04 August 2013

Muhyiddin tidak salah, beliau hanya menyatakan yang benar

Kali ini saya menyebut tentang serangan terhadap Muhyiddin Yassin oleh beberapa pihak yang menuduh beliau tidak prihatin terhadap sensitiviti rakyat bukan Melayu kerana beliau mengakui yang beliau mengambil sikap Melayu Islam dahulu barulah Malaysia.

Saya terbaca serangan yang dilakukan terhadap beliau kerana menyebut tentang isu bagaimana bukan Melayu telah menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu. Sebaliknya mereka yang mengkritik Muhyiddin pula menuduh beliau sebagai orang yang memulakan isu bangsa dan elemen rasis dalam mana-mana ucapan dan kenyataan beliau akhir-akhir ini.

Saya bukan hendak mempertahankan Muhyiddin tetapi adalah adil jika kita lihat dari realiti yang jelas berlaku didepan mata kita tentang isu bangsa dan agama ini. Apa yang rasisnya Muhyiddin dan apa yang menyentuh perasaan orang bukan Islam dan bukan Melayu itu. Bukankah rasis itu sememangnya sudah menjadi cara berpolitik bukan sahaja dari kaum Melayu bahkan juga dari kaum bukan Melayu?

Saya telah berusaha secara sendirian untuk memperjuangkan ‘multiracialism’ ini kerana begitu semangat saya melihat parti DAP bercakap tentang perjuangan keperbilangan kaum itu? Saya lantas menyertainya dengan berani dan tidak memperdulikan pandangan ramai kerana saya begitu terpengaruh dengan kata-kata mereka yang akhirnya kita lihat sebagai retorik politik murahan semata-mata.

Bagi parti ini, rupa-rupanya keperbilangan kaum itu didefinasikan sebagai sokongan semua kaum terhadap parti itu dan memberikan semua sokongan untuk kepentigan mereka dalam satu kaum mereka sahaja. Ramai mengingatkan yang ‘multiracialism’ itu bermakna penampilan kepimpinan mestilah dari semua kaum mengikut jumlah penyertaan kaum bukan Cina yang munasabah.

Tetapi akhirnya kejayaan di Pulau Piang itu telah diperguna untuk memperkuatkan kuasa politik kaum yang mendominasi parti itu sahaja. Walaupun mereka tidak berbunyi perkauman seperti Muhyiddin tetapi segala applikasi politik yang terlaksana hanyalah untuk keuntungan dan diwakili oleh keseluruhannya dari  kaum yang mendominasi parti itu.

Oleh kerana tidak ada yang mahu memperjuangkan keperbilangan kaum itu maka tidak lagi salah jika masing-masing hanya menumpukan perjuangan untuk kaumnya sendiri. Saya begitu tidak senang hati menyaksikan satu parti itu diwakili oleh hanya satu kaum, tetapi apakan daya kerana masing-masing mahu memperjuangkan bangsanya sendiri sahaja, maka elok kita berkompromi dengan masing-masing hanya menyokong bangsanya sendiri dan tidak dijadikan isu rasis ini sebagai isu politik kita lagi.

Oleh kerana Muhyiddin berbangsa Melayu jangan disalahkan beliau bercakap tentang bangsanya kerana ada parti yang melaungkan slogan berbilang kaum itu sendiri hanya menempatkan kaumnya sahaja dalam semua perkara. Semua yang diperkatakan mereka hanyalah ibarat ‘menanam tebu dibibir sahaja. Pepat diluar rencong di dalamnya’.

Sesungguhnya kata-kata Muhyiddin itu sememangnya menakutkan bukan Melayu dan bukan Islam. Tetapi untuk memberikan sedikit keadilan kepada Muhyiddin tindakan parti seperti DAP yang melaungkan kepelbagaian kaum tetapi hasilnya hanya untuk kaum yang mendominsi oleh kaumnya itu lebih menakutkan kerana bercakap lain diluar tetapi tindakannya berlainan pula.

