Ramai yang memperkatakan yang
banyak cawangan UMNO akan mendesak Najib untuk meletakkan jawatan. Ada yang
mengatakan setidak-tidaknya sebanyak lima ribu cawangan akan membuat desakan itu.
Malahan ratusan cawangan telah pun melakukannya dan ini mendapat reaksi pimpinan
UMNO pusat. Adnan Mansor dan Ahmad Zahid telah menuduh ada dalang di sebalik
desakan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan ini.
Ramai yang beranggapan yang ia
didalangi oleh musuh dalam parti. Tetapi tidak kurang yang beranggapan yang ia
juga didalangi oleh Zahid Hamidi kerana Zahid mahu mempastikan dirinya mendapat
kerjaya sebagai PM itu secepat mungkin.
Walau apa pun desakan itu telah
wujud dengan jumlah cawangan yang besar. Jika dua puluh lima peratus dari
jumlah cawangan-cawangan membuat tuntutan itu ia tetap melemahkan Najib dan
secara moralnya. Najib sudah hilang 'legitimacy' untuk memimpin parti dan negara. Beliau wajar meletakkan jawatan kesayangannya itu. Secara
hakikatnya Najib sudah menjadi pemimpin yang ‘spent force’ dalam partinya
sendiri. Bagi sesiapa yang boleh berfikir lebih dalam lagi Najib telah
memberikan ruang untuk orang lain melakukan ‘dalangan’ terhadap beliau untuk
berhenti itu.
Jika seseorang pemimpin itu
sebenarnya pemimpin yang berwibawa, tidak mungkin sentimen menolaknya begitu
besar dan meluas. Jika Najib seorang pemimpin yang benar, tidak mungkin sesiapa
boleh mendalangi tuntutan cawangan-cawangan untuk beliau meletakkan jawatan. Apa
yang didengar dari UMNO itu adalah ketidak-yakinan ahli-ahli parti itu terhadap
Najib. Tetapi yang lebih besar lagi ialah doa dan tuntutan rakyat ramai untuk
beliau meletakkan jawatan kerana sudah tidak terlarat untuk bersabar dengan
kerenah nya sebagai pemimpin negara.
Kita sekarang boleh bertanya kepada Najib, dimanakah dia tiga juta ahli UMNO yang menyokong nya itu?Sesungguhnya apa yang berlaku di peringkat
akar umbi sekarang ini amat membahayakan UMNO itu sendiri. UMNO sudah pasti
akan kalah di lebih banyak kawasan kali ini. Setidak-tidaknya kali ini UMNO akan
menambah kawasan yang mereka akan kalah. Jika UMNO hanya mendapat kurang dari
tujuh puluh kerusi, BN akan tumbang kerana UMNO tidak boleh mengharapkan
tambahan kerusi dari rakan komponennya seperti MCA dan Gerakan.
Kekalutan UMNO sudah ada batasnya
lagi. Najib hanya menumpukan untuk menyelamatkan dirinya semata-mata. Sejak
penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Apdal dan pemecatan ramai ahli-ahli parti
yang tidak sehaluan, UMNO dan Najibnya sudah tiada jalan lagi untuk menyelamatkan
parti ini. Perhimpunan kali ini akan berlaku perubahan dalam persidangan itu.
Perhimpunan sayap-sayap parti kali ini akan dirasmikan oleh ketua sayap
masing-masing untuk mengelak Muhyiddin dari berucap dan mendapat tumpuan. Zahid
Hamidi pun mahu beliau yang merasmikan persidangan sayap-sayap itu.
Sekarang ada ura-ura untuk tidak
membenarkan media membuat liputan dan persidangan itu akan diadakan secara
tertutup pula. Jika kita melihat dari scenario dalam UMNO kini, kita memahami UMNO
sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Selagi semua pimpinan parti itu tidak
diubah UMNO akan merudum kerana tekanan rakyat untuk presiden parti itu
berhenti sudah terlalu meluas dan mendesak.
Jika persidangan dibuat secara
tertutup elok jangan bersidang di Kuala Lumpur. Elok kita cadangkan perhimpunan
itu dibuat di hutan belantara Pahang sahaja. Di sana tidak ada yang datang
menjenguk dan tiada siapa yang mendengarnya. Segala masalah sekarang di dalangi
oleh Najib sendiri. Hanya beliau selalu melemparkan kesalahan beliau kepada
pihak lain.
UMNO bermusuh dengan semua pihak
khususnya kepada orang Melayu. Kita orang Melayu hanya digunakan oleh pimpinan
hari ini sebagai pemikul bala perbuatan pucuk pimpinan hari ini.