak di bawah tempurung...

Salahkan jati diri sendiri...bukan salah cina atau dap kalau sendiri tak nak berusaha...


Anonymous said...

Unknown,

Tak payah Pak Aspan menjawab kamu. Biar saya sahaja yang menjawab bagim pihak dia.
Unknown, macam lah kamu tahu apa yang ada dalam Dap tu. Kalau nak tahu kamu masuk sendiri dalam Dap tu.

Saya dah masuk Dap 10 tahun dulu lagi. Kamu masuk sendiri baru kau tahu apa yg ada dalam Dap itu.

Kamu ni lebih Dap dari Dap pulak!Saya hanya tak nak cakap buruk pada parti nilah!!!!

bekas ahli Dap

ben said...

Encik unknown

Bila awak nak masuk Dap? Saya nak tengok macam mana kau ada dalam tu!

Anonymous said...


Jangan di nafi-nafikan. Dap itu rasis Cina. siapa nak sokong, itu dia punya pasallah. Tapi akui, Dap itu rasis.

raziz

Anonymous said...

Brian,

Simple mathematics for PRU 13 shows the followings:

UMNO =88 seats

DAP + PKR= 38 + 30= 68 seats.

UMNO/BN rules all the way through the thirteen PRUs process.

Now,is it not DAP and PKR are the weaker parties combine together?Thank you.

@ Kampong man

Anonymous said...


I am badly hurt coz of the truth you write Mr aspan.

james

Penyokong Dato Ariff said...

James, Brian, Raziz & bekas ahli DAP,

Why don't you ask the real reputable 'unhidden' Malay Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz about DAP?

I challenge all of you to go to his blog and question him and for your easy reference, just click here;

Dato' Mohd.Ariff's blog

Kampong man said...

Salam all,

1. I have said all along chinese are smart voters.I know in PRU 14 they will come back behind BN in droves.It was with the believe that PR would have SURELY won the PRU 13 that they rejected BN.They believe Anwar too much.I think they will get into their senses back if they care more for national unity and harmony until this Anwar PM wannabe rock the boat

2.The PR performance in Selangor is impressive and shall form the basis how the coalition will function in the next five years.Khir Toyo blunders, lack of decent winnable candidates, poor MCA performance among many have had serious impact for BN losses in Selangor despite of too many goodies.Lets respect that voters decision.PR deserved it BUT PR should not insult the nation democratic system by continuous street rallies.It would be futile.It will not be good for business snd FDI.Anwar and his so so Rafizi cannot fool us.

3.Anwar cannot be alone in his mission to destroy this nation like what the Jews have done to Syria,Libya, Iraq , Egypt and now Turkey by going to the streets to remove existing government. Activists remains activist. They are good at moving the masses and that's about all.Dropouts like Hishamudin Rais, Che gu Bard,Tian Chua and naive Adli the new kid on the block and to forget thst cloen Mat Sabu are all nuisance to society, a pain in the neck.

4.If BN can respect and accept defeat in Selangor PR should likewise accept BN government.LAIN KALI LAH!!.

5.DAP is never a multiracial party and not that democratic as it claimed to be, believe me.We will see how the chinese will vote in the next election.Yes you are only exercising your rights as voters and i believe you.

BN party tunggal is sheer RUBBISH and MULTIRACIALISM is only good for the ears.Thank you and have a good weekend.

Anonymous said...

Hahaha saya sokong. Masuk lah DAP dan kenal laaa parti rasis ini yg mulutnya masih bercakap berbilang kaum ttp sebenarnya tidak.

Anonymous said...

saya setuju. saya adalah bekaa ahli dap miri sarawak. terus terang, daftar jd ahli. dan rasakan sendiri. anda akan menjadi sekadar bahan iklan utk iklan multiracial mereka