22 October 2013

Dr Mahathir perlu berjiwa besar, buangkan jiwa yang kecil itu

Pemilihan UMNO sudah berlalu dan keputusan telah diketahui umum. UMNO masih dengan ‘packaging’ nya yang sama. UMNO itu begitu ‘special’ sehinggakan ia tidak boleh di ubah pembungkusannya dengan penampilan yang  berbeza. Jika dulu blog ini menyatakan dengan jelas yang UMNO dan rasuah itu ‘ibarat aur dengan tebing’, selepas pemilihan yang lalu ia tetap dengan ‘packaging’ yang sama, imej yang sama dan segala-galanya sama.

Satu lagi yang dapat kita pelajari, ialah, Mahathir tidak sehebat dahulu. Dulu segala-gala kemahuannya di turuti oleh ahli-ahli dan perwakilan UMNO. Kini Mahathir sudah tidak di endahkan lagi oleh ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Dr Mahathir tetap berfikir beliau masih di ingati dan di jadikan pakar rujuk kepada parti. 

Mahathir semakin hari semakin mengecil sokongan dan ramai orang UMNO tidak mahu lagi mendengar segala apa yang di katakan oleh beliau. Penyertaan Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden baru-baru ini pada hakikatnya adalah penyertaan Dr Mahathir. Dalam politik tentu bahasa politiknya sendiri dan tentulah kita cuba di yakini penyertaan Mukhriz itu adalah di atas prestasi dan kemahuan beliau sendiri.

Dalam pemilihan kali ini seperti juga pemilihan-pemilihan sebelumnya, ada pihak yang mempunyai pandangan yang menggunakan mata hati. Mata-mata hati ini telah belajar acapkali yang mereka dibelakang pemimpin utama itu bukannya pengikut pemimpin itu. Mereka hanya lah penyokong dan penyokong ini boleh beralih pada bila-bila masa.

Jika benar Najib sebelum ini adalah pengikut Dr Mahathir tidak akan ada usaha beliau untuk memberikan arahan secara senyap dan menggunakan institusi tertinggi negara dan negeri untuk mengekalkan ketiga Naib Presiden kesayangan Najib ini. Itu hakikat walaupun Najib menafikannya. Najib tidak mahu lagi pimpinan lesu beliau di pengaruhi oleh bekas ‘boss’nya itu. Najib tidak menghormati Dr Mahathir lagi walaupun Najib telah ‘mencari makan’ begitu lama dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir ini Dr Mahathirlah. Beliau terasa kesunyian kerana dalam tempoh tiga bulan sahaja orang yang ramai-ramai mencium tangan beliau dahulu tidak kelihatan oleh kelibat mata beliau. Malahan beliau tahu mereka yang mencium tangan beliau dahulu sekarang sudah mencium tangan Abdullah Badawi pula. Mahathir sangat terasa yang beliau sudah ditinggalkan oleh ramai yang ‘mencari makan’ dengan beliau dahulu. Mereka-mereka itu sedang sibuk ‘mencari makan’ dengan Abdullah pula.

Abdullah juga merasakan pengalaman ini juga. Tetapi Abdullah ini lembut orangnya dan beliau tidak terasa sangat kesunyian dan sanggup menerima hakikat yang begitulah nasib kebanyakan ahli dan pemimpin politik. Cantiknya Dr Mahathir atau Abdullah Badawi itu hanyalah semasa mempunyai kuasa sahaja. Pemimpin utama ini selalunya tidak sedar yang musuh atau yang akan menyakitkan mereka sendiri ialah penyokong yang mengusung mereka ke hulu kehilir itu. Maklumlah Perdana Menteri Malaysia mempunyai kuasa yang lebih besar dari Presiden AS.

Perdana Menteri Malaysia boleh menentukan siapa yang hendak di penjara dan siapa yang hendak di keluarkan penjara. Semua senjata dan hukum ada di tangan Perdana Menteri Malaysia ini. Jadi tidak lah terkejut ramai yang hendak menjadi Perdana Menteri bukan kerana apa, tetapi kerana kuasa. Itu jugalah kehendak orang seperti Anwar Ibrahim yang membawa penyokongnya bersorak dan bertepuk tangan dalam majlis-majis ceramah politik beliau.

Semuanya itu kerana kuasa yang boleh menentukan nasib masa depan semua orang dan ada yang mengaku seolah-olah mereka boleh menentukan nasib semua orang selepas mati.  Anwar sendiri merasakan pengalaman di tinggalkan penyokong-penyokongnya. Yang ramai-ramai menyokong Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun sekarang mengeji Anwar sampai tahap optima. Tetapi ramai melihat mereka itu pernah membawa tempurung menadah dengan Anwar untuk membina kehidupan yang kaya raya.

Sekarang giliran Dr Mahathir pula di tinggalkan oleh ramai. Begitu ramai yang berkata seminggu dua dahulu yang mereka tidak mahu menyokong Mukhriz kerana Mukhriz adalah anak Dr Mahathir. Oleh itu jika di pandang dari sudut yang berbeza Mukhriz tewas dalam pemilihan Naib Presiden itu adalah kerana badi bapanya sendiri.

