29 November 2014

Kalau semasa pemerintahan Jepun boleh makan ubi kayu, kenapa sekarang tidak boleh?

Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan. Ya, itu sahaja perbezaan di antara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu.

Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum Perhimpunan Agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas Perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang menambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan.

UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita.

Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama, maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu.

Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja...dibawanya kita dibawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonomi. 1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang cemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu.

Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan senario pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka.

Jika ada perselisihan faham di antara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara kearah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyempit mereka.

Melebarnya jurang pendapatan di antara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua. Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma.

Tidak diberitahu bagaimana kah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ketahap USD70 semalam sedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini bukan satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa.

Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah.

Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan  UMNO, kerana mereka berada diatas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’.

Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas. Rakyat marhein boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh merudum nanti.

Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita bermasalah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa dibawah-bawah ini?

Yang pentingnya mereka yang berada diatas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar.

Kepada perwakilan UMNO diucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan dijalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

10 comments:

Anonymous said...

Pas Aspan

Kita semua bersalah kerana mengundi mereka dan memberi mandat kepada mereka untuk terus berkuasa. Banyak orang ramai tidak mampu membeli ubi sebab harganya amat mahal!

tebing tinggi said...


Those at high table aer always ,"kenyang" not only in UMNO.

Kobou Den ,konyong pon dio menguak ,apo lagi lopar !.

bat8 said...

Bukan semua kita yang mengundi mereka Anon 12:02. Hanya 47% termasuklah 15 orang perwakilan dari Bahagian Kota Bharu, Kelantan yang buta huruf.

Sebenarnya bukan menghina 15 orqng ters3but secara peribadi, tetapi selagi m3ntaliti orang melayu masih rendah, selagi itulah UMNO boleh menang PRU. Dalam PRU 13 lepas, kita melihat satu t3ktik baru diperkenalkan oleh UMNO selain dari tektik-t3ktik biasa seperti gerrymandering dll. Tektik itu ialah m3mbeli undi golongan didalam braket 15 perwakilan dari kota bharu iaitu BR1M.

Percayalah jika kita tidak memberi t3kanan kepada PR untuk buck up, UMNO/BN akan m3nang lagi PRU 14 nanti. Najib t3ntunya sudah ada senjata sulit untuk menenang seperti BR1M. Yang bol3h mengalahkan UMNO hanyalah jika 3konomi kita jatuh dengan terok sehingga ada yang makan ubi kayu.

Anonymous said...

What option is left?
Undi pkr dan puak2 lajnah pkr yg berlumba2 nk membela non muslim?
Berlumba2 nk liberalkan islam?

Unknown said...

I like ... makan ubi rebus. Good one Pas Aspan. Sangat terkesan. Mungkin akan jadi realiti ...

Anonymous said...

pencacai umngok ni lain orang citer lain yang dia citer. "What option is left?
Undi pkr dan puak2 lajnah pkr yg berlumba2 nk membela non muslim?
Berlumba2 nk liberalkan islam?'
29 November 2014 22:07:00 GMT+8
Tak ke tolol namanya ...... Pak Aspan citer pasal PAU 2014 yang tiada impak untuk rakyat Malaysia.......ALE UTUH BETO LAAA ANON 29 November 2014 22:07:00 GMT+8

Anonymous said...

Anon 22:07

Are you trying to give excuses yang kita semua kena sokong jugak UMNO walaupun sahaja terok tetapi akan menjahanamkan kita orang melayu?

Bukak mata dan minta. Tengok sekeliling. Politik pasca tsunami 2008 sudah berubah kepada politik era baru. Tengok keliling k3hidupan kita semakin m3ncemaskan dengan kenaikan kos hidup yang terus meningkat. T3ngok pe4belanjaan bulanan kita, ok ke semakin perit?

T3ngok keadaan p3ntadbiran negara yang s3makin tak masuk akal. Kita ambil contoh mudah. Tim3 harga minyak dipasaran dunia turun, harga kita dinaikkan. Sedangkan ada negara yang bukan p3ng3luar minyak seperti India menurunkan harga minyak runcit.

