21 January 2014

Jepun menahan pemimpin asing masuk ke negaranya, kita menolak rakyat yang tidak sealiran keluar

Anifah Aman, Menteri Luar Negara, membidas Anwar brahim kerana meminta Wisma Putra memberikan penjelasan kenapa beliau ditahan oleh pihak Imigresen Jepun semasa hendak memasuki Jepun dua hari lepas. Anwar tidak dapat memenuhi jemputan Nippon Foundation  untuk berucap dalam seminar Muslim Demokrat itu.

Pihak Konsulat Malaysia di Jepun telah bertanya kepada kerajaan Jepun kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu dan jawapan yang diperolehi dari kerajaan Jepun ialah Anwar merupakan seorang yang ‘undesirable’ kepada Jepun. Jepun tentulah ada sebab tersendiri kenapa mereka menganggap Anwar sebagai ‘undesirable’ kepada mereka seperti kita menganggap beberapa orang rakyat asing yang ‘undesirable’ dan menyekat mereka datang ke negara ini.

Lebih dari itu ada pemimpin negara kita sendiri yang tidak mahu kita tinggal lagi di negara ini kerana mereka menganggap kita yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai ‘undesirable’. Siapa yang tidak bersetuju telah diminta meninggalkan negara ini, dan tinggal dinegara asing yang lebih sesuai dengan mereka. Jepun hanya tidak membenarkan rakyat negara asing yang mereka anggap tidak sesuai  dengan mereka, tetapi kita menyiahkan rakyat sendiri yang tidak digemari mereka. Kita adalah 'undesirable lots' oleh mereka.

Sesungguhnya sesebuah negara mempunyai hak untuk menolak sesiapa dari memasuki negara masing-masing dan perkara itu adalah perkara yang biasa. Negara kita pernah menolak kemasukan Ahli Senat Australia dan peguam yang terlibat dalam kes pembelian kapal selam Scorpene tahun lepas dan kuasa Imigresen itu tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Baik kerajaan Australia mahu pun kerajaan Perancis tidak datang ke Kuala Lumpur untuk bertanya kenapa rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Jepun merupakan sebuah negara yang berdaulat, maka ia mempunyai hak untuk memilih siapa yang boleh dan tidak boleh memasuki negara itu. Tentulah negara Jepun menolak kemasukan Anwar itu bersebab dan ia tidak boleh menuduh kerajaan Malaysia pula yang menyebabkan beliau (Anwar) dinafikan hak untuk memasuki negara matahari terbit itu. Anwar boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap negara Jepun itu jika beliau mahu mendapatkan pembelaan secara undang-undang.

Beberapa hari yang lepas seorang Dekan Fakulti sebuah Universiti di negara ini telah mendapat pembelaan dari mahkamah AS apabila beliau tidak dibenarkan masuk ke AS sejak 2005 dahulu. Sebagai sebuah negara demokrasi yang besar tentu di negara itu Anwar boleh membawa kes beliau ke muka pengadilan Jepun dan tidak payah lah menyalahkan kerajaan Malaysia pula kerana sekatan terhadap beliau oleh Imigresen Jepun itu.

Saya tidak percaya ia berkaitan dengan politik pemimpin negara kita. Ia mungkin kerana politik beliau sendiri. Daripada meminta Wisma Putra untuk memberikan penjelasan, Anwar sepatutnya bertanya kepada kerajaan negara Jepun, kerana yang menahan kemasukan beliau ke negara itu adalah pihak Imigresen negara itu. Kerajaan Jepun lah akan memberikan jawapan samada ia adalah permainan politik pemimpin negara ini.

Yang perlu membuat pertanyaan itu adalah Anwar sendiri dan mungkin beliau sendiri tahu kenapa beliau tidak dibenarkan memasuki negara itu. Kita tidak pula ingin mengambil tahu samada beliau tahu atau pun tidak tentang halangan yang beliau hadapi itu.

Oleh itu elok kita tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik kerana ia adalah ‘non-issue’ sebenarnya. Jika kita tidak mahu mana-mana negara mengambil tahu hal ehwal negara kita, Jepun juga begitu. Negara itu berhak untuk menolak atau membenarkan sesiapa memasuki negara itu.

Kita perlu menghormati kedaulatan negara lain seperti kita mahu negara lain menghormati kedaulatan negara kita.

9 comments:

Anonymous said...

Lain kali kena bawa kangkung kalau masuk Jepun

Anonymous said...

.... tak payah la nak memekak... menyalak bila Jepun tak bagi masuk negara dia.Ikut suka dia la... negeri dia. Anwar kena la muhasabah diri dia pasai apa jadi begitu. Jgn dok tuding jari kat pihak lain. Tak pueh hati pi la Mahkamah Antarabangsa... jadi tau la kenapa. Raja Noor Jan pun boleh bawa kes ke ICJ!!! Jgn la jadi mcm PM KANGKONG, RM KONGKANG!!!

Anonymous said...

apa dah jadik PKR ni??? Nak boikot barang Jepun? Nak kata boddo... marah! tak cerdik kot. Selangor pelabur utama Jepun beb. Aku ingat UMNO ja bangang, rupanya PKR pun bengong!!! Mungkin PKR dtg dari 'tong' yg sama. Harap PAS jgn terikut jadi beruk!!! Buat kerja tak guna akal!

Anonymous said...

Negara Malaysia dan Jepun punyai persamaan iaitu ada undang-undang untuk menghalang kemasukan sesiapa kedalam negara.Bezanya mungkin pada pandangan saya negara jepun tak halau rakyatnya sendiri dan tidak mungkin akan memadamkan rekod masuk orang asing kedalam negara mereka.Dalam hal ini Malaysia 3 - 1 Jepun, terlebih 2 dari jepun.

ahmadyaniDotCom said...

Kalau kita pergi ke rumah orang dan orang tidak jemput masuk janganlah buat muka seposen tanya kenapa tidak boleh masuk.

Tapi bila dia jemput masuk kemudian tiba-tiba mahu kita keluar, mungkin ketika itu kita boleh bertanya kenapa?

DS Anwar dan PKR jangan buat perangai sulan yang boleh menjatuhkan maruah diri. Maruah kita tidak akan jatuh bila tidak dijemput masuk, tapi kita akan dipandang hina bila kita marah-marah bila orang tidak mahu kita masuk rumah dia.

Anonymous said...

Ahmad,
If prior to the ban, Anwar allowed to go in without hassle & that was quite recently. Why can't Anwar go in? How would you feel if Nik Aziz or PAS was banned from going into Japan?

Anonymous said...

ahmadyaniDotCom,

Maruah? Kalau Anwar fikirkan soal maruah dia tidak akan terus-menerus hidup bergantung dengan lakonan dan pembohongan. Saya masih tak boleh terima, seorang pemimpin berumur lebih 60 tahun berperangai keanak-anakkan dengan lakonan tak menjadinya semasa BERSIH 2.0 dulu...nazak macam nak mati, konon!

Pembohong sampai bila pun tak layak dijadikan pemimpin, apatah lagi dicium tangan dan diikut telunjuknya.

Lan said...


looes 74, I do respect you very much for respecting a person who disrespects himself like Anwar.

cheers.

Anonymous said...

bro... ha ha ha...