07 November 2013

Tiada jalan mudah ke syurga

Politik ini merupakan satu permainan yang anih. Politik terutamanya di sini, boleh menyatakan yang mustahil dan boleh memustahilkan yang nyata. Politik di sini benar-benar menjadi petunjuk yang dunia semakin hampir kepada kiamat. Perkara yang benar di salahkan dan yang salah pula di benarkan. Maka kita hidup dalam keadaan yang amat keliru, dan kekeliruan itu boleh merosakkan agama dan pegangan kita apatah lagi kepada kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum ini.

Apabila pimpinan politik sudah keliru, maka kita lihat tindakan mereka itu sentiasa songsang dan meranapkan moral kita hidup bermasyarakat, bersosial  dan beragama. Kekeliruan ini seolah-olah di rancang kerana semuanya terlibat dalam kancah kekeliruan ini, kecuali mereka yang masih teguh dengan iman ketuhanan serta yang cekal menghadapi perubahan negatif masyarakat ini.

Kalau hendak mendapatkan perubahan kearah perubahan yang positif sekumpulan kecil yang masih kuat pegangan mereka dan tidak mampu di asuh dan di ubah oleh kebathilan ini yang akan merobahnya. Mereka yang kumpulan kecil inilah yang terpaksa bersabar dan menunggu waktu dan saat yang tepat untuk melakukan perubahan dan hanya Tuhan sahaja yang boleh menyempurnakan afa’alNya untuk perubahan melalui kumpulan ini.

Nyata sekali di dalam keadaan hari ini, kita mendengar dan melihat betapa kelirunya hidup kita jika tidak memahami keadaan kehidupan yang sebenarnya. Rakyat dan umat keliru dan dalam kita mengakui yang dunia sedang menghadapi kekalutan ekonomi yang juga melibatkan pendapatan negara kita juga, kita masih mendengar dan terbaca semua pihak di minta berkorban parkara-perkara yang telah di nikmati rakyat. Rakyat bersetuju kerana ini negara kita yang wajar kita lakukan apa sahaja untuk kebaikan negara tempat mereka berteduh ini.

Tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan terbaca yang pemimpin utama kita tidak rela melakukan pengorbanan malah telah menyediakan peruntukan yang berlipat kali ganda jumlah untuk menjadi Perdana Menteri dan menguruskan Jabatan yang beliau ketuai itu. Najib seolah-olah mempunyai sikap terhadap rakyat seperti sikap ‘kau buat apa yang aku suruh buat, jangan kau buat apa yang aku buat’.

Dalam konteks ini Najib boleh berbelanja sebanyak mana yang beliau suka, dan beliau telah pun memperuntukan sebanyak RM16.45 billion bagi Jabatan Perdana Menteri, jumlah keempat terbesar di antara belasan kementerian yang ada sekarang ini. Tambahan yang begitu besar bagi tahun 2014 itu dari RM11 billion itu menampakkan kepada kita sikap Najib yang menganggap rakyat pimpinannya semuanya ‘tolol’ dan bodoh belaka, tidak tahu mengira dan tiada apa yang mereka tahu.

Sebenarnya tidak payah kita membuat kesimpulan melalui isu lain. Kita tengok dan nilai sahaja dari jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kewangan yang Najib kata di sebabkan oleh keadaan ekonomi global. Kita bukan sahaja menghadapi krisis ekonomi dan kewangan tetapi ia melarat kepada krisis kepimpinan yang sangat nyata, yang terburuk pernah negara ini hadapi.

Sehari dua ini kita dengar melalui berita yang Tun Mahathir sedang berusaha untuk melakukan tekanan terhadap AG Gani Patail dengan mengadakan rundingan sulit dengan bekas pegawai-pegawai keselamatan negara dan beberapa yang lain. Jika ini benar maka tekanan terhadap Gani Patail itu merupakan tekanan terhadap Najib juga. Saya berharap jika keadaan ini benar maka saya beranggapan yang Mahathir sedang cuba memperbaiki keadaan negara yang telah lumpuh ini.

Hanya yang kita harapkan niat Mahathir itu ialah untuk memperbaiki keadaan yang beliau sendiri cipta dan Gani Patail ini pernah menjadi ‘conduit’ kepada kemahuan Tun Mahathir sendiri. Jika benar beliau melakukan ini dengan niat baik untuk negara, maka ia perlu di ketahui umum. Kita harap tindakan beliau ini jika benar, tidak setakat memuaskan kemahuan peribadi yang bersifat amarah, lawamah dan mulhimah sahaja.

Lepas satu, satu perkara terbongkar dan benarlah apa yang dikatakan ramai dahulu, yang segala tindakan-tindakan bathil itu dengan sendirinya akan terbongkar dan memakan kembali diri mereka yang melakukannya. Isu Peguam Negara ini sudah menjadi buah mulut rakyat sejak lama dahulu kerana beliau di persepsikan sebagai seorang yang melakukan tindakan megikut kemahuan politik pihak yang memerintah sahaja dan tidak menunjukkan nilai sebagai seorang yang mempertahankan keluhuran undang-undang.

Imej beliau sebagai seorang Peguam Negara begitu tercemar kerana beliau ibarat ikan mati, hanya berenang mengikut arus. Jika terdapat kesalahan yang mungkin di buktikan oleh Dr Mahathir seperti berita yang di dengari sekarang ini, maka tiba lah masanya untuk melihat kebenaran secara beransur-ansur. Apa yang rakyat ramai mahukan ialah negara ini di tadbir mengikut cara yang sepatutnya.

