Kalau tidak silap saya pada hari
Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang
Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang
akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika
UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.
Tetapi Mahathir tidak langsung
menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara
yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap
UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab
yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini
berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah
dan penyebabnya.
Kalau kali ini Mahathir berubah
pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan
UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu
Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau
menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.
Jadi kita berhak untuk memilih
nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihanraya
yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu
mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak
sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa
bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba.
Tiada ‘consistency’ dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.
Ramai yang berjumpa dengan saya
meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya
hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang
beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu
dan rakyat yang ramai.
Kalau beliau keluar dari UMNO
dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak
sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib
sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi.
Tetapi hakikatnya ramai yang tahu
sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan
kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang
mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang
hebat dan mampu ‘berjalan di atas air’ dan perlu disembah dan dipuja.
Oleh kerana Abdullah Badawi itu
degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau
tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus
mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, “jangan pilih
parti, kita mesti pilih calon”.
Tetapi di Alor Setar Isnin lalu,
beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti ‘aku janji’
supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut
ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka
akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti.
Apa yang UMNO boleh lakukan jika
ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap
ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu ia terpaksa
mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di
dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan
keahlian yang berjuta-juta orang.
Seorang pemimpin UMNO selalu
berkata kepada saya, “The huge number of memberships in UMNO will sink the
party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether.”
Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan
di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan
parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih
parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka.
Jika Mahathir meminta ahli-ahli
UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan
dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang
terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana
kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam.
Kata-kata Mahathir di Kedah itu
membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau
dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan
orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri.
Nampaknya budaya bai’ah dan
bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang
menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka.
Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal,
bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah
terlalu uzur dan tempang itu.
Saling tidak mempercayai di antara
mereka itulah yang menjadi ‘immediate cause’ yang akan menjatuhkan parti itu
dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya
untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu
mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya
kembali.
Kalau dahulu Mahathir boleh
memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh
menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh
melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan
pula?
Pendeknya, UMNO tidak percaya yang
ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang
sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti
ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah
sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan
UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan
tertinggi mereka.
Mungkin jawapannya ialah Melayu
sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang
kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila
Mahathir berucap.
Orang Melayu sedar bahawa ‘Melayu
itu tidak akan hilang di dunia’ seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang
mereka lupa ‘Melayu itu akan hilang dunianya’ jika UMNO terus menerus dalam
keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya.
Tetapi memang ‘conclusive’, UMNO
tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini.
Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang
Melayu.
Kalau tidak masakan UMNO telah
memilih untuk menggunakan ‘gangster’ untuk mengganggu program-program anjuran
Pakatan Rakyat di mana-mana.
19 comments:
Salam...
Kita bukan x percaya kan kerja2 doktor...tapi kurang yakin dgn keputusan yg doktor buat....tu yg UMNO dh tersalah makan ubat semasa sdg tenat....
Nasihat yang sekarang ni aku rasa yang patut kita ikut dan aku rasa nasihat Tun itu mengikut keadaan semasa. Lihatlah dari segi kebaikan iaitu tujuanya nasihat tu diberikan. Aku rasa keliru dengan penulisan ini iaitu ada kah Mahathir akan bertanding di PRU13 ini?
Tuan Aspan,
TDM adalah liabiliti yang teramat besar pada melayu dan Malaysia. Biarkanlah dia banyak bercakap mahupun morayan kerana apa yg keluar dari mulutnya itu tidak memberi apa apa nilai lagi dah!.
U all ni nak respon lagi dengan TDM ni apa pasal?
Just don't listen to him any longer. He is not sincere. He fails to be a statesman altogether ladies and gentlemen.
Let him talk to himself. Just that.
enron
Tuan Aspan,
Jangan di'apekkan' sangat cakap Mahathir tu,umur dah lebih 80 tentulah cakapnya bukan boleh pakai sangat.Dia memang risau jika pentadbiran negara bertukar tangan kerana pihak penguasa baru tentu akan membuka fail fail lama.Macam mana anak seorang doktor boleh jadi antara anak melayu terkaya di Malaysia/dunia.Kalau dia pandai berniaga tak apalah, tapi kalau kaya dengan bantuan bapa semasa menjadi PM,menggunakan duit rakyat Wallahualam lah jawabnya
Pak Aspan,
Macam mana UMNO BN nak percaya ahli sendiri kalau pemimpin parti tu sendiri tak mempercayai diri mereka sendiri.
Jutaan yang jadi ahli UMNO sejak Kutty memerintah bukan sangat kerana kagumkan perjuangan UMNO tapi lebih kepada nak menjaga periuk nasi kerana era Kutty tulah mula timbul istilah " orang kita, orang mereka", Melayu yang diluar UMNO dianggap Melayu kelas 3. Yang sokong UMNO Melayu kelas 2 dan kroni serta pimpinan atasan adalah kelas 1 elit.
