03 July 2013

Ibrahim Ali nak pandu teksi? Jangan melawak!

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memecahkan kesunyian beliau dengan memberi khabar yang beliau mahu menjadi pemandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Saya terbaca berita ini melalui Free Malaysia Today (FMT) hari ini. Beliau berkata beliau akan memohon permit teksi dan memandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Beliau ingin hidup secara sederhana sahaja kata beliau.

Berita ini sangat menarik perhatian saya kerana Ibrahim ini sudah saya kenali dengan rapat sejak 42 tahun yang lalu, dan saya rasa tidak percaya kenyataan ini keluar dari mulut beliau. Tetapi mungkin juga beliau serius kerana manusia ini berubah mengikut umur dan kematangan masing-masing.

Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini. Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital. Bagi saya jika di nilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.

Bagi saya Ibrahim hanya layak untuk menjadi taukeh syarikat teksi dan tidak boleh jadi pemandu teksi pula. Kalau ada masa sehari dua ini saya akan berjumpa untuk menasihatkan beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi, demi menjaga keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya.

Lagi pun takut-takut penumpang-penumpang terpaksa mendengar Ibrahim berceramah pula sambil memandu. Takut beliau tidak memberikan tumpuan untuk memandu dengan selamat.

Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) elok perhatikan jika ada Ibrahim memohon untuk lesen PSP yang diperlukan untuk membolehkan beliau memandu teksi. Kalau terjumpa permohonan beliau untuk lesen PSP itu, tolaklah permohonan beliau itu. Jangan bahayakan jalan raya dengan membenarkan Ibrahim Ali menjadi pemandu teksi.

Saya tahu Ibrahim tidak serius, itulah sebabnya saya menulis dengan santai sahaja. Kepada Ibrahim, janganlah buat lawak pula kerana beliau mampu melakukan kerja lain yang lebih sesuai untuk beliau.

Saya menulis ini hanya untuk mengusik Ibrahim sahaja. Jangan ambil hati. Saya bersahabat sejak 4 dekad dahulu dan saya tahu Ibrahim Ali tidak serius untuk memandu teksi, dan beliau sendiri tahu yang beliau bukanlah seorang pemandu yang cekap.

Beliau sendiri tahu yang beliau akan membuatkan ramai penumpangnya dalam ketakutan jika beliau yang memandu teksi itu.

12 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Andai Ibrahim Ali kempunan nak jadi pemandu teksi sila datang ke Perlis . Disini tak sebok macam KL. Cuma mesti berhati hati takut terlangar lembu yang lending kat tepi jalan. Jalan yang dicadangkan dari Kangar ke Padang Besar.
Harus diingatkan mestilah belajar cakap Thai ala kadar. Juga mesti beringat ingat kalau dah pandai cakap Thai tu janganlah pula teksi tersesat jalan sampai ke Hadyai City. Takut songkok terjatuh.

Orang padang besar

Abdul Karim said...

Tuan Aspan,

you make my day !

Ha ha ha ha !

Anonymous said...

Maksud tersirat ialah menjadi PEMANDU "teksi". PEMANDU kepada politik,ekonomi dll dlm negara ini(i.e. teksi) yang telah diambil alih oleh lanun2 yang digelar PEMANDU!!!

Anonymous said...

Bukan hanya sebagai pemandu teksi, sebagai pemimpin pertubuhan Perkasa pun beliau memandu perkara lintang pukang..

Anonymous said...

Apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali itu bukan melawak tapi sindiran. Kini saudara Aspan lebih peka maka saudara sepatut nya sampaikan hajat Datuk Ibrahim itu kepada perdana menteri atau pun isteri nya bahawa beliau mahu bekerja didalam syarikat GLC seperti pengampu lain yang telah dilantik.

Unknown said...

Saya simpati dgn nasib dato brahim ni di penghujung usia dan karier politik jd mcmni plak itu lah nk mengampu smpai tak tau cara mengampu lain kali p belajar kat dato azeez baling..elok la tu pandu teksi bawa nik abduh terjun gaung..

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Jawatan kosong yang harus diisi ole Ibrahim ialah badut atau pelawak.

Salam
Observer.

Anonymous said...

After all the serious political dialogue it's nice to read something funny about politicans You should write more funny,cynical and satirical stuff Mr Aspan
Teksi Passengers can rest easy I m sure after all the crying in public Ibrahim Ali will be given contract or a directors post somewhere by Mahatir

Anonymous said...

Tuan Aspan, UMNO nak jumpa Pak Him sebab dia marah sangat dengan UMNO.

Maka dengan ini saya cadangankan Pak Him di anugerah kris " celup" TAMING SARI apabila jumpa Pak Jid kelak. Boleh tak Pak Aspan?

DanielMuslim said...

Sdra AA,

Masih ingatkah kita pada penglipurlara "si luncai dengan labunya".

Lagu"si luncai terjun dengan labunya,,biaarkan, biarkan"...si luncai terjun dengan labunya,,biarkan biarkan,mempunyai latarbelakang cerita yang boleh memberi pengajaran pada kita.

"Tok Hen ingin bawak teksi,,biarkan biarkan"..."tok Hen ingin bawak teksi,,biarkan biarkan".

Tok Hen adalah pembawaan watak si luncai moden. Tok Hen adalah batang tubuh manusia yang berfikiran bijaksana bijaksini yang penuh dengan tipudaya muslihat politik berdarjah tinggi. Apa apa keputusan yang dibuatnya mestilah berkepentigan peribadi dahulu, mengatasi kepentingan orang lain.Tok Hen tidak mudah mengaku kalah, dia akan mengatur strategi baru selepas kalah dalam PRU baru baru ini.

Apa yang pasti nama Tok Hen akan terus hidup sehingga PRU 14 nanti. Tok Hen adalah salah seorang dari watah watak "si luncai moden" yang hidup dalam masyarakat kita hari ini. Ada ramai lagi "si luncai moden" yang ada di "balaiseri rong negara" yang bersedia , bila bila masa untuk menipu rakyat jelata, mengambil kesempatan merompak harta negara.

Unknown said...

ikut sayalah jadi broker rumah.

jengok2la blog saya..

www.senaraihartanahlelong.wordpress.com

Anonymous said...

saya agen produk kuruskan badan terkenal ingin mempelawa kalau dato ibrahim sudi jadi ahli MLM saya..dengan kepandaian dia mempengaruhi orang lain sehingga ada calon menarik diri...saya rasa beliau berpotensi..harap dato aspan panjangkan perkara ni...