Itu sebabnya jangan berdendam sampai ke tulang kerana orang kita dendami itu mungkin menjadi penyelamat kepada yang berdendam itu. Dr Mahathir sepatutnya sedar yang beliau dikerumuni oleh ramai pengampu dahulu kerana beliau ada kuasa, boleh membuat sesiapa kaya raya dalam sekelip mata dan boleh menjatuhkan sesiapa juga dengan sekelip mata.

Dalam kes kekalahan Mukhriz itu, tidak dapat di elakkan dari persepsi yang kalah itu sebenarnya adalah Dr Mahathir. ‘The ultimate looser is Dr Mahathir’. Ia bukan sahaja kalah dalam undian atau bilangan sokongan tetapi yang lebih besar ialah kekalahan dalam mempertahankan imej atau status sebagai seorang yang sepatutnya menjadi negarawan.

Dalam keadaan yang begitu suntuk bagi beliau sekarang ini, beliau tidak ada masa lagi untuk membina status negarawan untuk beliau. Jika ada pun pihak yang hendak mengukuhkan status beliau sebagai negarawan pemimpin yang memberikannya ialah pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau. Tetapi yang mewarisi kepimpinan beliau adalah dari penyokong-penyokong beliau dan bukannya dari pengikut beliau.

Pak Lah bukannya pengikutnya, tetapi sekadar penyokongnya sahaja. Begitu juga Najib yang hanya menjadi penyokongnya selama ini dan tidak pernah menjadi pengikutnya. Baik Pak Lah mahu pun Najib mereka menyokong Mahathir sementara mendapat kuasa, sama seperti Mahathir sendiri bertahan di bawah Hussein Onn sementara menjadi Perdana Menteri.

Mahathir sepatutnya telah membina pimpinan dan bukannya kumpulan yang dijadikan penyokong untuk politik beliau semata-mata. Akhirnya negara tidak berkepimpinan dan beliau sendiri menerima padah oleh kerana tindakan penyokong-penyokong beliau sendiri yang kini sudah merasakan diri mereka sebagai pemimpin yang turun dari langit.

Mungkin Mahathir perlu kembali kepada ‘basic’ dalam pemikiran dan tindakan beliau, iaitu memberikan tumpuan untuk membetulkan keadaan dan bermula dari punca masalah yang kita hadapi sekarang. Jika ada orang dan pemimpin yang beliau kenali sebelum lahirnya barisan pimpinan hari ini, mungkin beliau akan terbela maruah beliau yang kini pasti akan di calarkan oleh mereka yang sedang merasakan berada dilangit.

Rujuk kembali kepada pemimpin dalam parti yang beliau telah sisihkan dan korbankan bagi kepentingan negara dan tidak kurang pula untuk menjaga kepentingan imej dan status beliau sebagai seorang yang dianggap sebagai negarawan.

Selesaikan masalah dari punca ianya datang. Insyaallah jika di izin Tuhan ia akan mengamankan jiwa beliau (Mahathir) terutamanya dalam usia beliau sekarang. Sebelum membersihkan negara elok kita sendiri melakukan introspeksi dan bersihkan jiwa kita sendiri dahulu.

Yang penting sekarang ialah negara dan bagi Dr Mahathir kesempurnaan hidup dalam persaraan itu akan memberikan lebih ketenangan kepada beliau. Lagi pun jika beliau bersama melakukan pembersihan ini, ia merupakan pembersihan kepada kekotoran politik yang beliau telah lakukan dahulu.

Mahathir perlu membuang jiwa kecil dalam dirinya itu. Beliau perlu bersama-sama melakukan perubahan dengan memindahkan kuasa dari barisan kepimpinan yang ada kepada seorang yang berkelayakan walaupun mungkin orang itu tidak pernah berada di dalam pemikiran beliau.

Kadangkala orang yang kita benci itulah yang boleh menjaga nama baik kita di saat kita sedang menghampiri penghujung hayat ini. Kepada penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu dahulu akhirnya akan meninggalkan kita, kerana mereka juga tidak mempunyai jiwa besar dalam diri mereka.

Bak kata perpatah, biduk berlalu kiambang bertaut. Itulah masa dan saat yang paling bahagia bagi diri kita.

11 comments:

Anonymous said...

Dah terlewat sangat dah.

Darah Mamak yang mengalir dalam Badan dah buat perang ainya macam tu.

Tinggal balasan Tuhan je.

Anonymous said...

Nak chakap apa orang kedah lebeh2 lagi melayu kubang pasu...semuanya makan duit rasuah yang dirasuahkan olih Mamakkuty ( pengakuan olih Mahathir Sendiri)tak sangka ye, rasuah ni haram kan sanggup orang kubang pasu (ahli Umno ) pakai songgkok putih berserban makan duit rasuah....Hoi HARAM...

Anonymous said...

Apakah Mahathir akan melihat kerosakan demi kerosakan dalm umno?. Beliau sendiri mengakui terpaksa hulur pulus rm200.00 kepada perwakilan untuk mengundinya. Itu bukan rasuah ker?.