T3ngok harga barangan kepe4luan. Semua naik. Harga barangan boleh naik ikut suka sahaja sedangkan kita ada s3buah kementerian khusus untuk menangani masaalah ini dengan peruntukan beratus2 juta setahun. Apa mereka jawab? Tak boleh buat apa-apa. Kalau tak bol3h buat tugas asasi, baik tutup je kem3nterian itu. Duit peruntukan kementerian tersebut boleh diguna untuk benda lain.

Tengok apa jadi dengan subsidi minyak dan sistem apungan terkawal minyak. M3ngikut berita yang ters3bar Ron 95 diturunkan s3banyak 4 sen menjadi RM 2.26. Perasan s3karang ni syiling 1 s3n dah tak ada, jadi harga RM 2.26 tu samalah dengan dengan harga asal RM 2.30! MANA ADA TURUN HARGA RON 95! Kalau isi RM 50, kita hanya jimat 87 sen. Jika kita m3nggunakan pet4ol sebanyak RM 400 s3bulan, kita hanya m3njimatkan hanya RM 6.96 sen. Nak beli satu tin sardin cap ayam yang besar pun tak cukup.Maknanya kerajaan hanya main silap mata je. Keadaan menjadi lagi parah kerana sudahlah subsidi ditarik balik, harga minyak ron95/diesel pun sama harga dengan harga semasa subsidi!

Persatuan pemilek lori pengangkutan sudah menegaskan dengan harga baru ron 95/diesel, pihaknya tidak akn menurunkan kos p3ngangkutan. Ini bermakna harga barangan tidak akan turun disebabkan penurunan harga ron95/diesel. Kiri kanan kita kena tipu!

Mengikut Rafizi, jika harga minyak dipasaran dunia USD 80/tong, harga runcit RON 95 sepatutnya RM 1.92/liter.

And yet sdra membesarkan statement "Undi pkr dan puak2 lajnah pkr yg berlumba2 nk membela non muslim?" , isu picisan yang boleh dipertikaikan.

"Berlumba2 nk liberalkan islam?". Sayang sekali sdra tidak hurai lebih lanjut apa makna liberakan Islam? Adakah perbuatan untuk mempermudahkan atau simplify Islam? Pada saya jika bagaimana nak simplifykan Islam sedangkan Iskam itu ugama yang dah mudah. Sebab itu wujud 4 mazhab yang berbeza antara satu sama lain didakam masaalah ranting. Dalam masaalah pokok atau teras, Islam tak boleh diliberalkan. Misalnya sembahyang 5 waktu diliberalkan menjadi 3 waktu sahaja ( subuh, magrib dan isya) kerana kehidupan moden hari ini menyukarkan untuk sembahyang zohor kerana kebsnyakan syarikat memberi waktu rehat 12.00 -1.00 pm. Atau rasuah itu dibolehkan. Mengguna harta zakat untuk buat projek yang mengguntungkan kita sedangkan keperluan projek itu tidak prioriti dsb.

Anonymous said...

zaman jepun ubi percuma, zaman umno ubi dh mahal.

perhimpunan umno kenapa tk jamu ubi rebus saja?

umno membawa rakyat ke belakang, bangsa lain maju ke depan, umno suruh kita makan ubi, supaya mereka merompak dan kita disuruh bersyukur makan ubi.

ingat! zaman jepun bukan saja boleh makan ubi, boleh juga bunuh membunuh demi kemerdekaan negara dpd penjajah. nak mcm tu ke?

Anonymous said...

Sokong Anon 11:28

Harga Ron 95 bulan disember 2014 rm 2.26 nanti sama harga dengan harga ron 95 seb3lum ini yang diberi subsidi rm 2.30 !. Apung terkawal kepala hotak.....rafizi kata harga ron 95 ialah rm 1.92 jika harga minyak usd 80 setong. Ini penipu besou.....kita kena ingat subsidi kepada industri kerajaan tak tarik.

Kalu turun kepada RM 1.92 nanti TNB kena turun tarif letrik. Subsidi kepada TNB dan IPP tak tarik walaupun harga turun rm 1.92. Subsidi sudah jadi duit free, nnti rakyat nampak. Kerja merompak siang hari

Kalau turun kepada rm 1.92 banyak barang keperluan boleh diturunkan. Hassan malek tak mahu s3bab dia kena buat kerja. Sekarang bole goyang kaki.

abrarmujahideen said...

Bagaimana nasib orang kurang upaya..
Tanggungjawab ibu bapa org sebegini..eemmmm