15 August 2013

The awakening': Dr Mahathir tidak benarkan sesiapa berfikir (Tamat)

Berbeza dengan Abdullah, Anwar tidak disukai Mahathir setelah menjadi Timbalannya kerana pengaruh Anwar yang bertambah besar dalam UMNO. Anwar begitu kuat pengaruhnya kerana kemahiran beliau bermain politik dan bukannya kerana beliau pemimpin yang ber ‘consequence’ dalam pembangunan negara. Anwar menampakkan ‘obsessions’ beliau untuk menjadi Perdana Menteri secepat yang mungkin dan dalam proses menaiki tangga kuasa dalam parti banyak juga pemimpin yang menjadi korban beliau. Anwar tidak belajar dari pengalaman Musa, Timbalan Perdana Menteri pertama dibawah Dr Mahathir.

Anwar telah mengorbankan Ghaffar Baba dengan kuasa kewangan yang ada ditangan beliau. Kehadiran Anwar banyak menyumbang kepada perpecahan dan tidak puas hati dalam UMNO kerana beliau dipersepsikan sebagai seorang yang mahu melangkahi ramai pemimpin yang ‘senior’ dalam UMNO, termasuk diawalnya Musa Hitam, Haji Suhaimi serta ramai yang lain seolah-olah beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang turun dari langit ketujuh.

Semasa dalam kuasa, Anwar terlalu jelas meletakkan orang-orangnya di semua tempat dan kedudukan penting dalam kerajaan dan parti dan segala tindakan beliau itu jelas mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap beliau. Malahan tindakan membina 'kronism' yang di lemparkan kepada Dr Mahathir sebenarnya berlaku berluas-luasa di dalam kem Anwar. Di pusat-pusat pengajian tinggi, di dalam sektor korporat dan berbagai-bagai agensi kerajaan dipenuhi oleh ‘orang-orang’ Anwar malahan sampaikan  ‘journalist-journalist’ pun meninggalkan ‘profession’ mereka dan menjadi ahli korporat.

Hampir semua Menteri Besar adalah penyokong Anwar dan tidak hairan ia menjadikan Dr Mahathir begitu gelisah dengan tindakan Anwar yang agak ‘over’ dalam politik Melayu dan dianggap oleh banyak pihak diluar sebagai terlalu jauh keluar dari budaya politik yang sedia ada selama ini. Anwar terlalu jelas ‘overly ambitious’ dan tidak dapat disorokkan dan di samping itu mengampu secara tidak ‘natural’ terhadap Dr Mahathir. Mahathir telah mula hilang keyakinan terhadap Anwar apabila pada pemilihan 1996 sudah ada suara meminta Anwar melawan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO.

Ramai dikalangan ‘foot soldiers’ Dr Mahathir bercakap dimana-mana yang Anwar tidak akan menjadi PM kerana lagak yang ditunjukkan itu amat merbahaya bagi politik negara. Maka bermulalah usaha untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kenakalan Anwar sebagai isu untuk menjatuhkannya.

Maka berlakulah apa yang telah kita semua lihat telah terjadi. Abdullah Badawi yang selama ini bermain-main dalam diam untuk mempengaruhi usaha untuk menjatuhkan Anwar mendapat tempat sebagai pengganti timbalan kepada Dr Mahathir yang keempat kalinya. Dalam pada itu Dr Mahathir sudah nampak desakan untuk meletakkan jawatan dan berundur maka Abdullah lah yang bernasib baik yang akhirnya menjadi Perdana Menteri manggantikan Dr Mahathir.

Kebetulan Abdullah pandai mengambil hati Dr Mahathir dan hanya mengangguk sahaja dengan apa yang diarahkan dan perlakuan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada halangan maka Abdullah menjadi penggantinya. Beliau mempunyai imej sebagai orang baik tetapi tidak ada pula yang menganggap Abdullah sebagai pemimpin yang baik. Sesungguhnya orang baik sahaja tidak boleh memimpin diperingkat tertinggi kerana yang boleh memimpin peringkat tertinggi hanya pemimpin yang baik, bukannya orang yang baik.

