09 February 2014

"Tol tidak naik" kata Muhyidin, tetapi rakyat bayar pampasan RM400 juta

Pengumuman TS Muhyidin Yassin tiga hari lepas yang tol lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini dan kerajaan telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pemegang konsessi lebuhraya di negara ini. Tol merupakan ‘proponent’ besar dalam perbelanjaan rakyat zaman sekarang ini, maka desakan rakyat untuk tidak menaikkan tol itu sudah dianggap satu tindakan besar kerajaan dalam menyelenggara masalah rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi itu.

Jika tidak salah pembacaan saya pembayaran pampasan itu merupakan ‘legal obligation’ pihak kerajaan dalam perjanjian konsessi lebuhraya dengan kerajaan itu. Bagi saya ia tetap perbelanjaan rakyat. Dari rakyat secara individu membayar tambahan tol itu, harga tambahan tol itu dibayar oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat juga. Hasil tidak akan kemana. Tambahan yang sepatutnya dibayar oleh orang ramai itu sekarang dibayar dengan menggunakan wang rakyat.

Justeru itu ia bukanlah membebankan rakyat. Ia membebankan kerajaan yang dipunyai oleh rakyat. Pemegang konsessi Lebuhraya tetap tidak mengambil bahagian untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan akan mengambil kembali jumlah pampasan itu dari percukaian baru daripada sumber yang lain jika perbendaharaan rakyat kekurangan simpanan nanti.

Dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi sekarang ini, pemegang konsessi lebuhraya sepatutnya bersama-sama memainkan peranan dan menyumbang untuk menghadapi zaman muram ekonomi sekarang ini. Pemegang konsessi telah membuat banyak kutipan dengan keuntungan yang besar.

Adalah tidak adil jika kerajaan tidak dapat merundingkan supaya pemegang konsessi lebuhraya itu juga menyumbang kepada rakyat dengan tidak menaikkan harga tol seperti yang terkandung dalam perjanjian itu. Tidak payah meminta kerajaan membayar pampasan dan sebagainya. Itu lah yang saya sebut selalu dalam posting-posting saya yang berkait dengan tol ini. Pemegang konsessi tidak mempunyai komitmen untuk menurunkan atau mengekalkan kadar tol ini kerana mereka senantiasa memikirkan keuntungan yang berlebihan yang telah di persetujui semasa menandatangai perjanjian konsessi itu.

Tidak ramai orang yang tidak bersetuju yang pemegang konsessi mendapat keuntungan besar yang berlebihan dari pengguna lebuhraya. Sepatutnya pemegang konsessi menurunkan kadar tol kerana semakin hari ‘traffic’ yang menggunakan lebuhraya itu bertambah berlipat kali ganda dalam beberapa tahun sahaja. Tetapi mereka telah mendapat persetujuan kerajaan dan siapa yang bertanggungjawab dalam kerajaan itu untuk menaikan kadar tol itu mengikut waktu yang ditetapkan oleh perjanjian itu.

Justeru apa yang diumumkan oleh Muhyidin yang tol tidak akan dinaikkan itu tidak menepati tuntutan rakyat terhadap pemegang konsessi itu. Perbezaannya hanyalah pembayaran tol tambahan itu dibayar oleh kerajaan yang juga adalah wang kepunyaan rakyat juga akhirnya.

Walaupun ada pihak yang menuduh keputusan kerajaan tidak menaikan tol ini ada hubung kaitnya dengan PRK Kajang, bagi saya ia tetap keputusan diatas desakan rakyat sejak beberapa bulan yang lepas. Tetapi adalah perkara biasa dalam satu pilihanraya keputusn kerajaan itu akan dituduh sebagai umpan untuk pilihanraya kecil dimana-mana sekali pun.

Itulah sebabnya sesebuah kerajaan perlu mempunyai kewibawaan yang tinggi supaya tidak dituduh membuat satu keputusan itu kerana berkaitan dengan PRK yang sedang rancak diperkatakan ramai sekarang ini. Sekarang ini apa juga perkara baik yang di umumkan oleh kerajaan itu dianggap sebagai umpan pilihanraya kecil ini.

Akhirnya elok kita bersuara lantang terhadap pemegang konsessi supaya bersama-sama berkorban untuk meringankan beban rakyat dengan tidak menaikan kadar tol, dan di samping itu tidak menuntut pampasan dari kerajaan, kerana pampasan yang dibayar oleh kerajaan itu juga adalah wang rakyat.