Sebenarnya yang bercakap lain yang dibuat lain itu lebih merbahaya, kerana ‘hypocrisy’ lebih mengeliru dan menakutkan sesiapa yang menjadi korbannya. Sesungguhnya seperti yang saya sebutkan selalu, ‘we need a new nation and a new politics’.

16 comments:

Anonymous said...

begitu la cara politik org cina samada mca,gerakan atau dap.. jika pemimpin melayu berkata benar..mereka akan kecam...seolah olah bangsa mereka tidak boleh di usik..

Inilah akibatnya jika golongan majoroti (bangsa melayu) takut kepada golongan miniroti (cina) kerana bangsa melayu yg silap memilih pemimpin yg telah menerima rasuah dari peniaga cina...

berry said...

Cina tetap Cina, Melayu tetap Melayu. Itu politik Mealaysia. Saya gembira Pak AA mengambil sikap siapa yang benar memperjuangkan kepelbagaian yang itu sdr sokong. Malangnya belum jumpa lagi parti yang main politik diatas perjuangan itu.

Mns said...

Buang semua sekolah kebangsaan, Cina, India dan lain2 jadikan Sekolah 1 Malaysia. Jadikan Subjek wajib Bahasa Malaysia, Cina, India, Inggeris dan Bahasa lain d Malaysia. Supaya anak2 kita tahu semua bahasa dan tidak ada masaalah lagi bergaul.

Anonymous said...

Cuma Negeri P.Pinang saje yang ada MB seorang Cina dan timbalannya seorang Melayu.

Selain Sabah, negeri mana yang iklas melantik kaum lain jadi Timbalan walaupun kaum itu majoriti negeri tersebut?

Jangan hipokrit ler.

Anonymous said...

Prinsipnya patut begini :
Yang benar disokong, yang palsu dikecam.
Kalau DAP mengamalkan multiracialism palsu, parti itu patut dikecam sama dengan BN yang meletakan bukan melayu sebagai window dressing.

Muhidee patut dikecam bukan disokong kerana telah dengan terang-terang meyerang kononya bukan islam menghina islam dalam video Maznah. Janganlah sokong yang salah.

Anonymous said...

Cina di malaysia nih macam Yahudi di ... hak mereka atau mereka tak boleh disentuh...kalau disentuh kira perkauman...apa yang dipanggil "anti-sementik"...kita mesti lawan ....

Anonymous said...

Pandangan atau syor yang baik daripada saudara Mohd. Nor Shariff. Sepatutnya ia sudah wujud sejurus kita merdeka pada 1957 atau selewat2nya 1964. Tetapi tahu-tahu saja otak-otak melayu sejak dulu sampai kini dan selamanya bengap macam belacan basi.

awangbatuburok said...


salam eidulfitri tuan Aspan,

"Saya telah berusaha secara sendirian untuk memperjuangkan ‘multiracialism’ ini kerana begitu semangat saya melihat parti DAP bercakap tentang perjuangan keperbilangan kaum itu? Saya lantas menyertainya dengan berani dan tidak memperdulikan pandangan ramai kerana saya begitu terpengaruh dengan kata-kata mereka yang akhirnya kita lihat sebagai retorik politik murahan semata-mata."

Memang benar politik diMalaysia adalah politik kuasa anak-beranak dan anak-menantu. Baik dalam UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC...sama saje.

Anak menantu berhingus pun boleh jadi ahli majlis tertinggi dan ahli majlis syura...hancus!!!

Anonymous said...

anon 22:27. kat penang, cina majoriti ke?
bodoh punya melayu.

shahrizal said...

Anon 22:27 Singapore ade pernah lantik timbalan president melayu ke?

Anonymous said...

cina bersatu hati utk merebut kuasa politik org Melayu, tak kira apa, dorang betul ke salah ke, rasis ke tak rasis ke, hampir semua bersatu hati dan cukup pandai main opera cina ..