Mahathir boleh bekerjasama dengan beliau kerana Abdullah ini hanya mengangguk semata-mata untuk mempastikan beliau tidak menerima nasib seperti tiga orang Timbalan Perdana Menteri sebelumnya. Abdullah tahu melalui pengalaman yang dialami oleh Musa, Ghaffar dan Anwar yang Mahathir jangan sekali-kali di sanggah pemikiran dan kemahuan beliau.

Dalam UMNO dari zaman itu, hanya Dr Mahathir sahaja yang layak dan sepatutnya berfikir. Yang lain hanya ditugas mengangguk dan bertepuk tangan sahaja dalam Perhimpunan Agung. Abdullah tahu bagaimana hendak kendalikan Dr Mahathir semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Abdullah hanya menunggu masa untuk mengambil alih dan membuat apa yang sepatutnya beliau lakukan sebagai Perdana Menteri. Abdulah berfikir, beliau tidak perlu membayar walaupun sepuluh sen untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri itu. Yang perlu beliau lakukan hanyalah mengiyakan sahaja apa kemahuan Dr Mahathir sahaja. Abdullah tahu Mahathir walaupun nampak berjiwa besar tetapi pada hakikatnya beliau mempunyai jiwa yang kenit sahaja.

Mahathir perlukan orang dikelilingnya hanya penghiburnya sahaja. Beliau tidak boleh disanggah walau sedikit pun. Itu sebabnya Dr Mahathir bergaduh dengan semua pihak. Beliau bergaduh dengan kesatuan sekerja, beliau berperang mulut dengan Bar Council, beliau bergaduh dengan Hakim-Hakim dan kemuncaknya beliau bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Diperingkat antarabangsa beliau bergaduh dengan Australia, dengan Amerika Syarikat, dengan Britain dan dengan semua negara yang lain. Yang kita belum mendengar Dr Mahathir bergaduh ialah dengan anak isterinya dan semua Doktor.

Masalah beliau dengan Abdullah bermula semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Mahathir merasakan yang Abdullah tidak mengenang budi. Bagi Mahathir semua orang mesti mengenang budinya. Hanya beliau sahaja yang berkelayakan untuk tidak mengenang budi rakan-rakannya yang menaikkan beliau dalam politik. Abdullah tidak mengindahkan apa keputusan yang dibuat semasa kabinet Dr Mahathir dan diantaranya ialah membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura.

Kalau hendak tahu kenapa Dr Mahathir bergaduh dengan Abdullah, elok kita baca sendiri apa yang dikatakan oleh Abdullah dalam wawancara ‘editor’ The awakening itu. Apa yang diperkatakan oleh Abdullah tertulis dalam buku tersebut. Tidak payah blog ini melanjutkan kata-kata Abdullah itu.

Tetapi sebagai penutup, saya hanya hendak menyebut satu perkara. Mahathir jangan disanggah. Kalau disanggah terima sahajalah nasib anda pada masa yang akan datang. Penyakit itu juga merebak dalam parti-pati pembangkang.

Dalam DAP misalnya jangan sekali-kali menyanggah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta seorang dua kroni mereka dalam parti itu. Kalau hendak menyanggah juga terimalah nasib anda dimasa depan.

14 comments:

najib bini rosmah said...

Pedasnya cili pak aspan!
Melecur lidah demokrat2 palsu di Malaysia ni..
Tapi standard kelas dunia ke 3...
Apa lah sangat kesannya?

Anonymous said...

Menarik juga penutupan rencana kontroversi ini. Kalau skrin panggung klasik di kampung dulu keluar sahaja tulisan TAMMAT penuntun akan bangun dengan lega dan puashati, walaupun pun tubuh badan di gigit pepijat. Syabas Tn Aspan.

Minta saya; Tulislah lagi hal kedurjanaan pemimpin2 Malaysia kini termasuklah pegawai dan balacinya yang tahu untuk menghancurkan negara demi poket dan perut boroi mereka.

