15 September 2013

Jangan tadbir kerajaan seperti mengurus khairat kematian

BN khususnya UMNO perlu kembali kepada asas (basic) politik sebenarnya yang telah membezakan kejayaan dahulu dengan kegagalannya sekarang ini. Tidak munasabah tidak ada kelainannya jika tidak ada perbezaan dahulu dan sekarang. Jika ia sama seperti dahulu masakan sekarang keadaan rakyat tidak seindah dahulu.

Benar, lain dahulu lain sekarang, dan keadaan berbeza tetapi asas perjuangannya jangan sekali-kali berubah. Ia mesti berdasarkan kepada menjaga perpaduan kaum dan mengisi kemerdekaan negara dengan pembangunan rakyatnya secara menyeluruh yang berpandukan kepada budaya dan identiti negara dan rakyat yang kukuh.

Tetapi faktor penyebab kenapa dahulu kita berjaya  perlu diperkaya dan diperkuatkan, itu merupakan tuntutan zaman dan waktunya. Sebenarya budaya kehidupan termasuk budaya politik merupakan faktor yang terpenting. Apabila perubahan kepada budaya itu berlaku maka kita semua harus bertanggungjawab dengan perbezaan dengan dahulu itu, kerana itu adalah hasil dari perbuatan dan perlakuan kita sendiri.

Hidup ini termasuk politik mesti mempunyai nilai dan ‘virtues’ yang selari dengan keadaan rakyat dan dalam kes negara kita ini, budaya itulah yang difahami dengan baik oleh pemimpin-pemimpin dahulu seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein. Asas kita bersatu diantara semua kaum contohnya, ia terlandas kepada asas yang sangat sempit dan tidak boleh dianjak dan dialih dengan mudah jika kita mahu perpaduan itu terus menerus wujud dan mengamankan kehidupan kita semua.

Tetapi oleh kerana kita dipimpin oleh seorang atau kumpulan pemimpin yang kononnya hendak melakukan semua perkara semasa pemerintahannya, maka isu moral dan nilai serta adab dan adat yang ada kepada kita diketepikan maka kita terimalah badainya sekarang ini. Setiap kaum dan bangsa ada adat dan cara hidupnya sendiri.

Bermula dari kepimpinan lapan puluhan, semuanya ini telah diubah diatas nama kemajuan dan kemodenan. Kita hilangkan identiti kita sendiri. Menganjak dan mengalih ‘paradigm’ yang dilakukan oleh Mahathir dahulu memulakan perbezaan keadaan siasah negara kita. Mengalih dan menganjak budaya siasah kita itu telah menghilangkan segala sahsiah politik kita dan ia telah menjadikan rakyat lupa kepada nilai dan ‘virtues’ yang baik yang ada dikalangan bangsa-bangsa dinegara ini.

Jika kita baca dan lihat Bab3 Perlembagaan parti pemerintah UMNO itu pun tidak terlaksana. Dalam Bab itu telah nyata ditulis yang budaya rakyat mestilah budaya keperbilangan kaum yang berteraskan kepada kebudayaan Melayu. Malahan pemimpin-pemimpin besar pun ada yang belum pun terbaca Bab ini dan tidak pun memahami kandungan Perlembagaan parti yang telah menjadikan masing-masing pemimpin yang bernama dan bergelar.

Itu sebenarnya penyakit yang dihadapi oleh siasah negara kita hasil dari peralihan ‘paradigm’ yang sangat sensitif itu. Maka wujudlah masalah dalam mana kerajaan terpaksa melakukan tindakan tanpa perancangan dan tindakan mereka selalu dilakukan secara 'ad hoc'. Masalah tidak diselesaikan dengan perancangan yang betul. Pembayaran BRIM, bayaran ‘one offs’ kepada beberapa sektor awam itu semua tindakan 'ad hoc' tanpa perancangan tersusun. Semuanya ini merupakan tindakan menghilangkan sakit tetapi tidak pernah berusaha menghilangkan penyakit yang menghinggapi negara.