Kutty yang berdarah "Kerala" tu mengekalkan sistem "kasta" dalam pertubuhan itu. Sebab itu warga Malaysia ramai yang menjadi UMNO pada jasad saja, tapi rohh dan jiwa UMNO langsung tak ada di hati mereka (termasuk aku juga). Kalau tak percaya..semaklah dan periksalah, siapa sebenarnya yang melunaskan segala bentuk yuran berkaitan parti itu. Berapa kerat yang benar2 membayar?.
Berbeza dengan parti parti dalam PR, ahli dan bukan ahli ikhlas memberi sumbangan kerana roh perjuangan parti berkenaan sentiasa di jiwa mereka. Jadi macam mana UMNO nak percaya ahli mereka sendiri kerana hakikatnya mereka dah tahu kedudukan sebenar bahawa mereka tidak lagi diampu dan disokong.
Saudara AA dan bloggers
Si MM ni takut kehilangan segala pengaruh dan lesen-lesen monopoli yang telah diberi. Yang paling ditakutinya ialah empayarnya akan terus hancur. Itu sebab dia nak anaknya jadi menteri.
Salam Dato,
Ini tanda UMNO baru sudah nyanyuk terlalu awal. Baru seusia pemain Harimau Malaya, sudah tidak tahu nak control bola. Bahkan bola dipegang macam main ragbi.
200 ribu Bersih 3.0 Pak Cik Rais Yatim kata hanya 20 ribu lebih.
100 ribu pada perhimpunan UMNO 66 tahun , walhal tak sampai 60 ribu.
Ini kalau pemimpin UMNO tak pandai matematik, inikan pula blogger UMNO yang bawah barangkal gagal matematik UPSR.
Rujuk umur Lim Guan Eng pada tahun 1969 :
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10527-fitnah-guan-eng-berumur-8-tahun-pada-13-mei-1969
aku rasa cerita pasal TDM kita lupakan, itu cerita lama. tumpuan kita hanya pada pru ni. kita jangan banyak buat dosa lagi.
Perdana menteri malaysia yg paling tak guna..adalah mahadir..
Kekalutan dan masalah yg menimpa org melayu adalah berpunca dari mahadir..Adakah patut org melayu salahkan tunku abd rahman,tun razak,tun hussin onn,paklah,najib yg hanya memerintah beberapa tahun?? sedang kan mahadir 22 tahun..cuba lihat lee kuan yew yg jadi pm singapura..apa yg di buat untuk org cina dn rakyat singapura..dan bandingkan apa yg mahadir buat pada bangsa melayu..berpunca dari mahadir lah..org melayu akan kehilangan tanahair sendiri..betapa jahat nya mahadir terhadap org melayu..perpecahan org melayu berpunca dari beliau..siapa yg banyak musuh dikalangan pemimpin melayu..jika bukan mahadir..mahadir bersuara hanya untuk selamatkan diri beliau dari dikenakan tindakan mahkamah atas penyelewengan yg beliau lakukan selama ini..
musuh utama bangsa melayu sebenarnya mahadir..paklah dah nampak..najib yg buta..org melayu berharap sikap mendiam diri paklah..akan membuka hati beliau menyertai pakatan rakyat..
Jika mahadir dlm umno..paklah menyertai pakatan..org melayu akan bersatu..lupakan lah mahadir..yg tidak berguna
Tuan kata,
"etapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau"
Betul tu tuan. Mengapa mahathir hendak setiap PM dan presiden UMNO Baru melayan semua kehendak perbadinya?
JAWAPANNYA: UMNO BARU TU DIA PUNYA. DIA YANG TUBUH UNTUK DIRINYA. Penganti-penganti selepasnya bukan pemilik UMNO Baru tetapi MAHATHIR BAGI PINJAM JAWATAN JE KAT PAKLAH, PASTU KAT NAJIB!!!!
Salam AA dan bloggers,
Dulu saya tak begitu yakin wujudnya konspirasi mamak.
Tetapi setelah berkali2 negara kita dikecohkan dengan kes2 rasuah dan pecah amanah yg didalangi 'eee' nyata kebenarannya.
Ingat lagi Mendaliar?
Macam Yahudi.
Penuh tipu helah dan putar belit.
Surrogate
Semua rakyat Malaysia yang CERDIK dan BERFIKIRAN WARAS sudah pasti akan kata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah terbukti nyanyuk.
Sdr Aspan,
Tak dapat dinafikan pengaroh Mahathir masih kuat kerana beliau berfikir untuk parti UMNO dan beliau di percayai ramai rakyat Malaysia berbilang kaum.
Beliau adalah asset UMNO dan biarlah beliau menggunakan nya untuk kebaikan partinya.