Tapi ingat biarlah tulisan tuan nanti ada pula hujah "cadangan2 untuk mengatasinya" perbuatan mereka. Satu permintaan ikhlas saya.

Tidor malam ku gundah gelana,
Ingatkan bangsaku "tanpa suria"
Hancurnya negara dek pemimpin durjana
Ku pohon selamatlah negaraku Malaysia.

Anonymous said...

Raya hari tu ziarah kawan....last jumpa dia raya 2012.

Dia ulas politik negara seperti biasa....dia memang fasih politik negara sebab dulu berkhidmat terakhirnya sebelom pencen di putrajaya....

Saya hanya sampuk sikit2, lebih mengangguk dan komen saya tak berapa dia endah sangat...

Tetapi akhirnya dia berkata begini:

"Saya takut dia akan jatuh dalam kehinaan....seperti Mustafa Kamal Ataturk.....hina sehingga bumi pun enggan terima jasadnya..."

Saya hanya terdiam sahaja......

Anonymous said...

Sir,

When Anwar was with Mahathir, he forgot himself because he enjoyed too much power, and it took 6 years in the Sungei Buloh slammer for him to realise what it means to be free.

When Anwar tried to break away from the 'establishment', he ended in jail.

Perjuanganmu belum selesai said...

Pak Aspan,

Janganlah mudah lupa

mohdrashidi said...

Tuan Aspan,

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Tuan, bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit?

Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden UMNO yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin UMNO harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan UMNO. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu UMNO.

Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda UMNO adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Penasihat Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato’ Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, Mukhriz sudah menjadi Menteri Besar Kedah.

Sementara itu Mirzan pula menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden UMNO yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan!

Tuan, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Penasihat Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Shirzad Lifeboat said...

Salam Pak...

Dalam memoir ringkas buku Allahyarham Mohamad Rahmat berjudul UMNO: Akhirnya Sebuah Impian, bekas ahli Parlimen Pulai dan Menteri Penerangan serta Setiausaha Agung UMNO yang telah banyak menggunakan/atau menyalahgunakan rangkaian penyiaran kerajaan untuk melaksanakan latihan PR demi mempertingkatkan imej Dr. Mahathir (yang menurutnya mengalami keadaan yo-yo dari segi populariti politik termasuk di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri) di hampir sepanjang kerjaya beliau sebagai Menteri kementerian berkenaan mengesahkan ketakutan tersebut.

Tok Mat mengenang pengalaman paling getir dan mengejutkan itu sebagai berikut:

Kali pertama saya dilantik ke jawatan itu (Menteri Penerangan) ialah pada tahun 1978 oleh Perdana Menteri Hussein Onn. Tetapi apabila Dr. Mahathir menggantikan Hussein, saya ‘diturunkan’ pangkat menjadi Duta Indonesia walaupun taraf saya tetap Menteri. Ini berlaku pada tahun 1982. Hanya apabila Dr. Mahathir dilanda krisis politik saya dikembalikan ke jawatan Menteri Penerangan pada tahun 1987. Lebih 12 tahun saya memegang jawatan itu. Yang masih saya ingat mungkin menganggap saya bersara dari politik pada tahun 1999 tetapi sebenarnya saya dibuang dari Kabinet oleh Dr. Mahathir.

Saya ingat lagi bagaimana saya dipanggil ke pejabat Dr. Mahathir di mana dia memberitahu saya, “Mat, I nak gugurkan you.”

Terdiam sebentar saya sebelum bertanya beliau, “Bila?”

Jawabnya, “Sekarang juga.”

“Apa Datuk Seri boleh beritahu saya sebab-sebab saya digugurkan,’ tanya saya tetapi beliau diam sahaja.

Rakyat Malaysia memang sedia maklum akan hal seperti ini. Cuma Mohamed Rahmat mengupasnya dengan lebih terperinci.