Semuanya tidak terancang sehinggakan terpaksa memujuk kaum India dengan berbelanja puluhan dan ratusan juta ringgit untuk sekolah Tamil dan berbagai-bagai lagi dorongan untuk kaum India. Begitu juga dengan sekolah jenis kebangsaan Cina yang disogok dengan pemberian dan peruntukan secara 'ad hoc' semata-mata kerana hendak membeli jiwa dan raga kaum Cina dalam setiap pilihanraya.

Berbelanja secara ‘impulsive’ ini membebankan rakyat. Jumlahnya berbillion-billion ringgit. Kita bernasib baik kerana kita ada Petronas yang ditubuhkan oleh pimpinan masa dulu yang sentiasa dijadikan sumber kewangan bagi kerajaan berbelanja seperti membelanjakan wang datok nenek mereka sendiri. Selain dari itu sumber wang rakyat yang lain seperti KWSP dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dan yang lain-lain terpaksa menjadi bahan gadaian untuk kepentingan politik parti yang kian hari kian lemah.

Sumber kekayaan dari Petronas itu jika ada di negara Scandinavia atau negara Eropah yang lain kita tidak dapat bayangkan bagaimana kemajuan negara-negara tersebut. Tanpa sumber asli seperti minyak itu pun negara-negara tersebut telah menjadi negara yang mempunyai pe kapita pendapat yang lebih tinggi dari negara G8 sendiri. Disebaliknya disebalik kekayaan yang kita ada kita masih ketinggalan dengan banyak negara, waimma dari negara-negara jiran kita sendiri.

Cara Najib dan barisan pimpinannya berbelanja tidak memerlukan orang yang cerdas. Sesiapa yang diberikan kuasa seperti itu boleh berbelanja. Bak kata setengah orang, ‘nothing to shout about’. Pengurusan kerajaan bukannya seperti pengurusan khairat kematian. Bagi Najib, wang yang dibelanjakan itu bukannya wang beliau, tetapi wang itu adalah wang rakyat. Kerana apa keadaan ini berlaku? Jawapannya kerana mereka bukannya ‘planners’ atau perancang yang berkemampuan. Itu sebab semuanya dilakukan kerana kepentingan politik peribadi dan kepartian masing-masing.

Apabila negara di urus secara tidak tersusun dan baik, maka wujud kesan sampingan seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan tanpa had. Di tambah pula dengan kefakiran jiwa kepimpinan itu maka rasuah menjadi cara hidup dan siasah negara.

Politik menjadi kacau bilau dan parti-parti politik yang mana sekali pun tidak dapat diyakini. Kekeruhan perhubungan diantara kaum semakin menjadi-jadi dan polarisasi kaum bertambah nyata. Tidak ada satu kaum pun mempunyai rasa percaya dan mempercayai diantara satu dengan lain.

DAP yang memperjuangkan keperbilangan kaum di negara ini juga tidak melaksanakan apa yang mereka laungkan dan parti ini telah menggunakan kaum Melayu dan India sebagai penampal poster sahaja. Tetapi tidak boleh di salahkan DAP semata-mata kerana parti itu tidak percayakan orang Melayu.

Maka DAP meletakkan semua kaum Cina sebagai calon di Pulau Pinang dan mana-mana negeri sekalipun dan hasil dari kejayaannya sejak akhir-akhir ini. Parti itu nampak lebih angkuh dengan berbagai-bagai kesalahan seperti yang berlaku dalam mana-mana parti dalam BN juga.

Elemen tamakkan kuasa sudah terlalu jelas dan tidak dapat dibayangkan bagaimana sikapnya jika Tuhan izinkan parti ini bersama-sama berkuasa di Putrajaya selepas PRU 13 yang lepas. ‘Attribute’ terlalu 'kecinaan'nya tidak dapat dinafikan kerana sekarang kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri hasil kerja parti itu dalam PRU yang lalu.

Laungan parti itu tidak lagi laku kepada keseluruhan rakyat dan ini merupakan kejayaan yang optima bagi parti itu. Selepas ini dijangka parti itu akan menghadapi zaman menurunnya ditambah pula dengan masalah dalaman yang sangat besar yang sedang wujud di dalamnya.

