06 November 2015

Rakyat seperti hamba abdi pemimpin sahaja

Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat ‘complain’ terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.

Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.

Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan. Jika pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat cermat dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.

Jadi apa bezanya rakyat dengan kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.

Apabila ‘hamba abdi’ itu marah pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.

Oleh kerana pemimpin kita tidak 'resourceful' rakyatlah yang terpaksa menjadi rakyat yang ‘resourceful’ bagi membantu pemimpin terutamanya Perdana Menteri yang sentiasa mengharapkan rakyat untuk menyelesaikan masalah negara terutamanya untuk membayar hutang negara yang besar hasil dari keborosan pimpinan negara kini.

Kita perlu ingat pucuk pimpinan kita tidak pandai hidup bersederhana. Kita terpaksa mengabdikan diri kita untuk membayar kos penyelenggaraan jet mewah kerajaan yang Najib gunakan yang menelan belanja puluhan juta ringgit dalam masa kurang dari satu tahun sahaja. Perdana Menteri tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan beliau dan isterinya. Kita disuruh nya makan kangkung sahaja.

Rakyat sebagai hamba abdinya wajar bersedia untuk membayar lebih banyak cukai kerana pimpinan kita sangat tinggi kos penyelenggaraan kehidupan mereka di Sri Perdana itu. Beliau yang selalu bercakap isu wasatiyah tidak berbelanja secara wasatiyah yang di sebutnya selalu. Kita hanya wajar melakukan apa yang beliau suruh tapi jangan lakukan apa yang beliau sendiri lakukan.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa terhadap ‘si beruk dapat bunga’ atau si kudung dapat cincin’ itu. Tidak tahu apa nasib kita di hari muka mendapat pimpinan yang sebegini.

5 comments:

Anonymous said...

Apa boleh kita lakukan,,pembangkang dah bergaduh sesama sendiri terutama Dap yg begitu serius menentang agenda hudud pas. Terima ja la apa yg umnobn lakukan,, rakyat dah tak yakin lagi dgn pembangkang, asyik bergaduh saja,,mcmna nak mentadbir negara?

Anonymous said...

Dipendekkan cerita kita pakat tukar ... pd. PRU 14 nanti...Pemimpin adalah hamba rakyat jika sebaliknya kita pakat tukar ...

Anonymous said...

*speaker
*menteri
*menteri
-bertindak mcm kerusi speaker dan kerusi menteri2 itu emak bapa dia punya

Anonymous said...

walaupun pembankang gaduh kita mesti tukar kerajaan sedia sebelum mereka suruh kita makan pasir.

Naza said...

Maka berhati2lah kerana bakal pengganti Najib nanti (kalau jadilah) lebih teruk dari 'beruk' @ 'sikudung'. Rakyat kekal abadi jadi hamba abdi. Tinggal tunjuk surat beranak je