Mungkin Dr. Mahathir tidak mengamalkan dinatism langsung sebagaimana yang dilihat umum telah diamalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri, tetapi kediktatorannya di dalam kepimpinan UMNO malangnya tidak merangkumi penularan budaya politik wang dan amalan-amalan penajaan politik (political patronage).

Bukan itu sahaja malah Mohamed, selaku orang paling rapat dengan Dr. Mahathir serta selaku Setiausaha Agung UMNO menghuraikan bagaimanakah kelemahan mengesan dan seterusnya mengawal pembiakan budaya politik wang selama lebih 22 tahun ini akhirnya telah mengakibatkan hilang kepercayaan total orang Melayu dan penyokong bukan-Melayu terhadap UMNO.

Tentu sekali ini hanyalah pendapat Mohamed Rahmat. Begitupun ia bukanlah pendapat sembarangan atau pendapat rambat, tetapi pendapat dari seorang tokoh UMNO yang pernah begitu rapat dengan Dr. Mahathir dan juga UMNO. Justeru sudah tentulah pendapat tersebut ada asasnya.

Dalam bukunya itu, Mohamed melihat imej Allahyarham Tun Abdul Razak pada Mohd Najib Tun Razak dan yakin Perdana Menteri kini boleh memulihkan semula imej UMNO yang sudah terpalit, bersememeh dan comot dengan cat-cat dan dakwat hitam serta tersasau terlalu jauh dari segala matlamat asas perjuangannya. Namun Mohamed akui beliau tidak begitu rapat dengan Najib ketika mereka berdua sama-sama berada dalam kabinet satu ketika dulu.

Justeru apakah kemelut yang dicipta dan disemaikan oleh Dr. Mahathir (menurut Mohamed Rahmat) selama 22 tahun itu boleh dipulihkan seperti sediakala hanya dalam masa beberapa tahun Najib menjadi Perdana Menteri?

Dalam kata-kata Aung Sun Suu Kyi (dalam The Voice of Hope), “Intergriti politik bermakna hanya kejujuran dalam bentuk paling mudah dalam politik. Antara yang terpenting ialah jangan menipu rakyat. Mana-mana ahli politik yang memperdayakan rakyat demi partinya atau kerana merasakan berbuat demikian untuk rakyat, tidak memiliki intergriti politik.”

Berapa banyakkah lagikah intergriti politik yang masih berbaki pada UMNO? Atau apakah UMNO Akhirnya Sebuah Impian sebenarnya menuju ke arah UMNO: Berakhirnya Sebuah Impian?

Jonster said...

Pak Aspan,

Kalau ahli parti tidak menyanggah pemimpim mereka klu silap, matilah demokrasi dlm parti tu! 'The only thing necessary for Evil to triumph is for Good Men to do nothing' Syabas dan teruskan penulisan Pak Aspan.

Saya keturunan cina, generasi ke-4. Dah takde kaitan dgn China lagi. Setiap bulan membayar cukai lebih 2 ribu dan tak pernah melanggar undang-undang(kecuali trafik). Ramai kawan melayu krn berasal dari kampung muhibah. Saya penyokong Pakatan. Namun kerana saya cina, terus ramai yg sterotype saya penyokong DAP. Wahal saya merupakan 'reluctant supporter' kpd DAP kerana tiada alternatif yang lebih baik.

Busuk busuk DAP pun tak pernah diapa suruh saya pendatang. Busuk busuk DAP pun tak pernah diapa suruh saya balik China. Namun saya berharap terdapat pemimpin yg berfikiran rasional dan tidak ego dlm DAP.

Yang rugi sentiasanya rakyat....

Anonymous said...