Pemegang konsessi telah memunggah wang rakyat sebegitu banyak, maka dalam negara menghadapi kekurangan wang ini adalah wajar jika pemegang konsessi lebuhraya menunjukkan rasa terima kasih kepada rakyat yang telah membuatkan mereka menerima keuntungan berlipat kali ganda sejak dari dulu lagi. Di sinilah letaknya nilai kepimpinan kerajaan dan jika mereka mendapat penghormatan yang sebenarnya, pemegang konsessi sepatutnya tidak teragak-agak untuk memberikan sumbangan dengan menurunkann atau setidak-tidaknya mengekalkan kadar tol itu setelah meraih berbillion-billion ringgit keuntungan selama ini.

Dalam masa yang sama elok pimpinan negara tunjukkan sifat berkorban dengan tidak membelanjakan wang rakyat untuk berglamor tidak tentu arah seperti yang kita lihat sekarang ini. Elok tanam sedikit rasa malu dalam diri masing-masing. Rakyat sentiasa memerhati dari jauh dan dekat sikap mereka setiap waktu dan masa.

23 comments:

Anonymous said...

Lebuhraya itu bukan dibuat untuk kemajuan negara tetapi dijadikan laluan untuk merompak duit rakyat.

Anonymous said...

kenapa la kita masih percaya kerajaan yang sedia ada ini. Buat lebuhraya .. menyusahkan rakyat. Buat stadium.. stadium runtuh. Beli kapal selam.. kapal tak boleh menyelam.. macam macam

Anonymous said...

Kerajaan yang sengaja membebankan rakyat dengan perjanjian berat sebelah. Sekarang memberi alasan bahawa terikat dengan perjanjian.

Kepada rakyat yang memilih kerajaan BN, jangan lah mengeluh sebab anda 'deserve' apa yang anda dapat

Anonymous said...

Lepas dari mulut buaya masuk mulut singa...........

maae said...

Saya sokong juga pendapat ini :-

1. Kenapa kerajaan di persalahkan tidak logik. Kerajaan perlu kepada perbelanjaan pembangunan. Cuma kadar tol dalam konsesi perjanjian tol tidak mengikut aliran trafik yang kian meningkat dari tahun ke tahun. Stastik jika benar, 1.2 juta kenderaan di jalan raya. Lembah kelang sahaja 3/4 dari jumlah sentiasa bergerak aktif dan melangkaui lebuhraya utara-selatan.

2. Memang duit rakyat. Malah rakyat kena membayar kepada perhidmatan yang di gunakan. Pihak pemegang konsesi perlu melunas pinjaman bank. Malah ada tol yang di lupus oleh Najib demi mengisi kehendak rakyat sebelum ini. Ini semua melibatkan dan penggantian kos dan pekerjaan. Bukan mudah sebenar nya mengimbangi awam dan swasta di mana kerajaan lebih kepada kos dan kebajikan yang terus lupus - manakala swasta HANYA MERAIH KEUNTUNGAN BESAR semata-mata....

Seharus nya kerajaan boleh mengambil peluang dari keuntungan mereka setelah di berikan sandaran dengan jaminan. Itu lah 'penswastaan' yang tidak memihak kepada individu berkepentingan !

ahmadyaniDotCom said...

Setiap tahun syarikat konsesi tol mengumumkan keuntungan, tapi masih ada keperluan untuk menaikkan tol. Bila tol tidak dapat dinaikkan, pampasan dibayar. Kononya sudah ada dalam perjanjian. Rompakan "yang dibenarkan' undang-undang zalim ini kekal sebagai satu dosa kepada orang yang menandatanganinya walaupun dia sudah bersara.

Anonymous said...

Baru habis baca blog Helen. Dengar kata PM Najib sedang bercuti di Bermuda.... Asyik enjoy aje dia ni!

Anonymous said...

Salah satu contoh amat jelas, perjuangan parti pimpinan UMNO bukannya untuk membela rakyat, tetapi hanya kroni. Kroni pula disarankan supaya tidak menaikkan kadar tol, absolutely impossible to happen. Inikah parti yg masih perlu dipertahankan? Perkara2 lain termasuklah kenaikan tarif elektrik dan premium insuran kenderaan, adakah mereka ini ambil peduli?

PEMIKIR said...

Sdr Aspan,

Kekadang saya terfikir juga, dalam kita ber'zikir' tentang tol naik atau turun;

katakanlah, untuk memuaskan hati sesetengah rakyat yg inginkan pertukaran pimpinan kerajaan pusat, dan ianya benar-benar terjadi dlm pru yg akan datang, sedangkan lebuhraya dan plaza tol telah terbina diseluruh semenanjung Malaysia,

adakah pertukaran kerajaan ini akan secara otomatisnya meranapkan plaza-plaza tol tersebut secara sendirinya, dan merupakan jaminan yg rakyat tidak lagi terbeban utk membayar tol?

sekadar utk difikirkan bersama, secara ikhlas. terima kasih atas pandangan saudara ...