Apa PR takut.Biarlah rakyat memilih kerajaan.Tolong jangan delete pandangan saya ya.
He is a senile old man, leave him alone. It is not appropriate for us to criticize him especially from the young generation. Otherwise, we will be accused for not being filial to an elderly parent. When the day comes, he will pay for his dues. Let us forgive him.
Tuan Aspan,
Sememangnya tepat bila tuan andaikan UMNO akan tewas dengan angkara orang UMNO sendiri. Musuh yang jelas adalah lebih mudah di tentang dari musuh dalam selimut.
Tun Mahathir ini suka dan sentiasa mencari/mencipta isu supaya dia kekal dalam catatan sejarah negara. Orang seperti ini cara menghukumnya adalah dengan tidak menghiraukannya lagi. Selagi ada yg menentang selagi itulah beliau akan terus hidup.
Saya menghormati strategi politik Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Mereka bertiga ini tahu apa kehendak pengikut mereka hinggakan pengikut mereka mengiktiraf tiga manusia ini sebagai pemimpin agung. Hormat tidak sesekali bermakna saya akan sentiasa akur dengan pemikiran mereka. Pemikiran kita mestilah sentiasa menjadi hak kita. Membiarkan pemikiran kita dimiliki oleh ahli politik adalah satu bencana terdahsyat dalam kehidupan kita.
Ini kerana jelas terbukti bahawa UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sekian lama dengan pelbagai dasar pragmatik yang diamalkan sehingga ke hari ini. Di antara pengkhianatan UMNO yang jelas kepada bangsa Melayu ialah dengan mengubah mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999. Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus tetapi tidak ada pertambahan kerusi. Manakala negeri-negeri di pantai barat, selatan, Sabah dan Sarawak yang bukan majoriti Melayu ditambah kerusi Parlimen pada persempadanan tersebut. Sehingga ke hari ini, pemimpin UMNO gagal menjelaskan kenapa mereka tidak mengambil kesempatan daripada persempadanan tersebut untuk menambah kerusi Melayu di Parlimen!
Selain itu, UMNO juga yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 yang ditentang hebat oleh seluruh cendikiawan Melayu. Anak-anak Melayu di luar bandar menerima kesan kemerosotan akademik hasil daripada dasar yang dianggap gila oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ini. Pemuda PAS telah menyaman Kementerian Pendidikan dalam isu ini. Saudara Hasni Abas, Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah berjumpa dengan Pemuda PAS bagi membangkitkan gerakan untuk memansuhkan PPSMI pada akhir tahun 2008. Pejuang-pejuang bahasa seperti Dato A. Samad Said, Dato Hassan Ahmad, Dr Shahrir Mohd Zin , Prof Emeritus Abdullah Hassan dan ramai lagi bersama Pemuda PAS menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP). PAS telah mengarahkan semua ahlinya turun dalam Himpunan 100 ribu rakyat membantah dasar PPSMI pada 7hb Mac 2009 di Kuala Lumpur. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan pimpinan utama PAS yang lain telah bersama dalam himpunan ini. Akhirnya dasar ini terbukti gagal dan ditarik balik sekarang. Negara kerugian hampir RM5 billion kerana langkah ‘tidak cerdik’ UMNO ini.
Begitu juga dengan kegagalan UMNO untuk memperuntukkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada orang Melayu sekalipun UMNO mendapat majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding MCA dan GERAKAN. Satu perkiraan politik yang cukup bacul sekali lagi berlaku apabila jawatan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan dengan hormatnya kepada Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow sedangkan GERAKAN tewas begitu teruk di Pulau Pinang di dalam pilihanraya umum yang lepas berbanding dengan UMNO. Hairannya, tidak kedengaran pejuang-pejuang Melayu yang hebat menjulang keris membantah keputusan ini.
Hakikatnya, banyak lagi senarai pengkhianatan UMNO kepada bangsa Melayu boleh disenaraikan sepanjang lebih 50 tahun UMNO menjadi tulang belakang kerajaan Malaysia pada hari ini. Sesuai dengan namanya sendiri di dalam bahasa Inggeris, UMNO sewajarnya menerima hakikat bahawa parti itu bukan lagi mewakili Melayu bahkan tidak berhak untuk mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu.
For decades, Malays are happy with their leaders' narrow, divisive and damaging politics of race and religion.
Banyak yang mengutuk Tun M tapi tidak dinafikan beliau tegas dan dizaman beliau banyak perubahan dan pembangunan negara berlaku .Ini juga harus mendapat recognition, tak begitu.Baik kita biarkan beliau menghabis masa tua beliau dan kita tidak perlu mem enci beliau metana kita juga yang bertanggong jawab tidak membantah menjatuhkan beliau.Kita tentukan pemilihan kita tepat kali ini.Pilihlah dan hormat siapa yang terpilih.TKaseh Tuan AA.~ OM
Post a Comment