Sdra Aspan,

The political differences between Pak Lah and Dr mahathir could be traced as far as the early years of Pak Lah Involment in politics.
When Datok Musa resigned from Deputy Prime Minister post,Pak lah was seen to be aligned with Musa.When there was team A and Team B in Umno election 1987,Pak lah was in team B,while Mahathir is in team A.Mahathir felt sad that in the insidence even his cabinet minister was not supporting him.Surely Pak lah was not his choice but then under that circumtances,he has no choicebut to invite Pak lah to join the cabinet under UMNO baru.
When Dr Mahathir try to dislodge ANUAR from UMNO, Pak lah looked to be impartial,he actually does not side with Dr. mahathir.
Looked at their back ground Pak Lah career in politics is quite plain sailing,from PTD officer then emerged to full minister in short span of time.While Dr Mahathir political carreer is more colorful and more street fighter in content and forms.Thus albeit the above facts both leader compell to have different mold,thus surely they looked thing from different perspective.I think both have their own strength and weakness.For us the rakyat let history decide on their legacy.I for one agreed that historian compile analysis on their contribution and its impact to the society,just like the Smithonian Institute which analyse and kept the record of their US president role in respective era.
I think we should not be so judgmental on their role or place in history because none of them has written a real bibliography about their thought, feeling and other national issue.May be it is due Malay culture that despise any negative remark.I read mahathir book Dr in the house,still a lot of historical fact is still missing during his administration. We need more details.for future to study on their government policy consideration.Little gossip may add some spice on their political wilderness.Why you do what you do.Interesting to explore.Thank you.

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Tuan melakarkan sejarah perjuangan D.M. Saya rasa itu cukup baik untuk tatapan pembaca.Teruskan menyingkap sejarah kepimpinan beliu. Pandangan tuan dalam bentuk baik dan buruk sejarah D.M. tidak bolih dinafikan kebenarannya kerana sejarah dilihat dari pelbagai sudut. Masing masing berhak menterjemahkan menurut runtutan buah fikiran masing masing. Mungkin A berkata baik dan B pula berkata buruk, namun setiap peribadi berhak menilai sejarah menurut fakta penyokong kewujudan sejarah tersebut. Tidak hairanlah sejarah dinilai dalam kepelbagaian bentuk dan rupa.
Teruskan tuan. Comment di terima hanyalah sebagai penambah asam garam terhadap maksud disampaikan. Menyingkap sejarah amat perlu dibaca. Tak kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal barulah dicintai atau sebaliknya.

Orang padang besar

Anonymous said...

Kick out Mahathir & his cronies and together we save UMNO! Let him form new party..United Mamak National Organisation. Existing UMNO cannot stay longer if Mahathir remain. Majority Malay left UMNO because of this satan.

Anonymous said...

Sdra Aspan,

As a continuation to 10.02 what is most important is most of the UMNO leaders like Ku Li, Musa Hitam, Pak Lah and even DSAI were all back into UMNO fold and in fact Ku Li was even considered by the opposition to be the PM should PR won the last election alas they failed.
This reflects Mahathir ability in uniting UMNO leaders friends and foes despite some problems within the party, on the positive side .

Thank you.


@ Kampong man.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sememang Mahathir jenis manusia yg tidak pernah menghargai jasa kerja orang lain. Selepas dibuang dari UMNO hidupnya takkeruan. Pergi ke Australia menghentam Tunku, Camel Club Singapura juga menjejer kisah Tunku. Datuk Harun Idris menggunakan pengaruhnya membawa masuk UMNO melalui Perhubungan UMNO Selangor, selepas itu berperang dingin dengan Datuk Harun sehingga Datuk Harun mati diluar UMNO. Ambil Anwar sebagai soldier,untuk menyekat kemaraan pengaruh Islam hasil Revolusi Islam Iran. Maka keluarlah produk yang berjenama Islam zaman pentadbirannya. Kesudahannya dengan Anwar berakhir dgn siapapun tidak pernah jangka.Hakikatnya Mahathir tidak pernah mempercayai sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Zaidi said...

Salam Pak Aspan,
Salam Aidilfitri...Baik kiranya Pak Aspan adakan siri Youtube...he he..jadi bolehlah kita dengar hujah Pak Aspan. Sebab baca2 ini kadang susah nak "faham". Contohnya bila kita layari video Steve Jobs di youtube mudah faham cara fikirnya. Apa kata Pak Aspan..alah pakai handfon murah pun boleh! Kawan2 IT boleh tolong sama