Unknown said...

Siapa sain agreement tol dan mengapa begitu berat sebelah ke atas pemegang konsesi? Mengapa perjanjian tol diletak di bawah OSA? Apa yang nak disembunyikan?

Inilah akibat bagi kuasa jaga reban ayam kepada sang musang. Mengapa begitu "bijaksana" memilih pemegang amanah. Sekarang ayam, anak ayam, cucu, cicit dan piut ayam semua tanggung akibat, disebabkan "kebijaksanaan" pak ayam dan tok wan ayam.

Anonymous said...

Jika pemimpin parti yang memerintah negara jujur hendak membangunkan negara dengan lebuhraya yang moden dan canggih, bila kos pembinaan sudah dibayar seharusnya bayaran tol tidak perlu dinaikkan dan bayaran tol diteruskan untuk membina lebuhraya baru dan menampung kos penyelengaraan.

Din said...

Assalamulaikum tuan..

Blog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html.

Oleh itu, saya telah membuat blog baru di alamat http://addindeen.blogspot.com

Mohon letak link blog baru saya di blog tuan, blog tuan saya telah linkkan.

Terima kasih atas kerjasama.


Addin

Suffian said...

saya setuju dgn komen Brite Lite..
pada saudara "pemikir"...kita bercakap pasal kenapa kita dibebankan dgn tol2 berdasarkan penjanjian yang berat sebelah/tidak telus,bukan bercakap pasal jaminan tol free kalau PR jadi krjn,jangan terlalu cepat pukul rata.Rasanya PRakyat pun tidak menyebut Malaysia bebas tol dalam kempen2nya.
Memang jelas terutamanya PLUS dah lama balik modal, sekarang kaut untung aje, soalnya sampai bila nak kaut untung yg semakin menggunung tu ?

Rakyat Marhein said...

kalau cmtu baik aku benti keje kerajaan..tubuh syarikat kontraktor ke ape ke pastu dpt tender bina lebuh raya dan sain agreement sama mcm apa yg PLUS buat perjanjian dgn krjaan.syarikat aku kaut untung je la hari2 bulan2 tahun2..goyang kaki dan pergi melancong sakan.. para kontraktor pun xperlu lg cari job bagai.bg aku apa pun alasan yg mcm PEMIKIR kata tu aku tak setuju lgsg. fokus 1 saje. bagaimana perjanjian ini dibuat.rkyt tahu ia berat sebelah.tp knpa krjaan sain juga.sepatutnya kerajaan dgn kuasa yg ada kn tegas dan cerdik dlm setiap prjanjian.kerajaan berurusniaga dgn konsesi yg 'berniaga'.kerajaan pun kn jd 'peniaga' bijak bg pihak rakyat. tetapkn tempoh kutipan tol.tetapkn bape % yg konsesi boleh ambil untung dr kutipan tol.abis tempoh lebuh raya tu kerajaan yg punya. kalau nk kata konsesi ada buat pinjaman bank ke apa ke, untung berBILLION2 takkan xmmpu abis bayar kot..kalau dh kerajaan pun otak penyamun dan konsesi tol pulak dah otak pencekik mana mungkin rakyat dpt labanya..

Anonymous said...

Ingat lebuhraya ingat kereta.Rasanya malaysia tersalah langkah hendak menjadi sebuah negara pengeluar kereta.Rakyat juga sangat terbeban dengan kereta nasional, bukan tidak patriotik tetapi kereta nasional perlu juga berkualiti dan tidak membebankan rakyat, tak akan kereta luar yang berkualiti dijual lebih mahal dari kereta nasional yang seribu serba satu masaalah dan kurang kualiti.Ini pun satu bebanan kepada rakyat untuk menyelamatkan industri kereta nasional.Bayar tol pun ikut kelas dan bukannya ikut jenamanya.

awang batuburok said...

Kesian kpd sdr Pemikir kerana tak sempat berfikir dan mengkaji manifesto PR secara mendalam kerana terlalu sibuk menonton Tv3suku, Utusanmeloya gamaknya....

anti syaitan said...


Apa nak dihebohkan tentang perjanjian berat sebelah konsesi TOL lebuhraya diMalaysia. Memang dari awal-awal ianya dibuat untuk mencekik wang rakyat. Sememangnya kerja Penyamun adalah menyamun, kerja Perompak adalah merompak....