Semuanya ini kerana kerakusan. Tidak akan kekal lama sesebuah parti yang dikuasai oleh segelintiran atau satu keluarga sahaja. Walaupun parti itu bukannya parti yang bersifat ‘mass movement’, ia mudah di fahami oleh rakyat termasuk ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri.

DAP telah gagal untuk membuktikan yang parti itu adalah ‘multiracial’ dalam PRU yang lalu. Yang nyata parti itu tetap parti Cina dan jangan ada yang menafikannya. DAP tidak boleh menyorok di sebalik telunjuk atau disebalik pelita yang terang.

'Once a liar, it remains a liar'…and forever.

7 comments:

Anonymous said...

Lama x menulis pak..try ulas sikit tentang pengumuman pm semlm..

jeeman said...

I am sure you have gone through the mills of politics sir.

That makes you write and speak with authority. Carry on with your writing as it give people like me especially the basic feels about the goings of politics.

tebing tinggi said...


Maasalahnya ramai yang diluar pandai bercakap masa didalam tak bercakap .

Eden sonang dengan kobou-kobou Den , Den cakop apopon dia diam joo.

ahmadyaniDotCom said...

Kalau sekadar naikkan harga untuk mendapatkan tunai dan membuang pekerja untuk mengurangkan kos, orang tidak bersekolah pun boleh melakukannya.

Dan ironinya 'begitulah cara' Malaysia ditadbir, baik oleh pemimpin tertinggi atau oleh pemimpin bawahan yang dilantik oleh pemimpin tertinggi.

Anonymous said...

Malaysia menjadi tidak sihat sejak zaman mahathir lagi..apa yg berlaku adalah penipuan terang terangan..sehingga melayu kehilangan akan kehilangan tanah air sendiri..kerana umno..

Kerajaaan yg didokongi oleh umno tidak mengambil contoh terbaik dari british apabila british keluar dari malaysia...sesiapa yg pernah sampai england,australia,new zealand akan tahu bagaimana rakyat mereka mengecapi hidup yg berkualiti dengan sistem yg teratur...

Tetapi umno sengaja membiarkan rakyat jelata hidup dlm keaadaan melarat supaya rakyat sibuk memikirkan untuk berjaya..dan hanya org kaya dimalaysia sahaja yg berhak untuk menjalani kehidupan yg baik dan berkualiti..kerana itu kita dpt lihat flat dbkl dan swasta yg majorati melayu tidak teratur..dan masih ada juga melayu yg bodoh mengundi bn..

Anonymous said...

Mengenai perancangan najib untuk memperkasakan ekonomi orang melayu..hanyala tipu muslihat najib untuk mempertahankan kerusi presedin umno dan untuk membuncitkan kroni kroni dgn memperbagaikan projek..

Untuk memajukan melayu ada perbagai cara,keutamaan harus di beri untuk keperluan rakyat jelata,antara nya..

Mmengadakan pusat penjaja yg lengkap dengan sistem letak kenderan yg teratur dlm saiz yg besar di setiap kawasan parlimen mempunyai 3-4 buah mengikut keperluan penduduk (seperti eating house disingapura)..oleh gerai gerai ditepi flat boleh dirobohkan kerana yg berniaga adalah warga asing..

Kerajaan mengambilalih tanggungjawab membina rumah rumah untuk keperluan rakyat dengan berskala besar (bnyak blok)..kerana yg di bina pemaju swasta membebankan rakyat..dgn ini sistem pengangkutan awam bersepadu dan sistematik..contohla di singapura

Jika kerajaan bn mengambil langkah tersebut nesjaya bn akan menang pru nnti..

Masalahnya pemimpin umno/bn yg kuat makan rasuah buta mata dan hati untuk melihat rakyat jelata senang dlm kehidupan harian..

Anonymous said...

Hanya yang Melayu saja memilih pemimpin yang ada sejarang ini , bodoh pemimpin itu maka bodoh lah yang memilih mereka itu.

Yang amat sedih , mereka semua nya (majority) orang Melayu.

Ada kah sudah ketetapan ALLAH bahawa orang Melayu hidup tahap Pak Guard aje , entah lah.