Dengan menjahanamkan Anuwar dan membelai yang lain dengan harapan menjadi pagarnya, alih-alih pagar makan padi.

untuk memulihkan keadaan, Mahathir patut berbaik semula dgn Anuwar. Akui kesilapannya memfitnah Anuwar begitu dahsyat yang hanya berlaku di Malaysia. Malaysia boleh di kategorikan negara pelik bin ajaib sebab berlakunya pertikaian kalimah ALLAH, fitnah liwat, tanpa gempa bumi bangunan runtuh...

Anonymous said...

mamak gang nam style memusnahkan melayu secara total....melayu sebelum merdeka bukanlah majoriti mutlak tetapi setelah segala rumpun indonesia, rumpun filipina, rumpun india pakistan mengaku dirinya melayu dan disitulah kemusnahan berlaku.adakah kita ini malaysia atau melayu sebenarnya.

ahmadyaniDotCom said...

Tun M ada peluang untuk menjadi negarawan dunia. Tapi dia lebih berminat untuk 'buat kecoh' dalam negara ini sahaja. Apakah dia sedar atau masih tidak sedar 'kekecohan' yang selalu dia timbulkan itu sudah tidak diambil peduli oleh orang lain.

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Ha Ha Ha. Baru dia tahu langit ni tinngi atau rendah.
Nasihat tuan yg sangat releven kpd yg empunya nyawa.
Moga2 beliau dapat membetulkan balik hubungan dgn pemimpin(saingannya)pada zamannya atau selepas sikit yg terkeluar dari saf kepimpinan Negara kerana sikapnya dulu.
Itulah sebaik baik akhir hayat kita.

Nas

Anonymous said...

mamak di malaysia jgn di beri peluang berpolitik..kerana mereka ini miniroti..hanya menumpang nama melayu..jika di biarkan akan merosakkan melayu dan malaysia..

Anonymous said...

Anon 02:52, memang betul mereka ini minority...lulus x kemana pun tapi dapat jawatan lebeh2 lagi orang politik kalangan mamak kuty yang ada,selain spesis cina yg suka beri rasuah ialah Mamak yang mengaku MELAYU,tapi yang bodoh2 melayu ni suka ambil rasuah dari mamak ini, ni yang jadi masaalah.Wahai orng melayu sedarlah dan ingatlah siapa yang membantu Portugis menjatuhkan kerajaan MELAYU Melaka? bukan kah bangsa Mamak Mahathir!!!!

Anonymous said...

Apakah mesejnya..
apakah mesejnya TUHAN brfirman..
brfirman dsetiap permulaan surah..
tiap2surah brmula dgn RAHMAN & RAHIM

prmulaan RAHMAN & RAHIM..
bermula dgn RAHMAN & RAHIM..
mula br'PUNCA' dgn RAHMAN & RAHIIM..
\
Apakah signifikannya RAHMAN & RAHIM?
apakah nilai hakiki RAHMAN & RAHIM itu?...PEMURAH & PENYAYANG????
\
Yessssss!!!
PEMURAH & PENYAYANG
jd lah hamba ygPEMURAH & PENYAYANG
jdlah insan ygPEMURAH & PENYAYANG
pemimpin ygPEMURAH & PENYAYANG!
rakyat ygPMURAH & PENYAYANG!!
\
Kita kembali kpd "PUNCA" brmula dgn "PUNCA" sbnr2 sbnr2 sbnr7 KBNARAN drp "NYA"..RAHMAN & RAHIM "NYA"itu.
\
RAHMAN & RAHIM itulah lambang CINTA ygPEMURAH ygPENUH KASEH & SAYANG yg dpt meLEGAkan meMAAFkan & mengAMPUNkan dgn penuh keRELAan & penuh sepenuh2 keINSAFan..
\
Hanya hamba2 yg brJIWA RAHMAN & RAHIM..yg brNAFAS RAHMAN & RAHIM shj yg mampu & dpt memiliki jiwa peribadi yg sgt2 dikagumi lg dihormati krn mrk TIDAK sesekali mmiliki "NIAT" w.pon sekelumit demi kpntinganDIRI..
\
Berjiwa RAHMAN & RAHIM mnjdkan 'roh' hamba2"NYA" itu terbang tggi yg meletakkan kpntingan/AMANAH ummat & rkyat ditempat yg terATAS sekali..sprti yg diWASIATkan oleh nabi SAW "ummati ummati UMMATI"..
\
Itulah sbnr2 hakikat hakiki RAHMAN & RAHIM itu..
Disitulah..The "ABUNDANCE POWER" of PEACE LOVING GIVING & SHARING..
The ABSOLUTE answer for everyONE n everything..

Anonymous said...

Pak Aspan

Trust me, Dr M, Daim, Sanusi, et al will be back with a vengeance.

Anonymous said...

As slm..ALlah saja yg menentukannya sama ada mahu d berikan taufiq dn hidayat kpd beliau ....

Hmkaziz-