Melayu? ada setengah tu krn termakan budi cina, bukannya nak menyokong bangsa sendiri, org tegur cina yg 'cakap tak siuman' pun jadi marah balik kat bangsa sendiri dan kata bangsa sendiri yg tak betul ..

Unknown said...

Sarawak. Datuk alfred jabu as timbalan ketua menteri. Go n google

Unknown said...

So where will you go from here?
setelah UMNO NO! DAP no-no!
Bukankah Allah sudah berfirman bermaksud,`Dan janganlah kamu mengambil kafir itu sebagai wali (orang yang boleh dipercayai)!' Melainkan saya silap. DAP pun kong kali kong?
Sekarang ROS hanya tidak de-register tetapi menolak barisan CEC!
Kenapa susah sangat nak Mesyauarat dan buat pemilihan semula?
SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA,ya!
Belum lagi terlambat untuk masuk PAS saudara. Tetapi saya orang PAS pun dah mula LEMAS dengan tindak tanduk pucuk pimpinan PAS sekarang. Ade yang menyokong dan mengikuti fahaman Shiah. Akan datang jadilah Hebollah chapter Malaysia pulak!
Dan bertukar shuhada ditambah `wa ala Ali siadina Muhammad.'
Pandei PAS!
Lawan jangan tak lawan adik ooi, hipokrasi, meritokrasi, nepotisme, dna theokrasi!
Yang mana satu!

Anonymous said...

Politik Malaysia ini tidak kiralah UMNO ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke dan sebagainya penuh dengan politik berasaskan prasangka. Melayu kata cina perkauman. Cina kata melayu perkauman dan sebagainya. Sebenarnya semua bangsa dalam dunia ini ada perasaan perkauman soalnya bagaimana mereka bijak menangani perbezaan tersebut dengan sebaik-baiknya. Itulah bezanya.

Anonymous said...

Persoalan besar membicara memperjuangkan bangsa di saat Umno di ambang kucar kacir. Bila tu? Apabila adanya pemilihan Umno kelak. Teori RAHMAN pun rasanya terbukti menjadi kenyataan pada pemilihan itu juga.

Rata rata berhujah mempertahankan bangsa terutama parti politik berteraskan NASIONALIS. NGO nasionalis pun tumpang semangkuk untuk memanaskan gelangang yang nyata ianya boleh mencetuskan api perkauman yang semakin menebal. Tolong lihat ke belakang siapa yang mencungkil intipati perkauman ini terlebih dahulu jika tidak para pemerintah yang di lihat kebal oleh undang undang. Maka terbitlah rasa berani memperjuangkan matlamat parti perkauman masing masing. Terkini kenyataan MCA akan mengambil contoh cara parti china mentadbir negaranya dalam menyatukan bangsa rakyatnya. Negara China yang satu ketika dahulu di tolak hidup hidup oleh Malaysia kerana dasar parti komunisnya. Jadi tidak pelik kalau MCA berbuat demikian kerana sekarang Malaysia mengiktiraf negara China ini.Matlamatnya menghalalkan cara menyatukan bangsanya China.Lihat lah apa akan terjadi nanti.

Berbalik kepada Muhyiddin Yassin kita tidak tahu apa tersurat dan tersirat dalam fikirannya dengan kenyataan beliau itu. Adakah untuk Malaysia atau untuk survival politiknya. Tunggulah kita dalam debaran keamanan kah atau kemusnahan bara dalam sekam.

Anonymous said...

I fine it a good jokes b this AA and all the commentator because other South East Asian is grabbing their chance to be integrate as a global citizen by libertarian and liberal through their progressive, but those conservative in these country just like any other conservative country in Asian country still embracing their right wing ideology by imposing extreme right wing ideology. no wonder Malaysia political is not advancing and never achieve the dreams of a high income nation that is in par with other South East Asian