Keluhuran undang-undang merupakan faktor penting untuk menentukan keutuhan negara di masa depan. Jika undang-undang melindungi yang bersalah dan memenjarakan yang salah, mereka yang melakukan perkara yang sebaliknya sudah tentunya orang yang menjadi pembawa dalil hari akan kiamat. Pembawa dalil hari kiamat ini merupakan mereka yang telah sesat atau di sesatkan bagi santapan neraka.

Tetapi Tuhan juga telah mengingatkan kita yang selagi masih ada orang yag berzikir terhadapNya, walaupun seorang, dunia belum lagi akan kiamat. Itulah sebabnya selagi ada di kalangan kita masih ingat kepadaNya dan berusaha melakukan kebaikan selari dengan tuntutanNya negara kita insyaallah akan kembali pulih dari segala noda politik pimpinan kita.

Oleh itu kita wajar menentang segala manusia yang telah menjadi pembawa dalil hari kiamat ini kerana itu merupakan ubudiyah besar terhadap negara dan fardu kifayah yang sangat di cintai Tuhan alam semesta ini.

Tugasan ini sememangnya tugasan yang berat kerana mencari kebaikan sememangnya satu usaha yang sangat susah. Saya teringat kepada kata-kata ulamak yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu penuh dengan onak dan duri, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak’.

Tiada jalan mudah menuju ke syurga.

9 comments:

penyarah UM said...

Saudara ku Aspan Alias,

Saya meminati tulisan dan pandangan saudara kerana saudara tidak 'cut and paste' tulisan dan pandanmgan orang lain. Baik atau buruknya pandangan dalam blog saudara, ia adalah pandangan saudara.
Setengah blog pemimpin yang ada selalu membuat 'cut and paste' pandangan dn tulisan orang lain.

Syabaslah saudara. I have strong addiction to your blog.

Anonymous said...

Kalau la si Najib ni jadi Bendahara di zaman kegemilangan kesultanan Melaka dulu, dah lama dia kena lempang oleh Sultan...

Naib Nabi said...

Tn. Aspan

Apa2 pun dunia ini adalah bukan milik mana2 pemimpin. Allah lah yg milik segala2 nya.

Kalau pemimpin jahat & rakyat baik. Yg lazim nya rakyat akan di zalimi. Pasti lambat laun, pemimpin itu akan di binasa Allah dgn syarat rakyat tidak buat perkara2 jahat yg langgar perintah Allah/Rasul.

Ini janji Allah. Org yg di zalimi pasti Allah binasa. Hatta walaupun pemimpin itu Islam & rakyat nya kafir.

Masaalah nya rakyat tak sabar utk menunggu bila pemimpin akan binasa. Kerja rakyat bukan menunggu tapi erat kan lagi hubungan rakyat dgn Allah iaitu dgn bina iman & amal yg sahih. Kerja rakyat bukan saja ibadah & doa dgn sembunyi kan diri tapi dgn buat kerja seruan haq siang/malam pd semua manusia baik pemimpin & rakyat. Bermula "concurrently" dgn diri sendiri, keluarga, jiran dgn jadikan amalan rumah/masjid/surau sebagai KPI eg. Ambil satu amal saja. Solat subuh berjemaah. Org. Yahudi kata dlm Taurat ada di sebut kalau umat Muhammad saw dpt solat subuh dgn berjemaah maka pupus segala kekuatan amalan Yahudi. Hari ini amalan Yahudi sudah tersebar luas sampai ke jiwa raga org Islam.

Apa yg saya luah kan ini memang ramai yg tak boleh terima. Dan ada pulak yg mahu logik nya.

Ada pula yg kata betul lah tu. TAPI... sebab nya manusia habis byk masa/tenaga/harta utk kenal/dpt kan dunia drpd utk kenal/dpt kan Allah.

Dapat Allah dapat lah segala2 nya.

Anonymous said...

Anon 14:51 bukan kene lempang tapi kene sula

Anonymous said...

syurga adalah tempat yg terbaik...perkara yg terbaik mesti lah susah untuk didapati..

Dalam kes ghani patail..kalo mahathir adalah sekali..mesti ada udang sebalik mee..walaupun kes tersebut berlaku..ini mahathir lah..perangai buruk beliau rakyat akan ingat sampai mati..

mungkin mahathir ada perancangan rapi dengan org yg akan mengambil tempat peguam negara nanti..demi survival politik mukhriz...mahathir mesti maukan balasan dgn org yg bakal mengambil alih tempat ghani nanti...

Anonymous said...

Sejuk jugak ati tengok Pak Lah jadi Imam. Tun Mahadir jln kaki pegi subuh. Is Najib pray full???

ahmadyaniDotCom said...

Kelakuan mereka ini seperti kelakuan pimpinan akhir Dinasti Abbasiah yang menggunakan harta rakyat dan negara untuk kesenangan peribadi. Akhirnya Allah 'denda'dengan kedatangan tentera Monggol.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti itu.

Anonymous said...

SPRM sudah siap laporan kes NFC & hantar kpd Najib. Samada si Najib nak membaca atau tidak, itu bukan pokoknya. Sbb Najib tidak akan ambik tindakan kpd sesiapa pun dlm kes NFC. Najib tak kenal dosa pahala!

Anonymous said...

thanks ya infonya !!!

www.bisnistiket.co.id