Rakyat seramai 47% memilih penyamun dan perompak untuk memimpin negara ini apa pasal???

Anonymous said...

dah korang pilih dia jadi PM.... paaaaaaadan muke!!!

Anonymous said...

untuk membolehkan 'ibu ayam'@RM berjoli dgn harta rakyat...

Anonymous said...

selagi masih ada rakyat yg bodddddo dan bangang... selagi itulah tol terus hidup

Anonymous said...

Tuan,
jgn difikirkan PEMIKIR tu. Kejenya pikir ja, bukannya buat keje 'amali'.... puak PEMIKIR la banyak dlm kerajaan skrg.... sebab tu Malaysia ni dah nak muflis

Anonymous said...

nanti jwp puak 47% tu... aku naik beskal tak kena tol. bila lapar je... aku gi la mematuk kat atas tanah tu atau pun pi menyudu kat longkang tu... mana ada tol. kslsi tak pun boleh di menyondol ubi keladi kat hutan tu... mana kena tol. nak mandi ja... hi berkubang kat padang tu ... mana ada tol! Mengapa mau bising pasal tol... tiru la aku puak 47% ni... gaya hidup terkini..
..... 47% yang bangang... PEMBONGAK!

Anonymous said...

Negara ini dilimpahi kurniaan alam yang sungguh sempurna, Malaysia sebuah Negara membangun yang pesat dengan pelbagai hasil bumi dan mampu menjadi kaya, Negara ini ada minyak, kelapa sawit, beras, emas, bijih dan banyak lagi, kenapa Negara yang mempunyai penduduk seramai 28 juta ini masih dihantui dengan pelbagai masalah ? mudahnya pengurusan Negara yang tidak cekap, dasar politik yang mengamalkan pecah perintah gaya british, system pendidikan yang masih ketinggalan zaman, ledakan pendatang tanpa izin, kewajaran sector awam yang dilihat tidak Berjaya dalam pengurusan dengan baik. sekiranya disbanding dengan sebuah Negara kerdil seperti singapura, Negara ini tidak mempunyai apa apa sumber alam, namun mampu Berjaya antara Negara yang maju di dunia, kerana apa ? hanya pengurusan yang cekap dan dilihat membawa perubahan yang positif, selalunya orang pertikaikan singapura hanya Negara kerdil dengan penduduk sekitar 4 juta namun hakikatnya ialah system pentadbiran Negara ini masih utuh dengan pelbagai kaedah modenisasi demi kebaikan rakyatnya, Negara kita pula, meneruskan agenda pembangunan. pembangunan untuk siapa ? adakah pembangunan ini memberi kesan psoitif kepada warga Negara ini atau sebaliknya memberi keuntungan kepada segelintir tokoh koprat yang selesa dengan kehidupan mereka dewasa ini, hakikatnya system pentadbiran Negara ini perlu dirubah menjadi baik, menteri pendidikan perlu berasal dari tokoh pendidikan, maksud disini adalah seseorang yang mahir dalam bidang kementeriaan yang menjadi periuk nasi Negara ini, ini ahli politik yang menang pemilihan parti politik menjadi menteri dalam bidang tertentu, pastinya kemampuan mereka ini diragui, dan mereka amat bergantung kepada kumpulan pelaksana yang menyediakan segala rancangan atau polisi sesuatu kementerian, ini lah real politik Negara ini, isu pembinaan lebuhraya kalau kita semua cuba ingat kembali di zaman tun dr Mahathir, lebuhraya ini dibina dengan pinjaman tabung haji, kwsp dan pinjaman luar Negara, apa yang kita Nampak sekaran ? setelah sekian lama hutang tidak dibayar habis malah syarikat konsesi mengaut keuntungan berlipat ganda, syarikat awam yang dulunya kepunyaan rakyat menjadi hak milik swasta dengan dasar penswastaan, adakah ini membawa kemajuan ? adakah ini cara membela nasib rakyat ? apa yang pasti rakyat semakin sedar kedayusan golongan pemerintah rakus dalam mengkayakan diri dan sanak keluarga, kehidupan mereka yang diluar kemampuan dilihat rakyat setiap hari, pastinya kesemua ini membawa rasa tidak puas hati yang sentiasa terbenak di sanubari rakyat, pemimpin politik yang amat berkuasa kena sedar perkara ini, mereka masih dikelilingi oleh golongan bodek dan pengampu bagi mengkayakan diri dan demi kepentingan sendiri, allah selamatkan Malaysia....